Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

31 March 2013

Hanya Doa Dari Jauh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ringkas dan padat je entry kali nie. mata terasa sangat letih, hidung pulak pedih ya amat. sejak preggy nie antibodi tersangat lemah mudah sangat dapat jangkitan tak gagah dah macam sebelum nie, takpe la redha jela.


selamat ulang tahun kelahiran MummyGk *name nak glamer aje* :p kami mendoakan moga ampa sentiasa diberi kesihatan yang baik, sentiasa mendapat keberkatan Ilahi, dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan dan dipermudahkan lagi urusan menuju ke perjalanan hidup yang ke seterusnya, dan semoga segala yang ampa usaha dan doa diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa. nak bagitau kami dengan baby sayang MummyGk keketat :D

GKSB nie ada jual novel second hand kalau teringin nak beli boleh rojer-rojer kat blog dia. kalau nak upah dia mekap pun boleh. contoh dia mekap masa saya nikah dulu, gambar atas tue bukan contoh ok. kalau nak tengok contoh tengok kat sini. yang sebenarnya besday dia 27 March lepas tapi biasa la ummi mengandung nie kan macam-macam kekangan yang menghalang :p


dan tak terlambat nak ucapkan selamat bertunang kepada kenalan saya dan suami. doa kami moga kalian sama-sama sabar dan tabah menghadapi ujian dan cabaran dalam menempuh perjalanan menuju ke destinasi cinta yang diredhai Allah. jangan pernah lupa yang syaitan tak pernah berhenti menghasut anak adam yang berusaha membina rumah tangga atas nama Allah. moga dipermudahkan urusan kalian dalam membina baitul muslim yang diredhai Ilahi. amin

27 March 2013

Waktu Bila Sepatutnya Bukak Buku Pink?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

mungkin bagi para ibu khususnya yang baru hamil anak pertama tertanya-tanya dan confuse bila sepatutnya nak bukak buku pink atau buku kesihatan ibu mengandung tue. ada sesetengah pendapat yang kata tak payah terlalu awal bukak nanti kena berulang ke klinik banyak kali sangat dan jadi remeh bila nurse pantau setiap kali kita terlewat ke klinik.

macam kemarin masa saya ke klinik, sementara tunggu nurse rekodkan waktu bila saya kena jumpa dokte. ada sorang bakal ibu tue ditegur dokte "kenapa lewat sangat bukak buku? awak tatau awak dah lama hamil?" dan apa yang jadi lepas tue saya tatau sebab urusan saya dah selesai :D macam saya sebelum buat tue. banyak pendapat yang kata tak payah buat buku awal sangat, kenapa nak scan kandungan awal sangat, dan macam-macam lagi sampai suami sendiri pun naik berang. diorang ingatkan kami terlampau teruja sebab nie anak first. saya boleh nampak macam mana suami tahan sabar masa sorang makcik tue cakap macam-macam kat klinik dulu. mujurlah dia bukan jenis yang cepat meletup kat situ, kalau tidak parah!!!

nasihat dan pendapat saya nak bukak buku pink jangan lewat sangat. dalam usia kandungan dua bulan pun dah boleh buat buku. macam saya dulu ingatkan dah 10 minggu nak pegi buat tapi 3 bulan baru dapat buat sebab kekangan masa dan tergedik-gedik nak tunggu hari yang suami cuti baru nak buat, yela anak first mestilah nak suami ada kat sisi teman isteri dia nie :p

kenapa tak boleh lewat sangat bukak buku pink? sebab setiap orang punya sejarah kesihatan yang berbeza. semua orang tak sama kondisi kandungannya. bagi yang takde masalah takpe la kan. tapi kita sendiri tatau dan tak boleh menilai dengan mata kasar macam mana kondisi kesihatan kita. benda dalam perut dan dalam badan nie boleh ke nak tau keadaan dia macam mana kalau bukan pihak klinik senidri yang buat ujian?

macam saya sendiri bila dah bukak buku dan dah dibuat ujian darah baru la tau rupanya saya kekurangan darah. yang kalau tak dipantau akan bahayakan baby dalam kandungan. cuba kalau lagi lambat bukak buku mesti lagi lambat tau dan lagi lambattttt la masalah nie nak settel dan macam mana dengan keadaan anak saya yang kat dalam nie? scan awal kami buat dulu untuk tengok keadaan rahim saya dan dia selamat atau tak duduk kat dalam tue. dan keadaan jantung anak kami. dokte pakar tue sendiri sahkan kena scan awal untuk tau keadaan rahim dan kantung bayi selamat atau tidak untuk bayi. kalau ada masalah boleh la masalah tue diselesaikan seawalnya kan.

apa yang perlu ada bila nak bukak buku pink? ritu sebelum saya buat saya pun ada la google, macam-macam yang dia senarai. tapi masa saya buat. dia cuma suruh kita isi maklumat kat depan buku tue je. tak perlu bagi salinan ic atau salinan sijil nikah pun. cuma kena bawak pen sendiri takut pen yang pihak klinik bagi takde ink pulak hihihihi :p 

kat mana nak bukak buku pink? pergilah klinik kesihatan yang paling dekat dengan rumah awak. macam saya, ambik klinik yang terdekat dengan office sebab senang nak berulang kalau in case ada pape problem. sebenarnya lain negeri lain ragam. pape pun sebelum pegi buat buku call dan tanya pihak klinik terlibat untuk tau boleh atau tak kita bukak buku kat situ. tanya pendapat diorang kat mana sebenarnya yang kita boleh pergi.

macam kes saya. mulanya saya nak bukak buku dekat perak sebab orang kata nak bukak buku kat mana-mana pun boleh cuma nanti bila nak check up setiap bulan kita cuma maklum pada pihak klinik. bila saya call perak diorang tak bagi saya bukak kat sana dengan alasan "buat ape awak bukak buku kat sini, kalau awak nak check up kat kedah, nanti rekod kami kat sini kosong dan kami tetap tak boleh melawat awak sebab awak tinggal dan berkerja di kedah. cumanya bila dah dekat waktu awak nak bersalin dan awak balik ipoh awak boleh check dekat sini" haaa itulah ayat nurse masa saya tanya dulu.

dan kata nurse perak lagi bukak buku kat tempat yang saya nak lakukan check up setiap bulan. saya pun bukak la kat klinik simpang kuala, kedah. bila ke sana awalnya diorang tak bagi saya bukak kat situ sebab alamat saya lebih dekat dengan klinik kuala kedah. tapi saya pujuk jugak nurse tue dengan alasan rumah sewa dan office saya lebih dekat dengan klinik nie walaupun ikut alamat saya dah masuk dalam zon jagaan klinik kuala kedah sebab nanti nurse sana senang nak datang melawat dekat rumah. akhirnya nurse sana pun izinkan dengan syarat saya tetap daftar nama dekat klinik kuala kedah. kesah la kan? janji check up boleh kat sini.

bila saya daftar kat klinik kuala kedah diorang pulak pelik kenapa saya daftar kat situ sedangkan saya cuma ada dirumah sewa waktu malam hari berkerja. tetap jugak diorang tak boleh melawat saya. tapi sebab saya pun buat muka kerang busuk kat situ lepas terangkan apa yang nurse simpang kuala cakap akhirnya nurse kat kuala kedah akur dan cuma daftarkan nama saya kat sana dengan bertanda special case sebab saya cuma daftar je. nasihat saya seeloknya sebelum pegi call dulu supaya nanti takde la kita buang masa nak kesana sini kalau jadi pape hal nya kan. 


Alhamdulilah sedang seronok melalui pengalaman membawa si kecik kat dalam rahim nie :D cumanya kalau awak ada panel dengan mana-mana hospital swasta dan memang dah tau akan bersalin kat sana tak perlu kot bukak buku pink kat klinik kesihatan. prosedur untuk check di hospital swasta saya tatau la pulak sebab tak pernah ada pengalaman hihihi :D

26 March 2013

Kisah Khalifah #EOD &Bp Test

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah selesai jugak 3 temujanji dengan klinik kesihatan. lepas je check up hari selasa ritu saya kan dapat jadual selang 3 hari untuk datang klinik. ada EOD dengan Bp test. test disebabkan saya terlebih berat badan dan darah kurang tue. bila appoitment kena kat hari weekday biasa tue takpe la lagi kan, sebab klinik kat alor setar dan saya kerja kat sini. tapi bila kena hari sabtu yang lemah banyak. dan malangnya saya tatau kalau setakat check biasa tue boleh check kat klinik selain klinik yang saya duk pegi tetiap bulan tue =.= kalau tau awal-awal lagi dah pegi klinik seberang jaya je. huuuu takpe la pengalaman kan. lepas nie dah tau senang la :D

3 hari lepas cuma ada urine test dengan bp je. Alhamdulilah semuanya pun ok. cuma semalam kenapa ntah kena chery bery pulak. dari pagi bangun tido sampai ke klinik 3 kali la duk ulang alik semata-mata "nak" tue. mungkin silap makan kot. bila tengah preggy nie saya cukup takut kalau terkena keracunan makanan, tak risaukan diri sendiri tapi lebih risaukan si kecik kat dalam nie. elok pulak masa bp test tue nurse tanya ada rasa loya, pening, atau muntah tak? saya terus cakap kena diarrhea. terus dia suruh refer dokte. kalau ikutkan hari nie tak perlu jumpa dokte lagi.

bila dah jumpa dokte, dia tengok hemoglobin saya makin rendah bulan nie terus dia bagi surat untuk uji darah dan najis saya(sebab diarrhea). test sebab takut ada kuman dalam badan saya. selesai bagi sampel yang sikit tue sebab dokte nak masa tue jugak dapat pulak botol kosong untuk sampel yang kena bagi hari nie. huuuu gelinyeeeeeeeeee walaupun sendirian berhad punya ;(

pagi tadi datang la klinik lagi, ingatkan sekejap je tapi lupa hari nie selasa memang semua pun pakat datang nak ambik darah. tunggu la dua jam kat situ. berpinar rasanya bila ramai orang tapi udara macam tak berapa cukup nak tampung ruang tue. mujur jela tak pengsan kat situ. nampak nombor kena panggil terus masuk nak settle kan cepat, tak larat dah nak duduk situ menunggu. darah kena ambik hari nie sebab dokte takut saya ada talasemia disebabkan darah yang makin kurang setiap. berdoa sangat moga takde la benda pelik-pelik yang jadi dekat saya dan baby kecik nie. amin

berdoa moga ujian dan dugaan yang saya lalui sekarang nie akan meringankan sakit waktu bersalin nanti dan memudahkan tumbesaran anak kami besok. biarlah ummi je yang tanggung semua ujian asalkan anak ummi membesar dengan sihat, selamat dan jauh dari segala kesulitan. amin

#sedang berusaha tambahkan darah, kerang, bayam merah, hati, dan segala macam petua yang dapat. moga disebalik usaha dan doa nie adalah ganjaran yang diperolehi amin

25 March 2013

Kisah Khalifah #Songsang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

bila mengandung nie mintak dijauhkan la kalau nak bersalin nanti anak songsang kan? semua yang bergelar ibu ummi mama pun mesti takut kalau jadi hal macam nie. selalu berdoa moga khalifah kami berdua selamat dan tak pelik2 kat dalam nie dan masa bersalin nanti. amin.

semalam masa solat kat ofis. sorang akak tue tetiba tegur macam nie "kaki tue kaki" saya yang tengah nak sarung kain telekung pandang la kaki. pelik jugak kenapa dengan kaki saya. tanya akak tue tetap jugak dia sebut kaki tue tengok kaki. kaki apeeeeeeeeeeee??? =.= dah dia tengok saya tak paham paham jugak terus dia tunjuk kaki kain telekung. Oo rupanya kain telekung yang saya pakai tue terbalik. kaki duk atas kepala duk bawah.

errrr sebenarnya tak pernah perasan pun sebelum nie kain telekung tue ada kaki dengan kepala, ingatkan sama je mana-mana pun, kita pun sarung jela ikut dan =.=' dah tue dia kata. orang mengandung nie tak boleh pakai ikut suka hati. kalau pakai terbalik nanti takut anak kat dalam songsang. errrrr.... petua orang tua-tua la kot kan. 

kalau mama saya pulak dia memang ajar dari zaman anak dara boleh pegang pisau gunting lagi. kalau nak kupas buah ke bawang ke jangan mula kupas dari bawah/buntut dia kupas dari bahagian atas/kepala dia. petua orang dulu-dulu supaya nanti bila mengandung nak bersalin anak tak songsang. errrr

yang tue semua petua orang tua-tua. dah orang tua larang ikut jela selagi kita tak letakkan sepenuh kepercayaan pada petua tue, sebab yang menentukan segalanya dari dalam perut bumi sekalipun Allah SWT kan? kang kalau melawan kata orang-orang yang lebih dewasa dari kita keluar pulak statment "sape yang makan garam dulu?" =.=

tapi kalau ikut logik akal. kan tak elok kalau pakai kain terbalik. kan lebih manis kupas buah dari atasnya. tertib dalam melakukan aktiviti seharian. orang yang pandang kita pun nampak sopan manis je kan~~~ :D


yang kanan tue gambaran kalau baby songsang time nak keluar. kalau dah songsang tue agak-agaknya cam mana dokte nak bawak keluar?

#bukak blog pagi nie nampak berderet komen. rupanya Iffah, Kay_Are dengan HaniAsyira yang rajin melawat :D

21 March 2013

Kisah Khalifah #Latihan Matematik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ritu masa sembang-sembang dengan suami kena nasihat sikit sebab saya jenis yang kalau bab mengira ke mencongak ke saya memang malassssssss banyak. terus dia kata "lepas nie ummi kena buat latihan matematik" diam jap. sebenarnya memang dari awal dulu lagi suami suruh saya buat latihan matematik tujuannya untuk merangsang minda baby dari dalam perut lagi. memang itu salah satu cara yang berkesan kata laman-laman web yang saya google ritu. lagipun dari segi islam mendidik anak memang dari dalam kandungan lagi.

tapi bila dah umur 25 tahun dan dah lama tinggalkan sekolah nie agaknya rajin ke ummi nak bukak buku buat latihan? huuuu kebarangkalian tue macam tipis je :p last sekali saya decide nak cari game yang boleh rangsang otak saya dan baby mengira. sekali masa download game kat handphone ritu nampak application sodoku. masa tue download jela bila try main tak reti terus tinggalkan, kita bela POU :p

Finaz dengan Anith pun suruh main sodoku jugak bila saya post kat twitter ritu. baeklah baeklah akan ummi usaha demi baby. sebab nak baby cerdik dan pantas sikit jangan jadi macam ummi selalu malas :p 


haaaa itu la sodoku yang hari-hari saya menghadap sekarang nie. mula-mula main tue memang sampai berpeluh dibuatnya nak menyelesaikan tue. lastnya saya decide cuba selesaikan puzzle nie kat kertas kosong. mana tau kot dalam hp tue susah sikit nak nampak jalannya :p Alhamdulilah sonok gila bila dapat selesaikan tue *yela orang tak pernah main kan* :p 

sekali tengah syok ngadap menda nie kawan opis mai jenguk "oiiii hang buat pa tu?" terus dia datang dekat bila nampak sodoku nie. terus dia bagi tips macam mana nak selesaikan puzzle nie cepat. cehhhhh rupanya dia pun hantu sodoku. siap semangat gunting puzzle nie kalau ada keluar kat paper =.=

sekarang nie dah sonok pulak layan puzzle nie dari bela pou tue hahahahahaha. selagi tak dapat settle mesti rasa macam mata dok terbayang-bayang kotak-kotak tue, parah!!!!!!!!!!

ummi cuma berusaha yang terbaik untuk baby kat dalam. usaha dan doa agar anak ummi jadi lebih baik dari ummi dengan abi. cerdik macam abi sebab ummi nie malas sikit bukan tak cerdik *nak jugak tue* :p sebalik usaha tue selalu ingatkan diri jangan malas mengaji, bacalah walau sehelai muka surat, didik baby dengan islam dari dalam perut lagi. sangat takut bila tengok keadaan sekeliling sekarang nie. cuma mampu berusaha dan berdoa selebihnya berserah pada Allah. agar anak kami nanti taat padaNya, bila taat pada Dia insyaAllah anak ummi dengan abi akan pegang amanah seorang hamba Allah dengan sebaiknya kan? insyaAllah

20 March 2013

Kisah Khalifah #Check Up kedua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semalam 19 March 2013. check up untuk ummi dan baby. kali nie pergi berdua je. abi keja, padan la muka ummi sape suruh ambik date time abi keja :p malam tue mesej suami tanya kat dia check up bulan depan boleh tak ambik time hari ahad? dia balas "ye boleh, lepas tue keja tau" sebab dia tau bini dia nie kalau dapat duduk sebelah suami sendiri time HARI BEKERJA memang susah nak jauh. hihihihi :p

dah sampai letak buku pink tunggu nama kena panggil. timbang berat naik, dah 41.6 kg. tapi nurse nasihatkan kawal pemakanan tapi jangan tak makan langsung. sebabnya baby awal lagi baru 17 minggu. sepatutnya dia boleh naik sekilo je tapi dah terlebih 600 gram. dikhuatiri nanti kalau terlampau berat ke atau kurang darah ntah. ummi boleh kena sawan. baby tak dapat oksigen dan boleh mengakibatkan baby meninggal. huuuu takutnya dengar. insyaAllah ummi cuba kawal pemakanan dan usaha tambah darah tue. tapi sekarang pun bukan makan banyak sangat. mama saya kata "mesti sebab baru balik kampung makan banyak sangat tak berhenti pasal tue terlebih naik" huuu pandai la mama tue.

selesai timbang berat. ke bilik tujuh untuk ambik darah disebabkan bulan lepas darah saya kurang. yang menakjubkan nurse ambik darah kali nie ummi boleh tengok kalau yang lepas-lepas tue seriau pandang tempat lain.dah selesai ambik darah bawak pegi makmal. dapat je keputusan tengok kat Hgb tue. Allah lagi turun kalau bulan 10.0 tapi bulan nie 9.5. hurm redha jela ape lagi yang boleh buat pun.

selesai kat situ tunggu turn untuk masuk bilik no dua untuk check perut. dah selesai check baru la nurse tue explain macam-macam. pasal berat tadi tue dengan darah yang makin turun nie. agaknya saya tersalah cara makan vitamin yang diorang bagi. sepatutnya kena makan vitamin sejam selepas makan atau sejam sebelum makan dan kena minum dengan jus supaya ubat tue serap dengan cepat. tapi saya lepas je makan terus ambik vitamin dan minum dengan air kosong. oh salah rupanya mana ummi tau. huuu. dan akhirnya nurse tue kata kena pantau tekanan darah dan hgb tue selama seminggu nie. dapat la jadual. 21 march, 23 march dan 25 march nie kena datang klinik untuk ujian tue. kena cucuk lagi. seriau sebab cucuk test diabetis bulan lepas tue lebamnya baru minggu lepas sembuh huuu.

berdoa sangat moga hemoglobin darah saya kembali normal ataupun dapat angka 11.0 pun jadi la. dah tak perlu ditandakan dengan kaler merah lagi. sabtu nie kita datang klinik dengan abi ye sayang ummi.

# oh silap rupanya appoitment selang sehari tue bukan untuk dicucuk tapi untuk test air kencing dan tekanan darah je rupanya. fuhhhhhhhh syukur Alhamdulilah :D

19 March 2013

Kisah Khalifah #Mintak Macam-macam Kat Opah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

jumaat lepas suami habis je keja terus kitorang gerak balik ipoh. dah dekat sebulan tak balik. kekangan masa kerja suami dan diri sendiri yang betulnya huuu. tapi takpe la sebab janji dengan mama pun sebulan sekali insyaAllah kami cuba balik. kalau dapat balik selalu tue bonus :D

bila dah banyak minggu tak balik mula la mereka(merancang) nak makan macam-macam janji mama yang masak :D kalau duduk sendiri macam tak puas pulak nak makan hasil masak sendiri nie, nak mama jugak yang masak baru tak larat nak turun dari kerusi ngadap makanan :p ritu masa tak sihat mesej dengan mama "mamaaa kalau tak sihat nie dapat makan bubur nasik mama pun sedap kan" bubur nasik pun nak mama, dasar pemalas :p

rendang tok

dan tekak sangat teringin rendang tok yang mama buat. nak beli rendang tok kat kedai-kedai tue susah nak jumpa yang sedap dan tahan lamanya. mama jugak la yang paling terbaik :D mula janji dengan mama nanti saya dah balik baru nak masak sesama. sebab nak buat rendang tok nie leceh sikit, nak mengacaunya penat lengan. tapi tengok masa balik jumaat tue mama tanya "nak makan rendang tok? mama dah siap buat tengahari tadi" wahhhhhhhhh bukak je tudung terus jenguk dapur.

tempek pisang

masa pegi pasar malam dengan mama mentua ritu macam ternampak tempek pisang nie. tapi was-was la betul ke tak sebab suami orang penang tak makan benda nie, terfikir jugak orang penang makan ke tempek pisang? tapi malas nak tengok dekat-dekat sebab tempek pisang nie kalau mama buat dah la bau sedap, rasa pun sedap :p elok pulak masa pegi pasar tani dengan mama ritu ada jual benda nie terus cakap kat mama saya nak la benda nie. pepagi semalam mama buat, pepagi lagi mama mintak tolong benyah ambikkan daun pisang kat belakang rumah tue :D

kek karamel coklat oren

yang ini bukan mama tapi saya yang buat sebab tergoda dengan kek karamel coklat oren kak sunah dengan kak shida. tengok diorang punya kek sedap je, teringin pulak. lagi pun perisa nie saya tak pernah cuba. biasanya pandan oren, coklat oren pun not bad!!! rindu nak membaking tapi segan nak membaking kat rumah mentua huuu balik rumah mama papa terus berangan nak buat hihihi. papa siap kata lagi "kamu nie tak letih ke dah malam pun sibuk nak buat kek lagi" ihihihi

trifle

jangan tanya saya macam mana nak buat trifle nie sebab masa mama buat saya tengok dengan mata yang mengantok :p trifle nie tak mintak pun tapi masa pegi mydin ritu mama cari pandan roll tue saya pun tanya la nak buat pe? dah anaknya yang memboyot nie tanya haruslah masa saya ada benda nie siapnya :p

air tangan mama sakura :D

ada rendang pedas udang galah, rendang ayam telur, rendang tok, pucuk ubi dan terung rebus beserta sambal belacan. eh semuanya pun rendang nampak sangat selera rendang kuat sangat time preggy nie :p sebenarnya semua gambar yang dok ambik pastu tayang kat pesbuk sebab nak membakar perasaan kakak dengan abang lang yang duduk kat banting tue. selalunya bila time diorang balik saya takde kat rumah bukan main ligat lagi diorang tag masakan mama kat saya. sekarang nie rasakannnnn hahahaha :p

terima kasih mama masakkan macam-macam kat saya selama dua hari balik. sepanjang masa makan. sampai suami cakap "abg dah kenyang la yang, dari tadi lagi awak sumbat macam-macam sampai abg dah tak larat nak makan dah nie" masa saya ajak dia makan tempek pisang kat dapur. mama gelak je masa dengar suami cakap macam tue :p dan pakngah baby pun sempat singgah beli jagung madu kat tepi jalan tue untuk adik dia yang sorang nie. takut adiknya teringin nak makan jugak la kot. hihihi. mekasih ye pakngah, tok, opah buatkan macam-macam tuk ummi dengan baby :D

dan tak lupa terima kasih kat kak shida yang singgah hantar donut dengan pau frozen untuk saya dalam perjalanan dia ke ipoh jumaat lepas. malangya gambar terlupa nak ambik huuu. nanti la bila dah goreng jap lagi saya tunjukkan. terharu dengan susah payah akak hantar dan ingat kat adik akak sorang nie, huu mekasih sangat ;) rezeki ummi mengandung sepanjang weekend nie murah betul. makan je tak sudah hihihihi.

bila lepak berdua dengan mama sebelum balik tue. cakap kat mama "petang nie dah nak balik, kejap je rasa. bila pulak ntah nak balik sini". dah tue mama pujuk katanya "ala kejap je, nanti sedar-sedar dah kamu cuti 3 bulan balik bawak anak pulak" :) 

18 March 2013

Rumah Mentua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

selalunya kalau orang yang dah kawen nie samada suami atau isterinya mesti kalau boleh nak elakkan dari tinggal di rumah mentua kalau rumah mak sendiri takpe :D itu jugak la antara benda penting yang saya dengan suami decide sebelum kitorang kawen dulu. Alhamdulilah dedua pun setuju nak bina hidup kat rumah sendiri. tapi takdir belum menyebelahi kitorang untuk tinggal sebumbung setiap hari makanya terpaksa la tumpang sekejap kat rumah mentua saya, suami hari-hari la tumpang dah dia keja sana. saya tumpang hari weekend je weekday balik rumah sewa sendiri.

ingat mudah ke nak tinggal serumah dengan mentua hari-hari? kalau untuk sementara waktu tue mungkin boleh terima lagi tapi kalau untuk selamanya rasanya tak ramai yang mampu laluinya. kecuali atas sebab yang tersendiri. mentua tak sihat contohnya takde sape nak jaga dia, atau mentua ada anak sorang tue je anak tunggal mungkin atas sebarang sebab yang munasabah diterima akal mungkin boleh nak tinggal sekali selamanya.

tapi setiap orang lain pendapat dan pandangan kan? ini cuma dari pandangan saya jela. tapi bagi mereka yang boleh tinggal dengan mentua nie saya salute sangat, memang tabik la dengan diorang. macam saya sendiri(saya tak suka ambik contoh orang lain), saya akui bukan mudah untuk saya lakukan benda tue. kenapa? sebab saya nie ummi yang berkerjaya dan berulang penang-alor setar setiap minggu. badan penat, otak pun letih adakalanya hari minggu la hari untuk saya tidur cover segala tenaga yang dah diguna sepanjang minggu. kadang bila terbabas tidur tue Alhamdulilah mentua saya paham, siap suruh saya naik tidur kat bilik lagi bila nampak saya dah macam dugong terdampar kat ruang tamu tue. tapi sebagai seorang menantu dan orang luar(terasa kat diri sendiri je nie) seharusnya la saya segan dengan mentua. kalau dengan mama sendiri memang mama paham sangat dah perangai anak dia sorang nie :p

lagi satu saya nie seorang yang suka memerap dalam bilik sendiri. dari zaman sekolah sampai la sekarang nie memang ini tabiat saya. kalau kat rumah sewa pun saya macam tak wujud je sebab saya tak suka nak lepak kat ruang tamu tengok tibi,entah la memang tak suka tengok movie drama semua tue lebih suka golek-golek atas katil tidooooo. haaa memang tido tue tabiat yang tak boleh dilupakan sejak dari dulu kala la huuuu. tapi mai dah mengandung nie tak boleh nak tido sangat nanti otak baby tak berkembang, tak leh dapat oksigen kalau ummi asyik membuta je. haa tengok tue baby ummi dah berkorban tuk awak nie, sila berbangga :p ok sambung balik point asal yang kedua tadi. bila dah duduk rumah mentua takkan la nak merap dalam bilik tak bercampur dengan family kat bawah kan? saya boleh tahan duduk luar bilik dalam sejam dua macam tue je lepas tue mula la jadi dugong yang laparkan bantal. pasal tue jugak la mama dengan ayah mentua suka suruh saya naik atas tido. ngehngehngeh tak sopan betul menantu sorang nie :p

bab memasak pulak. family mentua orang penang dan cara mama mentua masak tak sama dengan saya. kadang saya masak jugak bila tekak teringin nak macam-macam tapi sebab cara tak kena dengan mama masak. kadang makanan jadi membazir, saya pun jadi malas nak masak serah je kat mama dan saya tolong jagakan anak ngasuh mama sementara mama tong teng tong teng kat dapur tue. bukan malas tapi taknak la paksa diorang makan benda yang diorang tak biasa makan. lagi pun kat rumah tue menu yang paling masuk dengan semua orang adalah kari. kari saya dah tentu tentu la tak boleh lawan kari mama. jadi demi tak nak menghampakan harapan family mentua di meja makan saya pun tak menyibok la di dapur mama. time sarapan pagi jela saya nak memasak pun. tapi segan la jugak dah jadi bini orang nie. makan suami kan saya kena jaga nanti apa pulak kata suami dengan mama mentua. mama mentua kata "xpe la bukan susah pun mama nak masak, sat je nanti ira tengok dah siap, pi la duduk tgk tivi kat depan tue" suami kata "xpe la nanti bila syg rasa nak masak pape syg masak jela" tapi saya sendiri yang susah hati. kalau kat rumah sendiri senang la kan nak buat apa pun. suami memang jenis tak kisah dan tak cerewet tapi itu ceritanya kalau duduk berdua tapi bila ramai nie saya mula jadi susah hati lebih. huuuu

haaaa itu jela sebahagiannya kang kalau letak banyak lagi jadi cerpen pulak entry saya nie :p sebab tue masa mama cadangkan abang saya dengan bakal kakak ipar duduk serumah dengan mama lepas diorang kawen nanti saya tak setuju. sebab saya paham. dah kawen kita nak ada privasi sendiri. nak lepak dengan suami depan tibi, nak main kejar-kejar dengan suami dari dapur bawak ke ruang tamu. takkan la nak main aci ligan tue kat rumah mentua memang ada mentua yang tak kisah tapi kita yang orang luar nie mesti segan kan.

bukanlah saya membangkang teruk-teruk dan benci tinggal kat rumah mentua nie. tak langsung. suka duduk reramai meriah rasa rumah. macam rumah mama saya bila anak menantu cucu dia balik. tapi ada masanya kita tetap nak ada privasi sendiri dan nak bina hidup sendiri macam mak ayah kita yang bina hidup diorang sendiri dulu. mentua saya dengan mentua suami memang sangat baik melayan kami berdua. layan macam anak sendiri. back up menantu bila time anak sendiri membuli.hihihi :p Alhamdulilah syukur sangat. moga hati kami berdua dilapangkan seluasnya untuk berbakti pada kedua ibu bapa dan mentua kami masing-masing. amin


itu mama mentua saya. alkisahnya gambar nie suami dengan adik adik ipar dok bergambar dengan mama sorang demi sorang. dah tue saya yang dah penat nak berdiri buat la permintaan "mamaaaa, ira nak jugak tangkap gambar ngan mama, tapi ira tak larat nak bangun jalan dah, apa kata mama mai duduk atas nie kita tangkap gambar" nampak tak punya tak senonohnya budak sorang nie? :p nasib baik mama mentua pun jenis sporting layan je perangai pemalas menantu dia nie hihihi :p

#sedang mendraft entry makan-makan kat kampung saya ritu. tak sabar nak sharing2 :p

14 March 2013

Kisah Khalifah #Baby Dah Mula Tunjuk Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

haaaaa tajuk kemain panjang, tak reti nak jadikan pendek nanti maksud tak sampai =.= MummyGk selalu tanya "perut ampa nampak dah?" nampak nampak sejak dari azali memang dah nampak perut tue kat situ tak pernah lari kemana pun ngehngehngeh :p

sekarang baby dah masuk 15 minggu 5 hari sabtu nie nanti cukup la usia dia 4 bulan dalam rahim ummi  Alhamdulilah. Selasa ritu ada mesyuarat kat ofis nie kengkawan ramai la yang datang semua pakat tegur “eh perut dah bulat” “perut dah nampak la” saya senyum je lepas tue terus lari bila ada yang nak ‘pegang’ baby kecik nie. Huwaaaa tetiba rasa geli. sebab tue suka pakai baju besar-besar takde orang perasan budak kecik kat dalam nie, ummi je yang nampak :D

Kalau dulu budak kecik nie memang susah nak tunjuk diri, time ummi duduk sorang kat rumah sewa nampak la dia, kalau ada abi dia mesti menyorok. Abi kata “dia malu dengan abi leteww” =.= Alhamdulilah sonok bawak dia nie, susah hati ke kena nasihat dengan abi ke gosok-gosok perut. Terus rasa sejuk sikit hati.

Due date dia dokte jangakan 31 ogos nanti. Bila kengkawan yang tau tue semua pakat kata “bestnya kalau baby keluar betul time tue, baby merdeka mesti banyak dapat hadiah” saya senyum je. “nanti tahan kalau dia nak keluar awal, kalau dah lambat induce!!” hamboiiiii!!! Tau diorang bergurau je tue. Tapi saya dengan suami sentiasa doa cakap dengan baby. Baby keluar la time bila pun ummi dengan abi terima dengan perasaan syukur dengan gembira yang teramat sangat, ummi dengan abi sentiasa doa moga baby keluar dalam keadaan yang sihat dan sempurna segalanya. amin

kalau dia keluar 2 minggu awal betul-betul lepas raya, kalau dia keluar lambat, 4 september ke dah sama dengan papa(papa Zulaikha dan Afiq),abang ipar saya tue "tak nak aku sama dengan anak kome" hahahaha kurang asam abang lang nie!!!!

#dalam keluarga kami panggilan ibu/ayah untuk along/suami along dan panggilan mama/papa untuk kakak/suami kakak. menggantikan panggilan maklong dan makyang ;D

#tips untuk elak kekejangan atau kesakitan pada betis dan peha ibu mengandung. jangan duduk silang kaki selalu. peringatan untuk ummi nie huuuu ;( 

13 March 2013

Kisah Khalifah #Minggu Ke-15

Assalmualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah syukur kejap je dah membesar budak kecik kat dalam nie. dah 15 minggu pun. minggu depan cukup empat bulan, lepas tue kita gi check up ye baby sayang ummi abi. setiap hari sabtu mesti saya akan bagitau suami "hari nie anak kita dah masuk minggu baru" :D

sepanjang 15 minggu membawak si dia kat dalam. banyak pahit manis yang saya lalui. nak kata merungut tue tak sangat kot sebab tengah bergembira menikmati saat-saat membawa dia bersama di dalam rahim. bukan semua wanita akan merasai pengalaman yang sama, ada yang berbeza kalau tak silap saya la. 

sepanjang trimester pertama Alhamdulilah saya sihat dan boleh berkerja tanpa di uji dengan alahan. masuk trimester ke dua saya sedang bergembira dengan berbagai ujian yang datang. dalam bulan march nie je saya dah tiga hari cuti sakit. sakit yang bukan sebab malas nak pergi kerja tapi memang sangat tak sihat untuk melakukan kerja. sangat meluat bila ada yang pertikaikan cuti sakit saya kat ofis nie. Lastnya buat tatau dan tak payah layan je kalau layan nanti confirm sakit hati. 

dalam saat membawa si dia dia nie. banyak rutin makan saya yang biasa dah berubah. kalau dulu nak makan nasi putih tue mesti nak ada kicap sekali. sekarang nie kicap pun saya tak pandang dah. kalau nasi ada kicap mesti tak berapa lalu nak makan, kalau kosong tanpa berwarna hitam tue laju je boleh masuk. 

suami sungguh-sungguh doa saya boleh makan sesuatu nie. DURIAN. katanya benda lain dia kurang kisah kalau saya boleh makan ke tak sekarang nie. satu je yang dia doa saya boleh makan iaitu durian. hahahahaha. saya gelak je bila dia bagitau tue. kadang sian jugak dekat suami. dia nak makan durian mesti jauh dari saya. dan siap makan terus gosok gigi tak nak bagi ada bau. kesian kat suami tapi nak buat macam mana dah memang bini dia nie tak lalu hidu dan makan durian huuuuu ;(

dan sekarang tak berapa nak boleh bau perfume sangat. suami sampai merajok la bila saya tatahan bau body spray dia tue "yela sekarang abang tak boleh nak wangi-wangi dah" sambil campak botol dia tue. hahahahaha lawak betui la suami saya nie. awak tak pakai perfume pun sentiasa wangi kat hidung dengan hati saya nie yayang ;)

sedang tak sabar menunggu saat boleh rasa si kecik nie menendang kat dalam. abi pun mesti tak sabar tue ;)

#terima kasih pada semua yang bagi kata semangat untuk entry semalam :)

12 March 2013

Kerja, takde kerja yang senang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

seingat saya belum pernah lagi saya cerita details pasal kerja saya dekat bumi kedah nie kan. tiga tahun beberapa bulan dah saya berkhidmat di salah satu jabatan di bawah kementerian pertanian dan industri asas tani, sebagai customer service di sini. duduk di kaunter sebagai frontliners yang selalu di sebut imej hadapan jabatan, berurusan dengan orang ramai dan yang paling MENGGEMBIRAKAN berurusan dengan rakan sekerja. 

sesape je yang tengok kerja saya memang orang akan kata "alahhhh setakat duduk, keja senang je, takde keja" saya malas nak lawan kata, cuma kalau nak tau senang atau tak duduk saja nie mai la saya bagi peluang jaga sini, tak lama pun cuma sehari di antara waktu hari isnin sampai khamis. sebab tue saya selalu kata, kerja apa pun semua memerlukan cabaran dan usaha walaupun hanya kerja tukang sapu. tetap ada payahnya. saya suka katakan. bekerja dengan mesin lagi senang dari kerja dengan orang. untung-untung kalau mesin buat hal boleh jugak sepak terajang mesin tue tapi kalau orang nak sepak terajang orang memang la mampu tapi kang jadi kes tatatertib pulak dah.

biasanya staff yang berkerja di bahagian kaunter nie dua orang. tapi untuk jabatan saya tidak, satu negeri sorang atas alasan tue la permohonan pertukaran saya tidak dipersetujui. tak kisah la kan. dah tertulis rezeki saya kat sini, saya redha dan bersyukur jela. tapi satu yang jadi isu lepas saya mengandung. kekerapan saya ke tandas. bos suruh bagitau mintak tolong sesape untuk ganti tempat saya sementara saya ke bilik air tue. hoiiiii dah orang mengandung pagi je berapa kali nak ke toilet? petang lepas waktu lunch tak kira lagi. pergi pun bukannya bertapa lama setakat 3 minit lepas tue duduk tempat balik. takde keja saya nak layan diorang tue. mampu pulak nak tahan buang air, nak muntah sementara tunggu orang lain ganti tempat nie?

ada lagi satu isu. isu cuti hari ahad. sedangkan cuti tue saya gunakan cuti rehat sendiri. kenapa saya kena cuti hari ahad? kat kedah hari ahad adalah permulaan hari untuk berkerja setiap minggu sedangkan hari ahad adalah hari cuti suami saya. dah la nak mintak tukar tak dapat. bila apply cuti rehat sendiri untuk bersama keluarga pun sibuk nak dijadikan isu? adoiiii tak paham. memang la bila saya cuti atau mc diorang kena carikan seseorang untuk ganti tempat saya, tapi apa yang saya paham salah sorang dari staff pentabiran kewangan seramai 12 orang tue boleh diarahkan untuk ganti tempat saya nie. isu mc nie satu hal jugak. dah tak sihat nak pegi kerja tak kan la nak gagahkan jugak datang ofis, buatnya pengsan dekat ofis jadi satu hal lain pulak nanti. itupun bila rasa diri mampu buat kerja dalam tak sihat tue tetap jugak datang ofis walau badan still rasa tak larat yang teramat sangat. 

masalah kat sini takde team work. saling nak menolak kawan sekerja jatuh ke dalam lubang dan lepas tue tunjuk yang diri sendiri terbagus dan pandai buat semua kerja. sungguh sangat bosan kerja dengan persekitaran macam nie. kalau bukan sebab kerja nie kerja untuk menjamin masa depan saya dan keluarga rasanya saya dah berhenti dan cari kerja lain yang boleh duduk dekat dengan suami dan lebih baik dari yang ada nie. kalau nak disebutkan buruknya staff yang lain boleh je saya nak laporkan kat pihak HQ sana tapi malas. biarlah Allah je yang takdirkan macam mana. saya cuma mampu berdoa moga Allah lindungi saya dari mereka yang suka menzalimi, kerana saya berkerja kerana Allah demi mencari sebahagian rezeki untuk kami semua. amin.

11 March 2013

Alhamdulilah Empat Bulan Sudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah dah empat bulan pun perjalanan rumah tangga saya dengan suami. syukur yang tak terhingga atas nikmat yang Allah kurniakan pada kami berdua. berdoa moga kasih sayang dan cinta yang tercipta atas kalimah Allah ini berpanjangan hingga ke taman-taman syurga hendakNya amin.

selalu tersenyum sorang-sorang bila teringat saat hari pertama ijab dan kabul. saat suami masuk ke kamar pengantin kami bersama kata-kata "mana isteri saya? saya nak solat sunat dengan dia" dan saat solat berimamkan dia, saat air mata keduanya jatuh berjurai tanda kami bersyukur teramat sangat dengan kurniaan Yang Maha Esa. sungguh sampai sekarang mata bergenang bila teringatkan moment yang indah tue ;)

doa suami saya aminkan bersama :D

masam manis rumah tangga tue semua yang berkahwin akan merasanya. cuma pandai-pandai la bawak berbincang bertolak ansur sesama sendiri, pesan mama saya. Alhamdulilah bersyukur dikurniakan suami yang memahami. yang boleh diajak berbincang yang boleh dibawak berunding demi membahagiakan rumah tangga sendiri. syukur Alhamdulilah moga kami sama-sama belajar dan berusaha memperindahkan rumah tangga yang kami bina.

lagi manis bila setiap hari sama-sama berkongsi perkembangan buah cinta yang sedang membesar di dalam. "baby tengok tue abi marah ummi" "baby sekarang nie abi tak boleh nak gurau kasar sikit mula la ummi tue merajok je" haaa boleh je ngadu kat baby yang entah dengar tak kat dalam tue. yang penting lepas tue dedua pun senyum-senyum dan ketawa ;)

berkati dan rahmatilah rumah tangga kami Ya Allah, amin ya rabbal alamin

07 March 2013

Baby Jenjalan Lagi

Assalamualaikum Salam Sejahtera

ada satu pangai saya yang kadang boleh disifatkan hodoh la jugak kot. kalau nak kan sesuatu benda atau apa jer mesti kalau boleh nak secepat yang mungkin atau bahasa mudah nya nak jap tue jugak. selalunya seboleh mungkin berdikari dapatkan benda tue sendiri tapi kalau tak mampu mula la buat muka lima kupang mintak kat orang terdekat, yang terdekatttt sekarang nie suami la :p

sekarang nie kain kurung saya semua dah ketat. yela sebelum nie buat kain memang cukup2 pinggang jela. ritu pegi klinik nurse nasihatkan cari kain yang longgar dari yang sekarang. sebab baby nak membesar, bagi ruang untuk dia membesar dengan selesa. dan memang betul sangat selesa diri sendiri bila pakai skirt yang tak payah kancing tue. selalu bila lepas makan terutamanya mesti rasa sesak perut huuu

macam mana caranya nak selesa pakai kain kurung? errr rasanya memasing tau kot. ganti la pin lampin baby tue dengan cangkuk sedia ada. pin kain dengan keselesaan awak sendiri. dan disebabkan saya rasa nak gantikan kain kurung dengan sejenis kain/skirt lain, saya pun merengek-rengek la ajak suami ke padang besar nak beli skirt yang sesuai untuk ibu mengandung.

bukan lah kat tempat lain takde, ada tapi saya nak jugak kat situ sebab murah dua kali ganda. sejenis kain yang sama kat sana baru RM20 kalau kat sini mencecah RM39 huuu dah boleh beli dua tue. sebab saya nak beli beberapa helai dan suami pun nak beli jersi dia, dengan alasan tue la saya ajak suami ke sana weekend lepas :p

memang plan awal tahun dulu suami ajak ke padang besar nak bawak family dia berjalan ke sana, tapi dari minggu ke minggu takde bergerak pun plannya. kalau tunggu suami yang plan rasanya memang ke sudah la takde perginya. yela dia kan busy je manjang biarlah saya yang tak over plan kan aktiviti kali nie :p

mama mentua mulanya malas nak pegi sebab bajet nak ke sana pun dah boleh kaver harga kain yang saya compare kan tue kan? tapi sebab suami, adik adik ipar pun nak shopping barang diorang berbaloi la jugak kalau pegi pun kan? :p dan Alhamdulilah sabtu lepas sampai la ke sana. sampai la hajat saya nak beli apa yang diidam tue, yang banyak shopping pun adik adik tue la, saya dah dapat apa yang saya nak saya dendiam jela makan mempelam yang jual kat situ hihihi

sebelum pergi tue mama saya pesan dah jangan borong sakan!!! hihihi. saya dah tetapkan target apa yang saya nak, congak-congak harga sikit bawak duit RM200 je itupun melebih sebenarnya, sebab boleh beli benda lain yang tak masuk dalam list awal tue, bab makan tak payah risau, suami kan ada boleh support :p



sempat la jugak bawak diorang solat kat masjid kuala perlis dengan makan-makan kat tepi tue. tapi spoil sebab makanan lambat sampai(diorang terlupa) walaupun dah oder sebelum pergi solat lagi =.= komen untuk masjid yang cantik tue. semuanya perfect cuma satu je yang kurang. ruang solat wanita terlalu open, kalau boleh letakkan tirai untuk ruang tue kan lagi molek, senang jemaah wanita nak salin telekung. :)

06 March 2013

Kalau Dulu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ada sesape perasan tak saya takde banyak hari kat sini? ke takde yang perasan? kalau takde tue maknanya saya yang berperasaan sorang-sorang la =.= sekarang nie keadaan kesihatan sangat la tak mengizinkan. nak hupdate entry pun rasa nak muntah dengan tenet yang slow, lappy yang problem lagi la menjengkelkan hati nak duduk melepak kat sini.

selalu orang kata kalau bencikan seseorang jangan benci sangat takut nanti jatuh sayang. dan macam tue la jugak sebaliknya. disebabkan rindu tapi suami tak bagi balik penang atas sebab kesihatan saya yang selalu on-off sihat sakit sekarang, maka izinkan saya mencoret sepatah dua kata disini. maaf kiranya ada yang rasa saya annoying, tapi nak jugak tulis kat sini nanti senang nak baca balik almaklumla orang tak sihat kalau tulis diari bukan je orang lain tak paham dengan saya sendiri pun tak paham jugak =.="

dulu masa baru-baru kenal dengan suami dekat group KBU tue rasa sangat arghhhhh letih la dengan budak nie. dah la banyak cakap (seyes dia memang sangat banyak cakap) dan sangat geram sebab dia sangat suka membuli dan kacau orang lain kat dalam tue. Sape kenal suami saya akan tau la macam mana perangai suami saya tue. Tapi dah orang suka membuli tak kan nak biar pulak kan, mesti la melawan(tapi selalu pun kalah) :p

pestime jumpa dia masa gath kat tanjung asam dengan bebudak KBU la jugak(selalu kalau kitorang berjumpa memang time gath jela) memang dah tau dia nie seorang yang banyak cakap tapi selalunya bila luar dari medan maya tue tak expect la  akan serupa macam sebelum nie. Rupanya lagi banyak cakap dari yang dijangka huuuuu nanges :p

tapi orang kata tak kenal makan tak cinta, dah kenal nak bercinta jela pagi petang Ehh jangan salah anggap. Bercinta pagi petang dah lepas nikah ok. Tak nikah lagi takde masa nak layan sangat :p sekarang nie kalau dia senyap saya pulak sunyi mesti tanya “nape senyap je nie?” haaa kan dah pelik tue. Sebenarnya mulut dia takde la 24 jam bercakap tanpa henti, ada masa memang dia sunyi. Time tido dah tentu la kan :p time dia susah hati, time dia tengah serabut, ada la time-time dia jadi takde la susah sangat untuk saya paham kalau masa tue adalah masa untuk dia bersendirian tanpa gangguan dari saya.

Dan bab membuli tue memang tak boleh nak elak bila dah kawen. Selalu kalau saya dah berada di ambang kekalahan akan keluar ayat nie “awak nie tak baik buli ibu mengandung tau” haaa gitewww :p

Dan sekarang bila jauh dengan suami mula nak demam tak sihat. Demam rindu la hoiiii SILA MUNTAH :p macam semalam bila suami tak kasi balik penang dah mula sebek, air mata menitik satu satu. Mujur la dia paham yang sekarang nie isteri dia hati tisu nipis. Mudah koyak cepat-cepat la pujuk bagi tau reason kenapa tak diizinkan balik. Kalau tidak ada yang merajuk tak nak balik weekend nie (boleh percaya ke :p)

Dan pepatah melayu tue buat saya tersenyum sorang-sorang. Dan sekarang jatuh sayang jatuh cinta dan bersyukur dia yang dijodohkan buat saya. Bersyukur yang teramat sangat. Awakkkkkkkk saya sayang awak ;)

#Pray for Lahad Datu, moga dilindungi sekalian mereka yang tinggal dan mempertahankan disana. amin 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...