Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

31 October 2012

Kenapa Sakura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

entry lepas Kak Sha ada sebut pasal sakura kat saya. ekceli saya ada kisahkan kenapa Sakura kat entry sebelum sebelum nie. tapi sebab saya sendiri malas nak cari link dia mana satu. makanya saya merajinkan diri create the new one for my Kak Sha sayang ;) and Kak Sha janji nak share sesuatu pasal sakura kat saya, Kak Sha saya tunggu ;)

this is for my lovely sister, Kak Sha suka sangat kaler pepel ;)

kenapa Sakura? seyes masa mula saya create belog kesayangan saya nie perkataan pertama yang terlintas dalam kepala saya adalah Sakura. dan macam mana boleh datangnya Sakura dalam diri saya sebabnya mama panggil saya dengan panggilan Sakura. entah la mama lebih suka panggil saya macam tue banding nama saya sendiri walaupun nama Syakira tue mama dengan papa yang pilih. Syakira dan Sakura hurmm mungkin bila sebut tue dah dekat-dekat kot. agaknya lah hihi yang sebenarnya mama sendiri suka bunga Sakura ;)

dan saya seorang gegel yang tak minat apa pun jenis bunga kecuali Sakura. sebab tue bila mama suruh cari bunga untuk pelamin nanti saya pusing satu kedai pun yang ada kat tangan saya tetap sakura. entah la kalau orang lain minat rose, tulip tapi saya lebih suka Sakura. mengimpikan sakura akan berada dalam tapak tangan saya, yela nak ke jepun tue macam tak dapat je dapat mimpi sakura pun jadi la kan. hihihi

untuk walimah saya nanti memang saya ada letakkan elemen sakura. dekat mana? haaa kena datang kenduri lah hihihihi :p rasa saya bunga sakura sejenis bunga yang tak kan boleh dipetik kecuali dia gugur sendiri. betulkan kalau saya silap. dan sakura mula mekar dari awal april hingga hujung april. sebagaimana kuatnya sakura didahan pokok, dan tak lerai kelopaknya ditiup angin sebegitu la saya ekpresikan diri saya menjadi kuat seperti dia. insyaAllah :) jangan tatau saya juga ada kakak sakura, dia lah Sunah Suka Sakura doa saya moga samurainya bisa menjaga kakak sakura saya sebaiknya amin ;) 


ini dari Samurai saya untuk Sakuranya ;)

30 October 2012

Pecah Ais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cakkkkk!!!! wahhh lamanya cuti kan. kihkihkihkih.. ekceli khamis ritu memang tersangat la bizi tak sempat nak nulis nulis kat sini.. rini baru sempat nak jenguk-jenguk dia huuu.. ada yang rindu ke? baik cakap ada!!!!! :p

aci tak kalau saya cakap, saya saja tinggalkan belog nie lama sebab entry sebelum nie panjang tak hengat. hahahahaha :p ekceli tatau nak update pe benda. =.= nak update entry kena hide kan twitter kalau tidak sampai ke sudah la entry tak siap kang bising Noraim kakak dia hilang banyak hari hahahahaha :p

bila dibelek-belek kalendar, minggu depan lah majlis akad nikah saya. kejapnya masa berjalan. terima kasih pada semua yang mendoakan saya, yang cakap tahniah. pada yang rajin jenjalan ke poem lama saya dulu pun terima kasih bebanyak. rajin sungguh Cik Una dengan Zaitul nahhh tisu toksah nak nangis2 hihihi :p

ritu Okje ada tanya adik badik saya bape orang. tutup cerita pasal Satu Perjalanan saya tue sekejap. skang rasa nak perkenalkan diri sendiri. Sue Pelik pun dah perkenalkan diri dia ritu. jom kita buat sesi pecah ais ketul. 

nama yang mama papa bagi Nur Syakira alkisahnya masa mama mengandungkan saya dulu dia ingat anak dia lelaki jadi dah siap-siap kasi nama Syakir sekali keluar gegel jadilah Syakira. disebabkan awalnya nama saya Syakir tue yang boleh saya nie perangai tak macam gegel lain kot. ritu kena marah dengan mama buat paku dia cabut. katanya "punya la kuat paku mama nie sekali kamu balik abis semuanya cabut!!" hihihihi :p

lahir kat Ipoh Perak,Alhamdulilah dah 24 tahun Allah pinjamkan usia kat saya. Alhamdulilah dah banyak nikmat yang Dia kasi ke saya. moga saya tak kufur nikmat segala yang diberi tue Amin2. dan syukur jugak di usia saya yang masih muda ditawarkan berkerja di sebuah jabatan di Alor Setar Kedah. sayang sungguh Allah pada saya, syukur Ya Allah.

saya punya dua orang kakak, sorang abang, sorang adik laki, dua orang abang ipar, dua orang anak saudara lelaki dan dua orang anak saudara perempuan. ringkas cerita saya anak ke empat dari lima orang adik beradik. bunyi macam ramai tapi bila balik raya nampak macam sikit je. nampak macam sikit pun sakit jugak kepala mama nak dengar sat orang nie menjerit sat orang tue berlari. anak-anak dah besar pun rajin berkelai lagi hihihihi.

memagang tittle tunang orang buat masa sekarang yang insyaAllah minggu depan bertukar status. moga dipermudahkan Amin. bersyukur punya keluarga bakal mentua yang terima saya seadanya dan menyayangi saya. sungguh saya jugak sayangkan mereka walaupun saya tak reti nak bagitau saya sayangkan mereka :)

ermm nak bagitau apa lagi pun tatau. tapi saya jugak bersyukur diberikan teman-teman maya yang sangat ikhlas berkawan. setuju tak kalau saya kata yang kita dengan kawan blogger lagi rapat berbanding kawan sekolah. sebab kawan blogger hari-hari kita boleh tau apa jadi kat diri dia. kalau kawan sekolah mungkin masa majlis-majlis tertentu yang kita boleh jumpa dan update segala cerita. tapi saya tak la kata kawan sekolah tak bagus. itu cume pendapat saya jela. pendapat semua orang kan berbeza ;) tapi kalau kawan sekolah yang jadi blogger lagi heaven kan hihihi.. macam saya dengan Ruzz

pape pun terima kasih pada semua yang sudi berkenalan dan berkawan dengan saya :) entry macam selow melow je kan.. haa tue la kata tak da mood nak berentry huuu

24 October 2012

Satu Perjalanan #27 versi Perjalanan Saya dan Dia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebenarnya hajat hati awal nak buat cerpen dari Perjalanan kisah saya dan Pakcik Imam. Tapi feel nak buat cerpen dah lama tak datang, kang kalau buat jugak takde jiwa tak best pulak nak membaca nya =.= dan demi membayar janji saya pada adik Noraim mushuk2 saya tue saya hadirkan la entry nie untuk dia. Adik akak dah bayar nie ;P ok bagi yang belum tau, tunang saya seorang blogger, saya sedar kewujudan dia lepas dia ping entry kat KBU.

Saya mula sedar kewujudan dia bila dia selalu sangat suka ngusik kawan-kawan kat KBU tue. Sesape yang kenal nama Nadzri mesti tau macam mana perangai suka mengusik tunang saya tue. Pertama kali ke entry dia, entry pasal dia homesick nak balik Penang. Masa tue dia keja kat KL. Memandangkan saya pun jenis selalu terkena penyakit homesick kire dia macam jumpa geng la. Hihihi. Dari situ saya selalu pegi belog dia.

Satu entry Tak bisa memilihmu. Saya drop komen kat situ. Kira macam puisi tue tuju ke saya dan saya membalasnya. Pangai ntah pape je kan. Hihihi.. sampai satu satu saat saya dengan dia buat poem berantai. Tajuk dari dia “makcik tatau nama” dan saya “kerana kau aku jadi minah jiwang” poem yang berkisahkan dunia khalayan kami berdua. Kalau nak baca sila ke sini. Itu episode terakhir dari dia dan saya. Ada banyak link yang saya tinggalkan kat situ. Link poem berantai kami.

Dari poem tue adik badik KBU selalu usik kami berdua. Konon mengskandalkan kami la. Padahal kitorang takde pape pun. Dorg memang suka seksaited lebih (kang mesti ada yang tuju tin nie) :p Selalunya kitorang sembang dekat pesbuk, private message. Bertukar number masa nak gath KBU kat Tanjung Asam. Bulan March 2011. Kat situ la baru pestime saya tengok muka dia. Eh kenapa jantung macam degup lain macam je saya tanya kat diri sendiri. Mungkin sebab masa tue pestime jumpa kawan-kawan maya. Kan sebelum nie tak pernah jumpa lagi kawan-kawan maya nie kan. Selalu sembang kat muka buku jer.

Bila dah balik dari gath jadi makin rapat berkawan. Yela hati kan Allah yang pegang kuncinya. Kitorang rasa kitorang dah bukan macam dalam fasa berkawan. Eh ada yang tak kena ke? Tanya kat diri memasing. Dalam awal bulan April 2011, bila dia mula tanya saya “betol tak kalau Nadh kata Ira dah mula ada hati kat Nadh” hanya dia sorang je yang panggil saya dengan nama Ira sampai sekarang. Bila orang lelaki tanya macam tue haruslah saya yang gegel nie ada perasaan malu nak jawab kan. Hihihi. Bila dia tanya macam tue saya pun tanya la diri sendiri. Betol ke saya ada perasaan kat dia. Jawapannya jeng jeng jeng. Tunggu la, baca la sampai habis :p

Bila hati dah mula ada perasaan cinta rindu pada yang bukan hak, kan tak bagus tue. Dalam bulan April dia tanya saya macam mana kalau dia nak jadikan saya yang halal untuk dia. Saya terkedu tak mampu nak kata apa. Hanya yang boleh saya kata. Izinkan saya istikharah mohon petunjuk Allah dulu. Sebab dulu saya pernah tersalah buat keputusan. Dulu saya bertunang tanpa memohon pandangan dari Ilahi jadi sekarang saya tak nak membelakangkan Dia lagi. Tunang saya setuju, saya kata selagi saya tak dapat jawapan selagi tue dia takkan dapat jawapan dari saya. Dia kata Ya. Dalam masa yang sama dia mesej mama saya mintak izin nak berkawan dengan saya. Tau tak masa tue dia ngorat mama saya, sebab dia tau saya nie anak manja mama. Alaa macam besa la orang kata, nak ngorat anak kena ngorat mama nya dulu ;) bukan je dia berpeluh mesej mama saya, mama saya pun nebes nak reply msej. Mama kata “ape mama nak balas, panjang ke mama balas nie ek?” hahahaha kalut la mama nie :p 11 April 2011 dia kata kat saya dia dah mula kumpul duit, mungkin hujung tahun 2011 kitorang bertunang.. aishh nebes kemain saya nie masa tue hihihi.

Saya ambik masa yang lama beristikharah. Saya pernah cerita dalam entry nie. Heyy jangan suruh saya ulang cerita lagi. Pi baca entry tue, jangan malas!! :p Alhamdulilah lepas je saya dapat petunjuk dari istikharah saya, saya kata saya terima dia sebab jawapan yang saya dapat adalah dia. Petunjuk bukan datang hanya dalam mimpi. tapi kadang Allah jawab dalam pelbagai bentuk, juga Allah hadirkan ketenangan dalam kita membuat keputusan menerima petunjuk.  Saya rasa dalam bulan Julai tak silap baru saya betol yakin sebulat bujurnya keputusan saya nak bersuamikan dia.

Oh lupa nak cerita. 23 April 2011 pestime saya jumpa Mama Pakcik Imam saya. Hari dimana saya pick up dia sebab KBU ada farewell perpisahan Onie, Tatia dan Erika. Mereka 3 orang adik yang dah habis study kat Poli Penang. Sebelum tue dia suruh jemput dia kat umah mama dia kat Seberang Jaya tue. Ade ke patut saya yang pemalu lagi ayu nie disuruh ambik anak teruna orang kat umah uishhh nebes achik tau :p tapi sebenarnya itu cara dia nak kenalkan saya dengan family dia. Ok memang hari tue saya kenal dengan semua family dia. Alhamdulilah segalanya dipermudah. Sahabat saya Mastora yang teman masa tue. Cakap dengan Mas, adehhh saya sakit perot la awak, jantung jalan laju-laju nie. Hihihihi :p terima kasih Mas jadi sahabat saya yang sangat menyimpan rahsia. sampai dia takut nak masuk KBU sebab takut terpecah rahsia saya yang sangat banyak dan lama dia simpan tue. yela bebudak KBU kadang suka korek rahsia kat dia hihihi. saya terharu dengan kesetiaan awak Mas. terima kasih *big hug ;)

bila saya dah dapat jawapan dalam istikharah saya kitorang decide nak tunang ujung tahun 2011. Yela kami tak nak berkawan dalam tempoh yang lama. Banyak benda yang kena pelihara sebelum ikatan menjadi halal. Dalam tempoh beberapa bulan sebelum bertunang Alhamdulilah perhubungan kami masa tue takde istilah couple kami kawan macam biasa. Sama macam saya kawan dengan Kay_Are dan sama macam dia kawan dengan Iffah. Ok saja petik nama dua orang tue hihihihi :p bulan November 2011 pestime dia jumpa keluarga saya, masa tue raya haji. Satu keluarga dia ada sekali sebab family kami tak pernah bertentang mata. Dari situlah baru buat keputusan nak tunangkan kami bulan Disember 2011 nanti.

Setiap hubungan mesti akan diuji Allah kan. Macam tue jugak kami. Hujung bulan November kami ada krisis yang sampai membuatkan kami hampir tak jadi bertunang. Tapi saya yakin bila persoalan jodoh dah dijawab Allah saya yakin dengan jawapanNya, dan jugak saya yakin yang Allah tue dah tetapkan apa yang terbaik untuk kami berdua. Saya yakin dengan segala aturanNya. Maka seluruh kepercayaan saya sandarkan pada Dia Yang Maha Kuasa Maha Mengetahui. Alhamdulilah takde la saya serabut sampai nak kuar post pesbuk “titew nak bunoh diriewwww” :p Alhamdulilah awal bulan Disember segalanya selesai. Dan kami decide 25 Disember 2011 majlis pertunangan kami.



25 Disember 2011 saya dan Nadzri ditunangkan. Eh baru sebut nama dia ek? Hihi :p Alhamdulilah segalanya dipermudah Allah. Kami memang decide tak nak bagitau sesape yang kitorang dah bertunang. Memang ikut islam pertunangan patut didiamkan kan. Ada la kawan-kawan yang teka-teka betul ke kami dah tunang. Tapi ada jugak kawan-kawan rapat yang tau hari tue saya bertunang. Disebabkan teknologi yang canggih skang nie. Nak dijadikan cerita sepupu tunang saya berkawan dengan salah sorang ahli KBU, Syukri Rosle. Sepupu tunang saya sent gambar cincin tersarung dijari manis saya ke Syukri. Dalam gambar tue takde gambar tunang saya tapi ada gambar adik dia, Nadzli. Dari situ la baru diorang dapat bukti yang kitorang dah bertunang.

Sebenarnya bukan bajet retis ke ape nak sorok status tue tapi sebab perjalanan kami jauh lagi. Kita tatau apa akan jadi masa akan datangnya. Boleh dikatakan 50% kawan-kawan saya dan dia adalah orang yang sama. Andai kata Allah tak mengizinkan mesti malu nanti kan. Jadi sebab mengikut syariat dan demi menjaga segalanya kami sorokkan status kami. Maaf bagi ada yang terasa dengan apa yang kami buat. tapi bagi ada yang perasan saya pernah update status saya “engaged” atas sebab tertentu yang terpaksa saya simpan sendiri. Lepas “hal” tue selesai baru saya hide kan status saya. Cuma skang je baru saya publish kan balik lepas event jemputan walimah di create. Eh macam panjang je kan cite pasal status nie =.=

Dalam bulan March atau April saya tak ingat sangat baru kitorang tetapkan tarikh pernikahan saya dan dia. Selesai berbincang itu ini, semak calendar tengok cuti umum bulan mana yang banyak. Akhirnya kitorang decide pilih bulan November 2012. Alhamdulilah segala urusan persiapan walimah berjalan lancar dan dipermudah Allah. Nak kata serabut sangat tue tak sebab kami berdua jenis tak suka beratkan kepala dengan benda yang tak sepatutnya.

Dan hari nie, saya dan dia sedang bersedia memperkemas diri menunggu hari ijab dan Kabul kami pada 10.11.12 nanti insyaAllah. Walimah kami pada 11 November 2012 insyaAllah. Jemput hadir ye semua. Terima kasih pada yang sudi mendoakan kami berdua. Dan doakan agar perjalanan kami dipermudah selepas berumah tangga nanti untuk menuju ke syurga Ilahi, insyaAllah.

Untuk si dia bakal suami saya,

Terima kasih kerana menerima pilihan yang Allah pilihkan untuk awak. Terima kasih menerima diri saya seadanya. Terima kasih jugak menerima keluarga saya seadanya. tak banyak yang mampu saya janji, cuma saya hanya akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk Dia yang diatas, insyaAllah bila dah jadi yang terbaik untuk Dia pasti dipermudahkanNya dan diingatkanNya saya untuk menjadi yang terbaik untuk awak jugak keluarga kita nanti. insyaAllah


#muntah tak baca panjang2 nie? hihihihi :p

23 October 2012

Pesan Ustazah : Mencari Ketenangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ustazah saya punya suami dan anak-anak tapi saya selalu rasa tak tenang kenapa ustazah?

"puan ada suami? ada anak-anak? kewangan stabil? tempat tinggal ada? jika ada semua cuba puan ikut apa yang saya sarankan" kata Ustazah

Pesan Ustazah : pejamkan mata, cuba bayangkan ketika mata dibuka tiada suami disisi, anak-anak hilang, kewangan bergoncang, merempat ditepi jalan. seharusnya kita perlu mensyukuri segala kurniaan Allah. boleh jadi hati tak tenang kerana kita lupa erti bersyukur. kita tak tenang kerana Allah tak beri apa yang kita mohon. tapi kita selalu lupa yang Allah selalu bagi apa yang kita perlu. 

Pesan Ustazah : bila hati tak tenang. bila hati gelisah. cuba bayangkan orang lain yang jauh lebih susah dari kita. 

hari ini kita tak tenang kerana kerja yang kita dapat tak seperti apa yang hati kita mahu. tapi kita lupa yang kat luar sana ada yang kerja menjual paku pakis yang dikutip tepi sungai. kita lupa yang kat luar sana ada yang sedang gelisah tak berkerja sedangkan ibunya sakit di rumah.

hari ni kita bersedih hati jodoh lambat datang ke kita. adik beradik yang lain sudah punya keluarga sendiri. tapi kita lupa ada yang diluar sana langsung tidak kenal siapa ibu dan bapa,hidup bersendiri, belum berkahwin. sedangkan kita masih punya ibu bapa yang sentiasa kuat berada disisi kita.

hari ni kita bersedih bilamana Allah ambil kembali zuriat yang dipinjamkan dalam rahim kita. tapi kita lupa yang ada insan lain berkahwin 30 tahun tapi langsung tak pernah merasa zuriat berkembang didalam rahim.

hari ni kita mengeluh berjemaah dalam masjid atau surau yang tiada aircond tapi kita lupa dinegara berperang sana bagaimana susahnya umat islam mahu bersujud mengadap Ilahi. bagaimana susahnya mereka mahu mendengar suara azan berkumandang. 

hari ni kita merungut mata rabun kena pakai spek saya la tue tapi kita lupa yang kat luar tue ada insan yang buta sejak lahir tak boleh melihat indahnya segala ciptaan Ilahi.

bersedih itu lumrah perasaan. kerana itu Allah ciptakan air mata untuk kita melepaskan kesedihan yang bertandang dihati. tetapi sayang, jangan lupa yang Allah juga menguji adakah umat yang Dia sayang itu bersyukur dengan segala kurniaan lain yang diberi. ujian tandanya Dia dekat dengan kita.

belajar mensyukuri kerana dari situ hadirnya ketenangan, insyaAllah :)

#maaf tak bermaksuh nak tuju ke sesape entry nie cuma perkongsian dari saya untuk semua. maaf kiranya ada yang terasa. maaf sekali lagi

#Pesan ustazah yang saya kongsi dari mana-mana majlis ilmu yang saya dapat. kerana pesan ustazah, harta yang banyak bila digunakan akan habis, ilmu yang sedikit digunakan akan bertambah, insyaAllah

#kerana saya bukan yang terbaik kerana itu saya berusaha menjadi yang lebih baik. moga saya sentiasa istiqamah Amin

#Pesan ustazah untuk saya sendiri dan awak semua, wallahualam

22 October 2012

Mama kata lepaskan dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

wahhhh sangat sibuk rini. ofis ada KIK. baru nie ada masa nak jenguk jenguk belog. huhuhu.. minggu lepas ada baca kat belog Kak Lydia, dulu saya panggil dia Kak Miza, tapi Pakcik Imam panggil Kak Lydia sudahnya saya pulak terlekat panggil Kak Lydia. hihihi. Kak Lydia cerita pasal dia takut lepaskan Aqilah yang baru 4 taun ikut rombongan sekolah ke zoo. terus saya teringat apa yang pernah mama saya bagitau.

masa balik kampung ritu anak sedara saya yang sulung tue menangis2 pasal ibu dengan ayah dia tak bagi ikut rombongan pegi pusat sains kat kl. anak saya tue dia otak sains mana la tak menangis budak tue bila apa yang paling dia suka tak dapat nak buat. taun nie dia darjah 3. kata mama,

lepaskan lah anak tue ikut rombongan sekolah. dari rombongan tue cikgu akan ajar masa lawatan. dia dapat ilmu kat situ. lagi satu bila masuk sekolah nanti kawan-kawan mesti bercerita apa yang jadi dan apa yang ada masa lawatan tue. nanti kesian kat anak-anak tercangak-cangak (tertanya-tanya) depan kawan-kawan. kesian kat dia.

pasal keselamatan, mama kata percaya kat cikgu. cikgu mesti jaga anak-anak murid dia. cikgu pun mesti ada perjanjian dengan kementerian tuk jaga keselamatan anak kita. mesti ada guru pengawal yang lain yang akan jaga. dan yang menariknya selalunya bebudak nie kalau bawah kawalan guru diorang akan lebih berdisiplin dan mendengar kata.

mama kata lagi. lepaskan dia sebab dari situ dia akan berlajar berdikari dan lebih berkeyakinan insyaAllah. selalu parents nie susah hati bila anak dah besar tapi still takde keyakinan tak reti berdikari. tapi selalu parents lupa yang awalnya diorang tak bagi peluang tuk anak-anak belajar erti mengurus diri sendiri. 

tapi lain orang lain caranya ye tak. ini hanya pendapat mama saya yang saya kongsikan kat sini. tapi apa pun seorang ibu selalunya ada insticnt mereka, jadi buat keputusan yang sebaiknya dan terbaik untuk semua pihak. Mak mana yang tak sayangkan anak kan ;)

anak saya tue dapat la permission dari ibu dia. tapi akhirnya dia buat keputusan tak ikut rombongan lepas saya kata nanti Pakcik dia bawak ke sana. pegi ramai-ramai dengan adik-adik lain. baru la dia berhenti nangis.

"Pakcik Nadh ke achik?" tanyanya. dah tue awak ada Pakcik lain lagi ke selain Pakcik Nadh tue? dah tue dia tersengih-sengih sibuk pulak tanya bila achik nak kawen. sebab yang dia tau bila achik dengan pakcik dia kawen baru dia dapat pegi sana. adoiiiii sabo jela anak oihhhh

21 October 2012

Pesan Ustazah : Kawalan Minda dan Doa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pesan Ustazah jika mahukan kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau apa-apa juga, jangan gunakan perkataan 'kalau dia tak berjaya bagaimana kehidupannya kelak' sebaliknya tukar kepada 'anak saya mampu berjaya dengan usaha dan doa berterusan dari dia dan jugak kami ibu bapanya'.

Pesan Ustazah lagi pada student yang masih study dan pada semua. jangan gunakan perkataan kalau. sebaliknya positifkan minda yang awak mampu berjaya dalam apa-apa jugak bidang yang awak ceburi.

dan Pesan Ustazah lagi tetapkan niat melakukan sesuatu kerana Allah semata. berkahwin kerana mencari redha Allah bukan kerana lari dari cengkaman keluarga yang mengongkong contohnya. memasak hidangan keluarga kerana Allah semata bukan kerana terpaksa masak kerana suami sudah keluar mencari nafkah contohnya. tapi lakukan segalanya kerana Allah semata, insyaAllah kejayaan dan ketenangan bakal mengikuti tiap langkah yang awak lalui. 

Positifkan minda kerana sebenarnya itu kawalan utama untuk kita berjaya. jika selalu menyatakan 'saya takut melangkah kerana saya takut jatuh dipertengahan jalan' sampai bila-bila pun awak tetap berada di tempat yang sama. dan ingat tiap perkataan yang keluar dari mulut kita adalah doa. jangan mendoakan kegagalan sebaliknya selalu lah mendoakan kejayaan. Dan paksikan Allah semata-mata dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. walaupun hanya menanam sebatang pokok cili ditepi dapur.

Pesanan Ustazah untuk saya dan awak semua :)

saya menambah. dalam berblog pun kena tetapkan niat kerana Allah. dengan harapan blog menjadi salah satu saham akhirat kita. bukan hanya mengira berapa followers yang datang. ingat saham tue ;)  

18 October 2012

Satu Perjalanan #26 : Perasaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau ikutkan kurang dari sebulan tarikh akad nikah saya dan Pakcik Imam. atau lebih tepat lagi 20 hari. soklan yang selalu ditanya ke saya, macam mana persiapan.Alhamdulilah so far semuanya berjalan lancar cuma tinggal goodies je yang kena saya sediakan. barang-barang nak masak masa kenduri mama dengan papa beli nanti. rasa bersalah sangat bila terpaksa lepaskan semua urusan tue ke mama papa. saya kat alor setar memang sangat jarang balik, segalanya saya sediakan kat sini dan bawak balik ipoh. nak balik pun kena fikir kos lagi. adoiiii mama kata takpe mana yang dia tak mampu buat nanti dia tunggu saya balik uruskan. dan saya tau keluarga yang disebelah Penang pun sibuk uruskan segalanya. sebab tue saya rasa bersalah sebab saya takde kat sana tuk membantu apa yang perlu. 

apa yang saya perhati dan lalui dalam tempoh yang makin dekat dengan tarikh akad. perasaan masing-masing cepat terluka. kalau tak saya yang kecik hati dengan dia. dia yang kecik hati dengan saya. darah masing-masing panas waktu nie. kalau tak salah sorang yang mengalah dan cuba selesaikan masalah tue takut nanti melarat sampai lagi teruk. pesan Kak Elly, opismate saya. bila dah dekat tarikh nak nikah nie memang banyak ujian dan dugaan, banyak-banyak bersabar. Alhamdulilah kami berdua masih mampu bersabar dan selesaikan masalah dengan baik. 

bila ada anak Adam yang melafazkan ijab dan kabul maka menangis lah syaitan kerana satu pasangan telah terselamat dari hasutan dia. sebab itulah kot lagi nak dekat dengan akad lagi 'rajin' dia buat kerja sebab nak rosakkan niat kita untuk menyempurnakan sebahagian lagi agama. maka bersabarlah wahai saya dan awak semua dalam menyempurnakan sebahagian agama ini. istighfar dan berzikir kalau hati tengah bergelodak dengan perasaan marah. ambik wudhuk dan diamkan diri sebentar. jangan disimbah minyak ke api walaupun hanya setitik minyak. selamat meningkatkan kesabaran, tak rugi pun kalau belajar bersabar. banyak ibrah (pengajaran) yang saya dan awak semua peroleh dari usaha itu. ;)


17 October 2012

Satu Perjalanan #25 versi Walimatul Urus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah semalam dah mula edarkan kad jemputan ke opismate. mama pun rupanya start semalam memanggil orang-orang kampung. wahhhh dah mula tekanan nak fikir itu ini. sediakan itu ini. Alhamdulilah kesayangan-kesayangan semua sudi membantu. syukur sangat.

makanya disini saya dengan lafaz bismilahirahmanirahim dengan lapang dadanya menjemput awak semua ke walimah saya di Ipoh, Perak pada 11 November 2012 bagi sesiapa yang memerlukan kad boleh la pm atau tinggalkan alamat awak kat emel saya; syakira.yaakub@gmail.com nanti saya pos kan ke awak semua ye. tujuan entry nie wujud awal cumanya mudah untuk saya pos kad ke awak semua yang memerlukannya. sebab macam awal sangat je nak update entry kat sini huuuuu

kad saya tak letak kat sini atas tujuan menjaga keselamatan mama dan papa tersayang kat kampung. yela zaman sekarang nie kita tatau siapa kawan dan siapa lawan. walaupun saya nie bukan sesiapa tak femes pun tapi rasanya melindungi yang tersayang adalah tanggungjawab saya. jangan sewenangnya letak alamat awak kat jaringan sosial, jangan ambik risiko dengan ingat takde sape kenal awak makanya risiko bahaya tue rendah. jangan begitu sebaliknya fikirkan dulu keselamatan awak dan tersayang untuk pape tindakan yang bakal awak buat. 



jemput datang ye semua. dan doakan kami, terima kasih ;) seyes sangat terharu bila ada kawan-kawan yang sanggup apply cuti dan berkampung untuk walimah saya nanti. terharu sangat terima kasih pada awak. awak tau awak yang saya maksudkan kan? ;)

#semalam tak boleh bw tenet prob huuuu maafkan saya #Nanges rini saya lari lelaju gi bw balik ye ;)

15 October 2012

Lima Belas Oktober

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

15 Oktober 2009. tarikh saya lapor diri di Pejabat yang saya sedang mencari rezeki sekarang nie. tanpa sedar dah 3 taun saya berada di bumi Kedah Darul Aman. mencari rezeki dan jugak erti hidup. Alhamdulilah terlalu banyak pelajaran dan pengajaran yang saya dapat.

3 tahun tinggal jauh dari family tersayang buat saya lebih kuat berdiri atas kaki sendiri. yang membuatkan saya lupa erti manja dan tidur bawah ketiak mama. tapi kalau balik kampung sebulan sekali tue manjanya kemain hihihi :p kerana jauh jugak saya terpaksa belajar memasak yang akhirnya terpaksa itu menjadikan saya tak kekok untuk bergelar isteri bajet sangat kan? :p pehal ntah rasa skema semacam grrrrrr =.='

perjalanan yang Allah aturkan untuk saya sangat suwitttttt. kalau Dia tak takdirkan saya kerja kat sini. takde la saya jumpa dengan bebudak KBU yang macam-macam pangai tue. dan mungkin jugak tak jumpa dengan tunang saya yang sekarang nie. entah dengan sape pulak la saya bersahabat dan bertunang kan. dan kalau Dia tak takdirkan saya ke sini takde la jugak saya jumpa dengan semua osmate yang bermacam kaler sikap dan sifat tue. Allah tue suwittt sangat Dia bagi apa yang saya perlu dan bukan apa yang saya mahu. Alhamdulilah syukur sangat ;)

3 taun jauh dari family memang banyak mengajar saya erti kekeluargaan. megajar erti rindu dan lagi sayang kat family. yang membuktikan bahawa saya akan homesick kalau tak jumpa family untuk jangka masa yang lama. kalau saya dah mula membebel pasal family kat twitter tue maknanya saya tengah sindrom homesick letewww :p

3 taun yang banyak ertinya pada saya. erti menghargai. erti berbuat baik dengan insan lain. erti jangan selfish. dan erti yang macam-macam lagi la. Alhamdulilah syukur dengan kasih sayang dariNya :)


14 October 2012

Nurul Iman dah sihat!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

susulan entry pasal Nurul Iman si kereta saya yang cantik manis tue. makanya rini saya nak membebel pasal dia kat sini. balik keja khamis tue lelaju ke rumah Pak Ndak nak tengok apa jadi kat dia. call Pak Ndak tengahari tue katanya Nurul Iman dah boleh hidup. Oh ye Pak Ndak tue jiran satu taman. selalunya kalau ada pape hal memang kitorang selalu refer ke dia. Almaklumla jauh dari family tersayang kan. kat sape lagi nak bergantung harap. sobsobsob. bila Nurul Iman dah boleh hidup lega tue memang la lega tapi risau jugak kalau nak balik Ipoh nanti buatnya dia mati tengah highway tue haaa nanges la saya sorang-sorang.

jumaat cuba start tengok-tengok tak boleh.. huwaaa sahih la kena tukar bateri baru nie. Papa kata memang kena tukar yang baru memandangkan air dia dah kering semalam jadinya dia akan rosak. dan tempoh hayat bateri tue pun mungkin dah out of service. huuu sedihnya la hai di saat kalut dengan preparation walimah dia pulak buat pangai. at least tunggu la sat bagi kenduri selesai. seyes memang cam gitu la saya bebel ke Nurul Iman tue :p

mulanya memang segan nak panggil Pakndak mintak tolong. tapi apa kan daya kalau saya sorang-sorang pi beli bateri mau nya kena ketuk kaw kaw dengan kedai. saat nie mula nangis sorang-sorang jauh dari family. just boleh mohon Allah permudahkan segalanya. sabtu pagi baru saya call pakndak bagitau kat dia status Nurul Iman sebab kat kedah hari jumaat kebanyakan kedai tutup. katanya lepas zohor dia datang bawak Nurul Iman ke kedai.

lepas zohor pakndak mai kata, jiran satu taman tue ada bateri keta lebih yang tak pakai lagi. katanya ok. saya pun proceed jela sebab saya percaya kat pakndak tue. lepas mahgrib depa mai bawak Nurul Iman pi tukar bateri kat rumah Pakcik Lan. saya yang tinggal kat rumah gelisah je. tau apa yang saya fikir. mesti Nurul Iman tak selesa kena pegang-pegang dengan orang laki. Nurul Iman saya tue dah la muslimah. mesti tunang saya geleng kepala dengan pangai saya, confirm dia sakit hati ke saya. dari Khamis sampai sabtu yang keluar dari mulut saya Nurul Iman Nurul Iman Nurul Iman. hihihi maafkan saya ye Pakcik Imam dan terima kasih ada disaat saya risaukan Nurul Iman :)

lepas isyak Pakndak mai bawak Nurul Iman. yeayyyy Alhamdulilah Nurul Iman dah balik rumah dah boleh jalan. keluar check kereta rupanya bateri tue sel kering brand century. memang idaman saya la sel kering. tak perlu saya top up air bateri lagi. hihihi.. Alhamdulilah sebalik saya menangis Allah hadirkan senyuman selepas itu. syukur Alhamdulilah.

dari insiden yang baru je jadi. saya terfikir indahnya bila kita jaga hubungan dengan Allah, berdoa agar Dia yang jaga kita. hasilnya Dia betol jaga kita dengan hadirkan saudara seagama yang terdekat untuk bantu apa yang perlu. Alhamdulilah syukur sangat. Papa jauh beribu batu tapi saya tau dia risaukan saya yang sorang kat sini pagi-pagi lagi dia suruh mama mesej ingatkan saya itu dan ini pasal Nurul Iman. Love u so much la papa.

#teringat pesan Kak Lydia Miza. bila jauh dari keluarga. pejamkan mata dan bayang papa ada bersama. kakak saya pejam mata ada suami sebelah yang tenteramkan jiwa, saya pejam mata tapi masih sorang kat sini. faham tak apa yang saya cuba sampaikan? err errr

#maafkan saya jumaat dan sabtu saya tak dapat bw ke belog awak semua. xde connection tenet. ofis hour je blh curi2 waktu sikit nak bw pun. huuu mekasih semua yang hadir ziarah saya :) terharu Okje dok cari2 hihihi mekasih ye sis sayang hihihi

#mungkin ada yang tak paham dengan pangai saya yang suka bercakap dengan Nurul Iman tapi dia separuh semangat saya. boleh dikatakan kemana saja saya pergi dia yang selalu teman saya. dia seolah kembar saya yang mendengar tiap masalah saya walau dia kaku tak boleh berkata. at least lagi seronok sembang dengan yang memang kita tau kaku tak boleh berkata. dari manusia yang pandai berkata tapi kaku dengan perasaan kita. random tak tuju ke sape2 pun ;)

#syukur housemate tak balik minggu nie dia la yang rajin bawak saya kesana sini masa Nurul Iman tak sihat. dia jugak la yang hantar dan jemput saya balik keja. awak sentiasa ada dalam doa saya Khairatol Aini. :)

#maaf entry panjang hihihi :p

11 October 2012

Oh Nurul Iman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

huwaaaa sedihnya saya pagi nie Nurul Iman tak boleh start. tengok dashboard dia naik gambar bateri. dah sudah tak kan bateri kong baru dua tahun kot. ambik dia pun new born lagi. masuk rumah gitau osmate keta tak boleh start. oh ye lupa perkenalkan Nurul Iman tue kereta saya. osmate kata air bateri ada lagi tak? adehhhh selama nie saya dok servis hat lain lupa nak tambah air bateri. bukak skru kat bateri tue tengok kering dah bateri Nurul Iman. ye tau salah saya sendiri.

Alhamdulilah jiran yang selalu mai repair rumah datang tadi tanya pasal pe. dia pelik awat kami tak pi keja lagi. katanya "bagi kunci kat pakndak nanti pakndak jumper kan dah tue bawak gi cas" sebab Pakndak boleh dipercayai makanya saya lepaskan kunci Nurul Iman ke dia. sebab tak ada sape yang boleh saya harap nak tolong kat sini. tunang pun jauh nak tunggu dia datang pun dua jam. tue pun lepas 5.30 nanti. dia pun kerja. huuu

akhirnya osmate kata dia tolong anta saya ke ofis pagi nie. sian dia kadnya merah pagi nie. dah dua kali kad dia merah gara-gara tolong anta kan saya. sayang awak ketat-ketat wahai osmate ;( time nie la sedih mengenangkan diri yang jauh dipertauan. kalau Along kat kampung ada suami, papa dengan benyah yang boleh tengokkan keadaan kereta dia kat sana. Kakak walaupun jauh tapi sentiasa ada suami dia kat sana in case jadi pape. walaupun saya jauh dari papa dengan benyah (abang saya) juga dari tunang tapi saya tetap bersyukur Allah limpahkan saya dengan kasih sayang dan perhatian dari jiran dan teman serumah. Alhamdulilah syukur. sebab tue kita hidup kat dunia nie tak boleh sombong dengan orang sekeliling sebab mati nanti pun bukan kita sendiri golek-golek masuk liang lahad.

pesanan saya dekat awak semua yang perempuan seperti saya. walau kita nie kurang ilmu pengetahuan tentang kereta tapi sedikit sebanyak kena tau apa yang basic dan penting pasal kereta. kalau servis kat perodua atau tempat keluaran kereta mungkin tak ada risau sangat. tapi kalau servis luar dari situ make sure awak servis semua yang lain jugak. bukan minyak hitam dan minyak gear jer. jangan jadi macam saya ok. ingat tue!!!

sedihnya saya, separuh semangat saya ada kat Nurul Iman tue ;(

10 October 2012

Pesan Ustazah : Buatmu Ummi

Assalamualaikum Salam Sejahtera


pesan ustazah pada siapa tue? pada Ibunda saya dan awak semua. Allahuakbar besarnya pengorbanan seorang mama/ibu/ummi/mummy dsb sanggup menelan peritnya perasaan sendiri demi anak yang tersayang.

kata pepatah ibu yang seorang bisa menjaga 10 orang anak dengan baiknya. tapi anak yang 10 orang mampukah menjaga seorang ibu? ya mampu!! saya yakin diri saya dan awak semua anak soleh solehah yang mampu menjaga perasaan dan diri Ayahanda dan bonda tersayang.  

09 October 2012

Impian Mampu : Abang Stalker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

rini sangat sibuk. tak sempat nak update pape pun. tapi sempat khatam semua cerpen kak Lydia Miza kat warna kaseh sambil nguyah pau kacang. hihi.  maafkan saya kalau tak sempat bw ke belog awak semua ye. insyaAllah nanti saya lelaju ke sana kalau ada masa free. terima kasih sudi jenguk2 entry saya yang tak seberapa nie ;)

ok semalam Iffah ada tag saya satu contest nie. saya jadi rajin nak join sebab Abang Stalker akan up kan singgit untuk satu blogger yang join contest nie. tak susah pun kan. sape nak join boleh click kat banner abang stalker bawah nie.


impian saya cuma satu nak menjadi muslimah solehah bak kata tunang saya sebab didalamnya ada semua. saya tau terlalu banyak kekurangan dalam diri yang perlu saya perbaiki. jadi buat masa sekarang itu impian saya yang paling utama :)

ok Abang Stalker suruh tag 3 orang. saya tag Sue Pelik, Everthing's Everthings dengan Noraim. sila join!! hihihihi :p

08 October 2012

Satu Perjalanan #24 versi Borang Permohonan Nikah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sekejap je dah 8hb bulan nie. semalam cuti lagi mama tak sihat, tak sampai hati pulak nak balik alor setar dalam keadaan mama yang tak sihat tak mampu buat pape tue. Alhamdulilah tengahari semalam tengok dah aktif nyusun bata kat luar tue, padan muka kena marah dengan laki and anak-anak dia. pantang sihat sikit mula la nak aktif tak reti dok diam. dan hari nie perot saya pulak yang tak sihat =.='

balik ipoh pun sebab nak anto borang permohonan nikah. nak kasi kad kawen ke mama untuk mama edar ke jemputan dia. Alhamdulilah selesai dah cuma tunggu hari untuk dinikahkan je kata kadi dan ustaz kat pejabat agama tue. serius lega bila dah anto borang tue sebab kalau takde borang tue jenuh la kami nak menikah nanti.


itu borang permohonan groom to be saya. tempoh siap dalam seminggu lebih macam tue kot katanya. ambik sign dua orang kariah tempat dia tak silap saya. dan perlu lengkapkan borang sebelum hantar ke pejabat agama negeri memasing. dah lulus dari pejabat negeri Pulau Pinang sebab bakal suami saya orang negeri sana maka barulah saya boleh anto ke pejabat agama negeri Perak pulak. tempoh permohonan adalah 90 hari sebelum tarikh cadangan nikah. ok saja tak sorok tarikh nikah kat borang tue :p

oh ye masa menghantar borang nie Pakcik Imam tue kena interview sikit. mengucap dua kalimah syahadah, rukun iman, rukun islam dan huraian mengenai rukun iman yang ke6. Alhamdulilah dipermudahkan urusannya semasa disana. yela ingat mudah ke nak jadi imam untuk sesebuah keluarga mesti la ustaz tue test sikit kan. sikit je tak banyak pun pandai la tue mementang pengantin perempuan tak kena soal hihihihi :p


ini adalah salah satu syarat wajib nak menikah skang nie. kena ada surat akuan bujang daripada majikan/ketua kampung. itu contoh surat saya yang dikeluarkan oleh ofis saya. pasal surat nie abis satu ofis kecoh pasal saya nak menikah. kan dah kena soal hari-hari pasal menda yang sama =.='


dah complete semua ada boleh la mintak sign kadi daerah memasing. lepas je dapat sign kelulusan terus hantar ke pejabat agama negeri perak. Alhamdulilah selesai dah semua tunggu hari untuk dinikahkan je. pesan kadi tue "suruh pengantin lelaki hafal rukun nikah" ;)

#awak semua doakan walimah kami nanti dipermudahkan ye, mekasih ;)


04 October 2012

Berat Mulut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tadi jenjalan ke belog Kay_Are terjumpa entry lama pasal diri dia. ok terus dapat idea nak hupdate apa. memang selalu macam nie kot tatau nak hupdate pape pi jenjalan belog orang pastu insyaAllah datang la idea nak merapu apa..hihihi

seyes dulu saya seorang yang sangat pendiam. masa kat sekolah masuk tingkatan 3 saya jadi banyak bercakap sebab tergolong dalam kelas yang selalu buat bising. yela form two takmau belajaq rajin-rajin dapat result periksa akhir tahun memang dapat masuk kelas yang tak bape nak rajin belajaq la. padan muka hang kira... tapi sebab kena humban masuk kelas tue la semangat saya nak belajar rajin-rajin meningkat balik. Alhamdulilah sokmo la dapat no 1 dengan 2. kalau tidak mau nangis sampai mata buta @.@

ok dari kelas tingkatan 3 tue la saya dah mula banyak mulut. mula rajin mengacau orang lain tapi bila nak naik atas pentas sekolah still takde keyakinan diri. akan dok belakang tabir jela kalau kelas buat pape. tapi bab library saya memang A. ok lupakan pasal library yang banyak kenangan indah kat situ. lain kali pulak cerita.

masuk je PLKN sifat banyak mulut tue macam makin berleluasa je. dengan mudahnya saya menegur kawan-kawan yang satu dorm. dengan mudahnya saya tolong kengkawan yang macam dalam kesedihan tue. dan magicnya dengan mudahnya saya ke depan semua kengkawan untuk berkongsi memacam.

kalau dalam kelas pembentukan diri. tiap kali lepas sesi belajar separuh hari tue cikgu akan mintak beberapa wakil kelas ke depan untuk share apa point yang dapat untuk sesi yang baru selesai. dan saya pun tatau mana datang keyakinan tue muka saya la yang akan terpacak kat depan tiap kali sesi setiap hari. sampai pernah bila nak ujung-ujung kelas pembentukan diri cikgu She kata "saya nak orang lain pulak yang ke depan. saya tak nak Syakira, Qusyairi, Liana, bla bla bla dia sebut nama yang selalu ke depan dah" haaa see sampai cikgu pun dah takmo tengok muka saya dah kat depan tue.

Eh bukan cam tue la cikgu nak ajar yang lain pulak jadi yakin macam kami tue ha. tapi yang saya ingat saya pernah kata kat depan kelas "sebenarnya saya bukan lah nak bangga sangat berdiri kat depan nie bercakap dengan awak semua tapi sebab saya kesian kat cikgu bila dia panggil takde sape yang nak kedepan" ye sebab saya kesian cikgu tue dok tunggu memurid dia ke depan share point. tapi dari situ la saya dapat kukuhkan keyakinan berhadapan dengan semua orang. bersoal jawab dengan sesape pun. asal ada pembentangan kerja kumpulan nama saya la kena petik untuk bentang siap cikgu kata "ok saya tak nak syakira bentang, saya nak orang lain yang bentang" =.='

dan paling amazing bagi saya lah. lepas je sesi keluar buat kerja amal. saya lupa nama kelas tue apa =.= akan ada sesi share point apa yang kita dapat atau pape yang nak dikongsi dengan kengkawan kem masa kitorang berkumpul kat dewan makan lepas je balik dari ektibiti tue. bercakap depan cikgu cikgu, jurulatih dan kengkawan satu kem yang seramai 300 orang lebih tue kot adalah perkara luar biasa yang pernah saya buat. dan Alhamdulilah saya berjaya buat untuk beberapa sesi. bersyukur dengan kemampuan diri sendiri.  eh eh nie bukan saya nak bangga tau tapi saya nak share macam mana saya yang dulu punya la pemalu dan berat mulut boleh berubah jadi yakin dan banyak mulut. tapi macam entry cerita pasal PLKN je @.@

tapi Alhamdulilah berkat belajar dari situ lah saya menjadi Syakira Yaakub yang sekarang. kekadang sebab berat mulut jugak kita "dipijak" jadi usaha untuk tunjukkan diri awak tak mudah diambil kesempatan. tak mudah 'dimainkan'. usaha untuk nampak yakin kat depan semua orang sebab itu adalah asas untuk masuk ke alam pekerjaan. tapi ingat banyak mulut tak bermakna awak perlu jadi gedik untuk ambil perhatian orang lain.

  dah nak balik time nie, semua pun legam =.=

03 October 2012

Adik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ye saya seorang adik pada dua kakak dan sorang abang kandung dan punya sorang adik secara DNA nya lah kan. adik saya laki. betol la kata orang adik laki dan perempuan nie sangat berbeza rapatnya. saya ingat lagi masa mama mengandungkan adik, saya takmau adik tue saya benci. saya cukup tak suka dengan adik. sampai la bila dah besar kami langsung tak boleh dekat mesti nak gaduh. bukan gaduh biasa. kalau hujungnya takda yang kena pukul tak kena marah dengan mama papa mesti tak sah. bila saya dah mula berhijrah ke sini baru la kami tak bergaduh dah. betul la kata pepatah "dekat bau taik jauh bau bunga" masa dia ke PLKN dulu tiap kali balik ziarah dia kat kem salam cium pipi kiri kanan. perghhh pestime kot nak kiss kiss adik sendiri kihkihkih :p

dari sekolah dulu saya selalu jadi 'kakak' dekat adik-adik junior nie. ingat lagi masa saya jadi AJK tertinggi pengawas pusat sumber satu geng junior tue jadi adik saya. satu geng tue laki. kalau saya yang bagi arahan cepat je diorang ikut. sebab saya kakak yang garang tapi sweet ok. sweet tue penting :p tak ikut kena jeling. jenis saya kalau saya marah saya diam takmau cakap dengan sesapa. time tue baru la nampak semua beransur buat keja macam tikus terserempak kucing. kelakar je bila ingat balik. hihihi. time nak ambik result SPM yang best, semua adik-adik mai kerumun kakak depa nie. alahai rindunya ke adik-adik junior dulu. skang kalau terserempak mana-mana mesti diorang tegur malangnya kakak senior hampa nie tak ingat nama hampa sorang-sorang =.='

dah jadi blogger makin ramai la adik-adik maya saya. adik-adik KBU je dah tak terbilang ramainya. adik-adik blogger yang lain lagi macam Iffah, Noraim antara adik yang agak rapat la jugak dengan saya. seronok jadi kakak nie. bila da pape yang jadi kat diorang lelaju je datang cari saya mengadu itu ini. wahhh terharu akak dik bila akak orang yang pertama awak cari. terasa akak penting pulak dalam hidup awak. perasan ke perasaan je nie? errrrr ...

saya suka jadi tempat adik-adik atau sesape nak berkongsi kesedihan. berkongsi masalah. sedaya upaya saya cuba isi kekosongan tue. sedaya upaya saya jadi telinga yang baik untuk mendengar dan saya jadi bahagia bila kesedihan awak tue beransur pergi. suka jadi tempat untuk awak tumpang bersandar mencari kekuatan. tapi saya tak suka bila dilupakan time awak dalam kesedihan. saya jadi nak marah sebab awak tak cari saya. 

dan yang lagi seronok jadi kakak bila boleh buli adik-adik nie. boleh ngusik depa. kalau yang gegirl mungkin bahasa agak romantik la sikit. tapi kalau dengan spesies laki biasa saya pun jadi kasar sama kang tak pasal saya pulak yang kena buli. hoihhhh mana boleh!!! Alhamdulilah dengan adik-adik ipar pun boleh jadi rapat. saya pernah ada dalam situasi bakal adik ipar tak suka kan saya sungguh-sungguh. Alhamdulilah tak jadi kawen dengan abang dia. bersyukur dikurniakan adik-adik ipar dua orang yang kekadang gelong suka buli kak kira depa nie. grrrrr

Alhamdulilah bersyukur dikurniakan ramai adik-adik. saya bahagia. terima kasih Allah :)



#maaf sue pelik. x mampu jadi kakak awak sebab kita lahir sesama taun naga hihihi :p

02 October 2012

Risau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau dah namanya perempuan. sedikit sebanyak mesti dia akan risau ke kesayangannya kan? contoh paling dekat Ibunda kita sendiri lah. cuba kalau awak sakit walaupun sakit sikit mesti tahap risau dia macam awak tue masuk ICU je kan. tiap kali saya pindah rumah sewa baru mesti mama akan datang nak teman saya tidur kat rumah tue kalau tau masa tue saya keseorangan. tue belum cite bab sakit lagi. tapi dari situ awak tau yang ibunda awak tue sayangkan awak.

dan bila saya dah sayangkan seseorang atau sesuatu hubungan tue. memang saya akan risau kalau jadi pape kat dia. contoh macam adik mushuk saya tue. saya risau kalau ada yang mainkan perasaan dia sebab dia nie jenis lurus sikit kekadang. saya kalau boleh nak siasat sape yang nak ngorat dia sebab saya taknak orang mainkan perasaan dia. kalau dia drive ke mana2 pun saya selalu ingatkan HATI-HATI!!! sebab saya takut orang pape kan dia. saya tak boleh terima.

contoh lagi satu dengan adik saya sorang lagi nie. masa dia cerita pasal PTPTN dia tue saya tersangat la risau. lagi kesal bila saya tak mampu nak tolong dia. seyes sangat risau kalau jadi pape kat study dia tue. hanya doa je yang mampu saya hulur. bab orang nak ngorat dia saya tak risau sangat sebab dia nie susah nak percaya dengan sesape.

jawapan saya senang. sebab saya sayang saya risau. kalau tak risau tue maknanya saya tak sayang. cuma mungkin kekadang perasaan risau saya nie buat orang yang dirisaukan tue menyampah dan rimas. mungkin saya merimaskan awak, saya mintak maaf bukan niat saya nak perhatian awak. tapi saya sayangkan awak. hati saya tak tenteram kalau tak tahu status keselamatan awak contohnya. Iffah kata saya terlampau risau dan jangan over risau. huuuu baiklah mungkin dah tiba masanya untuk saya duduk diam-diam tanpa peduli dan risaukan sesape. maafkan saya awak semua siapa yang terlibat tue.

#tapi yang tak menzahirkan kerisauan bukan bermakna jugak dia tak sayang

01 October 2012

Kistot : Cincin Belah Rotan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



"mama cantik tak yang nie? Ya macam berkenan je" Aku hulur cincin perak yang aku pilih untuk bakal suamiku ke Mama. Mohon pandangan ibunda tercinta.

"cantik mama pun berkenan. size 13 ada tak?" Tanya mama pada tokey kedai emas yang kami kunjungi. 

"u pakai ka?" Auntie yang menjaga kedai tersebut menyoal aku sambil dikerlingnya jari manisku ini. Mungkin pada hematnya size yang kami minta tak sesuai dengan jari kurus ku ini.

"eh tak la untuk bakal suami saya nanti" seringkasnya aku jawab dan menghadiahkan senyuman.

"manyak kecik ma jari hubby u" Bising auntie tersebut sambil cuba mencari size yang kami kehendaki. Sementara menunggu wanita berusia lewat 40-an menyiapkan cincin bersaiz tiga belas itu aku dan mama mencuci mata disekitar kedai.

mata kami tertancap pada barisan cincin belah rotan dihadapan.

"sebelum mama mati mama nak beli cincin belah rotan la satu"

"buat pe ma? kan mama dah banyak cincin? bukan mama pakai pun" aku mengomel sambil mata memerhati barisan rantai tangan disebelah.

"yelah nanti bila mama mati kamu hadiahkan lah cincin belah rotan tue untuk orang yang bersihkan tang sulit-sulit mama tue" aku tersentap. Raut muka bonda tercinta aku amati.

"macam mama dah takde anak-anak pulak nak bersihkan diri mama" Hati aku semakin kecut.

Mama tersenyum.

"Alhamdulilah, takde la mama malu nanti kalau anak mama yang mandikan mama" 

"kalau ditakdirkan kena cebukkan mama time mama hidup nie pun Ya sanggup ma" kata aku cuba meyakinkan mama.

"tak nak la macam tue, kalau boleh mama taknak lah hidup sampai menyusahkan anak-anak huhuhu" aku tergelak je dengan mama.

Itulah kasih Ayahanda dan Bonda. Kecilnya anak ditatang bagai minyak yang penuh namun sedikit pun tak mengharapkan balasan.

Bukankah menjaga bonda dan ayahanda tanggungjawab kami permata hati mereka. Mana mungkin sanggup aku biarkan kedua orang tua ku bersusah payah dan berkecil hati dengan tingkah laku kami adik beradik. Hanya satu yang aku mohon moga Allah Yang Maha Esa teguhkan hati aku dan adik beradikku yang lain untuk berbakti pada kedua orang tua kami tak kira lah semasa hayat mereka masih ada ataupun bila sudah dijemput Ilahi.

*****

TAMAT

Kistot : Kisah Kontot 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...