Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

27 February 2014

Nak Main Lah Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semalam mulanya Fateh Uwais nie tido, saya pun pelan-pelan nak seludup keluar, nak solat isyak. tapi baru je bukak pintu dia dah nangis. adoiiii. baring la balik tepi dia sambil susukan. nangis-nangis sambil susu tue. bebai. ok ummi tutup lampu sebab dia biasa tido dalam gelap. pun sama nangis sambil bebai. jenuh pujuk, tak jalan jugak.


last sekali saya bangun bukak lampu. "haaa kalau tak nak tido bangun, mainlah ape awak nak main ummi nak kemas beg" terus senyap, hilang bebai dan muncul senyum kat bibir dia. saya biarkan je dia main atas katil tue tergolek-golek sambil saya kemas beg. terjerit-jerit main sensorang.


bila nak solat, letakkan kat tikar ABC dia tue. dah banyak pulak kerja dia bila duduk bawak. terbalikkan storage box mainan dia lah. usaha tarik laci almari sampai terbukak. sepak botol air saya. makan tikar, makan tali beg. adoiiiiii jenuh nak kejar budak sorang tue. bila dah selesai kerja saya ajak dia lepak atas katil dulu. main-main dengan dia, golek-golek dengan dia. ceria je sepanjang malam. abi call pun boleh dengar suara ceria dia tue.


dekat pukul 11 tengok sibuk menggosok mata. yeayyyyy Fateh Uwais ummi mengantok dah. terus ajak dia tido. tutup lampu, bagi susu sekejap je terus tido. alhamdulilah. rupanya anak ummi ajak main, tak puas agaknya main sekejap sangat. maafkan ummi anak, doakan supaya kita sekeluarga murah rezeki, boleh ummi benti keja dan jaga awak 24 jam. amin

Breast Pump Pureen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


saya pakai breast pump pureen nie je. jenis yang boleh letak bateri dalam tue. dan jugak boleh cucuk dengan adapter dia. tapi masa nak beli yang boleh pakai letrik tue mahal sangat sampai RM160 beli yang bateri je dalam RM120 macam tue. Adapter tue boleh je beli kat kedai-kedai biasa dalam RM10 tak silap.

kalau brand meedela tue lagi best tapi mahal sangat sampai 6**- 1*** tak tergamak rasanya nak beli. jenis brand biasa tapi yang hampir sama dengan meedela tue masa tahun lepas tak sebanyak tahun sekarang nie. masa time saya servey-servey dulu takde pulak yang rajin pomot kat pesbuk.

tapi tak berdosa pun kalau pakai pam pureen nie :p alhamdulilah keluar jugak susu tiap kali pam tue. cumanya lenguh sikit la jari tekan button tue secara manual time tengah pam. alaaa lenguh je tapi tak keluar peluh pun :p dalam set pam nie ada motor dia, corong pam, botol susu dengan penutup dan paip pencuci pam. itu sahaja. berbaloi dengan harganya. kalau brand lain mahal tapi sekali dengan gift set yang mereka sediakan.

saya pilih pakai bateri sebab rasa tangan tak cukup kuat, dan malas nak pam guna manual tue. kalau manual kena guna keseluruhan tenaga jari jemari yang lembut dan halus nie :p dan mungkin makan masa yang lama sikit la untuk dapat satu botol penuh berbanding guna kuasa bateri dan elektrik. tapi bateri pun tak boleh la pakai bateri pasar malam tue, kalau guna pun setakat sekali guna je lepas tue dah boleh buang bateri tue masuk tong sampah.

ini berdasarkan pengalaman sendiri. saya guna bateri rechargeable tue. jenama Eveready je. beli charger RM60 dan baterinya RM19.90. jadi kita boleh guna bateri tue banyak kali. bila habis cas dan boleh guna lagi. jimat la sikit kan dari nak beli bateri pakai buang tue. bateri tue boleh guna untuk 5 atau 6 kali pam sahaja. kalau guna lebih nanti kuasa dia lemah sikit. pakai bateri senang sikit, mana tau kat tempat-tempat yang tak disediakan suis atau dalam kereta boleh la pam dengan suka hatinya tanpa perlu menderita sementara nak dapatkan suis ;)

oh ye masa beli breast pump tue jangan lupa test berfungsi ke tidak. nak terus direct pam kat situ pun bolehhhh :p test tengok moto dia berfungsi ke tidak je. kalau berfungsi dia akan keluarkan bunyi bising ala-ala macam mesin rumput tue tapi tak la sekuat mesin rumput yang sebenar. sebabnya saya dah pernah beli sekali dulu tapi mesin tue rosak dan tak keluar bunyi langsung. buat habis duit je beli, nak tukar yang lain dah lebih dari dua bulan beli dan resit pun dah buang. takpe la pengalaman mematangkan diri. ingat tau!! try test dulu.

Iklan : Susu Kambing & Baju Adidas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baju Adidas : SOLD OUT | SOLD OUT | SOLD OUT

baju adidas sepasang untuk kanak-kanak berumur 3 tahun je yang masih available. kaler pink dah habis semua. sepasang RM30. kalau berminat boleh wassap saya di 019-4942450

Karihome Formula Milk : SOLD OUT | SOLD OUT | SOLD OUT


dan susu kambing jenama Karihome untuk bayi 0-6 bulan untuk dijual berharga RM45. harga asal RM50. juga kalau berminat boleh wassap saya ditalian yang sama.

 yang sebenarnya susu kambing tue beli untuk Fateh Uwais. bagi pun diwaktu2 kecemasan je, kes kalau tak cukup susu pam yang saya bekalkan kat pengasuh Fateh Uwais. masa awal-awal dia nak minum susu tue, habis licin sampai tinggal buih je. disebabkan ummi abi nie nak bagi susu terbaik selepas susu ibu jadinya kami pun beli dua tin sesiap sebab susu nie kat alor setar takde. tapi tak sampai setengah pun susu kambing yang tin pertama, dia dah takmau minum susu tue. huwaaaaaa terus kecewa. dah dia taknak takkan nak paksa jugak kan. terpaksa la tukar susu jenama lain untuk dijadikan spare waktu kecemasan. 

jadi atas alasan tue la saya nak jual tin kedua yang tak bukak lagi tue. tarikh luput lambat lagi. kalau takde sape nak beli ummi ke yang kena minum susu nie? hukhukhuk ;(

26 February 2014

Termometer Anmum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


masa beli susu anmum untuk saya bulan November tahun lepas ada la nampak diorang lekat borang tebus hadiah kat kotak tue. belek-belek tengok info yang ada kat situ. macam best je kan. info dia sebijik macam kat bawah nie


disebabkan dari mengandung kan Fateh Uwais saya dah minum anmum jadinya dah banyak la pencedok yang saya kumpul. memang masa beli susu baru, pencedok tue saya simpan tak pernah lagi buang. masa redem aritu pun siap anto pencedok yang masih elok dalam plastik dia lagi. belum bukak plastik pun lagi. punya gegeh la simpan tue hihi




nak redem termometer dari awal bulan disember lagi dah, tapi sebab asyik terlupa dan tak sempat je terus tak pos2 borangnya. lagi seminggu sebelum tarikh tutup dia baru saya pos tue pun pos pakai setem biasa tue je. sebelum pos tue hati duk risau. sampai ke nanti menda nie. kalau tak sampai rugi je duk kumpul selama nie. tapi tawakal jela. dapat kalau itu rezeki, kalau tidak bukan rezeki saya la tue. 

alhamdulilah pertengahan bulan Februari lepas Fateh Uwais baik demam dapat parcel dari Anmum. terus berbunga-bunga hati nie hihihi. Alhamdulilah rezeki kami, kalau nak beli termometer nie mahal jugak. 100 ringgit lebih tue. kami ada termometer nie cuma bila nak check kena kepit celah ketiak baby dan tunggu dalam masa 60 saat. baby aktif tue kemain susah time nak check, jenuh berebut dengan dia termometer yang ada tue. yang nie senang sikit. tembak je dalam telinga dan dapat dah suhu dia. senang.

kalau sesiapa yang nak redem tue boleh lagi. tapi bukan termometer nie la. ada banyak benda lain. boleh check kat katalog anmum kat sini

25 February 2014

Simpan Buku Pink Ibu Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ada readers yang tanya saya, betul ke bila nak daftar buku pink semasa hamil kedua perlu bawak buku pink semasa hamil pertama kali dulu? jawapannya ya. perlu bawak. kalau dah pregnant kali ketiga, kena bawak buku yang first dengan second time dulu. 

kawan yang bagitau info nie, kakak pun kata benda yang sama cuma kakak kata ada klinik kesihatan yang mintak dan ada yang tak mintak. dan tak silap saya nurse saya check dulu pun ada bagitau pasal benda nie. kena simpan buku pink setiap kali hamil. tak kisah la walaupun mengandung kali ke enam dan seterusnya ;) tengok tue buku saya berlubang-lubang. berlubang tue bukti yang saya pernah ke hospital masa nak bersalin dulu. sepatutnya bila dah berlubang buku tue kalau datang kali kedua pulak dah kena admit tapi atas sebab lain saya boleh balik rumah dan rehat dulu sebelum contraction lebih kuat rasa. sebab tue la berlubang empat tue. membuktikan banyak kali pergi balik hospital hihihi :p


sebab tue kena jaga buku tue elok-elok, balut cantik-cantik, kalau terkoyak gam bebaik. macam saya aritu sebab laporan dah terlampau banyak sampai terkoyak isi dia. dah kena tampal balik. kalau tercicir nanti tak pasal je kan. penting simpan buku pink sebab dalam tue terkandung rekod kesihatan diri semasa hamil dulu.


oh ye buku rekod kesihatan anak yang kaler biru pink tue pun kena simpan jugak. sebab nanti masa dia nak masuk sekolah darjah satu, pihak sekolah mintak parents bawakkan buku tue untuk disemak bukti dia dapat cukup atau tak vaksin mengikut peringkat umur yang ditetapkan. 

masa saya tanya kat adik yang kerja nurse tue, boleh ke tumpang cucuk uwais kat klinik seberang jaya katanya boleh tapi nanti bila dia dah besar kalau sekolah mintak bukti cucuk vaksin, kita kena pergi kutip kat klinik-klinik yang pernah bawak anak cucuk. takut nanti kemudian hari timbul masalah pulak. tapi tak boleh ke refer pada buku rekod yang kita simpan tue? wallahualam. sampai situ je maklumat yang saya dapat. lupa nak tanya lebih-lebih lagi hihihi :p  

24 February 2014

Dengki Kat Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 
masa Fateh Uwais dalam perut lagi dah cakap kat dia. bila kiita tido dengan abi. baby baring sebelah ummi, ummi tengah dan abi tepi ummi. okey!!! nanti ummi jeles kalau ummi tak dapat duduk tengah-tengah. hahahaha senget punya ummi


dan bila dia dah lahir pun suami akur dan redha jela dengan peel isteri tercinta dia. ummi masih ditengah. cuma kekadang je Fateh Uwais kat tengah bila kemana-mana yang katilnya bukan tepi dinding sebab takut nanti anak tergolek-golek jatuh pulak. lagi satu masa Fateh Uwais awal-awal lahir takut abi tertindan dia masa tido tue yang jarakkan diorang tue *alasannnn* hahahaha :p



tapiiii sekarang nie tempat ummi tue macam dah nak kena rampas je budak pipi pau tue. ada satu hari tue saya bergaduh dengan Fateh Uwais time tido. mulanya dia tido tengah tapi saya angkat dan letak kat sebelah saya. tengah-tengah syok tido dimalam yang sejuk tue dengar ada suara baby merengek-rengek siap menerap lagi. saya cuba la pujuk, menangis jugak. last angkat dia letak kat tengah baru senyap, siap raba-raba lagi muka abi dia. siap nak abi yang tepuk sampai tido lagi. huuhhh!!! ummi dengki nie ummi dengki :p 

19 February 2014

Stroller, Car Seat dan Baby Carrier

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ruzz ada tanya ritu pendapat saya pasal stroller dengan car seat bayi nie. disebabkan dah ada pengalaman ape la salahnya saya kongsikan dengan kawan-kawan yang baru mula nak mengintai pasaraya nak servey stroller dengan car seat nie kan. tapi bagi saya baik beli kat kedai barangan bayi. mungkin harganya jauh lagi murah berbanding pasaraya. kalau ada promosi beli je cepat-cepat. jimat yang penting ok!! hihihi


stroller kami memang sebijik macam kat atas tue brand Sweet Cherry. RM399.90 sekupang je lagi nak 400 hinggit. fuhhhh lap peluh menitik. sebab pilih stroller nie handle dia boleh pusing ke depan dan ke belakang. saya pulak jenis yang nak tengok anak, tak suka kalau tak boleh tengok muka dia. mana tau kot dia muak ke atau tak selesa at least kami boleh nampak dengan kadar segera. kang tak pasal pusing stroller tengok anak dah biru. oh maiii. opsss ummi nie memang suka fikir sampai jauh ke depan ngehngehngeh 




alhamdulilah Fateh Uwais pun suka duduk atau tido dalam tue. selesa agaknya. cumanya kami akan lapik bantal kat kepala dia, kalau tak nanti gegar-gegar kepala dia bila kami tolak stroller tue. saya dengan suami aritu pilih stroller yang bakul bawah tue besar. boleh la tumpang letak barang kan. takde la tangan penuh nanti. susah pulak nak tolak stroller. stroller nie boleh baring, sandar dan duduk. dari bayi newborn sampai dia dah besar boleh duduk dalam tue. cuma nak dengan tidak je dia duduk dalam tue bila dah besar dan dah boleh berjalan hihihi.

tapi satu je yang tak bestnya stroller nie bila kami lipat jadi empat segi. tak muat bonet Nurul Iman(viva Elit). kalau boney Myvi atau Saga memang sah-sah muat. jadinya seat belakang tue memang separuh penuh dengan stroller nie je. letak kat bahagian kaki. tegakkan dia. kalau nak beli stroller yang bila lipat jadi melintang pun boleh. senang nak simpan dalam bonet. tak makan ruang banyak dan boleh kendong bila nak kemana-mananya.

car seat Fateh Uwais lebih kurang macam yang kaler coklat tue la bentuknya. car seat kakak dengan abang lang yang bagi. Danial dengan Ika pun dah besar jadi harta turun temurun la pulak. jimat ummi dengan abi. ngehngehngeh :p

                              

kalau nak beli car seat pilih yang ada handle untuk dipegang. senang bila nak bawak kemana. kalau kami makan kat kedai pun. Fateh Uwais akan duduk dalam seat dia sendiri. selamat dan kami pun boleh makan dengan selesa. cumanya seat nie takde mainan. saya dengan abi dia DIY bagi jadi macam fisher price :p mainan yang ada kat playgym dia kami ambik dan gantung kat car seat dia dengan cable tie. jangan la ikat cable tie sampai tak boleh cabut mainan tue. longgarkan sikit dan kita boleh letak mainanan berlainan sepanjang minggu jadi takde la baby bosan tengok mainan yang sama je.  

SCR dan Sweet Cherry tue dari brand yang sama ye ummi!!! dulu ingat lain sebab harga jauh sangat bezanya hahahaha. mula nak ambik SCR sebab roda dia ada tiga. comel sangat!!! tapi bila tengok harga dia sampai RM699 ke RM899 terus cancel. roda empat pun boleh tolak jugak stroller tue!!! ;) tapi bagi mommy yang belum ada car seat boleh kot pertimbangkan stroller macam gambar kat atas tue. 2 in 1 jimat pun jimat. jangan lupa servey harga car seat dulu ye. saya tak beli car seat jadi saya tak pasti berapa nilainya. oh ye aritu promoter stroller tue ada kata kalau car seat jenis saya tunjuk nie. handle seat tue kena beli lain. jadi buatlah pilihan yang bijak ;)


baby carrier nie pun kakak dengan abang lang yang kasi. jimat lagi!! ngehngehgneh untung jadi adik nie :p benda nie sangat diperlukan. kadang kitorang malas nak tolak stroller letak je dalam nie. Fateh Uwais pun selesa. yela kadang dia lebih suka duduk dalam nie dari stroller. kalau dalam nie kami peluk dia. dia dekat dengan kitorang. kalau dalam stroller dia agak jauh. anak manja gitu la :p

eh abi kaki yayang kecik terpeleot tue!!! baby carrier nie saya tak pernah la guna. selalu abi je. sebab tekanan dia lebih dari kendong baby secara manual rasanya. entah, saya pun main teka je. lagipun abi bukan bagi kalau saya offer nak bawak anak dengan baby carrier tue. sebenarnya baby carrier nie banyak fungsi macam gambar saya sharekan kat bawah nie. 


tapi sekarang nie jarang abi nak bagi anaknya tengok depan. asyik kena cuit dengan orang ramai yang lalu. si Fateh Uwais tue pulak gelisah kalau tak boleh tengok keliling hihihihi. sebelum pilih nak beli sesuatu produk servey dulu. jangan segan bertanya cara guna dia macam mana dan apa saja yang mommy nak tau. macam saya. dekat sejam duduk bahagian stroller tue, tanya macam-macam kat promoter yang ada. sampai la saya puas hati baru ambik dan bayar. bukan saya je, suami pun tanya macam-macam yang dia nak tau hihihi. ada je yang murah tapi saya dan suami lebih suka pilih yang berkualiti dan tahan lama. nanti boleh pakai sampai ke adik-adik Fateh Uwais kan ;)

18 February 2014

Fateh Uwais Demam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


subuh selasa lepas dengar si kecik bambam nie merengek. merengek nak susu. saya pun susukan dia. bila pegang tangan dia rasa panas. eh?? pegang badan, kaki kepala semua pun panas. dah sudah. demam budak nie. pestime dia demam sebenarnya. kalau sebelum nie setakar dedar-dedar nak demam je. terus lelaju call suami nak bagitau anak demam. call kakak jugak tanya nak buat apa dulu sementara nak bawak Fateh Uwais ke klinik.


sebelum nie ada terbaca yang kalau baby atau kanak-kanak mahupun orang dewasa demam jangan pakaikan baju, bukak kipas dan sentiasa lap badan dengan air ataupun mandi. mandi 3 kali sehari kalau boleh. untuk bagi panas dalam badan keluar. kalau berbungkus baju tebal nanti demam tak boleh nak keluar dan lagi tinggi pulak demamnya.



bila pos gambar atas tue kat pesbuk terus sorang adik yang keja nurse tue lelaju PM. gitau tak elok letak cool fever kat dahi macam tue nanti panas terkumpul kat kepala. bahaya. okey terus tarik buang cool fever tue. gantikan dengan towel basah kat dedua celah peha dan ketiak dan letak kat kepala dengan dahi Fateh Uwais. sebelum letak tue jerlum satu badan dia dengan air sejuk. tak boleh lap!!! nanti panas lagi tinggi.Fateh Uwais walaupun merengek kena air sejuk tue tapi sekejap je. bila jerlum dengan kepit towel basah tue lagi, dia diam. mungkin dia rasa lebih selesa bila saya buat macam tue kot. terima kasih pada yang semua yang banyak bagi nasihat ;)


alhamdulilah walaupun penat nak berulang jerlum badan dia tapi demi anak tersayang sanggup jugak buat. biarlah ummi letih asalkan awak sihat yayang kecik. tunggu abi dia sampai dulu baru saya bawak ke klinik. alhamdulilah suhu tak tinggi sangat. berbeza sangat bila Fateh Uwais demam. kurang aktif tapi bukan tak aktif langsung, aktif tetap aktif. kuat merap. menangis merap. ummi lebiu awak sangat tau!!!!


tatau la dia demam rindu abi ke apa. abi sampai je terus pandang muka abi macam tak nak lepas dah. tarik-tarik, sentuh-sentuh abi. memang mata ke abi saja. demam rindu gamaknya. lepas nie jadi "anak ketiak" abi agaknya? hihihi. abi pun nampak je muka anak yang tak sihat tue terus bergenang mata. lepas abi bukak car seat kat sebelah terdengar sokseksoksek.. ohh baru dua kali ummi nampak abi nangis. satu masa nikah, satu lagi masa anak sakit. bertuahnya awak anak :)


kata ummi dan abi. walaupun badan panas, demam, tapi bibir tetap hulurkan senyuman sekeping dua buat ummi abi dia. Allah sebaknya. berikan kesihatan baik yang berpanjangan pada Fateh Uwais Ya Allah, pelihara dia sebaiknya Ya Rabbi Amin. malam tue alhamdulilah tak demam dah, melompat dengan lagi sakan, berpeluh-peluh, alhamdulilah syukur sangat. samada demam nak menjulur ke depan atau demam nak tumbuh gigi ataupun faktor cuaca. takpe la asalkan anak dah kembali sihat ummi abi dah boleh bernafas dengan tenang :)

17 February 2014

Ngorat Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


haaaaa gitu la dia setiap kali abi dia yang drive kat sebelah. port kesukaan Fateh Uwais sekarang nie tengah-tengah antara kami berdua. montot kat ummi, kaki kat abi. hamboiiiiii anak adil sangat kan


selalu duk panjat-panjat abi. dapat peluk tangan dengan dada abi pun dah cukup. dapat sekejap pun jadi. asalkan abi layan. kalau tidak selagi tue la duk memanjat. rindu letewwwww. manja ikut perangai sape ntahhhhh :p kalau dapat stereng tue kat dia, lagi la hati dia berbunga-bunga suka.


kalau dulu pandai intai cak-cak je dengan abi. makin besar makin banyak keletah dia yang mencuit hati. ummi abi sayang awak keketat yayang kecik. 

06 February 2014

Lepaskan Saya!!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sejak-sejak dah boleh menerap, berpusing, terlentang nie Fateh Uwais dah tak berapa suka orang dukung-dukung dia. kalau dukung pun sekejap-sekejap je. dalam kereta pun kalau lama sikit dia mula nak pusing menerap. budak aktif memang tak reti duduk diam.


balik kg mama aritu pun semua pakat nak dukung, yela bukan senang nak jumpa memain dengan dia. bila dia dah letih kena dukung, terus menangis takmau kat sesape dah. mata tengok ummi je.

 
saya ambik, saya baringkan kat bawah. terus muka tukar ceria, senyum siap gelak-gelak lagi. dan bermula la aktiviti pusing 360 darjah berkali-kali dia. dari hujung nun sampai hujung nie dia dah explore. agaknya kalau orang dukung keaktifan berkurang sebab tue lagi suka duduk bawah kot.
 

04 February 2014

Fateh Uwais #5 Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 


isnin 3hb aritu bawak budak pipi pau Fateh Uwais tue checkp up 5 bulan sekaligus ambik imunisasi untuk dia. sangat tak reti duduk diam. melompat-lompat dia. sakan melompat sekarang nie. letih melompat dia sibuk tengok keliling. tengok orang tue tengok orang nie, sedekahkan senyum manis dia tue


lepas nie kalau kena check up selain hari ahad memang abi kena ambik cuti la. lenguh pegang dia sorang huuu. selalu tue check up hari ahad tapi disebabkan ahad sebelum tue cuti CNY makanya kena injak la. redha jela ummi dengan awak pipi pau. asalkan sihat cergas ummi dah cukup bersyukur.


agak lama la jugak nak tunggu kena check up tue. 2.20 sampai 3.30 baru nama Fateh Uwais dipanggil. Uwais dah naik bosan mula dia meragam tak selesa. timbang berat 7.45 cun-cun dekat garisan graf buku kesihatan biru dia tue. Alhamdulilah. terlompat-lompat dia masa saya sembang dengan nurse tue. 

 1sept 2013 - 1feb 2014 :: 5M

tak menangis kena cucuk tapi menangis sebab pegang kaki dia tak bagi bergerak. budak aktif memang marah la bila kita pegang tak bagi buat apa-apa. lepas je kaki terus senyum melompat-lompat balik. awak kuat kan sayang!! ummi abi lebleb awak keketattttttt 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...