Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

27 March 2016

Nasi Dagang Roti Canai : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Masih cerita mengenai Terengganu. biasa la gambar dalam kamera banyak sangat nak share!! miahahaha. mohon bertabah. Pagi pertama kami Di Pantai Peranginan Kelulut Marang Terengganu. hari kenduri. makanya pagi-pagi sebelum bersiap ke kenduri marilah kita mengisi perut yang berkeriuk dulu. boleh pulak pukul 3 pagi tengah tido tu terjaga sebab lapar!!! grrrrr sungguh. kalau dekat rumah sendiri lapar boleh la jugak selongkar dapur. ini dekat chalet apa je yang nak diselongkar.


Anakanda sorang tu dah berzikir nak mandi laut nak mandi laut. kan dah janji malam nya suruh dia tido awal. besok pagi2 lepas breakfast nak mandi laut. elok je dia terjaga pukul 6.30am "haaaaa nasib baik adik bangun awai kan abi" sebab nak mandi laut. tapi nya awal sangat ni Fateh Uwais oiiiii luar pun gelap lagi!!! =..=


Niat dihati nak cuba Roti Tempayan. dah datang negeri orang rugi la tak try makanan tempatan dorang kan. tapi Roti Tempayan tutup..... sedihnyaaaa la hai. singgah je warung-warung tepi pantai tu. suami ambik Nasi Dagang. sedapppp tapi biasa la lauk ikan tu ada rasa manis-manis sikit. tapi dah kalau orang tu makan sampai dua bungkus. memang sedap kena tekak dia la tu ye dok. ekekekekeke. harga tak pasti berapa.


Saya yang tatau nak makan ape. akhirnya pilih roti canai telur sajeeeee. merasa la jugak roti canai telur versi Terengganu. nama sama, rupa hampir sama tapi rasa tak semestinya sama jugak kan hihihi. Kuah dia manis manis pedas tapi masih boleh lalu tekak ibu mengandung ni hihihi. satu untuk Fateh Uwais satu untuk ummi. tapinya Fateh Uwais tak suka kuah cicah tu. terus spoil mood dia nak makan roti canai. mujur jugak abi bagi nasi boleh dia makan. so far breakfast kami pagi tu sedapppppp. total makan pagi kami aritu RM9.60 sahaja.




24 March 2016

Chalet Singgah Sana : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Chalet Singgah Sana yang kami pilih masa duduk dekat Marang aritu. kalau lalu sepanjang pesisiran Pantai Kelulut Marang tu memang banyak nampak chalet serendah RM30, RM38, RM40. yang kami Nampak paling murah RM30. ada la jugak suruh suami tanyakan dekat staff kaunter tu chalet RM38 tu ada apa je. katanya ada katil queen, kipas dan bilik air sahaja. ohhhh kira ok la tu kalau jenis yang tak kisah panas sikit kan. tapi malam kami tido pun memang panas betul. nak pulak sekarang memang musim panas lit lit!!!


hari kejadian tak banyak sangat dah pun biliknya. dapat la kami bilik chalet RM60. bilik yang lain penuh rombongan pengantin mai dari utara(dengar loghat) menyewa. bilik RM60 ada satu katil queen, aircond dan bilik air dalam bilik sendiri tak payah kongsi2. bagi kami yang cuma nak tido malam ni je ok dah la tu. bayar mahal2 pun esok pepagi dah nak check out. masa check in pun dah lewat dah. 9pm lebih dah masa tu. mandi solat tido je terus. tak larat dah nak berjalan ke mana nya.  


Unit Chalet tak banyak pun. tapi parking agak luas. kalau cepat dapat la parking betol2 depan bilik chalet. kalau tidak heret la beg jalan sikit. alaaaa sikit je haaaa. dekat luar dorang sediakan paip air hujan tu haaa. naik dari laut boleh bersihkan pasir pantai sebelum masuk ke bilik. yang penting boleh jalan kaki turun main air laut pasir pantai.


Bilik air standard dengan harga yang dibayar. masih selesa nak guna. cuma boil tu agak kotor sikit. mungkin bekas karat. air bersih dan laju. cumanya pagi tu ntah macam mana ntah masuk katak dalam bilik air. mujur Nampak


So far dalam bilik pun ok. bilik bersih. katil bersih takde pepijat ke ape ke. aircond pun sejuk je. cuma aircond tak boleh laras dah sejuk dia. tengah malam kalau sejuk gedi pun selimut jela tebal2. tak boleh nak turunkan suhu dia dah hihihihi. towel pun ada dorang sediakan sekali. selimut pun ada.  



Alhamdulilah dapat chalet budget. jimatttt budget Terengganu kami. boleh pusing buat benda lain pulak kofkofkof :p tengok Fateh Uwais dengan abi dia pun tido lena je. cuma tengah malam dengar la bunyi burung berkicau. bukan burung pun. audio burung yang diorang pasang. mungkin dekat area tu ada banggunan yang dorang buat sarang burung walit. makanya audio bunyi burung walit tu memang sentiasa terpasang, nak panggil burung-burungnya buat sarang.

23 March 2016

Pantai Peranginan Kelulut Marang : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Cuti-cuti cinta empat beranak(termasuk adik baby hewhewhew). minggu cuti sekolah lepas kebetulan kawan suami kawen dekat Marang Terengganu sana nun. alang-alang tu kita bercuti cutian lah sekali hewhewhewhew. bukan senang nak sampai Terengganu. last pun masa ikut rombongan kampong teman mama dulu kala. muka dalam gambar pun inesennnn je lagi kofkofkof.

kami ikut tol Gurun dari Alor Setar. gerak dari rumah pukul 8pagi, petang 5 lebih tu sampai ke pekan Terengganu. heran jugak apsal jem tapi dalam waze takde bagitau. baruuu la teringat 5 lebih kan orang balik kerja. huhuhu. ke sana memang berpandukan waze dan signboard je. nak kemana pun set waze. senang. karang kalau sesat lagi lambat pulak nak sampainya.





kami tido dekat area Pantai Peranginan Kelulut Marang tapi sebelum sampai sana, kena lalu depan Pantai Rhu Sepuluh Dulu. cantikkkkkkk sangat haaa. tapi jauh dari destinasi kenduri besoknya. Chalet pun tak berapa banyak pilihan dekat sini. cumanya kalau Udang Sotong Ikan celup tepung tu sini memang banyakkkkkk dan sedap!! yang tu nanti entry lain baru cerita :p


nak ke Marang kami ikut signboard laluan tepi pantai. barulah feeling sikit wahahaha. pantai Terengganu memang ohsem kauuuu. air laut tu masyaAllah cantikkkkkk sangat. budak kenit tu pun sanggup letak tab dia layan angin laut. siap req suruh berhenti lagi haaaaa. tapi idok la nakkk. kita kena cari hotel dulu sebelum singgah memana. dah gelap karang payah pulak nak survey hotel bagai.


Cantik kan. senja melabuhkan tirai. angin pun layannnn je haaaa.


Pantai Kelulut Marang. masa sampai situ dalam 7pm lebih. tengok ombak menderu seram rasa. ombak tinggi dan besar. sangat tak sesuai untuk mandi waktu tu. dah kecewa rasa tak dapat nak bawak Uwais main pantai. dah la siap berjanji awal tu nak bagi main air laut. budak tu pun duk berzikir nak mandi laut nak mandi laut hukhukhuk


Bisik-bisik dekat suami. esok pagi kalau ombak lembut baru kita bawak anak main laut. pagi besoknya lepas je breakfast terus la turun pantai bila tengok ombak pun seakan ok je. tak tinggi macam senja semalam. lepas la jugak hajat budak sorang tu. ummi abi pun takde rasa bersalah lagi dah hihihihi. air laut dia bersihhhhh. kalah teruk la Teluk Senangin :p cuma kalau nak mandi pagi kena turun awal. bila matahari dah naik becak la ketiak sementara nak tunggu hero dua orang ni habis main air. bila dah nak dekat 10 lebih ombak pun dah mula tinggi sikit. maka marilah kita naik masuk chalet dan bersihkan diri. jadi la dapat jugak merasa main air laut Terengganu :p


Pesisiran Pantai Kelulut Marang ni memang bercambah cambah chalet. nak yang murah yang mahal yang budget hotel mewah ke pilih je ikut pilihan hati. Chalet yang kami duduk aritu pun kira chalet budget tapi nanti next entry jugak baru cerita :D cuma nak bagitau tu chalet yang kami duduk aritu. seberang jalan dah boleh terjun main air laut. jalan kaki saje. tak gaduh nak salin baju kering lain sebab taknak kereta basah ;)


haaaaa kan dah kata seberang jalan je dah boleh sampai pantai. turun ikut laluan yang ada tu dah boleh mandi laut. memang dekatttttt sangat. yang betul-betul tepi laut pun ada jugak. pilihan ditangan anda ;) macam kami memang malas nak salin baju bersih sebelum masuk kereta. jadi jalan kaki je dari chalet. senang tak payah nak berangkut beg baju bersih pulak nya lagi hewhewhew. biasa la ummi kan R A J I N :p



22 March 2016

Tips Minum Air Gula Bagi Ibu Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

6 March 2016

ingatkan pregant kali ni terlepas dari minum air gula. sebab nurse klinik kesihatan aritu kata tak payah minum sebab tak berisiko yang menjadi punca kepada minum air gula. ummi dah bersorak dalam hati dah hewhewhew

tapi rupanya mendung di tengah hari. ummi uwais kena kencing kotor atau kuman dalam urine. adehhhh. setiap kali buat Urine Fme tiap kali tula result tiga bintang!!!! mulanya dokte ingat sebab keputihan. tapi result keputihan normal (alhamdulilah). dokte bagi antibiotik pun tak jalan jugak. last sekali dokte request suruh minum air gula. dikhuatiri diri ini ada diabetis yang mengakibatkan kuman dalam urine tuuuu nguuuu. bertabah lah. 

cuma yang bestnya minum air gula kali ni berperisa. perisa oren. takde la feeling air gula sangat bahahahaha. sebelum tu memang dok berdoa dengan suami. moga moga air gula kali ni ada perisa. Alhamdulilah Allah perkenankan!! bila tengok dalam mug kaler oren terus senyum-senyum sikit hahahahaha

sebelum nak minum tu ada la jugak sembang-sembang dengan opismate. katanya kalau nak minum air gula sila bawak straw. ye straw!!! dannn alhamdulilah memang menjadi. bila minum pakai straw sekejap je air gula tu habis dan tak rasa nak muntah sangat. selalunya rasa nak muntah tu sebab air gula banyak berkumpul dalam mulut. rasa kembanggggg je mulut2. tapi bila minum pakai straw air tu terusss masuk dalam tekak. takde rasa kembang dalam mulut dah. kurang la sikit rasa nak termuntah tu walau ada jugak la rasa tu datang.

cumanya lepas minum air gula terus test urine lagi sekali. alhamdulilah jugak takde kuman dah. weeehuuuu. dah normal takde bintang2 berkelipan lagi haaa. mungkin jugak usaha minum air barli selama seminggu ni berhasil. hari2 pulun minum air barli sebab nak bagi sihat-sihat. syukur Allah izinkan dengan usaha barli itu. 

jadinya ibu hamil yang ada masalah kencing kotor atau kuman dalam urine rajin-rajin lah minum air barli. dan kalau kena minum air gula. sila bawak straw bersama anda. insyaAllah membantu ;)

20 March 2016

Alhamdulilah Fateh Uwais Dah Free Drypers!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



sebenarnya dah lama pun boleh train Uwais free drypers. setiap kali dia nak buang air besar memang dia bagitau. selalu tengok budak lain kalau nak membuang tu mesti pergi menyorok belakang langsir la belakang tingkap la sebab takmo orang tengok. tapi Fateh Uwais kami tak. mesti cari ummi abi dia kalau nak membuang. siap suruh pegang tangan dia takmo jauh-jauh. sabo jela anak oiiiiii. 

tapi disebabkan kesihatan ummi tak berapa baik masa pregnant ni, dah tu pulak asal weekend ada je aktiviti luar tak pun balik kampung la bercuti la. rasa macam tak berapa selesa pulak nak train anak. pada saya, saya lebih selesa train dia waktu cuti. yang lagi buat ummi bertambah semangat nak train. lepas je bukak pampers nak ajak mandi mesti terus terkepit-kepit nak 'tencing'

25 Februari masa dia kena HFMD tu mula ajar Uwais free drypers. mula pagi hari lepas je mandi pesan ke dia. hari ni kita pakai spenda je. takmo pakai pampers dah. Uwais dah besar. dah pandai. kalau nak kencing(maaf bahasa pasar) bagitau ummi abi cepat2. kalau nak berak(maaf lagi sekali) pun bagitau ummi abi cepat2. dia angguk iyakan je. 

untuk hari pertama tiap setengah jam saya berulang bawak dia pegi toilet. Uwais tak mintak pun. tapi saya yang bawak. sebab takut dia terlupa yang dia takde pampers. hari pertama lepas tanpa adegan terkencing dalam spenda. bab buang air besar memang dia bagitau siap2. terlompat-lompat cakap nak berak terus bawak masuk toilet. memang gitu pesen dia. asal nak membuang je terlompat-lompat dulu =..=

26 Februari hari kedua. sejam sekali bawak masuk toilet. atur kencing. cumanya Uwais takmo kencing dalam toilet dia sendiri. kawan ada hadiahkan toilet train Ikea tu dekat Uwais. tapi Uwais siap menangis2 takmo kencing dalam tu =..= tatau la geli ke ape ntah. dia lebih rela mencangkung dalam bilik air. lantak la. janji mau free drypers udahhhhh.

27 Februari gap masa dalam sejam lebih baru atur bawak pegi toilet. dekat rumah mengasuh pun mak mengasuh dia tengok jam jugak bawak pergi bilik air. setakat ni baru sekali terrrrrkencing dalam spenda kes tatahan sangat dah. ummi dalam bilik air tak sempat keluar dia tak sempat tahan. Alhamdulilah sekali tu jela.

seminggu lepas atur Uwais kencing. sekarang dia dah pandai bagitau sendiri bila dia rasa nak membuang tu. takmo dah kita atur2. bila kita ajak, dia lari. bila dia sendiri dah rasa nak membuang baru panggil bagitau kita. kalau atas kereta pun mintak tahan sekejap sementara nak sampai stesen minyak pun dia dah boleh tahan. Abi Uwais tak bagi ajar anak kencing merata, tepi jalan ke ape ke. Alhamdulilah Allah mudahkan proses toilet train Fateh Uwais. memang syukur sangat. 

cumanya bila malam kami bagi je pakai pampers lagi. takut Uwais tatahan terkencing atas tilam pulak naya nak menjemur. tapi tiga malam bagi pakai pampers tiga malam tu jugak pampers kering. dia tunggu esok pagi baruuu nak kencing. tengah malam pun takde kejut ummi abi. pesan la jugak tapi ntah memang dia takde rasa kot sebab sebelum tido dah membuang sesiap. bila hari weekend baru mula ajar free drypers time malam. alhamdulilah selama tiga malam ni takde lagi drama kencing atas tilam. kejut tengah malam pun takde. cuma bangun pepagi je ummi ajak pergi bilik air. dan dan tu terlompat-lompat nak tencing nak tencing =..= 

bila tanya nak pakai pampers ke spenda. jawab takmo pakai pampers nak pakai spenda je. adik kan dah besarrrrrr. ewahhhhh pandai pulak puji diri sendiri hahahaha. yang lagi dia tambah bersemangat sebab beli spenda kartun fevret dia kot. Robocar poli dengan doraemon. yang geram awal-awal pakai cewi kemain. siap intai spenda dia dalam seluar tu tiap masa grrrrrrrrr

tahniah Fateh Uwais 2 tahun 5 bulan lebih awak dah mampu free drypers. tatau la dengan umur tu cepat atau lambat tapi ummi abi tetap bangga dengan kemampuan awak ;) total 2 minggu proses untuk Fateh Uwais belajar free drpyers siang dan malam. sekarang dah tak payah atur lagi. bila dia rasa nak membuang dia sendiri datang bagitau. alhamdulilah,,,, :)

13 March 2016

Menang GA PG Gold Museum Penang by Projek Blogger Utara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





dah lamaaaaaa nak buat entry ni tapi asyik terlupa je sobssss. aritu masuk contest yang page Projek Blogger Utara anjurkan. tak sangka pulak rezeki boleh menang contest PG Gold Museum ni. memang teringin nak masuk tapi masa dorang invite tu tak dapat nak pergi sekali atas sebab musabab nya, nguuu. tapi alhamdulilah Allah bagi rezeki menang tiket free!!!


Terima kasih Projek Blogger Utara dan pihak PG Gold Museum Penang. memang rasa bertuahhhh sangat. dapat free satu tiket dewasa dan voucher RM5 untuk pembelian tiket berikutnya. untuk makluman Museum PG Gold ni terletak di bahagian pulau, Pulau Pinang. tiket dewasa berharga RM28. kanak-kanak bawah 12 tahun sehingga 7 tahun RM15 dan kanak-kanak yang bawah 7 tahun masuk adalah percuma!!


apa yang best dalam museum ni? saya sendiri pun tak pernah masuk. tapi yang saya tau dari kawan-kawan PBU ni cerita. dalam tu memang penuh dengan ketulan emas, duit kertas, cara macam mana dorang melombong emas, tempa emas dan macam-macam lagi. siap kita boleh melombong sekali dalam tu. kalau ada rezeki dapat emas. boleh bawak balik. untung tak????


cumanya kami belum ada masa nak ke seberang pulau sana nun. aritu balik penang lupa nak bawak tiket ni adehhhh. tiket valid sampai 31 march 2016 ni. kena cari masa jugak ni. nanti meleleh pulak ailio adik baby, ummi tak dapat tengok ketulan emas original dalam museum PG Gold ni haaaaa hihihihi.

korang yang nak follow page Projek Blogger Utara boleh klik sini. mana tau ada peluang korang pulak nak menang contest dari dorang kan ;)

10 March 2016

Pengalaman Pertama Fateh Uwais Berwayang : Boboiboy The Movie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Voucher MBO yang dapat aritu memang saje simpan nak tunggu movie animasi yang bakal keluar. suami kata Boboiboy nak keluar bulan tiga ni. tu yang masing-masing pedo tak nak gunakan hahahahaha. ingatkan MBO ada dekat sungai petani je tapi bila check web MBO. laaaaaa dekat Alor Setar pun ada daaaaaa, dekat Alor Setar Mall tu haaa. tak jauh pun dari rumah.




plan dengan suami petang isnin semalam nak beli tiket je sesiap. nak tengok hari cuti jumaat nanti. tup tup sampai MBO suami kata kita tengok sesiap terus la. excited letewwww tambah bila tengok anak teruna dia pun excited sama. waktu tiket 8.10pm masa tu jam dekat tangan pukul 7.27pm. decide dengan suami jom balik solat maghrib dulu, tukar baju anak bagi pakai baju lengan panjang dengan seluar panjang. risau dia sejuk pulak dalam wayang tu nantinya. tapi dalam bilik tu tak sejuk sangat macam sebelum ni kami pernah tengok berdua. mungkin sebab movie animasi banyak budak kecik yang duduk tengok dalam tu. jadinya dorang rendahkan suhu aircond. bersesuaian dengan kulit budak-budak yang tak tebal macam orang dewasa. 

lelaju balik tukar baju dia, solat. Fateh Uwais pun bagi kerjasama yang baik "cepat ummi nanti tak sempat nak tengok boboiboy" amboiiiii hahahahaha. ummi abi dengan baju kerja tak tukar apa lepas maghrib terus lelaju keluar pergi Alor Setar Mall balik. mujur masa sampai belum mula movie nya lagi. iklan. tapi iklan pun berlambak =..= takpe la sempat la kot mananya yang baru beli tiket tu nak berlari masuk panggung.



masa nak gunakan voucher tak ingat yang satu transaksi cuma boleh beli satu tiket je. tapi kami dah terrrrbeli dua tiket sekaligus. guna satu voucher RM16 dan tambah lagi RM7.25 untuk dua tiket dewasa. ada balance lagi tiga keping voucher. dari beratur awalnya saya dah nampak botol air kungfu panda ni. comelllll sangat. tanya dekat adik kaunter tu dia kata boleh beli guna voucher wuhuuuuu alangkah gembiranya hati seorang ummi uwais.




guna sekeping lagi voucher tapi berbeza transaksi dari tiket tadi. dan tambah lagi RM7.30 untuk seketul botol kungfu panda berserta ais lemon tea penuh botol dan sekotak popcorn. total hari tu keluar duit sendiri RM14.55 sen. dapat dua tiket dewasa dan set popcorn kungfu panda hewhewhew. bukan je Fateh Uwais dengan ummi abi sekali excited tengok botol tu comel sangat. dengan gemuk nya lagi kofkofkof 




mana-mana kawan yang ada voucher MBO tu. kalau nak beli dua tiket dewasa sila buat transaksi dua kali. satu voucher sekali transaksi untuk satu tiket dewasa dan kalau nak tambah pop corn dan air boleh sekali cuma kena tambah beberapa ringgit jela bagi cukup. jimattttttt sangat. 

Fateh Uwais dari awal sampai habis memang excited tak habis-habis. CUMA dia ni pesen yang bila tengok utube kalau ada part yang takut-takut mesti dia terbalikkan henpon takmo tengok. takut nak tengok. kalau tengok kartun Pada Satu Hari tu. kalau kancil nak kena makan dengan rimau punnn dia terbalikkan telepon tu sesiap sebab seriau =..= bila tengok wayang. solution yang Uwais buat PEJAM MATA. dalam dok pejam mata sebab gerun part lawan-lawan boleh pulak dia tertido!!!! pffffttttt

suruh suami kejut. bukak la mata tu kejap. tu pun duk terkebil-kebil atas abi dia. lepas pada tu tengok zzzzzzzz membuta balik budak tu hahahaha adehhh mujur dia masuk free kalau tidak ummi tuntut bayaran ganti rugi sebab membuta dalam wayang :p lagi 30 minit nak habis baru bangun dengan sendirinya. tengok la sampai ending. bila dah habis baru sibuk nak cerita balik "kita berjaya!!! kita berjaya!!!" mihmihmih




Alhamdulilah so far dia tak buat perangai dalam wayang tu. ada dengar sorang budak tu menangis bila lampu dah mula tutup. Alhamdulilah Uwais dah biasa tido bergelap. sebelum tido pun lampu biasa tutup sesiap bagi gelap. takde la terkejut ke ape budak tu. nanti kalau upin ipin jeng jeng tu keluar insyaAllah boleh bawak tengok lagi. ada lagi dua keping tiket tu. kalau takde animasi movie yang keluar sebelum 31 march ni(valid tiket) nak ajak suami tengok munafik la. dating berdua anak tinggal rumah pengasuh hewhewhew :p

ohh lupa pulak review Boboiboy The Movie. so far jalan cerita memang menarikkkkkk, kualiti gambar dia pun best. nak kata bosan tu takla. sebab kami berdua laki bini memang spesies suka tengok boboiboy tu hahahaha. terkagum la jugak dengan team Boboiboy ni sebab bukan senang nak hasilkan animasi movie yang berdurasi dua jam lebih. nak buat kartun 15 minit pun payah inikan pulak yang dua jam lebih punya. 

Btw terima kasih MBO yang bagi voucher free dan Projek Blogger Utara yang sudi berkongsi rezeki ;)

07 March 2016

Kisah Khalifah II : Dugaan Bawak Adik Baby

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

DISEMBER 2015

tak ingat dah pernah cerita ke belum. tapi nak cerita jugak. rasa berat pulak dugaan nak bawak adik baby kali ni. lesuuuuuu je manjang. nak kata kurang selera makan. sekarang adik baby dah masuk 4 bulan alhamdulilah. selera makan pun dah mula datang balik. cuma lesu badan je takmau pergi tinggalkan ummi huwaaaaaa

selalunya time dekat ofis memang tak boleh nak aktif sangat. aktif sangat nanti lepas je rehat mula lembik membawak sampai ke malam. tapi selalunya lagi bila dah petang memang dah mula lemau. tak larat. balik pengsan dulu sedas baru mula masak ke ape ke. Fateh Uwais memang banyak dapat perhatian dari abi dia. mujur jugak Allah takdirkan dia ni kembar siam abi. dengan ummi dia takmo kawan, jadi ummi boleh rest banyak sikit. 

pinggan mangkuk dalam sinki, kain dalam mesin, kadang belum berlipat, rumah bersepah memang biasanya suami yang tolong settlekan. selalunya masak pun dia jugak. saya masak time tengah larat je. rasa ada tenaga lebih sikit cepat-cepat settlekan kerja rumah. 

suami pun akui pregnant kali ni lain sangat tak macam masa Fateh Uwais dulu cergas manjang tambah kalau nak pegi makan dekat luar. hihihi. pregnant adik baby ni susah nak tackle selera dia. silap je sikit dia tendang. maka cirit birit la ummi kemudiannya nanti. takde style muntah-muntah ke ape. cirit terus dia bagiiiiiiii >.< paham jela kalau cirit birit ni badan lemahnya macam mana huuu

7 March 2016

sekarang dah 30 weeks pun. Dugaan memang tak kurang hebatnya. orang lain jumpa dokte dua bulan sekali ke tiga bulan sekali ke. kita ni tiap kali check perut tiap kali tula kena jumpa dokte sekali. HB rendah(yang mengakibatkan badan lesu dan lemah). Kuman dalam urine(tiga bintang kooooo). Berat badan cepat naik. Sakit dekat tulang pelvik dengan miss V. Sakit dada. Keputihan yang banyak dan macam-macam lagi. ummi redha je. abi pun redha je bila dengar bini dia mengerang mengadu sakit itu ini nya. kena pegi berulang klinik banyak-banyak kali dan makan itu ini nya nak bagi sihat ummi dan sihat adik baby.
cuma doa ummi moga adik baby sihat sempurna dekat dalam sampai la keluar tengok dunia nanti. dan moga Allah kurniakan ummi kesihatan yang baik dan tenaga yang kuat. amin amin 


post signature

03 March 2016

Peratus Gula dan Lemak Trans Dalam Susu Formula Kanak-kanak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Bila ada anak kecik ni susu antara produk yang memang kena mak pak fikirkan. Termasuk lah kami. Kalau dulu masa still menyusu badan takde la nak heran sangat dengan susu formula ni. Pergi supermarket pun takde nak survey harga susu formula mana yang lagi murah atau promosi. Masa dulu tak dapat lagi rate lemak dan gula dalam susu formula macam yang saya letak kat atas ni. Tapi lepas dapat terus alert dengan kandungan susu formula anak.




Awal dulu masa menyusu badan Fateh Uwais sulam jugak susu formula. Mula-mula bagi Anmum lepas susu kambing Karihome. So far ok je dia. Lagi pulak Anmum masa tu sehari kadang sekali je dia minum. Selalunya cukup je susu badan yang saya bekal. Tapi ada jugak Kak Izwa kata susu anmum ni memang selalunya buat badan bebudak bertubuh. Masa tu tak dapat tangkap lagi. Tapi tak lama lepas tu offismate cakap. Anmum ni tinggi lemak. Friso rendah sikit lemaknya.

Bila tengok saki baki lepas Uwais menyusu anmum dekat botol dia tu. Memang betol nampak berlemak-lemak botolnya. Hurmmm lemak tu tak berapa elok la bagi seorang ummi uwais. Anak bertubuh berisi takpe. Tapi kalau berlemak takut jadi gemuk obersiti pulak nantinya. Dan bila tengok list tu pun. Oh no!! lemak trans dia yang paling tinggi antara semua susu. ok la tukar Friso lah, harga pun lebih kurang je.


Susu Kambing Karihome antara produk yang terawal masuk perut Fateh Uwais. masa tu susu badan tak berapa banyak. sebab bahan bacaan tak berapa banyak dan tatau nak rujuk pada sape dulu macam mana nak mantain susu badan banyak. yang pernah baca selepas susu ibu susu yang paling baik adalah susu kambing. tengok Uwais macam boleh terima susu kambing ummi pun beli sesiap tin kedua senang kononnya nanti dah balik alor setar tak gaduh dah nak cari susu. tup tup baru setengah tin pertama Uwais dah takmo dengan susu kambing. dia reject. sobsssss sedih hati ummi. tu yang tukar pada Anmum pulaknya.




Bila minum Friso pun so far alhamdulilah ok je. Buang air besar semua pun ok. Dan masih mampu beli Friso sebab susu formula dia beli tiga bulan sekali je. Kadang tu sampai empat bulan baru beli susu. Ada pernah jadi sampai susu masuk angin sebab dia tak minum. Alhamdulilah masa tu susu badan cukup untuk tampung keperluan perut dia J pilih Friso pun bila tengok lemak trans dengan gula dia agak rendah.

Bila Fateh Uwais dah nak masuk dua tahun. Saya pun dah mula nak cerai susu dengan dia. Kena lah cari susu yang betul-betul nak consume bagi pada Uwais. Kalau boleh takmo try and error. Cari susu yang murah dan rendah lemak serta gulanya. Murah tu sebab takut nanti-nanti kewangan keluarga kami merudum ke tiba-tiba(moga dijauhkan). Takde la rasa bersalah sangat kalau kena tukar susu anak dari mahal ke murah ;,( lagi pulak Uwais jenis budak yang suka makan. tak mengharap pada khasiat susu je jadinya ok la pada pandangan kami kalau nak tukar susu pun.




Decide dengan suami. Beli kan susu formula Dugro untuk dia. Alhamdulilah so far pun ok je. Uwais boleh terima dengan baik. Perut pun hadam dengan baik. Cumanya bila masa dia kurang minum air masak mula la jadi sembelit sampai nangis2. Kalau cukup banyak air masaknya, membuang pun dalam toilet. alhamdulilah ok je.

ada yang kata kadang susu yang tinggi gula ni jadi punca selera makan anak berkurang. sama macam kalau masa baby 6 bulan dah bagi makan makanan yang tinggi MSG macam kentang putar KFC beserta sos nya sekali peratus untuk dia suka makan sayur dan buah berkurang sebab dari awal dah dapat 'makan sedap'. tapi wallahualam. tiap ibu bapa mesti lagi pandai pilih untuk kepentingan perut si manja kecik kan. mesti ada sebab kenapa nak pilih susu yang itu dan bukan ini. lagi pulak kekadang anak tu sendiri lebih rasi dengan susu yang perut mereka sendiri boleh terima. 

02 March 2016

Kisah Khalifah II : Ummi Yang Gemok(Masa Mengandung jewww)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tiap kali pregnant bila masuk je 7 bulan mula la mengalami masalah kegemokkan atau erti kata lain berat naik mendadak dadak melebihi paras had yang klinik tetapkan. haihhhhh kalau tak pregnant under weight sesaje. bila pregnant dah lebih weight kofkofkof. 

ini kes selera makan baru nak ada la ni. kalau sebelum ni tak lalu makan. bila dah lalu makan memang makannnnnn jela kejanya hahahahahaa. dalam masa sebulan naik 3 kilo setengah. huhuhuhu. ni mesti kes makan lewat lepas tu terus kebabom tidoooo. ataupun sebab makan roti gardenia yang putih tu. ingat lagi masa bersalin dulu. untuk patient diabetis katil sebelah nurse tak bagi makan roti gardenia putih. alaaa roti gardenia keping-keping tu. kan ada banyak jenis. kata nurse roti tu boleh naikkan paras gula dan naikkan berat badan patient. hohohoho. maka marilah kita sama-sama makan roti gandum je nanti ye abi uwais. diet bersama-sama :p tapi roti gandum tak sedappppp

nurse ada bagi cadangan cuma makan 2 keping biskut cream crackers dan susu segelas untuk hidangan malam lepas pukul 7. mana cukup!!!!!! kalau tak cukup makan, mana boleh tido anak dok golek2 dalam perut tauuuuuu. sobsssss terus sedih tak boleh nak makan banyak. masa Uwais dulu pun sama 7 bulan je kena kawal2 makan. tapi ummi tetap makan je. lagi berselera ada takde makna nak kontrol2 :p dasar degil hahahahaha. makanya berulang la ummi selang sehari ke klinik kesihatan kola kedah check tekanan darah, timbang berat dan urine test. jumaat yang cuti tu pun nanti kena datang check jugak =..= 

last berat badan masa mengandungkan Uwais dulu 51.9kg. awal pregnant 40kg sama dengan adik baby ni. nanti tengok pulak masa nak bersalinkan adik baby berapa pulak beratnya. sekarang dah 49kg. kita tengok pregnant anak mana satu yang lebih berat nanti hewhewhew. tapinya terkejut la jugak dalam masa dua hari je naik 0.5kg. timbang ahad isnin 49kg timbang hari rabu 49.5kg!!!! pengsan~~~~~~

01 March 2016

Fateh Uwais Dijangkiti HFMD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

terasa besarnya dugaan dan ujian bawak adik baby kali ni. lepas satu-satu ujian kami sekeluarga. selain masalah kesihatan diri masa mengandung, diuji pulak dengan kesihatan Fateh Uwais yang terjejas sama. kalau bulan oktober tahun lepas Fateh Uwais kena Thumb Trigger Finger bulan Februari tahun ni kena jangkitan HFMD pulak. Allahuakbar Subhanallah Allah je yang Maha Mengetahui. bukan mudah nak menguruskan anak yang tak sihat, dalam waktu yang sama diri sendiri pun tak berapa cukup nak sihat. tapi Alhamdulilah puji pujian pada Allah yang memberi kami ujian dan dugaan yang mampu kami sekeluarga tanggung. moga ada ganti yang lebih baik Allah sediakan untuk kami amin amin.

Syukurnya suami dah duduk sekali dengan kami anak beranak. takde la ummi nak menangis meratap hiba urus diri dan anak sensorang dekat sini. Fateh Uwais pun banyak suami yang uruskan, kalau nak harap diri seorang ummi ni entah lah, nak urus diri sendiri pun kadang terkontang kanting rasa nguuuuu.

start hari selasa 23 Februari. dah nampak Uwais takde selera nak makan, susu pun takmo minum. "susu tak sedap" katanya. padahal baru je buat susu. sejak bila pulak ntah susu dia tak sedap. makan pun setakat dua tiga mulut je. mulanya pening jugak dah kenapa budak sorang ni takmo makan takmo minum susu. petangnya ambik dari rumah mengasuh mak mengasuh cakap dalam mulut dia ada ulser. dah sudah. bila check memang betoi ada tiga bijik ulser dekat lidah dia. patut la budak tu takmo makan minum. sakit!!!

dalam hati ada jugak terdetik dia ni kena HFMD ke sebab kaki dengan tangan ada bintik merah!! nak kata campak bukan sebab dekat badan takde bintik merah. tup tup mak ngasuh uwais kata budak yang dia mengasuh sekali (Hana) kena campak campur hfmd. pulakkkkkk. tapi yang lebih menyakitkan hati mak hana takde pulak nak cuti jaga anak kuarantin anak dekat rumah ataupun bagitau pengasuh supaya asingkan Hana dengan Uwais. penyakit berjangkit memang kena kuarantin. kalau nursery orang halau suruh bawak anak balik rumah, kuarantin tak bagi bercampur dengan anak orang lain. mak ngasuh tau pun lepas tanya dekat mak hana kenapa badan hana ada bintik2. baruuuu nak bagitau grrrrrrrr rasa macam tonyoh pun ada orang yang pentingkan diri sendiri ni. nak kata tatau takkan masa pegi klinik dokte takde bagitau. sedangkan dokte klinik yang kami pergi tu memang bagitau sesiap asingkan Uwais dari budak lain sebab taknak budak lain kena jangkitan yang sama. sakitnyaaaaaa hati ini.

memang lah redha sakit tu datang dari Allah. Allah jugak yang menyembuhkan tapinya jadi makin sakit hati bila kita tau yang orang lain pentingkan diri dorang dan menyebabkan anak kita dijangkiti memang sakit hati. paling rasa nak meletup bila tengok anak meraung menangis tiap kali dia lapar nak makan tapi tak boleh makan sebab sakit dalam mulut. dan meraung masa mandi sebab bisa dekat badan. memang rasa nak pergi serang orang je masa tu.



petang hari selasa lepas suami balik terus ajak pergi klinik kesihatan bandar alor setar yang bukak lepas pukul 5 petang. dan dokte sahkan memang Fateh Uwais kena jangkitan HFMD tapi diperingkat awal sebab bintik merah baru nak keluar banyak. dalam mulut dah mula merebak banyak. sebab tu yang dia takmo makan dan minum susu. dokte ada jugak suggest dua pilihan pada kami. satu nya ambik ubat dan sapu pada anak atau kedua bawak terus ke emergency hospital untuk dimasukkan air sebab takut Uwais dehydrate sebab tak makan dan tak minum. yang syukurnya Fateh Uwais tak demam dan aktif macam biasa boleh berlari sana sini. jadinya kes dia masih boleh dipantau dari rumah. dan dokte kata ambik masa hampir seminggu jugak nak sembuh pulih sepenuhnya. 

suami decide ambik ubat dulu dan kami pantau dari rumah. pulun la ummi sapu calamine lotion yang dapat dekat klinik tu dekat Uwais. tiap kali sapu ubat mesti Uwais sebut "adik sakit ummi, siannn adik" hati mak mana la yang tak meronta2 masa tu bila dengar anak merintih macam tu. pulun jugak bagi Uwais makan aiskrim. walau masa tu dia selsema tapi bagi jugak aiskrim sebab nak bagi ulser dalam mulut tu cepat kecut. nak bagi ada selera makan balik. takut dehydrate pulak nanti. lagi kesian. 

rabu 24 Februari terpaksa hantar jugak Uwais ke rumah pengasuh. lantak la malas nak fikir hal kebajikan orang lain dah bila orang pun tak fikir kan kita. Uwais pun takde merengek merap. jadi ummi abi kuatkan hati hantar dia dekat pengasuh jugak. sambil tu pesan dekat pengasuh jangan bagi dekat dengan hana dan sapu calamine lotion pada Uwais tiap kali lepas mandi. ada jugak letak duit pesan belikan aiskrim yang orang lalu lalang selalu jual naik moto tu. tapi takde pulak orang aiskrim tu lalu huuuu. mujur mak dia rajin buatkan aiskrim malaysia tu bagi dia makan. 

alhamdulilah Fateh Uwais recover cepat. Jumaat 26 Februari nampak banyak dah positif. bintik merah dah mula kecut sepenuhnya. dalam mulut takde ulser dah. tapi kami tetap pantau dan kuarantin dia. dan baru lah datang balik selera makan dia. tu pun jamu makan bubur dengan sup je. takmo bagi nasi keras2 takut sakit mulut nak makan. dan hari ahad 28 Feb alhamdulilah dah sihat sepenuhnya. moga Fateh Uwais ummi abi terus sihat-sihat hendakNya dan dilindungi Allah selalu walau dimana jua awak berada.   


Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...