Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

31 May 2011

Lepak Dengan Adik Badik Lagi…

Assalamualaikum

Jusiza Kukus And Gksb ajak lepak kat mini-ict ahad ritu,,, kira dah bebai, bukan apa.. kira takut nak mintak izin kat mama nak keluar sebab ritu mama dah pesan jangan selalu sangat keluar… macam mana nie, dari start adk badik nie mesej sampai la ke petang tue kira dok risau macam mana nak ckp kat mama nie.. nak lepak dengan adik badik, tapi takut mama tak bagi.. aduyaiii… call mama sekarang lah!!!

Kira :: mama mama…

Mama :: hurm, ape die?

Kira :: mama ya nak kuar pergi ict dgn kawan2 blogger ya boleh tak? X lama pown ma, lepas maghrib ya pergi sebelum kul 10 ya balik.. boleh tak ma? Janji tak lama..
(cakap satu nafas tue sebab takut mama celah sat gi terus ilang confindent level,,hihi)

Mama :: [gelak] ingatkan nak ape la tadi.. pergilah, tapi jangan lama sangat…

Mama gelak sebab lawak dengan perangai anak dara die nie kowt, kalau nak sesuatu bukan main lunak merdu kalah lisa surihani suara tue.. alhamdulilah mama kasi kuar,, hati senang dan boleh keluar tanpa ada rasa bersalah… hihihihi….

serius in love gila dengan gambar nie

nak tengok gambar2 lain? sila search syakira yaakub kat facebook, cari album kami blogger utagha.. semua memory kira dengan adik badik ade kat situ..

 pinjam telinga tikuih jusiza..

sebelum nie kira dah siap2 kembung pipi 

kukus :: kembung pipi tue lagi, lepas tue nanti gaduh la gemuk la tembam la 

okeh kira kempiskan pipi balik.. kena marah dengan kukus sebab sebelum tue kira dok merungut kat adik badik kata kira gemuk!!! tembam!!!...

30 May 2011

Review | Kirin Selama Perak

assalamualaikum.....


korang kenal tak header blog sape tue?
lah ade lagi yang tak kenai ke? ok2 meyh aku kenaikan..



 tengok tue KSP paksa2 aku join segmen die nie, jadi selaku kembo yang tak nak menghampakan harapan kembo lagi sorang jadi aku dengan berbesar hati nya mengjoinkan diri....
KSP kau tanya pasal ape kau kena review blog aku?
pasal kau belum review blog aku lah, ape la lagi...
okeh tue jer jawapan aku...
simple but nice kan? aku tau dah kau nak kata macam tue... hahahahahaha

kau dah baca entry aku kan ksp?
ape lagi review lah blog aku cepat!!!!!
hahahahahaha... :p

eh lupa kau suruh tepek header aku kan...


tue kau tak nampak punya beso nya header aku kat atas tue..
jadi x payah la aku tepek header lagi,, aku kasi gambo awek cun punye.... hahahahahaha :p

sekian~~~

29 May 2011

Tolong Jangan Abaikan Mereka!!

“Rumah Orang-Orang Tua Seri Kenangan”

“Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua”

Assalamualaikum…

Kadang-kadang korang terfikir tak kenapa wujudnya tempat2/rumah2 kebajikan nie? Perlu ke rumah nie ditubuhkan? Mana perginya anak-anak yang sepatutnya menjaga kebajikan ibu dan bapa yang dah berkorban nyawa dan harta hanya untuk membesarkan insan bergelar anak?

“dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapakmu, hanya kepada-Ku lah kembalimu.”
[Luqman:14]

Kira bukan nak hentam sape2.. Cuma ingin mengingatkan diri sendiri juga kepada sesiapa yang terkadang terlupa,yang lalai dengan duniawi.. dari siapa kita datang? Siapa yang melahirkan kita? Adakah kita datang dari langit,yang dibawa oleh angsa macam gambar bawah nie? Setiap makhluk Allah pasti ada ibu dan bapa masing2..

Bagi mereka yang kenal orang tua masing2 tolong jangan sesekali tinggalkan mereka sendirian meniti hari tua mereka.. bukan harta yang mereka mahukan dari kita. Cukuplah sekadar doa, ingatan dan penghargaan dari kita buat mereka. Sekiranya mereka ditimpa penyakit seperti nyanyuk atau sewaktu denganya.. ingatlah itu ujian dari Allah, Dia sayangkan kita, Dia mahu mendengar rintihan hamba-Nya, Dia mahu hambanya lebih dekat dengan-Nya, Dia mahu memberi peluang buat hamba-Nya mencari peluang menuju ke pintu syurga.. dan ingat! Allah itu Al Muntaqim(Maha Pembalas Dosa).. kalau sekarang korang sakitkan hati kedua orang tua korang, jangan salahkan sesiapa kalau bila hari tua korang nanti anak-anak korang buat benda yang sama dengan korang..

“(ingatlah) hari (ketiaka) kami menghentam mereka dengan hentaman yang keras. Sesungguhnya kami adalah pemberi balasan”
[Ad Dukhaan:16]

Ambil la peluang berbakti kepada ibu bapa. Tak kira lah kalau ibu bapa korang pernah berbuat dosa dan salah. Doa kan lah kebaikan buat mereka, doalah supaya dosa mereka diampunkan Allah. Dan jangan sesekali kita berbuat dosa kepada kedua orang tua kita. Kerana redha nya Allah pabila redha kedua ibu bapa kita.. syurga dibawah telapak kaki ibu..buat yang jauh dari keluarga sama macam kira, sama2 kita cari peluang untuk kita luangkan bersama kedua orang tua kita, selagi mereka masih bersama kita..Kalaupown masa tue amatlah terhad,, ambik phone call la parents kita.. tak susah kan..

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".
[Al Israa’ :23&24]

Semoga sama-sama kita mendapat manfaat..
Yang baik itu dari Allah , yang buruk tue dari kira sendiri…

Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahim ampunilah dosa ku dan dosa kedua mama dan papaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani sewaktu ku masih kecil. Berilah kesihatan yang baik buat mereka,  tetapkanlah iman mereka hanya untuk-Mu, lingkarilah mereka dengan keberkhatan dan redha-Mu. Tempatkan mereka disyurga-Mu yang tertinggi kelak. Tempat kan mereka di taman Firdausi-Mu..Amin Ya Rabbal Alamin..

ya sayang dan rindukan mama papa sangat T.T

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU


assalamualaikum...

hari ahad!! hari untuk menyelesaikan tugasan yang digembar gemburkan oleh kawan-kawan tersayang..
setelah diwar2kan oleh kembo kira

mak dengan ini, kira menjoinkan diri...

soalan yang wajib dijawab :-

Dimana anda dilahirkan?
= hospital Raja Permaisuri Bainun @ Hospital Besar Ipon, Perak Darul Ridzuan

2.   Dimana anda dibesarkan?
= Chepor, Perak Darul Ridzuan

3.   Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
= Perak Darul Ridzuan..

4.   Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
= disinilah kira dilahirkan, dibesarkan, diberi pendidikan, belajar dari pengalaman hidup yang akhirnya menjadikan kira seperti sekarang.. kira bangga jadi warga Perak…


berminat? sila kunjungi laman blog abg teror

Pencarian Bloglist Boy Girl Oleh Pendamba Warna


Assalamualaikum semua...

setelah ditag oleh mamat suka warna merah nie...
dengan lafaz bismilah saya syakira yaakub mengumumkan bahawa saya seorang perempuan @ girl... 
(syarat no 3 tetap macam nie kena la jawab) =)

dengan ini saya dengan suka cita nya mengetag


jom join reramai kat sini

26 May 2011

syakira yaakub kini pembunuh!!!

Assalamualaikum...


melaporkan kini seorang blogger berada dalam kondisi yang tidak memuaskan.. apakah yang telah dilakukan oleh blogger tersebut? 


Lebih mengejutkan lagi Kira Sakura mengeluarkan sebilah pisau dan mengacu-acukan ke arah Muslimah Optimis. Muslimah Optimis menangis ketakutan. Kira sakura bertindak ganas dengan berlari kearah Muslimah Optimis untuk menikam Muslimah Optimis.Muslimah Optimis menjerit meminta bantuan.


sila baca cerita penuh disini .....



25 May 2011

sunah sakura tanya best ke header aku?



header tue datangnya dari kamera pink saya tue.. hohoho..
ok senang cita macam nie... 
dok buat file meja ofis, sekali tengok cantik la pulak kulit fail nie...
gunting huruf-huruf dalam majalah lame-lame, aku tepek atas kulit fail meja aku tue..
keluar rumah click, masuk laptop, mintak tolong orang edit sikit-sikit...
siap!!!!

sekarang anda dialu2 kan mengutuk header blog saya....
tenkiu....

Anugerah Dari Allah

Assalamualaikum…

Syukur Alhamdulilah…

seronok nye rasa hari nie.. kenapa? Jom baca bawah nie..

“salam.. weyh! De good news nih! Ko bakal de anak sedara lagi sorang! Aku positif pregnant.. 6-7 weeks la doctor ckp..”

Mesej yang baru kira dapat pagi tadi,, Ya Allah Syukur Alhamdulilah.. Allah bagi jugak rezeki kat kawan kira nie..

Mira :: ira, aku de berita gembira nk bagitau nie

Kira :: ko pregnant ke mira?

Mira :: mane ko tau nie? Alhamdulilah Allah dah bagi aku rezeki

Kira :: Syukur Alhamdulilah,, seronoknye aku.. aku tumpang hepy untuk ko.. jage diri baik-baik tau…

Yang tue pulak due bulan 8 nie.. Alhamdulilah, Allah bagi diorang rezeki.. pesanan kira kat sesiapa yang sedang melalui hari-hari indah tue, tolong jage diri baik-baik!! Jangan kasar-kasar sangat..didiklah anak tue dari dalam rahim lagi.. semoga anak yang bakal lahir tue menjadi anak soleh dan solehah yang jadi penyejuk hati korang, suami serta keluarga korang.. kira tumpang bahagia.. melihat kebahagiaan dan kegembiraan korang membuatkan kira bahagia dan gembira.. Syukur Ya Allah atas kurniaan Mu ini..
Alhamdulilah…

Info ::
usia anak 0-7 tahun = anak adalah tuan
usia anak 8-15 tahun = anak adalah suruhan
usia anak 16-21 tahun = anak adalah rakan
Wallahualam~~

Kepada yang belum berkesempatan diberi rezeki.. tolong jangan putus asa!! Insyaallah Allah ada percaturan yang maha hebat untuk anda.. usaha dan berdoa lah.. kira doakan korang dimurahkan rezeki juga.. Amin..

dan orang-orang yang berkata: “ya tuhan kami,anugerahkanlah kepada isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” [Al Furqaan : 74]


24 May 2011

Day Ten :: 10 Final Words…

Assalamualaikum....

Hah! Dah sampai hari last ke?


1)      Terima kasih kerana sudi membaca blog kiera’sakura yang tak sehebat blogger lain.. setiap masa yang anda semua luangkan kira ucapkan terima kasih banyak2… kalau ade pape yg perlu ditegur, sila lah menegur ye.. saya seorang yang open minded… =)

2)      Terima kasih kepada yang sudi berkenalan/berkawan/bersahabat atau ber yang sewaktu dengannye dengan diri ini, ada kalanya nya kira pendiam, ada masanya mulut kira x reti nak diam, ada kalanya kira hanya memerhati, ada waktunya kira join sekali.. tapi ketahuilah setiap hadirnya anda semua dalam hati dan diri kira amat kira hargai dan terima kasih sekali lagi kerana menerima siapa syakira yaakub seadanya..

3)      Ampun dan maaf kira hulurkan andai selama anda semua mengenali kira, pernah kira mengguris hati anda, perlakuan kira menjengkelkan mata anda, perkataan dan bahasa kira menyakitkan telinga atau mata anda, ampun dan maaf kira hulurkan sekali lagi sesungguhnya kira hanya seorang hamba yang tak lepas dari melakukan salah dan silap…

4)      Sesungguhnya perasaan rindu kat family nie membuak2 rasa.. saja nak mentioned yang kira rindukan mama papa serta family kira …hanya yang terbaik kira doakan buat semua insan-insan tersayang kira.. ok xleh cakap lebih2 kang meleleh lagi.. huhuhu

5)      Kepada mama papa, family, sedara mara, adik badik KBU, kawan-kawan serata alam, sahabat-sahabat dan insan-insan yang terdekat dengan kira.. kira sayangkan anda semua.. dengan anda semua hari-hari kira yang kelam bertukar cerah..terima kasih anda semua…

6)      Ingin melihat Kami Blogger Utagha didaftarkan dibawah pertubuhan agar ukhwah yang dibina bukan sekadar persahabatan atau persaudaraan sesame kita tapi jugak dapat memanjangkan ukhwah bersama insan-insan yang kurang bertuah diluar sana.. Insyaallah kalau kita nak buat baik Allah mesti pelihara dan bukak jalannya.. usaha-usaha!!!

7)      Doa kira.. semoga kita semua menjadi anak serta hamba yang soleh dan solehah.. yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa kita..tiada lain yang diharapkan oleh kedua orang tua kita selain ingatan dan doa dari kita buat mereka.. hargai dan sayangilah mereka selagi mereka masih ada bersama kita.. luahkan kasih sayang anda melalui doa dan amalan sekiranya mereka tiada lagi bersama.. semoga kedua orang tua kita ditempatkan disyurga yang tertinggi kelak.. Amin Ya Rabbal Alamin..

“dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
[AL ISRAA’:23]

“dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapankanlah: ‘wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaiman mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”
[AL ISRAA’:24]

8)      Tiada manusia yang sempurna dalam dunia nie, dan pasti tiada manusia yang x pernah berbuat salah selama hidup dimuka bumi Allah.. macam tue jugak kira.. renung dan muhasabah diri balik.. luruskan apa yang bengkok, tegak kn apa yang dah rebah, semoga Allah menerima taubat dari kita semua, Amin2 Ya Rabbal Alamin sesungguhnya Allah Maha Pengampun Maha Mengasihani..

“tidakkah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat, dan bahawasanya Allah Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang”
[At taubah : 104]

9)      Setiap manusia pasti ada masalah yang tersendiri.. nasihat kira, selesaikan masalah tersebut mengikut akal yang waras.. tenangkan diri, berfikir sebaiknya baru selesaikan masalah tersebut.. jangan biarkan emosi dan syaitan mengusai diri, kelak akan membinasakan diri…

10)  Setiap dari kita pasti punya agenda dan perancangan hidup tersendiri.. kira doakan apa yang dirancang dimakbulkan namun sekiranya apa yang dihajati tidak diperolehi jangan mengeluh sebaliknya bersyukur kerana pasti ada sebab kenapa Allah tak tunaikan permintaan kita tue..

“diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
[Al Baqarah : 216]




Alhamdulilah selesai sudah kempen 10x10 nie.. dari kempen nie jugak kira kenal siapa dan apa yang kira nak sebenarnya.. special thanks to nana miyuki yang anjurkan kempen nie…
Kira doakan yang terbaik untuk anda semua..semoga persahabatan kita semua sentiasa berada dalam redha-Nya… amin…

23 May 2011

Cantiknya Bulan

Assalamualaikum

Merenung kejadian Maha Agung, Maha Mengetahui, Maha Kaya…



Ain :: eh hari nie bulan penuh la, cantik nya

Kak yati :: kan dah dekat ramadhan nie sebab tue la bulan penuh, nak tengok anak bulan nanti..

Aku :: abis rupa mak dengan ayah bulan macam mana kak? **otak bengong keluar lepas kenyang makan seezling(btoi ke eja die)…

Sambil2 jeling bulan penuh kat atas, memang cantik bulan penuh… yela nk usya lama2 nanti ade yang menikmati keindahan bulan atas katil sepital!!

Ain :: bulan tue satu, tapi seluruh dunia dapat tengok… kita dapat tengok kat sini, korea yang jauh beribu batu dari kita pown dapat tengok bulan yang sama dengan kita…

Aku :: indahnya ciptaan Allah..salah satu cara kita nak menteliti kekuasaan Allah Yang Maha Agung.. setiap kejadian yang dia ciptakan pasti tak terjangkau dek akal kita yang biasa.. Cuma kita yang kena fikir rahmat disebalik kejadian..bersyukur dengan apa yang dah diberikan…

Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah AL Hasyr: ayat 24)

Aku lagi :: owh bulan sampaikan salam kat pakcik tue cakap yang aku tengah teringat kat dia nie..

Ain :: kak yati!! Ain nak muntah….

Kak yati :: anak aku melompat2 dalam perut nie ira oii dengaq ang membebel…

Lalalalalalalalala :p

Day Nine :: 10 Ways To Win Syakira Yaakub Heart…

Assalamualaikum

Dah rasa macam nak cari putera kayangan lak, hihihi… ekceli aku pown tak tau apa caranya.. aku tak pernah jumpa sebab apa aku jatuh cinta kat seseorang tue.. lagi pown kalau aku jatuh cinta bersebab maka aku belum ikhlas untuk menyayangi seseorang tue apa adanya die..pakcik! kamu jela cerita kat diorang semua nie macam mane kamu dapat hati saya, lalalalalalala…

Ok la ok la, x adil la kalau x bagitau kan, dah kempen nie tanya, jawab jela…

1)      Seseorang yang bila aku pandang die, dengar suara die, melihat mata die boleh menenangkan hati aku
2)      Yang mampu mendidik aku untuk jadi seorang isteri dan muslimah yang terbaik..
3)      Yang sabar melayan perangai aku yang macam2 nie…
4)      Yang hormat dan sayangkan mama papa dan family aku seperti mana aku sayang dan hormatkan keluarga dia…the main point kalau hati mama dan papa aku terguris  dengan sikap dia, tue mungkin mejadi punca peratus sayang aku pada die berkurangan..
5)      Kemas, pandai jaga diri, pandai jaga hati, jujur, setia dan tak degil..



Ala ape lagi nie,cukup la tue erk.. kang aku teromantik lebih2 dalam entry nie korang muntah ijau lak.. hohohoho.. aku tak reti la nak menjiwang dalam entry chewah.. mesti korang rasa nak pijak kaki aku kuat2 kan? Hahahahahaha.. babai… :p

22 May 2011

Nadzri!!! Hadiah Untuk Kamu....

Assalamualaikum…


22 may 2011.. eh hari nie besday sorang adik badik KBU la.. rase macam nak review blog die hari nie.. review blog jela yang boleh kira boleh bagi ye, sat kalau tanya die nak apa, buat nya die mintak bukan2 jenuh nak ada kan.. bukan tak tau prangai atok sorang nie.. hahahaha



Tengok tue, die mintak dah… vlog?! sory la ai nie kan pemalu nak cakap2 depan kamera nie.. hohohoho…

Sebelum pape, kira nak wish Selamat Hari Lahir untuk Nadzri Azlan.. semoga panjang umur supaya sama2 boleh berkongsi ilmu dengan kami semua.. semoga diberi kesihatan yang baik untuk sama2 berjuang dijalan Allah..semoga dimurahkan rezeki untuk mencapai segala yang dihajati.. semoga diberi keberkhatan hidup yang berpanjangan dan berada dibawah redha Allah sentiasa.. senyum selalu, tak mo hangin2 lagi… =)

Banyak ilmu yang dah dikongsikan oleh nadh dalam entry2 die…

Nadh nie jugak seorang yang puitis dalam menyampaikan apa yang dia rasakan contohnya dalam poem Layang-Layang nie..

Jangan tak tau nadh nie jugak aktif b’vlog antara nya yang nie
Okeh kalau nak review blog nadh nie sehari pown tak habis… apa kata korang semua pergi explore sendiri apa yang ada dalam Blog Frame&Lense nie.. insyaALLAH tak rugi.. doa kira semoga nadh terus berjuang menyampaikan ilmu yang Allah pinjamkan tue dan sama-samalah kita memperbaiki apa yang kurang… insyaALLAH…

paling membanggakan sebab nadh nie seorang yang tak lupa pada keluarganya.. banyak entry yang dah dipamerkan sifat2 kasih sayang sesama keluarga mereka antara dalam kempen 10x10 die tue.. tengok kat sini kalau tak pecaya...

jage diri, jage hati, jage kesihatan.. Assalamualaikum....


Day Eight :: 10 Of Syakira Yaakub Favourite Song

Assalamualaikum...

10 lagu yang aku suka..macam banyak jer..hohoho.. mcm biasa la erk style aku menjawab soklan kempen nie.. aku senaraikan antara spesies lagu yang aku suka… suka suki aku jer nak tukar kan.. mintak ampun ye tuan tanah yang anjurkan kempen nie..hihihi..

1)      Buatmu Ibu, Aeman :: lagu nie aku mula familiar sejak masuk PLKN.. sepanjang 3 bulan aku dok sana, setiap hari khamis mlm jumaat mesti nyanyi lagu nie, air mata usah kira la kan membayangkan dah betapa banyak dosa yang aku dah buat dengan mama aku…sekarang bila jauh dari mama, confirm meleleh lagi.. ingat apa yang dah buat dan sebab rindu yang bertimbun2…

2)      Ayah, Aeman :: dengar lagu nie pown boleh meleleh jugak aku nie..haish bese la kalau sangkut paut dengan mama papa nie ka..membayangkan kasarnya tangan papa aku membesarkan kami semua tanpa erti merungut dan putus asa..tak pernah sekalipown papa tunjuk kan penat nya papa mencari rezeki untuk kami semua..
3)      Sumayyah, Hijaz :: dari zaman aku sekolah sampai sekarang nie mesti x jemu dengar lagu nie.. menceritakan perjalanan wanita islam yang bernama sumayyah…

4)      Al-Quran, Yassin juga dengar orang masjid berzanji time bulan ramadhan.. indahnya membuai perasaan.. kalau balik kampung time ramadhan mesti syok plus2.. wahhhh x sabarnya nak tunggu time tue..

5)      Rasulluah :: lagu yang wajib nyanyi time Maulidur Rasul masa dekat sekolah dulu..sampai sekarang lagu nie x jemu langsung nak dengar…

6)      Ku Ingin Kamu, Tercipta Untukku, Istikharah Cinta, Kasih Kekasih, Semua Untukmu (ade lagi yang tertinggal tak) .. masing2 ade value yang tersendiri..

7)      Sempurna, Andra & The Backbone :: serius best lagu nie,, kalau pasang lagu nie time kenduri kawen confirm best.. (die mai dah mood yang satu tue) lalalalala

8)      Himpunan lagu faizal Tahir & Rossa.. senang cerita semua lah tapi yang paling aku suka by Faizal Tahir,Hanyut… kalau Rossa lak Takkan Berpaling Darimu…

9)      Rapuh/Opick, Disaat Aku Mencintaimu/Dadali,Muhasabah Cinta/Edcoustic, Jangan Bertengkar Lagi/Kangen Band :: boleh dikatakan asal aku on jer lappy mesti pasang lagu2 nie.. best…

10)  Lagu Raya!!!!! Yang paling aku suka sekali mesti la lagu Balik Kampung.. kalau x raya pown layan lagu nie time on the way balik kampung pown heaven… hihihi



Okeh cukup 10… 

19 May 2011

terperangkap dalam lif~~

Asalamualaikum...



satu tabiat aku yang susah nak kikis.. makan sambil berjalan... tapi biasanya aku makan yang ringan2 jela.. sedang usaha berenti tabiat buruk tue..

eh ape kene mengena makan sambil jalan dengan terperangkap dalam lif kan?

aku masuk lif tadi, lepas tue pelik pasal pe die x gerak2 lagi,, rosak ke lif nie?
sekali tengok aku tak tekan button level tue..
hambik kau, syok lagi layan jambu tue sampai lupa nak tekan button....
padan muka kat aku, nasib baik xde sape lagi dalam lif tue kalau x, mau malu 2 tahun aku... hohohohoho....

Day Seven :: 10 Important People

Assalamualaikum..

wahai mood malas pergi lah kau dari hidup ku.. join kempen 10x10 tapi suka2 hati aku jer skip peraturan die…ampunkan saya.. mood rajin dah sampai kampung agaknya… hohoho

10 Important People

1)      Hanya satu dalam dunia tiada galang gantinya.. siapakah? Mama…. Bila dok jauh dari mama bukan buat aku makin jauh dari mama tapi makin manja and rapat.. kalau aku balik kampung nak pergi mana2 confirm cari mama dulu, xde orang laen yang nak teman aku, aku x sentap asalkan mama ada… kalau mama nak beli pape mesti die ingat kat anak2 die dulu, tapi sebab aku nie cerewet bab pilih barang mama tunggu aku balik dulu baru beli sama2… tapi mama x pernah merungut.. sayang mama sepenuh hati..

2)      Hanya satu dalam dunia tiada galang gantinya jugak… Papa!!!! I miss u papa… papa nie tegas and garang sikit, kalau dulu masa kecik ade la perasaan takut tue tapi sekarang lebih kepada hormat..papa selagi boleh die akan senangkan anak2 die sbb die xnk anak2 die susah mcm die dulu.. dan papa sangat teliti orang nya.. surat beranak adik badik aku semua papa aku simpan dalam folder masing2,, kalau dah ambik lepas tue hilangkan siap kene dengar papa ceramah 4 hari 4 malam… hahaha.. teringat time baring atas riba papa sampaikan anak sedara aku jeling kat aku, jeles la tue,, :p

3)      Adik beradik aku… Along, Benyah, Kakak, Baka… kalau mama papa nadi aku, diorang nie semua urat tulang belulang aku.. kalau balik kampung x cukup salah sorang mesti kurang best.. teringat masa nak buat surprise kat mama papa.. bukan main lagi adik badik aku kalut tepon aku, sampai x cukup tangan aku nak jawab call,, mane nak cover line depan mama papa lagi, mane sibok nak melayan depa lagi.. kenangan2.. haish kakak jom balik kampung!!!!!

4)      Anak-anak aku… Faiz, Alya Dan Ika… seronok kalau balik kampung layan karenah diorang semua.. masing2 ada peel tersendiri.. yang abang degil yang amat tapi bijak, kecik2 lagi dah buat uji kaji menatang2 kat padang tadika die tue.. alya and ika sikembar yang laen mak and ayah, lahir beza sehari jer.. memang macam kembar tapi suka jeles kalau salah sorang dilebihkan… perangai lebih kurang macam aku jer semua benda nak warna pink… layan… hihihi



5)      Kawan2 sekolah aku… dari Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Kelebang sampai la ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Damai.. yang paling penting kawan2 Sains Kejuruteraan 2004/2005.. pahit manis dikongsi dengan diorang semua..segala kenakalan masa sekolah dengan diorang semua, tiap kali raya mesti x lepas peluang konvoi dengan diorang.. walaupun sekarang aku jauh dengan korang tapi ingat, sikit pown korang x pernah jauh dari hati aku.. hanya yang terbaik aku doakan dari jauh..

6)      Adik badik KBU… seyes… aku sayang diorang semua nie.. sayang bulat2.. walaupown kita semua berbeza latar belakang tapi bila kita bersatu dalam satu keluarga yang hebat dan saling sayang menyayangi segala yang diharungi pasti akan menjadi yang terindah.. semoga ukhwah yang terbina antara kita akan kekal selamanya…

7)      Kawan2 area alor setar… siapa tue? Housemate, ofismate… kalau xde ofismate sunyi jugak kan, jadi kera sumbang kat ofis nie..mastura tue dari ofismate sampai la jadi sahabat.. kalau xde housemate lazk takat 2 hari tahan la lagi, lama2 ntah macam mane la aku.. gaduh kadang2 tua biasa la,, kalau tak gaduh xde la rapat kan..

8)      Cikgu2 yang dah mencurahkan ilmu kat aku… kalau bukan jasa2 mereka nie semua aku pown x pandai nak berblog macam sekarang nie.. sayang semua cikgu2..

9)      [……………loading………….]       Wahhhh siapakah mereka ini? Bakal hubby and family hubby aku… sebab mereka akan menjadi yang penting dalam hidup aku suatu hari nanti.. doa2kan lah erk… =)

10)  Sedara mara aku.. nak lupakan pown x boleh.. Islam menegaskan jangan putuskan ikatan silaturahim sesame umat nie kan pulak kalau sedarah daging kan…

Done…. Tue pasal la aku malas nak update entry time mood malas nie, kan dah panjang berjela2 entry nie ha!… hahahahaha….

Sekian~~

18 May 2011

Jauh Dari Keluarga Sendiri Tapi Keluarga Kbu Sentiasa Menemani…

Assalamualaikum…

Mood malas dan bosan merantai jari kira nak update entry.. otak pown macam tak berapa nak center jer nie.. dalam malas tue gagahkan diri jugak update entry adik badik KBU bersantai kat rumah Kak Shida yang membawak kepada sesi lepaking di Pendang Lake Resort…

Nak cerita banyak , otak tak center.. layan gambar jer erk…


Malam sebelum hari kejadian tue ade meset2 dgn kak shida.. die sebut lak pasal donut.. kira pown dengan pantasnya request donut color pink.. yang ajaib nya sebelum donut pink dihidangkan mulut mcm x blh berhenti menguyah semua makanan yang ada, bila donut pink selamat masuk perut automatik kenyang.. hihihi..



Selesai masing2 mengisi perut, duduk bersembang dulu, bagi semua makanan tue turun pelan2.. tapi x sempat nak turun abis dah bergegar isi perut gelak dengan telatah diorang semua ini…



Antara yang menghadirkan diri.. Kak Shida, Anith, Abil, Naqiah, Wany, Mikro, Erin, Hidir, Naim, Hadi, Tatia, Jusiza, Gksb, Mizi, Daus, Adam, Mastura Serta Adik Kak Shida(ade lagi x yg tertinggal?)



Ya Allah Ya Tuhan kami.. Kau berkatilah ukhwah yang terjalin antara keluarga KBU.. Kau peliharalah kami agar sentiasa berada dibawah redha-Mu.. Amin Ya Rabbal Alamin...



Melihat ciptaan Allah memang menakjubkan dimana hadirnya malam menggantikan siang.. 



Sayang korang semua bulat-bulat…. Semoga ukhwah keluarga besar KBU kita bersama selamanya…

antara mereka yang sudah selesai menyadiakan report kejadian tempoh hari




kalau ade sape2 yang dah update entry pasal nie lagi bagitau kat kira ye... =)

** lagi gambar ade di facebook syakira yaakub, erin azizan serta mikro kokus... 


16 May 2011

cikgu kenangan terindah~~

Assalamualaikum semua...

selamat hari guru pada semua cikgu2 yang pernah mendidik saya dari saya tadika sampai la sekolah menengah..
segala pengorbanan dan kasih sayang yang kalian berikan tak akan saya lupa sampai bila2..
kerana kalian juga saya mampu mengenal huruf, membaca dan berjaya seperti sekarang...

selamat hari guru jugak buat cikgu jiji serta cikgu erin juga semua blogger yang bergelak guru...
semoga korang menjadi guru terhebat.... =)

aku nak cerita sikit kenangan antara aku dan cekgu nie...
selalu kalau time kelas bahasa melayu and sejarah boleh dikatakan separuh dari kelas aku akan ponteng kelas.. nak pulak dalam kelas aku tue majoriti pegang tittle ajk tertinggi badan2 terpenting sekolah..
yang pengawas tetiba ada mesyuarat tergempar
yang pengawas pusat sumber (aku la tue) tetiba ada mesyuarat ahli jemaah pengarah..
ajk majalah lak terus lesap masuk dalam bilik komputer ada editing untuk majalah sekolah
yang tinggal dalam kelas ade la dalam 10 orang, tue pown sebab diorang semua tak terlibat dengan aktiviti2 yang aku sebut kat atas tue...kalau tak, harus tinggal ketua kelas, penolong ketua kelas dengan cikgu je gamaknya dalam kelas tue.. hahahahaha

sampai Cikgu Bavinder(cikgu sejarah) dok membebel
"kenapa time kelas saya je awak semua mesti ade mesyuarat"
lalalalalalala~~~
ampunkan kami cikgu........



kalau nak diimbau kenangan masa sekolah terlalu banyak yang boleh dicoretkan..
semua nya menjadi tersangat manis untuk dikenang waktu sekarang...
pada semua cikgu2 yang pernah mengajar saya...
sekali lagi...
terima kasih yang tak terhingga....
sayang cikgu semua......

Kenapa Syakira Yaakub Tak Makan Durian?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Durian = Raja Buah biasanya sinonim dengan orang Perak.. memandangkan aku orang Perak ramai yang pelik kenapa aku tak makan durian? X boleh bau durian… ada cerita disebalik kejadian.. chewahhh hihihi…

Sebelum2 nie aku makan jer durian sampai la satu tahap tue terlampau banyak buah durian dalam rumah aku tue, yela arwah tok belah papa dulu orang kampung mesti ade la cikit dusun buah2an nie.. bila sampai time pokok kayu nie berbuah confirm la die panggil anak cucu balik kampung perabihkan buah2 kayu tue..aku nie pulak jenis yang cepat jemu kalau hari2 ngadap benda yang sama kat rumah..

Sampai la satu tahap lagi bila arwah atok aku meninggal dunia harta pusaka dijadikan macam harta sendiri.. yang elok pulun sorang2 yang selebihnya baru nak paraid dekat adik beradik.. biasa la kan manusia nie..moga2 kita semua dijauhkan la dari sifat macam tue.. Amin Ya Rabbal Alamin.. ok sambung cerita balik, family aku nie pulak jenis x kesah benda2 mcm tue, papa aku pown cakap “kalau kami nak, kami beli jela kat tepi jalan tue, habis duit xpe janji hati tak sakit, makan pown puas”

Sebab musabab tue la yang akhirnya Allah tarik nikmat makan durian tue dari aku sebab aku tak reti mensyukuri nikmat yang Dia bagi..padan muka kat aku.. sampai la sekarang nie kalau ada jer durian area aku, confirm hidung aku dah kembang kempis, kepala mula rasa sakit pening, yang akhirnya membawa kepada muntah dan kalau aku makan silap hari bulan boleh demam…anak2 sedara aku selalu buat muka kalau aku halau diorang makan durian jauh dari aku.. mula la yang si abang tue buat teori macam2 kat aku, sekali aku cakap “achik muntah atas kamu boleh?” baru la mencicit2 lari ke depan…

Tapi mama selalu kata macam nie
“tunggu kamu pregnant nanti mesti kamu dok bersila depan durian tue makan macam x pernah jumpa buah tue”

Hohoho… pape jela mama,, tue cerita nanti.. nie cerita sekarang… jangan biar durian menghantui anda.. erkkkkk…..


Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...