Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

31 March 2012

Bertunang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ada seorang teman yg ingin bertunang hujung tahun nie pernah bertanya pada saya. budget saya hari tue. saya berterus terang dengannya. apa yg saya belanjakan. dia terkejut, katanya budget saya sangat jauh dari budget yang dia perlukan.

saya tanya padanya berapa pulak budget dia, saya pulak yang terlopong dengarnya. budget yg dia perlukan sampai ke angka empat. saya pulak yang pening bila dengar budget yang dia sebut tue. saya ada juga kongsikan pengalaman saya yang dah lepas dengan dia. katanya dia juga mahukan begitu tapi desakan si Ibu yang mahukan kemeriahan untuk anak sulung memaksa dia turutkan. dalam hati saya bersyukur kuluarga saya turutkan kemahuan saya (saya degil dan keras hati).

saya kongsikan disini apa yang saya kongsikan dengannya. bukan niat mendabik dada tapi sekadar perkongsian untuk yang mahu bertunang. terus terang budget yang saya gunakan dalam 500-600 ringgit sahaja. majlis saya hanya antara keluarga saya dan dia, mungkin bila ada yang tengok majlis saya seperti majlis merisik tapi saya kisah apa, redha Allah yg lebih penting bukan? Alhamdulilah hari tue ramai juga yang datang sponser macam2..

makanan : saya beri pada mama RM300, keluarga saya masak sendiri(mungkin disini lebihnya saya puya keluarga yg sudi membantu)

hantaran : 8 dulang hasil kerja tangan saya sendiri + barang makanan yang diisi dalam hantaran. saya kira2 habis dalam RM2** sahaja. yang lain-lain buah tangan dari keluarga terdekat.

baju + mekap : saya sendiri

pelamin : TAK PERLU

khemah : Alhamdulilah rumah papa saya boleh muat untuk dua keluarga.

"bestnya kalau aku boleh dapat macam ko" kata teman saya hari tue. saya kata bagi saya pilihan utama ada pada tangan kita. kalau ikut islam dah bertunang pun kita, bilamana terima propose dari si lelaki, majlis hanya adat yang melengkapkan dan perkenalan antara dua keluarga. bila nak buat majlis ada juga guideline dalam islam. ikut apa yang ditetapkan insyaAllah tak ada siapa yang tekanan kan?

"kalau awalnya kita dah buat Alah murka, agaknya ada keberkhatan lagi ke dalam perhubungan kita nanti tue?" kata Tunang saya, dan saya mengiakan.

29 March 2012

Kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kemain beruntung kucing-kucing Kak Sunah siap dah ada belog sendiri lagi..hihihi.. hurm bagi yang pernah jumpa dan kenal dengan saya mesti tau macam mana takutnya saya dengan kucing.. tak ada niat nak rasa jijik geli atau sewaktu dengannya. saya ada sebab saya sendiri.

masa kecik kami sekeluarga ada bela kucing. tapi mama terpaksa buang sebab kami adik beradik alah dengan bulu kucing. dan kata mama lagi dia trauma bela kucing bila teringat insiden masa mama kecik.

 pinjam gambar Tinny

kucing mama sangat comel, bulu putih gebu, kecik dan kiut lah. mama memang sayang dengan kucing tue. satu hari datang budak gemok dari mana ntah, nakal yang teramat sangat. dia campak kucing mama yang masih sihat dan cergas tue ke dalam api yang tengah marak menyala.. sejak tue mama dah tak bela kucing. mungkin trauma. mulut saya terlopong masa dengar mama cerita, hati tetiba sebak.

saya fobia dengan kucing sejak masuk PLKN. dekat dewan makan terlampau banyak kucing. rasanya beratus la jugak. bila keluar dewan nak pakai kasut dia akan datang dekat nak bermanja. mula dari situ hingga sekarang saya mesti tersentap kalau ada kucing lalu bawah kaki bila makan kt kedai makan. bukan perasaan yang dibuat-buat tapi memang perasaan tue datang sendiri.

mungkin sebab saya suka bela ikan, makanya kucing tak sesuai menjadi peliharaan saya. nanti tak pasal-pasal ada insiden menyayat hati kat rumah.

Spontaneous Thursday #5

Assalamualaikum dan salam sejahtera

"jangan menyalahkan orang lain atas kelalaian diri sendiri"

28 March 2012

Untuknya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya kesian pada dia, waktu tidur tak menentu, waktu rehat entah kemana, waktu untuk dia dan keluarga pun susah mencari, waktu untuk saya? errrr xpa nanti dah halal saya boleh claim, hihihi

hurm, maaf tak banyak yang saya mampu bantu, batas tetap menjarakkan kita. saya cuma mampu berdoa dari jauh agar dia diberi kekuatan berada di halamannya yang baru. kuat dan terus kuat fizikal dan mental, terus sihat memikul amanah didunia disamping terus berlari mengejar ganjaran di akhirat. saya tahu dia mampu, dan saya yakin!! dan semoga dengan keikhlasan menjalankan amanah ini denyut nadi awak makin diberkhatiNya. 

errr dah macam wish besday lah pulak, saya tak tahu nak ucapkan pada awak, saya hanya tahu berkata disini, disisi sahabat baik saya.

*bukan bukan, besday dia lambat lagi.....

Kau yang aku tinggalkan


 Assalamualaikum dan salam sejahtera

 
Adakalanya kejujuran perlu diselongkar walau hati terasa sakit
Adakalanya kebenaran perlu dihadapkan walau jiwa merasa pedih
Adakalanya diri perlu ditampar agar tidak mudah merasa lupa
Adakalanya diri perlu jatuh ditolak baru merasa payahnya hendak berdiri

Aku hanya mampu melihat
Aku hanya mampu menyokong
Aku hanya mampu memberi
Dan aku hanya mampu menerima takdir yang ditulis untukku

Aku tidak pernah belajar menjadi seperti dia yang kamu kasih dulu
Aku tidak pernah merasa mahu menjadi seperti dia yang kamu cintai dulu
Kerana aku hanya mampu berdiri seperti mananya aku
Menyayangi dan mencintai kamu mengikut kata hati ku selagi tidak dimurkaNya
Dan aku tidak teragak-agak menyerahkan kamu kembali pada dia kiranya itu pintamu
Bukan bererti aku tidak menghargai kamu tapi kerana aku menyayangi kamu
Melepaskan kamu kerana aku hanya mahu melihat kesayangan ku berbahagia
Dan Kerana aku tahu banyak yang perlu dikorbankan demi melihat senyuman yang tersayang
Mencintai bukan bererti memiliki

p/s : dah lama tak berpoe tapi poem ke tue? errrr

27 March 2012

Kerana mama papa

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Mama msej katanya rindu Afiq Danial yg dh balik ke banting.. papa pun tak tahan rindu suruh tukar wallpaper hp die, klu sblm nie letak gambar budak bulat tue.. sabar la papa mama kalau saya bpleh cuti saya bawakkn ke sana ye..

P/s : kata papa klau kakak duduk KL dia pegi dah, kata saya.. wahhh nanti boleh la papa mama selalu datang tengok saya pulak.. kihkihkih

Published with Blogger-droid v2.0.4

26 March 2012

satu perjalanan #6

Assalamualaikum semua

kalau ada yang perasan, status saya dipesbuk sudah bertukar. niat saya hanya satu, mahu mengelakkan dari berlaku salah faham dikemudian hari. siapa pasangannya, bila tarikhnya, dimana gambarnya biarlah saya simpan dahulu. bagi yang tau, tau lah. walimatul nanti insyaAllah saya jemput dan bagi tau pada semua.

bukan niat untuk menghebohkan, mencanang cerita. untuk mengubah status ini dipesbuk juga saya perlukan masa yang lama memikirkannya. tapi saya ada mendengar, yang ;

jika kita mahu lakukan sesuatu perubahan. hati resah selagi perubahan itu tidak dilakukan, maka teruskanlah dengan niat perubahan itu. wallahualam.

kalau salah tegurlah saya :)

*status saya hide kan sebentar sbb rasanya doa saya dah tercapai buat sementara waktu nie ;)

Bukit Perak dengan KBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

minggu nie saya tak balik kg, dalam kepala dok fikir nak kemana la weekend nie bosan pulak nak duduk kat rumah tue. rasa macam nak merap dengan Kak Shida, nasib la kakak sorang nie layan karenah adik dia yang teringin nak makan kek karamel nie. tapi plan asal diubah sikit, pagi tue ke bukit perak dulu, mandi air terjun dan bakar-bakar dengan KBU. 


masa dok siang ikan dengan kak shida, saya risau kalau-kalau ikan tue hanyir nanti sebab tak ada air asam, Alhamdulilah walau basuh tanpa air asam, tanpa garam dan kunyit. ikan tue tetap sedap dimakan...


even berlima jer tapi banyak betul rezeki kitorang sampai berlebih.

   
inilah juadah kami, ada ikan bakar, telur dadar, rendang udang, sardin kari, sambal belacan dan ulam.

  
dah makan-makan turun bawah sikit, main-main air.


macam janji awal kak shida yang nak buatkan kek karamel untuk saya, makanya lepas balik dari bukit perak, kitorang singgah mandi kat rumah kak shida dan tolong dia buat kek karamel untuk saya dan jusiza.


ok yang nie bukak kek karamel. yang nie kek pandan request adik-adik kak shida, terlanjur kami ada kat situ, rezeki kami la jugak.. rasanya sangatttttttt sedap!!


inilah kek karamel yang saya mintak tue, request dari saya, haruslah ada warna pink.. hihihi.. sedap sangat, thanks kak shida.. makan sikit-sikit sebab takut cepat habis, tapi dah tinggal sesudu dua je lagi.. uhuhuhuhu

hurm macam kena beli oven kecik je nie, boleh jugak la cuba memasak time weekend kalau tak balik kg, nak tunggu balik kampung alamat sebulan sekali la baru boleh nak mencubanya.. T_T

25 March 2012

Cerpen :: Jodoh rahsia Allah


 Asslamualaikum dan salam sejahtera

“Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..” lantas dikucup lembut dahi isteri tercinta. Qasidah, wajah jernih yang sering menemani hati lelaki Adam. Biar Qasidah masih punya kekurangan namun Adam menerima dengan redha kerana Qasidah masih punya banyak kebaikan yang harus disyukurinya. Perkahwinan dan percintaan bukan hanya menerima,tapi juga harus memberi. Salah satu yang masih dipegang Adam hingga kini.

Usai solat subuh berjemaah, Qasidah pantas turun menyediakan sarapan buat suami yang sudah 3 tahun menikahinya. Kini, hatinya mudah terusik mengenang kekurangan diri, satu keluhan berat dilepaskan. Derap kaki Adam mematikan lamunannya pantas dia ke dapur menyembunyikan seraut wajah yang duka.

“Qas tak kerja hari nie?” Adam perasan Qasidah tidak bersiap ke pejabat seperti selalu.

“tak, abang cuti hari nie. Tue yang Qas ambik cuti jugak, bukan senang boleh duduk dating berdua dengan abang sekarang nie” hujung hidungnya dicuit suami tercinta. Kesibukan Adam  sebagai Site Engineer sedikit membataskan masa untuk mereka berdua-duaan. Lantas Qasidah cepat memohon cuti  rehat bilamana Adam punya waktu yang lapang.

*****

Qasidah pantas memeluk Saffiya. Simpati dengan nasib malang gadis dihadapannya. Tunangan Saffiya maut dalam kemalangan minggu lalu. Kurang 30 hari menjelang hari bahagia buat mereka. Qasidah kagum dengan ketabahan yang dipamerkan Saffiya biarpun Qasidah tahu jauh disudut hati Saffiya, dia menderita dan kesedihan.

“Allah tak kan menguji diluar kemampuan umatNya kan Kak Qas, Fiya yakin Fiya boleh laluinya sebab tue Allah uji Fiya” Saffiya tetap mempamerkan seraut senyuman buat sahabat yang sudah seperti kakaknya biarpun terasa kelat senyuman dibibir.

“betul tue sayang, Kak Qas tak tau nak tolong Fiya macam mana. Tapi Kak Qas nak Fiya tau yang Fiya ada Kak Qas kalau Fiya perlukan apa-apa” Qasidah menepuk lembut belakang tangan Saffiya.

Terhenti gerak jari Qasidah mengacau minum petang untuk Adam. Sudah 2 tahun  peristiwa kemalangan maut itu berlalu. Saffiya masih begitu, memilih bersendiri. Bukan menolak jodoh Cuma belum masanya. Alasan yang sering keluar dari bibir mungil Saffiya. Qasidah tahu, Saffiya masih belum mampu melupakan arwah bekas tunangannya.

*****
“apa Qas cakap nie?” mendatar suara Adam.

“Qas redha abang. Qas tak mampu beri abang zuriat, Qas izinkan abang nikahi Saffiya. Kesian Saffiya dia menderita. Kesian abang kesunyian”

“Qas tau abang mampu. Qas yakin abang pandai membahagikan kasih sayang untuk kami. Berpoligami kan sunnah” Qasidah masih berusaha memujuk.

Adam pantas berpaling pada Qasidah. Redup pandangan yang dilemparkan namun bisa menggentarkan hati Qasidah. Dia tau suaminya marah.

“terima pasangan seadanya. Kelebihannya disyukuri, kekurangannya diredhai. Pernah Qas Nampak abang kesunyian bila dengan Qas?”

“betul berpoligami tue sunnah, setia juga sunnah!”

“Qas ingat hati abang banyak mana yang nak dibahagi-bahagi? ada Qas fikir perasaan abang bila Qas mintak bukan-bukan nie?” Qasidah menggit bibir bawah. Adam bangun masuk ke rumah. Diraup rambutnya kebelakang.

Qasidah menangis. Antara suami, sahabat dan perasaan sendiri. Dia dipersimpangan.

*****
Qasidah hanya mampu melihat senyuman bahagia dua mempelai dari jauh. Dia tak mampu turun sama meraikan. Dia tahu dia redha namun hatinya bagai dihiris bila melihat Adam merangkul pinggang Saffiya. Hari ini hari bahagia buat mereka, Qasidah tidak mahu mencemarkan kegembiraan yang baru dibina.

Dia menguncikan diri dalam bilik. Mula mempersoalkan kewajaran tindakannya sendiri. Dia tenggelam dalam deru air mata.

“Qas, Qas, bangun sayang. Kenapa Qas menangis nie?” Adam terjaga bila mendengar esak tangis disebelahnya.

“Qas mintak maaf abang, betul Qas redha tapi Qas tak mampu tahan air mata nie” Qasidah terus memeluk Adam. Rindunya dia pada Adam. Tak sampai setengah hari Adam meninggalkannya, meraikan walimatul urus dengan Saffiya. Dia sudah kerinduan. Bagaimana pula bila dia dan Saffiya harus bergilir nanti?

“eh mana baju pengantin abang?” Qasidah binggung bila melihat Adam hanya berbaju tidur.

“bukan sepatutnya malam nie malam pengantin abang dengan Saffiya ke?

Adam tersenyum Cuma.

“Astghafirullah halazim, kekasih hati abang mimpi nie. Bilanya abang dengan Saffiya tue menikah?” Adam pantas membelai rambut Qasidah. Cintanya hanya satu.

“dah tue Saffiya kahwin dengan sape tadi?” Qasidah masih mamai.

“dengan suami dia la, Khalif. Sayang lupa ke kita pegi kenduri diorang tengahari tadi?” Adam masih melayan soal jawab Qasidah. Terasa lucu melihat wajah pelik Qasidah.

“nie mesti Qas tidur tak berwudu’ tadi nie?” Qasidah malu ditegur begitu. Merah pipinya.

Adam mencubit pipi comel Qasidah. Biarpun gelap namun kemerahan pipi si isteri masih ketara dimatanya.

“baru dalam mimpi dah teresak-esak, kalau abang betul-betul nikah dengan orang lain macam mana la pulak gayanya tue” sengaja Adam menggiat buah hatinya.

Qasidah menarik panjang muncungnya, entah kenapa hati terusik saat Adam menyebut menikahi yang lain. Pantas tangan sasa Adam melingkari belakang Qasidah.

“hati abang hanya ada satu, cinta abang juga hanya pada seorang. Hanya pada isteri abang yang seorang hingga ke syurga, insyaAllah. Qasidah namanya” Adam pandai memujuk rajuk si kekasih hati.

*****
Saffiya bertemu Khalif dipesta buku islam antarabangsa. Titik perkenalan yang membawa mereka ke gerbang pernikahan. Dia tau Qasidah mahu berkongsi kasih dengannya, namun Adam bukan pilihannya kerana hatinya sudah dicuit. Benarlah jodoh itu rahsia Allah.

“Assalamualaikum anak abi, anak-anak abi sihat ke kat dalam tue?” Qasidah tersenyum

Adam bahagia. Zuriat yang dikandung Qasidah disahkan kembar. Dan dia teruja menanti sat itu.

“susu tak luak pun?” Adam sengaja mengecilkan mata memandang Qasidah. Seperti biasa Qasidah hanya tersengih. Adam pantas mengambil gelas dan meminumnya separuh, separuh lagi dihulur pada bibir isterinya. Begitulah Qasidah, tidak akan minum selagi Adam tidak menghabiskan separuh.

“Qas nak anak-anak hebat macam abang, kalau abang minum separuh dan tinggalkan separuh untuk Qas. Sedikit enzim abang mesti termasuk dalam susu tue, jadi Qas tolong telankan untuk abang la” alasan kebiasaan Qasidah.

Adam menggaru kepala yang tidak gatal bila pertama kali mendengar alasan Qasidah. Ada sahaja modal isterinya kalau nak lari dari buat perkara yang tidak disukainya.

*****
TAMAT

*cerpen lama tak sambung lagi, buat cerpen yang nie dlu ;)

Sudip Syakira : Rendang Udang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ekceli dah lama nak share resipi nie, tapi selalu terlupa..
yang mana satu rendangnya? tue yang kaler kuning tue..
mama selalu buat sebab papa suka makan.. 


Bahan-bahan :

udang/ayam/daging/kerang (ikut suka)
bawang besar*
bawang putih*
halia*
serai* (*blender)
cabai kisar/cili boh
santan
serbuk kunyit
garam (tumbuk bagi halus lagi)
asam keping
daun kunyit (hiris halus)

cara-caranya :

1. letak kuali atas dapur tapi jangan pasang api lagi. 

2. letak udang atas kuali, bahan blender, santan (sampai hapus udang), cabai kisar, asam keping, garam, serbuk kunyit, daun kunyit. gaul semua bagi sebati. baru pasang api.

3. kacau sampai dia kering (saya suka kering2), klu xnak sampai kering pun blh janji kuah die dah masak.

selamat mencuba!!!

24 March 2012

Boleh percaya dengan rakan alam maya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera
dah off pesbuk konon nak tido dah la, tapi jenguk2 belog tetiba rasa nk up entry pasal alam maya nie. klu dlu ramai yg kata kawan2 alam maya nie xblh dipercayai, byk komen yg negatif keluar. dan mama pun byk kali pesan suruh saya berhati2 bila berkawan dgn mereka yg dari alam maya,ibu mana yg x risaukan anknya kan. saya katakan pada mama, insyaAllah saya tahu menilai mana yg boleh dijadikan teman mana yg tidak.
Kami Blogger Utagha, mereka lah teman pertama saya dari alam maya. Alhamdulilah ramai yg baik2 dan saling menasihati dalam tue. bila saya kemana, menghadiri event group yg besar, KBU tempat pertama dihati saya mengapa mungkin cara kami bersahabat menepati piawaian saya mungkin. dan sekarang kiranya saya kemana2 pasti mama bertanya "dengan KBU ke?" besar impak KBU dalam hidup saya. terima kasih anda semua yg berada dalam KBU kerana bukan sahaja menjadi teman saya tapi juga sebahagian keluarga saya.
 
saya berkenalan dengan pakcik imam pun juga dari alam maya. Alhamdulilah saya bersyukur punya dia sbg sebahagian kekuatan. Alhamdulilah jugak hubungan kami dah ke peringkat seterusnya. doakan urusan kami dipermudahkanNya.
dari hanya teman menjadi sahabat dan rakan akrab juga ramai yg dari alam maya.dulu saya punya seorang sahabat yg sering berhubung melalui YM, siapa dia dan siapa saya tak pernah kami selongkar, hanya kata2 nasihat dan pengalaman hidup yg kami kongsikan bersama, dia sudah beristeri dan akan menjadi ayah tidak lama lagi, saya tumpang bahagia. terbaru saya punya seorang sahabat, Achie namanya die yg rajin datang jenguk saya suruh update entry.. hihihi
 
Kak Sunah, Kak Miza, Iffah, Kak Elly, Along, Wan, saya kenali mereka dari alam maya juga melalui pakcik imam. Ustaz Jiji, HJ, Budak Penjara, Kay juga saya kenali dari alam maya. saya akui saya selesa berteman dan bersahabat dengan mereka yg sebutkan disini.
berkawan lah dengan siapa pun, dari lubuk mana sekalipun. yg baik kita jadikan tauladan yg buruk jadikan sempadan. pokok pangkalnya diri sendiri, jika diri gagal memilih jalan yg betul.

20 March 2012

Bila dah tiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 
sampai satu tahap kebosanan, 
terasa nak delete belog, 
deactive pesbuk,
jahanamkan skype,
tutup emel,
mujurlah saya tidak rajin bertwitter
 
tapi saya bukan sebodoh itu, menipu diri sendiri namanya.
cukuplah menjarakkan diri sebentar dari dunia maya ini,
membisukan jari dari menaip,
bila rindu mula menjelma barulah diketuk segala pintu maya ini.

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera

entry ringkas..

Selamat Ulang tahun Kelahiran untuk achie.
semoga tiap denyut nadi mendapat keberkhatan Ilahi, capai apa yang dirancang, makin hebat menjadi seorang khalifah, jiwa dan hati yang lebih terisi dengan cintaNya..
 Amin...


terima kasih menjadi sahabat saya, semoga kita terus bersahabat :)
 

Baju dah siap!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulilah siap jugak akhirnya baju KBU setelah melalui sedikit kontrobesi..
ekceli nak hupdate pasal nie semalam lagi tapi emosi tak stabil, badan letih, otak serabut makanya tertunda ke hari nie la entrynya.


baju yang dah dikelas2kan senang nanti kalau ada yang nak mai ambik.
terima kasih pada dua orang osmate yang mengecualikan saya dari turun ke dapur semalam, nie yang sayang dua kali ganda nie,, hihihi




baju-baju yang akan dipos laju kan hari nie , insyaAllah..
kepada mereka yang sudah menerima nanti minta maklumkan pada saya ye? terima kasih :)


ini lah rupa sebenar baju KBU...
hasilnya saya berpuas hati harap anda juga yang terlibat akan berpuas hati juga..

maaf andai ada kekurangan dari pihak saya, maaf juga terlewat dari yang dijangka kan... 
 

19 March 2012

Simpan dan sorok

Assalamualaikum dan salam sejahtera

teringat usrah bersama teman rumah smlm. perbincangan antara dia dan keluarganya, perihal kekasih hati yang bakal datang merisik. Alhamdulilah, hubungan mereka juga akan menganjak ke satu lagi level. 

antara yang kami bincangkan semalam perihal simpan dan sorok kekurangan pasangan. Islam sendiri menegaskan agar saling menjaga aib pasangan masing-masing. intipatinya agar keharmonian rumah tangga terpelihara.



sebagai contoh hari nie si isteri tidak pandai menggoreng ikan habis pecah perut si ikan terputus 4 kepalanya, tidak pandai menggosok seluar suami yang mahukan site yang tajam seperti hujung pedang, dan pulang ke kampung si suami bercerita pada ibunya. tapi suami lupa menceritakan yang si isteri lembut ketika berbicara, santun tika menyapa. agaknya apa pandangan ibu pada menantunya? ibu mana yang sanggup melihat anak lelakinya pula yg perlu turun ke dapur?

si isteri pula sibuk mengadu pada bondanya perihal gaji suami yang sering dibayar lewat, terpaksa menggunakan gaji bulanannya pula untuk menampung kehidupan tapi dia lupa menceritakan suami yang bijak berbelanja, mengganti wang yang digunakan dengan berlipat kali ganda. bonda mana yang sanggup melihat kesusahan dan kepayahan anak gadis yang dahulu ditatang, semua kehendak dituruti?

itu contoh jela. simpan dan soroklah kekurangan pasangan. kekurangannya diredhai, kelebihannya disyukuri bak kata ustaz Hasrizal.dan saya percaya tiap kekurangan itu akan diperbaiki dari masa ke semasa dan kerana itu bercintalah dengan dirinya, terima si dia seadanya, kerana kamu lebih mengerti siapa dia bilamana kamu membuat keputusan memilihnya.

18 March 2012

Ubat Duka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

last week balik kampung, turun kereta jer Faiz, anak sedara yang sulung datang hulur tangan nak salam, pastu cakap nak peluk saya..
oh oh nie mesti dia nak pujuk Achik dia yang bebai sblm sampai ritu.. huhu

sampai rumah, ada majlis celebrate besday anak pompuan dua orang tue,
ekceli besday diorang 19dan20 march nie tapi diawalkan atas sebab2 tertentu.
gambar tak sempat nak ambik,  sibok makan itu dan ini, hihi


sempat tido kan budak kecik nie sementara tunggu mama dia makan.
saat menidurkan dan mandikan anak-anak sebenarnya saat yang saya suka sebab kimia yang mengalir dari tangan kita akan buat kita dan diorang jadi rapat.


haishh geram je tengok dia senyum tue.. minggu depan diorang dah nak balik.
rasa macam tak nak balik minggu depan, sebab nanti saya nangis saat dia dan kakak dia balik ke banting... T_T

Peluang seterusnya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cik Gksb bertanya pendapat perihal peluang hanya datang sekali? dan ini pandangan dari prespektif saya.

salah.. semua orang buat salah. dan ada yang bila dah bersalah dia mengakui salahnya dan berusaha membetulkannya. kejam bagi kita andai terus menghukum si dia tanpa memberinya peluang. 

perlu di ingat sebelum meletakkan hukuman, letak diri anda ditempat si dia. pasti kecewa andai diri tidak diberi peluang kedua bukan?

tapi bagi saya sendiri, hanya tiga kali peluang diberi. jika kali seterusnya dia masih membuat salah yang sama. itu bermakna dia tak belajar dari kesilapan, dan akan menjadi kesilapan pada diri kita yang terus memberi peluang padanya.

sabagai contoh, kes curang. tak salah memberi peluang kedua kerana dia juga manusia biasa tapi suka saya mengingatkan yang andai si dia memilih hanya kita pasti tiada yang kedua dihatinya.

berilah peluang tapi jangan sampai hilangnya value sesebuah peluang.

Anak pun pakai spec

Assalamualaikum dan salam sejahtera

semalam mama suruh saya minum bitamin untuk mata saya tak mau,  lepas tue boleh pulak mama ugut macam nie,

mama : lantak kamu, besok2 kalau dah pregnant anak kuar b'spec dah la mak bapak nya pakai spec mata dari muda lagi.

saya : elehhh mama papa tue pun pakai spec mata jugak, xde lak ya baby2 dah pakai spec ... kihkihkih 

mama kalau nak ugut suka cakap macam nie tau, ntah pape jer huhuhu T_T

*mama suka ugut sebab anak dia yang sorang nie selalu degil, xmau makan bitamin, makan ubat, hihihi :p

16 March 2012

14 March 2012

Memasak yang didorong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

belek2 resipi ayam berempah kak miza terus teringat sesi usrah bersama mama hari tue, perihal kami tiga beradik perempuan.
along saya seorang suri rumah yang bertuah punya suami yang tak kisah mahu makan dimana dan apa menunya, 
beli dekat luar? jalan...masak dekat rumah? dia makan
tapi abang ipar saya yang sulung nie x gemar makan makanan selain makanan berat, contohnya dia tak suka makan kek, spagheti tapi dia lebih suka menikmati nasi bersama lauk pauk. jika dulu sblm kahwin along saya rajin memasak mencuba itu dan ini, masalodeh contohnya yang along suka masak dulu, tapi kerana suaminya yang lebih suka makanan berat, kegiatan memasaknya makin pudar dan pudar.

kakak saya gemar mencuba macam-macam jenis resipi. abang lang saya, suami kakak juga rajin turun ke dapur sama. abang lang x sama mcm abang yg sulung, dia jenis makan apa aja janji sedap. kalau x sedap dia cuit sikit je. kerajinan abg lang melayan kakak memasak sedikit sebanyak membuatkan dia rajin mencuba resipi baru.

dan saya, saya akui dulu saya ckup malas turun ke dapur. mula rajin mencuba lepas mama selalu travel ke banting, papa suruh beli je kat luar tapi saya ambik kesempatan tue untuk belajar, selagi kita tak paksa diri cuba selagi tue penyakit M ada dlm diri kan. dan bila dah merantau jauh dari mama segalanya saya kena lalui sendiri. Alhamdulilah pengalaman mematangkan diri.



dan yang mendorong saya lebih rajin memasak lepas tengok Pakcik Imam sangat rajin mencuba itu dan ini. pernah saya katakan kat mama, saya rendah diri nanti andai dia sbg suami lebih arif perihal dapur berbanding saya. bersaing secara sihat tak salah bukan?hihi dan kamu Pakcik, saya tau kamu membaca terima kasih mendorong saya, dan doa saya moga satu hari nanti dan hari2 seterusnya kita boleh 'bergaduh' didapur bersama.. :)

betul kata Iffah, bila dah memasak tak ada yang makan mula lah kita jadi malas nak memasak. yang makan menjadi pendorong tuk kita lebih rajin memasak kan?

*housemate dah tanya bila nak masak spagheti lagi ;) 
 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...