Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

29 January 2013

Cuti jom deting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

cuti panjang sampai semalam. konon semalam nak kerja la takde apply cuti pun tup-tup turun cameron sampai je rumah mama suami pengsan tak sedar apa. kejut bangun mandi kemain mengangguk tapi mata elok pejam rapat. kesian kat abi letih sangat demi nak tunaikan janji bawak ummi naik cameron.  terima kasih sayang ;)


ekceli ritu suami tak nak bawak naik cameron sebab ramai kawan-kawan nasihat elakkan naik tempat tinggi awal hamil nie. terus menitik air mata sebab sebelum tue dah terbayang cicah strawberi dengan garam kat atas cameron. sebab ramai yang kata strawberi cameron manis kalau makan kat atas, bila bawak turun bawah dah kurang manisnya. suami pun lemah kalau tengok isteri dia nie nangis. peluk peluk pujuk pujuk pun tak habis sebek lagi. 

call mama tanya takpe ke naik cameron nie. mama kata takpe la bukan buat apa pun. cuma kena jaga diri. insyaAllah takde pape. dan hati saya kuat kata baby kitorang kuat insyaAllah dia kuat kat dalam teman ummi naik atas. Alhamdulilah semuanya Allah permudah dan pelihara. syahdu sangat bila dapat menyicah kat atas tue. sampai je beli strawberi basuh basuh sikit terus cicah. Ya Allah nak menangis rasa dapat makan. suami gelak geleng pala je tengok :p


tengok tue muka Afiq Danial bosan dah berjalan sana sini. bila letih tambah mengantuk mula la dia bebai mengamuk. time tue memang tersangatlah comeyyyyyyyyyyyyy rasa nak gigit jer mulut dia tue. oh lupa pulak ritu dia geram apa ntah dengan pakciknya. digigitnya mulut pakcik lepas tue dia gelak. haishhh sabo jela dengan dak kenit nie.


mengasuh teletubbies nie sementara mama dengan papanya sibok shopping. achik dah letih duduk la mengasuh Afiq Danial, sejak ada si kecik dalam perut nie cepat sungguh letihnya padahal kecik cinonit je lagi =.= nampak tak jari dia yang runcing tunjuk-tunjuk tue. haaaa dia memang suka tunjuk sana sini mintak orang bawakkan berjalan. banyak akal budak nie. kakak kata "yela time skang la nak memanja, nanti kuar adik lagi sorang orang lain mesti manjakan adik kecik tue lebih lagi" hihihihi. adik lagi sorang tue anak saya la :p

23 January 2013

Senyuman yang bukan sedikit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

pagi semalam dapat mesej dari suami "dear, ada email kat awak" saya pun kemain eksaited la bukak email ingatkan suami kirimkan lagu sebab hari sebelum2 tue dia ada kata nak bagi lagu kat saya tapi tak dapat-dapat pun. lupa letewww :p sekali bukak email dia keluar hat bawah nie 


"maaflah tatau nak kasi apa ke awak, hadiah untuk ummi" elelele cubit kekuat baru tau. dapat yang nie pun dah sebak nak nanges. biasalah hati tisu kan :p suami tau saya nie bukan pesen minat bunga. bunga yang kat dalam bilik tue pun dah tonggang terbalik, saya buat tatau je last-last duduk kat ceruk meja. kalau bunga segar tue boleh la jugak nak simpan bila dah kering kan. huuuu.

kadang tak perlu hadiah yang mahal dari pasangan untuk buat diri tersenyum dan bahagia. cukup kata-kata cinta dan penghargaan dari si dia dah boleh buat saya rasa nak senyum 31 hari tanpa henti hihihi :p padan la malam tue saya dok terjaga jer rupanya bulan tengah sampaikan rindu suami. hihihi. yela duduk jauh, suami keluar main badminton baik saya tido, takde sape nak layan mesej kan. tido la awal bagi ummi dengan baby rehat lebih :p pape pun terima kasih abi sudi kirimkan kata-kata indah tue buat ummi kat sini. yang mampu buat ummi tersenyum sampai telinga. meh nak cipika cipiki kat abi sikit kihkihkih :p


semalam nampak kak shida dengan munet dok tuit kat atas tue. dalam hati dok tertanya-tanya sape kak kira tue adakah saya? hihihihi. hegeh-hegeh padahal nampak munet tuit tue pun dah rasa nak melompat-lompat dah. sekali munet kata macam kat bawah nie

dan petang semalam sampai la ayam masak jawa bersama nasi impit kat ofis saya. dia, maknya dengan toknya sekali mai alor setar dari rumah dia tue semata-mata nak anta bekal kat saya. kalau kira perjalanan ada la dalam 45 minit ke sejam gitu. ohhh terharunya. sungguh terharu. tak sangka ada jugak yang ingat kat kita yang merantau kat sini kan. sobsobsob


jangan komplen!! pakai hp murah memang la gambar tak berapa best :p tapi ayam masak jawanya best. kihkihkih. banyak sungguh nasi impit mak munet kasi ummi nie bukan lalu makan sangat huuu. sungguh dah lama rindu nak makan ayam masak jawa nie. ritu makan kat rumah munet memang berselera sungguh walaupun baru pestime cuba.


nasi impit ayam jawa dimakan bersama kopok kering jejari khairatol aini. hihihi. hoihhh kenyang terok la semalam sampai nak bangun pun susah. ambik kau =.= jangan tanya saya resepi ayam masak jawa nie. ritu tanya resepi kat mak munet tapi biasa la kalau yang dah pakar masak nie mana main resepi macam saya yang baru belajar nie =.= mak dia kata "makcik campak-campak jer" tapi apsal bila saya campak-campak tak jadi sedap macam nie pun!!! huuu

try google dan try buat dulu tapi tetap tak sama macam mak munet buat. dah rasa ayam masak halia pulak masa tue =_=" tapi pape nak cakap terima kasih kat munet, mak nya dan tok nya yang teringat dan sudi anta kat saya ayam masak jawa nie. sungguh terharu. terima kasih bebanyak kat munet sekeluarga. :)

*lupa pulak nak kabo kan. teratai tue memang boleh di makan. macam saya tulis tue samada makan mentah macam tue ataupun dibakar. biasa lah orang kampung nie asal ada yang halal dan boleh dimakan mesti nak makannya. hihihi. rasa teratai tue macam kacang dan berlemak. kelat-kelat sikit bila dah dihujung buahnya.

22 January 2013

Kisah Khalifah #Cucu tok yang nie banyak ragam

Assalamualaikum Selamat Sejahtera

Cucu tok yang nie banyak ragam tue mama saya yang kata. saya pun tanya la cucu mana pulak mama? yang nie la. sambil tunjuk kat perot saya. oh oh mesti baby golek golek kat dalam tue bila dengar opah dia cakap macam tue. agaknya la kan hihihi :p khamis ritu lepas suami habis keja, lepas je menziarah ibu sahabat dia kat KPJ terus kitorang gerak balik ipoh. kalau dah nak balik ipoh haruslah buat list mintak mama buatkan macam-macam kan. sebab tue mama saya kuar statment macam kat atas tue :p

yang terharunya mama kata papa dok sebut mana la si sakura nie tak sampai-sampai lagi. dan papa sanggup tunggu kitorang sampai walaupun dah lewat sangat masa tue. yang kelakarnya tue papa cakap kat mama "anak aku ngandung aku pulak ke yang alahnya ye?" mama pun tanya la kenapa pulak papa yang nak kena alah. "yela lepas je dipeluknya aku tadi terus aku rasa nak demam" =.= mama gelak sakan kat papa. saya dengan suami pun tergelak masa mama cerita tue hihihihi. 

jumaat besoknya ajak suami dengan mama cari Klinik Raoofah yang Adam suggest. nak buat scan. walaupun baru dua bulan tapi suami suruh jugak scan sebab takut jadi macam kes kak kitorang tue baby luar rahim. sebab tatau bleeding teruk. katanya sayang isteri oihhhhhh. kemain dia bebel tak puas hati kat saya bila ada sorang makcik kat klinik tue kata awal sangat nak scan. bila masuk jumpa dokte, dokte kata elok scan awal-awal sebab nak tau keadaan baby. terus suami tersenyum sampai telinga. puas hati la tue bila dia tau keputusan dia dokte sokong. hihi

time scan tue dokte tunjuk rahim kat mana. kantung baby kat mana. babynya kat mana. jantung dia. paling syahdu bila dokte bagi dengar degup jantung dia. dup dup dup laju sangat. mama kata anak kitorang aktif la tue kot jantung laju macam tue. subhanallah sebaknya bila dengar jantung sikecik kat dalam nie. suami yang duduk tengok kat skrin besar dengan mama pun kemain teruja dia. sungguh sampai sekarang terngiang lagi bunyi degup jantung khalifah kami nie. kata dokte Farhana crl baby kami besar menandakan yang dia mungkin chubby. kengkawan ramai terkejut bila tau crl dia besar tue dalam usia dia dua bulan. tapi saya tak terkejut sebab abi dia chubby masa kecik ikut abi dia la tue.


bila balik kampung cakap je nak makan apa. mesti mama papa turutkan. papa siap nak belikan udang galah sebab ritu dia makan rendang udang galah tapi saya tak dapat makan. tak payah la papa. udang tesco xxl pun sedap kalau dah teringin sangat nak makan. hihihi. kalau duduk kat sini memang tak lalu makan tapi bila balik kampung sampai tak larat nak bangun asyik dok makan jer. selang dua jam makan. kata mama "kamu tue dari kecik sampai beso makan masak mama sebab tue la lalu je makannya" mestilah kan. air tangan ibu nie tak sama dengan air tangan makcik kedai bawah tue hihihihi.

ahad sebelum saya dengan suami gerak balik penang. kitorang balik batu gajah dulu. hajat hati nak ambik bunga teratai. dok terbayang makan buah tue. omaiii. sampai je kampung tengok ayah chik dengan abang-abang sepupu saya ada kat situ. dengar je mama kata "cucu kami nie nak makan teratai" terus ayahchik turun lombong ambik teratai. dapat je makan tue rasa nak nangis syahdu sebab dah banyak hari teringin huuu

yang duduk atas rakit tue la tokchik baby. tolong ambikkan teratai ummi hihihi


makan macam tue je ritu. tapi kalau nak buat bakar pun boleh. tapi sebab dah tak sabar nak tunggu kena bakar korek-korek pastu ngap terus hihih. abi pun baru first time makan. nasib la kat lombong tue hidup lagi teratainya kalau tidak mau pening kepala abi dengan opah nak mencarinya hihihihi. 

16 January 2013

Kisah Khalifah #Morning Sickness

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

dengki tengok abi tulis pasal baby kat belog dia. haishhh tak boleh jadi nie ummi nak jugakkkkk :p semalam suami ngadu kata tak sihat, tak sedap perut, dengan nak muntah bagai. haishhh risaunya saya nak balik seberang jaya tak mampu. minggu nie badan rasa down sangat. tak larat nak pegi keja pun tapi terpaksa gagahkan jugak tak nak manjakan diri sangat. suami pun keluar arahan tak bagi balik sana. syukurlah dapat suami yang memahami. sayang abi ketat-ketat :D 

dalam risaukan kesihatan suami, sedih tak mampu nak balik jaga dia. terfikir pulak saya. abi nie kena morning sickness ke apa? sebab saya Alhamdulilah tak teruk sangat alah. takat tak lalu makan, tak lalu hidu bau tak sedap, tak mampu tahan lapar. macam tue je. huuuu siannya abi.

memang ada orang kata kadang morning sickness tak dapat kat isteri tapi pergi kat suami. tau tak kalau sebelum kawen dulu saya selalu doa biarlah suami kena sikit tempias morning sickness, jahatnya saya huuu. sekarang nie bila dia jadi macam tue saya yang susah hati terlebih. padan kat muka sendiri =.= maafkan saya abi ;(

macam saya cakap tadi pape pun saya bersyukur sebab saya tak teruk sangat alahnya. bekpes selalunya alhamdulilah si dia nie tak memilih sangat, makan la apa pun. cumanya bila dia dah lapar sangat ummi kena makan kalau tidak masalah. pernah satu pagi tue saya dalam perjalanan dari seberang jaya ke ofis kat alor setar. dari pendang dah lapar teramat sangat. tengah highway tue apa je yang ada pun, divider banyak la huuu. biskut pun saya lupa nak bawak. kuih tak sempat nak beli sebelum masuk highway. 

sampai je ofis terus jalan cepat-cepat cari apa nak makan. dapat je masuk seketul kuih dalam perut aduhhhh rasa bahagia teramat sangat. kalau tidak sikit lagi je nak pitam huuu. waktu masa tue baru 7.40 pagi. baby kalau dia buat perangai nak makan tue memang tak menyempat-nyempat. sabar jela =.=

kalau mai tengahari dengan malam biasanya saya kena paksa dia makan. time tue memang makan nasi sebutir-sebutir sebab tak lalu. kalau ada sup ayam ke, yang kena dengan selera dia ke baru la laju. tapi selalunya time dia buat perangai tengahari 1245. bayang lah kalau time tue ummi makan biskut sementara nak tunggu lunch pukul 1, bila sampai masa nak makan nasi memang terasa kenyang la walau sebelum tue makan biskut sekeping jer. 

alahai khalifah ummi dengan abi nie. ummi layan jela sama macam abi yang sabar je layan ummi yang banyak karenah bila ada dengan abi tue. hihihi. 

15 January 2013

Zina nak salahkan siapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

baca sticker pasal zina kat belog Iffah tadi. teringat apa yang fasi kata masa saya kursus hari tue. bulan 10, bulan 4, bulan 9 nanti area macam tue mesti akan ada banyak kes pembuangan bayi. sebab kalau ikut wanita hamil 9 bulan bayi tue terhasil dari perzinaan masa new year, valentime day dengan merdeka. hurm betol jugak apa yang dia kata tue. nak salahkan sapa dalam kes berzina nie? pendapat saya ramai pihak yang bersalah. dari keadaan sekarang nie apa yang boleh saya nampak.

golongan muda mintak izin nak berkahwin tapi terpaksa harung macam-macam dugaan. antaranya kos yang tinggi tuk berkahwin. bukan semua tapi masih ramai masyarakat kat luar sana yang mengangungkan adat berbanding syariat. sebab tue duit hantaran kena letak tinggi kalau tidak nanti kenduri tak meriah. tak segah artis. yang terbeban nak mencari duit mestilah bakal pengantin.

tapi ada jugak family yang tolong support belanja kenduri bakal pengantin. yang itu saya hormat. bukan tak boleh buat kenduri meriah tapi ikut kemampuan lah. bila bakal pengantin rasa tak mampu tue yang ambik jalan dekat. berzina bila dah tak boleh nak kawal nafsu.

tapi nak salahkan family tak boleh jugak. sebab kadang family pun ada sebab kenapa diorang buat macam tue. kadang family tahan awak dari berkahwin antara faktor kalau tengok awak tak berkerja takde pendapatan nak sara keluarga. tak kan nanti lepas kawen family jugak nak support? ada jugak jenis yang tak matang, tak ke nanti family tue risau macam mana cara awak kendalikan keluarga awak? nanti baru tiga bulan kawen dah bercerai sebab tak matang.

dan bagi awak yang dah bernafsu nak bersama dengan kekasih tue. kalau dapat cabaran dari pelbagai pihak jangan la ambik langkah bodoh dengan berzina. lepas tue nak salahkan family sebab lambatkan proses berkahwin. macam mana nak uruskan keluarga nanti kalau nak uruskan nafsu awak sendiri pun tak boleh? jangan ambik jalan bodoh dengan alasan nak sedarkan kesalahan family sedangkan awak sendiri boleh usaha kawal keadaan dari jadi lebih teruk.

banyak faktor kan? yang penting masing-masing kena sedar diri dan usaha kawal keadaan yang tengah rumit. cuba cari penyelesaian berdasarkan rules al quran, mintak tolong Allah, insyaAllah awak akan jumpa jawapan. kalau cari penyelesaian dengan google semata memang tak kan kemana la agaknya kot.




14 January 2013

Satu Perjalanan #32 versi Satu Walimah

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera

baca dalam entry Kak Sunah pasal adat dia kat sarawak yang tak sama dengan semenanjung. adat walimah. katanya kalau kat sarawak walimah ada satu je sebelah perempuan. nak tau ape lagi yang dia kata pegi baca sendiri kat belog dia :p

walimah saya dua bulan yang lalu pun kami buat sekali je. maksudnya takde walimah sambut menantu di sebelah suami saya. ada yang tanya saya tak terasa ke takde walimah sebelah suami tue untuk sambut saya. ada yang kata  suruh la suami buat sebab kawen sekali seumur hidup nanti dah tak boleh merasa lagi. dan macam-macam lagi yang dorang katakan. saya senyum dan cuba terangkan semampu yang boleh.

walimah sebelah suami memang dah ada perancangan yang dibuat. katering, dewan, baju dah ditempah tapi terpaksa dibatalkan. suami mulanya berat nak batalkan, saya pun berat nak batalkan bila tengok keluarga mentua sangat eksaited dalam buat persiapan walimah. sape la yang sanggup tengok orang tersayang ditarik kegembiraannya kan?

tapi ada faktor utama yang kami terpaksa batalkan. faktor kewangan itu yang utama, dan lagi satu faktor cuti yang terhad untuk kami berdua. cuti suami masa tue tidak dibayar. haa boleh bayang tak nanti hujung bulan tinggal berapa je dah kalau banyak hari cuti tanpa gaji. perancangan kami dah dibuat awal diatur dengan cukup elok oleh kami berdua dan memang yakin faktor kewangan sangat mencukupi tiba masanya untuk dua walimah. tapi siapa perancang yang lebih baik selain kami? Allah Yang Maha Esa, Dia sebaik-baik perancang. bila Dia tak izinkan siapa kita nak menolak segala yang diaturnya.

memang suami saya down sangat masa tue. saya pun rasa tak kuat. tapi kalau saya pun jatuh jugak di mana iman kami yang kata selayaknya kami diuji tue? saya dan dia sama-sama cari penyelesaian. dan jalan yang paling terbaik adalah dengan membatalkan walimah disebelah suami dan satukan walimah kedua keluarga sekali dirumah keluarga saya. memang perit nak membatalkan tapi kami lagi tak sanggup nak menyusahkan orang lain dengan menanggung kos walimah kami. ayah mentua ada cadangkan guna duit pencen dia untuk kos walimah disebelah dia. 

tapi saya dan suami tak setuju. itu penghargaan titik peluh dia selama nie. kami tak nak bebankan sesiapa pun. satu walimah sudah cukup untuk bagitau jiran, sedara mara, sahabat handai untuk memperhebahkan pernikahan kami. sebab menghebahkan ikatan pernikahan itu perlu dalam islam. perlu tapi tak sampai membebankan pasangan atau orang terdekat.

pendekkanlah cerita ye. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar sampai masanya kami disatukan. dengan satu walimah semua pun cukup makan, siap berlebih banyak lagi. Alhamdulilah memang terasa rezeki kami sangat murah masa walimah dulu. banyak rezeki yang datang dari banyak tempat. Papa Mama yang sangat banyak membantu, adik beradik ipar duai saya yang banyak sponser itu ini, kawan abang ipar saya yang sedekahkan ais batu, kawan abang saya yang sedekahkan dua kilo kerepek pisang, sedara mara yang banyak jugak menyumbang itu ini, suami yang tambah lagi duit hantaran sebab takut tak cukup bila dia jemput sedara mara dan kenalan sebelah keluarga mereka. dan keluarga mentua yang cukup banyak membantu kami jugak. Alhamdulilah syukur sangat dengan murahnya rezeki yang dipinjam Allah.

rezeki tue Allah yang pegang, Dia yang turunkan sebab tue dah diingatkan golongan muda jangan takut untuk bernikah kerana rezeki itu datang dari Dia asalkan awak mahu berusaha menggapainya, doa dan seterusnya tawakal insyaAllah awak akan dapat rasa kasih sayang yang datang dari Dia Yang Maha Kuasa. Allahuakbar!!!

bernikah dan rancanglah walimah mengikut yang Dia redhai sebab disitu adalah permulaan rumah tangga awak. kalau awalnya awak dah mulai dengan lagha dan murka Dia agaknya macam mana Dia nak redha rumah tangga awak? yang penting ukur baju dibadan sendiri jangan ikut measure orang lain takut nanti baru nak masuk ikut lengan dan terkoyak dekat ketiak. kalau mampu dipersilakan awak rancang walimah selayaknya mengikut garis islam. kalau tidak pandailah aturkan perjalanan awak dan dia yang tidak merumitkan keadaan. ingat! islam tue langsung tak memberatkan. Nabi pernah berpesan hebahkan walimah mu walau hanya dengan menjamu buah tamar. 

kehidupan selepas berkahwin lagi banyak jalannya yang memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi. jangan nanti lepas walimah pakat gigit tiang khemah sorang sikit. tapi khemah pun sewa dah tue boleh gigit apa je? :p

nak buat satu walimah berbincang sebaiknya dengan kedua keluarga jangan abaikan perasaan orang tua. sebab mereka nak tengok yang terbaik untuk anak-anak yang sangat disayang. jangan calarkan perasaan mereka. Bincang. itu jalan yang sebaiknya. Alhamdulilah kedua keluarga kami sama-sama faham keadaan kami. pernah je ada yang kata kat mama "terkilannya takde majlis sambut menantu tuk ira" tapi kata mama dia faham dan sangat faham kehidupan yang bakal anak dengan menantu dia lalui lepas selesai walimah nanti. dan sebab mama tau macam mana sayangnya mentua saya dengan saya sebab itu dia boleh tersenyum dan berlapang dada. Alhamdulilah :)

saya hadirkan entry ini bukan untuk membuka aib kami sendiri atau meninggi diri tapi mungkin jalan yang sama jugak boleh diambil untuk mereka yang membaca yang mana tau sedang berdepan dengan apa yang pernah kami lalui. itu tujuan saya yang sebenarnya :)



13 January 2013

Seminggu Menghilang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cakkkkkkk ada yang rindu tak? :p  nie nak habaq kat kengkawan yang mai mencari Ciksu Aim, Auntie Okjer, Auntie Sue sebenarnya seminggu lepas saya pergi kursus pasal tue la belog menyepi jer. kursus kat sungai petani jer abis kelas start enjin Nurul Iman terus balik seberang jaya jumpa suami. bahagia tau seminggu direct tido ada kawan kat sebelah :p

satu cukup la kot gambarnya. gegirl yang nampak muka berempat tue semua swetty saya :D

kursus kali nie agak seronok la jugak. seronok la kalau jumpa kengkawan yang satu kepala boleh bawak bergurau :p lagi seronok kursus kali nie ada 5 orang yang berstatus pregnant termasuk la saya. ektibiti berat tak payah buat yeayyyyy :p Alhamdulilah kengkawan lain yang tak pregnant tue jaga kami semua berlima nie sangat baik. siap tolong angkatkan kerusi suruh saya duduk lagi bila terlalu lama berdiri. padahal dah siap tolak-tolak kata takpe kejap je nak berdirinya pun. ohhh terharunya. terima kasih kawan ;')

lagi ada sorang kawan tue siap nak tolong angkatkan pinggan makan untuk saya lagi. amboiiiii melampaunya rasa kalau sampai pinggan makan pun orang lain nak tolong angkat =.= tapi macam biasa bila diorang dah berkeras tue bagi jela kang tak pasal berderai harta kerajaan tue kalau terlepas wuwuwuwu.

tau tak kenapa saya suka berkursus kali nie. sebab langsung tak stress. cuba kalau kursus jabatan sendiri yang anjurkan sumpah muka monyok sebelum nak start kursus :p makan pun sedap tapi sebab dalam perot ada baby bila mai time lunch hour dia mula manja takmo makan itu takmo makan ini =.=

ok dah cukup la tue. takde idea nak berentry lagi nie haaa sebenarnya. sejak preggy nie mood nak berentry tue kejap ada kejap tidak ikut keadaan semasa :p oh ye hadiah menang contest hari tue dah sampai baru jap nie tadi. Alhamdulilah terima kasih kat Cikgu Areef. saya suka sangat ;D

#Abi semakin eksaited nak menyambut baby. sabar la abi baby baru 7 minggu tak kan nak beli baju dah. Ummi pun seksaited jugak tapi sabar dulu ye bagi baby membesar dulu nanti kita beli baju bebanyak ;)

03 January 2013

Perjalanan Seorang Isteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah perjalanan sebagai seorang isteri semakin hari semakin bahagia. syukur dengan pinjaman nikmat dari Ilahi. rasa nak berkongsi kegembiraan kat sini pulak. eh takde niat nak meninggi diri tau apatah lagi nak mendabik dada dengan kebahagiaan yang dipinjamkan Allah. 

PJJ atau Perkahwinan Jarak Jauh itulah perjalanan yang saya dengan suami kena lalui. isteri yang sentiasa duduk dengan suami dibawah satu bumbung tak sama dengan suami isteri yang kena PJJ. jadi jangan terkejut bila suami isteri yang berPJJ nie ada masa terluang mesti nak dihabiskan bersama. maksud saya contoh ada cuti panjang tak dapat duduk melepak dengan kengkawan. tapi merap laki bini. sesape yang tak paham mesti terfikir dia nie dah kawen macam takde life dengan kengkawan asyik la mengadap muka laki dia. mohon mengerti yang waktu cuti la masa untuk kami suami isteri PJJ nie membaja cinta menyulam kasih #Muntah hihihihi :p

tapi takde la saya kata kami nie langsung tak berkawan bila dah kawen tapi cuma nak mohon maaf andai ada yang terasa macam kami dah kurang bercampur gaul macam masa bujang dulu. sekarang komitmen dah makin banyak makanya kena lah pandai bahagikan masa. nak puaskan hati semua orang confirm tak mampu tapi akan cuba sedaya yang mampu. :D eh cakap macam ramai je yang akan cari bila awak tue hilang Syakira oiiiiiiii :p

kata Ustaz Don seorang wanita itu akan lebih bahagia bila solatnya diimamkan oleh seorang suami. ye memang itu salah satu saat yang saya tunggu sebelum menjadi isteri orang. berjemaah bersama suami. ohhh syahdunya bila teringat. kadang tue bila solat sorang kat sini tersasul niat solatnya selalu tue berniat mengikut imam tapi lupa yang imamnya jauh nun di penang ;( dan lebih syahdu bila lepas solat suami yang tolong lap kan air mata yang berjuraian hihihihi :p awak yang lelaki mohon mengerti yang seorang isteri akan terasa lebih bahagia bila solat berimamkan awak. mohon mengerti ye.

bab memasak. secara jujurnya saya jarang masak kat rumah mentua. nak tolong pun mama mentua kata pegi la duduk depan tengok tibi. yela nanti kalau saya tolong jadi lambat pulak keja dia. sebok dok tanya mama asam keping kat mana yang tue kat mana. huu sebenarnya saya pun sama kalau nak masak suka masak sorang-sorang. entah la mungkin jadi kekok bila terasa ada yang memerhati cara kita buat kerja. teringat hari tue masa menyiang ayam ikan kat dapur saya suruh mama mentua duduk kat depan. saya jadi nebes bila dia ada kat tepi, gelak je mama tue bila saya kata macam tue :D tapi jangan kata saya tak masak langsung ye. selalu nya bab makanan tengahari mama mentua yang sediakan kekadang je saya yang buat, bab bekpes ringan-ringan saya ambik alih bila saya ada kat rumah ;) 

dan selalu saya ingatkan kat diri sendiri pandai-pandailah bawak diri. kalau dah mama mentua yang masak selalunya bab kemas rumah, hal ehwal kain baju, pinggan periuk kat sinki tue saya la tolong ambik alih. mama saya pun selalu ingatkan sebab takut anak dia cuma duduk rumah membesarkan isi peha jer :p mama insyaAllah saya bukan jenis begitu hihihihi. #HaaaNampakTakRajinnyaSayaKatSitu :p 

Alhamdulilah syukur dengan perjalanan sekarang nie. walaupun mungkin perjalanan saya dan awak semua tak sama tapi yang penting kita sama-sama bahagia dengan jalan yang kita lalui kan ;) moga kebahagiaan saya dan awak semua berpanjangan hingga ke syurga hendakNya. 

dan takde kata-kata yang boleh dilafazkan selain syukur yang teramat sangat bila kami suami isteri tau ada si kecil yang sedang membesar dalam rahim saya. Alhamdulilah ini hadiah yang paling bermakna untuk kami suami isteri. si kecik nie baru 5 minggu macam tue kalau mengikut perkiraan dokte fana. mendoakan moga Allah beri kesihatan yang baik pada saya dan anak kami. moga Allah izinkan zuriat kami keluar melihat dunia dalam keadaan yang sihat tubuh badannya dan cukup sifatnya. dan moga Allah bantu saya dan suami mendidik khalifah ini menjadi yang soleh solehah yang berjihad di jalan Allah. Amin.

terima kasih semua sahabat yang mendoakan rezeki kami dimurahkan. terima kasih semua sahabat yang saya sayang. mendoakan agar urusan awak semua dipermudahkanNya dan awak semua jugak beroleh kebahagiaan yang berpanjangan hingga ke syurga. Amin

02 January 2013

Bagi Bunga Sakura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


papa selalu marah bila saya mogok tak nak balik kampung sebab meluat dengan perangai kazen kazen dan sedara mara kat sana. sebab ape meluat? tak payah la cerita kot nanti terbukak aib orang tak pasal pulak aib saya dibukakan satu hari nanti. tapi untuk ingatan sesama muslim kat luar sana tak salah kalau saya katakan. belajar hormat orang yang lebih tua, lebih lebih lagi bapak sedara awak. 

papa selalu kata. jangan la ikut perangai deme(mereka) yang tak elok tue. yang tak elok tue jangan diikut, buat pedoman. yang nampak baik tue baru lah ikut. papa tak suka anak-anak papa buat perangai macam tue. 

ok lepas je kena tegur tue terus tarik moncong drive dediam kat depan tue. majok letewwwww kihkihkih :p tapi memang betol apa yang papa kata tue. dan Pakcik Imam sendiri selalu nasihatkan. kalau awak balas apa yang tak elok tue sama lah awak macam dia. kalau masa dia berperangai macam tue awak panggil dia takde otak. habis tue kalau awak buat menda yang sama nak panggil apa pulak kat awak?

ok sentap lagi sekali sebab tau salah sendiri =.=' biasalah kita manusia nie bila orang sakitkan hati kita, lagi kita nak sakitkan hati dia. dengan impian moga dia rasa sakit yang kita rasa. tapi percayalah sampai bila-bila pun masalah tak akan selesai. lagi teruk adalah. memang susah kan nak buat baik dengan orang yang teruk tue. sedangkan nak pandang muka dia pun kita rasa baik tengok je monyet bergayut-gayut kat pokok dari tengok dia. astghafirullahalazim sebab tue kena selalu bersihkan hati dari terkena sihir iblis. 

bila orang bagi bunga taik ayam, awak bagi bunga sakura yang cantik menawan. lama-lama insyaAllah dia sedar dan malu sendiri dengan tindakan dia yang kurang cerdik tue. tapi kalau pesen yang jenis takde perasaan bersalah tue. kurangkan(bukan terus kata jangan) lah kadar beramah mesra dengan mereka. sekurangnya hati kita tak sakit dan tak terus mengeji dalam diam. doakan moga mereka diberi hidayah untuk sedar salah yang mereka dah pernah buat.

memang susah nak buat baik dengan mereka yang menyakitkan hati tapi tak mustahil kalau berusaha. pesanan untuk saya jugak sendiri yang selalu lupa dan awak semua yang saya sayang ;)

#Perasaan hambar sangattttt nak update entry skang nie huuuu. 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...