Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

25 September 2013

Pengalaman Bersalin Anak Pertama #Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

maaf dah lama tak berkunjung ke blog kalian. saya ummi baru, baru berpengalaman menjaga seorang khalifah banyak yang perlu belajar terutama berkenaan masa. Uwais pulak jenis yang manja dan merap memang susah nak berjauh dengan dia. tengah belajar asuh yang terbaik kalau tidak susah ummi nak kerja nanti huuuu. ini pengalaman saya sebelum dan semasa melahirkan si kecik nie dulu, sungguh tiap detik dan saat tak pernah saya lupa. terus ke pengalaman jela ek, ini pun tengah si kecik tue tido boleh la curi-curi jeling belog ;)





Jumaat : 30 Ogos 2013

Malam lepas isyak dah mula rasa perut tegang dan mengeras. Tapi lama-lama sekali baru rasa. Masa tue suami ada kat penang lagi. Ikutkan besok lepas selesai kenduri sepupu suami baru nak balik ipoh. Tapi saya mesej suami mintak dia balik malam tue kalau boleh sebab rasa macam masanya dah sampai. Pukul 2 pagi macam tue suami sampai depan pintu rumah.

Sabtu : 31 Ogos 2013 (due date)

Suami sampai je masa tue dah mula sakit lebih kerap. Dalam 5-10 minit macam tue. Tapi sebab boleh tahan lagi dan kesian ke suami dan mama papa postpond dulu nak ajak ke hospital. Tidur memang tak boleh langsung. Asal baring je lagi tak tahan sakit baby mengeras dalam perut. Yang mampu duduk bersandar dan on9 (sempat lagi kan? :p)

Masa dalam pukul 3 pagi lebih macam tue rasa memang tak boleh tahan dah. GKSB suggest pegi hospital masa tue jugak sebab ikut pengalaman ummi dia dulu sakit macam saya rasa tue dah tiba waktu bersalin. Takut kalau lambat nanti baby lemas dalam perut. Dalam pukul 4 saya kejut suami ajak ke hospital. Mama papa pun pegi sama.

Nurse buat CTG untuk tengok pergerakan jantung baby, alhamdulilah normal. Masa tue saya takde turun darah atau air lagi. Cuma perut rasa sakit mengeras. Dalam buat CTG sempat mesej-mesej suami bagitau perkembangan semasa saya. Dokte check bukaan baru 1cm. dokte suruh balik dulu dan kalau ada pape tanda atau contraction yang kuat terus datang hospital. Saya pun sempat la lagi ajak suami, mama dengan papa makan roti telur dulu. Suami gelak, gosok-gosok kepala saya je masa saya mesej boleh balik rehat dulu “yeayyyy boleh makan roti telur dulu” kata saya :p

Masa dah balik rumah tue ambik kesempatan tido dalam dua tiga jam dulu, yela sepanjang malam tadi langsung tak boleh nak lena. Dalam pukul 4 petang macam tue dah mula keluar tanda darah. Macam period hari-hari terakhir. Contraction pun dah kerap dalam 5 minit sekali macam tue. Suami dah gesa ajak ke hospital. Sebelum ke hospital sempat mintak maaf dengan mama papa dan adik badik. Masa tue memang tak boleh tahan sebak dan air mata. Masa peluk abang saya dia kata “kamu mesti kuat tau” lepas tue dia cium saya. Papa mama pun tiupkan kata-kata semangat. Ayah dengan mama mentua dah mintak maaf sesiap sebelum saya balik bercuti ritu.

Petang tue sampai je hospital. Ulang semula proses sama macam pagi tadi. CTG, scan perut, soal selidik dari dokte, check bukaan serviks baru 2cm. masa kat hospital memang darah makin banyak turun. Dokte tanya kalau nak balik dulu pun boleh. Kalau ikut kata nurse labour room tue katanya bila dah datang hospital dua kali hari yang sama memang kena tahan wad tapi mungkin factor patient ramai dan wad penuh saya boleh balik dulu. Bila contraction kuat yang sampai saya tak boleh nak senyum atau cakap dengan sesiapa tue datang baru saya datang hospital kata dokte yang bertugas masa tue.

Sampai je kat rumah saya dah tak boleh duduk, berdiri ataupun baring. Cuma berpaut pada suami. Memang takde satu saat pun yang saya tak berpaut pada dia. Sampai dalam toilet pun berpaut pada dia sebab rasa macam nak buang air besar yang yayik keras tue. Mama takut nak bagi saya sorang dalam toilet takut terbersalin dalam tue. Yang saya ingat masa tue saya Cuma boleh menonggeng je untuk hilangkan sikit rasa sakit tue. Masa petang tue sempat la suami buatkan air selusuh untuk saya. ayah sedara saya pun sempat buatkan air selusuh. Minum dengan sapu jela air selusuh tue untuk tambah semangat dalam diri. mulut memang tak henti baca ayat kursi dengan ayat Nabi Yunus. Segala apa surah yang terlintas dalam kepala pun baca je masa tue. Suami tau bila makin kuat tangan dia saya genggam, dia tau sakit yang rasa pun makin kuat.

Maghrib tue saya cakap dengan suami nak duduk bawah pancuran air dalam bilik air. Teringat yang Liza cakap mandi boleh hilangkan sakit tue sikit. Alhamdulilah memang hilang sikit walaupun bukan semua. Suami jadi pak guard tunggu saya ‘bersiram’ dalam bilik air tue takut jadi pape kat bini dia. Lepas mandi cuba nak baring sebab rasa penat sangat tahan sakit contraction tue. Lepas je suami solat cakap kat dia nak pegi hospital. Lepas azan isyak terus suami dengan mama bawak saya ke hospital. Sampai hospital nurse nak buat CTG lagi sekali tapi saya kata tak larat nak bangun dah. Turun kereta pun suami tolakkan atas kerusi roda sebab tak mampu nak berjalan dah. Lepas check bukaan dokte kata masih 2cm. Allahuakbar!!!

Sebab high contraction dokte suruh tolak terus ke labour room. tapi Sementara nak tunggu dokte check segala macam sebelum kena tolak memang rasa teran baby keluar dah. Dokte kata jangan teran nanti saya lagi susah nak bersalin bila kepala baby masuk angin. Sampai je kat labour room diorang letak peralatan CTG tue kat perut untuk pantau pergerakan jantung baby. Contraction rasanya datang dalam 2 minit sekali. Saya dah rimas ada benda CTG tue. Bila perut mengeras memang rasa lagi sakit sebab gam yang lekatkan benda alah tue pun menegang sama.

Suami dengan mama mesej memang langsung tak boleh nak balas. Duk menahan sakit je. Pukul 11pm tak silap nurse datang check baru 5cm. saya rasa masa tue saya dah macam apa je duk menahan sakit yang amat sangat. Setiap kali dokte berbeza masuk bilik tue check report saya mesti akan tanya soalan yang sama. Rasa nak marah sebab saya tengah tahan sakit diorang pulak tanya soalan yang sama. Terfikir masa tue tak boleh ke refer report dokte sebelum tue je? Mintak ubat tahan sakit diorang kata tak boleh bagi lagi selagi dokte tak tengok report CTG. Tak pasti pukul berapa diorang cucuk ubat tahan sakit kat saya, tapi yang pasti ubat tue memang tak boleh nak tahan diri saya dari rasa sakit contraction tue.

Ahad : 1 September 2013

Dalam 12 tengah malam tue nampak suami masuk bilik saya rasa macam nampak malaikat yang datang nak selamatkan saya, walaupun dasarnya malaikat memang ada je kat sekeliling saya. Sungguh masa nampak suami masuk tue rasa separuh semangat datang balik. Terus dia pegang tangan dan peluk saya. Mintak suami air sebab tekak rasa kering sangat. Suami tanya nurse dulu, ikutkan kata nurse tak boleh bagi saya air sebab nanti kalau in case saya tak boleh bersalin normal kena tunggu 6 jam dulu sebelum operate kalau dalam badan banyak air. Tapi sebab sifat kemanusiaan, sister tue izinkan suami saya bagi air 10ml sikit-sikit kat saya. Sebelum tue nurse ajar cara nak hilangkan sikit rasa sakit contraction. Tarik nafas panjangggg dan lepas perlahan-lahan. Saya teringat cara-cara bersalin yang saya study sebelum nie. Sambil bernafas tue saya selitkan zikir Allahhhhhh hu-akh-bar.

Dari pukul 12 lebih bawak ke 2 pagi tue memang saya mintak suami sapukan air kat perut saya bila contraction datang. Untuk hilangkan rasa sakit. Tak kisah dah kalau kena marah sebab benda CTG tue tercabut pun. Sebab sakit sangat. Asalnya diorang anggarkan saya bersalin dalam 3.30 pagi macam tue. Dan sementara tunggu dokte bertugas datang. Tapi pukul 2 pagi tue cakap kat suami saya nak teran. Tak tahan sangat rasa nak teran nie. Suami terus panggil nurse. Nurse check bukaan dah 9cm. terus diorang sedia peralatan nak bersalin sebab dah tiba masanya.

2am-5am (high contraction & masa meneran)

Masa nie saya dah start meneran. Sambil bernafas cara yang sama dengan nurse ajar. Sister yang menunggu depan pintu rahim saya bagi kata-kata semangat untuk teran. Sambil tue suami pun sama bagi kata-kata semangat sambil pegang kuat tangan saya. Bila nafas tak panjang saya berhenti teran dan anak pun masuk semula ke dalam. Bila contraction terasa sangat kuat saya terus meneran. Tapi hampa bila nafas tak panjang dan saya tak pandai nak teran.

Nurse bagi masa sampai 5.30 am. Kalau saya tak Berjaya teran baby sampai keluar diorang nak forsep baby saya. Sementara saya teran dan dengar nurse dengan suami kata kepala baby dah ada kat pintu rahim. Saya pun cuba rasa pintu rahim saya sendiri. Ye saya dapat rasakan rambut anak saya dari dalam. Terus saya teran sehabis tenaga. Tapi masih tak Berjaya. Akhirnya dalam pukul 5 macam tue ketiga-tiga sister nurse tue suruh suami saya keluar, mungkin diorang tengok bila ada suami saya manja, dan mungkin dengan kesiankan suami saya yang kat luar saya boleh jadi lebih kuat. Lepas je suami keluar saya teran sehabis tenaga dan daya. Tepat jam 5.17am alhamdulilah kepala anak saya Berjaya keluar. Terus dorang panggil suami masuk untuk tengok saat tue. Nurse kata teran lagi sikit untuk keluarkan bahu baby dan terus diorang tarik anak saya keluar.

Lega teramat sangat bila dah dengar suara khalifah saya menangis. Masa diorang angkat dia ke saya nampak tangan dia dah macam nak biru. Mungkin sikit lagi nak lemas, syukurlah semuanya selamat. Saya sempat cakap kat baby “ummi mintak maaf, ummi tak pandai teran, baby lambat keluar”. Lepas tue diorang bawak nak cuci baby dan mula lah proses menjahit luka saya. Sakit menjahit luka tue tak terasa sangat sebab sakit bersalin tue lebih lagi. Lepas selesai je khalifah saya keluar terus suami cium dahi saya cakap dia sayang dan cintakan saya. Ye sesungguhnya Kata-kata tue menambah kekuatan dan semangat saya. Terima kasih suami.

Apa yang saya tak boleh lupa bila saya merayu mintak dokte operate saya sebab tak tahan sakit contraction. Nampak muka suami nak marah. Katanya, “abg tak nak syg sakit lagi lebih, bawah dah sakit takkan atas pun sakit jugak. Nanti abg yang sakit hati bila tengok syg sakit”. Dan ayat yang tak boleh lupa masa saya menjawab kata-kata dia. “syg nie sakit sampai rasa nak mati dah tau tak” huuu garangnya saya masa proses nak bersalin ritu. ampunkan isterimu ini wahai suami.

Lepas je selesai semua terus mintak maaf sebab tau saya bukan diri saya masa menahan sakit tue datang. Terus suami tarik peluk saya kekuat, gosok kepala dan cakap dia cintakan saya. Terima kasih lagi sekali suami sebab menghargai saya. Terima kasih ada dengan saya saat-saat bersalin. Terima kasih suami. Terima kasih mama papa keluarga dan sahabat-sahabt yang mendoakan dan menunggu saya sepanjang proses kelahiran. Dan syukur alhamdulilah semuanya selamat.

Banyak lagi nak diceritakan dan disimpan dalam ruangan kesayangan saya nie. Tapi nantilah dulu. Entry yang ini pun berapa kali terhenti bila si kecik tersayang nie menangis. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby. Sesungguhnya Allah je yang mampu membalas jasa kalian. macam mana saya tau setiap detik waktu yang berlalu tue pukul berapa? sebab jam tergantung depan mata saya dalam bilik bersalin tue hihihi. oh ye terima kasih pada semua kakitangan Hospital Permaisuri Bainun Ipoh Perak atas jasa, khidmat dan keringat kalian sepanjang saya berada disana.  

nak baca pengalaman seorang lelaki hebat yang menemani isterinya semasa proses kelahiran? baca di sini

11 September 2013

Fateh Uwais bin Nadzri #KhalifahKami

Assalamualaikum dan salam sejahtera

#Day9

alhamdulilah dah selamat melahirkan khalifah kecik. Fateh Uwais bin Nadzri yang bermaksud pemberian pertama. Pada1 september 2013 yg lepas. Moga menjadi anak soleh yang cintakan Allah Rasul dan semua yang mencintainya. Terima kasih pada semua yang mendoakan kami. 

#selamat ulang bulan ke 10 dear abi. Lebleb abi

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...