Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

25 October 2015

Happy Birthday Mama!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Selamat Ulang Tahun Kelahiran mama!!!!! entah mama baca ke entah tidak tatau la kita hewhewhew :p Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, sentiasa murah rezeki, dibukakan pintu rezeki yang banyak, dipermudah segala urusan, dan bahagia dunia dan akhirat.

terima kasih atas segalanya. kalau nak di list tak ter list gamaknya kot. terima kasih untuk semua yang dah mama korbankan untuk kami. untuk kasih sayang mama dan untuk segala-galanya lah. kan dah kata kalau nak list takkan dapat. karang entah panjang mana pulak entry nya kihkihkihkih

moga mama sentiasa tabah dan kuat mengharungi setiap ujian dan dugaan dalam hidup kita sekeluarga. moga Allah sentiasa pelihara mama papa dari sebarang kesakitan kepayahan dan apa jua kesulitan. 

mintak maaf atas segala kekuarangan, kesalahan yang dah ya lakukan. halalkan segalanya yang dah mama korban dan bagi untuk kami adik beradik anak menantu anak cucu semuanya. we love you mama!!!!!

post signature

22 October 2015

Thumb Trigger Finger : Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sebenarnya kan bila mereka bertanya anak sakit ape, kami memang pening nak explain anak sakit apa. sebab kami sendiri pun tatau Fateh Uwais sakit apa sebenarnya. itu yang terkeluar perkataan 'terkehel' dari mulut tu hihihihi. tapinya semalam baru dapat jumpa pakar orthopedik kanak-kanak. Dr Haryati. azab jugak sementara nak tunggu dapat jumpa dokte tu pun. yela dia kan pakar kena la sabar menanti. bukan nak hadap kes anak kita jerrrrr. hewhewhew

amenda tu Trigger Finger? hasil penjelasan dokte Yati semalam. ada sesuatu yang 'lock' muscle atau tisu jari dari menggerakkan ibu jari yang bengkok tu jadi lurus. sebab tu ibu jari Fateh Uwais bengok tak boleh lurus. tapi yang amazingnya Fateh Uwais masih boleh pegang barang dengan elok, pegang pensil dengan elok walau dengan keadaan ibu jarinya tak boleh lurus tegak. anak ummi abi kuat!!!!




sakit ni jarang berlaku pada kanak-kanak, selalunya terjadi pada orang dewasa. takdir Allah menentukan segalanya :) sempat jugak saya tanya. punca benda ni jadi. adakah dari lahir-lahir tu memang macam tu atau ada sebab lain. sebab kata dokte yang kami jumpa hari selasa tu benda ni dah lama jadi. dan rata-rata dokte yang ada sekali dekat situ semua pakat terkejut Fateh Uwais kena trigger finger tu. 

"benda ni dah ada dari dia lahir. mungkin awak tak perasan yang jarinya tak boleh lurus betul dari dia lahir. sekarang bila muscle nya makin kuat dan besar dan 'benda' ni dah lock jari dia dari melurus baru awak perasan"

'benda' tu bila dokte bagi kami pegang memang terasa ketat dekat situ. rasa seperti ada bebola kecik dekat dalam tapak tangan Fateh Uwais. dan masa dia jatuh katil mungkin hanya petunjuk dari Allah supaya kami perasan yang jari anak tu sebenarnya tak normal. 

takpe la Fateh Uwais ini mungkin caranya Allah nak ajar Fateh Uwais jadi kuat seperti Sultan Muhammad Al Fateh dan Uwias Al Qarni. ummi abi dah redha pun. doa tawakal hanya pada Allah. sakit datang dari Allah, yang menyembuhkan sebarang penyakit pun hanya Allah SWT sahaja. 




cumanya ada sedikit perasaan lega bila dokte suggest buat fisio dulu. 26 Oktober ni. andai kata selepas fisio jari Fateh Uwais masih kekal seperti itu pembedahan terpaksa jugak dilakukan. 

Ummi Abi dan semua yang sayangkan Fateh Uwais doakan yang terbaik untuk Fateh Uwais. moga segalanya dipermudah, dan diberi kekuatan untuk Fateh Uwais ummi abi. moga cepat sembuh sayang. 

pesanan kami pada semua. kalau terperasan ada something yang pelik pada anak. jangan tangguh jangan tunggu. bawak terus ke klinik kesihatan yang biasa anak kena check up tu dan minta doktor buat pemeriksaan. nanti dorang tau la nak refer kita ke mananya. jangan tangguh-tangguh. 

semalam tersembang dengan makcik kerusi sebelah sementara tunggu giliran. katanya dia pun pernah jadi tapi sebab orang tua dokte tak operate terus. katanya lagi masa kena tu memang sakit, tangan kebas sampai lah jarinya tu sembuh semula. Allah pelihara anak ummi abi, Allah tau sampai tahap mana je yang anak ummi abi mampu tanggung. thanks Allah :)


post signature

20 October 2015

Jumpa Pakar Tulang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ohh ye pada yang bertanya kami dah cuba rawatan alternatif lain sebelum ke hospital. jawapannya. ye kami dah pergi. dah cuba nak urut jari Fateh Uwais pada sorang tukang urut cina ni. memang keberkesannya ramai yang akui. sementara kami tunggu turn nampak ramai patient yang dia urut. nampak berkesan. sebab dia urut depan-depan orang ramai. bila sampai turn Fateh Uwais. dia pegang jari dan katanya benda ni dah jadi lama dan dia tak boleh buat. dia sendiri jugak mintak kami refer ke hospital sebab Fateh Uwais masih lagi budak-budak. mandi air tersalah urat pun sudah. pun takde jalan penyelesaian yang jumpa. akhir sekali ke doktor la jugak kita. 

arini jumpa pakar tulang. mujur pergi awal. 7.15 kami dah keluar rumah. ini pun dah rasa seriau sebab dah lambat je rasanya. sampai hospital dalam 7.58 pagi. jalan laju-laju ke kaunter pendaftaran. tengok dekat dalam dah penuh dengan ramai orang huhuhu. tapi mujur jugak kaunter pendaftaran tu laju. duduk dalam 25 minit dah boleh daftar dan dapat 'tiket' untuk kami daftar di kaunter ortopedik pulak. 



nombor giliran kami 0664 dan nombor masa tu 0658 makanya cakap ke abi jomlah kita breakfast dulu sementara tunggu nombor giliran sampai. sebab nampak macam nombor tu tak bergerak-gerak dari tadi.  takmo jadi macam dekat KKIA simpang kuala aritu. keras dekat situ tak gerak ke mana-mana berejam-rejam huuuu. elok habis makan tengok nombor kami dah tertera dekat skrin tu haaaa. kelam kabut lari masuk bilik 19. rupanya dah panggil nombor bukan bermakna giliran dah sampai. kena tunggu turn dalam tu pulak hihihihi. penat je lari-lari anak tadi :p

ada la dalam 10 minit kot tunggu. staff nurse panggil masuk jumpa dokte. Dokte tengok dan katanya tak patah tak retak ni. mungkin boleh buat fisio je dengan tarik jari Fateh Uwais perlahan-lahan. ohhh leganya hati bila takde perkataan OPERATION yang keluar. tapi....... tapi katanya tunggu dia nak tanya boss dulu a.k.a pakar tulang 



perkataan yang keluar dari pakar tulang terus buat hati kami rasa nak luruh balik. katanya Fateh Uwais kena buat operation. ada sesuatu macam bijik dekat bawah ibu jarinya, kena buang kalau tidak pembentukkan tulang tangan Fateh Uwais boleh terbantut. atau bahasa mudah cacat. huuuuuu. bagi kanak-kanak tulang atau muscle mereka akan membesar dan membesar lagi. kalau tak buang bijik tu(sebenarnya tak ingat nama yang dokte sebut tadi, tryketam ke ape benda ntah) boleh halang pembentukkan muscle anak. 

tapi Pakar Tulang tu tak boleh set appoitment untuk Fateh Uwais terus. sebab dia hanya boleh buat pada orang dewasa. untuk kanak-kanak ada specialist dia sendiri. dan besok baru boleh jumpa specialist tu. baru boleh set appoitment bila kena operate. 

apa yang pasti. operation makan masa 15-20 minit. fully bius. kena warded selama dua malam. operation tanpa ditemani parents. huwaaaaa menangis terusssss. duduk ofis pun teringat-ingat lagi apa yang dokte kata. ada lagi satu yang buat susah hati. bila dokte kata "kalau orang dewasa kita boleh buat masa ni jugak. kanak-kanak kita kena operate. sebab jari ni(dia tunjuk) kecik. urat darah ada dekat sini. changes nak kena urat darah tak tinggi tapi tetap ada risiko. cuma tak bahaya" 

Ya Allah permudahkan urusan Fateh Uwais. kuatkan dia, kuatkan kami. pelihara dia Ya Allah. Permudahkan jangan lah disulitkan. permudahkan dan sembuhkan lah Fateh Uwais Ya Rabb. amin amin 

**sory ye nanti balas balik bw korang. buat masa ni perasaan bw melayang-layan entah kemana huuuuu. mohon korang doakan Fateh Uwais ye. terima kasih


post signature

19 October 2015

Check Up Jari Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kejadian jatuh katilnya jadi awal bulan Oktober ni aritu dan salah ummi abi lambat bertindak bawak dia ke klinik dah bengkak dan masuk angin jari budak tu huuuuu. Ibu jari kanan Fateh Uwais rasanya terkehel. bengkok tak boleh lurus-lurus. bila kita pegang katanya sakit. bila tak usik elok je boleh main melompat sana sini tapi still ibu jari dalam keadaan bengkok.

risau jugak kot nanti permanent jari tu sampai ke besar ummi abi pun bawak ke Klinik Kesihatan Simpang Kuala sebab dekat sana ada tempat untuk Xray. tapi disebakan anak bawah umur 6 tahun. kes dirujuk pada klinik Ibu dan Anak. mujur KKIA simpang kuala mau jugak ambik kes Fateh Uwais walau kami melangkau keluar daerah kuala kedah. yela anak-anak ni bila check up dengan klinik kesihatan kan kena ikut daerah. 



hasil xray memang nampak ibu jari bengkok. tapi dokte tak dapat nak pastikan punca dan cara mengatasi nya. cuma kata dokte yang pastinya bukan retak atau patah. dan kes kami dirujuk pada pakar tulang Hospital Sultanah Bahiyah. 

datang KKIA 8.30 pagi, 11.30 pagi baru settle urusan dekat sana. bergegas  pulak ke HSB untuk ambik appoitment pakar tulang. dekat pukul 1 tengahari baruuuuu nak settle kes anak. adoinyaaaaaa ummi abi yang mulanya bersemangat nak sambung kerja petang tu pun last nya cancel. ambik cuti la deduanya sebab letih teramat-amat.



selasa ni appoitment dengan Dokte pakar tulang pulak. berhuhuhu la lagi sekali menunggu giliran dekat sana pulak nanti ni. moga segalanya dipermudah Allah nanti dan moga jari anak bertuah ummi abi dapat dibetulkan ke normal sedia kala balik. amin  


jari kanan belum pulih dahhhh kiri pulak kulit terkopek. adooiiiii ada saje budak kenit ni punye kerja. jari dia tersepit celah tayar kereta kontrol dan dinding rumah. dan yang lagi best tayar tu tengah berpusing pusing. panjang jugak la kulitnya hilang. memang pedih lah. kemain melalak menangis jerit pedih. letak minyak lagi menjerit jerit suruh basuh balik. last sekali balut dengan bandage bagi dia tak nampak luka tu. pandai pulak tu pesan "ummi jangan bukak, shakit tauuuu. nanti berdarah" =..=


post signature

15 October 2015

6 Tahun Di Sini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dah 6 tahun dekat sini. Alor Setar Kedah. sekejap nya masa. dalam tak sedar dah lama jugak merantau ke negeri orang. manusia yang tak pernah keluar negeri sendiri, tak pernah duduk asrama, tak pernah jauh dari family tetiba ditakdirkan tercampak jauh ke negeri orang. jauh la jugak kena langkau penang dulu baru nak sampai kedah hewhewhew :p

6 tahun. rasanya dah banyak pengalaman yang dikutip, dibelajar. belajar berdasarkan pengalaman. hidup berdikari atas kaki sendiri. memang berdikari sendiri, takde sedara mara pun dekat alor setar ni. lone ranjer. awal menyewa pun menyewa bilik je. dari situ baruuuu lah jumpa kawan. itu pun tak banyak mana kawan. rasa macam alahai sunyi hidup bila weekend terperuk dalam bilik sebab housemate selalu travel balik rumah mak pak deme. dah kampung deme dekat. kita ni nak balik mana dengan kos lagi, masa lagi. awal-awal tu memang takde kereta. dah nak kena susah officemate hantar ambik dekat stesen bus. sebab iols tak reti naik bas lompat-lompat dan takut terlompat entah ke mana-mana nya hewhewhew. mujur masa tu ada kakak ofismate. kak Iffah yang sudi tumpangkan ke ofis sementara nak tunggu papa pos kan motor ke sini. 

takdir duduk kedah, banyak mengubah hidup. satunya memang jadi berdikari, lebih kental, lebih tabah dan lebih menghargai keluarga sendiri. yela orang kata dekat bau taik, jauh baru nak merindu rinduan kan :p kerana takdir duduk kedah jugak terjumpa dengan KBU, Kami Blogger Utagha dan terjumpa dengan jodoh ituuuuu kofkofkof 

Selamat Ulang Tahun Ke-6 bersama LPP dear ummi uwais. moga terus dapat berkhidmat dengan lebih baik, lebih cemerlang, lebih tabah. tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya tabah duduk sensorang tanpa sesiapa dekat sini awal-awal dulu dannnnn berubah jadi lebih baik dari sebelum ini. moga hari ini dan akan datang akan lebih baik dan baik hendakNya. aminnnnnnn




post signature

Resepi Udang Lipan Masak Cili

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ohoiiii tetiba ummi uwais bawak keluar resepi. hewhewhew. Udang Lipan ni sebelum ni saya tak pernah makan pun. sejak kawen suami kata udang ni sedap. dan dia volunteer nak masak buat pertama kalinya udang ni untuk si isteri. makanya kita merelakan aje la. kot sedap ke kan udang tu. katanya rasa lebih kurang kombinasi ketam dan udang. memang betul pun sedap. rega pun idak la mahei beno. ekekekeke. duduk belah kedah penang insyaAllah senang nak jumpa udang lipan ni. duduk perak rasanya tak pernah nampak udang ni menjalar-jalar dekat pasar nun haaaaa. 

cara nak bersiang udang ni. kiri kanan badan dia yang tajam-tajam tu kasi buang. kepala dan ekor pun buang je. senang makan. tambah kalau beli fresh-fresh rasa manissssss je. udang lipan boleh buat masak mee kuah. tapi aritu tengok Kak Sha buat udang lipan masak cili terus rasa teringin nak cuba. serius lagi sedap buat masak cili dari mee kuah. ditekak saya lah. buatnya pun senang je. yang penting udang tu goreng separuh masak dulu. lumur kunyit dan garam goreng separuh masak.




Bawang Merah
Serai
Halia
Cili Kering

blend je semua sampai hancur dan tumis sampai dia betul-betul kering. boleh masukkan udang yang dah digoreng separuh masak tadi. gaul gaul bagi sebati. dan makan panas-panas. ohoiiiiii sedapnya haaaaaaa




nak buat ketam masak cili pun boleh. rasa dia tetap sedap. resepi dan cara pun sama tapi tula aritu dah blend tapi tak halus kot, tak cantik rupa dia. tak kesah la. janji rasa sedap. hewhewhew :p  


post signature

13 October 2015

Sample Huggies Free

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



marilah kita memintak free sample Huggies pulak hewhewhew. pernah je pakaikan Fateh Uwais huggies. tapi huggies yang biasa atau pants tu je. itu pun bila nampak ada offer. hewhewhew. huggies pants memang biasa buat offer pek ekonomi. dalam satu beg ada dua pek dengan harga istimewa, maka marilah berbelanja dengan bijak. 


bagi saya huggies ni ok je. takde bau busuk bila poo poo anak dah banyak. tak bocor. takde ruam merah. harga pun kadang mampu milik bila offer. dengan Fateh Uwais kiranya serasi la jugak selain Drypers yang memang dia pakai dari baby born tu. cuma ada satu masalah je dengan Huggies. cawat pendek. masa dia pakai size M dulu kena pakai size L pada dia. tapi untuk pants boleh je pakai ikut size sedia ada. 


bila belek-belek rak pampers ni nampak jugak Huggies Ultra kaler hijau. tapi sebab harga dia mahal lagi maka tak payah la buang masa belek-belek hahaha. cuma masa mintak sample aritu ada dia letakkan Huggies Ultra ni dalam list. terus tick dan mintak. nak tengok apa beza hijau dengan biru ni selain beza warna. 



rupanya Huggies Ultra ni special sikit. dia ada petunjuk kebocoran. nampak tak awan-awan tu. kalau tak nampak kejap ek. nak upload lagi satu.


asalnya awan-awan tu berwarna kuning. nanti bila pampers dah penuh dia akan bertukar ke kaler biru. bila dah tukar kaler biru maksudnya dah tiba masa untuk tukar pampers anak tu. takde la terjadi pakai over limit masanya kan. hihihi. ummi teruja ok nak bagi anak pakai Ultra ni. bila dah tukar kaler biru cepat-cepat lari bawak tunjuk kat abi. chiwi. hahahahaha :p


post signature

12 October 2015

Wean-Off Susu Badan : Alhamdulilah (Lipstik)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

teringat kata Kak Hainom Okje. kalau betul nak berhentikan susu badan kena hati kering. kalau tidak memang takkan menjadinya la. huuuu baiklah ummi akan keringkan hati ini. sebab memang tak mampu dah nak tanggung sakitnya. nak menyusukan dia pun rasa tak selesa. kesian ke anak. 

khamis 08 Oktober 2015. buat-buat cemas dekat Fateh Uwais kata susu ummi berdarah. sambil tunjuk kesan darah. padahal lipstik je pun huuuuu. mujur la ummi ada seketul dua jugak lipstik dekat rumah ni nak buat modal berlakon. nak letak sirap. sirap rumah ni jenis kordial yang pekat sampai minum pun lekat merah dekat atas bibir. 

dan seorang Fateh Uwais simpati dan empati nya sangat tinggi dalam diri. bila buat drama sakit efek pun nampak gempak sikit. mula dia jatuh simpati pada kita. terima je susu botoi malam nak tido tu. dia tak mintak pun susu ummi. tengah malam pun dia tak mintak walau nampak gelisahnya dia tu. tapi setiap malam sebelum tido mesti ada je benda dia nak buat, ada je benda dia nak sembang sampai ummi dah tak larat nak layan. abi? abi hanyut dulu dalam mimpi dia. takpe la tengah malam karang abi jugak yang nak kena bangun bancuh susu anak. jadi biar abi rehat dulu :p


ummi pun dah tak mampu nak dukung dia lama. Hantap!!!

malam first. dia melompat-lompat dulu atas katil. turun pergi tarik patung emon dia ajak tido sekali la. sembang dengan ummi banyak-banyak sampai ummi kata, tido la ummi dah tak larat dah ni. mujur jugak masa tu baru 10 lebih. tapi kebiasaannya dia akan tido 9 lebih macam tu, masa memerap susu badan. selang berapa minit sekali tanya ummi sayang dia ke tak, tanya abi sayang dia ke tak. adoiiiii saje la tu kannnn. tak cukup dengan tu siap menyanyi lagi. satu demi satu lagu didi and friends. "lagu labah-labah!!!!" habis labah-labah. "lagu ikan!!!!!" =..= sampaikan saya sendiri tak sedar bila masa yang dia tido. sedar masa dia menguap tu. tersedar lagi sekali tengok dah tertido tengah-tengah ummi abi. sebelum tu dia ada sebut "nak tido dekat ummi abi lah" padahal memang setiap malam tido tengah-tengah ummi abi pun kannnnnnnn.

malam kedua. tak se aktif macam malam sebelumnya. walau ada jugak bunyi mintak susu badan. tapi bila dibagitau susu ummi kan berdarah. terus dia diam. macam semalamnya. bergolek golek dulu atas katil. pusing sana pusing sini. tanya macam-macam dekat ummi. tanya sayang dia ke tak. paling tak menahan suruh ummi bukak ekon. dari semalam lagi. mana la kita ada ekon nak oiiiiiiii grrrrrrr. yang kelakarnya bila abi offer nak tepuk tido mesti sombong. takmo dengan abi. bila dah tido menyondol-nyondol dekat abi jugak sampai abi takde ruang nak tido kahkahkah!!!

alhamdulilah nampak Fateh Uwais sedang berusaha tido sendiri tanpa susu ummi. memang style dia bila menyusu, susu saja. dah rasa mata mula tertutup nak tido cepat-cepat dia campak ke tepi botol susu. itu yang terkadang boleh tersedar dari mamai. lepas tu mula balik bertanya itu ini sampai ummi letih nak jawab =..= nak ditidokan dalam buai lepas tu angkat ke katil pun sekarang dia dah taknak tido buai. jadi nya biarlah dia tido sendiri, ikut cara dia sendiri. asalkan tetap tido sebelum pukul 11 malam. 

"dia tengah berusaha tu, nampak yang dia usaha. syg sabar dan bagi dia masa sikit" - Abi 2015

alhamdulilah berkat usaha drama berdarah ummi, doa tiap kali lepas solat, doa tiap kali lepas sujud terakhir solat. Allah permudahkan segalanya. alhamdulilah alhamdulilah




post signature

11 October 2015

Sample Nestle Nan Pro Percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sample susu dan ummi berpisah tiada bahahahaha :p kali ni dapat sample susu dari Nestle pulak. Nan Pro. memang teringin nak bagi anak cuba susu yang ni. selain MURAH hewhewhew :p nan pro hanya ada 0.0 lemak trans ye. gula pulak hanya 19.1. walaupun kalah dengan gula anmum yang punya 10.9 carbo tu tapi sebab anmum punya lemak trans sampai 0.3 terus ummi buat muka dekat anmum. padahal awal dulu susu tu jugak ko sumbat dekat anak ko kannnnn

tapi tu duluuuuuu sebelum tersedar dari lamunan yang anmum tinggi lemak. sobsssss. tunggu sample friso habis guna, nak bukak nan pro ni pulak. 

macam mana penerimaan Fateh Uwais bila campur susu. so far alhamdulilah takde cirit birit atau sembelit. cumanya dia kena minum air masak yang banyak dalam sehari. kalau tidak memang sembelit la budak tu. walau tak campur susu pun bila dia kurang minum air masak memang akan sembelit.

cara saya campurkan susu anak. susu formula yang memang biasa dia minum(Dugro) saya bagi bila dia mintak. susu free(hewhewhew) bagi sekali je dalam sehari tu. so far alhamdulilah Fateh Uwais menerima dengan baik. terima kasih anak ummi. kalau tidak memang terpendam la hobi ummi yang suka mintak susu free ni :p


post signature

08 October 2015

Asal Boleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Uwais : ummi ada ketapi!! ada ketapi!!

Ummi : mana? mana? 

celah mana pulak ada keretapi tengah taman orang ni haaaaaa

Uwais : tuuuuuu tuuuuuuuuu

ohhhhh gambar keretapi depa lukis kat dinding taska rupanyaaaaa. ingatkan ketapi ets tu hihihihi

...............................................................

Uwais : abi ketapi!!! ketapi!!!

Abi : mana?

beberapa hari kemudian.....

Uwais : ummi abi ketapi!!!!

Abi : itu bukan ketapi lah sayang. itu lebah

Ummi : lebah????? biar betul. apsal aritu syg pun nampak ketapi?

memang betol pun. rupanya lebah tu dorang lukis muka ketapi Thomas tu. bahahahahahahahaha. asal boleh je kannn Fateh Uwais ni. ummi anak dedua sama tengok sekilas terus tuduh lebah jadi ketapi :p

tengah masak ketam

sama la macam kes ketam.

Uwais : ummi nak ketam, nak ketam

jenuh mencari mana la ketamnya padahal masa tu kita tengah sidai kain.

Uwais : tuuuuuuu ketam tuuuuu

SEPIT BAJU

=..=

asal boleh je ko kan anakkkkkkkkkkkkk


post signature

07 October 2015

Boat Noodle Alor Setar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

bulan lepas. ye ini cerita bulan lepas huhuhuhu. ternampak sign board Boat Noodle masa jenjalan sekitar alor setar ni. tetiba macam wahhhh ada Boat Noodle selama ni duk tengok meleleh ailio dorang makan Boat Noodle dekat keyell nun. nak-nak pulak tengok dia tulis situ "Boat Noodle Halal". lokasi sekitar Jalan Mergong, berdepan sekolah STAR jalan mergong tu haaa. dalam kawasan Long island ape bendanya tah tu. kawasan banggunan kedai yang baru naik. tak ingat pulak kohkohkoh :p. tingkat dua. kena panjat tangga sikit. 



menu dan senarai harga yang disediakan. memang dia tulis siap harga dekat menu tu senang nak refer. menu dalam bahasa thai (agaknya) tapi ada la dia tulis nama menu dalam bahasa kita. mudah nak paham hihihi. dan bila dah sedia nak oder sila lah isi dalam form putih kat atas ni haaa. dan serahkan pada petugas yang menjaga di kaunter,


Pulut Ayam. ditakdirkan waktu kami pergi tu tengah ada gangguan bekalan air. jadinya menu yang disediakan agak terhad. air suam pun takde masa hari kejadian. kecuali air mineral yang tersedia di pack. hurmm bagi kami pulut ayam ni FAILED. bukan rasa kurang tapi sebab dah sejuk besi. ayam pun sejuk. pulut pun sejuk. takde rasa suam-suam kuku pun. mungkin salah kami jugak yang letak harapan tinggi macam pulut ayam dekat wang kelian. 

pulut ayam yang beli dekat wang kelian balut dalam kertas minyak tu je. sempat lagi kami shopping berejam. masuk kereta baru makan. still panas lagi. tapi pulut ayam yang ini baru dihidang tapi dah sejuk. 


The Boat Noodle. pun sama. dah sejuk. masa di hidang ada la rasa suam sikit. sikit. lepas tu langsung sejuk terus. terasa macam kuahnya tak dipanaskan betul-betul. nak tunggu Boat Noodle ni pun makan masa jugak. sempat la habiskan pulut ayam tu dulu baru Boat Noodle nya sampai. lambat tu belakang kira sebab masa tu customer agak ramai. tapi bila sampai sejuk tak panas berasap terus macam kecewa. dari segi rasa takde yang kurang. 


gambar gegar. berebut kamera dengan Fateh Uwais. dia pun sibuk nak menangkap jugak =..= antara sebab yang buat kami kurang selesa makan dekat sini. 

1) panas. aircond tengok ada sampai empat atau lima. tapi yang menyala cuma dua je rasanya. memang rasa berbahang dan tak selesa. kedai ni di tingkat dua banggunan. takde udara luar yang masuk. agaknya masa hari kejadian hujan, sebab tu owner kurangkan pemasangan aircond mereka. tapi cust nya ramai. bagi kami memang kurang selesa. 

2) bau kayu pallet. meja dan kerusi di Boat Noodle pakai kayu pallet. memang cantik saya sendiri suka dengan kerusi meja kayu pallet ni. tapi bila keadaan tertutup macam tu. bau kayu pallet tu menyesakkan hidung. mungkin aliran udara kurang baik agaknya. 

3) anak staff/owner yang tak dijaga. mulanya kami ingat budak kecik berjalan-jalan tu anak customer yang makan dekat sana jugak. tapi bila diperhati takde sape pun yang peduli dengan budak kecik tu. ditakdirkan kami duduk dekat tepi pintu keluar. bila pintu tak ditutup mencecet budak kecik tu keluar pintu. 

bila dah ada anak dan ada rasa risau dalam hati. automatik tangan ni tarik tangan budak kecik tu dari keluar. yela dah jadi mak-mak ni kan. bawah tu pulak tangga. buatnya budak tu jatuh tangga tak ke naya haaa. 

bila dah kami macam beri perhatian pada dia, budak kecik tu pun mai duduk dekat kami. naik kerusi kami duduk dan tangan menggapai2 makanan kami. hati mana yang tak tersentuh bila tengok bebudak nak makan. kami suap dan dia nak lagi.  

ceritanya bukan kami kedekut nak bagi makan, bukan kami berkira nak tolong tengok budak tu berkeliaran dekat pintu. tapi rasanya sebagai owner/staff kedai yang bukak dari 4pm-11pm adalah lebih baik tinggalkan anak tu dekat pengasuh sebab tengok memang dorang takde masa yang lebih pun nak tengok budak tu. atau buatkan pagar dalam satu bilik dan tabur la mainan dalam bilik tu supaya keselamatan anak kecik tu lebih terjaga. 

buatnya kalau kami ni customer yang cerewet. yang tak suka budak-budak. agaknya macam mana penerimaan kami? atau lebih teruk culik budak tu bawak pegi, orang bukan perasan pun sebab budak tu tak nampak macam takut dekat orang. 

servis memang cepat, air pun sampai awal. makanan lambat tu biasa sebab customer pun ramai. rasa memang ada rasa. cuma yang sikit-sikit tu rasanya perlu diperbaiki lagi untuk kemajuan akan datang. maaf bukan niat nak burukkan kedai tu, cuma ini rasa terkilan kami. harapnya pihak pengurusan sana boleh memantapkan lagi pengurusan mereka. 

lain orang lain cara penerimaan nya. dan ini pandangan dan pendapat kami sebagai pelanggan. maaf jika ada yang terasa :)  


post signature

06 October 2015

Resepi Stock Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


biasa beli kiub ayam tu je haaa. tapi lepas baca entry ummi ruzz buat stock ayam sendiri. eh eh kita pun nak buat jugak lah. hahahahaha. resepi asal dari ummi ruzz. tenkiu kerana berkongsi ;)


saya guna rangka ayam masa tu. kalau nak guna kaki ayam pun boleh. kalau kaki ayam hasil dia jadi lebih berlemak krim. tapi sebab masa tu yang ada rangka je makanya kita pakai rangka aje la ek. kuantiti bahan sila agak-agak

  • Rangka ayam @ kaki ayam
  • bawang besar
  • halia 
  • bawang putih
  • carrot
  • saleri
  • lada sulah
  • bunjut sup
  • kentang
potong dadu segala sayur mayur tu. rebus dalam air yang banyak. tak perlu tambah garam atau bahan perasa lain. rebus lama dengan api sederhana sehingga tinggal 1/3 dari sukatan awal tadi tu. 

tutup api dan tunggu sampai sejuk air rebusan boleh ditapis dan simpan dalam peti beku. bila nak guna cuma bawak keluar dan tambah dalam masakan korang. masa rebus tu bau dia memang harummmmmmmm, bila dah jadi stock pun masakan jadi sedap. tak payah dah nak pakai kiub ayam tu lagi haaa. kiub ayam pun ada msg ok kofkofkof

rangka ayam yang balance lepas kena tapis tu boleh la diperap bersama sos tiram, madu, daun parsley, oregano dan goreng garing2. sedap oiii makan rangka gitu je haaaaa hihihihihi

selamat mencuba!!!!! 



post signature

05 October 2015

Wean-Off Fateh Uwais : Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Proses Wean-Off masih belum berjaya. huwaaaaaaaaa. bukan ape, sebab dah mula rasa sakit bila Fateh Uwais menyusu, makanya memang dah nekad dan tekad nak berhentikan terus susu Uwais. 

Uwais : ummi nak susu

Ummi : ummi buat susu botoi ek?

Uwais : nak susu ummi jap.

Ummi : tak boleh la, sayang kan dah besar. mana boleh susu ummi lagi.

Uwais : bak susu adik!!! bak susu adik!!! (tadah tangan, badan hentak2) 



bila mintak abi slow talk dengan anak, abi pulak yang touching lebih "hishhh abang pulak yang rasa sedih nak putuskan anak dengan susu sayang" =..="

dah tu macam mana nya huuu. cumanya malam aritu bila nampak Fateh Uwais tak kenyang minum susu badan, kejut abi buatkan dia susu botoi. susu pun dalam peluk abi, atas lengan abi, abi tepuk-tepuk. lena dalam peluk abi. muka ngadap ketiak abi =..=

sayuuuu je hati ummi bila tengok dia tido dengan abi. mana pernah hoiii kami berdua beranak bercerai tido. sebab menyusu badan. memang selalu pun dia nak tido akan cari ummi dulu. sanggup heret sejadah ummi masuk bilik tido sebab nak tido dekat ummi walau ummi nak solat dulu. sobssss sedih sangat rupanya nak bercerai susu ni ;((((((

nampak nya kena cuba cara calit2 sesuatu tu jugak la kot. hukhukhuk


post signature

04 October 2015

Doa Memohon Zuriat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

selak selak buku lama. terjumpa satu topik dalam buku tu "Doa Suami Memohon Zuriat" ke cam mana ntah tajuk nya ingat-ingat lupa kehkehkeh. tapi dalam topik tu dinyatakan ikhtiar Nabi Zakaria memohon agar dikurniakan zuriat untuk mereka sekeluarga. 



kadang kita ni terlepas pandang kan yang doa seorang suami tu lebih berkat untuk isteri dan zuriatnya sendiri. yang selalu orang sekeliling pesan itu ini pada isteri je. pada suami jarang2 lah orang nak pesan itu ini. kecuali pesan ke arah dalam kain sikit pfttttttttt. 

jadi pada kawan-kawan yang rasa nak share doa ni dengan suami tu sila kan. doa lah selalu. usaha la berterusan insyaAllah Allah tu Maha Mendengar. tak reti berbahasa arab doa jela dalam bahasa kita :)

post signature

01 October 2015

Rezeki Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Alhamdulilah rezeki Fateh Uwais dapat mak mengasuh yang sayangkan dia. bukan mak je. abah, kakak yati dia pun sayangkan dia sangat. syukur, rezeki Allah nak bagi. padahal sebelum Uwais lahir kami tak kenal pun family pengasuh dia. sedangkan ummi hari-hari lalu depan rumah mak uwais masa bujangs dulu tapi tak pernah bertegur sapa hewhewhew :p



dari tahun lepas lagi mak abah dia kata nak celebrate besday Uwais kat rumah dorang. katanya tahun ni nanti kita sambut besday Uwais. ummi abi pun iye kan aje la. dah orang berhajat takkan kita nak menolak :D


Kek Walnut Butterscotch. first time buat tu pun lepas kak shida duk cerita pasal kek ni dekat group. serius jatuh cinta dengan kek ni. tapi renyah nak buatnya haihhhhhh


Kek Batik. disebabkan ummi keputusan idea nak masak apa, kita kek kan aje la biskut merie dekat dapur tu haaaa. ada dua paket. kalau tak di kek kan nanti entah bila nak habis nya. 



banyak rezeki Uwais masa tu. mak dia masak macam-macam. dengan aneka kek dan puding nya. memang macam-macam jenis kek ada hewhewhew. dalam banyak-banyak juadah tu. tiga benda je ummi buat. kek walnut butterscoth, kek batik dengan goreng kopok kering je hewhewhew. bertuah punya ummi!!!! 


kawan favourite Fateh Uwais. Ahmad Taufiq



Alhamdulilah lepas jugak hajat mak mengasuh Uwais nak celebrate besday budak sorang ni. terima kasih dekat family pengasuh uwais yang sudi jaga dan sayang Fateh Uwais macam anak dorang sendiri. cumanya kita sebagai parents pada anak pun kena ada tolak ansur dengan pengasuh. layan pengasuh baik-baik, hargai pengasuh, dan bawak la buah tangan sikit bila balik dari bercuti dekat mana-mana. orang berbudi kita berbahasa. tapi kalau dah berbahasa ditakdirkan dapat pengasuh yang so-so jugak tu. redha jelah huhuhu.


post signature

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...