Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

26 May 2015

Budak pun reti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

biasanya orang dewasa ni memang payah nak bawak keluar perkataan "mintak tolong" "terima kasih" dan "mintak maaf" kan. perkataan tu dah serupa macam mahallllllll je sangat haaa. yang cuma tau bagi arahan. bagi arahan dan bagi arahan. helloooo please respect each other okesss. macam mana orang lain nak hormat engko dah kalau engko pun tak reti nak hormat orang.

tak salah tak rugi pun kalau nak mintak kawan sekerja ke sesape ke tolong kita. walau itu kerja dia tapi boleh je kan sebut "saya nak mintak tolong" tak reti ke nak beli hati beli jiwa orang lain bila kita nak mintak tolong dia? tambah pulak kalau itu bukan kerja dia yang hakiki lagiiiiii lah KENA sebut mintak tolong dan mintak maaf tu tauuuu



sedangkan budak besar Fateh Uwais ni pun reti nak mintak tolong ummi bila dia nak sesuatu. reti hargai dengan kata terima kasih dan reti mintak maaf bila dah buat salah. jadi apa yang susah sangat ntah untuk orang dewasa yang dah punya akal punya kudrat punya suara yang Allah pinjamkan tu untuk sebut perkataan yang serupa?

moga anak ummi Fateh Uwais terus istiqomah dan tak lupa diri untuk sebut perkataan yang sangat berharga dan menjaga hati orang ni. semoga ummi dan semua orang jugak tak berat mulut nak sebut perkataan2 tu. aminnnnn

sory kebusyian kemalasan nak update nak blogwalking. penyakit kalau dah cuti banyak hari dari blog memang kemalasan tu sentiasaaaaaa berpanjangan pftttttt. nanti bila dah semangat rajin datang kita buat macam biasa ye. maraton blog dari sebelah ke sebelah, entry by entry hihihihhi.

muah ciked :p


post signature

18 May 2015

Toddler Car Seat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Carseat untuk toddler perlu ke? jujurnya seorang ummi uwais dah buat salah awal dulu. kalau dulu uwais duduk dalam carseat hanya bila ummi yang drive. bila ummi jadi co-pilot, uwais akan duduk atas riba ummi. tapi yela dulu masa dia baby2 kerja dia tidooooo je dalam kereta. masuk kereta, dapat susu bommmm lena sampai la ke destinasinya. tapi sejak dah besar ni peratus untuk dia tido lena tu sangatlah nipis >.<



dan disebabkan carseat dulu tu tak sesuai untuk dia yang dah besar dan pandai tengok keliling dekat luar makanya memang dia takmau lah duduk dalam carseat tu kalau ummi jadi co-pilot ataupun ummi yang drive. mengamuk meronta menangis macam apa je lagi. sampai ummi trauma tiap kali nak drive balik penang time weekend dulu. 



jenjalan dekat Aeon Big dan ternampak car seat brand Sweet Chery promosi RM126. bulan sebelumnya dekat Aeon jugak RM180. alhamdulilah rezeki nak dapat car seat yang sama dengan harga lebih murah kan. tengok tu budak ciwi dapat car seat baru terus tertido dekat situ. tak payah nak susu dulu pun haaaa tapi sekali tu jela, lepas daripada tu takde pun istilah tertido atas car seat lagi dahhhh =..=


bila ummi suruh duduk belakang mula lah buat diam tak nak cakap, tak nak sembang, kepala lentuk ikut sana ikut sini. memacam lagi haaaa. kalau duduk depan tepi abi dia elokkk je perangai tu. kemain kan nak cantas2 ummi. sekarang alhamdulilah dia dah boleh terima hakikat kena duduk dalam car seat. kalau awal2 dulu memberontak jugak duk sebut "abi sangkut" banyak kali bila pakaikan seat belt tu. kalau ada opah atok lagi perangai mengada tak nak duduk dalam car seat =..=

jadinya perlu ke toodler ni dipakaikan car seat? jawapannya perlu selagi dia tak reti nak imbang badan duduk sendiri, selagi akal dia belum cerdik nak tau hal keselamatan dalam kereta. Fateh Uwais dah pernah jatuh dalam kereta bila abi break kecemasan. terhantuk dahi dekat dashboard, terjatuh ke tempat kaki co pilot. malang tak berbau kan. dari insiden tu terus ummi tekad dan nekad anak kena duduk dalam car seat walau ada orang dewasa yang boleh tolong pegang dia. kesalahan ummi yang dulu tu natijahnya lebam dekat dahi anak seminggu baru surut. maafkan ummi, sepatutnya ummi yang ada akal ni dah kena bertegas dengan anak yang hanya nampak semua perkara adalah permainan. maafkan ummi ;(

cumanya kalau nak beli car sear cari yang sesuai dengan umur anak. sekarang dah banyak car seat yang boleh pakai dari newborn sampai toddler kan? cuma kena pasang alas bawah dia je untuk jadi car seat toddler kan? jangan jadi macam ummi uwais. dah jadi satu hal baru nak menyesal. 

post signature

17 May 2015

Blogger Itu Suami AKu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


iye kami suami isteri blogger. kalau ikut jujurnya memang lah blog seorang ummi uwais ini blog picisan nak banding dengan blog abi uwais kan. tapi who's care? hahahahaha. gelak jahat sikit. yang penting sape yang lagi rajin update entry kan? kohkohkoh :p

bila jadi laki bini blogger ni memang banyak yang bestnya. contoh bila ada event pape, laki bini boleh pergi sekali, balik lewat sampai 1 pagi pun tak kisah sebab laki ada sekali. masuk dalam kelompok yang sama sekali, kawan blogger suami boleh jadi kawan blogger isteri jugak atas tiket blogger itewwww. memang banyak pun kawan-kawan maya saya dapat dari suami. banyak yang rapat pun kenal dari suami jugak. kadang tu sebelumnya blogger tu rapat dengan suami tapi bila dah berkenalan dengan saya dah jadi rapat dengan saya pulak, suami ditinggalkan ehhh kakakakaka :p 

tapi yang tak syoknya bila 'bertekak' bab duit dalam nuffnag. apsal duit dia lagi banyak dari duit kita dalam tuuuuuuuu, dan bermula lah episod mendengki antara satu sama lain. mencikkkk hahahahahahaha :p

first time jumpa masa event Kami Blogger Utagha dulu, tanpa ada perasaan jatuh cinta masa tu okessss :p

dan tak sangka pulak blogger yang orang ramai ingat perempuan dulu tu adalah suami syakira. jodoh Allah sape sangka kan? semua orang pun pelik kalau dulu bila bertanya. "orang perak kerja kedah macam mana boleh kenal dengan orang penang yang kerja dekat kl pulak?" jodoh rahsia Allah kan. 

Blogger itu suami aku :) 


post signature

14 May 2015

"adik cacing"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

lalu tepi sawah

"burung makan cacing" - abi

"buwung akan cacing" - ulang tiga empat lima enam kali setiap kali lalu tepi sawah

"adik makan ape?"

"adik akan cacing" nguuuuuu pitam ummi dengar adik oiiii

tiap kali bila tanya adik makan apeeeee tuuuuu???? mesti dia sebut cacing. gerammmmm je haaaa. padahal dah ajar dah hari2 adik makan nasik. burung je yang makan cacing =..=



alhamdulilah sejak nak masuk setahun lapan bulan aritu dah pandai gabung perkataan jadi dua dan tiga suku kata. bila abi ambik dekat rumah pengasuh tanya mak mana? "mak andi hanna" mak mandi hanna. kalau mak tanya kereta sape dekat depan dia tipu mak kata "mak hanna mai" kelam kabut orang tu ke depan ingatkan betol sekali kena tipu je kohkohkoh

alhamdulilah jugak buat masa ni beberapa perkataan je yang tak paham apa dia cakap. teringat aritu Kak Izwa cerita macam mana dia ajar anak-anak dia cakap terus. cuba praktik cara dia dengan Uwais. alhamdulilah berkesan. bila tak paham bahasa jerman dia terus suruh dia cakap sampai kita paham dan sampai dia reti guna bahasa penuh. alhamdulilah buat masa ni takde susah sangat nak paham apa yang uwais cuba sampaikan. 

dan kami sendiri memang takde guna bahasa bebudak dengan anak2. anak2 means anak sendiri, anak buah dan anak kengkawan. budak biasa lah memang selalu pelat, kalau kita pun pelat jugak dengan dia lagi lambat dia boleh nak bercakap terus kan? cakap jela macam tengah sembang dengan orang dewasa. insyaAllah tak lama mesti dia boleh cakap terus. betoi tak mak2 sekalian? hihihihi

paling syok dengar dia loghat kedah. walau ummi orang perak, anak pun lahir kat perak tapi takde la ummi sungguh2 suruh dia loghat perak jugak hihihihi

"ummi, abi mai" tiap kali abi balik kerja. bukan abi mai lah sayang abi balik.

"ummi, abi alik"

"abi solat, suwau" 

moga satu hari nanti kepetahan awak mengaji menghafaz al quran sepetah awak berkata-kata sekarang ni Fateh Uwais sayang....


post signature

13 May 2015

Teluk Kemang, Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

projek cuti umum yanggggg panjang. asalnya dah nak cancel trip holiday bersama keluarga tapi papa kata. "takpe semua papa sponser" wahhhh free holiday sape yang tak nak kan? hahahaha takde lah. tapi demi memikirkan hajat mama papa yang nak bercuti dengan anak cucu menantu ni digagahi jua kaki ini melangkah ke Port Dickson Negeri Sembilan. tapi memang pun holiday kali ini fully sponser by mama dan papa weols. terasa segan silu disitu, tanam dalam hati "insyaAllah one day masanya pulak kami sponser holiday mama papa, mana tau Allah murahkan rezeki boleh sponser buat haji ke kan? amin amin"



Gerak ke PD dari Banting hari sabtu pagi. malam sebelumnya tido semalam dulu dekat Banting rumah kakak nombor dua. mujur lah jugak transit dekat banting kalau direct ipoh-pd ntah pukul berapa pulak nak sampainya. ipoh-banting pun agak slow jugak atas highway. biasalah cuti panjang kan semua orang nak pegi holiday jenjalan. sampai pd pun jem jugak. satu keistimewaan Waze selain cari destinasi yang kita nak. Waze akan cari jalan yang elak dari jem. so takde lah kaki lenguh tekan brek dengan minyak kan. 



ikut jalan belakang dari banting sampai dekat pd lebih kurang 11 pagi agaknya. cari punya cari tempat yang sesuai nak picnic lastnya ternampak port dekat hotel mayang sari ke resort mayang sari ntah. tak ramai pun dekat situ. ada beberapa family je. cumanya kena berhati-hati kalau nak masuk situ. digalakkan kereta park atas jalan tar dan jalan kaki lah sikit untuk masuk dalam tu. sebab? sepanjang kami berpicnic tu ada saja kereta yang lekat dalam pasir pantai. termasuk kereta weols kahkahkah. tapi yang bestnya walau tak kenal sape pun engko, latar belakang macam mana. bila ada je kereta yang terlekat mesti semua pakat-pakat datang tolong tolak angkat sampai lah settle. alhamdulilah masih wujud lagi semangat tu dalam malaysia ni. 


keluarga besar, nak makan sedap2 banyak2 kena la masak sendiri ye dok? kihkihkih. konon memula seorang ummi uwais gigih lah nak tolong pasang api tapi sampai kesudah tak nyala2, malas lah nak duduk bertenggek dekat situ lagi =.=" 




kembar lain mak lain bapak lain tahun tapi sama size baju hewhewhew. kemain lagi dua orang tu kawan baik. main sama-sama. jerit sama-sama. buat bising sama-sama. mandi sama-sama. melompat, selerak barang sama-sama. makan keropok mamee tuang atas katil pun sama-sama =..=



baru perasan rupanya takde pun ambik gambar dekat pantai, main air laut semua. sibuk jaga anak2 dalam air laut mana sempat nak pegang hp :p homestay kami dekat area Teluk Kemang. memang dekat je semalam RM200 sahaja tapi not recomended. takde pun ambik gambar. takde pun eksaited macam pegi cameron hari tu kan. 

Homestay dia memang murah tapi untuk family besar macam kami tak sesuai kot. ada 3 bilik 2 bilik air, ruang dapur yang luas, ruang parking kereta yang boleh muat dua bijik kereta, saga dan pesona, ruang tamu yang panjang dan luas. bilik utama ada katil king beserta aircond yang tak rasa mana pun. bilik ketiga katil double decker yang hanya dilengkapi kipas bawah seketoi. yang selesa pun bilik kedua je. ada satu katil king, aircond pun kuat sangat. budak kembar dua orang tu memang rajin lepak bilik kedua jela. sejuk katakan hihihihi. bilik air pun boleh guna satu je. bilik air depan setakat nak buang air kecik je boleh la itupun kena isi sendiri air dalam tangki flush kalau nak guna flush. bilik air sebenarnya ada tiga. tapi dedua tu owner cabut paip shower dia. tatau la sebabnya kenapa. 

tido beramai-ramai diruang tamu jela sebab family kami ni ramai. mungkin sepadan lah kot dengan harganya tapi untuk rasa selesa tu mungkin tidak. nama homestay? entah tatau sebab homestay kali ni kakak yang deal dengan owner. Oh ye lagi satu homestay ni ada tikus huuuuu.



pagi ahad selesai mandi manda dekat Teluk Kemang kemas2 beg terus gerak ke muzium tentera darat dekat area teluk kemang tu jugak. masuk percuma. bagi kami ok la muzium dia. banyak pamer kereta2 kebal, helikopter, keretapi, lorong bawah tanah dll. lorong bawah tanah je kami tak dapat masuk sebab Fateh Uwais takut. walau hati abi ummi dedua melonjak nak merasa masuk bawah tu tapi sebab ada anak kecik kena la korban perasaan teringin tu hihihihi.


dan petang ahad kembali ke hotel mewah mama papa di ipoh perak hihihihi. atas highway menuju ke utara traffic lancar masa tu walau kereta boleh jugak tahan banyak dan hujan lebat. tapi traffic menuju selatan dah heavy traffic dah masa tu. mungkin orang ramai pakat balik awal walau isnin besoknya tu masih cuti lagi. 

bila nak berholiday lagi? hurmmm kena simpan duit banyak2 dulu. baru syok nak berjalan rata hihihihi. ini pun unplanned aje haaaa. buat last minit. last minit lah baru syok ye dak? ekekekekeke. 



post signature

12 May 2015

Kolam Bandaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

hai. hewhewhew. payah betoi nak mula bukak entry baru bila dah start cuti panjanggggggg. macam biasa kalau seorang syakira cuti bekerja makanya blog pun bercuti la jugak. bukannya sebab pakai wifi opis!! amboiiii tak baik fitnah iols okeyyy. tapi sebab dekat rumah tersangatlah malas nak on lappy nanti ada budak bontot toek duduk atas lappy ummi lepas tu nak kepak leher lappy ummi =.=" pakai henpon? tak puas nak taip entry panjang2 dalam skrin kecik itewwwww :p


weekend cuti panjang yang lepas masa dekat PD belikan lah pelampung mon ni dekat budak bontot toek tu. disebabkan kadar keterujaan dia pada menatang doraemon tu melampau2 makanya abi kata "kalau ada pelampung doraemon baru kita beli dekat anak" tengok2 ada sorang bapak budak duk heret pelampung mon ni. terus tunjuk kat suami "tuuuuuuuu ada, kejap lagi kita cari ek" 



tengok tu buat teruk sangat. duduk dalam mon tengok tv. habis hati letewww orang beli mon kesukaan dia :p dan dekat area alor setar mana ada laut yang boleh main mandi manda kecuali langkawi. ke ada tapi ummi tatau? makanya ummi abi decide nanti kita bawak anak main kolam dekat kolam bandaran MBAS. memandangkan aritu nampak Naqiah bawak Anas Muhsi main kolam dekat situ. dan nanti takde la susah sangat ummi nak mendobi baju basah dorang. kalau main laut penuh mesin dengan pasir pantai aje =..=


kolam bandaran dekat stadium. masuk dewasa RM3.50 untuk yang mandi sahaja, kalau setakat nak tengok anak dengan suami mandi masuk free. kalau celup kaki je tatau kena bayar ke tidak :p untuk kanak2 besar uwais FOC. ada dua kolam satu untuk kanak2 dan satu lagi yang dewasa punya. untuk kolam kanak2 paras dia sampai dada uwais je. syok budak sorang tu jalan ke hulu hilir dalam kolam tu. 


masa sabtu lepas kami sampai sebelum pukul 6 petang. tak ramai sangat orang. bebudak pun tak ramai lagi. 6 lebih macam tu baru lah lagi meriah. tapi Fateh Uwais ni takmo pun main lelama dalam kolam bebudak tu dia lagi suka nak mandi kolam dewasa. belagak pulak yeeeee


setiap kali letak dia dalam pelampung mesti dia pusing2 nak keluar. agaknya dia rasa lagi secure bila abi yang pegang. kalau pelampung ada potensi nak terbalik katanya kot. tapi sebab ummi abi chewy nak tengok anak main pelampung baru. paksa jugak dia duduk dalam tu. natijahnya? berlubang doraemon tu kena gigit dengan uwais. lalu kempis lah ia dan tak boleh main lagi =.= sakit hati sungguh tengok mon tu kempis cedera parah 


kena nasihat lepas buat salah. hewhewhew. ohh ye lupa. kolam bandaran ni hari2 bukak kecuali hari rabu hanya untuk pengunjung perempuan dan kanak2 sahaja. syok kan? mandi manda tanpa kehadiran orang lelaki. takde la segan sangat nak berenang. hari kami pergi ritu ada sorang lelaki ni swimming pakai spenda renang aje. rasa macam herrrrrrrr =.=' memang la "its normal ok" tapi kurang manis kot nak pakai macam tu tempat public. nasib uwais belum pandai nak tanya hal sekeliling ni kalau tidak apa ummi nak jawab kalau dia kata "ummi orang tu tak malu ke pakai spenda je? bebird dia tak terbang ke?" =.=


insyaAllah bakalan jadi aktiviti mingguan family kecik kami. nak ke taman tema tiap minggu kopak lah duit kan, main mandi manda dalam kolam bandaran pun jadi lah. itu pun dah cukup seronok untuk seorang Fateh Uwais, ummi dan abinya. murah pun murah hewhewhew. dan ummi bakalan terjun ke dalam kolam itu bersama mereka jugak satu hari nanti. mana tahan woi tengok deme berdua seronok bergelak ketawa dalam kolam tu. menjerit-jerit hati ummi ni tahan geram tauuuuuuuuuu :p


post signature

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...