Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

30 April 2014

Review : ESP, Alfalfa, Vita Lea dan Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sebenarnya saya nie bukan lah seorang yang mudah nak makan pil-pil supplement, ubat dan sewaktu dengannya. kalau sakit demam tue jangan harap nak makan ubat selagi tak betol-betol teruk. tapi sejak-sejak hamilkan Fateh Uwais dulu terpaksa rela telan segala jenis pil selagi alasan "demi anak". pasrah aje ummi nie tau tak anak. 

Vita Lea Shaklee

disebabkan saya ada masalah hb kurang masa pregnant dulu. saya pun cari la alternatif lain untuk dapat supplement yang mencukupi selain iberet yang saya duk makan. google dan jumpa Vita Lea shaklee untuk masalah hb kurang semasa hamil. saya ambik sebijik waktu pagi selepas makan. Alhamdulilah untuk check up bulan berikutnya dah mula nampak tanda-tanda hb naik semula banding sebelumnya. juga sesuai untuk ibu dalam pantang dan menyusu demi mendapatkan zat besi yang mencukupi setiap hari.

ESP

ambik satu sudu pagi dan satu sudu malam bersama Anmum Lacta atau minuman lain selain kafein dan air bikarbonat. Alhamdulilah berkat izin Allah lepas je makan nie Fateh Uwais kurang dah aktiviti menyusu, gantung lelama. nampak yang dia cepat kenyang lepas menyusu. susu pun alhamdulilah makin banyak. selain mengeyangkan perot si kecik, ummi pun kenyang sekali. sungguh makan nie terasa la perot tue 'kejap' kalau tidak tue terhegeh-hegeh lapar setiap kali baru bangun tido. 

ESP nie banyak fungsi dia. untuk kurus, untuk tambah berat badan, untuk kawal kolestrol dalam badan, untuk cantik, untuk rawat tumit pecah merekah dan macam-macam lagi. alhamdulilah lepas minum botol pertama dah nampak perubahan merekah pada tumit, makin licin. dan alhamdulilah berkat izin Allah sekali lagi. lepas 2 botol ESP tumit dah takde pecah merekah, syukur.

Alfalfa Complex

saya ambik dua bijik selepas menyusu dan selepas proses pam susu. untuk optimumkan penghasilan susu yang baru. Alhamdulilah Allah izinkan jugak usaha saya nie, susu makin banyak dan masih cukup untuk Fateh Uwais sehingga 8 bulan nie. moga Allah izinkan dan murahkan rezeki saya menyusukan dia sampai 2 tahun. amin amin

dan lagi satu. Alfalfa membantu menyahkan toksin dalam badan. setiap hari memang akan terasa nak buang sisa toksik dalam perot nie haaa. insyaAllah takde masalah sembelit masa dalam pantang mahupun selepas itu. cumanya kena banyak minum air kosong. sesuai jugak untuk kurangkan berat badan. tapi niat utama saya bukan untuk kurangkan berat badan la.


bagi sesape yang tak boleh minum susu. boleh ganti dengan ostematrix. sesuai untuk menggantikan kalsium yang tak dapat dalam susu tadi tue. kira macam susu dalam bentul pil la ostematrix nie. sesuai untuk sesape yang sakit sendi, sakit-sakit belakang. Alhamdulilah lepas saya makan nie, rasa segar la sikit bila nak bangun pagi. kalau tidak rasa tak cukup sangat tido malam. dengan terjaga tengah malam anak mintak susu, alhamdulilah berkat izin Allah.

sangat sesuai untuk ibu hamil. juga mengurangkan rasa kejang kat kaki akibat kekurangan kalsium yang diperlukan ibu dan anak. 

***************
 sesiapa yang berminat mendapatkan produk Shaklee boleh wassap saya di 0194942450. mesej pun boleh.

ajen Shaklee kawasan Alor Setar, Pulau Pinang dan Ipoh :)
 
hanya boleh review produk yang saya pernah guna. lain-lain produk tak berani review sebab tak pernah cuba lagi. tapi bagi sesape yang teringin nak guna produk Shaklee boleh hubungi saya ye. tq :)

29 April 2014

Bubble Taman Jubli Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 kena pegang pasal sibuk nak merangkak merata =.=

anak dah besar sikit, dah makin cerdik. jadi waktu untuk mencari masa yang lebih berkualiti bersama keluarga kecik kami ini. selalunya suami buat keputusan nak balik ahad petang atau pagi isnin besoknya bila jam dah hampir pukul 7 malam. tapi beza minggu nie, hari sabtu lagi dah buat keputusan. nak pulak abi buat cadangan nak lepak santai kat memana. hati ummi dah berbunga, ummi tau hati baby pun mesti berbunga sebab dia tengok mata ummi ;)

abi kata ummi decide nak pergi mana. ermmm ermmm. mula nak ajak ke Taman Tasik Jitra, tapi bila fikir jauh pulak kami nak patah balik ke Kuala Kedah nanti. oh ye ada Taman Jubli Emas. boleh main bubble!!! aritu Mummy GK ajak pi main bubble tapi sebab abi buat keputusan tue lewat terus tak jadi. 

lepas abi ambik ummi kat ofis terus lelaju ke Apple Baby House dulu. nak belikan Feeder untul Aqil Najmi anak kak Zai dan soft book buat khalifah kecik kami nie. pergi mana pun mesti ada habuan dia jugak. untunglah~~~ selesai soping terus ke Taman Jubli. yang sebetulnya ummi bukan ingat pun jalan nak pegi situ. weechat MummyGk awal-awal lagi nak tanya jalan. karang kalau sesat abi dengan anak moody APTB hahaha :p

 bosan tunggu bubble ummi tak jadi kahkahkah :p

sampai terus menapak beli bubble dengan makanan ikan. ummi nie kalau nak bagi makan ikan memang eksaited lebih. suka tengok ikan tue berebut. mula ummi bukak la skill main bubble. sekali tak jadi banyak macam adik jual tadi buat. terus kecewa majok takmau main dah hahahaha. ajak abi dengan anak pergi tasik. teruja tengok setiap kelompok orang yang bagi makan mesti berkerumun ikan datang. wahhhhh *tengok tue ummi yang teruja lebih* hahahaha :p

 seronok tengok ikan dia

ajak abi duduk kat satu tempat yang kosong. abi kata takde pun ikan. haishhh abi nie mana la dia nak datang kalau takde umpan. tabur je makanan berkerumun semua datang. anak pun kemain eksaited sampai gelak mengekek bila abi bagi peluang tengok ikan banyak-banyak secara dekat. siap nak terjun masuk dalam tue lagi. hoiii mana boleh!!!

 bahagia nampak awak??? ;)

dan secara official nya petang tue Fateh Uwais dapat main atas rumput. kemain suka siap tarik2 rumput tue grrrrrr. ummi dengan abi biar je tapi takde la biar sangat. bagi dia merasa sikit-sikit je buat lepas kempunan :p dah habis main kita basuh la tangan kaki muka kepala badan dia balik. hihihi. habis makanan ikan ajak abi main bubble balik.


teruja bila bubble menjadi. hahahaha ummi nie dia yang lebih-lebih pulak. padahal anak tue takde teruja mana pun bila main bubble. cuma dia syok bila tengok menda tue bebas berterbangan dan dia dapat 'sepak' bubble itu. seronok tengok anak dengan abi seronok. ummi nie lagi beronok-ronok sampai berjela entry hahahaha. maaf la ye :p ekceli nak habiskan bubble hari tue jugak. tapi abi kata simpan la sikit. nanti kalau kita datang lain kali boleh main lagi. oh nak datang lagi ek? horeyyyyyy hihihihi

28 April 2014

Baby Safe Feeder Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

dalam bosan-bosan takde idea nak update entry, bw ke blog kak Zai, tengok feeder Aqil. baru teringat pasal feeder Uwais. yang belum saya share fungsi dia dalam blog ummi nie. saje la nak share dengan kengkawan segala pengalaman dan barang yang kita dah pernah pakai. untuk pengetahuan bersama kan :)

 
beli kat apple baby house alor setar, RM16.90. masih mampu milik :p yang ada jenama Bee Son dengan ape ke hari tue ntah. ada size untuk baby 6-12 bulan, dengan 12 bulan ke atas. sesuai untuk letak buah yang lembut mudah baby gigit. masuk buah dalam puting plastik tue dan bagi baby makan. puting takde la besar atau kecik mana. untuk sepotong besar jari kelingking saya muat la dalam tue.


pernah bagi Fateh Uwais makan buah limau. hanya air yang keluar. yang lelain tinggal kat dalam puting. kira selamat la untuk baby. seronok budak kecik nie bila letak buah dalam tue. dapat buah fresh. selalunya bagi puree buah je. tapinya bila dia rasa dah habis kenikmatan buah tue. diketuk2nya feeder kat lantai. habis comot lantai pulak, hurmmm takpe la anak. ummi tau awak sedang belajar :)


nak leka kan dia dari mintak makanan ummi adalah dengan letak buah dalam feeder. takde la tergedik-gedik mintak makanan ummi. yela takleh nak bagi sangat makanan kita ke dia. takut perot dia tak sesuai. aritu bagi makan mangga. manis mangga tapi rasanya perot dia tatahan. dua hari sakit perot. nguuuu kesian anak ummi. lepas nie ummi sorang je yang makan mangga tue ek, awak makan la bite awak :p

27 April 2014

Bila Dengan Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 hello!!! saya lah anak manja abi itu~~~~

budak kecik nie kalau ada abi dia memang sombong sikit dengan ummi. sabtu lepas abi dia cuti. bangun tido tengok muka abi dulu. ummi sibuk buat kerja kat bawah. agaknya dia bangun dah lama, abi sakan tido lagi. dikoreknya mata, mulut, muka abi. sampai abi bangun. selalu itulah strategi dia. hahahaha gud job anak :p


petang semalam sambil lepak santai. bagitau Fateh Uwais suruh kiss abi. "baby cepat pergi cium abi tue, suruh abi bangun" lelaju menapak datang dekat abi dia yang tengah kelesuan tido, habis tinggal segala mainan, bola yang ada kat tangan. sikit lagi je jarak nak sampai kat abi, toleh tengok saya sambil senyum. panjat abi. korek muka abi, korek telinga!!! hahahahaha

bila abi tinggalkan dia, keluar main futsal. sepanjang petang tue moody. merap banyak dari main. bagi susu tak kena. masuk buai tak kena. padahal ngantuk sampai duduk pun terhegeh jatuh. sudahnya saya kepit dia sambil merap bagi susu sampai tido. legaaaaaa

 memanja celah ketiak abi, takmau gerak-gerak dah =.=

abi balik je, dia pun jaga. elok je main gelak ngekek dengan abi. aikkkkk habis tue tadi tue????? grrrrrr sabo aje la. dan lagi satu dia x jeles pun kalau ummi peluk abi. tapi dengki bila abi peluk ummi. ape nie baby???????? adoyaiiiiii :p 

23 April 2014

Walker vs Kereta Looney

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

saya memang dah pakat dengan suami takmau bagi anak duduk dalam walker. bila tengok orang tagged dalam pesbuk. kesan buruk bagi anak duduk dalam walker memang takut. antaranya melambatkan proses tumbesan dia. saya setuju.

kalau anak yang belum pandai duduk, belum pandai merangkak, belum pandai berdiri dan berjalan sendiri sentiasa terkurung dalam walker buatkan dia lambat boleh belajar sendiri. macam mana nak belajar merangkak kalau sentiasa duduk dalam walker? macam mana nak belajar berdiri berpaut pada dinding kalau setiap masa terperap dalam walker? macam mana nak belajar bertatih kalau dia sentiasa merayap dengan walker, bila bebas walker, nak berjalan sendiri dah mula gayat sebab takde walker yang memudahkan dia. itu antara la. banyak lagi keburukannya. 

antaranya takut kita teralit dan anak laju turun pintu dengan walker dia. Allah mintak dijauhkan. mak ngasuh Fateh Uwais ada cerita aritu, sorang baby (bukan anak ngasuh mak uwais) nie koyak kat mulut bila terjatuh dari pintu sliding rumah. mak dia terlupa tutup pintu tue. Allah tatau la nak cakap macam mana. ajal maut ada kat mana-mana, cuma kalau boleh tolong la lebih berhati-hati, kalau dah nak kena kita dah berhati-hati itu memang betul takdir.

cumanya walker memudahkan sikit. mungkin nak letak anak sekejap dalam tue sementara kita sidai kain atau sementara nak bagi dia makan. atau sementara masak. takutnya bagi anak yang tengah melasak macam Fateh Uwais jatuh kalau kita biar dia sensorang tanpa kawalan.

Fateh Uwais sekarang tengah melasak. sedang belajar berdiri. berpaut pada almari, pada dinding, pada kaki meja, kaki kerusi. paling dia suka tarik wayar kipas berdiri tue =.= memang letih nak kejar dia kesana ke mari. saya? saya lepaskan je dia explore apa yang dia nak. kalau kita tak lepaskan sampai bila pun dia takkan belajar. letih sebab kena tunggu belakang dia, takut tergolek ke belakang. terhempas kepala pulak nanti.  takpe la letih saya sekarang untuk pelajaran dia :)


cumanya saya lebih suka letakkan dia dalam kereta Looney yang kawan suami hadiahkan. (jimat duit ummi abi :p). dudukkan dalam tue bila nak bagi makan. bila saya nak ke toilet. atau saya perlu kemana-mana yang tak boleh kejar dia. dalam tue dia boleh melompat-lompat. kalau nak bagi gerak boleh bukak alas bawah dan roda tue berjalan cumanya tak laju mana la. lepas bebas duduk dalam tue bila Fateh Uwais dah boleh duduk sendiri. takut dada dia sakit. dan pinggang tak kuat kalau kita 'paksa' dia duduk dalam tue. 

tapi tahan la 3 minit duduk dalam tue. lepas tue mula kaki dia naik atas. tangan lonjakkan badan. nak keluar dari situ. memang pesen dia suka bebas sorang diri dan tak suka pegang sangat. ikut la anak. asalkan awak gembira.  

22 April 2014

Review : Pampers Baby

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sekadar berkongsi cerita dan pengalaman :) tapi ikut jugak kulit anak kita bukan sama, jadi kadang effect dia pun berbeza. macam Fateh Uwais saya saja cuba bagi dia pakai macam-macam jenama pampers. nak tengok dia tahan yang mana satu. dan nak tengok pampers yang mana satu kekal kering sampai pagi :)


Drypers Wee Wee Dry

masa sebelum Fateh Uwais lahir saya siap-siap beli Drypers. Drypers size newborn siap ada lengkung untuk elak terkena tali pusat baby yang belum jatuh. untuk elakkan tali pusat dari lembap. tali pusat baby yang kurang terkena aliran udara lambat kering dan jatuh. cukup susah nak jaga sebelum tali pusat jatuh, takut baby sakit bila kita tersinggung ke ape ke. 

sampai sekarang saya dengan suami memang cukup berkenan dengan Drypers. kalau bagi Fateh Uwais pakai time malam. sampai pagi esok still kekal kering. alhamdulilah takde merah2 kat celah peha dengan montot dia. jatuh cinta sangat dah haaaa. 

harga pampers berbeza ye bagi setiap tempat. macam Drypers nie. kat Longwan Kepala Batas, RM30.90. dekat Cute Baby Entep., Kepala Batas RM32.90. kalau kat Aeon RM45.90 semua pek besar. haaa jadi buat pilihan yang bijak. kalau keluar shoping tue servey2 pampers. sebab nak kena beli tetiap bulan. kena rancang ekonomi keluarga sebaiknya kan ;) 

Pet Pet

yang ini pun boleh tahan. cumanya pelekat kiri kanan pampers tue susah nak tanggal bila nak buang. kalau tengah kalut2 memang jadi tension la kejap =.=" kekal kering sampai pagi. kalau kat Longwan RM28.90

Huggies

Fateh Uwais sekarang nie pakai pampers size L tapi kalau huggies kena ambik XL. size dia kecik sikit beza dengan lelain jenama pampers. saya pun tatau kenapa. nak kata kekal kering sampai pagi tue tak jugak. pernah pegang pampers huggies lepas Uwais bangun. terasa lembap tak macam Drypers dengan Pet Pet.  harga tak pasti sebab pernah beli sekali je.

Hey Baby

beli sebab emergency, masa tue pampers lain takde stok. sangat fed up pakai. mungkin tak sesuai dengan kulit Uwais. pakai sekejap pun dah merah-merah celah peha dia. kesian sangat tengok. sebab nak bagi habis jugak pampers tue dulu. bagi pakai 2 ke 3 jam sehelai. berak sikit pun salin baru. sebab nak cepat habis. kehkehkeh :p

buat sementara nie. itu jela yang pernah kami guna bagi Fateh Uwais pakai. pape pun diingatkan sekali lagi kulit setiap bayi berbeza. mungkin anak saya tahan pakai Drypers tapi anak orang lain sebaliknya. jadi buatlah pilihan yang bijak :)

21 April 2014

Senang Dalam Susah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

"suami duduk penang? dia berulang hari-hari?"

"takla, tak sanggup saya nak bagi dia berulang hari-hari. dia kerja belah pulau"

"dah tue duduk sini dengan sape?"

"dengan anak"

"anak siapa jaga?"

"baby sitter"

"aduhhh kesiannya. dah ada anak sorang sana, sorang sini. susahnya"

luah mereka bersimpati. saya senyum je. dan saya dah lama redha dengan ujian yang Allah beri. bukan tak berusaha. kami dah berusaha dan sedang lebih gigih berusaha. cuma belum dimakbulkan Allah je lagi, sebab Dia nak bagi yang lebih baik untuk kami ;)

sebenarnya bila saya redha, banyak kesenangan yang Allah beri dalam ujian susah itu. antaranya. Dia 'jaga' Fateh Uwais. Alhamdulilah anak tue baik sangat. takde merap selalu. sangat berdikari. boleh main sorang-sorang. tak meragam tengah-tengah malam. senang sangat menjaganya walau 4 hari tanpa insan bernama suami. Alhamdulilah syukur sangat. 

banyak lagi kesenangan yang Allah kurniakan. suami yang baik. tolak ansur pengasuh dan kawan serumah. dan banyak lagi yang saya dapat rasa bila saya duduk diam, pejam mata, redha dan bersyukur. Alhamdulilah. sebalik ujian kecil nie saya dan suami mampu jadi lebih sabar dan berpaut pada Dia. hikmah terbesar buat kami berdua lepas lahirnya khalifah kecik tue. syukur sangat.

"nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?". pejam mata, redha dan bersyukur :)

20 April 2014

Review : Jus Delima Gulsan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


dulu masa mengadungkan Fateh Uwais mama pesan, banyakkan makan buah delima sebab banyak khasiat dalam buah tue. antaranya mencantikkan kulit baby dan untuk otak baby. tapi kan. kalau saya makan buah delima, bijiknya saya buang. jadi dimana khasiatnya lagi? hahahahaha. stress tau tak bila kena makan delima. dah la dalam sebijik tue banyak bijik. kena tang yang manis sonok la jugak membilang bijik, kena yang kelat-kelat mau 1/4 je yang mampu telan. terus decide nak cari jus. dengan harapan moga ada la kat mana-mana jual jus delima. 

sekali terbaca Jusiza review dia makan jus delima masa mengandungkan Umar Faiq. terus mesej mama, tanya mama kat kedai mama selalu pergi tue ada tak jual barang nie. mama kata ada. ok boleh jejoget dah. tak perlu lagi menghadap buah delima sebutir-sebutir hahahaha.

masa mengandung adalah dalam 3 botol saya ambik sampai la waktu dah bersalin. hasilnya. Alhamdulilah berkat izin Allah. kulit Fateh Uwais cantik bersih je. kat kepala pun takde kerak-kerak. bintik-bintik yang selalu saya nampak kat baby lepas bersalin pun takde pada dia. senang cakap memang putih lemun la budak sorang tue. ini bukan pasal puji anak tapi nie nak bagitau cerita sebenar.

otak dia alhamdulilah cepat paham apa yang saya sampaikan. tapi jangan la bergantung harap pada supplement. ini cuma usaha. Allah jugak kata nak dapatkan sesuatu tue pertama kita kena usaha, kedua banyakkan berdoa, ketiga tawakal. hanya berkat izin Dia sahaja semua usaha beroleh hasil yang terbaik. fungsi jus delima jugak sama seperti asid folic yang sangat diperlukan ibu mengandung terutama awal trimester.

selain itu banyak lagi fungsi Jus Delima bukan je untuk ibu mengandung tapi untuk sesiapa sahaja. 

  • merawat buasir
  • mengawal kolestrol
  • melawan penyakit jantung
  • merangsang tenaga batin
  • menguatkan sistem pertahanan badan
  • mengurangkan risiko penyakit kencing manis
dan macam-macam lagi. seperti mana berkhasiatnya buah delima begitu jugalah jus nya kot. wallahualam.

16 April 2014

Kuat Mengusik Jugak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ummi dengan abi Fateh Uwais memang kuat mengusik. bila si baby kecik dah makin cerdik, lagi kuat ummi dengan abi mengusik. seronok bila tengok muka dengki dia tue. hihihihi

tapi si baby tue pun kuat mengusik jugak. isnin lepas abi balik sini, teman ummi dengan baby. bila nampak abi baring tak pakai baju dia laju-laju datang. saya pun saja la tunjuk-tunjuk aset kat dada abi. terus nampak dia senyum. dia memang pantang kalau nampak aset tue terbukak. saja saya diam tak bagitau abi dia. 

terus lelaju dia datang, bukak mulut. nak hisap aset abi tue. hahahahahaha. tapi sebab abi mula perasan, terus abi lari. pandai pulak tue kejar-kejar abi. panjat badan abi tak bagi abi lari. bila abi lari turun bawah katil terus terjenguk-jenguk kat bawah. sambil gelak-gelak. bila ummi kata "yeayyy kita menang" lagi kuat mengekek. hihihihi alahai comelnya perangai awak sayang.

 
insyaAllah ummi dengan abi akan usaha sehabis mungkin demi keluarga kecik kita nie. rabbi yassir wala tu'assir.

15 April 2014

Gegehnya Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


satu yang saya perasan Fateh Uwais nie. bila dia nak dapatkan sesuatu. dia akan berusaha segigihnya sampai la dia berjaya. sebelum berjaya. setiap hari, setiap saat, setiap masa dia mesti usaha. sampai ummi terkeluar sebut "gegehnya awak nie dik" tapi ummi tetap bersyukur Allah kurniakan nikmat tue pada baby kecik nie.


masa nak menerap dulu. kemain gegeh berpusing. setiap masa mesti nak pusing. mesti cuba nak terbalikkan badan dia. sampai saya yang tengok pun penat jadinya. dia yang tak penat-penat. sampai la dapat betul-betul menerap terus buat muka berlagak =.=

baru nak belajar merangkak. masa tue belum ada tanda nak belajar duduk. setiap masa angkat badan, angkat montot. goyang-goyang. lutut tak terangkat lagi. masih tak lepas. sampai la satu hari. abi ajar dia merangkak. abi tampung badan anak, sementara anak merangkak sikit demi sikit dan akhirnya boleh merangkak sendiri. Allah sweetnya abi awak. mulanya ummi ingat apa la yang abi tue buat. bila tengok balik. oh abi ajar anaknya merangkak. sama lah abi yang mula ajar anak nya menjulur ke depan. ummi senyum. sebab ummi tak terfikir nak buat macam tue. sebalik kekurangan ummi, ada abi yang melebihkan, alhamdulilah :)


hari nak belajar duduk. satu hari dia cuba dudukkan diri sendiri. senget-senget badan sambil tangan melambai orang. suruh orang cepat sikit tengok dia kot, kalau-kalau jatuh boleh cepat tangkap kepala dia. gegeh sangat nak belajar duduk. sampai saya kata "sudahlah dik, malam dah nie esok kita belajar lagi ye" sehinggalah boleh duduk sendiri dan hadiahkan senyuman paling manis buat ummi abi. 


dan sekarang sedang belajar memanjat. setiap hari pasti panjat plastik playgym. pasti panjat almari. panjat kaki ummi. nak berdiri. Allah cepatnya awak membesar sayang, ummi doakan moga setiap langkah awak mendapat keberkatan Allah dan dipermudahkanNya. ummi abi sentiasa ada dibelakang awak, menyokong awak. 

perangai gegeh awak ikut ummi ke abi ek? sebenarnya ikut dedua. kalau nak kan sesuatu tue mesti gegeh sampai lah berjaya ada dalam tangan sendiri. tapi masa nak kawen dulu takde la gegeh sampai terhegeh-hegeh :p

10 April 2014

Fitnah Dajjal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 10 ayat pertama surah Al Kahfi

baru je lepas hayati video fitnah dajjal. Allahuakbar bergenang mata nie. hati sangat takut bila memikirkan segala riwayat hadis sahih. lebih takut bila amalan yang tak seberapa dalam diri ;((( boleh search kat youtube cari video dakwah fitnah dajjal. saya tak boleh nak masukkan dalam entry nie. tengok ikut pesbuk je pun. antara point yang Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan sampaikan.

  •  fitnah yang paling ditakuti Nabi Muhammad SAW adalah fitnah dajjal. sampaikan Nabi SAW kata kalau dajjal keluar masa zaman baginda. baginda sendiri yang akan memerangi dajjal. kalau dajjal keluar masa baginda dah wafat bergantunglah hanya pada Allah SWT.
  • dajjal = makhluk yang ditangguhkan ajal = makhluk yang dipanjangkan usia
  • hadis riwayat imam tabrani mengatakan. sebelum mengaku sebagai tuhan rupa bentuk dajjal sama macam kita manusia biasa tapi selepas mengaku tuhan rupanya akan berubah. mata sebelah kiri buta yang semacam ada biji kismis dalam matanya. mata sebelah kanan pulak tersembul. tanda tue akan keluar lepas dia mengaku sebagai tuhan dan selepas menjadi ketua negara.
  • ulamak yaman kata ada 8 orang mimpi dajjal dah keluar. wallahualam
  • sebelum dajjal keluar dunia mengalami kemarau selama 3 tahun. tahun pertama hujan hanya turun selama 240 hari, tahun ke-2 120, dan tahun ke-3 langsung tiada hujan yang turun
  • Nabi Muhammad SAW pesan pada orang lelaki supaya ikat isteri dan anak-anak dirumah masa dajjal keluar sebab takut terpengaruh dengan tawaran dajjal. dajjal bawak turun syurga takut terpengaruh dan berbondong-bondong masuk syurga dajjal
  • riwayat sebut negeri pertama yang dajjal keluar di negeri Yam dan Iraq. dan akan ke tempat lain menaiki jet pejuang. melaikan Mekah dan Madinah yang terdapat malaikat menjaganya.
  • negeri yang mengaku dia tuhan akan dapat segala macam keistimewaan manakala negeri yang bantah akan dihapuskan. negeri Tatti yang menolak dia sebagai tuhan jadi seperti padang jarak padang terkukur lepas dajjal pulang. Allahuakbar
  • Nabi Muhammad SAW pesan belajar hidup seperti orang dulu kala, belajar hidup susah. kerana zaman itu nanti ujian seperti ini yang akan dihadapi
  • dajjal akan monopoli semua makanan. orang islam yang lapar hanya akan bertahlil, bertasbih, bertahmid, beristighfar untuk sentiasa bersabar menahan rasa lapar yang maha dasyat. mana yang mampu bersabar, Alhamdulilah. mana yang tidak pasti mengikut dajjal.
  • amalkan membaca surah Kahfi, insyaAllah Allah akan pelihara dari fitnah dajjal.
  • hanya 40 hari dajjal keluar, selepas itu Nabi Isa AS akan keluar membunuh dajjal.
  • penentang dajjal akan bersama Nabi Isa menentangnya, manakala yang bersama dajjal akan menentang Nabi Isa dan pengikutnya. peperangan akan terjadi sehinggalah kiamat. wallahualam.
 Allahuakbar takutnya dengar. berdoa sangat moga kita semua bersama Nabi Isa AS menentang nanti sekiranya masih bernafas. moga kita semua dijauhkan dari fitnah dajjal. amin amin. sama-samalah meningkatkan amalan diri masing-masing.

 10 ayat terakhir surah Al Kahfi

09 April 2014

Suara Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

baca entry Kak Zai semalam terus teringat perangai manja anak bujang sorang tue. macam biasa la hari khamis kami berdua travel alor setar - seberang jaya. budak kecik tue biasanya lepas bebas explore apa je yang dia rasa nak belajar bila dalam rumah. tapi bila kena kunci sejam dalam car seat sedikit sebanyak tue mesti akan memberontak bosan.

minggu lepas dah sampai sungai petani mula dah dia bosan. sebab sebelum-sebelum tue perjalanan agak lambat sikit, jammed dekat highway. plus renovate jalan. bila nampak dia dah mula bosan. ummi pun nyanyi la dengan lebih kerap. ajak sembang-sembang.

sampai satu tahap dia menangis. tamau duduk dah. pujuk pun tak jalan. bagi bunyi bell. suara nangis lagi kuat dari bell huuuu. nak berhenti jauh lagi. paling dekat Hentian Tikam Batu, tapi ada lagi beberapa kilo perjalanan. saya tak berani berhenti tepi-tepi jalan tue, lori besar lalu tepi bergoyang Nurul Iman, saya takut. saya pun cuba la alternatif lain. bukak handphone sambil mata awasi stereng kereta.


play record suara abi yang ada dalam hp. sebenarnya record tue abi buat untuk saya. menyanyi sambil drive balik masa saya dalam pantang dulu. senyap seketika bila dengar abi menyanyi. tapi bila abi berhenti nyanyi dan tuju ucapan bla bla bla untuk ummi dia sambung nyanyi dia jugak, bila abi habis cakap sambung nyanyi. senyap balik grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr =.=

dah tue ummi pulak rajin ngusik. saya cakap la. haaaa abi cakap love u kat ummi. tak cakap kat baby. terus menangis balik budak tue hahahahahaha padan muka ummi. dia dah la tak boleh abi lebihkan ummi dari dia :p 

08 April 2014

Fateh Uwais #7 Month

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ya Allah cepatnya masa berlalu. dalam tak sedar dah 7 bulan si kecik nie hadir memeriahkan keluarga kecik kami. sesungguhnya kehadiran dia mengubah 360 darjah kehidupan kami berdua. yang pasti ummi abi sentiasa tersenyum sepanjang hari dengan keletah awak sayang. 

1 April 2014 - 7 Month


Alhamdulilah 7 Bulan nie. Fateh Uwais dah mula pandai duduk sendiri. duduk pun dah stabil. yang lawaknya. hari tue masa abi dia tido kat belakang dia. dia duduk goyang2kan badan sendiri. nak tengok stabil ke tak kot. bila saya gelak tengok keletah dia. dia pun gelak sekali. malu la kononnya tue orang perhati dia hihihihi. 

merangkak pun dah makin laju. cumanya dia malas sikit dan sayang lutut. takut lutut hitam gamaknya. sekerat jalan merangkak, sekerat jalan lagi menjulur. haishhh. bila saya tegur suruh dia merangkak. baru cepat-cepat angkat lutut merangkak. hahahaha geget jugak idung awak tue sat lagi.


sekarang bila nak bagi makan senang la sikit. dudukkan dia dan suap. yang bestnya semalam masa suap makan saya kata kalau nak makan, kena duduk, nanti tercekik. terus duduk. bila saya test suap time dia menerap takmau, nak duduk dulu baru makan. makan pun dah reti menguyah sikit-sikit. gelak je saya dengan abi dia tengok mulut comey tue menguyah hihihi. 

paling kena alert sekarang nie bila dia dah rajin memanjat. nak berdiri. baru mula nak belajar sikit-sikit. berpaut dekat telinga laci bilik, tangan lagi sebelah pegang saya. bila tak kuat nak berdiri sendiri terus bebai hahahahaha geget baru tauuuuu tapi bab memanjat ummi abi mahir dah dia. tambah bila mintak dukung ;)

Fateh Uwais 7 Month

 berat : 8.8kg
tinggi : 72cm

Alhamdulilah ummi bersyukur sangat tengok perkembangan awak yayang. ummi doakan moga dipermudah setiap urusan awak didunia dan akhirat. jadi hamba Allah yang taat, anak yang soleh ye? sayang awak Fateh Uwais. 

07 April 2014

Wonderful Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semalam hari kami bawak baby Fateh Uwais check up kat klinik. entry lain kita cerita pasal baby 7 bulan tue ek. sampai je rumah pagi ahad semalam, hidung dapat tangkap bau busuk. terus saya ke dapur sebab rabu lepas ada pasang perangkat untuk Cik Tikus kat belakang peti ais tue. Alhamdulilah perangkap mengena, tapi ummi lupa nak lapik surat khabar bawah tue habis lantai dapur kena berak kencing Cik Ti itu huuuu =.=

terus ke depan semula bagitau suami. suami bawak keluar perangkap tue jemur sampai mati sementara kami ke klinik dulu selesaikan urusan anak. katanya tinggal anak kat rumah mak ngasuh dia dulu bila dah selesai urusan klinik, abi boleh kemas rumah. boleh mop. ummi kerja la. kalau ada anak nanti abi tak boleh nak buat apa. tapi kesiankan suami yang demam itu, ummi pun cuti sekali, nak tolong mengemas. sweet sangattttt :p

semua pun suami yang buat. dari mandikan anak 3 kali sehari, mop rumah depan belakang, buang tikus, siapkan anak, operate tangan ummi. opsss sebenarnya tangan saya melecur kena cerek panas weekend lepas. melecur teruk sampai gelembung2 air pulak tue. sakitnya bila tersadung Allah je yang tau. padahal dah letak colgate lepas2 kena. dah nasib tak baik apa boleh buat ye tak. terus decide nak pecahkan gelembung agar penderitaan ummi singkat sikit :p tapi tak berani buat sendiri. sambil suami operate sambil saya main candy crush. padahal sikit pun tak sakit masa operate tue. pape jela ummi oiiiihhhh hahahahaha

walaupun demam tetap manjakan ummi dengan anak. tetap tak kasi ummi buat kerja sebab tangan sakit lepas operate. memang sakit oiii bila dah pecah tue, time letak minyak menjerit-jerit nak-nak pulak careless sangat sampai kulit tercarik. ambik kauuuu rasakan huuu sampai suami tanya. sayang nie ok tak? betul ke takde pape nie? kenapa cemekap (careless) sangat abi tengok dua tiga hari nie? kalau ada pape abi orang first yang tau ok? hihihihi risau terlebih letewww :p. mekasih abi sayang ;')


Wonderful Abi, Wonderful Baby

"untuk most wonderful women who Allah give to me" -Abi Fateh, 2014

03 April 2014

Botol Air Masak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sejak-sejak dah mula bagi baby kecik tue makan. kami suami isteri memang disiplinkan dia dengan air kosong @ air masak. yela nanti susah pulak nak laburkan hasil yang ada dalam perut kalau makannnn je tanpa minum air masak. tapi baby kecik tue kalau dalam botol susu, tak kan sesekali dia minum air masak. habis tumpah merata air tue.  tahan lagi dia minum pakai sudu. 


yang kelakarnya, kalau minum pakai botol cawan baby tue boleh pulak. cumanya puting dia memang jauh beza la dari puting botol susu dia tue. semangat ummi beli botol cawan TT jugak. sebab botol TT kan comel hohohoho :p cumanya puting TT lubang dia besar sikit, abis baju dia basah lenjun. abi suruh simpan dulu, nanti dah besar baru guna T_T



balik kampung ummi godek-godek almari cari botol Fiffy yang konon nak kasi ke anak kawan masa besday dia setahun dulu, tapi tak jadi pergi besday partynya. cari dan jumpa balik. masih elok berbalut plastik. botol yang ini pun kemain lagi dia suka. comel je jari montok tue pegang kiri kanan telinga botol. puting nya pulak keras sikit. lagi seronok dia menggeget asah gusi. sambil menyelam minum air. sambil asah gusi, sambil teguk air sikit-sikit. janji masuk air kosong dalam perut comel anak ummi.


bajet dia dah beso sangat la tue minum pakai cawan tue. ummi kasi air ke abi dia yang sibuk mintak nak sekali. pandai pulak tue minum sikit-sikit dannnn sikit pun takde tumpah airnya. kalau ummi tau. tak payah ummi susah-susah beli botol cawan tue. pakai je cawan yang ada kat dapur tue haaaa :p yang sebenarnya anak ikut ummi, ummi masa pregnant dulu minum susu pun nak dalam botol khas, haaa skang hambik!!! anak dah ngikut ngehngehngeh

** cawan ummi Jusiza bagi tertinggal kat rumah opah kat ipoh huwaaaa ;( 

02 April 2014

Ummi Manja atau Mengada?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 ummi yang mengada dan manja bertempat :p

pernah tersentap dengan satu petikan ayat yang saya dengar nie. masa tue kami tengah bersiap-siap nak balik Alor Setar. "hang hantar dia balik alor setar, lepas tue hang balik mai seberang jaya naik bas pulak?" tak pasti la petikan ayat tue sesaja dia cakap atau ada maksud lain. orang itu datang sekali sekala mungkin tak paham situasi kami macam mana.

tapi jauh disudut hati saya sentap dengan ayat tue. macam saya nie mengada sangat pulak mintak suami hantarkan balik alor setar. bukan sengaja nak mengada atau nak jadi manja. tapi sesape yang tak pernah lalui atau tak pernah paham situasi saya setiap kali travel memang akan mudah menuduh saya mengada.

ingat mudah ke nak travel dengan ada baby kecik kat sebelah. satu jam perjalanan dari alor setar ke penang ingat senang ke handle emosi baby kecik tue? kalau dah boleh cakap senang la jugak nak tanya apa yang dia tak selesa setiap kali menangis. tapi dengan baby umur 7 bulan tue bahasa dia apa je yang saya boleh paham. ingat tenang ke nak drive bila dengar anak menangis meraung merengek kat sebelah? siapa yang tak lalui tak akan paham. jadi saya maafkan aje sesape yang menuduh saya manja dan mengada itu kiranya ada.

saya sanggup pejam sebelah mata, dan gagah jugak balik sendiri ke seberang jaya pun rasanya dah cukup besar pengorbanan tue. plan asal. suami akan ambil dan hantar kami ke alor setar. tapi kerana sayangkan suami, kesiankan dia, saya berkorban dan pujuk anak. cumanya bila nak balik ke alor setar semula mintak suami hantarkan. masa anak tak keluar lagi dulu tak pernah saya nak susahkan suami ambik hantar sebab saya paham suami jugak perlukan rehat disamping boleh jimat duit travel. itu pun kalau ada yang nak kata saya mengada tatau la cakap macam mana lagi. 

tapi syukur Alhamdulilah suami faham keadaan saya dan anak. suami sayang dan hargai kami. sikit pun dia tak merungut bila badan letih berulang alik hantar anak isteri. saya tak peduli apa orang nak fikir. janji suami tetap ada di sisi. 

01 April 2014

Box Mainan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


selalunya kalau saya buat kerja lain tak tengok budak kecik tue sangat, saya bukak sesiap penutup storage box mainan dia. tapi tak keluarkan mainan. nak tengok apa yang dia boleh buat dengan box tue. nak tengok sejauh mana sel-sel otak Fateh Uwais berhubung :p

mulanya dia akan panjat dulu, bila tak boleh terbalik lah box tue dapat kat dia. boleh senyum tengok ummi pulak tue bila dah berjaya grrrrr geget idung awak sat lagi baru tau :p semalam sibuk nak masuk dalam tue. masukkan kepala dulu sambil keluarkan semua mainan dia. marah-marah bila tak boleh nak lepas. terhantuk kat box tue pun tetap gegeh jugak nak masuk.


ummi geram, ummi letak dalam box tue. kemain lagi suka. muat-muat aje box tue dengan dia. besar sikit lagi tak boleh acah-acah main duduk dalam tue dah hihihi. makin besar makin panjang akal. makin pandai ambil hati, makin pandai bermulut manis. makin pandai beli hati ummi abi.


pagi tadi masa saya sibuk siap. dia datang kejar, tangkap kain saya. tarik-tarik. bila saya pusing sebut cakkkk!!! terus gelak mengekek. ada je benda yang dia buat nak bagi ummi senyum. kalau dulu bila jauh dengan abi, duduk sensorang sambil usap perut. sekarang dah ada budak kecik yang boleh ajak main. ummi bahagia ada awak yayang kecik. 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...