Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

30 July 2012

Puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera



baca entry Kay_Are saya pun tetiba rasa nak cite pengalaman puasa masa kecik-kecik dulu #NyebokJeKan :p kalau bab masuk bilik air minum air paip tue rasanya semua pun pernah buat kan, kalau tak pernah tue dia kategori budak baik la tue.. hihihi

kalau dulu saya tak berani merengek kat mama mintak berbuka. takut, lagi takut kalau ada papa kat situ langsung tak berani nak bukak mulut kata lapar nak berbuka awal. laen abang saya. dia punya merengek mintak berbuka sambil nangis bawah kerusi panjang.. sudahnya berbuka time maghrib jugak walaupun mama dah bagi izin.. =.='

dulu lepas jer balik sekolah kalau tengok mama tido kat depan, line clear saya pun pelan-pelan pegi dapur. bukak peti ais pun pelan-pelan jer dah tue cucuk straw dalam air botol, sedut. tapi tak sedut banyak nanti mama perasan. #Perangai

ada sekali tue pulak. time mama tido jugak saya pelan-pelan bawak masuk roti dalam bilik air. bawak sekali air botol dari peti ais, dalam hati kata nyamannya dapat makan roti dengan air sejuk jap lagi nie. sekali dah abis makan nak teguk air rupanya tue air gula. ambik kau buat lagi jahat. yang pelik tue boleh je la pulak pun makan dalam bilik air =.=' oihhh bilik air saya berasingan dengan tandas ok :p

banyak nya akal saya nak buat nakal tue. kecik kecik saya memang sangat nakal. kalau tidak takde la antara adik badik pompuan saya champion kena tibai dengan mama papa.. :p mama kata "kalau nanti anak kamu degil nakal jangan kamu buat heran pulak" hohohoho :p

29 July 2012

First Experience

Assalamualaikum dan salam sejahtera

semalam tengah bermalas malasan tengok movie yang ada kat lappy nie Pakcik Imam call ajak berbuka sama kat umah ayah dengan mama dia. 3 lebih dekat pukul 4 baru gerak dari alor setar ke penang. nasiblah cuaca redup je petang tue takda la rasa panas membahang sangat. kalau tidak ada yang awal lagi dah terjelepek letih. hihihi

huwaaa saya tak reti nak tolong mama masak ape. semua pun mama dah siap  masak. mama kata takde pe nak tolong semua mama masak dah. mama suruh kuar pi cari baju nikah kat pakcik imam jer, baju dia sampai saat nie tak jumpa jumpa lagi. padan la muka sape suruh cari kaler yang susah nak dapat =.='

menu semalam laksa, ikan kicap, kari, sambal tumis udang, ape lagi erk saya pun tak bape nak ingat. banyak nya mama masak kata saya. tapi yang saya makan time berbuka nasi dengan lauk yang ambik sikit-sikit jer, perut dah sebu dengan air tebu. dari pagi pulak angin mencucuk cucuk serang saya lagi la jadi tak lalu nak makan.. #Nanges

dan saya telah dikidnap oleh pakcik imam untuk tido dirumah dia... *ayat takleh blah* hahaha.. takde la lepas berbuka tue sambung cari baju melayu dia dengan ditemani oleh mama dan adik adik yang lain. sampai pukul 11 lebih mencari tapi tak jumpa. jumpa kat kedai last dah size pulak takde #BebaiDenganOwnerKedaiTue makanya tak kan saya nak balik alor setar lewat malam tue. saya kan menantu kesayangan #Muntah, mestilah mama ayah tak izinkan menantu dia balik jejauh sensorang makanya dengan tak rasminya saya menjadi roomate adik perempuan pakcik imam, terima kasih adik sudi terima kakak kira ampa nie jadi roomate sementara, dan meminjamkan shirt dan track shuit saya mana reti pakai kain batik.. :p

padan muka pakcik imam banyak menda yang mama kantoikan dia semalam.. saya gelak jer nak kata gelak sopan sopan memang tak la, Syakira Yaakub reti ke jadi ayu ayu sopan tue? :p pagi lepas sahur terus gerak ke alor setar, kerja menunggu saya.. huuuu dan saya akan rindukan suasana dengan family baru saya tue ;(

#Eh tak prasan lak entry macam terpanjang hew hew hew :p

#walaupun ada banyak perasaan bersalah tapi pakcik imam kata, takpe nanti dah kawen kaver balik.. huhuhu ;(

#Bila sleeping beauty tak dapat tido awal muka jadi sememeh je mama pun perasan semalam.. huhuu

26 July 2012

Review : Jaja & Din

Assalamualaikum dan salam sejahtera



baru je menghabiskan novel Jaja & Din kat atas tue malam selasa ritu. saya sampai bengkak mata menangis.. huhuhu.. nampak tajuk dengan kulit buku dia macam tak menarik kan? kalau Kak Shida Anwar tak suggest saya suruh beli memang saya pun tak pandang la novel nie gamaknya.. thanks kak shida

banyak pengajaran dalam buku nie.. saya ceritakan ringkasannya..

Jaja seorang gadis berumur 27 tahun. tak pernah fikir nak kawen dengan lelaki tempatan sebab dia nak kawen dengan mat salih!! nak dijadikan cite dia terjatuh cinta kat gambar sorang ustaz yang tengah baca yassin kat tepi pusara. dia pun mula mencari siapa ustaz tue. bila dah dapat info pasal ustaz tue dia pun meminang lelaki tue. tapi jaja nie tak pakai tudung, Din pernah terserempak dia dengan berseluar pendek, berambut perang.

Din. sorang ustaz lepasan universiti Al-Azhar. hidup secara zuhud. akhirnya lepas dapat petunjuk dia pun terima pinangan jaja. mampu ke jaja yang life hidup dia berbeza dengan din hidup bersama? apa jadi lepas tue.. cerai atau masih bersama? jaja pulak mampu ke berubah? nak tau beli dan bacalah sendiri.. hihihi

saya menangis baca usaha diorang mengukuhkan ikatan perkahwinan. Din disyaki syahid semasa berjihad di afghanistan. dan lupa cite ustaz nie setiap hari baca sirah nabi dan para wanita syurga untuk Jaja.. Pakcik Imam sama macam awak la, cuma nya Pakcik Imam saya tak setiap hari la katanya simpan bila dah halal nanti insyaAllah Amin2... #SempatJugakTue :p  

Nak Kahwin Lagi Satu Boleh?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 
"saya ikut sunnah nabi"

selalu je kan kalau orang laki yang dah pegang tittle suami nie guna kata kat atas tue. itulah ayat klise yang selalu sangat saya dengar kalau orang lelaki nie nak berpoligami. bukan lah saya nak menolak fitrah dah yang dah Allah tetapkan jauh sekali menidakkan apa yang Allah dah gariskan. saya bukan anti-poligami tapi saya anti dengan mereka yang salah gunakan 'peluang' yang diberi Allah nie.

kalau seorang suami tue mampu dari segala segi. mampu bagi nafkah dengan adil dan secukupnya, sayang isteri-isterinya dengan adil, layanan yang sama tak berbelah bahagi, harta dari suami yang tak berat sebelah dan yang penting ilmu agama yang tak berhenti untuk semua isteri. saya tabik dengan suami yang macam nie. sungguh semua isterinya jugak mesti bahagia dan tenang dengan tittle madu yang dipegang.

tapi kalau awak nampak seorang suami tue tak mampu pun nak bagi sama adil, secukupnya segala keperluan isteri tapi nak jugak ikut sunnah Nabi kat atas nie. cuba awak tanya dia dulu. Sunnah Nabi yang lain ada tak dia ikut? sunnah nabi bukan jer berpoligami. membahagiakan pasangan sunnah nabi. setia dengan isteri yang tak dapat melahirkan zuriat pun sunnah nabi, beromantis dengan isteri jugak sunnah nabi.

banyak lagi sunnah nabi selain berpoligami yang boleh diikut kalau rasa diri tak mampu nak adil. tak takut ke disoal kat sana nanti kalau gagal laksanakan amanah yang dipegang tue? macam saya kata kat atas saya bukan anti-poligami tapi saya anti si pengambil kesempatan itu.   

25 July 2012

Satu Perjalanan #15 versi Busana Pengantin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam Lima Ramadhan, semoga lebih banyak usaha kita memperbaiki diri hendaknya.. Amin2.. Jumaat lepas dah janji dengan mama nak settle hal busana pengantin dan mekap pengantin hari tue jugak, kalau tidak dah tak ada masa. yela walaupun saya nie anak manja #Muntah tapi bukan tiap minggu saya boleh balik Ipoh tue.


kebanyakkan kedai yang saya servey, tak menepati apa yang saya tetapkan. ada yang menepati dah kaler pulak tak berkenan. ada yang berkenan tapi dah harga tak setimpal pulak. ye saya akui saya sangat cerewet. apa yang saya cerewetkan?

1. busana saya mestilah menutup aurat. tak nak kain lace yang jarang tak tutup lengan dengan bawah leher tue. senang cerita, busana muslimah yang menutup fully aurat. kebaya moden pun bukan dalam list saya.

2. saya tak nak pakai busana yang ada ekor kat belakang tue. yela kenduri dirumah mama papa saya, bukan di dewan jadi payah banyak kalau saya nak jalan kena angkat ekor tue.. leceh!!

akhirnya saya dapat satu kedai kat taman kelebang restu. kaler pun memikat, kaler fevret Pakcik Imam. dan diorang serve saya sangat bagus. habis semua eksesori dipakaikan kat saya. mama kata "cantik! mama suka" auwww malu malu.. hahaha :p

sebelum tue saya selesaikan hal mekap. ambik kat sorang akak yang dulunya mekap kawan saya. saya tanya kat dia dulu, boleh tak saya tak nak pakai bulu mata palsu, nanti tudung tutup dada boleh? mekap tak nak tebal, nak natural jer..dan dia kata boleh... baru saya kat nah kak deposit.. hihihi..

Alhamdulilah selesai dah hal membooking busana pengantin dan mekap. ada lagi hal yang lain-lain pulak yang nak saya settle kan.. moga urusan kami dipermudahkan Ilahi. Amin  

24 July 2012

Blurrr

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

selamat berpuasa.. cergas!! cergas!! hihihihi.. cakap kat orang boleh la, cuba kena kat diri sendiri nanti ada la yang keluar ayat "mama, dahaganya mama" saya la tue.. hihi :p cuti 4 hari balik kampung sambut puasa dengan family. dapat la dua hari berbuka sahur sesama.. semalam sebelum balik mama cepat-cepat masak kat dapur nak bekalkan saya berbuka.. hari-hari seterusnya menangis la kat rumah sewa dah tak dapat berbuka mama masak.. sobsobsob

oh ye sebelum tue saya nak cakap terima kasih bebanyak kat awak semua yang doakan saya dalam entry sebelum nie.. syukran ;) saya mendoakan untuk awak semua jugak Amin Amin..

semalam terpaksa tolak undangan berbuka dengan bakal family mentua sebab saya kena balik alor setar lepas tue.. mama dah pesan jangan balik lewat nanti bahaya drive sensorang atas highway.. yela time lepas berbuka tue kebanyakkannya orang islam semua tengah merehatkan perot buat nya pape jadi kat saya nanti terkial-kial atas heway tue sensorang.. wuuu mintak dijauhkan lah.. xpe dah janji dengan mama mentua nak berbuka and tolong masak sama-sama nanti, insyaAllah akan ditunaikan janji tue ;)

entry blur tak ketahuan hala kan? haaa la dah empat hari tak bermanja manja dengan dia.. hihi 

21 July 2012

Hadiah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bismillahirahmanirahim.. selamat berpuasa dan selamat pagi semua. semoga ramadhan yang datang membawa seribu satu rahmat pada kita.. dan semoga ramadhan yang mengunjungi membawa impak yang besar pada diri semua. bukan impak negatif sebaliknya impak yang membawa kita menjadi lebih terbaik antara terbaik. 

sempena ramadhan ada sesuatu yang saya nak kongsikan dengan awak semua. Hadiah yang sungguh bernilai bagi diri saya. hadiah yang tak boleh ditukar ganti. hadiah yang membuat saya sebak dan berlinang air mata tiap kali mengingatinya. Hidayah dari Allah, hadiah yang sangat tak terhitung nilainya.

saya akui dulunya saya alpa, leka dengan hiasan dunia yang melalaikan. terlalu leka sehinggalah akhirnya Allah mengetuk pintu hati saya. saya seorang yang degil dan sangat keras hati, mama yang bersama saya selama 24tahun akui takde sape yang mampu tukar hati dan fikiran saya kecuali Dia Yang Kuasa dan diri saya sendiri. oh ye entry nie mungkin panjang sikit, terima kasih kiranya awak semua sudi membaca hingga selesai. bukan niat mendabik dada cuma coretan untuk peringatan saya masa depan dan mungkin pengajaran untuk mereka yang juga dulu seperti saya.  ianya nampak payah tapi tak mustahil kan bila rahmat Allah hadir buat diri.

Dia sering menjawab rasa hati saya melalui pembacaan dan pendengaran lisan saya. tafsiran Al-Quran, tazkirah, slot tanyalah ustazah, entry Pakcik Imam, entry ramai blogger lain, buku islamik, novel dan macam-macam lagi saat hati saya sedang ligat bermain dengan apa yang ada difikiran. hebat kan kuasa Allah, Allah Maha Besar Allah Maha Hebat

TUDUNG
ini langkah awal saya. saya masih memakai tudung yang sama. mujur juga koleksi tudung saya bersaiz M semua, dan kebanyakannya jenis tudung bawal. saya cuma melabuhkan tudung hingga menutup dada. malu sendiri bila tengok gambar dulu, Allah singkatnya tudung saya. =.=

PAKAIAN
Alhamdulilah dari dulu pakaian saya tak ada yang terlalu ketat, cuma kebanyakkannya berlengan pendek. saya cuma perlu pakai inner untuk tutup aurat saya yang terdedah. terasa berdiri bulu roma bila saya belek gambar lama dulu =.=

STOKING LENGAN
awalnya saya pakai inner bila berbaju kurung pahang sahaja, lengannya lebih besar dari kurung biasa. akhirnya bila saya dah terbiasa rasa tak selesa bila inner hilang dari lengan saya.  itu jugak kan aurat yang seharusnya saya jaga. pernah rakan-rakan saya bertanya "sejuk ke", ekon di ofis memang teramat sejuk saya hanya angguk. malas mahu memanjangkan cerita. kisah disebaliknya biarlah saya simpan sendiri.

AURAT DIRUMAH
sebelum ramadhan 1432H yang lalu saya selalu jeles bila tengok mereka yang berstoking kaki. saya pernah cakap kat sahabat yang saya teringin. tapi saya rasa sangat tak sesuai bila saya kalut menjaga aurat kat luar tapi bila dalam rumah aurat saya dengan ipar duai masih belum dijaga. saya jugak masih salam cium tangan ayah sedara yang takde pertalian darah. banyak minggu saya berfirkir, nak mengubah adat yang dah sebati dalam diri umpama menarik kutu babi yang melekat celah kaki.. err err macam hiperbola sangat pulak.. hihi..

sampailah dalam bulan ramadhan tue jugak, lagi beberapa hari sebelum raya. hari jumaat dalam slot tanyalah ustazah. hari tue tajuk dia hidayah dan ada seseorang yang bertanya "macam mana kita nak tau sesuatu yang datang tue hidayah atau bukan" Uztazah Nurhafizah Musa kata, kalau diri terdetik nak buat sesuatu kebaikan, hati gelisah selagi tak dimulakan, itulah yang dipanggil hidayah. rebutlah sebelum terlepas.

Alhamdulilah Allah jawab soklan secara langsung dalam bulan yang mulia. dan saya terus susun kata lanjutkan hasrat hati ke mama. dan Alhadulilah semuanya dipermudahkan olehNya.. 

STOKING KAKI
28sept 2011 besday saya, saya mula menyarungkan stoking kaki. setelah hati sangat gelisah selagi kaki tidak bertutup. Alhamdulilah.. aurat saya semakin hari semakin terjaga. syukur dengan kasih sayangNya saya tak terus hanyut hingga tenggelam. 

hidup saya hampir 50 peratus berubah selepas usia saya 23 tahun. sedihnya umur 23 baru terfikir nak berubah T_T rasa sia-sia masa yang dulu saya laburkan. pape pun saya masih bersyukur dengan rasa yang Dia hadirkan. tersangat bersyukur dengan hadiah yang Dia kirimkan. 

Alhamdulilah ramai yang sudi menghulur tangan membantu saya, mama papa dan keluarga yang banyak membantu dan memahami kehendak hati saya, bersyukur dihadirkan Pakcik Imam yang sentiasa menyokong disaat ramai yang terkejut dengan perubahan saya. vlog dari dia jugak banyak menyumbang langkah saya yang dulunya sumbang. terima kasih awak sudi membantu. dan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan dibalik tabir. saya bersyukur dikurniakan awak semua dalam hidup saya.

pasakkan niat berubah kerana cintakanNya, tanamkan niat berubah untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. biarpun awalnya terasa diri hipokrit, terasa tiada keikhlasan dalam diri. pedulikan semuanya kerana saya yakin ikhlas akan datang sendiri, bila kita dah berusaha memperbaiki diri. CintakanNya, kasih pada Dia insyaAllah dilimpahkan selautan cinta dan kasih sayang untuk diri saya dan awak semua. insyaAllah... moga saya dan awak semua sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan. Amin2

"Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, berikanlah kepada kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat, peliharalah kami dari siksa dan azab api neraka, Amin Ya Rabbal Alamin"

"tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji"

Maha Suci Allah, terima kasih Allah

   

20 July 2012

Cerpen : Cinta Bersatu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ralit aku merenung lelaki dihadapan. Putih kulitnya,bibirnya merah mungkin dia nie tak merokok, keningnya lebat, telinga tak capang orang tua kata kalau telinga tak capang dia spesies dengar kata, hidung dia erm tak ada la mancung pun, mata dia ehh ehh dia kenyit mata kat aku. Huhu


Fitri ketawa melihat wanita dihadapannya. Sengaja dia mengenyitkan mata mengusik, itulah merenung macam dia tak punya perasaan je. Hei Cik Iman tau tak saya pun punya perasaan. Ingat saya tak rasa apa-apa ke bila awak buat macam tue. Haa kan dah tertunduk malu. Hihi

“ok saya bagi peluang tue kat awak” lagi sekali aku rasa macam darah menyerbu naik ke muka. Dari tadi bila ayat tue berulang di telinga sendiri mesti rasa muka kena simbah air panas. Dah kenapa nie, tak pernah pun rasa macam nie.

“saya memang tak pernah kenal dan tak pernah menyintai awak. Tapi saya nak cuba menyintai awak, menyukai awak. Awak sudi bagi saya peluang tue?” itu yang terbaik buat masa sekarang. Biarpun mereka berkahwin atas pilihan keluarga namun dia lebih percaya pada jodoh Allah. Ini pilihan Allah untuk dia. Amanah untuk dia, senget perjalanan rumah tangganya, sengetlah bahunya besok bila diakhirat.

“Iman sampai bila awak nak merenung baju tue? Muka saya tak cukup hensem ke sampai awak tak mau tengok” Fitri simpan ketawa, dia sebenarnya suka melihat pipi merah isterinya. Ya! Dia sudah beristeri sejak 4 jam lalu. Pilihan keluarga, dia tak menolak seperti selalu. Mungkin kerana ini jodohnya mudah sahaja dia menerima.

Dagu dia sangat comel, bibir dia kecik manisnya bila dia tersenyum. Tak perlu bulu mata palsu, bulu matanya sendiri cukup menawan. Mata dia sangat cantik. Renungannya eh dia jeling aku lah.

“saya nak tengok isteri sendiri pun tak kan salah kot? Kenapa awak jeling saya? Awak tau tak saya tergoda tengok awak menjeling macam tue” Fitri mengusik lagi.

“malas layan awak nie” kusyen kecil tepat mengena mukanya. Makin kuat dia ketawa. Nurul Iman nama itu sudah mula ada dihatinya. Dia tersenyum.

*****
“kenapa nie? Awak tak nak pergi ke?” dari tadi Fitri nampak isterinya resah seperti ada yang mengganggu. Kerana bulan madu mereka kah?

“sebenarnya saya tak tau nak bawak baju awak yang mana. Rasa bersalah nak usik baju-baju awak tue semua”

“laa kan saya dah izinkan tadi. Awak bawak la baju mana pun saya tetap pakai sebab itu kan pilihan isteri saya. Mestilah saya suka apa je yang isteri saya pilih” Fitri mendekat isterinya. Dia suka melihat isterinya kalut bila dia mula mendekat. Fitri tersenyum lagi.

Sudah! dia nie cakap jela tak payah la nak datang dekat. Duduk kat situ pun aku boleh dengar lah. Jangan lah. Ehh wanginya bau dia, Encik Fitri tolong berhenti kat situ! Dalam hati boleh la nak jerit. huhu

“izinkan saya menyintai awak” Fitri merenung dalam mata isterinya. Jarinya lebih pantas memegang dagu si isteri. Dia sendiri terkelu bila bibir sendiri lebih pantas singgah dipipi mulus isterinya. Bukan saja Nurul Iman, dia sendiri terkejut.

Laju tangan menolong isterinya mengemas baju. Menutup rasa malu diri sendiri.

“saya tunggu kat bawah” cepat dia menggalas beg mereka. Pangkor, destinasi bulan madu mereka yang pertama. Pertama? Dia tercekik air liur sendiri.

Lama dia merenung diri didalam cermin. Diperiksa andai ada aurat diri yang tak ditutup. Tidak mahu suaminya ditarik ke neraka kerana dirinya. Tersenyum dia mengingat keletah nakal suaminya. Pintu bilik ditutup rapat. Suaminya sudah menunggu dibawah.

*****
“terima kasih, sejuk hati saya tengok awak pakai macam nie” lembut dan perlahan kata-kata itu ditepi telinganya. Dia hanya tersenyum memandang suami disebelah. Feri mula bergerak meninggalkan Jeti.

“kalau awak rasa nak muntah, awak peluk la saya mana tau boleh hilang rasa loya tue” Fitri ketawa mengusik. Lebih lebar senyumannya bila jari mulus isterinya singgah dilengan kirinya. Laju jarinya mengusap lembut pipi perempuan disebelah kiri dia. Nurul Iman tertunduk malu.

“bagi la saya bawa beg tue satu, bukannya saya tak larat nak bawak” dari sampai Jeti Pangkor hinggalah keluar dari kereta sewa puas aku minta nak tolong ringankan beban dia. Tapi jawapan yang aku dapat.

“saya tak sanggup nak susahkan kesayangan saya. Biarlah saya bawa semua” haa tue la jawapan yang selalu aku dapat. Dia tak tau yang aku pun risaukan dia, dah la semuanya berat.

Fitri hanya menggosok perlahan kepala isteri disebelah bila terdengar rungutan kecil. Pintu bilik dicucuk kunci. Badan direbah atas katil empuk. Letih! Mata sempat menjeling wanita dibalkoni bilik. Ada perasaan yang mula menjalar dalam hati. Dia bangun.

Ehh apa yang menjalar kat pinggang nie? Bau dia wangi macam bau suami aku. Eh dah memang la dia, sejak bila pulak dia pandai menggatal nie.

“auchh sakit la sayang, nak bermanja dengan isteri sendiri pun tak boleh” lagi kuat pulak dia peluk siap tumpang bahu aku lagi pulak tue. Ingatkan serik bila dah kena cubit.

“awak jom tidur, saya penat la” haa kan dah sakit kena tarik telinga dengan aku. Kuat sangat mengusik la dia nie. Sabar jelah.

*****
“Iman ikut je kalau itu yang ibu dengan ayah tetapkan” aku termenung melihat jari sendiri yang dihias indah. jari kaki pula menjadi sasaran, berwarna inai. Aku tersenyum, terasa bahang merah dipipi bila si suami meletakkan sekeping nota kecil diatas tapak tangan. Aku mendongak melihat dia.

“jom jalan-jalan kat pantai” huluran tangannya aku sambut. Suami aku kan, bukan dosa kalau nak pegang tangan pun. Hihi

“saya bersyukur miliki awak, saya bertuah ada isteri macam awak, saya bahagia” air mataku menitis bila mendengar. Terdengar ucapan syukur dari lelaki disebelah kanan ku ini. dalam diam kalimah yang sama aku lagukan di bibir.

Siapa kata perkahwinan aturan keluarga tak boleh bahagia. Siapa kata pilihan keluarga semuanya menjadi kesilapan dan siapa pula kata yang mereka berhak tentukan jodoh mereka sendiri. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap ciptaanNya. Perjalanan sebuah rumah tangga hasil corakan dari diri sendiri dan suami. Hitam warna yang diletak kelamlah perjalanan yang dilalui begitu juga sebaliknya.

Jari suami aku genggam erat.

“Kau sempurna bagiku, Tak kurang sesuatu, Kau terima apa adaku”

“ku sempurna bagimu, tak kurang sesuatu, cinta bersatu” aku menyambung melengkapkan nyanyian suami disebelah. Tergelak kami berdua. Terima kasih Allah memberi aku cinta ini. aku bahagia.

“saya tengah makan sambal nie awak” tersedak aku bila ternampak dia mengeyit mata, dah la aku tengah menguyah fish cake, siap bersambal pulak tue. Makin berbulu mata aku tengok dia seronok gelakkan aku kat depan. Terdengar dia menjerit kecil bila jari ketam aku singgah dilengannya. Aku tersenyum, bahagia.

Love u dear

Nota kecil yang suamiku beri tadi aku simpan kemas dalam beg tangan. Kepala ku dongak mahu melayan cerita yang keluar dari bibir suamiku didepan. Banyak cakap rupanya suami aku nie..

*****
Kenangan tiga tahun lepas masih segar diingatannya. Mana mungkin kenangan indah itu berlalu pergi. Rasa tak selesa yang datang sejak malam semalam kembali singgah. Peluh dingin memercik, belakang badan mula lenjun. Resah. Sakit yang dirasa berulang datang.

 “Allah mana suami aku. Abang!!” bergema ruang bilik tidur mereka dengan jeritan Nurul Iman. Telinganya menangkap bunyi pintu dibuka. Air ketuban yang mula pecah membuat dia tak tentu arah.

Bebola matanya menangkap susuk tubuh yang mula masuk ke dalam kamar peribadinya. Dia terkejut. Nafasnya mula terasa sesak. Kenapa dia kembali lagi?

“apa awak buat dalam rumah saya?” Nurul Iman kaget, dia cuba mengundur kebelakang. Sakit yang terasa makin bertambah.

“awak tau kan saya tak boleh hidup tanpa awak, kenapa awak tak cuba tolak permintaan parents awak?” lelaki itu makin mendekat.

 “Tolong saya Shahrul, air ketuban saya dah pecah. Tolong bawak saya ke hospital” rayu Nurul Iman. Dia hanya mencuba nasib kiranya lelaki itu mahu mengubah fikiran.

“awak nak suruh saya selamatkan anak lelaki yang dah rampas awak dari saya? Saya benci dia dan tentu sekali saya benci keturunan dia” sinis Shahrul menjawab.

Dia datang mahu membalas dendam. Nurul Iman menolak cintanya demi menunaikan permintaan orang tuanya. Sedangkan waktu itu dia sedang berada ditahun akhir pengajian. Sedang berperang dengan kertas ujian. Tegar Nurul Iman menghancurkan hatinya. Keputusan ujiannya jugak jatuh seperti hati dan jiwanya saat itu. Kini mahu diselamatkan anak lelaki tak guna tue? Shahrul tersenyum sinis.

“tolong Shahrul sakit, Ya Allah!!” Nurul Iman hanya mampu menjerit sakit. Shahrul mencengkam perutnya kuat. Terasa pandangannya kabur. Hilai tawa Shahrul mengantikan jeritannya. Ternyata lelaki itu masih belum mahu mengerti yang dia tidak pernah ada perasaan untuknya.

*****
Fitri tersenyum saat matanya terpandangkan bebola mata kesayangannya, Nurul Iman. Lafaz syukur dilagukan dibibir.

“mana anak kita bang?” lekas Nurul Iman memegang perutnya. Leper dan kosong. Air matanya laju turun ke pipi. Dia belum hilang ingatan untuk lupa segala kejadian yang menimpanya.

“syhhh sabar sayang, jangan macam nie nanti awak sakit lagi teruk” dia tahu suaminya menyimpan sesuatu. Raut muka suaminya memberitahu. Makin lebat air matanya turun.

“Alhamdulilah kembar kita selamat, diorang ada dekat wad rawatan rapi. Alhamdulilah mujur Firdaus cepat sampai dan bawa awak ke hospital” tenang Fitri berbisik di telinga Nurul Iman.

Firdaus datang ke rumah mereka petang itu. Kertas kerjanya tertinggal di bilik tamu, dah sebulan dia menumpang dirumah abang dan kakak iparnya sementara menanti rumah yang disewanya siap diperbaiki.

Jeritan nyaring kakak iparnya dibilik atas mempercepatkan hayuan kakinya. Saat sampai dihadapan pintu bilik abangnya. Firdaus terkejut, kakak iparnya terbaring lemah dihadapan seorang lelaki yang sedang duduk.

“laki tue dah dihantar ke hospital mental kak” Firdaus menyambung.

Makin laju air mata Nurul Iman. Lafaz syukur diucapkan. Syukur kerana kembar yang dinanti selama 3 tahun selamat. Wajahnya disembam ke dada suaminya disebelah melepaskan segala bebanan perasaan yang tersimpan. Lembut belaian jari suaminya menenangkan dia.

Kerana takdir Allah mereka bersatu, kerana janji Allah perasaan mereka bersatu, dan kerana kehendak Allah cinta mereka bersatu biarpun berbagai dugaan dan ujian yang datang menimpa, Jika sudah Dia Maha Pencipta mengatakan kun faya kun.

Fitri bersyukur isterinya mampu menyintainya biarpun namanya tidak pernah ada dalam hati kesayangannya sebelum mereka bersatu. Nurul Iman juga begitu, bersyukur kerana suaminya mampu menyayanginya biarpun dia lambat mengandungkan zuriat mereka.

“didekatmu ku merasa bahagianya aku dapat ku mencintamu..” mereka berdua tersenyum bahagia. Biarlah kisah duka dulu berakhir dengan makin eratnya tautan cinta mereka.
 

#saja nak guna nama Nurul Iman, itukan nama kereta saya.. hihihi

#cerpen yang dah lama peram baru la nie nak publish.. :p

#Terasa hambar kan cerpen nie

19 July 2012

Satu Perjalanan #14 versi Istikharah Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 gambar bukan sekadar hiasan :p

auwwww malu makcik letak gambar tunang makcik kat situ.. hahaha :p ok tak nak mula mengarut. prinsip saya nak dapat yang luar biasa awak kena mula jadi luar biasa. tak la luar biasa buat menda pelik yang bertentangan dengan syariat. lepas je saya dipurpose secara unofficial oleh Pakcik Imam, saya kata pada dia bagi saya masa. saya tak kan buat keputusan selagi keputusan saya tue tak datang dari Yang Maha Esa. Maaf kiranya apa yang bakal awak semua baca semacam saya meninggi diri, bukan bermaksud cuma saya hanya berkongsi pengalaman apa yang dah saya alami.

dulu saya pernah silap. menerima lamaran bekas tunang tanpa memohon petunjuk Allah. bukan kah Dia sebaik-baik tempat memohon petunjuk, Dia Yang Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. hanya Dia yang punya jawapan untuk segala soalan. Istikharah kiranya awak berada dipersimpangan jalan, istikharah kiranya awak perlu membuat sesuatu yang bakal mempengaruhi masa depan awak. Istikharah membuktikan awak sebagai hamba yang lemah, hanya padaNya selayaknya awak berpaut.

kerana takmau ulang kesilapan dulu, saya berniat istikharah yang saya buat biarlah lebih dari 45 hari. saya tak kan puas hati selagi tak cukup qota yang saya tetapkan. saya kan cerewet. bagaimana saya tahu dah cukup qota? saya tandakan pada kalendar tiap hari. pernah saya dengar lepas awak beristikharah tak tentu petunjuk yang awak dapat hanya dalam bentuk mimpi. kadang lepas awak istikharah dengan sesungguhnya hati awak lebih tenang buat keputusan. hati awak lebih terarah ke dia. itu pun satu petunjuk. percayalah awak lebih yakin lepas awak istikharah. saya tak mampu nak tulis yakin yang sebagaimana, hanya yang sudah alami akan tahu. dan ingat jawapan istikharah tak tentu datang selepas 3 hari bermunajat.

Istikharah saya disertai solat taubat atau hajat atau keduanya sekali, ayat suci Al-Quran dilagukan semampu saya. kadang satu muka surat, kadang lebih. kan awalnya lagi saya kata kalau nak dapat yang luar biasa saya kena jadi luar biasa. nak dapat yang terbaik saya kena usaha dengan sehabis baik. percaturan memilih dia sebagai suami keputusan terbesar saya dalam hidup kerana itu saya tak mahu membelakangkan Dia lagi.

lepas 5 hari baru saya mendapat petunjuk. dan hari-hari berikutnya bermacam lagi petunjuk yang Dia berikan. subhanallah indahnya saat tue, saya menangis tiap kali petunjuk tue hadir pada saya. saya menangis kerana kasih sayangNya pada saya. benar, tiap langkah saya selepas istikharah saya lebih yakin. tiap masalah dan dugaan yang datang saya berani tempuhi dan lepasi. Alhamdulilah tiap dugaan yang datang pada saya dipermudahkan olehNya.

saya tak mampu nak gambarkan bagaimana indahnya perasaan tue. cuma pesan saya tiap kali punya tanda tanya pada hati, bersoal jawablah dengan Dia Maha Pencipta Maha Mengetahui. Dia sangat sayangkan awak semua, Mohonlah pada Dia. menangislah di depanNya. lepaskan perasaan awak pada Dia. insyaAllah awak akan rasa pelukan kasih sayangNya nanti..

#saya rindukan saya yang dulu, saya yang berada dalam situasi di atas. ampunkan dosa kedua mama papa dan dosa saya Ya Allah T.T

#salah sorang adik blogger KBU eksiden, tolong doakan keselamatan dia.. terima kasih  

18 July 2012

Ada Yang Berubah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ada satu perubahan yang saya kesan dalam diri saya sekarang nie.. banyak makan.. ofismate kata "ko makan la banyak-banyak kira, badan jadi belon baru tau" pastu dia gelakkan saya =.='

mana tak nya dia la yang setia nagadap saya makan time ofis hour. bekpes semalam saya req roti bakar double, telur separuh masak kat abang tue. tengahari nya saya makan laksa yang lebih banyak dari dia sampai saya kenyang nak rukuk pun payah, dah tue kenyang pun sumbat lagi puding dalam mulut. petang saya dah mula cari stok biskut dalam laci tepi saya nie. malam tak sempat pukul 7 perot dah mula merengek mintak diisi lagi.. =.='

saya perasan menda nie lama dah, tak sangka ofismate dengan osmate pun perasan jugak. selera makan saya makin bertambah. susu pun dah boleh mula minum. Alhamdulilah syukur. kalau kuruih keng sangat pun tak elok gak kan.. hihihi.. mama pun terkejut dengan perubahan nie, katanya bagus la tue. mungkin kah faktor makin bahagia mempengaruhi ;)  

Myvi Merah KCB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

setiap pagi dalam perjalanan ke ofis. mesti mata saya disarapankan dengan perangai satu driver Myvi KCB  nie. drive kereta macam orang lain tak lambat nak pergi kerja. yang saya geram tue setiap pagi macam gitu la perangai dia, setiap pagi hokey kalau sekali sekala tue saya paham la TERlambat. 

siap bawak anak dengan bini. kalau tak bahaya nyawa orang lain saya tak heran dia nak bawak macam orang mabuk sekalipun. main celah ikut dan dia, lorong motor pun masuk ikut suka, cross line macam orang lain tak ada yang bawak laju. sangat geram.. tunggu dia ada kat tepi Nurul Iman saya memang tau la nak ajar. menyusahkan orang betul..

awak semua yang memandu tue jangan fikir awak je yang nak cepat, awak je yang lambat. ramai lagi orang lain yang nak cepat.. kalau dah tahu setiap hari awak akan lambat sebab kena pujuk anak yang menangis nak dihantar mengasuh ke atau alasan ape sekalipun cuba la bangun awal siap awal dan keluar awal. didik diri tue tepati masa. saya marah sebab melibatkan nyawa orang lain.

17 July 2012

IC Nurul Iman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulilah siap dah ic baru Nurul Iman saya. melayang lagi la keping keping not lima puluh saya.. huhuhu #Nanges T.T ... dah hampir dua tahun dia berkhidmat untuk saya dan keluarga. Alhamdulilah sepanjang dua tahun takde lagi dia buat perangai.. haa la umur baru dua tahun jagung kot, jaga dari newborn memang ada yang nak makan penampar la kalau pandai buat perangai eh eh tergarang pulak :p

dengan dia kekadang terbawak laju pun tak sedar,TER tue maknanya tak sengaja kan? :p sedar-sedar kalau tengok meter jer omaii 130++ dah.. hihihi.. pernah anak sedara hat sulung tue kata "keta achik nie 80 pun dah laju kalau keta ibu 100 baru nak laju" ehh Abang Long pandai pulak awak baca meter keta ye =.=

tengah menahan sabar dari tukar karpet dia, dan segala menda yang nak buat dengan dia. selesai walimah nanti kita berkasih sayang balik ye Nurul Iman. hihi. tak terfikir nak gantikan dia dengan yang lain. banyak sentimental value antara saya dengan dia, nangis rindu rindu bila berjauhan banyak hari, sembang-sembang mintak maaf dengan dia kalau tercederakan dia, kalau lah dia boleh balas tiap kata-kata saya.... mengarut jelah awak nie Syakira =.="

16 July 2012

Rancangan Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

teringat saya satu masa dulu ada sorang sahabat berskype dengan saya. berkongsi cerita kegusaran hati dia sebelum dia bernikah dengan suaminya sekarang, dia punya sahabat rapat, sangat akrab tapi tidak sampai melampaui garis sempadan antara seorang lelaki dan perempuan yang ajnabi. mungkin kerana dulu pernah ada cerita cinta antara mereka yang membuatkan mereka akrab hingga saat nie. 

pernah dia kata, dia tatau macam mana nanti hubungan dia dengan sahabat lelaki tue sebab diorang berkerja ditempat yang sama, dilevel yang sama, juga department yang sama. katanya nanti selepas dia mendirikan rumah tangga dia takut kekok nak berdepan dengan si sahabat. saya diam sekejap sebab tak faham, ohh baru lah saya ingat mereka punya kisah cinta satu masa dulu. biarpun dalam hati sudah tidak punya rasa cinta dan kasih tapi mungkin timbul perasaan kekok andai dirinya dah bersuami. 

mungkin pada sesiapa yang tak berada ditempat dia akan cakap "dah ada suami buat cara ada suami, tak perlu fikir pasal sahabat tue lagi" dan betul lah sebab tue islam letakkan garis sempadan antara lelaki dan perempuan ajnabi takut timbul fitnah kemudian hari. tapi sahabat saya takut silaturahim antara dia dan sahabatnya terputus. ada budi yang dia terhutang pada sahabatnya.  dan kerana dia sayangkan persahabatan yang terjalin antara mereka berdua.

sebenarnya saya sendiri tatau nak bagi penyelesaian pada sahabat saya. cuma apa yang saya pesan kat dia. berdoa agar hati sentiasa tetap, terus berdoa agar hati tak terpujuk dengan syaitan yang menyesatkan. dan jangan lupa sentiasa muhasabah diri. mohonlah pada Allah yang terbaik. 

dua bulan lepas sahabat saya menikah, sahabat lelaki nya berhenti kerja, meneruskan delegasi perniagaan ayahandanya. sebaik-baik perancangan kita hebat lagi perancangan Allah kan.. Alhamdulilah Allah memudahkan urusan mereka. saya tumpang bahagia.

 

15 July 2012

Jangan Like Gambar dia!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

bekpes saya rini disajikan dengan tuit kat atas tue.. gelak sekejap. opss yang nie bukan ori from Fadil tapi ada sorang hamba Allah yang tuit hampir serupa dengan makna diatas.. tuit asal seseorang tue nak kata kalau yang dah ada boypren DILARANG like gambar gegirl lain.. errkkkk macam tue pulak ke? =.=' ada jugak manusia yang berfikiran tak matang macam nie, geleng kepala kejap saya..

awak, jangan la nak kontrol kekasih awak teruk macam tue sangat. kalau rasa dah tak boleh tahan cemburu tue. awak simpan kekasih awak tue dalam lemari dan lock pakai padlock tue. pakai padlock yang besar gagah tue. opss jangan lupa simpankan sekali segala gadget dia kang ada pulak yang online dalam lemari :p


umpama layang-layang. biarkan dia lepas tinggi melayang tapi dalam masa yang sama kawal tali yang dipegang.. kalau rasa dia terlalu tinggi tarik perlahan-lahan supaya dia tak jauh melayang sampai terputus talinya. jangan jugak terus disentap dia turun takut nanti jatuh ke bawah sampai koyak kulitnya. tapi andai layang-layang terputus talinya jugak jangan terus memaki dia, sebaliknya muhasabah diri kerana diri sendiri jugak tak lari dari buat silap kan..dan yang penting bersangka baik pada-Nya ...

peringatan untuk saya sendiri dan jugak awak semua ;)  

12 July 2012

Kami Blogger Utagha Di Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera


saya dah bersama dengan Kami Blogger Utagha sejak 13 Febuary 2011 hari ahad. dah setahun lebih pun saya dengan awak semua.. segala gelak tawa sedih menangis banyak yang dikongsi dengan awak semua. dari gath kecil-kecilan hingga ke sebesar-sebesarnya , dari salam perkenalan hinggalah majlis amal bersama penduduk kampung. hanya satu kata. saya berkenalan dengan awak semua kerana Allah, saya bersahabat dengan awak semua kerana Allah, dan semoga ukhwah yang terbina antara saya dan awak semua berkekalan hingga ke Jannah, Amin


saya dengan rendah diri mohon maaf andai ada tersalah kata, terlebih bicara, terlajak gurau dengan awak semua. saya manusia biasa yang selalu alpa. mohon maaf jugak andai selama saya menguruskan kewangan atau event KBU ada tindakan saya yang melukakan hati awak semua. dan maaf dari saya terkadang jari saya spontan kuteyh awak semua, maaf maaf dan maaf. terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari keluarga saya. awak semua sentiasa di hati walau kemana jua saya pergi, walau satu hari nanti mungkin saya tiada di sisi.

credit video : Pakcu Sofi 
credit picture : semua pemilik gambar 
credit song : Najwa Latif - Sahabat
 

10 July 2012

Ustaz cakap ape?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

tetiba teringat insiden saya dengan anak laki yang sulung tue, Faiz. degil payah nak dengar cakap tapi bijak! pernah saya balik kampung, tahan sabar tengok dia sepah-sepahkan rumah. sampai hilang suara opah dia membebel pun dia buat dekk jer kalau dah dapat melukis, tengok ben 10.. saya tarik nafas kejap sebelum cakap dengan dia, kena tenang tak nak marah-marah. 

abang pegi sekolah agama kan? saya tanya kat dia. dia angguk-angguk sambil jawab ye. sambil saya buat kerja sambil saya cakap sambil mata kerling dia.

saya : apa ustaz tue cakap kalau kita lawan cakap orang yang lagi tua. degil tak mau dengar cakap diorang?

dia : ishh achik nak suruh antan(panggilan dia) buat ape tadi? 

dan dan tue jugak dia bangun buat apa yang opah dia bebelkan dari tadi. saya senyum jer.. anak kecik pun macam diri kita jugak kan. kalau orang marah-marah tengking-tengking memang jangan harap lah nak dengar kata. dengan anak-anak saya memang rajin physcho dan saya seorang achik yang garang tapi sweet #Muntah hahahaha :p

09 July 2012

Review l Zine Pilihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

minggu lepas tengok ada parcel atas meja ofis nie. Alhamdulilah zine yang saya tunggu dah sampai. karya Warna Kaseh.. semangat beli sebab nak sokong minat adik saya sorang tue. dapat jer terus tengok indeks cari nama Iffah Afeefah dulu. hihi




kata saya : boleh GILA baca Zine Pilihan nie. sekejap saya gelak, sekejap saya senyum, sekejap saya terbuat muka kerut dan sekejap lagi saya terdiam sebab terkejut. yang pasti view belakang zine nie menepati apa yang diorang nak tonjolkan.. syurga atau neraka pilihan kita.. tak rugi saya beli dan tunggu zine sampai kat ofis nie... tahniah warga Warna Kaseh!!



Demimu Laila - Iffah Afeefah
korbankan diri dan perasaan sendiri demi yang tersayang. walau dia tahu ada getir dalam perjalanannya nanti

Pencinta Gila - Kenanga Suci
kerana cinta yang terlalu pada seorang wanita membuat dia jadi gila. gila kerana merobek rahim tersayang demi cintanya pada wanita itu.

Terlarang - Lieyanna Esmeralda
biarpun dia tak kesah apa pandangan masyarakat pada sisi jahat dirinya. namun kasih pada ibu masih menebal dalam diri membuat dia tegas menolak nafsu abang susuan.

Di mana Cinta - Iffah Afeefah
kalau dah jodoh, lari ke benua afrika sekalipun tetap dipertemukan jugak

Misterinya Cinta - Iffah Afeefah
dia dibunuh oleh roh yang juga mati semasa mengejar cinta. mungkin kah roh tersebut juga dulu dibunuh seperti dirinya?

okey tue sikit la review dari saya.. ada 32 cerpen dalam zine nie.. nak beli kat sini.. zine saya akan di pass kat Pakcik Imam lepas nie.. konsep satu rumah satu kan Iffah? hihihihi :p
 

08 July 2012

Trima Kasih Kak Shida @KBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

sabtu semalam Kak Shida ajak datang kenduri kesyukuran kat rumah dia. janji dengan Pakcu nak pegi sama-sama.. saya heret osmate sekali sebelum tue dah mintak izin dia nak bawak osmate. sampai tengok dah ada Hadi. ok gadoh tiga empat round dengan hadi dulu, dah lapar jenguk segala makanan yang Kak Shida hidang. ada soto lepas tue tengok ada kacang panjang ada ayam masak merah makan dengan nasi.. orang panggil suruh makan kan? kita makan la banyak mana pun kan? hihihi :p


terima kasih kak shida siap bekalkan lagi sebelum balik. dah sampai rumah kenyang tak payah masak. panaskan lauk dan makan lagi.. ohh sekarang nie pantang lapar. ayat yang selalu Pakcik Imam dengar "saya tak boleh fikir dah nie, saya lapar" hahaha naseb la Pakcik dapat tunang macam nie.. kihkihkih :p




ada Hadi, Pakcu Sofi, Naim, Anith, Aimaa, Wany. mereka yang terpilih nie jela yang dapat dengar pengakuan eksklusif dari mulut saya. muntah nak sebut eksklusif tue... hahaha.. haipp rahsia kita jer tau jangan pecah kat orang lain, pecah kat diorang pun setelah dipaksa #MuntahLagi .. padan muka Pakcu kene kutey buat lagi perangai pegi record!! record tak dapat sakit yg dapat :p

 

yang nie begkel mak Kak Shida. mak dia buat bunga telur dari daun getah.. dia pulak buat decoupage.. saya yang tak kretip nie tolong tengok sambil cakap "Oooo macam tue" jela.. hihi




nie baby jepungg.. sangat geram tengok dia bila dia buat muka geram bila kita geram gomol gomol dia.. haishh Ainur Sorfina nie culik bawak balik baru tau.. hihi.. babai Sorfina Achik Kira balik dulu~~~~

Osmate

Assalamualaikum dan salam sejahtera

sejak 2009 saya b'osmatekan dia. sejak pertama kali saya mendaftarkan diri sebagai musafir di bumi kedah,mcm dok obersi lak rasa,hahahaha. kadang dia la kawan gadoh, kawan heret ke sana sini, kawan tumpang bahu nak menangis, kawan segalanya. duduk serumah kan, dia antara telinga yang setia dengar cerita merepek saya. 

dia jugak yang bawakkan saya ke klinik time demam saya sampai tahap 28/29. dia jugak la yang paksa saya makan itu ini time saya langsung tak berselera nak makan. dia jugak la yang marah saat saya menangis kekecewaan dulu.

"kalau ira takde nanti sape nak jaga ain. ira tunggu la ain kawen dulu baru pindah" pengsan nak tunggu dia kawen dulu baru saya boleh pindah duduk dengan suami nanti..hihihi :p

pernah saya saja buat meroyan dengan dia kata saya tak sabar nak tunggu walimah nanti. terus dia kata kalau dia ada blog dia nak tulis "osmate aku gatei tak sabo nak kawen" hahahaha. 

dan hari nie dia meroyan ajak saya cari tv baru lepas tv tue meletop kena ketuk dengan dia semalam.. adehhhh macam-macam la osmate sorang nie.. tapi saya jugak tau yang saya akan nangis bila nak tinggalkan dia kat sini nanti.. ohh saya ada lagi sorang osmate tapi kerana weekend dia balik kampung jumpa suami dan anak makanya waktu membataskan kemesraan kami. semoga Allah memberi kasih sayangNya buat kedua osmate saya Amin 

07 July 2012

Jangan Salah Faham

Assalamualaikum dan salam sejahtera



bila saya berdiri depan cermin. saya terdiam. banyak sungguh salah dan silap yang belum saya betulkan. bila saya berdiri depan cermin saya teringat ciri wanita idaman Pakcik Imam sangat jauh dengan apa yang ada dalam diri saya. saya pernah ternampak ekor mata dia memandang gadis muslimah bertudung labuh, berjubah. ye saya sendiri suka tengok gadis muslimah yang macam tue, inikan pulak dia. sangat sejuk mata memandang. banding dengan diri saya sendiri, hurmm...

pernah saya tanya kat dia, kenapa tak pilih je seseorang yang memang punya ciri idaman dia. saya nie jauh berbeza dari apa yang dia idamkan. saya mengaku yang dulu saya alpa pasal aurat saya sendiri. saya sendiri sedih bila tengok saya yang dulu, Alhamdulilah Allah sedarkan saya balik, itu pun Allah bagi saya petunjuk melalui pakcik. melalui kata-kata dan tulisan tangan dia. tapi jangan cakap saya berubah kerana dia. saya pernah buat entry pasal nie dulu. saya berubah kerana kasih sayang yang Allah bagi untuk saya. saya syukur sangat.

dia terdiam lepas saya cakap macam tue. katanya dia tak mencari kesempurnaan malah dia bersyukur bila saya mampu berubah bukan kerana dia. "apa yang awak buat sekarang bukan untuk saya tapi untuk Allah,mama papa dan diri awak sendiri" dan "saya tak akan paksa awak biarpun awak isteri saya yang sah satu hari nanti" "kerana awak yang Allah pilihkan untuk saya" ya sampai sekarang saya ingat lagi kata-kata tue.

soalan tue lahir bukan kerana saya tak sayang pada hubungan kami tapi saya takut andai saya tak mampu jadi seperti yang dia ingin. saya takut saya tak mampu sempurnakan impian dia. setiap dari kita mesti nak jadi yang terbaik untuk pasangan kan? itulah yang saya maksudkan. saya takut tak mampu jadi dalam erti terbaik tue.. tapi saya jugak sedar yang adam dan hawa dijadikan untuk saling menyempurnakan..

seorang perempuan memilih merendah diri bukan kerana dia mahu pergi dari lelaki itu tapi kerana dia takut tak mampu jadi yang terbaik untuk lelaki itu~~Kiera'sakura

sedangkan untuk Allah pun saya tak mampu jadi yang terbaik inikan pula untuk pandangan mata dia..

p/s : perempuan memang suka beremosi, bukti saya perempuan tulen la nie sebab tetiba teremosi :p  

06 July 2012

Bila lah pulak turn saya? hurm

Assalamualaikum dan salam sejahtera

heiii awak kenapa sedih sangat nie? awak sedih sebab kawan-kawan yang sebaya awak dah kahwin dan ada jugak yang dah ada anak kan? dah!! jangan nak monyok sedih lagi. setiap hambaNya dah ditetapkan jodohnya, kalau tidak didunia diakhirat pasti ada jodoh untuk awak. itu janjiNya.

jangan la sedih sangat cuba awak muhasabah diri. bila awak lambat kawen, awak punya masa yang sangat banyak nak diluangkan dengan keluarga tersayang. memanglah banyak pahala yang kita dapat kumpul bila dah ada suami/isteri. tapi awak jugak kena ingat, besar ganjaran yang Allah sediakan untuk anak yang berbakti pada kedua ibu ayah. 

bila awak lambat kawen awak punya lebih masa nak bercinta dengan Dia yang mencipta. siapa lagi kalau bukan Yang Maha Esa kat atas. bukanlah sampai saya menidakkan perasaan indah antara suami isteri. tapi kan awak, bila awak bercinta dengan Allah percayalah yang awak akan rasa dicintai dan disayangi oleh segala penduduk bumi dan langit. dapat mencintaiNya sepenuh hati satu perasaan yang sangat indah awak, tak semua orang boleh dapat tapi tak mustahil untuk digapai...

lagi satu awak, awak punya masa yang banyak untuk persiapkan diri awak sebelum menjadi isteri yang solehah atau suami yang soleh. mungkin ada lagi kekurangan dalam diri awak yang perlu awak tampung,, haaaa ambik la masa nie perbaiki kekurangan diri sekurangnya nanti bila awak dah berkawen zauj/zaujah awak mesti bersyukur dan bangga punya kekasih hati yang hebat macam awak..

banyak lagi sebab yang indah awak akan jumpa bila kawen lambat nie. cumanya awak sendiri kena ajar diri awak berfikir positif. kalau bukan awak yang cuba kawal fikiran awak siapa lagi kan? Allah aturkan segala perkara bersebab, sebabnya Dia tahu apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. jangan sedih ye awak dan jangan berfikiran negatif. berfikiran negatif cuma racun yang sikit-sikit memakan diri awak :)




La Tahzan : Lambat Kawen  

05 July 2012

Papa, Nurul Iman dan Ayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

sesape yang pestime atau jarang masuk belog saya mesti akan tertanya sape Nurul Iman tue. anak saya ke? hihihi.. Nurul Iman tue buah hati saya dengan Pakcik Imam. baru dua hari tinggalkan dia pun kami dah rindu. Nurul Iman tue kereta kami berdua lah. banyak kenangan dengan dia. nanges jiwa kacau kalau jadi pape kat dia, macam saya terlanggar monyet ritu. sepanjang jalan moody sebab Nurul Iman cedera.. huhu.. ohh monyet maafkan saya jugak, tak sengaja.

kalau bawak Nurul Iman balik Ipoh. dia la yang setia teman saya ke sana ke sini. papa selalu check kalau dia calar atau pape. yang pelik tue papa sedar je la pun kalau ada yang pelik kat Nurul Iman nie. ritu dua hari saya kena bebel sebab belakang Nurul Iman calar lepas saya langgar pasu bunga..

pernah papa marah saya bawak lelaju. papa kata tukar myvi kalau nak speed sangat. tak nak lah papa, tak sanggup nak jual Nurul Iman.. huhuhu

ritu masa balik Penang. Nurul Iman tersangat lah kotor. kuar keta jer mesti saya bebel kat pakcik cakap Nurul Iman comot la itu la ini la. agaknya ayah pun berbulu mata tengok Nurul Iman tue comot. sebelum kami keluar ayah siap siram dia dengan air. tergelak kami semua dalam rumah. "trima kasih ayah tolong siram kereta" ayah gelak je bila saya cakap macam tue.. hihi

*dah ada entry tuk Nurul Iman nanti boleh saya bacakan entry nie kat dia.. hahaha #Gila  

04 July 2012

Qada' solat selepas haid

Assalamualaikum dan salam sejahtera



depan rumah saya surau. memang selalunya jelas dengar apa yang ustaz tue ceramahkan. dalam saya sibuk sidai baju dalam bilik saya terdengar ustaz tue kata

"seorang perempuan yang didatangi haid pada pukul 2.30 petang tapi belum solat zohor(zohor masuk pukul 1.30pm mcm tue) wajib qada' solat zohor yang belum ditunaikan"

saya terkejut dan baru tau. rini tadi saya cuba google pasal tue. jawapan yang saya jumpa sama. rujuk disini dan disini. kalau difikirkan semula tanpa merujuk mana-mana kitab apa yang dikata tue memang betul. kita wajib solat diawal waktu tanpa melengah-lengahkan waktu, salah kita sebab lambatkan waktu solat maka kita kena ganti balik solat yang tertinggal tue.. wallahualam.. 

p/s : rasa rugi pulak tak pergi dengar ceramah semalam.. huhu

rujukan : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...