Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

23 November 2016

Makanan Tambahan Untuk Banyakkan Susu Badan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Makanan tambahan untuk banyakkan susu badan - berdasarkan pengalaman seciput Ummi FatehFurqan


1. Sayur hijau. Kucai, sawi yang ni dalam pantang boleh mula makan dah. 

 

2. Air masak atau air akar. Ada yang dalam pantang tak boleh minum air masak banyak .takpe boleh ganti dengan air akar. Macam saya. Air akar herbanika Nona Roguy. Sebab iols pemalas. Kalau NR punya rendam je uncang dah boleh minum.




3. Susu farm fresh. Kurma, plain. Iols sejenis manusia yang tak suka makan kurma. Jadinya bila ada dalam susu takde la drama sangat nak habiskan kurma tu hahaha




4. Congo bars. Ini bukan promote bisnes tau. Kalau uols jenis pandai baking pun boleh buat sendiri apa jenis kek sekalipun. Macam iols buat congo bars dalam tu letak coklat coins, badam, dan segala mak nenek kekacang yang suka. Sedap pun sedap hahahaha




5. ESP & Alfalfa by Shaklee. Bukan jugak promote bisnes. (Pssttt iols pun ahli shaklee tau tapi beli untuk diri sendiri jewww :p yang ini masa saya amalkan susu jadi pekat baby cepat kenyang. Tapiiii ada tapinya. Yang saya perasan la orang lain saya tatau. Dulu masa Uwais amalkan esp. Dia kan based soya. Kulit uwais masa lahir tak sensitif tapi bila lama2 sikit jadi sensitif pulak. Kena gigit nyamuk sikit pun boleh jadi melarat2. Pada pandangan saya. Mungkin la tak cakap pun betul 100%. Punca dia sebab saya minum esp dan menyusukan uwais dulu. Mungkin.


Untuk pengetahuan awak semua. Minum soya waktu mengandung tak elok ye. memang kulit baby jadi putih gebu tapi kulit mereka akan jadi sangat sensitif. Bila soal siasat ibu2 memang amalkan soya masa mengandung dulu. Tapi ini pun wallahualam. Cuma berdasarkan apa yang pernah saya tengok dan dengar jela. Nak bagi kulit baby elok sihat bersih amalkn jus delima dan air kelapa atau pun vco (virgin coconut oit). 




6. Coklat bar by The Milk Story. Rasanya coklat memang milk booster Ummi FatehFurqan. hahaha. Tapi coklat ni setakat makan seketoi tak jadi apa la. Habis kuat pun sekotak. Ekekeke




7. Almond london. Semua benda sedap hahaha. Almond london dalam dia ada badam atas pulak tabur lagi badam. Iye badam memang milk booster ramai momies. Tapi ummi is tak reti nak telan cenggitu je. kalau dah jadi biskut atau coklat mampu lah nak telan. nak kena pergi langkawi ni borong coklat almond bebanyak buat stok ekekekeke :p




8. Umma Lacto. Yang ini pun milk booster tapi saya kena amalkan banyak kotak baru nampak hasil yang banyak. Kalau setakat sekotak dua tu nampak la sikit. Tapi dia memang cepat progress. 


Rasanya itu je setakat yang pernah amalkan. Selain urut susu tu. Korang jangan kecam sis kalau apa yang sis senaraikan ni bercanggah dengan korang. Sebab kita ni darah lain2. Sistem badan lain2. Mungkin milk booster kita pun tak sama. Sebab tu kena try and error dan share bersama. Mana tau ada yang kita pernah amalkan tapi kawan2 belum terfikir nak ambik ;)

22 November 2016

Krisis Air Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 
Tiga minggu sejak awal November lepas lagi haaa. weekend tetiba air takde keluar setitik pun dari pili. ingatkan sekejap jela takde airnya. tapi membawak sampai ke hari ni. bila siang memang langsung takde air yang keluar walau setitik sekalipun. stress sangat stress. 

kalau sebelum ni bila weekend tu memang tekanan air tersangat sangatlah perlahan tapi still ada lagi keluar dari pili. masih lagi boleh nak basuh basuh tangan. cuci pinggan mangkuk. basuh ayam ikan segala. tapi sekarang tidak lagiiiii. saya bangun cuci pinggan mangkuk pukul 3 pagi. yeeeeee 3 pagi semata nak duduk dekat sinki. dengan mata payah nak bukak. tapi demi kesenangan mata dan perut serta kesejahteraan rumahtangga terpaksa korbankan waktu tido malam. walaupun tido malam tak nyenyak macam dulu sejak ada anak kecik menyusu badan. moga suami menghargai pengorbanan ini dan hadiahkan seutas gelang emas. ehhhh ahahahahahaha :p

kalau dulu memang set jam pukul 3 pagi untuk pasang plug mesin kain. waktu macam tu kalau dulu memang air sangat laju. kalau nak mesin kain auto time pagi pagi tu bermimpi jela. mesin kain memang tengah pagi. tapi lepas tu biar je kain tu jalan basuh sendiri. iols sambung tido, tapi sekarang tidak lagi. nak basuh baju mesin boleh basuh baju yang warnanya gelap je. kalau baju putih dengan baju anak-anak bawak ke dobi jela ceritanya. air sangat kotor. baju putih boleh jadi kuning sebab air karat!!!! kalau mandi tu memang jadi gatal gatal kulit. selalunya saya biar je yang karat tu jatuh bawah dulu. macam air kopi yang serdak jatuh bawah tu. kita minum yang atas je kan? haaa ibarat macam tula. saya mandi air yang atas je. kalau dah berkocak dengan air karat bawah tu kena bilas lain pulak dengan air elok. tak larat nak bergaru sampai naik bijik bijik.

hari hari kena tahan air. kalau tak tahan air alamat takde la air nak mandi. tangki pun dia tak boleh nak naik dah. kalau dulu boleh jugak la dengar air naik dekat tangki. sekarang hurmmm bila nasib baik dapat lah mandi air dari tangki. nasib tak baik tu yang hari-hari kena tahan air dekat sinki untuk mandi, mencebok, basuh tangan, basuh segala perkakas barang nak masak. tahan air pun bangun pukul 4 noksssss. sambil tunggu air penuh sambil iron baju baju kerja. letih. letihhhhh sangat!!

masak pun masa tiga hari awal takde air dulu boleh la nak makan luar hari-hari. tapi bila kami berdua dedua kerja. balik rumah memang kalau boleh nak makan masak sendiri. cemuih orang utara kata. cemuih nak makan makanan luar hari-hari pagi tengahari malam. nak tak nak tu yang boleh masak je. tapi cuci pinggan mangkuk periuk belanga semua tengah pagi karang. adoiiiii. entah la sampai bila tatau.

call SADA tanya dan bagitau pasal masalah air ni. katanya tekanan dari tangki air sada sendiri rendah dan dorang sendiri tatau sampai bila masalah ni nak selesai. hishhhhh geram!!!!

21 November 2016

Review | Drypers Touch

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 
Bila pergi pasaraya mesti sentuh sentuh rasa belek belek sampel Drypers Touch yang baru tu. katanya cotton. memang betoi lembuttttt je. teringin nak bagi anak pakai. nak tengok macam mana kualitinya. tengok dalam web Drypers dorang takde sediakan sampel Drypers Touch. sendu hati mak. hemak ni selalunya kalau nak bagi anak pakai pampers mahal pun request dekat web jela yang mampu. nak beli segedabak tanpa diskaun yang banyak memang tak mampu rasanya. ehehehehe





tapi lepas pada hantar komen @ aduan pasal Drypers Wee Wee Dry baru yang heboh pasal bocor, nipis dan dah tak berkualiti macam dulu tu. Pihak Drypers hantar @ ganti pek baru pada pelanggan setianya termasuk lah saya. Berbaloi la jugak dapat pek gantian tu. dia bagi pek besar terus dan satu pek Drypers Touch sebagai tanda penghargaan. dan yang lagi best. pek lama Drypers yang bocor dan tak berkualiti yang kita beli tu diorang tak kutip balik. tapinya saya perasan hanya pelanggan terawal yang isi borang aduan sahaja yang dapat pek gantian besar macam ni. pelanggan yang lewat lewat hanya dapat pek sampel sahaja sebagai ganti. itu yang saya perasan lah. jadi soalan pada adakah drypers akan memungut kembali pek lama drypers wee wee dry atau bilakah drypers akan memungut kembali pek lama drypers wee wee dry. jawapannya tidak. mereka tak akan pungut balik. ada diorang email aritu. 



So far pakai Drypers Touch memang puas hati sangat. paling puas hati antara semua jenis yang pernah Drypers keluarkan. tak tebal. baby nampak selesa. menyerap elok. pinggang tak merah. tak bocor. sesuai kalau nak pakaikan sepanjang malam tanpa perlu bangun salin pampers anak. bangun pagi memang nanpak kembung pampers tu. dah berat dengan air kencing. tapi elok dia menyerap. takde bocor baju basah ke apa. dalam dia memang lembuttttt sangat. macam yang dia tulis dekat pek touch tu. diperbuat daripada cotton. ummi abi memang suka sangatlah dengan Drypers Touch ni.


kalau boleh memang nak bagi baby pakai Touch je. puas hati. tapi mahal sangatnya ko. dekat longwan tempat biasa beli Drypers murah takde jual Touch ni haaa. dekat pasaraya pulak harga memang tak pernah murah. paling murah pun RM45 ke atas. memang tak lah nak beli pampers saja dekat empat puluh lebih. baik beli baju!!!! baju pun ummi tak beli sampai mahal cenggitu. mahal la bagi ummi abi yang tak berapa nak poket tebal ni haaa. lagi pun baby ni setakat pakai baju paling tahan pun 4 bulan. lepas tu tak muat dah. beli mainan pun tahan la sekejap bila dah pandai habis pecah kena baling. grrrrrr. ehhh ni nak sembang pasal pampers ke sembang pasal apa ni. hahahaha


Dan dua minggu lepas rezeki dapat voucher RM10 untuk pembelian Drypers Touch di pasaraya yang terpilih. dah niat dalam hati kalau pergi Aeon Big nanti kalau ada offer Touch nak beli lah!! sekali memang ada offer. Touch jatuh satu beg RM42 kot agaknya. kalau guna voucher ni jadi RM32 kira ok lagi la. biasa kalau beli Drypers Wee Wee Dry pun RM31.88. proceed beli terus. yeayyy suka suka ada pek baru touch. habuan pakai malam dengan pakai jalan jauh. ekekekeke. memang puas hati sangat pakai Drypers Touch. elok dan berkualiti. mana tau nanti Drypers baik hati bagi lagi voucher boleh la beli lain. kalau tidak pakai jela Wee Wee Dry tu. Wee Wee Dry pun sejak sejak kes bocor tu sekarang dorang dah improvekan balik. boleh la kumpul point lagi :p   

bab pampers anak ni ada yang kata bagi je pakai hat murah. memang la boleh. sapa je yang tak suka dengan perkataan murah. tapi sesetengah budak kulit tahan dengan pampers murah. setengah budak lagi tak tahan. dan anak kami salah dua orang dari budak yang tatahan tu. dan alhamdulilah ummi abi masih punya rezeki untuk pakaikan dorang pampers yang sesuai dengan kulit mereka. sambil2 tu boleh kumpul point. nanti reedem pampers jugak ekekekekeke 

17 November 2016

BreastMilk Plastic Storage



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Saya pejuang susu ibu!! Cehhhhh hahahahahaha. Tengah tengah boleh breastfeed anak ni memang AKAN banyak cerita pasal anak jela. Pasal segala journey terindah yang boleh dicatat. Nanti nanti bila ternampak pasal link ni entah tahun bila. Mesti akan klik baca dan senyum sorang sorang :D



Saya seorang yang cerewet. Ya diakui cerewet untuk sesetengah benda atau barang. Bab plastic beg susu ni pun cerewet la jugak hihihihi. Selama enam bulan berjuang menyusukan anak dengan susu badan ni. Dah banyak brand plastic susu yang saya beli dan guna. Saya bekerja dan saya perlu pam susu di ofis. Ada masanya guna storage bottle dan selalunnya guna storage plastic bags sebab nak minimumkan space dalam peti sejuk. Mujur abi dorang hadiahkan freezer kecik tu sempena besday bulan lepas lepas. Boleh lah letak banyak2 susu dalam tu. Nak beli segala mak nenek lauk pun tak risau dah. Kalau dulu nak beli ayam ke ikan ke udang ke pun terfikir2 sebab takut tak muat peti beku fridge tu huuuuu.



Autumz



Paling puas hati dengan brand Autumz. Plastic dia keras tebal, dan kalau dirikan plastic pun tegap takde lembik terjatuh kea pa. susu pun tak pernah keluar melimpah lagi. Saya suka beli plastic untuk 12oz terus. Bila beli yang besar terus walaupun sekali pam kadang dapat 5 atau 6oz susu dalam tu tak padat sangat dan dia ada ruang bila kita baringkan dalam peti sejuk. Takde la makan ruang jadinya. Harga yang biasa jumpa dekat kedai barangan bayi RM14.90 untuk 12oz/25paket dan RM14.50 untuk 5oz/25paket







 Bubbles



Yang ini beli sebab ada promotion dengan kad ahli dekat apple baby house. Harga asal lupa berapa tapi kalau ahli dapat lah RM10.50/25paket 12oz. kalau brand yang ini plastic dia lembik. Selalu kalau nak baringkan susu akan check betul2 dekat zip lock dulu. Pernah jugak bila cairkan susu dari keras. Plastic dia bocor. First time tak perasan. Habis melimpah susu dalam peti ais atas bila dia dah cair tu. Terus menangis hemak mengadu nasib dekat somi. Lepas pada tu bila nak defrose susu je mesti letak dalam Tupperware sesiap. Takut susu bocor lagi. Mak ngasuh dorang pun ada mentioned aritu plastic bocor. Huuuuu. yang itu bubbles kotak pink. kalau kotak biru tu plastik dia keras sama macam Autumz. beli borong dekat Lazada. 10 kotak RM108





Fiffy



Yang ni dapat free gift tak silapnya masa beli beg susu dekat manjaku dulu. Masa tu masih menyusukan Fateh Uwais. Tapi sebab susu masa tu tak semeriah sekarang. Plastic susu saya tak guna sangat. Lebih prefer storage bottles je. Yang ini pun okey jugak la. Plastic tak keras macam Autumz tapi masih boleh dikategorikan ok. Cumanya harga dia mahal sikit dari yang lain. Zaman ekonomi sekarang ni harus bijak berbelanja hihihihi.





Tiny Touch



Brand baru. Bubbles dah habis stock aritu. Makanya marilah kita mencari yang lebih murah. Autumz Cuma tinggal 7oz dekat kedai aritu, hemak tak suka beli 7oz nak 12oz terus sebab harga beza takat empat kupang je pun. RM14.90/25paket untuk 12oz. so far Tiny TOuch ni pun ok. plastik keras jugak. tapi tak sekeras plastik autumz. , bila dirikan plastik tak stabil sebab bawah dia macam mana entah. tapi so far tak pernah lah bocor lagi. kalau recycle tatau la boleh ke tidak hihihihi, 


 suka tengok storage bottles Tiny Touch ni. comelllll sangat!!



Storage Bottles



Saya sebenarnya lebih suka pakai botol. Walaupun masa nak beli awal tu lebih mahal dari plastic bags. Tapi botol boleh recycle banyak kali!!! Jimat hahahahaha. Plastic bag kalau ikut dia tulis dekat kotak tak boleh recycle dah. Tapi saya cuba jugak la recycle hahaha. Cuci bersih2 keringkan dan guna pakai balik. Hurmm bocor!!!!! Nanges tepi bahu tok laki lagiiiii. Yang tak bocor Cuma Autumz je itupun tengok nasib jugak. Kalau baringkan plastic tu mesti ada jugak keluar sikit2 dekat zip lock tu. Kalau brand lain. Dia bocor dekat bucu bawah plastic. Hukhukhuk. Cumanya kalau guna botol kena ada ruang yang lebih. Makan ruang sikit. Kalau guna plastic bags ni sekurang2nya kita boleh manage untuk minimakan penggunaan ruang dalam peti sejuk. 






Susu masa dalam pantang yang suami bawak balik alor setar dari ipoh. Masa ni simpan dalam storage botol. Rumah mama takde deep freezer, letak dalam peti beku peti ais dua pintu je. Dua tingkat. Belah bawah penuh dengan susu saya je. Belah atas letak ikan ayam daging segala. Sampai dah takde tempat nak letak dah terpaksa bagi somi bawak balik alor setar jugak. Risau dalam hati tu tersangat lah risau. Takut susu cair dan rosak tengah jalan. Tapi alhamdulilah dah sampai alor setar pun susu masih elok sejuk dan beku lagi. Menangis gembira Ummi FatehFurqan hihihihi. Cara nak bawak susu EBM pulang ke rumah dari rumah kampung. Bahagian bawah polistren box ni letak ais kiub, susu ebm, ais lagi, susu ebm, ais dan jugak ice pack yang duk ada tu. Masa suami saya bawak dari ipoh awal sebelum subuh. Sampai alor setar dalam pukul 8 lebih susu masih elok kondisinya katanya. Alhamdulilah.

15 November 2016

Puree Baby Dengan Pressure Cooker Kenwood

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

orang promote noxxa, saya promote kenwood hahahahaha. sama je dalam jenis yang sama. pressure cooker. fungsi pun sama. yang beza cuma kenwood kena pusing atas dia buang wap. ala pusing sat je tak gaduh angkat periuk pun. janji murah dari noxxa tapi fungsi sama. kalau noxxa keluar peluh jantan nak beli hahahaha. kenwood ni bawah 300 ringgit. RM268.90. masih mampu poket rakyat macam kami ni nak membeli hihihihihi :p

sekarang Furqan Uqbah dah pun masuk 6 bulan. makanya dah boleh makan. yeayyyyy. takde la ailio dia menitik tap tap kalau tengok orang makan. kalau waktu kami makan dekat meja tu mesti dia pun kalut sama nak duduk dekat meja. kalau bagi main golek terlentang bawah tu confirm jerit jerit nanges!!! kena angkat bagi duduk atas riba. sambil makan sambil riba. baru mau diam. amboiiiiii biasa dia tu!!! dah tu tangan tu sibuk nak capai tarik tarik pinggan makan orang. geram betoi

3 bijik pear + 2oz susu ummi


 sat lagi pakat tanya pulak pear yang mana satu :p diorang selalu ingat yang warna putih kuning tu pear. yang itu saya panggil Lai. yang ini Pear. nama lain tatau :p

Fateh Uwais dulu menu pertama yang masuk mulut dia puree epal. tapi Furqan Uqbah ummi tukar. hari pertama makan kurma. second day ummi buat puree pear. buat stock seminggu siap. ummi dorang tak berapa nak rajin bangun pagi nak kerjakan buah dulu. simpan dalam peti beku. frozen kan ia hewhewhew


saya steam dalam Pressure Cooker je. sebab tengok dekat button menu dia ada "steam chicken" tapi saya letak je buah dalam tu hahahaha. alhamdulilah lembut dan mudahhhh sangat kerja. masuk buat potong. letak air sikit. tutup. picit button "steam" biar je dalam 25 minit dah siapppppp.





selalunya kalau nak buat puree buah ni perkara pertama yang paling malas nak buat adalah buang kulit buah. tak pernah lagi rasanya orang buat puree dengan kulit kulit sekali hihihihi. tapi saya cuba tak buang kulit. dalam kepala dah plan. nanti dah lembut baru nak buang kulit dia. lebih mudah kot hahahahaha. memang betoi mudah. buah epal kulit dia tertanggal sendiri. pear je tak tertanggal. pear saya guna pisau. masa dia lembut lembut panas panas tu. memang lagi senang lagi mudah dari nak buang kulit sebelum steam. ummi suka. sukaaaaaa sangat. jimat masa dari nak buang kulit sebijik sebijik hahahaha. haaaa la sekali buat stock puree mesti 4 atau 5 bijik. ummi is tak rajin hahahahahaha. 


 7 biji epal merah + 2oz susu ummi 

 satu slice pear yang dilenyek pakai sudu

punya lah lembut bila steam pakai pc. isi pear lembuttttt sangat. kalau tak blend pun boleh elok hancur lenyek dengan sudu je. kalau masa uwais dulu saya rebus buah. bila blend kadang ada yang tak hancur elok. buah pear keras xlembut macam epal. jadinya bila boleh lenyek macam tu lagi ummi suka hihihi.




Pressuce cooker kenwood kesayangan. belakang tu oven hanabishi hadiah kawen. oven cari makan hahaha. kalau ada sesape nak order pc ni boleh pm. kalau nak order puree buah pun boleh pm. kadang ada je momies yang tak sempat nak proses puree buah sendiri :)

10 November 2016

E M P A T

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 
Happy 4th Anniversary dear husband. moga ikatan perkahwinan kita sentiasa mekar mewangi hingga ke taman-taman syurga, diberkati Ilahi, disinari dengan cahaya keimanan, dikurniakan zuriat yang soleh solehah, dijauhkan dari fitnah dunia akhirat, menjadi ketenangan antara satu sama lain dan berkekalan hingga ke syurga Allah hendakNya amin amin ya rabbal alamin. IloveYou husband. Love you so much. 


Empat tahun bersama. hidup dengan lelaki yang tersangat asing. Alhamdulilah Allah permudahkan walaupun tetap diuji dengan kesakitan, keperitan namun tetap Allah pulangkan nikmat kebahagiaan kegembiraan keceriaan yang melimpah ruah. Alhamdulilah. Mencintai dan dicintai oleh seorang Abi UwaisUqbah adalah nikmat yang indah untuk dikenang dan dicipta. terima kasih Allah. 


lelaki yang tak kisah nak basuh pinggan dalam sinki, basuh barang baking isteri, basuh bontot mandikan anak dedua, bangun tengah malam bancuh susu anak, bangun tengah malam salin pampers anak, lipat baju kain yang bertimbun, bangun tengah malam mesin kain, sidai kain, masak, dan segala kerja orang perempuan yang mungkin bagi sesetengah lelaki lain mereka tak perlu nak sentuh atau 'alergic' kalau buat. 


Empat tahun mungkin tempoh masa yang belum cukup untuk saling mengenali dengan lebih dalam. kami tetap belajar hari demi hari untuk saling melengkapi dan memahami. menjaga ikatan perkahwinan yang direstui dengan taburan bunga sakura yang mewangi. sayang. sangat sayang dengan ikatan perkahwinan ini. sampai satu tahap bila takut kehilangan dia mesti akan dapat mimpi yang 'terpaksa dan dipaksa kawen dengan orang lain' tapi iols menangis2 dalam mimpi takmo kawen dengan orang lain. lepas tu bangun tido mata sembab sebab jaga2 sambung nanges lagi hahahahaa :p  


terima kasih suami sebab memahami diri saya. menjaga saya dan anak-anak dan berikan apa yang perlu kami dapat dari seorang lelaki atau imam dalam rumah kita. saya sayang awak. moga kasih sayang dan cinta ini sentiasa diredhai Ilahi. 


kenal sebulan terus ajak tunang. rasa macam erkkkkk dia ni betol ke tidak. Istikarah. Istikarah Cinta. Alhamdulilah jawapan yang Allah bagi tak pernah salah. Moga Allah terus kekalkan hati kami berdua kekal hinga ke syurgaNya nanti. amin amin

  
 "I love you they way you are. Syakira will always be my syakira forever. So no need to change" - Nadzri 2016

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...