Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

24 April 2016

Bisa Pucuk Ubi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


nota khas untuk ummi uwais supaya tak terlupa akan datang dah huuuu. pucuk ubi tu sedapppppp. nak pulak buat masak lemak pucuk ubi ikan sardin perghhhhhhhhh meleleh ailio teringat hahahaha. rebus pucuk ubi cicah sambal belacan makan dengan ikan goreng garing2 ke. alahaiii sedapnya!!!!

tapi ummi is tatahan sobssss. bila makan, malam karang mula tak boleh nak tido. angin menyucuk dekat dada. pusing kiri pusing kanan pun tetap seksa nak tido dengan sakitnya lagi huwaaaaaa. terus insaf nak makan tapi esok esok bila nampak pucuk ubi mula gelisah nak makan lagi hahahaha. adehhhh

tatahan time mengandung dan selepas bersalin jela. tatau la besok-besok lepas 3 tahun bersalin tahan pulak nak makan. makan sikit sakit, makan banyak lagi la sakit berganda hahahahahaa. makanya ummi uwais mohon beringat selepas ini!! :p


22 April 2016

Sponsor Di Penang International Triathlon & Duathlon 2016 | Energy Drink

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Jenama baru minuman sukan, Sponsor, bersedia untuk merangsang ketahanan di Penang International Triathlon & Duathlon 2016

Pulau Pinang, 17 April 2016 – Acara ulang tahun Penang International Triathlon & Duathlon (PgiTD) yang ke­4 ini merupakan kejayaan besar kerana berjaya memperolehi 1000 orang peserta dari dalam dan juga luar negara. 550 peserta mengambil bahagian dalam acara Triathlon dan 450 peserta mengambil bahagian dalam acara Duathlon.

“PgiTD pada tahun ini merupakan pendorong yang besar dalam meningkatkan sektor pelancongan di Pulau Pinang. Para peserta kami datang dari 22 negera termasuk United States, Australia, Belgium, Britain, Kanada, Perancis, Filipina, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Jepun, Mexico, Netherland, Norway, Pakistan, Rusia, Singapura, South Afrika, Sweden, Venezuela dan Malaysia. Ini membantu untuk meletakkan kami di peta.” Kata Dato’ Dr. Lim Seh Guan, Penganjur dan Pengerusi G­Club Cyclist Penang.

Penaja utama untuk PgiTD 2016 ialah Sponsor yang merupakan pendatang minuman sukan baru dan juga minuman sukan yang utama di Thailand. Sponsor dibawakan untuk anda oleh pengeluar Red Bull, minuman bertenaga nombor 1 di dunia. Sponsor merupakan minuman sukan yang dapat membantu meningkatkan prestasi, mengekalkan ketahanan dan mempercepatkan pemulihan kepada sesiapa yang mengambil serius tentang aktiviti sukan mereka. Sponsor telah berada di pasaran Thailand lebih dari 30 tahun, dan merupakan minuman rasmi bagi Pasukan Bola Sepak Negara Thailand.

Official Flag off by Chief Minister YAB Lim Guan Eng and Mr. Charles Wong,General Manager of Sponsor Malaysia

Para peserta triathlon dilepaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Lim Guan Eng, Pengurus Besar Sponsor Malaysia, Charles Wong dan Pengerusi G­Club Cyclist Penang, Dato Dr. Lim Seh Guan pada pukul 7.30 pagi. Para atlet triathlon memulakan hari dengan acara renang 1.5km di Pantai Jubilee dan seterusnya diikuti dengan acara berbasikal 40km dan acara larian 10km. 

Sementara itu, atlet duathlon dilepaskan oleh Pengarah Perkhidmatan Komuniti Jabatan Pulau Pinang, Rashidah Binti Jalaludin, Pornsak Sermwiwatwong, Pengurus Kanan Pembangunan Peniagaan TC Pharmaceutical dan Pengerusi Penganjur PgiTD 2016, Ben Woon. Mereka akan bermula dengan 7km acara larian mengelilingi perkampungan nelayan Teluk Bahang dan diikuti dengan acara berbasikal 40km dari Teluk Bahang Dam ke Balik Pulau dan kembali ke Teluk Bahang. Seterusnya acara larian 10km dan kembali ke garisan penamat di Teluk Bahang Dam.

“Acara larian tahun ini merupakan yang paling sukar antara tahun­ tahun sebelum ini. Haba dan cuaca adalah halangan terbesar bagi saya. Dengan adanya Sponsor minuman sukan di setiap stesen minuman, ia dapat membantu saya menyegarkan diri dan memberi saya tenaga untuk bertahan sehingga ke garisan penamat,” kata Irene

Teoh yang merupakan salah seorang peserta PgiTD 2016.

“Kami gembira kerana pada tahun pertama kami sebagai penaja utama untuk PgiTD telah memberikan pendedahan yang besar kepada pengguna sasaran langsung kami. Penajaan ini merupakan satu kejayaan besar kerana saya dapat melihat penerimaan besar minuman ini; mereka menyukai rasanya dan mereka menyukai apa yang Sponsor lakukan untuk prestasi mereka, "kata Encik Charles Wong, Pengurus Besar Sponsor Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.penangtri.com

Untuk maklumat lanjut tentang Sponsor Malaysia, sila layari laman web Facebook Sponsor Malaysia di www.facebook.com/sponsormalaysia

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Sponsor Malaysia
 
Lai Kwan Wong, Pengurus Pemasaran
 
Tel: 03­56337462
 
Email: laikwan@redbull­malaysia.com.my
 
Public Relations Agency untuk Sponsor Malaysia – EverQuest Sdn. Bhd
 
Jay Mee Chuah, Pengarah Pemasaran
 
Tel: +6012 201 2088 / 03­78879559
 
Email: jaymee@everquest.com.my
 


Sponsor ialah minuman sukan yang membantu meningkatkan prestasi, mengekalkan ketahanan dan mempercepatkan pemulihan kepada sesiapa yang mengambil serius tentang aktiviti sukan mereka. Sponsor boleh diminum semasa melakukan aktiviti sukan untuk membantu meningkat prestasi bagi mengekalkan ketahanan yang lebih lama.

Sponsor juga boleh diminum selepas melakukan aktiviti sukan untuk membantu mempercepatkan pemulihan. Sponsor dibawakan untuk anda oleh pengeluar Red Bull, minuman bertenaga nombor 1 di dunia. Sponsor merupakan minuman sukan nombor satu di Thailand dan kini merupakan minuman rasmi bagi Pasukan Bola Sepak Negara Thailand oleh TC Pharmaceutical dan di import oleh Allexcel Trading Sdn Bhd. Sponsor

kini hanya terdapat di Happy Mart, 24 Express, 98 Stores dan beberapa pasaraya serta kedai­kedai terpilih di Pulau Pinang. Sponsor dijual dalam bentuk tin 325 ml dan dijual pada harga RM1.70(murahnyaaaaaaaaa)

dan gambar dekat bawah ni sedikit rentetan masa hari kejadian ahad lepas. seronok tengok dorang teguk air sponsor. terasa rasa dekat tekak  ni haaa. tambah pulak musim panas lit lit ni huuuu

Mr. Charles Wong, General Manager of Sponsor Malaysia 
(Sponsor sports drink is the main sponsor for the PGITD 2016)

Sponsor, sports drinks given out at water station

Participants are happy receiving Sponsor, sports drink at the water station

Duathlon 1
 02:32:36 Men Open Male Malaysia
 st Prize Bib No: A023 JASON LOH CHWAN CHYIN

Duathlon 2
 Malaysia
 2nd Prize Bib No: A058 OOI SIAU TIEH 
02:42:42 Men Open Male

Mr Charles Wong, General Manager of Sponsor Malaysia with Triathlon 1
 Prize CHRIS WRIGHT 02:49:48 Men Open Male Great Britain


Duathlon 1
 Female Singapore and Duathlon 1 Prize A023 JASON LOH CHWAN CHYIN 02:32:36Men Open Male Malaysia

Duathlon 2 Prize G803 LIEW LEE CHIN 03:43:27 Women Senior Veteran
 Female Malaysia
 Duathlon 3 Prize G809 IRENE TEOH 
03:48:29 Women Senior Veteran Female Malaysia

Duathlon 1 Prize C370 CALVIN TAN 02:39:20 Men Veteran Male Malaysia
 Duathlon 2 Prize C342 STEPHEN MANIAM 02:50:23 Men Veteran Male Great Britain
 Duathlon 3 Prize C356 RICHARD TANG 02:50:37 Men Veteran Male Malaysia

Duathlon 1 Prize A023 JASON LOH CHWAN CHYIN 02:32:36 Men Open Male Malaysia
 Duathlon 2 Prize A058 OOI SIAU TIEH 02:42:42 Men Open Male Malaysia
 Duathlon 3 Prize A043 CHAN JUN SHEN 02:45:45 Men Open Male Malaysia

Triathlon 1 Prize 722 SABINE CLAUDIA EGGER­WEICKHARDT 
03:18:26 WomenVeteran Female Australia
 Triathlon 2 Prize 745 PATRICIA COMBRINK 03:26:48 Women Veteran Female SouthAfrica
 Triathlon 3 Prize 728 LAW LAY ENG 03:38:23 Women Veteran Female Malaysia

Triathlon 1 Prize 612 PAN SENG KHA KHRANG 
03:23:46 Women Open Female Malaysia

 SENARAI PEMENANG PGiTD 2016
Dan antara komen pemenang yang dah merasa air Sponsor ni :-

Duathlon 1st Prize A023 JASON LOH CHWAN CHYIN 

02:32:36 Men Open Male Malaysia (Jason Loh, 23 years from KL ­ 3rd year joining this event)
Hope to win. Due to stiff neck for a few days, didn’t expect can do well and win. Probably adrenaline makes him forget the pain. Race was good, most challenging part is the hill.

Contact no: 016­2472255

Duathlon 3 Prize G809 IRENE TEOH 

03:48:29 Women Senior Veteran Female Malaysia. Irene Teoh, Penang 49 years old, always active in the duathlon scene. Enjoyed the event. Trained hard for this event. Prepared to win top 10 but was surprised and happy to be able to win 3

Comment on SPONSOR sports drinks: It gives me the energy to boost performance

Duathlon 2 (Stephen Maniam from UK /41yrs/2nd year participating)

Enjoyed the event. Run was fine at beginning. Cycling was tougher but enjoyed the hills. Run at the end was tough ­ not used to do one after the other activity. But managed to hold everything together. Achieved the goal to finish this race.

Comment on SPONSOR sports drinks: Certainly helpful to boost performance. rd placing.

nd Prize C342 STEPHEN MANIAM 02:50:23 Men Veteran Male Great Britain

Triathlon 1

(Tsuyoshi Sawada Amzar /45 yrs/from KL/started Triathlon 2 years ago)

Challenges: The hills, the run & the cycling. This race is quite fun. View is nice, but the race is technical. I love it. But it’s very tough. 

Comment on SPONSOR sports drinks: Drink a lot during running today. It works well for him. Gives him the energy to endure the race.

st Prize 457 TSUYOSHI SAWADA 02:56:25 Men Veteran Male Japan

Duathlon 1st Prize F735 MELISSA 

03:13:01 Women Junior Veteran Female Singapore. Melissa /From Singapore/39 yrs/First time.

Weather is hot but good. Loves the challenging hill so she can overtake people.

Duathlon 1st Prize D519 TANG CHEE CHOON 03:17:59 Men Senior Veteran Male Malaysia

(Tan Chee Choon/63 yrs/from KL/Participates in international triathlon and Ironman in Langkawi, but this is first time took part in Penang.) The race is tough Need a lot of stamina, especially uphill and downhill. Training every day and always ever ready. Comment on SPONSOR sports drinks: Very good.

Triathlon 2nd Prize 631 ADRIENNE CHEW DAN 03:29:44 Women Open Female Singapore ADRIENNE CHEW DAN from Singapore/21 yrs/First Penang race. Course is very tough and long. Wasn’t prepared for the route, but the set­up of this event was good. Water station were available when needed. Participated for self­accomplishment 

Comment on Sponsor sports drinks: Don’t usually consume sweetened drink, but this taste of SPONSOR is quite nice.

Duathlon 2 Prize D518 JASON THIANG 03:19:13 Men Senior Veteran Male Malaysia (Jason Thiang, 58 years from KL, third time joining this race) Challenges – Hilly slop at Teluk Bahang

Comment on SPONSOR drink: Gives me the energy that I need

ok. tak sabar pulak nak merasa sekali. balik penang kena cari jugak2 ni ;)

21 April 2016

Motel Marina Inn | Roti Titab : Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Destinasi pilihan masa sampai Kelantan aritu. Motel Marina Inn. sampai pun dah lewat dalam 8 lebih macam tu. badan dah penat. mencari hotel area Wakaf Che Yeh je. senang sebab macam teringin nak berjalan dalam wakaf che yeh tu. sampai je ada Tanya satu hotel tu. Nampak elok bersih memang dekat RM60 je semalam untuk katil king size. tapi sayangnya bilik dah penuh.


Uturn dan somi Nampak motel ni dari tepi jalan. Tanya pi jela badan pun dah letih. perot dah lapar. alhamdulilah ada bilik kosong lagi. RM80 semalam untuk katil king size ada aircond siap. konsep motel. rumah banglo yang dibuat bilik asing-asing jadi motel. selesa dan takde dengar pun kalau orang bilik sebelah buat bising ke ape. dan yang penting tepi jalan. senang nak keluar masuk. 



ada banyak pilihan bilik. yang penting semua budget. tapi selesa sangat. serius cakap. sangat selesa. paling besar Family Room ada dua katil king size baru RM150 semalam. bagi kami murah dah la tu. siap ada free wifi. layan la utube sampai muntah pun hihihihihi. dari motel ke wakaf che yeh lebih kurang 5 minit je.


bilik kami aritu. dah nak balik baru teringat nak ambik gambar kihkihkih. tilam dia tebal empuk. selesa la jugak tiga beranak tido atas tu. aircond sejuk boleh laras kadar kesejukan dia(hotel bajet dekat Terengganu tak boleh laras) ada tv. almari simpan baju. iron je takde. kalau nak iron kena pegi bilik khas dorang tak silap. plug pun banyak. kiranya kalau tak bukak tv tu tak payah la bawak keluar extension sendiri. kami bila travel memana memang memasing peringat suruh bawak extension plug. henpon banyak. senang nak cas tak payah berebut :p 


Bilik air pun selesa. lantai tak licin. memang Nampak kemas dan bersih kan? yang ini pun ambik gambar sebelum balik. ada water heater yang berfungsi jugak. dan diorang ada sediakan sabun kecik2 yang bungkus kaler kuning tu sekali. air pun laju dan bersih tak berkarat.



kalau check in awal boleh bawak anak mandi dekat kolam air dorang. konsep macam Supa Dupa. kolam belon tu tapi memang besarrrrrrrrr sangat. masa sampai dah malam Nampak board iklan dorang je. bila dah pagi baru Nampak supa dupa nya. tapi sayangnya kami kena gerak balik alor setar awal dan pukul 11am baru dorang bukak. kalau tidak boleh bagi Fateh Uwais tu merasa main kejap. yang bagusnya hanya kanak-kanak dan lelaki dewasa je boleh mandi dekat sini. perempuan 13 tahun ke 18 tahun ke atas. lupa dah tapi start dari umur dah baligh la kot. tak dibenarkan mandi. terjaga la aurat mata lelaki dari mencuci sekali :D



MARINA INN
LOT 679, KAMPUNG BUNUT PAYONG, JALAN KUALA KRAI
15150 KOTA BHARU, KELANTAN
TEL : 014 - 803 4266 @ 09 - 744 7191
MARINA : 012 - 960 7774
MAZLAN : 016 - 922 7191


Dan kalau dah sampai Kelantan pasang waze dan sila cari kedai makan Kopitiam Kita. kedai femes dekat kota bharu. orang memang ramai yakmat. tapi makanan dia sedap. saya sebab misi mencari Roti Titab ni haaaaa. tu yang tersesat ke situ hihihihi. ini Roti Titab versi tapau balik rumah. yang dekat sana tak tangkap gambar. segan sebab tumpang meja makan cust lain sama. sebab orang ramai dan kami takmo buang masa tunggu meja kosong. kami mintak tumpang je meja sape2 yang ada ruang. somi dengan anak makan nasi gulai ayam. sedap jugak. sandwich kuih lain pun sedap jugak. lalu la tekak kami ni makan. Roti titab tu roti bakar atas dia telur separuh masak. keliling yang kaler kelabu tu sri kaya.  

19 April 2016

Pasar Payang | Supermarket Sabasun : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kalau dah ke Terengganu boleh la singgah ke Pasar Payang. tak jauh pun dari jalan nak ke Taman Tamadun Islam. pasar yang banyak jual keropok lekor, keropok losong, keropok kering, dodol, kain batik, baju kurung batik, kemeja batik, baju kelawar dan macam-macam lagi la. kami singgah waktu nak balik dah. takut keropok rosak duduk dalam kereta lelama banyak hari.



kalau ke Pasar Payang ni dan susah nak mencari parking tak dapat parking. sila parking dalam banggunan depan banggunan pasar payang tu. kalau perasan ada Nampak board P(PARKING) MASUK kaler biru tu haaa masuk ikut situ. jangan nak parking ikut hati dan perasaan. kena saman kena lock tayar tak memasal je.


dan kalau nak membeli memborong mensoping. sila la beli yang betul2 dalam banggunan Pasar Payang tu sendiri. dekat luar pasar payang banyak je gerai-gerai payung yang peniaga dirikan. tapi dekat luar MAHAL sikit dari dekat dalam. dekat dalam siap boleh nego dapat harga murah lagi. mujur masa hari kejadian seorang ummi uwais rajin sikit servey2 harga dulu. kalau tidak dah terbeli yang dekat gerai luar. mesti menyesal tak sudah2 huuuu.



lagi satu kalau ke Terengganu untuk masa beberapa hari dan memerlukan barang basah atau kering ketika di sana. boleh la singgah ke pasaraya Sabasun ni haaa. dalam kawasan Kuala Terengganu jugak. murahhhhh sangat harga dia. kalau tidak ikutkan ruang kereta yang sempit dan takut terover budget dekat tempat orang. ummi uwais dah borong barang dapur dah dekat situ hihihihi. memang murah sangat sangat. turun kereta sorang2 sementara abi uwais tunggu uwais tido dalam keta. niat hati nak beli air mineral dalam botol besar tu je. sekali duduk dalam tu dekat 45 minit. dok membelek barang lain lagi hahahaha. barang basah ada, barang kering pun ada. kot2 sampai sana dan terdesak nak beli barang. jangan risau. singgah je Sabasun Supermaket dan beli la ape yang korang nak beli tu. zaman GST ni semua benda kena berjimat okkkkk.



18 April 2016

Kung Fu Panda The Movie : MBO Cinemas

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Dalam misi dan visi menghabiskan voucher MBO Cinemas sebelum tamat tempohnya 31 march 2016 aritu. ada balance lagi dua keeping voucher MBO lepas tengok Boboiboy dengan beli Botol air Kungfu Panda aritu. Jumaat pepagi pergi tengok dulu movie apa yang ada dekat MBO Alor Setar. niat sebenarnya nak tengok Zootapia tu. tapi Zootapia takde pulak dekat Alor Setar. ada 5 movie je masa hari kejadian.

Batman vs Superman suami pangkah awal-awal taknak tengok. kata kawannya sejam awal cerita amatlah membosankan hurmmm. Tanya Fateh Uwais nak tengok Boboiboy lagi ke? tengok Kungfu Panda? dia pilih Kungfu Panda. ok lah kita tengok Kungfu Panda. bukan tanak tengok Po tu. tapi suami buat spoiled awal-awal lagi dia pegi donlod movie tu. siap dah tengok dekat rumah lagi. tapi mujur la masa tu dia sorang je yang layan. saya sibuk buat kerja dekat dapur walau sambil2 tu intai jugak movie tu dekat laptop dia. bila tengok dekat wayang takde la bosan sangat sebab 95% movie tu tak tengok lagi herherher.




pilih waktu petang. start pukul 3.10pm. ambik combo jimat. dan buat dua transaksi. kami ambik dua set combo jimat. dalam combo jimat tu ada satu tiket dewasa + satu air + satu kotak popcorn dengan harga RM17.92 termasuk GST. satu voucher MBO bernilai RM16 makanya cuma bayar RM1.90 jer lagi untuk sekali transaksi. masa hari kejadian cuma bawak keluar Rm4 jela untuk dua tiket dewasa, dua air dan dua pop corn. jimat!!!!! kalau tau masa tengok Boboiboy aritu buat dah cara gini!!! takpe la. Dia nak bagi kami spend time tengok movie dua kali lah tu hewhewhew

So far jalan cerita Kungfu Panda memang best. tak bosan. tak annoying dan memang best lah!!! sama macam BoboiBoy aritu. jalan cerita pun mudah nak paham. bebudak tengok pun tak berapa nak bosan. dan yang penting ada plot yang disampaikan pada pengunjung. itu yang penting sekali ye. cumanya bila part Mak Po(kungfu panda) tinggalkan anak dia dalam kotak sayur yang melalui sungai masa kampong dorang kena serang tu. teringat cerita Nabi Musa a.s dalam kotak melalui sungai sebelum Asiah isteri Firaun jumpa tu :)

Fateh Uwais sebelum tengok wayang dah tido dalam dua jam lebih. memang saje suruh tido. budak tu kalau waktu tido dia tak tido. tak cukup tido nanti mula aktif serupa apa je. jadinya dari ummi abi nak kena pening kepala dengan hyper aktif sebab tak tido dia tu. baiklah paksa je suruh pejam mata. nak pulak memang dia dah letih. senang kerja. bagi bantal, bukak kipas kuat-kuat. toleh lagi sekali tengok dah sampai ke bulan budak tu hihihihi.

Kungfu Panda kami masa baby2 ;)


dalam wayang pun dia takde buat hal nak berjalan serata alam ke ape ke. cumanya bila dah sejam lebih movie mula dia berpaut dekat kerusi depan. mujur kerusi tu takde orang duduk. cuma tu jela cara dia tunjuk tanda dah letih duduk setempat. suruh abi pujuk2 alhamdulilah boleh makan pujuk hihihi. balik rumah dia pulak jadi Po, guna kuasa 'chi' hewhewhew

"ummi tengok tu rimau pukul kungfu panda adik(botol air dia)"

:p

Terima kasih MBO Cinemas bagi empat keeping voucher percuma aritu. dan terima kasih jugak Projek Blogger Utara sudi jemput saya join venture review MBO Cinemas yang lepas ;)

16 April 2016

THE PENANG INTERNATIONAL TRIATHLON & DUATHLON (PGITD) 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



besok mulai jam 7am-12pm akan adanya Penang International Triathlon & Duathlon PGiTD dekat Teluk Bahang Penang sana. yang pastinya PGiTD disponser oleh Energy Drink No.1 dekat Thailand. Sponsor. satu naungan dengan energy Drink Red Bull. tapi yang istimewanya air tenaga Sponsor ni hanya boleh didapati di Pulau Pinang sahaja. negeri lain takde ok. makanya besok kalau berkesempatan sesape yang ada dekat sana boleh pergi ke event PGiTD untuk rasa sendiri kelazatan air energy Sponsor ini ;)

dah namanya Penang International dan sponser air tenaga by Sponsor pulak mestilah akan ada aktiviti yang menyihatkan badan dan keluarkan peluh!!! 





Penang International Triathlon & Duathlon ni akan dirasmikan oleh menteri besar pulau pinang Y.A.B. LIM GUAN ENG, General Manager of SPONSOR Malaysia, Mr.Charles Wong, and Chairman of G-Club Cyclist Penang, Dato Dr. Lim Seh Guan at Pantai Jubilee. Meanwhile, the Duathlon will be flagged off in
Teluk Bahang dam also at 7:15am by DIRECTOR OF COMMUNITY SERVICES
DEPARTMENT PENANG, RASHIDAH BINTI JALALUDIN, Pornsak Sermwiwatwong,
Senior Business Development Manager from TC Pharmaceutical and
Organizing Chairman of PgiTD 2016, Ben Woon.

yang terpaling penting jugak lokasi car park korang adalah seperti di bawah ini. jangan park sesuka hati ok. sila ikut arahan yang diberikan. kerjasama anda amatlah dihargai :D

1. Dewan Masyarakat Teluk Bahang
2. SJK © Eok Hua
3. Sek. Kebangsaan Teluk Bahang
4. Sek. Menengah Kebangsaan Teluk Bahang
5. ESCAPE Adventureplay Theme Park
6. Taman Rimba




We want you to share your most creative Sports moment and you could stand a chance to win a FitBit Charge worth RM599!
1) Upload a photo of you on your favourite sports below the comment with the hashtag ‪#‎sustainyourendurance‬ ‪#‎sportingaidbeverage‬
2) Share this post (make sure it's public)


Note: Don’t forget to LIKE our Facebook Page to get notified.

Winner will be chosen based on the most impressive moment. 
Contest starts 2/4/2016 at 10:00am and ends 22/4/2016, at 12pm!

yang paling penting korang jangan lupa singgah booth Sponsor untuk rasai sendiri kelazatan air minuman bertenaga yang baru datang ke Malaysia itu. dan rasa tu jangan lupa tangkap gambar dan share dekat IG dan korang. mana tau korang antara yang bertuah tu ;)

13 April 2016

Masjid Kristal @ Taman Tamadun Islam : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Alhamdulilah untuk kali kedua sampai sini. tapi dengan suami dan anak kecik mulut beret tu. kali kedua solat dalam Masjid Kristal ni haaaa. sekarang bahagian ruang solat wanita dekat dalam dah takde penghadang sangat. setakat penghadang tempat untuk kaum wanita tanggal telekung pakai tudung je sikit. kalau solat dalam tu kaum adam boleh Nampak kita, kita boleh Nampak dorang huuuu. mungkin ada sebab la tu kan yang dorang buat open sikit sekarang ni. selain tu ada penambahan ruang diletakkan info serba sikit dalam masji Kristal ni jugak. tapi tula tiap kali ke sini mesti terpukau dengan seni bina Kristal nya tu. kuasa Allah yang mengilhamkan idea pada pencetusnya kan ;)






dalam kawasan masjid Kristal ni jugak la terdapatnya Taman Tamadun Islam Terengganu dan monumen2 masjid Negara lain macam indon tu haaa dan ada jugak river cruise disediakan disana. tak jauh pun kalau nak jogging jalan kaki ke TTI sana. tapi ada kereta sape suruh berjalan pecah peluh basah ketiak tengah panas tu wuuuuu. ingatkan takmo la masuk dalam. masa tu pun jam dah 3 lebih. dari sini nak terus gerak ke Kelantan. plan kalau sampai awal boleh la jenjalan lama sikit dekat wakaf che yeh nanti. kami nak tido dekat Kelantan je sebelum gerak balik alor setar hari jumaat pagi. tapinya Malaikat kecik tu Nampak keretapi dalam TTI tu!!!! terus merengek nak naik ketapi. "abi boleh laaaa adik nak naik ketapi tu japppp je. kejapppp je" =.= hati mak pak mana la yang tak cair bila anak merayu macam tu nguuuuu.





Tiket dua orang dewasa dan tiket keretapi dua orang dewasa semuanya RM53.40. tiket masuk TTI dengan tiket keretapi tak sama ye. tiket TTI beli dekat kaunter masuk dan akan dapat sorang satu passport. tiket keretapi pulak kena beli dekat bahagian dalam TTI. boleh pilih samada nak naik keretapi, basikal, bagey, atau berjalan sendiri. yang lain semua drive sendiri kecuali keretapi je akan ada pemandu yang bawak kita jalan sekitar TTI. maklumat lanjut sila google sendiri dekat web Taman Tamadun Islam Terengganu ni haaaa


 Xian Mosque, China
walaupun rupabentuk masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tapi kedudukannya adalah menghadap kiblat


Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
Direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.

kami naik keretapi lah dah anak teruna tu req kannn. yang bestnya tiap kali sampai dekat Galeri Monumen yang boleh masuk. keretapi akan turunkan penumpang dekat sini. dan boleh la masuk melawat monument tersebut. tengok galeri dalam tu dan tengok tayangan info yang diorang sediakan. budak tu bila nak masuk tengok tayangan syok la. dia kata wayang =..= tapi mula-mula takmo turun keretapi. dia ingat dah habis masa naik keretapi. dia tak puas lagi @.@ nguuuu. nanti dah selesai tengok tayangan boleh tangkap gambar dan naik ke atas banggunan Monumen tu untuk tengok mini Monumen yang dorang bina. kalau Monumen Taj Mahal. atas banggunan tu ada mini Taj Mahal. boleh la tangkap gambar banyak2 dekat situ :p nanti sampai trip keretapi lain boleh naik dan teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. tapi kalau ikutkan saya dengan somi nak naik basikal atau bagey je senang nak berhenti tempat mana pun nak tangkap gambar. dan tak payah tunggu masa bila keretapi tu nak sampai pulak.

semua monument pun best untuk masuk. korang WAJIB ok masuk tengok tayangan tu. banyak ilmu yang korang boleh dapat. time tu baru la mulut nganga ohhhhh ini rupanya kisah disebalik tempat ni. saya la tu. dah katanya malas nak belajar sejarah masa sekolah dulu kan kofkofkof. macam saya nak membaca memang M A L A S. bila tengok tayangan tu tak payah la susah2 nak baca dah :p


Taj Mahal, Agra India

macam taj mahal ni haaa. tau yang si Shah Jahan tu bina taj mahal untuk isterinya Mumtaz Mahal. tapi tatau pulak yang rupanya syarat diletakkan pada kesemua pekerja seni bina taj mahal tu WAJIB dipotong tangan mereka semua bila binaan tu dah siap sebab Shah Jahan takmo ada banggunan lain yang dibina menyerupai taj mahal itu sendiri. huhuhuhu. cinta setia pada isteri tu dah bagus dah. bab potong tangan orang tu yang macam errr errr sikit. terus pandangan kagum pada taj mahal tu bertukar jadi negative. tu yang kata korang WAJIB tengok tayangan tu.



Kubbah As-Sakhrah Baitul Muqqadis Palestin

Monumen Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis Palestin  ni pulak selama ni tatau pun yang Kubbah ni tempat terdapatnya batu yang bawak Nabi SAW naik masa peristiwa israk mikraj dulu.. ingat tak? patut la saudara seagama kita berusaha melindungi Kubbah tu dari dicemari tangan yahudi. seeee ummi uwais baru tau lepas tengok tayangan tu. punyalah malas nak cari maklumat sejarah tu kan =..= ehhh info ni pun if I'm not mistaken lah. lupa dah info yang dia bagi masa tayangan aritu kihkihkih :p



Sultan Mosque, Singapore
Terletak di kawasan Kampung Glam, Singapura. Merupakan sebuah masjid yang terpenting di Negara itu. terkenal dengan kubah emas yang terletak di atas botal minuman yang didermakan oleh masyarakat setempat.


 Sorang bapak lilin sorang anak lilin bila ajak bergambar ada cahaya matahari =.=


 Kul Sharif Mosque, Kazan Rusian
pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalanakan setelah kejatuhan Soviet Union. ia merupakan sorotan 1000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejaran di zaman Kremlin

Abu Nasr Parsa, Afghanistan
Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa


Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
tempat idaman sekalian umat islam :) sebenarnya bawah tu ada monument sekitar Kaabah tu. tapi sebab panas hero dua orang tu takmo tunggu ummi dah. grrrr betoi. dah try ambik gambar pun gambar tak cantik. benda nya pun tak Nampak sobssssss

cumanya ada empat Galeri Monumen yang boleh kita masuk dan tengok tayangan tu. Taj Mahal, Kubbah As-Sakhrah, Al-Haram Mosque Mekah dan ape ntah lagi satu. yang itu dalam pengubahsuaian. tak boleh masuk. yang lelain tu just boleh tangkap gambar mini Monumen jela.





Passport yang dapat lepas beli tiket. passport ni wajib ada ye kalau nak lepas masuk dalam TTI tu. sila simpan. kot-kot nanti terlepas ke Terengganu dan nak masuk lagi ke sana boleh tunjuk passport ni dan dapat free Tram Ride atau Bicycle Ride untuk second visit DAN 30% diskaun Buggy Rental dan free Tram Ride atau Bicycle Ride untuk third visit. harga tiket takde diskaun lah tetap RM21.20 seorang untuk dewasa hewhewhew. yang bestnya dalam passport dia ada letak sesiap sikit info monument apa yang ada dalam TTI tu. kot kot nanti dah balik jadi macam saya lupa nama monument tu boleh la rujuk balik dalam tu hahahahaha :p


Till we meet again. insyaAllah kalau umur panjang murah rezeki lagi kan. bila dah jadi mak-mak ni jadi suka pulak pegi tempat berilmu gini, dulu masa zaman sekolah idak pulak suka. asal cikgu buat rombongan ke tempat ilmiah je mula la mengomel itu ini kofkofkof 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...