Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

30 April 2012

Header Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ermmm sebenarnya dah lama nak gantikan header yang lama tue tapi tatau nak design macam mana. saya nie bukan orang yang kreatif. =.='

  
saya sayang dan sukakan header yang lama nie, ada sentimental value antara saya dengan dia. bertungkus lumus gunting kemas-kemas setiap huruf tue. tapi sekarang saya mahukan sesuatu yang baru. mungkin satu hari nanti saya akan gunakan nya kembali.


ini header baru, jari saya seakan senang create header nie. apa yang pasti saya mahukan doodle katun tue sebagai penyeri. saya mahukan sesuatu yang simple dan tak serabut mata mungkin buat masa sekarang.

nak komen? nak kritik? silakan saya terima dengan hati yang terbuka. 
kalau ada yang nk sponser header lagi saya terima..hihihihi ;)

gembira bersama sesuatu yang baru, tapi kenangan bersama yang lama pasti akan dikenang juga kan? adat la tue ;)

29 April 2012

Satu perjalanan #8 versi Bersedia ke saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ramai yang tolong fikirkan bagi pihak saya apa yang bakal terjadi bila dah bergelar isteri orang nanti. ramai yang memberi kata semangat, panduan nasihat. tak kurang ramai juga yang menakutkan saya dengan kehidupan selepas bergelar isteri dan berkongsi hidup dengan suami nanti. ada pro dan kontra, saya gaulkan dan mula membuat teori dan konklusi saya sendiri. walau apa pun saya bersyukur berada dalam kelompok mereka yg sudah berkahwin. dari dulu saya memang suka berkawan dan rapat dengan mereka yg dah mendirikan rumah tangga.

memandang dari segala aspek, memilih positif dan negatifnya dari segala rencah hidup mereka. adat berteman, yang baik kita jadikan sempadan, yg buruk jadikan tauladan ye tak? ;)

ada yg berkata sebelum berkahwin dan semasa diawal perjalanan hidup memang indah belaka. kentut pun wangi sokmo. bila dah lama sikit berjalan mula terasa langkah diatur tak kena gaya. saya hanya memberikan senyuman, sengehan dan kelipan mata seakan-akan comel. yela apa lg yg saya boleh kata kerana saya belum melalui fasa hidup yang satu itu tapi saya juga tau tiap perjalanan hidup tak kira la bujang atau sudah berumah tangga pasti diuji dengan pelbagai bentuk dan rupa dari Maha Pencipta. bukankah ujian itu jalan mendekatiNya dan saya juga tahu Allah tak kan menguji diluar kemampuan umatNya. 

mengikut aturan Al Quran, menjejak langkah sunnah yang ditinggalkan. bagi saya itu adalah yg utama. berkata memang mudah, istiqamah itu yang payah. tapi kalau kita tak boleh buat semua, kita buat sedikit. dan berusaha menjadi lebih baik dan baik. mendaki tangga setapak dan setapak, insyaAllah Allah tak pernah kejam dengan hambaNya kan... tapi tak salah juga menerima buah fikiran dan pendapat dari keluarga dan teman rapat. itu kata saya, hanya pendapat saya. 

doa saya moga saya dan bakal Imam saya mampu meneruskan perjalanan mencari redha Allah.. mampu membawa pelayaran kami menuju destinasi dengan selamat kerana saya tahu pasti banyak angin taufan dan ribut yang akan menguji pelayaran kami nanti.

bersedia ke saya? kalau saya tak cuba berdiri dalam angin kuat menegakkan layar kapal saya sendiri agaknya bila kapal tue akan bergerak? atau saya hanya berserah, menangis ketakutan menanti kapal karam ditelan ombak ganas....

     #Ehh tetiba keluar doodle nie.. hihihi :p

27 April 2012

Semua pun mampu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

selingan : sejauh mana kesabaran, ketabahan dan keikhlasan seorang isteri bila tau suami dia sgt mengambil berat perihal perempuan lain? berkongsi kasih dan masa bersama perempuan lain hingga masa dia bersama keluarga sendiri terbatas. tak kira la siapa perempuan tue dalam hidup suami dia? saya terfikir bagi pihak Emelda dalam cerita Cinta Buat Emelda....

saya hanya memerhati dari jauh. mengikuti la jugak perkembangan dia walau saya tak pernah kenal siapa dia. dia sahabat rapat seseorang yang rapat dengan saya. dia baru putus cinta, saya tau sakit dan perit dikecewakan. saya faham, saya sendiri pernah alami walau semua orang kata setiap orang tak sama sakitnya, saya akuinya.

mungkin kerana pengalaman mengajar saya menjadi seorang yang kurang punya perasaan. ataupun lebih tepat. saya tak ada perasaan. ramai orang cakap saya macam tue, mungkin betul apa yang mereka kata. saya dikecewakan oleh seseorang dulu, lebih sakit bila hubungan telah diikat ke satu lagi level. banyak hati yang perlu dijaga, banyak kata yang perlu didengar, banyak luka yang terhiris dirasa. tapi saya bersyukur kerana kesakitan dulu membuatkan saya lebih menghargai setiap yang hadir selepasnya. kalau la saya terlalu mengikut parah dihati? Alhamdulilah Allah masih sayangkan saya. Dia pelihara hati, akal dan iman saya, Alhamdulilah.

lepas kisah pertama. saya juga kecewa dengan kisah kedua. lebih sakit bila diri dilempar dengan berbagai kata-kata. lebih perit bila hari-hari kena bersua muka kerana mencari rezeki dibawah satu bumbung yang sama. lebih terluka bila semua kesalahan diletakkan dibahu saya seorang. selesai ke semua masalah tue kalau saya lari dari semua tue? Alhamdulilah Allah hadirkan kasih sayang yang melimpah ruah saat tue, keluarga yang sentiasa ada dibelakang saya, sahabat handai, teman ofis, Kirin Selama Perak yang selalu marah bila saya menangis, Pakcik Imam yang tak penat memberi nasihat. kerana kasih sayang Allah dan mereka semua saya tak hanyut ditelan ombak kesedihan.

saya cukup tak suka tengok mereka sedih meratap pilu bila ditinggalkan kekasih. hilang arah bila dikecewakan. diri diabaikan bila hati dihiris luka. Ya Allah tolong la jangan macam tue. kenapa nak biarkan mereka gembira dengan kesedihan kita? tak terasa diperbodohkan diri sendiri ke? bila awak makin sedih dia lebih gembira sbb berjaya sakitkan hati awak. seseorang pernah kata pada saya "awak memang tak ada perasaan kan? awak kejam. saya tengok tak ada effect kat awak pun bila kita putus. awak boleh gelak senyum sepanjang hari sedangkan saya sedih rindukan hubungan kita dulu(walaupun dia yang nak tinggalkan saya)" dan saya rasakan kemenangan bila dia kata macam tue dekat saya. sesungguhnya saya dah berjaya buktikan walau ditinggalkan dia saya masih boleh gembira menikmati hati-hari saya. walau dalam hati hanya Allah yang tahu, tapi biarlah kesakitan dan kesedihan tue saya sorokkan jauh didasar hati.

kalau lah saya boleh katakan semua nie pada dia yang sedang kecewa tue. hargai diri awak sendiri. bangunlah kerana Allah masih menyayangi awak kerana itu Dia menguji awak, bersyukurlah bila diuji, banyak tersirat yang awak akan nampak nanti. awak terlalu istimewa untuk disakiti oleh dia, jadi jangan biarkan dia tertawa dengan setiap inci kesedihan awak. tunjukkan ketabahan dan kekuatan hati dan fikiran awak pada semua orang biarpun luka awak terlalu dalam. jangan izinkan dia berbangga dengan kesedihan awak. kalau lah saya boleh katakan pada dia...

saya bukanlah sempurna, tapi saya sedang berusaha mencari kesempurnaan tue..



 

26 April 2012

Sakit perot I duduk saja

Assalamualaikum dan salam sejahtera

baru je lepas baca entry Jusiza pasal ais ketul yg tunang dia bagi. tetiba pulak saya terfikir nak share peribahasa/perumpamaan yang Pakcik Imam tue pernah kasi kat saya. ekceli banyak perumpamaan diluar kotak pemikiran saya yang keluar dari mulut dia. antara yang paling terkesan dalam hati.

kalau kita sakit perot, tak pergi tandas, tak usaha teran, agaknya macam mana najis tue nak keluar? apa yang dia nak maksudkan. kalau kita ada masalah, kita tak cuba usaha selesaikannya agaknya sampai bila baru kita boleh settle kan prob tue? 

bahasa dia bukan la sopan santun mcm saya santunkan kat atas tue, tapi tue lah salah satu yang paling saya ingat sampai sekarang dan terkesan kt hati. perumpamaan dan maksudnya sekali. :)

25 April 2012

wordless wednesday #25

Assalamualaikum dan salam sejahtera


itu Afiq Danial.. dah dua bulan pun dia, badan dah berketui-ketui sana sini. dokte kata berat badan dia dah melepasi garisan kuning. obes leteww =.=' . minum susu badan jer, bangun jer cari susu, lambat kasi dia menjerit nangis.  sangat lenguh tangan kalau dukung dia lama-lama, pangku dia tidur ritu lenguh tangan dua hari!!

Afiq rindu kamu T_T 

*xde la wordless sgt, kang Kay-are bising kalau tak letak chaption gmbr, sbb dia xreti nak komen ape..hihihi :p

Lakinya xda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 "maafkan saya Nurul Iman, buat awak cedera" kata saya. 

"Nurul Iman tue nama kereta kamu ke?" Mama tanya lepas dengar saya mengeluh itu ini, menung sana sini lepas saya terlanggar sesuatu kat highway ritu. saya pun dengan penuh semangat mula kenalkan satu-satu nama kesayangan saya.

"a'ah kereta nie nama dia Nurul Iman, kamera pink tue Safiyyah, yang pink lagi satu tue pulak nama dia Intan Asha. ohh Pc kt bilik tue jer yg blm ada IC lagi" dengan mata bersinar-sinar mcm mata sailormoon tue saya cerita kat mama..

"laaa dah tue xde la yang laki? dah semua kamu letak nama perempuan" mama balas balik..

"erkkkk =.=' " tiba-tiba saya pulak yang terdiam..

sebab tue la mama sahabat baik saya sbb mama pandai pujuk kalau saya dalam situasi yg macam mana sekalipun. mama sanggup layan kepala senget saya. mama jugak la yang sanggup upah saya mcm-mcm bila saya larikan diri dari makan ubat. mama jugak la yang teman kat dapur time saya mengidam nak masak itu ini walau kadang-kadang dapur dia meletup saya kerjakan... mama tak pernah merungut cuma mama duduk diam-diam tanda protes kalau saya drive kereta lelaju.. ya sayang mama sangat-sangat!!!! 

24 April 2012

Dulu dan sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera



semalam dikejutkan dengan sesuatu oleh kak Adish Shida.. haaa tue kat atas tue.. saya pun tertanya-tanya la kakak sorang nie stalker sape? bila saya teka dia stalker diri sendiri katanya tak.. ok penat la nak teka katanya dia nak bagi hint. 

 

 
bersungguh Kak Sunah google nak tau sapa dia.. saya pulak tak terfikir nak menggoogle =.=' sekali tengok.. laaaaaaa Kak Shida stalker saya ke? kenapa saya langsung tak ingat apa yang saya pernah tulis T_T

bila bukak balik entry tue.. omaiii besarnya font tulisan, tak payah tunggu readers lain saya pun terkejut dan gelak sendiri.. hihihi
kelakar kalau tgk entry lama-lama dulu. dengan segala font yg macam-macam jenis, colourfull, font beso gedabak, nampak sangat tak matangnya =.=" walaupun sekarang xda la matang sangat..hihihi

tapi tue la hakikatnya, semua pun ada masa lalu. kematangan sekarang buat kita kadang-kadang menyesal dengan kesilapan lepas. tapi kalau kita tak ambik pengajaran dari kesalahan yang lepas tue bermakna kita seorang yang terok la.. sebab? ulang kesalahan yang sama dua kali. jadi jangan bagi peluang pisang berbuah dua kali ;)  

23 April 2012

Cerpen :: Kau Yang Aku Cinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera

“laa awek rupanya, aku ingatkan mamat mana yang dok cucuk aku dari tadi” bebel Ikram sendiri. Sedari tadi kereta Viva dibelakang mengikut rapat Myvi Oren yang dipandunya. Tak lain tak bukan kes dia menyelit sebentar tadi.

Sengaja Ikram bermain mengikut rapat Viva Elite dihadapannya, ada kalanya dia memberi ruang pemilik kereta tersebut memotongnya. Ada ketikanya dia pula yang memotong kereta tersebut sehingga lah Viva Elite itu hilang dari pandangannya. Puas dia mencuri pandang gerangan pemandu Viva Elite itu namun kerana rabun yang semakin menambah membuat pandangannya kabur.

Hampir terjatuh rahang bawahnya bila mana terpandangkan pemilik Viva Elite yang ‘berlumba’ dengannya sebentar tadi. Berbaju kurung cotton ungun, tudung labuh menutup dada, stoking kaki dan tangan dipakai menutup aurat. Seakan tidak percaya gadis itu yang memandu Viva Elite tadi.

“Assalamualaikum” Ikram terpaksa juga menjawab panggilan telefon yang berdering dari tadi. Entah apa butir pemanggil disebelah sana bercakap tidak diketahuinya. Fokusnya hanya pada pemandu Viva Elite diseberang sana jalan.

“woi kau dengar tak apa aku cakap nie?” Ilham menjerit meninggikan suara apabila dia terasa seolah bercakap seorang diri.

Ikram bagai tersedar pantas dijauhkan telefon dari telinganya. Kakinya juga terhenti dari melangkah mendekati pemilik Viva Elite yang tak jauh dari tempat dia berdiri tadi. Ikram merenung telefon bimbitnya tertera nama Ilham.

“kau punya pasal lah nie Ilham, dah tak ada masa lain ke kau nak telefon aku? Kenapa lah time nie jugak yang kau nak merap dengan aku?” Ikram pantas mematikan panggilan, kecewa apabila Viva Elite tadi meninggalkan perkarangan parking Hentian Taiping. Tinggal tiga langkah sahaja dia mendekati, hembusan kasar dilepaskan. Terus dia menapak memasuki surau.

Ilham merenung pelik telefon miliknya.

“dah kenapa dengan Ikram nie” bebelnya sendiri.

*****
Nurin menanggalkan tudung kepalanya. Terasa longlai satu badan, keletihan memandu pulang dari kampung. Lebih letih bila memikirkan masalah yang  terpaksa  dibawa pulang bersama.

“Zakwan telefon Ibu lagi tadi, tak habis lagi dia pujuk Ibu mintak tolong pujukkan Along” mulanya baru sahaja mahu bermalas-malas diatas katil terus terbangun bilamana mendengar apa yang baru keluar dari bibir ibunya.

“abaikan jela dia tue ibu, ibu tau kan along macam mana?” keluhan berat dilepaskan. Dan terdengar keluhan kecil dari Ibunya. Nurin cepat-cepat menutup kepalanya  dengan bantal Barney kesayangan sejurus ibunya menutup daun pintu biliknya.

‘tido lagi bagus dari fikir pasal mamat tue’

Zaleha hanya mampu menggeleng melihat karenah anak sulungnya. Dia tahu sekali hati anak gadisnya kata sayang, memang dia akan sayang dan hargai sebaik mungkin. Tapi sekali dia mengatakan tidak, maka tidak la jawapannya sampai ke sudah. Hati anaknya keras, sedangkan dia pun susah nak melembutkan ini kan pula orang luar yang tiada pertalian darah dengan Nurin.

Nurin mengeluh berat, niat hatinya mengambil cuti seminggu mahu menghilangkan keserabutan fikiran. Ibu, hanya wanita itulah tempat pertama yang dia akan cari sekiranya punya masalah, kekalutan hubungannya dengan Zakwan juga dikongsikan bersama ibu. Tak terlintas difikirannya Zakwan mahu menggunakan ibu sebagai orang tengah antara mereka.

Akhirnya Nurin tertidur dengan kepala yang sarat dengan pelbagai persoalan bersama linangan air mata.

*****
“awak tak nak dengar penjelasan dari saya?” Nurin masih mahu cuba meraih kepercayaan lelaki dihadapannya. Dia sayangkan lelaki itu dan hubungan mereka.

“saya lepaskan awak mulai hari nie, lepas nie awak bebas buat apa saja dengan siapa saja. Saya dah lepas tanggungjawab pegang amanah yang ibu awak pesankan” Nurin kecewa, Zakwan mudah menghukumnya tanpa memberi dia peluang membela diri. Zakwan selalu begitu, menghukum tanpa mengadili. Baginya apa yang dia dengar itulah yang benar. Setiap apa yang keluar dari mulutnya itulah muktamad. Nurin redha.

“baiklah kalau nie yang awak putuskan, saya terima” Nurin mengalah. Dia tak sanggup lagi berlari mengejar  cinta dan kepercayaan lelaki itu untuknya.

“hujung minggu nanti saya hantar family saya putuskan pertunangan kita” Zakwan tetap dengan keputusannya.

“terima kasih” Nurin berlalu. Tiada air mata yang keluar kerana mungkin dia sudah puas menangisi kekecewaan hatinya. Ini bukan kali pertama mereka berpisah.

Semuanya bermula apabila Mira, adik perempuan Zakwan mula membuat cerita yang kurang enak mengenai dirinya. Dia terserempak dengan Mira semasa keluar membeli barang pejabat dengan Mikhail tempoh hari. Tanpa disedari Mira mengambil gambar mereka berdua. Bermula dari situlah Zakwan salah faham dan menghukum Nurin. Mira memang tidak pernah menyukai Nurin.

Nurin mula menjadi kesayangan Abah dan keluarganya. Mira pula terasa seperti dipinggirkan kerana Nurin lebih pandai mengambil hati keluarganya. Kerana itu sedikit demi sedikit Mira memasukkan racun dalam hubungan Zakwan dan Nurin.

Zakwan lebih percayakan adiknya tanpa menyiasat dimana kesahihan perkara tersebut. Sering begitu, apabila Zakwan menyedari keterlanjurannya menghukum pasti dia datang meraih cinta Nurin kembali. Nurin pula semakin letih dan kecewa dengan sikap Zakwan. Kerana itu biarlah ini perpisahan terakhir antaranya dengan Zakwan.  Nurin tetap dengan keputusannya.

*****
Nurin gelisah. Sudah dua minggu dia diekori lelaki misteri itu. Mulanya dia anggap lelaki itu hanya jiran yang baru berpindah ke taman rumahnya. Tapi setelah diteliti lelaki itu akan memusingkan kereta dan keluar dari perumahannya setelah Nurin masuk ke dalam rumah.

“kau apsal Nurin? Mengendap kat situ?” terjerit Nurin terkejutkan Malissa tema rumahnya

 “ish kau nie Nurin, dah kenapa?” . Malissa segera menutup telinga. Boleh pecah kalau hari-hari dengar Nurin menjerit.

Nurin segera mengurut dada. Pantas diceritakan segalanya pada Malissa. Malissa seperti berfikir.

“jangan-jangan tue Zakwan tak? Dia kan tengah gila talak kat kau” pantas Malissa mengesat lengannya. Sakit dicubit Nurin. Jelingan tajam pula diterima dari Nurin. Malissa tahu, Nurin benci mendengar nama lelaki itu.

Sudahnya hanya kelibat Nurin masuk kebilik tidurnya sahaja yang Malissa Nampak. Malissa diam membatu.

*****

Puas Malik memujuk Zaleha. Puas jugak dipujuk hatinya. Dia juga sedih melihat Nurin anak sulung mereka terlantar tidak bergerak dikatil. Terasa seperti jatuh jantungnya selepas mendapat panggilan dari hospital menyatakan Nurin terlibat dalam kemalangan.

“doctor darah saya dengan darah Nurin sama jenis. Doctor ambik la darah saya. Saya dermakan sekarang” terkebil-kebil Malik dan Zaleha memandang lelaki yang tidak mereka kenali itu.

Doctor yang merawat Nurin baru sahaja menerangkan kondisi keadaan Nurin. Nurin kehilangan banyak darah.  Doctor Ilias pula seperti mahu terjatuh selepas diterkam lelaki misteri itu. Entah dari mana datangnya.

“anak nie siapa?” akhirnya Maliki cuba mahu meruntuhkan tembok persoalan mereka bertiga.

“saya Ikram Shafie, kawan Nurin. Izinkan saya tolong Nurin pakcik makcik” Nampak kekusutan diraut wajah Ikram. Zaleha juga sama jenis darah dengan Nurin tapi Ikram lebih sesuai. Zaleha mengalah. Akhirnya Malik dan Zaleha terpaksa mempersetujui, keadaan Nurin lebih mereka risaukan.

*****
Ikram Nampak tenang begitu juga Zakwan. Nurin hanya memandang kosong kedua lelaki dihadapannya. Dua-dua mahukan jawapan yang positif dari dia. Dia masih keliru, dalam hati punya rasa yang indah namun untuk siapa?

“bagi saya masa” hanya itu yang mampu Nurin katakan, pantas dia meminta izin untuk pulang. Badannya masih sakit-sakit akibat kemalangan lepas. Otaknya pula letih memikirkan segala kekusutan.

Tersedar dari kemalangan ibu dan ayahnya memberitahu ada kawannya yang sudi membantu mendermakan darah untuk dia. Sedangkan dia tak kenal siapa lelaki itu. Ikram Shafie, entah bila mereka berkawan. Dia pelik. Lelaki itu terlalu misteri.
Abah Zakwan menghubungi ayahnya mahu mengikat kembali pertunangan mereka yang terputus dahulu. Bersungguh lelaki koprat itu memujuk diri dan keluarganya. Bersungguh dia meminta maaf bagi pihak anak lelakinya. Nurin kasihkan lelaki itu yang sudah seperti ayahnya namun dia khuatir Zakwan tidak mampu mempertahankan rumah tangga mereka suatu hari nanti.

Ikram menghantar rombongan meminang tiga hari selepas dia keluar dari wad. Bukan sahaja dia, keluarganya juga terkejut menerima rombongan itu. Siapa Ikram? Dari mana Ikram mengenalinya?

*****
Nurin menyalami tangan suaminya usai solat jemaah bersama. Dia bahagia dengan keputusannya. Istikharah banyak membantu dia dalam membuat pilihan. Terasa mudah jalan yang dia pilih. Moga mahligai yang dibina dihujani bunga-bunga cinta, didakapi kasih sayang  dan keberkhatan dari Ilahi buat mereka berdua.

“Ilham adik kembar saya kerja di Jabatan Pendaftaran, susah saya nak pujuk dia carikan maklumat mengenai awak. tak berhenti saya mendesak akhirnya Ilham mengalah jugak. Tapi tak banyak yang saya dapat” Ikram memulakan bicara saat dipersoal Nurin dari mana Ikram mengenali dirinya.

“tapi macam banyak jer yang awak tau pasal saya?” Ikram tersenyum.

“nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Sebab perasaan nak kat awak tue banyak saya sendiri siasat pasal awak. Saya ikut awak setiap hari lepas awak habis kerja. Sanggup saya tukar projek dengan kawan semata-mata saya nak tau siapa awak” Nurin tunduk, dia malu ditenung begitu oleh Ikram. Kini dia tahu siapa lelaki misteri yang sering mengekorinya.

“sejak awak race dengan saya lama dulu hati saya tertarik nak tau semua pasal awak” Nurin mengangkat wajah memandang suaminya. Raut muka keliru dipamer.

“saya cari akaun fb, twitter awak. Selamat la awak pakai nama asal. Senang la sikit saya stalker pasal awak” Ikram hanya mempamer barisan gigi putihnya sahaja tatkala ditenung pelik Nurin. Tak sangka suaminya ini berusaha mencari dirinya.

“banyak yang saya perlu tahu dan belajar mengenai awak” Nurin terharu dihargai sebegitu.

“tak lama awak nak belajar sebab darah saya mengalir dalam diri awak, tak lama awak nak faham pasal saya” Ikram mula memaut lembut pinggang Nurin. Lampu meja dipadam.

Nurin memilih Ikram Shafie. Biarlah kisah lama dia dan Zakwan hanya menjadi sejarah. Bukan jodoh mereka berdua  dan dia bahagia dengan cintanya kini. Allah tak pernah membiarkan hambaNya tinggal didalam kegelapan untuk selamanya. Pasti dihadirkan pelangi selepas hujan yang turun dengan lebat. Asalkan setiap hambaNya tidak terus menangisi kesedihan hingga terlupa pada Dia pencinta utama.

 *****
entah berapa hari draft cerpen nie tertangguh tak bergerak. entah ada rasa atau tidak..sengaja mewujudkan watak Viva Elite dalam cerpen nie, itukan Nurul Iman, kereta kesayangan saya ^.^   

Satu perjalanan #7 versi Hantaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hamboiiii kemain lagi korang gelak pasal apam raksasa tue erk, gelak la gelak la malas layan korang werkkssss :p

hari nie rasa nak cakap pasal hantaran atau pun dulang yang kita bagi masa bertunang atau pun kahwin. hari tue kecoh sekejap kengkawan pesbuk saya update status pasal hantaran. dalam nona kowt erk ada keluar pasal tue? entah lah saya tak tau la apa yang nona tue cakap sebab saya langsung tak tengok pasal tue.  wanita berkerjaya kan.. :p

biasanya kalau bertunang ramai yang isi dulang dengan manisan. ada jugak yang bawak hadiah untuk bakal mempelai sekali. terpulang lah pada kemampuan dan kemahuan masing-masing.

ramai yang mengeluh harga satu dulang hantaran yang ready made dekat kedai mahal. lagi cantik lagi mahal. tapi yang tak cantik pun ada jugak mahal =.=' standard mahal la sebab upah orang tue buat lagi, jari dia yang kena glue gun tue lagi. sakit tau x kalau kena glue gun yg tengah panas berasap tue.

kalau yang memang berada banyak duit tak tau nak letak kt mana dh tue x kisah la klu nak beli yg ready made atau pun upah kedai buatkan. tapi kalau nak buat sendiri pun boleh. bagi saya lagi tinggi value dia kalau kita buat sendiri.

yang nie pendapat saya jela sebab saya nie jenis cerewet sikit, kalau tak kena dengan selera saya jangan harap saya nak suka. sebenarnya tak susah pun nak hiaskan dulang tue.. kalau korang pergi kedai perhati betol2 yg ready made pnye balik korang tiru la macam tue..

 adik perempuan Pakcik Imam buat, cantik kan?

barang-barang nak buat dia tak mahal pun. kalau sekali korang beli barang jer RM50, korang dah boleh buat hantaran dalam 5 ke 6 dulang macam tue atau lebih lagi.  berbanding satu dulang ready made yang saya pernah tengok dalam RM60 gitu. tapi korang kena rajin servey kedai mana yang murah dan barang-barang dia cantik. kalau nak beli barang pun tempat 5 stars gitu saya tak blh nk tolong apa la..

kalau rasa mmg tangan tue x kreatif langsung blh mintak tlong kawan-kawan mana yang kreatif tue ajarkan korang. jangan nak hidung tinggi tak tentu tempat. tapi saya cakap bagi pihak perempuan. yang lelaki klu ada adik perempuan blh la mintak tlong diorang buatkan. kalau tak boleh tue nak tak nak korang terpaksa la upah kat kedai jugak.. hihihi..

dulang saya dan benyah(abang) saya buat sendiri. jimat dan puas hati sendiri. tak payah nak pening serabut kepala.     

22 April 2012

Berkasih sayang di hari minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

haaa jangan ada yang nak buat kontrobesi baca tajuk tue ye.. dont judge entry by its title.. erkkkk (suka hati je nak rosakkan bahasa org) :p

Pergi pasar cuti jumaat ritu tengok ikan termenung tue RM3 sekilo. makanya decide nak buat laksa. memang sebelum tue dah berfikir-fikir nak buat laksa sebab tinggal sorang, nak keluar merayau malas nak siap malas nak drive. berkasih sayang dengan dapur jela akhirnya.


sebab kuah laksa yang banyak makanya saya pun merajinkan diri hantar ke rumah jiran sebelah menyebelah. kalau nak harapkan saya dan osmate habiskan entah bila la pulak. 

petang jumaat tue pulak sebab tangan teringin nak b'apam polka dot. semangat lebih sebab baru beli periuk kukus hihihi.. bila dah cukup masa bukak tudung periuk terus :o (haaa cam gitu la reaksi muka saya, dengan mulut ternganga)

apam polka dot saya jadi apam raksasa.. huaaaaaaaa sobsobsob... terus hilang semangat nak sambung dotdot dia tue.. mms kat Mama dengan Pakcik Imam mengadu.. nasib la mama dengan pakcik rajin memujuk. mama kata xpe la belajar dari kesilapan. pakcik kata xpe lain kali beli acuan yang keras nak bagi dia bentuk elok. sobsobsob~~~ 

korang nak tengok ke macam mana bentuk apam raksasa tue? tak payah la, nanti korang gelak pulak..huhuhuhu.. 

malamnya hujan lebat, saya dah susah hati takut air masuk kat dapur lagi. 11 lebih macam tue saya keluar bilik pijak lantai tengok-tengok.. huaaaaa dapur saya dah berenang-renang.. malas nak fikir banyak saya tutup lampu terus tido. macam tue la saya selalunya, kalau ada masalah kepala serabut saya suka pilih untuk tido dengan harapan bila bangun nanti TINGGGGG semua nya dah selesai.

jangan nak mimpi la, bangun pagi esoknya dapur still macam semalam jugak. ambik mop baldi bersihkan dapur tue dengan penuh kasih sayang. dalam hati, kalau hari-hari macam nie mau bermuscle lengan saya nie..hihihi


  
saya tau mesti ramai yang dok bayangkan apam raksasa saya tue.. haaaa nie la apamnya.. gelak la sebab saya pun dok gelak masa makan apam raksasa nie.. =.="
 

19 April 2012

kosong dari bunga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Iffah, Kak Adish Shida, Pakcik Imam diorang perasan saya dah tukar layout belog nie.. korang ada yang perasan tak? baik angguk kalau tak saya bebai!! hahahaha..

selain warna pink, saya suka kan warna yang gelap terbaru kelabu. ada orang kata mereka yang lahir antara bulan Julai-Disember nie lebih gemarkan warna-warna yang gelap.. jangan tanya saya betul ke tak, sbb bukan saya yang buat kajian. 

dan lagi satu saya kurang gemar pada bunga kecuali Sakura. Sakura dan Lavender jer yang jadi perhatian saya kalau ke kedai bunga. pernah pakcik guard ofis nie tegur saya "bunga dah gugur dari ranting ke?" sbb baju kurung saya kebanyakkannya plain dan bercorak abstrak. bukan lah langsung tak ada baju kurung yang bercorak bunga.

masa mama mintak pendapat saya nak belikan kain pasang untuk bakal tunang benyah, saya pilih ikut citarasa saya lah, memang saya suka kain yang tue, berbunga warna pink belacan. cantik dan sweet jer tengok. tapi kakak, abang ipar dengan benyah kata tak cantik. mama ajak pergi beli yang lain saya kata kat mama "yela ya nie tak sama dengan orang lain, taste ya lain jangan la tanya kat ya" bebai la tue ape lagi..hihihi.. lastnye kain pink belacan tue dapat kat saya lepas mama beli kain yang baru pilihan saya jugak. warna biru yang lembut dan sweet jer bila tengok. *puji diri sendiri letewww*

saya tukar layout baru untuk belog setelah lama pakai yang lama. saya suka suasana belog yang baru nie. kosong tanpa bunga, kaler kesayangan saya. macam sweet jer rasa nak peluk dia time tidur..hihi.. thanks kak Adish Shida yang aktif dok komplen itu ini, sumbangkan pendapat dalam masa saya dok tukar segala bagai layout belog nie. tapi tapi tapi saya tak reti nak kecikkan size header tue.. waaaaaaa

oh ye.. saya lupa kenalkan jiran baru saya. kalau ada yang perasaan saya dah ada jiran. terima kasih Achie sudi berjiran dengan saya. saya nie kejam dan kadang kala out spoken sikit. kadang-kadang jiran saya nie terkena dengan saya.. huhuhu.. maaflah erk... saya jenis berterus terang tak reti nak cakap selindung-selindung nie... 

dan tak faham klu orang dok bagi hint. Tunang saya mesti selalu bebai kalau saya tak paham dia punya hint.. huhuhuhu...kesimpulannya kalau ada sesiapa yang terasa hati dengan saya jangan dok bagi hint sbb bukan saya paham pun.. hihi....

18 April 2012

Jangan tidur dalam angan-angan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 hahaha.. saya gelak sekejap baca feedback yg dapat lepas buat ending cerpen Dilema Iffah tadi. macam ramai jer yang tak puas hati dengan ending tue? hihihi




si addicted kamen rider nie pun perasan jugak. tue menunjukkan yang dia fokus tiap kali baca cerpen saya.. thanks Kay! aku hargai keprihatinan ko tue.. 


ok berbalik pada asal. memang saja saya suka buat ending macam tue. ada cerpen saya yang ending dia hepy, sedih, cinta bertukar. sebab?


sebab itulah kehidupan yang sebenarnya. kita mampu berdoa, berharap apa yang kita nak tue tercapai. berharap Allah makbulkan semua permintaan kita. betul tak semua nak macam tue? 


tapi kita jugak kena sedar yang tak semua keinginan tue akan tercapai. tak semua yang kita sayang tue akan kita miliki. tak semua yang kita cinta tue akan kita dapat. sakitnya dalam kehidupan perlu kita hadapi jika tak, kamu tak kan hargai sebuah kehidupan, dan kamu tak akan bergantung harap pada Yang Maha Kuasa lagi. yang penting jangan hidup dalam dunia angan-angan!!!


saya sayang dan hargai setiap mereka yang hadir dalam diri saya. entry saya terkadang mungkin menyentapkan hati anda tapi percayalah dalam saya menarik anda dari terus terleka saya juga sedang berusaha mendidik diri saya menjadi lebih baik. kenapa saya terlalu kejam? kerana satu... saya ingin bersama anda hingga ke jannah... insyaAllah....

Cerpen :: Dilema

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

cerpen nie asalnya bukanlah dari saya tapi dari adik saya, Iffah. saya dah mintak izin dia untuk ubah ending cerpen nie. mengapa? entahlah saya pun tak punya jawapan cuma saya hanya mahukan keadilan. apa yang saya merepek pun tak tahu..huhuhu. cerpen asal dari sini.

Hujan lebat menyembah bumi. Sedikit tempias terkena baju kurungnya. Natasya makin gundah. Malam kian gelap. Bimbang sungguh hatinya mengalami masalah begini. Salah dia juga terlalu tekun membuat kerja di pejabat.

Sedang sibuk Natasya membetulkan kainnya, dia terpandang seorang lelaki dengan payung. Dia memandang lama. Bimbang pula bersendirian begini. Teksi pula tak muncul-muncul juga. Hati mula membisikkan doa. Agar dia tak timpa musibah.

“Assalamualaikum,” Natasya kaget. Salam tak dijawab. Dia gerun. Masalah muncul!

“Awak jangan takut. Saya bukan hantu. Lagipun ada ke hantu bagi salam?” Ketawa lelaki itu perlahan.

“Tak kelakar okey,” Dia menjadi bengang tiba-tiba. Takut tetap ada. Tapi dia pura-pura berani.

“Awak takut kan duduk sorang macam ni. Dah malam, hujan pulak tu,” Sengaja Daniel Haziq menduga hati perempuan itu.

“Saya tak takut. Kalau saya takutpun, awak kisah apa?” Kasar bunyinya. Haziq senyum sinis.

“Perempuan tak elok cakap kasar tau. Nanti tak ada yang nak,” Lagi sekali Natasya terkena. Geram!

“Sibuklah. Awak ni datang tak diundang, pergi takkan nak dihalau?”

“Awak ni garanglah. Takut saya,” Haziq ketawa. Seronok pula dia menyakat gadis itu. Sudah lama dia perhatikan gelagat gadis itu. Kejap betulkan tudung. Kejap pegang kain. Kejap bercakap sendiri. Hatinya berbunga melihat aksi gadis itu. Sebab itu dia memilih untuk menegur. Bimbang jika terlepas peluang berharga ini. Kadang peluang itu datang sekali saja.

“Awak ni kenapa? Sudahlah, jangan ganggu saya,” Rimas pula Natasya. Dia mula berkira-kira mahu pergi dari situ.

“Cop awak nak ke mana tu? Hujan kan ni. Jom saya payungkan awak sampai ke kereta saya,” Laju Haziq menuturkannya. Natasya berpaling.

“What?” Dia pelik dengan pelawaan lelaki itu. Dan dia bertambah pelik bila dia sudi berdiri di payung sama dengan lelaki tak dikenali. Seakan magnet berlawanan. Dia mengikut langkah lelaki tak dikenali ke keretanya.

“Awak tinggal kat mana?” Haziq segera bertanya setelah enjin dihidupkan.

“Ah? A awak tinggalkan saya kat KL Sentral jelah,” Dia tergagap. Sejuk menyelinap ke seluruh badannya.

“Lah, niat saya baik wak. Takkan saya nak hantar awak separuh jalan je?” Haziq tak berpuas hati.

“Awak, saya dah terima pelawaan awak ni dah cukup baik kan. Saya tak suka terhutang budi. Please, nanti saya bayar duit tambang,” Natasya sudah tiada pilihan lain. Dua-dua pilihan yang ada menjerat diri. Dua-dua tetap akan ada kemungkinan negatif. Kalau dia tinggal di situ mungkin ada orang jahat yang akan mengganggunya. Jika dia mengikut lelaki ini juga kebarangkalian yang sama. Jadi dia berserah sahaja.

“Baik. Kalau itu yang awak mahukan. Tapi saya tak nak duit awak. Saya ikhlas hantarkan awak. Bandar ni bahaya. Awak tak patut balik lewat macam ni,” Haziq mula berceramah. Seperti dipukau, Natasya hanya diam seribu bahasa. Sesampainya di KL Sentral dia mula bersyukur kerana lelaki itu tak mengapa-apakannya.

“Terima kasih awak. Awak umpama malaikat yang Allah hadirkan untuk saya,” Natasya sebak.

“Tak apalah. By the way, nama saya Daniel Haziq. Ni kad saya. Kita boleh jadi kawan kan?” Natasya tak fikir panjang lalu mengangguk laju. Mereka bertukar kad dan Haziq berlalu dengan segaris senyuman sebaik saja Natasya masuk ke bangunan tersebut.

Xxxxx

Setiap hari bagaikan satu penyeksaan padanya. Setiap detik yang berlalu seakan lambat baginya. Hati mula tak senang. Soal hati dan perasaan memang sukar dimengerti. Dia tahu hakikat itu. Sebab itu seboleh-bolehnya dia mengelak dari terjebak ke masalah jiwa. Namun, sebaik-baik perancangan sekalipun takkan dapat terlaksana tanpa izinNya. Dia mengeluh entah kali ke berapa. Segalanya tidak kena. Entah apa yang merasuk hatinya kala ini. Fikirannya menerawang entah ke mana.

Dia mula menyesali apa yang terjadi. Kalaulah dia tak menerima bantuan lelaki itu hari hujan lebat itu. Tak perlulah dia pusing kepala memikirkan hati dan perasaan. Kata-kata lelaki itu terus-terusan mengganggu hatinya saat dan ketika ini.

“Saya ada untuk awak. Saya nak sayangi awak secara halal. Saya nak jadikan awak isteri saya. Adakah peluang itu untuk saya wahai Natasya?”

“Saya tak tahu nak jawab macam mana,” Natasya bingung. Segalanya pantas baginya. Sekejap cuma mereka berkenalan. Tiba-tiba dilamar.

“Tasya saya ikhlas. Tolong jangan kecewakan hati saya,” Makin lama makin bingung. Lalu Natasya meminta masa memikirkannya. Dia tak boleh beri jawapan sekarang. Itulah alasannya. Kusut. Dia benar-benar kusut.

Xxxxx

“Tak salah kalau kau nak terima dia. Cuma kau kena tanya hati kau sama ada kau betul-betul boleh terima dia atau sebaliknya,” Nasihat sahabat dia dengar dengan tekun.

“Tapi aku tak sure hati aku macam mana. Bila dia tak ada aku rindu. Aku rindu nak sembang dengan dia. Tapi rindu tak semestinya suka kan? Suka tak semestinya cinta?” Keluh Natasya perlahan.

“Baik kau fikir bebaik. Peluang mungkin hanya sekali ni je. Mungkin kau takkan jumpa lelaki sebaik dia. Berani mengambil risiko. Terus terang aku kagum dengan dia,” Shila berkata lagi.

“Tengoklah macam mana. Aku pun tak dapat fikir lagi sekarang. Mungkin ni mainan syaitan je. Nak goda aku. Entahlah, aku buntu,” Shila tak mampu membantu. Ini hal hati dan perasaan. Dia tak boleh menentukan bagi pihak Natasya. Natasya sendiri kena memastikan hatinya sendiri. 

*****
"Tasya parcel untuk awak lagi" Natasya menyambut dari tangan Sofi, rakan sekerjanya. sejak tiga minggu yang lalu dia selalu mendapat bungkusan dari seseorang yang dia kenali. 

"kali nie stok ubat dan vitamin pulak" Natasya hanya tersenyum. dia ingin melihat sejauh mana keikhlasan lelaki itu.

Natasya keliru, lebih tepat dia berada dalam dilema. inikah yang dikatakan pentas dunia, dimana diri sendiri adalah pelakonnya. dia hanya mampu berdoa kerana dia tahu Allah pasti punya perancangan yang lebih hebat buat dirinya. kerana dia yakin, Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk dirinya kerana penciptaNya tak akan sesekali mengecewakan dia.

*****

Haziq merenung wajah mulus isterinya. dia berdoa keputusan yang dibuatnya tepat. dan dia berharap tiada hati yang terluka.

"abang kenapa nie? kenapa tengok saya macam tue?" Haziq tertawa melihat keresahan isterinya. disitu dia temui kebahagiaan, disitu dia melihat ketenangan. doanya biarlah rumah tangga yang dibina kekal hingga ke taman-taman syurga. 

teringat pada nasihat sahabatnya sebelum dia memilih titik noktah persoalan yang membelenggu hati dan fikirannya dalam satu tempoh masa yang panjang.

"cuma satu nasihat aku. kadang-kadang kau rasa kau sayang dan suka pada sesuatu tapi kau tak tahu sesuatu tue yang akan rosakkan kau. dan kadang-kadang kau rasa kau benci teramat dengan sesuatu yang lain tapi kau tak tahu sesuatu yang kau benci tue sebenarnya yang terbaik untuk kau. kau tak tahu tapi Allah swt Maha Mengetahui. ingat tue" Amir berlalu seraya menepuk lembut bahu Haziq Daniel.

******

"awak nak buat apa pergi farmasi nie? stok ubat yang pos dekat saya hari tue pun tak habis lagi. awak nak bukak farmasi baru ke apa nie?" Natasya kaget bilamana melihat suami yang menikahinya menyusun langkah memasuki farmasi yang tak jauh dari tempat mereka berdiri.

"sape kata saya nak beli ubat? saya nak beli pregnancy test lah, saya perasan dah dua bulan awak tak cuti solat. saya takut kalau awak pregnant jadi apa-apa kat anak kita sebab awak tue aktif sangat" Emeriz berkata lembut pada isterinya. mana tidak baru semalam Natasya memanjat menggantikan mentol lampu. bila dipersoal tindakannya katanya dia tak mahu menyusahkan Emeriz. 

terdiam Natasya, tidak disangka suaminya sangat prihatin pada tindak tanduknya. sehingga perkara sekecil itu pun Emeriz boleh perasan. Natasya terharu, ada butir halus yang keluar dari kelopak matanya.

"saya tahu awak terharu dengan saya tapi jangan la menangis kat sini sebab nanti orang kata kita tak beradab pulak kalau saya peluk awak tengah-tengah jalan nie" Emeriz memaut lembut pinggang isterinya seraya menjerit kecil tatkala jari Natasya mencubit lenggannya.

Natasya bahagia dengan pilihannya. Emeriz hadir saat peminangan Haziq ditolak. puas dia beristikharah memohon jawapan Allah kiranya Haziq jodoh buat dia namun sedikit pun tiada kelibat Haziq muncul. hatinya juga tiada buat Haziq. keikhlasan dan kesungguhan Emeriz memaut tangkai hati Natasya. hatinya juga mudah menerima cinta Emeriz. 

Haziq pula redha jika itu takdir Allah untuk dirinya. Salbiah hadir saat hatinya mula kosong dari nama Natasya. awalnya Haziq khuatir jika hadirnya Salbiah sekejap cuma, dia takut terluka lagi, dia juga takut akan melukai. kesungguhan Salbiah sentiasa hadir dibelakang Haziq, sokongan yang tanpa henti membuat hati Haziq mula berubah lembut. 

"cinta dan sayang boleh dipupuk, dan aku tahu aku boleh" pegangan Haziq saat mula memikirkan masa depannya dengan Salbiah.

*****

jodoh rahsia Allah. jangan sesekali menyesali tiap takdir yang tercatat buat diri. Allah tidak pernah kejam. jika Allah cepat makbulkan doa kamu bermakna Dia sayang padamu. jika Allah lambat makbulkan doa kamu Dia sedang menguji kamu. sekiranya Allah tidak makbulkan permintaan kamu bermakna Dia punya perancangan yang lebih hebat buatmu.

Jangan permainkannya, Tolong!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

entry yang ringkas dan padat kalau boleh saya nak buat. harapnya tercapai. Amin

I LOVE YOU, SAYA SAYANG PADA AWAK, SAYA DAH JATUH CINTA DENGAN AWAK, SAYA INGIN BERKONGSI SEGALA KESEDIHAN BERSAMA AWAK, bla bla bla...

perkataan yang saya sebutkan tue memang mudah je kan nak dituturkan, tanpa perasaan yang sebenar pun boleh jer kalau nak sebut. kalau betol maksudkan apa yang diungkap tue baguslah, terima kasih kerana benar-benar ikhlas. tapi kalau tak bermaksud mcm tue?

tolong, saya merayu pada semua, tak kira lelaki atau perempuan. tolong jangan permainkan hati dan perasaan orang lain kalau awak tak maksudkannya. jangan terlalu seronok melihat kesedihan kekecewaan orang lain dan tolong jangan pentingkan diri sendiri! ingat, setiap kejahatan dibalas dengan kejahatan, Allah Maha Kuasa, hari nie awak buat kat orang esok lusa Allah akan balas segalanya balik. kalau tidak pada awak, mungkin pada orang lain yang awak sayang. KARMA!!!

tolong jangan terlalu bermulut manis sampai orang lain boleh kena kencing manis. bila luka dah terlalu parah akhirnya terpaksa dipotong atau dibuang bahagian yang terluka tue. jangan seronok melihat orang lain menderita!

pada awak awak semua dan saya juga. tolong jangan mudah terpedaya dengan mereka yang bermulut manis, pandai menabur janji dan pandai mengecawakan hati dan perasaan orang lain. berhati-hatilah.kuatkan diri awak.

 

tapi saya juga tahu, masih ramai yang jujur dan berhati suci diluar sana yang tak sanggup melihat kelukaan dan kesedihan orang lain. terima kasih kerana tidak mempermainkan hatinya.  


saya sangat menghargai mereka yang sanggup menjadi kekuatan untuk insan lain. terima kasih!!

*terima kasih awak


-pesanan untuk diri saya juga-

Blog not found?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

bukak belog pagi nie tengok dia keluar macam nie


dah sudah, blog kena removed pulak dah tapi relax jangan kecoh kat fb lagi sbb hari tue kakak saya ada buat entry pasal belog yang kena remove nie.


tadaaaaa jadi pada sesiapa yang blog kena removed atau not found tue  boleh rujuk entry kak sunah yang nie..

Alhamdulilah saya dapat balik dah belog kesayangan saya nie tapi garu kepala la sekejap sbb benda nie jadi kat saya, adakah dah tiba masanya tukar ke domain sendiri. sape ke ritu kata baik hati nak belanja saya domain? baek ngaku cepat! kihkihkih :p

17 April 2012

Wanita kamu sangat berharga!!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya dapat dari FB dan saya kongsikan disini :)



Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

15 April 2012

La Tahzan Syakira Yaakub!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

La Tahzan untuk diri saya sendiri. selama saya hidup tak pernah kenal erti kalut bila ujan turun lebat sepanjang minggu. tapi sejak saya pindah ke sini daerah utara saya sering serabut dan kalut memikirkan banjir.

baru beberapa hari nie bilik saya dimasuki air lagi. letihnya rasa. balik drive dari kampung letih tak habis lagi dah kena hadap bilik yang bau busuk yang amat, dengan tikar yang kotor. mujur saya dah buat langkah berjaga-jaga simpan semua barang dalam box plastic, barang-barang yang lain saya naikkan atas almari kalau tidak mau saya menangis lagi terok.

semalam saya tidur lewat kemas bilik, sampai tak lena tidur saya sebab letih sangat. jenis saya kalau terlampau letih memang tak lena tidur. hari nie bilik saya ada air lagi, tak hujan tapi dari mana air yang banyak tue pun saya tak tau. yang utamanya saya malas nak ambik tau sebab saya penat sangat.

saya lapar sangat tadi tapi lepas tengok bilik yang ada air, pili air yang rosak saya jadi hilang selera nak makan. apa yang saya tahu saya perlukan seseorang untuk saya luahkan perasaan saya setelah saya mengadu pada Ilahi. saya tak mampu simpan rasa hati sendiri. saya perlukan seseorang untuk membalas setiap kata saya.

call mama x jawab, call seseorang pun xjawab,mungkin mereka ada hal lain yang lebih utama. Alhamdulilah ada sahabat yang sudi mendegar saya merapu walau hanya ini yang mampu dia kata "saya tak tau nak komen apa" "saya jauh tak boleh nak tolong apa-apa". yang tue pun dah bermakna untuk saya. terima kasih awak :)

dan saya makin kalut bila sahabat baik saya, kierasakura.blogspot.com main aci nyorok dengan saya tadi. saya nangis dah pun, dah la lagu lappy nie tetiba pulak kuar lagu sedih...waaaaaaa... tapi Alhamdulilah belog saya dah kembali normal dan saya perlukan dia untuk saya merepek hari ini... 

apa-apa pun saya ingat kata Pakcik Imam. ujian sebagai kiffarah dosa-dosa yang kita buat. saya tau saya banyak dosa sebab tue Allah uji saya macam-macam. apa pun saya bersyukur hanya bilik saya yang banjir tue pun barang masih boleh diselamatkan berbanding kawan-kawan yang kena banjir besar tahun 2010 hari tue... Alhamdulilah, La Tahzan Syakira Yaakub!!! 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...