Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

29 September 2011

Mama Panggil Balik

Assalamualaikum semua

dari minggu lepas mama tak sihat, and decide ujung minggu nie nak balik kg jenguk mama, tapi...
malam rabu kemarin kira kena gastrik yang melampau-lampau, sampai la tertido..
dalam tertido blh mimpi yang mama datang pelok kuat masa tgh gastrik tue..
huhuhuhuhuhu...
mama panggil anak dara die nie suruh balik cepat rupanya..

Rabu :: Ipoh!!! here ai come!!!


kesempatan nie jugak kira nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada yang wish besday kat wall pesbuk, kat inbox henpon kira, yang call, yang post parcel tersangat comel dan menyentuh hati tue ;)



terima kasih sangat2, Allah jer yang dapat membalas jasa kalian semua.. 
terima kasih bagi yang mendoakan untuk kira semoga doa kalian dimakbulkan oleh Allah yang Maha Kuasa.. amin2..



bertambahnya usia, maka bertambah dekat la kita dengan pencipta kita
tak kan kita nak berjumpa dengan Dia dengan tangan dan hati yang kosong..
sia-sialah perjalanan kita dibumiNya jika kosong amalan dan ibadat yang akan kita kendong akan datang..


**saya menangis lagi.... 
InsyaAllah saya berusaha menjadi seindah Bulan...
 

27 September 2011

Gembira atau Berduka kah nanti?



Apabila matahari digulung,

dan apabila bintang-bintang berjatuhan,

dan apabila gunung-gunung dihancurkan,

dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan),

dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan,

dan apabila lautan dipanaskan,

dan apabila ruh-ruh dipertemukan (dengan tubuh),

apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,

karena dosa apakah dia dibunuh,

dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,

dan apabila langit dilenyapkan,

dan apabila neraka Jahim dinyalakan,

dan apabila syurga didekatkan,

maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.

Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang,

yang beredar dan terbenam,

demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya,

dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing,

sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril),

yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,

yang ditaati di sana (di alam malaikat) lagi dipercaya.

Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila.

Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang.

Dan Dia (Muhammad) bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang gaib.

Dan Al Qur'an itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk,

maka ke manakah kamu akan pergi?

Al Qur'an itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam,

(yaitu) bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus.

Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.

{surah AT-Takwir , ayat 1-29}

Peringatan untuk kira dan semua

Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kira sendiri

::wasalam::

26 September 2011

Mata dan Kelopak Mata




Mata sentiasa melihat
kadang kala habuk mencuri masuk dan menjadikannya pedih.
kemudian datang lah si kelopak mata tutup dan bersihkan mata tue..
untuk melindungi dan menyejukkan mata yang kepedihan.
  

mampukah kita menjadi seperti kelopak mata yang sentiasa melindungi tue?

**saya nak jadi seperti kelopak mata tue seperti mana dia, doakan saya mampu.. amin

25 September 2011

Cinta tanpa syarat

Cinta pada Allah
Cinta pada Rasul
Cinta pada Ibu dan Ayah
Cinta sesama manusia…

Asssalamualaikum semua

Kalau nak sebut soal cinta memang sampai ke sudah la tak habis kan…
semua manusia yang digelar hamba nie tau bahawasanya Allah itu bersifat Al Rahman dan Al Rahim

dengan sifat pengasih dan penyayang tue la Allah titipkan dalam setiap hati yang bergelar mama, papa, ibu, abah, mak, ayah, mummy, daddy, umi, walid, amma, babah, dan lain2 panggilan lagi..

kerana apa?

Kerana mereka menyayangi dan mengasihi kita TANPA SYARAT…
Ade tak parents kita kata mcm nie…

“pion, sebelum kau keluar dari perot mak nie, mak nak kau wajib bagi mak duit sari seploh ringgit!”

**kalau parents yang spesies blh kutip tepi2 jalan tue mmg la jenis mcm tue sbb diorg sndiri nak menjauhkan diri dari Allah.. kalau diorang bertaubat Alhamdulilah

Ok sambung…

Kalau kita sakit tak kira la masa kita baby dulu ke, dah beso panjang nie ke ape yang parents kita buat selain berdoa dan berjaga siang malam, masak apa yang kita suka, bawak pegi klinik…

Kerana apa?

Kerana cinta mereka pada kita TANPA SYARAT

Tapi kita si anak nie selalu lupa diri. selalu meletakkan syarat untuk diorang merasa kasih sayang kita. Selalu mencipta berbagai alasan untuk mereka merasa secebis kebahagiaan dari si anak..

“kalau mak nak ahmad mesin rumput kat luar tue mak kasi 10 hinggit kat ahmad dulu”

MasyaAllah!!! susah sgt kita si anak nie nak berbakti dengan seikhlas hati kat mak ayah kita?

Muhasabah lah diri tue balik sebelum Allah tarik semua nikmat yang sedang dikecapi..
tau tak betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan untuk si anak yang berbakti pada ibu bapa? Dan tau x betapa besarnya “ganjaran neraka jahanam” yang Allah sediakan untuk anak yang derhaka pada ibu bapa?
Redha Allah bila Redha kedua ibu bapa….

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". [Surah Al-Isra’(17) : ayat 24]

Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kira sendiri
Peringatan untuk kira dan semua

**jarak yang jauh hanya memisahkan jasad namun tidak hati…saya rindukan mereka

24 September 2011

Wahai Hati



wahai hati...
aku tau apa yang kau inginkan
aku tau apa yang kau perlukan
aku tau setiap inci impian yang kau dambakan

tapi wahai hati...
tolonglah bersabar
tolonglah menjadi tabah
kerana kau berkorban bukan untuk kecelakaan
tapi untuk mengecap kebahagiaan

wahai hati..
jangan nodai perasaan ini
kerana perasaan ini anugerah Ilahi 
supaya aku dan dia sama-sama mengejar cinta dan redha Dia yang Maha Tinggi
 
wahai hati...
berdoalah bersamaku agar aku menjadi rusuknya
  agar aku dan dia sama-sama berjihad dijalan Allah
supaya aku dan dia tak lupa pada janji Maha Pencipta

23 September 2011

Review :: Kartunis Damas

Assalamualaikum semua

 KAMU ( Karya Anak Muda Utara )
 ada yang penah dengar x group nie? bg kartunis2 msti pernah dengar kan.. 
kira sendiri baru pestime dengar..

ok... 
kira share bideo bawah nie,, make sure tengok ok..

video

 bideo by Kartunis Damas

sangat awesome hasil kerja adik yang sorang nie...
bukan senang nk melukih kartun sbb kira sendiri x pandai lukih..

nak tau sape die? klik sini...
adik nie kira baru kenal dalam KBU..
katanya akan datang akan dipasarkan komik KAMU..
wahhhh x sabar nak beli.. :D

to Damas :: akak doakan Damas berjaya satu hari nanti, akak suka hasil kerja Damas, akak sentiasa ade blkg Damas tuk sokong Damas..

21 September 2011

Sombong lah lagi


Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.
[An-Nahl,16 : 78]

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.
[Al-Hasyr,59 : 19]



Assalamualaikum semua

Jangan sesekali sombong dan bongkak pada tuntutan/suruhan Allah.. siapa kita jika nak dibandingkan dengan kebesaran Allah yang Maha Agung Maha Mengetahui.. kalau gunung-ganang, haiwan-haiwan dan serata isi dibumi nie tunjuk bersujud pada Ya Aziz. kenapa kita yang manusia yang diberi akal oleh Allah terlalu sombong nak sujud menghadap Maha Pencipta? Terlalu angkuh dan rasa besar diri nak tunduk pada suruhanNya…

Jangan sampai Allah uji kita dengan kehilangan kesayangan kita, baru kita nak ingat pada Dia.. –selalunya memang mcm tue la manusia akhir zaman sekarang kan? - :(

Ya Azim Ya Rahman Ya Rahim … ampukanlah dosa-dosa kami, kami lalai dengan suruhanMu.. Kami sering terlupa akan kebesaranMu melebihi kebesaran nafsu kami sendiri. Engkau ujilah kami wahai pemilik nyawa kami, agar kami tidak lalai dalam mengejar kebahagiaan akhiratMu.. Amin Ya Rabbal Alamin

Peringatan dah tentu untuk diri saya, Nur Syakira Yaakub dan juga anda semua
Yang baik dari Dia yang Maha Besar, dan yang buruk itu dari khilaf hamba yang kerdil nie…

::sekian::

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...