Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

16 July 2015

Selamat Hari Raya!!!

Assalamualaikum

sepanjang minggu malas nak hudpate blog kan? mihmihmih. takde la sepanjang minggu ni mood melayang2 dah sampai kampung sebenarnya. jasad je ada dekat tempat kerja sobsssss. dan sepanjang minggu tu jugak kerja seorang ummi bawak baju seluar anak alter dekat meja opis. haaa la kerja dah kurang dan takde langsung tambah semalam dengan hari ni. maka marilah kita meng alter baju raya sambil dengar lagu raya kohkohkoh :p



hati2 memandu walau kemana jua destinasi anda. kesempatan hari raya ni berkunjung lah ke rumah sanak saudara rakan taulan. dah kalau bukan hari raya kita macam takde sebab (kononnya) nak menziarah mereka, jadi ambik la kesempatan dengan beraya. seronok tau tak beraya dari rumah ke rumah ni. dah jadi tradisi family saya. raya dari rumah ke rumah. kalau tak larat nak beraya jauh raya je dekat-dekat. dari pagi sampai malam tu takde rasa bosan. tapi jangan lah beraya sampai dekat sejam satu rumah tu je hewhewhew :p

ampun dan maaf andai ada kata dari perkataan atau langsung yang mengguris hati sesiapa. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :) selamat pulang anak rantau ;'D


post signature

12 July 2015

Resepi Famous Amos

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


satu satunya kuih raya tunggal yang ummi uwais kerjakan untuk aidilfitri yang tak berapa hari je lagi hewhewhew. ai is seorang pemalas nak buat cookies. alkisahnya oven kecik je tu pun pemberian bebudak KBU masa kawen dulu. kalau buat kek, dah siap adun, bakar je sebijik dalam tu takyah tunggu dah. bila buat cookies empat kali kena bukak tutup oven nak tunggu sampai habis adunan. malas!! hahahaha

dah pernah buat tahun lepas ke dua tahun lepas ntah lupa dah. rasa dia boleh la tahan sedap. puji diri sendiri takpe ke ni? wahahahahaha :p tapi bab bentuk tu memang failed!! ada yang bujur, bulat, empat segi je takdak kahkahkah. 

nampak macam kena buat lagi satu adunan. duk pulun makan laki bini sikit-sikit karang takdan nak bagi ke sesape pulak. tehehehehe. mohon masing-masing doakan ummi uwais ni diberikan sifat yang maha rajin untuk buat cookies ni. mohon ye mohon :p 


resepi cookies Famos Amos yang tatau boleh dapat berapa bijik satu adunan

sumber asal : dah tak ingat kat sape tapi mohon halal pada empunya resepi
olahan semula : Syakira Yaakub

Bahan-bahan :

1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
1 cawan butter
1 cawan minyak
1 biji telur 
1 sb susu cair @ segar
4 cawan tepung gandum
1 sk kecil garam
1 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan coklat chips yang bermutu tinggi
1 sk esen vanilla
3 sudu besar sebuk koko

Cara-caranya :

  • pukul mentega, gula, minyak, telur, susu dan vanilla hingga sebati
  • masukkan tepung gandum, garam, soda bikarbonat, serbuk koko pukul sampai sebati lagi
  • masukkan walnut dan coklat chips gaul2 bagi sekata dan rata dengan adunan tepung. sila pakai spatula untuk mengaul. pakai tangan pun bolehhh
  • saya simpan adunan dalam firdge 30 minit dulu untuk elak adunan meleper sangat masa dibakar
  • sudukan adunan (mengikut acuan dan besar sendiri) atas dulang pembakar yang dah siap digris butter. kalau taknak letak dalam fridge terus boleh sudukan adunan dan bakar
  • jarakkan sikit sebab nanti cookies akan mengembang bila dibakar
  • bakar pada suhu 170c selama 15 minit. atau bergantung pada suhu oven masing-masing. saya suka cookies yang rangup sikit tu yang bakar suhu tinggi
  • setelah cookies perang atau masak sejukkan diatas jaring sebelum disimpan didalam bekas kedap udara
  • selamat mencuba!!!!

sila guna butter dan coklat chips yang bermutu tinggi. baru lah sedap sikit nak dimakan ihihihihi. ohhh ye takde ambik tempahan ye. kalau nak ambik pun lepas raya la gamaknya. tak rajin nak kojekan cookies tengah ni hahahahaha

saya olah balik dari resepi yang asal. tang mana nak kurang nak lebih ikut citarasa sendiri bergantung pada apa yang ada dekat rumah. jadi kalau korang nak tambah kekacang lain ikut sedap tekak korang dipersilakan ;)

ohh ye semasa proses membakar sila simpan adunan yang lain didalam fridge dahulu ye. nak bakar lain baru bawak keluar pulak. dan begitulah sehingga adunan habis dibakar. 


atau kalau macam tak berapa nak rajin buat sendiri tu boleh la order dengan SYAKIRA HOMEMADE

satu balang cuma RM30
55 + 5 biji extra 
019-4942450
:)




post signature

09 July 2015

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



hahahahaha sejak bila ummi uwais rajin join GA ni entah la hewhewhew. tapi mana nak tau kan rezeki di bulan ramadhon yang mulia niiiiiii. eleh nak join letewwwwww pegi kat blog Lyssa Faizureen ni. kat situ ada dia bagitau cara penyertaan. cepat sikit jangan tangguh2. tarikh tutup 14 JULAI 2015 nanti.

dannn 5 items pilihan dihati ::::


Product: Men Long Sleeve Shirt
Price Meletop: RM16.90
Date: 30/06/2015
Time: start: 2.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
 Limited Quantity: 100 pieces (sold out)


Product: Haniya Podka Dotted Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 11.00am 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 150 pieces (sold out)


Product: Haniya Long Fish Tail Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 100 pieces (sold out)


Product: Travel Durable Backpack Malaysia
Price Meletop: RM19.90
Date: 10/07/2015
Time start: 4.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 60 units


Product: Mix Color Hoodies
Price Meletop: RM21.90
Date: 07/07/2015
Time start: 4.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 150 pieces  (sold out)

Ok dah cukup 5 itu pun berbintang dah mata memilih hahaha. jadinya marilah kita sama-sama berdoa moga tuan blog kiera sakura ini dimurahkan rezeki menang GA kali ni. amin amin mihmihmih 

oh ye nanti jangan lupa pulak check korang berjaya ke tak dekat sini ye 15 Julai 2015 nanti. 



post signature

Beli atau Masak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sembang mak mak cenggini la hahahaha :p dah setengah ramadhan pun. kalau kami ke bazar pun selalunya blurrr tengok makanan. bukan sebab banyak tatau nak beli yang mana, atau rambang mata, atau semua rasa nak ambik. tapi sebab rasa macam takde selera tengok semua makanan. yang selera tengok air yang berkaler kaler tu je. ngehngehngeh

masak jugak yang rasanya paling ideal. dapat pulak balik setengah jam awal bulan puasa ni. sempat la masak itu ini dekat rumah. tak banyak pun. biasa buat lauk sejenis, sayur sejenis, nasi. itu je dah cukup. dessert memang selalu ada dekat dalam peti. kek memang tak pernah kering dari dalam peti tu. kalau takde kek mesti suami bunyi "pelik pulak bila takde kek nak buat kudap2 mulut ni" kohkohkoh

bila anak dah pandai makan lagi tak sampai hati nak membeli dekat luar. Fateh Uwais tak suka makan pedas, dekat luar memang selalunya pedas lah. nak pulak duduk kedah. memang makanan kalau tak pedas kurang kick lah kan hihihihi. makanya memasak lah kita demi menjamin kesenangan hati dan perut setiap insan :p jimat pun jimat. bersih pun bersih. kalau beli dekat luar boleh makan time berbuka je kalau simpan bawak ke sahur mesti dah rosak makanannya. time berbuka banyak mana jela yang lalu makan pun. membazir je nanti huuuuu

tapi takde lah sepanjangan ramadhon ni masak je. ada jugak la ngelat beli dekat luar. ada hari bila malas tu memang malas lah jugak. takde kompromi lagi hahahahaha :p

yang syok nya tiap kali masak memang lupa nak ambik gambar. konon nak buat lah entry resepi masak tu. tapi hambarrrrrr hahahahahaha. dah kalut masak, kalut ngemas, sibuk nak meronda petang2 pulak. hewhewhew :p


post signature

08 July 2015

Dobi 24 jam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alor setar sekarang ni musim tengkujuh. boleh dikatakan hari2 hujan. alhamdulilah syukurrrrrrr. sejukkk je tido malam. puasa pun takde rasa letih kering tekak sangat dah cuaca pun redupppp aje. tapi kain basuh jela yang tak kering hewhewhew. kalau dah perempuan mak mak ni memang selalu susah hati dekat kain dalam bakul. tambah tengok dah berbakul sedia menunggu hahahaha. sampai dah kehabisan baju kering nak pakai dekat rumah la cerita dia. nak pulak budak kecik sorang tu sekarang ni rajin bagi tumpah air, makan comot2, kejap je dah kena tuko baju lain. ummi is tak suka tengok anak berbaju comot2. memang salin baju lain la jawabnya. baju dia pun dah sebakul!!!


rumah kami pulak mesin basuh semi auto. tetiba terasa nak patah ulat tulang belikat bila mengenangkan baju yang berbakul2 tu hahahahahaha. baju yang basuh time weekend sebelum memang elok duk bergantung hanger. tak kering lagi dan dah berbau hapak. nguuuu. baju kalau lambat kering cuaca lembab memang senang nak bau hapak. nak pulak bila kena tempias hujan.


sembang dengan kengkawan group whatsapp dorang sebut pasal dobi 24 jam ni. kata mereka balik terus lipat je tak payah jemur dah. wahhhhh!!! berbintang bintang mata seorang ummi uwais dengar tak payah jemur tu. terus tanya details dekat dorang. memang betoi pun balik terus lipat tak payah susah hati nak jemur takut hujan tak kering. ai is sukaaaaaaaa sangat. wehehehehe. padahal orang lain dah berzaman tau guna mesin dobi 24 jam. iols baru nak terhegeh2 hahahahaha :p


datang lepas maghrib. ya ampunnnnn ramai betoi orang. mujur masa kami sampai ada satu mesin 14kg yang kosong. terus sumbat. ada beberapa jenis mesin bergantung jugak pada sesetengah kedai. dobi kami pegi ni ada dua jenis je buat masa ni. 10kg dengan 14kg untuk basuhan. boleh pilih kita nak basuh pakai air sejuk, suam atau panas. kadar bayaran pun ikut muatan dan jenis air yang kita pilih.

macam kami pakai mesin 14kilo air sejuk sekali basuh RM6, yang baju kaler gelap sekali dengan seluar sumbat dalam mesin 10kilo RM4 pun air sejuk jugak. koser nak pakai air panas. selagi boleh jimat kita jimat wahahahahaha. dah selesai basuh. sumbat pulak dalam mesin dryer. yang ini fungsi dia untuk keringkan baju2 itu seperti mengeringkan baju basahan di jemuran dikala matahari naik. sukaaaa sangat mesin dryer ni hahahahaha

sekali putar yang 14kilo RM4. tapi mesin dia besar yakmat. boleh sumbat sekali yang 10kilo tu jugak. cuma kalau kain banyak tambahkan lagi masa dia. extra cas. 1minit RM1. kawan pesan kalau tak nak tambah masa jangan isi padat2 dalam mesin nanti dia tak kering betoi. 

dah siap tunggu maka balik la kita melipat kain berjemaah bersama suami isteri. senangggggg hati tengok kain bertimbun dah selesai wehehehehehe. oh ye kalau tak nak basuh dekat sana. boleh jugak basuh kat rumah pakai mesin korang tu dan keringkan je dekat dobi. pun bolehhh. bagus untuk cuaca yang tak menentu sekarang ni. kot kalau balik kampung raya nanti ampaian tak muat pun boleh guna cara ni. tak payah gaduh hari ni ko basuh baju besok aku pulak. nak keluar beraya pun senang hati tak fikir baju yang tengah bersidai dekat ampaian. hewhewhew



post signature

07 July 2015

3 Perkara Yang Tak Suka Dibulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

hoitttt bulan ramadhan kan bulan yang mulia. takkan la ada jugak benda yang dibenci itu. ada, sebab tu la wujudnya entry ni huhuhu



Jammed

tiap tahun memang ini lah yang kena hadap. opis dekat tengah pekan. pusat alor setar katanyaaaa. bulan puasa habis kerja 4.30pm kena sharp terus thumbprint dan balik. kalau tidak mau 5.30 karang baru sampai rumah. ikutkan 20 minit macam tu je dah boleh sampai rumah tapi disebabkan jammed yang luar biasa dibulan ramadhon makan bertabah lah setiap hari. nak2 pulak dekat nak raya nanti lagiiiiii lah jammed yakmat. bazar ramadhan dekat bawah tu je mana tak jammed nya huuuuu. mujur setakat bazar kedai baju2 raya kalau bazar makanan tatau la nak cakap macam mana. ada yang pegi keja jalan kaki je gamaknya. 

Potong Que

rentetan dari perenggan diatas. dah la jammed kan. ada pulak manusia yang dia rasa diaaaaaaa je nak cepat. potong Q. hoiiii orang lain boleh je beratur, bersabar ikut giliran masing2. awat hang tak boleh pulak. hang je ke yang nak balik? hang je yang nak masak? hang saje yang nak berbuka? hang je yang nak kejar rumah ke???? haaaa marah dah la tu. dah la kena hadap jammed. jammed tu takpe lagi adat lah kan masing-masing semua pun nak balik cepat tapi sebab kena hadap pulak spesies manusia OKU cenggini. Otak Kurang Upaya. kadang tu jammed bukan pasal apa pun. pasal manusia yang suka memotong Que ni. kadang atas highway yang buat lagi berganda jammed pun manusia macam ni jugak. salah gunakan laluan kecemasan. 

Parking Ikut Dan

ini lagi satu menyirap. dah la jalan utama. boleh main ikut dan je parking keta dia atas jalan raya. orang yang nak berselisih ni kena bergilir pulak disebabkan kereta dia yang dah makan jalan tu. kot ye nak membeli pun cuba la beringat dekat orang lain sikit. tolong hidup jangan menyusahkan orang huhuhu

cukup lah tiga tu je kot. karang mau naik darah tinggi pulak seorang ummi uwais. fuhhhhhhhhhh. moga arini besok dan besok besok sampai bila-bila takde lagi jumpa spesies mengurangkan pahala puasa orang ni. kalau tak bersabar sangat mau makian berduyun-duyun yang keluar dari mulut huhuhu. astghafirullahalazimmmmmmm...




post signature

06 July 2015

Qada' Puasa Dan Fidyah Bagi Perempuan Mengandung Dan Menyusukan Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tajuk kemain panjang lagi hahahahaha. alhamdulilah dua tahun lepas dapat peluang puasa penuh. first year masa mengandungkan Fateh Uwais yang dah berusia 8 bulan dalam perut, second year masa menyusukan dia pulak. alhamdulilah rasa indahhhhhh sangat dapat puasa penuh ni hewhewhew :p

setiap orang tak sama. ada yang larat je nak puasa time mengandung dengan menyusu. ada yang tak larat. takpe la bab pengalaman puasa dan menyusu time ramadhan nanti entry lain cerita. entry ni nak share Qada' puasa dan fidyah untuk perempuan mengandung dan menyusukan anak yang terpaksa membatalkan puasa. 


MENGANDUNG

  • Boleh berbuka puasa sekiranya penat, letih, tak bertenaga dan rasa mudarat pada diri atau anak yang dikandung
  • lepas dah sihat, means lepas dah bersalin rasa badan dah bertenaga dah sihat balik WAJIB qada' puasa. 
  • kalau tak Qada' tahun itu perlu Qada' bila dah SIHAT. dan perlu bayar fidyah sekiranya Qada' melangkau tahun yang lain.
  • sekiranya berbuka kerana takut mudarat pada diri hanya perlu Qada' puasa TANPA bayar fidyah
  • sekiranya berbuka kerana risau mudarat pada anak perlu Qada' puasa DAN bayar fidyah walau Qada' pada tahun yang sama


MENYUSUKAN ANAK

  • boleh berbuka puasa sekiranya rasa badan letih, penat, tak bertenanga atau anak kurang sihat yang mana kita risau sekiranya kurang khasiat dalam susu kita sekiranya kita berpuasa
  • sama jugak macam Qada' mengandung tadi. kalau risau mudarat pada anak perlu Qada' dan bayar fidyah walau Qada' pada tahun yang sama

lepas tu nampak pulak ada orang lain share yang wardina tuliskan ni.  dari Mazhab Ibnu Umar dan Ibnu Abas. fatwa ni boleh digunakan SEKIRANYA perempuan atau si ibu itu mengandung dan menyusukan sepanjang tahun. tahun ni mengandung, tahun depan menyusu, tahun lagi satu mengandung, tahun depannya menyusu, lepas tu mengandung lagi sampai anak 10 orang. kiranya produktif la sepanjang tahun :'D tak sempat nak sihat untuk Qada' puasa. dalam sepanjang tahun tu takde skip langsung. makanya dia hanya perlu bayar fidyah sahaja. kalau tidak nanti kesian ke dia nak kena Qada' puasa banyak2 nanti.

kalau anda rasa anda tidaklah produktif seperti situasi diatas ini, maka sila lah kembali kepada hukum dan fatwa yang saya kongsikan di awal itu tadi ye. JANGAN nak ngelat!!! ;')

https://www.youtube.com/watch?v=MhmsKX7ghlU&feature=youtu.be


sila lah dengar sepenuhnya pencerahan oleh AAM. banyak input yang boleh kita dapat. terutama untuk kaum sejenis saya. PEREMPUAN......

DARAH NIFAS

masa saya sakit nak bersalin dulu. saya keluar darah dulu. turun darah memang banyak. mak sedara kata tak perlu solat dah. tapi SALAH. itu bukan darah nifas. walau dalam LR kita sakit contraction pun masih WAJIB bersolat. dikira darah nifas selepas keluarnya kepala baby dari pintu rahim kita. jadi sila ingat balik pada sesape yang terlepas dulu. berapa rakaat solat kita nak kena Qada' balik? macam saya dulu sebab tatau dan bila dah tau terus Qada' solat maghrib dan isyak yang ditinggal. sobsss. 

ISTIHADAH
  • darah haid paling lama adalah 15 hari
  • selepas 15 hari ia dipanggil darah istihadah
  • darah yang bukan dalam kategori darah haid dan nifas. boleh berpuasa, boleh solat dan boleh bersama dengan suami
FIDYAH

makanan asasi pada satu-satu kawasan. kalau negara kita ni beras lah kan.

1 cupak beras = 1 hari tinggal puasa

  




post signature

05 July 2015

Drama King

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sejukkkkk hati seorang ummi uwais baca petikan kata Dr Zubaidi ni hahahahaha :p pepagi mesti stress dengan drama king sorang tu. kalau nak pagi yang indah tanpa kelam kelibut nak kejar jam thumbprint kena berlembut2 dengan si Fateh Uwais. tak boleh emosi, kena senyummmmmm je selalu. dia bukak je mata menapak keluar bilik tu kena pegi gosok2 kepala cakap assalamualaikum morning, tak boleh suruh dia buat itu ini. kalau tidakkkkkk jenuh bergaduh dengan dia pepagi =.=

dah makin beso ni makin banyak pulak akal dia, makin manja!!!! dah pandai sekarang ni takmau duduk rumah pengasuh. "namauuuu(sambil panjang muncung)" "abi tak payah keja" amboiiiii sangat tak bagi abi dia keja suruh duduk rumah jaga dia. amboiiii amboiii sangat. tapi bila nak balik petang dari rumah pengasuh dah tak nak balik pulakkkk... pening ummi ni nak peninggggg

kalau nampak abi ummi pegi kerja naik moto mula la air mata berjuraian macam nak kena tinggal setahun. dialog dia dengan mak. (hasil penceritaan kembali oleh mak mengasuh uwais)

"ummi keja, abi keja, adik du...." 

"ummi jalan" dia potong terus =..=

"bukan. ummi abi keja naik motor arini"

"bukannnn. ummi jalan" sambung nangis balik

"kalau ummi jalan mesti ummi bawak adik. ummi tak tinggai" 

hadoiiiiiiii dengki letewww abi bawak ummi naik moto tak bawak dia sekali hahahahahaha. yela selalu yang dia tau kalau kerja ni ummi naik kereta je, tapi hari tu naik moto pulak. nanges la kawan hahahaha. dia tatau yang ummi ni kalau pegi keja naik keta bulan ramadhon yang mulia ni nak kena berpinar mata harung jammed sebelum sampai rumah >.<

dan pagi ni dekat 10 minit nak pujuk leraikan pelukkan ketat dia dekat leher ummi. "takmauuuu" ayat fevret bila sampai dekat rumah pengasuh. 

post signature

01 July 2015

Setahun Sepuluh Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ya Allah cepatnya masa berlalu. lagi dua bulan cukup dua tahun budak kecik sorang ni lahir dalam hidup ummi abi. 25 syawal tahun 2013 dulu. seronok tengok dia membesar depan mata sendiri walau tak la 24 jam didepan ummi. tapi puas, sebab berjaya membesarkan dia dengan tangan sendiri. dulu PJJ jauh dengan suami, jauh dengan family. lone ranjer bersama Fateh Uwais disini, tempat mencari rezeki. Alhamdulilah rahmat Allah yang sangat besar :)

mulut semakin hari semakin beret. bertanya itu ini. sebut itu ini. dan otak budak kecik ni memang sangat fresh kan. apa yang kita buat, kita ajar, kita sebut dia boleh ingat walau benda tu ajar minggu lepas lepas. step solat pun dia ingat. lepas takbir apa, lepas rukuk kena buat apa, lepas sujud, kena bagi salam macam mana. betol la orang kata nak membentuk anak, nak mendidik anak kena dari kecik. waktu-waktu macam ni otak macam sponge. menyerap segala apa yang diajar, segala apa yang dilihat.

tapi satu je sejak dah makin besar ni. susah nak peluk dia lama-lama. kalau main rebut je peluk dia mesti marah kita sebab kacau dia main =..= kena mintak izin elok2 dulu baru boleh dapat. itu pun kejap je, lepas sebut "dah" terus kena lepaskan =.=" cubit montot baru tau.

dan seperti biasa tetap manja kededek abi. semenjak abi duduk sekali ni lagiiiiii manja kededek sangat2. nak peluk abi dia pun tak bagi. mesti kena lepuk dengan dia kalau nampak kita peluk abi dia tak ajak dia sekali. dengki!!!  

post signature

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...