Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

29 November 2012

Duhai Mama Papa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

mesti sebak bila teringat papa mengusik saya hari tue. Alkisahnya waktu tue saya selsema, suara pun bertukar sengau. call mama tapi papa yang jawab. papa tanya saya kenapa, lepas dia tau saya selsema terus diusik nya dengan suara sengau tue. sabo jela papa nie. tapi saya tau sebenarnya papa rindukan. ditambah bukti balik ipoh ritu papa call tanya kat mama saya tido sana ke tak kalau tak tido dia nak balik awal jumpa anak dia. huwaaaa saya dah menangis ;(

jumaat lepas suami izinkan balik ipoh ambik surat nikah. balik sorang sebab suami kerja, minggu sebelum tue dah cuti kawen tak kan nak ambik cuti lagi kan. saya paham mama papa pun paham. dan suami jugak benarkan tido rumah mama papa semalam sebelum balik penang sabtu besoknya. terima kasih Pakcik Imam sanggup korbankan sehari waktu kita berdua walaupun saya tau cuma weekend je waktu kita nak deting pun, yela PJJ kan jadi suami isteri hujung minggu jela. sebab tue saya hargai sangat bila suami izinkan tido rumah mama papa tanpa kehadiran dia kat sisi. ayat macam mintak orang muntah berbaldi baldi hahaha :p

malam tue saya mengekor jela mana mama pergi. dia ke toilet takde la nak ikut, mau kena kuteyh haluih haluih pulak nanti hihihihi. sampai waktu dia nak tido pun saya ikut masuk bilik sekali. last-last bila mama kata "jom la mama tido dengan kamu" yeayyyyy itu yang saya tunggu tue. cepat-cepat turun katil masuk bilik sendiri. hihihihi peluk mama ketat-ketat malam tue. rindu ;)

malam sebelum tido papa pesan suruh bawakkan deyan kat menantu dia. deyan yang gugur kat laman rumah. semua keja mama la tue tanam pokok deyan kat ruang tanah tepi rumah bila gugur senang nak kutip katanya. papa geleng kepala je mujur la tak dekat dengan rumah kalau tidak mau berlubang atap hihihi.

bila papa kata "nanti bawak balik deyan tue bagi laki kamu" terus saya benti bejalan cakap kat papa "papa kupas la pastu letak dalam tupperware, seal betol-betol letak beg plastik banyak-banyak pastu nanti suh mama masukkan dalam bonet" papa geleng je sebab tau anak dia memang liat nak cemar duli Nurul Iman tue dengan deyan. saya tak boleh bau deyan!! huuuuuu

mama papa diorang memang sayang semua menantu. tapi sekali hati terluka mesti diorang sedih sangat-sangat yela hati orang tua kan cepat terasa tue yang kita kena jaga betol-betol. ala apa la sangat nak jaga hati banding pengorbanan diorang yang jaga bini atau laki awak dari kecik dulu tue. sebab tue saya pesan kat Pakcik Imam, mohon jaga perasaan dan hati mama papa sebaiknya sebab terluka mereka terluka lah saya. dan saya yakin Pakcik Imam saya mampu jaga hal yang satu nie ;) 


28 November 2012

Pesan Ustaz : Enjoy Your Life

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


ada dengar pesan ustaz hari tue, katanya senyum dan Enjoy Your Life. saya sharekan contoh yang dia bagi.

harga gula dah naik, for sure semua pun mengeluh tapi kata si penghidap kencing manis "haaa mujur la aku dah tak boleh minum manis tak payah susah hati gula dah naik" sambil tersenyum dan berlalu pergi.

contoh lagi satu zaman sekarang nie sangat takut kan dengan kes budak bawah umur yang buat maksiat macam makan gula-gula jer. parents yang ada anak tentu-tentu takut kalau anak dia terpalit sama gejala macam tue tapi bagi pasangan yang belum ada anak apa katanya "mujur la Allah tak bagi rezeki lagi takde la aku tak tido malam fikir kemana anak melepak"

itu contoh jela nak memperjelaskan apa yang uztaz cuba sampaikan. kalau hari nie awak dilanda musibah atau ujian jangan susah hati. cuba senyum dan bergembira dengan musibah itu sebab boleh jadi sesuatu yang awak benci itu adalah satu kebahagiaan dari Maha Pencipta untuk awak. sebab awak tatau apa rahsia disebalik rencana Yang Maha Esa tapi cuma satu yang awak perlu ingat, setiap apa yang Dia tentukan tak kan merugikan setiap hambaNya sebab Dia takkan menzalimi cuma diri kita yang selalu menzalimi diri sendiri. 

macam contoh atas diri saya sendiri. dulu pernah disakiti oleh bekas tunang yang pertama. Allah bagi saya rasa kekecewaan tue supaya saya tak mengecewakan insan lain dan Allah bagi saya kesakitan itu untuk digantikan dengan kebahagiaan yang berganda masa kini. dan Alhamdulilah saya bahagia dengan suami dan keluarga mentua. sangat bahagia. syukur Alhamdulilah.

Allah uji dengan satu kesulitan tapi Dia gantikan dengan dua kebahagiaan. wallahualam :) 

27 November 2012

Suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



nampak komen suami terselit-selit kat entry yang lepas-lepas. contohnya macam kat atas tue. tapi saja malas layan. kang sudahnya saya jugak yang kena bahan. jadi baik buat senyap jer. hihi :p

jumaat lepas lepas sementara suami keluar sempat la sembang dengan mama mentua. yang berkisarkan perihal suami. dicerita macam mana susahnya dia menjaga suami dari kecik sampai besar. apa yang selalu dibuat untuk suami. apa yang patut dan tak patut dibagi pada suami. saya dengar, tulis note dalam hati dan simpan kemas-kemas. saya tau itu nasihat untuk saya bukan sesaje mama bercerita.

saya tau jauh di sudut hati mama inginkan saya menjaga suami seperti mana telitinya dia menjaga suami. insyaAllah saya ingat pesan dan nasihat mama. cuma maafkan saya kalau ada yang kadang saya terlepas pandang. saya sedang usaha menyesuaikan diri dengan status baru. Alhamdulilah mama mentua saya sangat baik, dilayan macam anak sendiri. disayang macam anak sendiri. moga kebahagiaan dan tautan kasih antara kami sekeluarga berpanjangan hingga jannah. amin

saya ada dengar pesan ustaz. jangan biarkan suami dalam dilema memilih antara isteri dan ibu. eh bukan bermaksud saya ada masalah dengan mama mentua atau sewaktu dengannya. ini cuma ingatan saya pada diri sendiri. hari tue saya ada baca kat mana ntah soalan dia saya tak ingat tapi jawapan dia saya ingat. kira halal la ek hihihi.

pesan ustaz jangan biarkan suami dalam dilema memilih antara isteri, anak dan ibu sebab itu akan memburukkan perjalanan rumah tangga. isteri dan ibu dua wanita yang penting dalam hidup suami. sebaiknya bantu suami untuk tak berada dipertengahan simpang. sama la jugak dengan suami. jangan biarkan isteri terpaksa memilih antara suami dan ibu sebab keduanya adalah tonggak utama dalam hidup seorang wanita.

insyaAllah saya ingat pesan tue dan cuba usaha sebaik mungkin untuk jadi isteri dan menantu yang baik untuk kesemuanya. mama saya selalu pesan dah jadi bini orang, dok umah mentua jangan bangun lewat sangat, ringan tulang jangan biar mak mentua buat semua kerja, rajin-rajin turun dapur masak bekpes suami, dengar cakap laki jangan nak ikut kepala sendiri jerr. errrrr ape mama nie anak mama nie rajin la bukan malas sangat sikit jerrrr :p

balik kampung ritu lelaju cakap kat mama "rini anak mama buat bekpes kat suami" mama tanya apa yang saya masak "roti telur jer" ingatkan masak nasi lemak ke nasi ayam ke kata mama. mama nie!!!! =.= sobsobsob

kepada Pakcik Imam saya, terima kasih sudi hadir dalam hidup saya. sudi lafazkan ijab dan kabul bernamakan nama saya. sudi coretkan tentang diri saya di laman kesayangan awak tue. terima kasih terima saya seadanya, melayan perangai saya yang kadang senget, yang kadang suka belasah awak, yang melayan perangai manja saya. terima kasih melengkapkan hidup saya. semoga ikatan rumah tangga kita mendapat rahmat dari Allah, segar mewangi di dunia jugak di akhirat hingga ke taman-taman syurga hendakNya. insyaAllah sama-samalah kita usaha baja rumah tangga yang kita bina dengan iman dan taqwa sebab dekat situlah ada keredhaan Allah kan :) saya bukan yang terbaik tapi insyaAllah sedang berusaha menjadi yang lebih baik :)

26 November 2012

Dari Mereka Untuk Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

rasa macam belum habis lagi mood nak bercerita perihal walimah hari tue. aci tak kalau nak cerita pasal walimah sampai taun depan?! wahahahahaha. bila teringat saat sebelum sampainya hari nikah dan walimah. tersangat la bizi sampai tido pun kul dua tiga pagi, terkejar ke sana sini, dengan veil nikah yang lambat sampai, pelamin yang pusing ikut tue tak kena ikut nie tak kena akhirnya Alhamdulilah siap jugak tue pun dah pukul satu. inai tak sempat nak pakai itupun Mas yang sudi berjaga pakaikan inai kat kaki dengan tangan. itu salah satu sebab kenapa inai saya tak merah. pakai pukul 3 subuh dah tanggal.

mama kata dia bersyukur sangat ada Mas, Gksb dengan Iffah yang teman saya kat rumah. yang tolong saya itu ini, kalau tak mau pengsan pengantin time pengantin lakinya sampai. hihihi. kata mama lagi dia suka kawan-kawan saya datang, awak semua la yang datang hari tue. semuanya jenis cepat mesra. kata mama nanti datang la lagi kalau sudi mama sedia menerima anak-anak angkat mama yang ramai tue datang. untungla orang ada anak angkat :p

terharu jugak bila ramai kawan blogger yang sudi mencoretkan serba sikit perjalanan saya dan suami dalam entry mereka. nak baca? tapi maaf lah saya tak ikut susunan sape yang buat entry dulu. main pick up jer.  

adik nie dia eksiden masa on the way nak mai kenduri kami. sangat terkilannya rasa. sempat jugak mintak maaf dengan parents dia ritu. kata parentsnya jangan cakap macam tue benda dah nak jadi kita nak buat macam mana lagi. huuu semoga adik kami tue cepat sihatlah hendakNya. terok jugak ritu tengok dia. #Salam Pengantin Baru

lepas belek entry adik saya tue baru tau rupanya ada dilema sebelum dia nak datang walimah saya. antara keluarga dan kakak. antara vacation dan walimah. huuu bersalahnya rasa bila buat adik saya tersepit. kenapa tak cerita kat akak dik oihhhhh ;( sayang awak dik #Hanya Demi Mereka

sedih la jugak bila adik sayang saya lagi sorang nie tak dapat datang. parents dia tak bagi, saya pun susah hati nak lepaskan dia naik bus sorang-sorang dari kelantan tue. mesej dengan dia sedih je adik tue. akak pun sedih dik tapi sehebat mana perancangan kita hebat lagi perancangan yang Allah aturkan. insyaAllah walau awak tak dapat hadir hari bahagia akak tapi akak yakin awak dapat rasa kebahagiaan yang hadir dalam diri akak kan ;) #Selamat Pengantin  Baru

seyes teruja bila nampak blogger nie datang kenduri saya. pestime jumpa dia dan akhirnya gelaran blogger pertama kawen yang dia datang dapat kat saya. cehhh macam apa je kan perangai =.= ayat pertama yang kuar dari bibir saya "wehhh tingginya ko, aku ingat rendah je" hahahaha seyes memang apa yang diucap itulah yang difikir :p #Pronouns

rasanya dalam bebanyak sahabat. dia nie lah antara yang paling eksaited dengan walimah saya. ke saya je yang perasan? =.= walaupun jauh tapi sanggup dia bersusah payah demi saya. sanggup menelan perasaan sakit hati dengan perangai saya yang banyak karenah nie huuu. yang rajin buat video kat kami berdua. sayang ampa ketat ketat tau #Coret Coret Sepanjang Majlis dan #Video Wedding Nadh dan Kiera

akak sorang nie dia tak dapat datang sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. dan lagi satu mesti dia berbelah bahagi nak attend kenduri mana satu sebab tengok pada entry dia nie ramai sangat yang jemput dia ke kenduri. takpe kak, saya paham. pape pun terima kasih sudi mendoakan dari jauh :) #Barakallahulakum

awal lagi sahabat nie dah mesej saya tanya ada pape ke nak tolong sebab rumah kitorang dekat je tapi saya nie jenis selagi mampu tak sanggup susahkan orang sebab tue saya kata "ko datang hari akad dengan kenduri je" dan dua hari dia sudi datang bawak si peneman. yang saya harap nanti saya dijemput ke kenduri mereka jugak kalau Allah mengizinkan ikatan antara mereka :) #Semoga Kekal Hingga Jannah

saya tempah bunga pahar kat mak kakak sorang nie. sempat lagi tue dia pekena mee kari sebelum datang kenduri ahad tue. hihi. terharu la jugak dia sanggup berkejar ke ipoh walau sabtu tue ada kenduri yang dijemput. mekasih ye kak :) #Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

sungguh tak sangka jugak adik sorang nie sanggup mai kenduri kakak dengan abang dia. nie mesti plan mengejut dengan Munet sebab hari sebelum-sebelum tue depa kata takde transport nak datang. sedar-sedar diorang gitau kata nak naik bus hari sabtu. Alhamdulilah selamat sampai. terima kasih adik-adik sanggup bersusah payah demi akak. #Perutusan Untuk Raja Sehari, Permulaan dan #Perutusan Raja Sehari, Mejelis

adik sorang nie pun tak dapat datang pasal dia kena kerja hari tue. takpe la dik. nak buat guane kan. doa pun akak dah hargai, terima kasih :) #Selamat Pengantin Baru Nadzri dan Syakira

okeh yang saya senaraikan tue yang buat entry maka kerana saya hargai saya selitkan di entry baru saya nie. mana la tau ada antara awak yang nak baca versi lain pulak boleh la jejak entry mereka yang saya tinggalkan link tue :)

terima kasih pada semua yang sudi hadirkan entry untuk kami, yang mendoakan, yang datang ipoh, yang berkampung kat sana, yang segala-galanya lah terima kasih sekali lagi, hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian semua.

#Sila tinggalkan link anda dibawah kiranya ada entry awak yang saya terlepas pandang :)  



25 November 2012

Kerana dia yang terindah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

disebabkan hari nie ahad, bukan la tak biasa keja ari ahad. 3 taun dah pun tapi hari nie sebab tengok suami sakan lena kat sebelah saya dah kena bangun nak pegi keja rasa macam nak cucuk je mata dia tak bagi tido sebab dengki. hahaha :p

boleh tak nak cerita pasal kawen lagi? boleh la ek kasi peluang la ek, jangan cemuih tau!! hahahahaha :p entry nie nak bergambar je boleh tak? sebab dalam banyak-banyak gambar yang di shoot oleh adik ipar ada beberapa keping yang saya suka sangat. yang lain tue suka jugak tapi boleh beza tak suka jugak dengan suka sangat? tak paham? ok abaikan :p


tunjuk kat mama gambar nie kata mama "kasarnya bini dia ye long" sambil jeling-jeling along kat belakang. haaa la kena buli dengan suami mau tak saya hambuger kan muka dia :p ayat hambuger dapat dari Kak Sunah hihihi :p


adik suruh sembang. tapi bila sembang mesti suami suka kacau buat gelak. bila dah gelak jadilah muka pelik =.=


haaaa nampak tak bunga yang berterabur tue. hasil dari campak sejambak tue tapi takdan nak sambut hasilnya berderai jatuh bawah. berapa kali kena campak sebab adik komplen kata tangan tak sama, mata tak pandang tempat sama, kepala tak sama. baling adik kang haaaaaaa!!! :p


bila dah berderai. suami kumpul kelopak tue dia buat love. auchhhh suwit jugak suami saya nie. confirm kembang hidung dia kena puji nie. wahahahaha :p nak tau tak sanggul saya melekat kat rumput-rumput tue jenuh adik ipar lagi sorang nak angkat kepala kakak dia =.=


speechless tak reti nak bagitau kenapa suka gambar nie. yang pentingnya suka. ok tue je nak bagitau :p


lepas je lepaskan pelukan memasing mata sembab. huwaaaa sangat tacing kot masa nie. sape yang ada dalam majlis tue mesti tau macam mana cenggengnya saya masa tue. cenggeng tue Iffah yang kasi sebab kakak dia dok nangis je hari tue hihihi :p


entah la kenapa suka sangat gambar nie. mungkin tengok muka sendiri chubby sangat. boleh tak nak kata bahagia sebab ada kesayangan kat sebelah? confirm korang muntah kan? hahahaha :p


ok kasi pose romantik sikit. errrr romantik ke nie? :p nak bagitau satu rahsia. saya nie bukan reti berjalan dengan high heels. time nak bergambar je ada kasut kat kaki. lepas tue tinggal kasut tue jalan dengan kasut bata saya sendiri. puas hati kalau tak jenuh nak kemut kaki sebab tak reti jalan =.=


dia lah sahabat, teman, kawan, kekasih, tunang, suami dan yang pasti dia lah kesayangan saya dunia akhirat dengan izinNya ;) terima kasih sudi terima pilihan yang dipilihkan untuk awak. walaupun kadang saya macam senget sikit perangainya tapi saya tau awak tak kisah sebab awak pun kadang lebih senget dari saya :p


ini gambar dari sahabat saya Cik GKSB. suka gambar nie. tapi sayangnya gambar masa hari nikah tak banyak sangat. huuu itulah sape suh kejanya nangis je hari tue!!! padan muka kat diri sendiri.

sebenarnya kan ada banyak lagi cerita kawen yang tak habis cerita. tapi nanti-nantilah kalau rajin nak bercerita :p nak lebih gambar lain sila ke akaun pesbuk saya. sekian terima kasih :)

22 November 2012

Bila Dah Kawen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

terima kasih pada semua yang wish dan mendoakan pada entry yang lepas. saya hargainya terima kasih sangat :) saya heran betol bila ramai yang mai datang cakap kat saya "buah baru lagi wangi la, tunggu lama sikit"

tau tak apa maksud dorang? maksudnya sekarang nie saya di awal perkahwinan, masih dalam mood bulan madu sebab tue tengok hp pun senyum. tengok gambar pun nanges sebab rindu. kata dorang "alah baru lagi memang macam tue nanti dah lama-lama tak jadi apa dah"

saya senyum je malas nak buang air liur bertekak dengan orang macam tue tapi cepat-cepat doa dalam hati biarlah wangi dan indahnya ikatan perkahwinan saya hari ini dan semalam berpanjangan hingga ke syurga. confress dengan Jusiza, betol jugak kata dia "dah tue ampa yang kata dah lama tak wangi tue maknanya rumah tangga ampa skang nie dah tak indah macam baru kawen ritu la ye?" kan? setuju tak apa yang dia kata. saya setuju.

bangun dah ubahlah mind set tue. setiap kata yang keluar dari hati dan bibir adalah satu doa. apa salahnya kalau doakan yang baik untuk kengkawan ini tak ada pulak ada kata macam tue. sebelum kawen disogokkan dengan banyaknya masalah dalam rumah tangga. dah kawen dihidangkan pulak dengan cerita yang menakutkan. dah ada anak pulak nanti sibuk dok cucuk itu ini. nasihat boleh tapi bukan meletakkan keputusan dan sebeban masalah lain pada si empunya diri.

sebab apa ramai budak muda takut nak mendirikan rumah tangga? sebab ditakutkan dengan pelbagai masalah rumah tangga yang membebankan. sebab apa banyak masalah tak dapat diketahui punca sebab ramai yang tolong buat keputusan, sebab apa banyak kes cerai yang berlaku salah satunya kerana doa dari mereka yang sekeliling kita.

bukan saya menolakkan hukum takdir Allah. tak sama sekali. tapi lupakah kita yang takdir kita boleh diubah melainkan ajal. kalau tidak tak kan Dia sebut "Aku takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri" jadi ubah cara bercakap dan berfikir. doakan yang baik, dedua dapat kebaikan kalau diizinkanNya. yang disana dapat rahmat Allah yang kita pun dapat rahmat Allah dengan beroleh pahala. wallahualam. 

lagi satu soklan yang paling benci saya nak dengar sekarang nie "dah ke belum?" paham paham jela bagi yang dah bernikah nie. jawapan saya "hal rumahtangga bukan boleh dijaja merata, tak kan nak cerita hal bilik tidur kat semua orang" lepas tue pakat semua orang buat muka kerang. sungguh meluat!!!!!


rini khamis boleh balik jumpa suami yeaayyyyy :p semoga indahnya hari kami, kukuhnya ikatan ini berpanjangan hingga ke syurga Amin. saya sayang suami saya dunia akhirat. #LapAyaqMata 

21 November 2012

Satu Perjalanan #29 versi Sahabat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semput jugak nak balas kunjungan kengkawan tue pun ada jugak yang belum sampai lagi.. wuuuu insyaAllah saya akan balas kunjungan awak semua satu persatu insyaAllah dengan tulang empat kerat saya ini :p

mulanya saya ingat takde ramai kawan saya yang hadir memeriahkan walimah saya. tapi bila Allah hadirkan ramai kengkawan dan sahabat saya hari tue memang rasa cukup terharu. sampai saya cakap dengan Mas, saya ingatkan takde sape nak mai kenduri saya pastu dia kata "orang kata kalau kita nak tengok orang tue ramai kawan atau tak tengok time dia kawen dengan dia meninggal" saya terharu terima kasih pada semua yang sudi datang dari jauh. mana yang tak dapat datang tue saya tau awak semua turut mendoakan saya dan suami terima kasih sangat saya hargai semua tue. hanya Allah yang mampu membalas jasa awak semua. semoga rahmat Allah sentiasa memagari awak semua Amin.


Khamis malam Mastora sampai dari Alor Setar. naik bus dan saya pick up dia dekat Medan Gopeng ditemani mama dan papa. terharu sungguh la dengan sahabat sorang nie sanggup datang awal dan bersusah demi saya. seyes terharu ;( dia la yang banyak tolong saya. tolong saya pasang pelamin, tolong letakkan inai dekat jari dengan kaki, tolong macam-macam yang sampai saya tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan saya nak berterima kasih kat dia. satu yang saya doa moga dipermudahkan segala urusan awak Mas. Mastora yang memakai jubah pink itu :)

Jumaat masa tengah siapkan pelamin dengan Mas, Cik Gksb msej kata dia dah sampai ke Medan Gopeng cepat-cepat tinggalkan kerja dan terus pick up dia kat sana ditemani Mastora tadi. macam-macam kejadian sebelum jumpa Cik Gksb nie nak tau details pasal perjalanan dia masa walimah saya baca kat entry dia kat sini. sangat terharu jugak dengan sahabat sorang nie dia naik bas dari KL terus shoot mai Ipoh. memang dah lama dia bagitau kata dia nak datang naik bas saya boleh kan je. sape la tak sudi bila sahabat nak mai meneman kita kan. dia lah yang mekap saya masa hari akad sabtu tue kalau saya tau dia pandai mekap tak payah saya susah-susah upah mak andam mekapkan. dia mekap lagi cantik. seyes!! dia jugak la yang ingatkan saya makan tiga suap nasi sebelum mekap hari kenduri nanti pengsan. huuu kena paksa makan sebab masa tue mak andam dah mai. terima kasih sahabat banyak membantu dan menjaga kami sepanjang hari berlangsung semoga perjalanan ampa dengan abam janggut dipermudahNya Amin. ;) Cik Gksb itu yang memakai tudung kaler pepel.

sabtu masa akad Iffah, Hanie dan kawan Hanie sampai ke rumah saya. Hanie tak lama pun lepas je akad tengahari tue terus sepupu saya dengan Iffah anta dia ke Medan Gopeng sayangnya tak dapat sembang lama-lama kan. gambar pun tak sempat ambik sama huuuu. mekasih ye Hanie sudi jugak mai kenduri kami susah-susah tue. kalau adik sayang saya si Iffah tue tak mai sentap la jugak huuuuu mana boleh kakak kawen tanpa adik-adik di sisi. dah la Noraim tak dapat mai kalau dia pun tak mai sedih la saya wuuu. terharu jugak la dengan bersusah payah dia datang. masa ahad tue kalau dia balik sorang sumpah saya risau nasib la Along drive kan Maya dia tue ada jugak la teman dia nak balik jauh.tak banyak hari dengan dia, tapi cukup nak melepaskan rindu lama tak berjumpa. Iffah yang berbaju merah itu.

dorang bertiga la yang meneman saya sepanjang hari kat rumah. tidur dalam bilik sesama. bergaduh bergurau baling-baling bantal. saya rindukan saat tue ;( sahabat yang boleh dibawak bergurau walaupun kadang terlebih limit bergurau nya. saya sayangkan mereka semua. terima kasih sangat sudi meneman saya.

oh ye gambar yang keempat itu kakak saya. Kak Elly sangat terharu sebab saya tau hari yang sama dengan kenduri saya, kenduri pakcik dia. tapi sanggup jugak dia mai kenduri saya dan suami. sungguh saya speechless dan hargai sangat. terima kasih kak atas kesudian tue. 


apa pun sebelum saya sambung entry nie mohon maaf kalau ada yang datang tapi saya tak sebut nama. saya ingat sape yang datang tapi ada nama yang saya tak ingat terutama nya geng BP (Blogger Perak) saya mintak maaf sangat tapi seyes saya sangat terharu dan berterima kasih awak semua sudi datang walaupun kita tak rapat sangat. saya hargai sangat.


Kay_Are dan adik-adik, Norainsyah, Che Ain, Fadil, Abg Reez, Reena, Along Yusoff, Pakcu, Ruzz, Kak Adish Shida, Kak Shida Anwar, Munet, Miko, Onie dan kawan, Anith, Aimaa, Naim, Kak Elly dan adik, Cik Gksb, Mas, Iffah, Atin, Aien sudu plastik, Saddam dan isteri, Nur Lina, Naqiah, Syukri Roslee, bebudak BP, Bebudak KBU, bebudak GMG, bebudak kawan belog saya semuanya saya nak ucapkan terima kasih atas kesudian awak semua menghadirkan diri. untuk nama yang saya tak sebut jangan ambik hati ye, saya hargai sangat kesudian awak semua melapangkan masa untuk saya dan suami.


yang mai naik bus, yang mai naik kereta, yang mai naik moto sampai eksiden, Zul, yang walau apa jugak cara awak datang sungguh saya dengan suami sangat hargai kehadiran awak semua. sungguh kami terharu dan speechless hanya doa yang mampu kami ganti dengan kesudian awak semua. terima kasih sangat.


ada yang datang dari Kedah, Penang, Terengganu, Perak, Kl dan dari serata tempat yang jauh yang dekat macam la saya tak nanges bila nak lepaskan semuanya balik. saya terlalu gembira dengan kasih sayang awak semua sebab tue air mata sangat murah turun. semua kesayangan yang terlalu lama tak berjumpa bila sekali jumpa memang riuh rendah teratak bonda saya tue dengan gelagat dorang. sungguh saya bahagia dengan awak semua.


ada video yang dorang titipkan buat saya dan suami. nak tengok klik sini dan sini. bergegar rumah tue bila dorang pakat semua menjerit nasib la rumah kampung kalau rumah taman confirm orang kiri kanan menjeling hihihihi. terima kasih atas doa kalian ;) terima kasih pada yang sudi buat entry untuk kami berdua, saya hargainya tapi nak copy masuk dlm nie kena ambik masa nak cari balik. insyaAllah saya akan link kan ke entry saya nanti ;)


kiri Che Ain dan kanan osmate saya Khairatol Aini. tak sempat nak sembang lama dengan dorang sebab masa tue kalut dengan siap, pengantin laki nak mai lagi huuu.. mekasih ye sayang-sayang sudi jugak datang. terharu lagi ;(


pengapit yang tersepit kata mereka. hihihi macam-macam sungguh depa nie. terharu dengan Naim sebab sanggup jadi pengapit kenduri kitorang berdua walaupun hari yang sama ada kenduri kawan dia. terima kasih Naim kami hargai sangat. kelakar je sembang dengan punya nebes dia nak jadi pengapit habis dia tanya itu ini. bila ingat mesti nak gelak hihihihi :p terima kasih jugak pada Mas yang melayan kerenah saya itu ini. dia bukan saja pengapit malah segalanya untuk hari bahagia saya tempoh hari. terima kasih Mas :)


ini kesayangan saya yang datang dari Kedah, Perak dan Selangor. sungguh terharu kakak-kakak saya sudi datang meraikan majlis adik dorang nie. Kak Elly, Abang Faizal, Dina, Kak Yan, Pakcik Zubir, Adief, Kak Ana, Abang Sofie, Syafiq, Syamil, Kak Iffah, Amar, Mamu, kawan-kawan ofis yang datang dari kedah terima kasih kerana sudi jugak sampai ke rumah saya walaupun ramai yang sesat baca peta huuu.. terima kasih hanya doa yang mampu saya balas untuk kesudian kalian. kata Kak Elly "sonok pi kenduri ko sebab rasa kitorang dihargai bila mama ko sambut kitorang sungguh-sungguh" saya terharu ;)


juga terima kasih buat sahabat sekolah juga sahabat teman kerja lama yang sudi menghadirkan diri di walimah saya. sangat terharu bila sungguh ramai yang datang. terima kasih. sedang menunggu gambar dari kawan sekolah nak hupdate kat dalam nie ;)

akhir kata. saya mohon maaf andai ada kekurangan dari pihak saya suami dan keluarga. kalau ada yang tak dapat goodies ke saya mintak maaf. keterlanjuran saya dan kekurangan saya mohon maaf tersangat. hanya Allah yang tau macam mana gembiranya hati saya bila melihat ramai kesayangan yang hadir depan mata meraikan hari bahagia saya dengan suami. mohon maaf ada nama yang tak terselit saya tak ingat huuuu maafkan saya ye. jangan ambik hati ye sayang-sayang semua. terima kasih sekali lagi sudi datang meraikan. yang meraikan dari jauh jugak saya tak lupakan terima kasih sekali lagi. hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian. moga rahmat Allah sentiasa memayungi kalian semua. terima kasih :)

#kredit pada semua pemilik gambar

#maaf kalau ada typo ;)

20 November 2012

Satu Perjalanan #28 versi Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

arghhhhh gerun bila Okje dah mula bebel mana entry kawen. kawan-kawan pun ramai yang dah tanya. suami pun kata "tue kawan awak dah tanya mana entry kawen" hihihihi maaflah. tak sempat update entry la. tapi saya tak janji kalau dalam masa seminggu nie awak semua muntah hijau dengan berderet entry Satu Perjalanan saya. 

sebenarnya tatau nak mula dengan yang mana satu. saya mulakan dengan hari akad dan walimah lah ye. itu sebahagian ada lagi yang insyaAllah akan saya kongsikan nanti. dan nak jugak buat entry penghargaan kawan-kawan yang sudi memeriahkan majlis tapi insyaAllah besok entrynya. janji ek korang tak kan muntah? hihihihi


Alhamdulilah tepat jam 12.04pm dengan sekali lafaz saya sah bergelar isteri pada Nadzri bin Azlan. Allah hadirkan perasaan nebes yang teramat sangat. tak caya tanya kawan-kawan yang ada sekali dengan saya masa tue. depa tau macam mana nebesnya saya. syukur Ya Allah perjalanan kami dipermudah. menjadi seorang isteri pada seorang lelaki yang saya sayangi, seorang lelaki yang saban waktu berdoa moga diizinkan menjadi bidadarinya di dunia juga disyurga hendakNya. 


sebelah kiri mama mentua saya, disebelah kanan mama kandung saya. sebaknya bila dipeluk dan memeluk mereka yang saya sayangi. pesan mama jadi isteri solehah. utamakan suami. taat pada suami. jaga suami lek lok. jangan manja lagi. ;(


yang saya peluk itu papa saya. sebaknya terasa bila papa jugak peluk erat saya. walau takde air mata papa yang turun tapi saya perasan mata dia yang merah. papa mama ya tetap anak mama papa walau sekarang ya dah bersuami. ya tetap nak manja dengan mama papa ;(


awal tue papa pakai shirt biasa jer. sebab hari sabtu akadnya, ahad nanti baru walimah tapi bila paksa nak jugak tangkap gambar dengan mama papa. papa cepat-cepat masuk bilik. kata papa "papa nak jugak pakai baju elok-elok hensem-hensem" hihihihi


semoga saya mampu menjadi menantu yang baik juga kakak ipar yang baik buat keluarga mentua saya. bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang sangat baik, menerima apa adanya saya dan menyayangi saya sebaiknya. moga kasih sayang ini berpanjangan hingga syurga. Amin


muka orang banyak sebek. kadang meluat jugak tengok gambar sendiri. gambar tue nanges gambar nie nanges. cakap kat diri sendiri takde menda lain ke nak buat selain nanges? hihihi.. pape pun saya nak berterima kasih pada semua yang sudi hadir, maafkan kalau ada pape kekurangan dari pihak saya, suami dan keluarga. maafkan andai ada tersalah bahasa tersilap bicara. maafkan kekurangan saya. mekap ditaja oleh Cik Gksb. cantik dia mekap walaupun sepanjang proses mekap banyak onak dan ranjau yang terpaksa dilaluinya hahahahaha :p


alamak entry walimah tak dapat sambung kat sini lah. boleh tak sambung nanti? gambar tak sempat nak convert lagi. nanti saya update sampai korang muntah nak tengok ek. hihihihi.. mekasih tau sudi gak mai gegar belog saya sebab lama sangat bercuti hihihihi.. terima kasih bagi yang sudi mendoakan kami walau dari jauh atau dekat. amat saya hargai.


dah tayang gambar sikit-sikit cukup. simpan untuk next entry pulak. hew hew hew :p sat tau saya jalan pelan-pelan ke belog awak semua. kalau tak ziarah rini insyaAllah besok atau lusa tapi yang pasti mesti sampai jugak dengan izinNya ;)

Eh dah jadi isteri Nadzri lah. macam tak caye jer. itulah yang saya selalu sebut kat suami. dia senyum je hihihihi.. 

06 November 2012

Satu Perjalanan #27 versi Beberapa Hari Sebelum Akad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

mungkin entry nie akan jadi entry basi kalau besok lusa dan hari seterusnya awak akan tetap melihat dia bersawang tanpa entry yang baru. petang nie insyaAllah saya dah mula bergerak ke ipoh untuk menuju ke satu perjalanan saya yang dah lama ditunggu ;) yela nak update belog cam mana kan. saya bukan ada tenet. kalau saya rajin upgrade selkom nie jadi tenet bergerak nanti insyaAllah ada la saya kat sini. hihihihi :p

kalau tanya saya apa perasaan nak kawen nie. tak tergambar perasaannya. indah, seronok, tak sabar, berdebar, sebak semua bercampur jadi satu. ini masa yang saya dan pakcik imam tunggu. setahun tujuh bulan kami menunggu saat ijab dan kabul. boleh bayangkan tak bagaimana terseksanya menahan rasa sayang cinta dan rindu untuk seorang lelaki? menahan semua tue kerana dia belum menjadi yang halal. sungguh perit tapi ia satu perasaan yang indah. saya tak bermaksud nak berbangga diri kerana ada kalanya saya jugak tumpas. saya manusia biasa T.T yang tak lari dari membuat kesilapan. ampuni saya Ya Allah ;(

ok berbalik pada perasaan. sungguh yang pertama saya bersyukur sangat yang  Allah permudahkan jalan kami, Allah permudahkan jodoh saya, jodoh yang tak perlu menanti masa yang lama untuk ditautkan. walau awalnya ada konflik yang perlu dilalui. tapi berkat kasih sayangNya kami bakal disatukan 10 November nie insyaAllah.

tentu jugak saya seronok, bahagia kerana bila bermulanya ijab dan kabul saya punya jalan untuk lebih mencari redha Allah. kata ustazah jalankan tanggungjawab  seorang isteri kerana Allah. dua pahala yang kita dapat contohnya kerana membuat satu kerana Allah, keduanya kerana suami itu adalah syurga saya. sungguh saya bahagia kerana insyaAllah nantinya saya punya tempat untuk bersandar dan bercerita segala hal. menumpang bahu dan dada, bahagia kerana kami sama-sama dapat menyempurnakan sebahagian agama yang selebihnya perlu kami taburi dengan taqwa. insyaAllah banyak perancangan yang di buat untuk membaja rumah tangga menjadi rumah tangga yang mewangi di sisi Allah. moga dipermudahNya amin.

sebak kerana saya bakal dilepaskan ke tanggungjawab seorang suami dari tangan papa yang selama nie mendidik dan menjaga saya. dari seorang yang manja diriba mama papa dilepaskan pada suami yang di amanah untuk menyambung mendidik saya. tentunya saya sebak kerana 24 tahun saya membesar dan bermain di hadapan mereka. dan tentunya saya sebak bercampur bahagia kerana ketika itu saya punya dua keluarga yang terlalu menyayangi saya. keluarga kandung jugak keluarga mentua. jika tidak kerana kasih sayang yang dijatuhkan dari Ilahi untuk mereka semua pasti saya tak kan merasa disayangi seperti ini. Allahuakbar sebaknya perasaan tatau nak digambarkan.

risau tue tetap risau. banyak yang saya risaukan. risau kalau nanti tetamu saya ada yang tak sempat jamah makanan. macam kenduri kawan saya. pukul 2 catering dah mula kemas sebab makanan dah habis. tapi insyaAllah cukup kot kan sebab kitorang masak sendiri. rewang. moga segalanya berjalan lancar lah hendaknya amin.

haaa nampak tak macam perasaan bakal pengantin yang macam-macam perasaan bercampur aduk. tapi selalu saya pesan kat diri sendiri jangan stress!! nanti jerawat timbul. Eh!! hihihi. betul la jerawat tue wujud salah satu sebab stress. tau tak dalam seminggu nie balik keja je usung hadiah. Alhamdulilah murah rezeki tak mintak pun tapi dah rezeki kan tak kan kita nak tolak hihihi tapi alangkah bahagianya kalau besday pun dapat hadiah banyak macam wedding kan? hikhikhik :p 

    
Ya Allah Ya Tuhanku, dengan kasih sayangMu, Engkau perancang terhebat, saya mohon padaMu Ya Allah permudahkan lorong jodoh buat semua sahabat juga rakan saya. sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui siapa dan apa yang terbaik untuk mereka, Kau permudahkanlah ia Ya Allah. izinkanlah hujung nafas mereka disisi suami/isteri yang mengajar mereka mengingati namaMu. izinkanlah mereka membaja rumah tangga yang mekar mewangi di sisiMu. sungguh saya berdoa moga Engkau izinkan mereka merasai seperti mana pinjaman perasaan saya ketika ini. Amin ya rabbal alamin 

05 November 2012

Nurul Iman, kemain lagi awak kan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


haaa tengok tue Nurul Iman masuk bengkel lagi =.= kemain dia dalam orang kalut nak prepare walimah dia pun kalut la nak tukar itu ini. tak mengeluh, jauh sekali merungut sebab tau dia dah banyak berjasa dan menjadi keperluan dan kawan baik saya kat sini. itu yang bawak jugak dia service itu ini. kang kalau biar sakit sikit tue jadi penyakit berjangkit pulak jenuh.

minyak hitam sebenarnya awal oktober ritu dah kena ganti tapi sebab orang service tue kata boleh pegi 1000k lebih makanya kita lex luu tunggu cukup seribu lagi hikhikhik. jumaat lepas tukar la minyak hitam dia kang jammed pulak nak balik kampung @.@ lepas tukar tue. budak tue kata nanti buat cross tayar..

cross tayar tue apa? saya tanya dia. yela mana saya tau kan. dah tatau tue tanya la tak kan nak buat pandai pegi angguk angguk geleng geleng pulak. hihihi. rupanya tayar depan dah botak sikit, oh yang tue saya dah lama perasan tapi tunggu la nanti kewangan mencukupi baru boleh tukar. sesak nafas la saya kalau semua nak tukar sekali @.@ cross tayar tue tayar depan tukar belakang dan belakang bawak pi depan. haaa gitu la budak tue terangkan kat saya. 

sebab perasaan risau lebih banyak sekarang nie, plus musim hujan makanya sabtu lepas saya cross je jugak tayar saya tue. homaiii kata 15 minit tapi lama pulak makan sejam jugak kot sebab budak first yang buat tue tak elok. senior dia pegi test tayar gelong kena bukak balik hukhukhuk. nasib la situ ada wifi ada ekon. Pakcik Imam tanya bengkel mana yang saya pegi ada wifi segala nie.


tue saya service Nurul Iman kat abang gemok badan ketul ketul nie. seyes dah lama saya adore dengan dia. hari-hari lalu pegi keja hari-hari la usya dia bagi flying kiss sikit hahahahaha :p service dia buat masa sekarang memuaskan hati. puas hati la bayar lebih sikit pun janji Nurul Iman saya ok, layanan diorang pun ok, tempat kita menunggu pun selesa kan. yela nak dilayan bagus kena la bayaran pun bagus kan. bukan untuk orang lain pun untuk diri sendiri jugak. keperluan jugak. ekceli takde la mahal sangat pun. biasa je pun. masih mampu dibayar oleh saya. hihihihi

mesti ada yang tanya kenapa tak service kat perodua je. tau tak kat perodua tue service dia mahal. padahal sama je macam kita service kat luar. bila Nurul Iman sakit ritu lagi saya serik nak service kat situ. yela saya kan gegel mana tau sangat nak tengok keja diorang buat tue ok ke tak. lagi satu perodua takde wifi!! hahahahaha :p

mesti ada yang kata, alaaa bagi jela tunang pergi service kan Nurul Iman. tunang kan ada boleh tolong tengokkan. boleh je kalau nak kasi kat tunang saya service tapi saya spesies yang tak suka bermanja tak bertempat. selagi saya boleh buat sendiri saya lebih suka berdikari. bila berdikari apa yang kita tatau pun boleh jadi tau. hoiiii ilmu tue. saya tak nak bergantung sangat kat dia sebab saya tau dia pinjaman Allah bila-bila masa Allah boleh tarik balik, nanti kalau saya terlalu bergantung kat dia, bila masa tue tiba boleh bayang tak macam mana teroknya saya saat tue terjatuh? dan itu jugak nasihat tunang saya saat awal kami kenal dulu. 

"jangan terlalu bergantung dengan saya sebab saya tak nak nanti awak terok bila saya dah takde sebab saya nie pinjaman Allah je. bila-bila masa dia boleh ambik saya dari awak" 

04 November 2012

Kerana Mereka Yang Sentiasa Segar Mewangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

terima kasih pada semua yang mendoakan mama saya. terima kasih terharu sangat ;( tak bape hari je lagi nak jadi isteri orang. eh tak nak cerita pasal tue la rini nak cerita pasal sakura mewangi yang selalu mai melawat saya kat sini.. 


ok itu antara bukti. rasa hari nie nak review sorang satu. maaf kalau ada khilaf bagi yang berkenaan dan maaf juga kalau ada yang terlepas pandang. kita mula dengan yang tersenarai kat atas nie dulu la ek ;)


mamat yang sesuka hati kata saya peniru number satu dia. tapi memang selalu macam tue pun :p rasa macam dah lama gila kenal dengan dia. siap boleh berkelai macam-macam kat ruangan entry ruangan komen. entry dia walaupun selalu panjang tak hengat tapi tetap baca sampai habis sebab utama bizi bodi nak tau apa jadi kat dia. okeh tue hakikat pertama!! :p cuba pegi stalk entry lama dia. entry peribadi lahir dari hati sanubari yang ikhlas. hahahahahaha :p besa la kan rata-rata blogger kalau pestime create belog mesti cerita pasal peribadi direct dari hati ke belog. sama la saya pun :p


kenal dengan adik saya nie dari Pakcik Imam sebenarnya. ingat lagi dia takut nak add kat pesbuk sebab segan saya tunang jiran belog dia. hihihi kelakar jela budak sorang nie. rapat dari hari ke hari. sungguh saya sayang sangat kat adik sorang nie. selalu risau kalau jadi pape kat dia. sangat bangga dengan semangat dia melawan sakit tangan dia ritu. mendoakan sangat yang akan ada seseorang yang mampu menjaga dan melindungi adik saya nie satu hari nanti. moga Allah perkenankan doa saya Amin.


adik sayang sorang nie kenal dari bw rasanya. rasanya dia dulu yang ke entry saya. terharu sebab adik saya nie bukan mudah nak percaya kat sesape tapi dengan saya dia boleh cerita apa saja. adik, akak terharu sangat dengan kepercayaan yang awak bagi sobsobsob. mendoakan yang satu hari nanti saya boleh jumpa dia face to face, boleh peluk dia ketat-ketat. sungguh dik, akak tingin nak jumpa awak. insyaAllah raya cina nanti kalau ada kesempatan akak cari awak ye. katanya rumah dia dekat dengan pemain bola red warriors. kalau saya pun cuci mata hari-hari Ehh :p


dengan dia nie. kitorang kawan dari sekolah lagi. form four dan form five dalam kelas yang sama. dulunya kami tak la rapat sangat sebab saya nie masa sekolah pendiam sikit skang je tak reti dok diam =.= bila kawan sekolah yang diupgrade menjadi kawan belog rasa dia memang sangat best. tak reti nak explain. kalau awak nak rasa perasaan best tue cam mana. suruh la salah sorang kawan sekolah awak buat belog!!! :p mendoakan agar segala urusan yang merisaukan hatinya dipermudah Allah Amin


haaaa hat sorang nie kawan blogger jugak. walaupun kenal tak bape bulan tapi rasa macam dah rapat sangat. siap boleh lawan-lawan membuli lagi. kalau hari-hari ke entry dia mesti rasa nak pulas telinga dia kekuat sebab geram!! yela kadang dia buat saya sakit perot gelak kat dia. kadang rasa macam "laaaa dah beso panjang pun boleh nak potosut conteng-conteng mata bagai??" seyes rasanya kalau saya dapat jumpa dia mesti boleh terjerit-jerit teruja!! katanya nak mai kenduri. ok saya tunggu. tapi satu je yang pelik. kenapa Sue Pelik? haaaa jawab-jawab.


yang nie pulak sis macam-macam ada. pegi la belog dia. macam-macam entry boleh dapat. petua, cerita antrabangsa, cerita dalam negeri. memang internet bergerak sungguh!! hihihi.. paling yang saya ingat dia penah cite pasal labu yang besar dari belog dia. errr saya takut dengan labu tue =.=


teman sorang nie pun baru je bape bulan kenal. sangat teruja bila dapat tau dia pernah buat umrah. seyes saya jeles dengan awak. huuu. paling terkejut pasal dia pernah bedah burung puyuh, erkkk awak tak kesian ke kat dia yang comel tue??????? :p masuk belog pagi tadi tekejut dengan komen dia. berderet dia komen. rajin sungguh awak ek. mekasih tau sudi jenguk-jenguk kita kat sini. mana tau satu hari nanti kita boleh jadi kawan rapat pulak kan ;)



haaa dia nie kakak resepi saya. kenapa kakak resepi. sebab dia rajin ajar saya masak itu ini. yang boleh buatkan saya rajin nak membaking sebab tercabar dengan segala makanan yang dia buat. dia masak sedap!! kalau suruh saya tido rumah dia 3 hari pun saya sanggup sebab tau dia akan jamu macam-macam hihihi. haaa satu lagi kan saya nak awak semua tolong doa moga jodoh kakak saya nie dipermudah Allah. mana tau pertengahan taun depan kita boleh pegi walimah dia pulak ;)


kalau pegi belog sis sorang nie. takde perkataan lain. sokmo Okje. pape pun Okje. rajin dia gegar sorang sorang kawan blogger kalau kitorang lama tak update belog. terharu pulak diingati hihihihi.. dia nie pun rajin update makanan yang dia masak. kalau masak ayam kicap jangan kasi Sue je tau. kasi kat saya sekali. saya pun pantang dengan masak kicap tue. pantang tengok. hihihihihi


mamat sorang nie kan selalu kagum dengan rambut dia. cam mana la dia boleh rajin bela rambut sampai jadi macam tue. seyes kagum :o sebab saya nie nak sikat rambut pun malas. guna jari jela senang :p dia nie rajin menconteng conteng doddle. doddle pak pandir dengan najis tue paling annoying rasanya =.=


ini kakak sayang saya!! saya nie bukan la reti sangat nak speaking ke BI ke ape. tapi sebab saya curious nak tau apa yang dia tulis dalam entry. saya usaha google translate kalau saya tak paham sesuatu tue. hihihihi :p kakak nie suka sangat pepel. sampai katak pun dia sembur cat pepel, sabar jela dengan dia. kak rasanya kita banyak persamaan. seyes saya jugak tingin nak jumpa akak. insyaAllah satu hari nanti kan :) kak, nak sakura!!! hihihihi


yang nie sahabat baru saya. tak pernah jumpa jugak tapi macam rapat je kan. minat sangat dengan chelsea dia, saya boleh nganga jela bila dia cite pasal bola. bukan xminat bola tapi minat harimau malaya dengan harimau muda je. ok la tue kan dari tatau langsung pasal bola :p oh ye dia one of the rokusteps team. ohh saya pulak yang bangga terlebih ihihihi


yang ini pulak. kawan dah lama menghilang. mana pegi pun tatau la. takde jejak yang ditinggalkan. sungguh saya risaukan keselamatan dia. hanya mampu berdoa moga dia sentiasa ada dalam lindungan dan rahmat Allah Amin.

maaf bagi sesape yang belum saya review. insyaAllah satu hari nanti saya sambung review ye. pape pun terima kasih sudi berkenalan, berkawan, beradik kakak, bersahabat dengan saya. saya bersyukur kerana menjadi sebahagian dari hidup awak semua :) 

#jap lagi BW nak lunch sat ;) 

01 November 2012

Selamat Hari Lahir Mama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

25 Oktober lepas besday mama saya yang tersayang. Puan Zuraidah binti Hj Abd Rahim. terlewat create entry pasal nie. tapi lebih bermakna bila dapat wish besday sambil kiss pipi mama kiri kanan.menantu dia pun sibok suruh kirimkan kiss kat mama, katanya dari menantu tersayang =.= khamis lepas kan balik raya dapat la jugak buat kek yang mama mintak.

balik je khamis tue rasa tak boleh duduk diam. dengan tak mandi lagi terus ke dapur selongkar apa yang ada dan Alhamdulilah terjadi la kek gula hangus yang mama mintak. kek gula hangus je pun tak susah sangat nak buat, padahal pestime ritu tak menjadi kek nya hahahaha :p

mama takde doa lain yang Ya panjatkan melaikan moga mama sentiasa berada dalam rahmat Allah, semoga mama ditempatkan bersama para solehah di syurga nanti, semoga mama mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat dan semoga satu hari nanti impian mama nak ke tanah suci mekah termakbul. Amin. Ya sayang mama. maafkan segala salah silap dan dosa yang Ya lakukan. insyaAllah Ya akan jaga mama dan sentiasa doakan mama. ingatkan Ya tiap kali Ya terlupa ye mama. 

kata ramai orang muka saya macam muka mama. tapi kalau tengok gambar terbaru memang sama pun hihihihi :p sebelum nie tak sama bila dah besar pulak baru nak sama. bila compare gambar saya sekarang dengan mama masa muda langsung tak sama. kata mama "yela dah kamu tue ambik gen papa kamu sikit-sikit takde la samanya" :p

kalau nak tau kami berdua tergolong dalam jenis darah yang sama A+ makanya Pakcik awak boleh tersenyum sebab buat sementara waktu nie awak je menantu yang jenis darah sama dengan mama :p adik badik yang lain mesti meluat bila saya kata saya yang banyak ikut gen mama. hihihi

kalau dulu kengkawan kat kampung mesti marah kalau saya tak jumpa dorang. saya biar je malas nak layan. dah jauh dari keluarga bila balik bercuti priority utama saya adalah KELUARGA. masa saya bersama keluarga yang saya nak maksimumkan sebanyak mungkin sebab bila saya susah keluarga jugak la yang setia disamping saya.

mama la kawan baik saya sekarang nie. apa pun saya luahkan kat dia. balik kampung nak kemana pun saya ajak mama, sampai kan mama marah bila saya tak keluar beli ubat ulser sebab dia takde sekali. nak pegi cuci Nurul Iman pun ajak mama :p kadang bila perangai mengade datang curik mama dari papa, nak tido sekali. papa jeling je. hahahaha :p


 haaaa sama tak? hihihihi :p

#besday mama jugak jatuh hari yang sama dengan besday abah Kay_Are. semoga kasih sayang Allah sentiasa melingkari kalian berdua. Amin

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...