30 July 2011

Jangan Di Tangisi

Assalamualaikum

"kita menagisi pemergian mentari selepas hujan yang turun dengan selebatnya tapi kita tak tahu yang Allah nak bagi kita pelangi yang indah selepas itu"

selalu dengar ayat kat atas tue kan?
selalunya seorang manusia nie akan faham betol2 dengan ayat tue bila sesuatu dah terjadi dalam kehidupan die..

macam la kira sendiri, dulu seorang sahabat dan dia selalu pesan kt kira mcm tue tiap kali kira share prob dengan diorang. dan bila PELANGI tue dah muncul dalam live kira barulah kira faham maksud sebenar ayat tue. dan tak da perkataan lain yang mampu kira ungkapkan selain syukur Alhamdulilah pada-Mu Ya Allah...

dan lagi...

"boleh jadi kamu sukakan sesuatu itu, namun ia amat buruk buatmu. boleh jadi juga kamu amat bencikan sesuatu itu, namun itulah yang terbaik buat kamu. Allah tahu tapi kamu tidak"

"sekiranya Allah cepat makbulkan doa kamu, bermakna Dia sayangkan kamu. jika Allah lambatkan makbulkan permintaan kamu, bermakna Dia ingin menguji kamu. jika Allah tidak makbulkan doa kamu bermakna Dia punya perancangan yang lebih hebat buat kamu"

"Allah tak kan menguji diluar kemampuan umat-Nya"

selalulah bersangka baik pada Allah s.w.t

**4 ayat tue kira suka dan selalu ingat.. tempat yang paling best sekali nak mengadu adalah pada Allah. kerana Dia Maha Mendengar Maha Mengasihani Maha Mengetahui

**perasaan trauma dah hilang sikit demi sikit.. terima kasih kat dia yang memberi ruang dan peluang.. tentunya syukur pada Allah kerana meminjamkan nikmat nie.. Alhamdulilah...

**penat drive tak terasa bila melihat semua insan-insan yang tersayang.. :D


24 July 2011

Hati dengan Lidah seiringan tak?

Assalamualaikum...


tadi jenjalan sambil minum nesloo jumpa ayat nie :-


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”
“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)



baca sambungan die.. klik sini ye kawan-kawan sekalian...


macam sesuai jer ayat nie dengan pakcik nie kan.. pakcik nie kan tengah serabut macam wayar komputer dekat cc tue..


kenapa Allah uji? kerana Allah sayang pada kita.. Allah sedang menguji sehebat mana kesabaran keimanan hamba-Nya..dan sebab Allah nak kita makin menghampiri-Nya. 


makin kita mahu mendekati-Nya, makin Dia menguji kita. yakinlah bahawa ujian yang sedang kita hadapi tue amat setimpal dengan kemampuan kita kerana :-


Allah tak kan menguji diluar kemampuan umat-Nya...


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

[surah Al Baqarah : ayat 186]


pape pown sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pakcik nie... Nadzri Azlan kuat!!! anda kene yakin dengan diri anda kerana saya yakin dengan anda, kenapa tidak anda..


jika Allah cepat makbulkan doamu bermakna Dia sayangkan kamu. jika Allah lambat makbulkan doamu bermakna Dia sedang menguji kamu. jika Allah tidak makbulkan doamu bermakna Dia punya perancangan yang lebih hebat buatmu. Allah Maha Mengetahui tapi tidak kita...


**beriman bukan hanya pada lidah. tapi pada hati , pada tindakan, pada amalan.


yang baik dari Allah s.w.t dan yang buruk dari saya sendiri...


wasalam.... 

Tak Malu Betol

Assalamualaikum…

Pernah tak dengar situasi yang kira nk sebut kt bawah nie:-

Datang kenduri jiran, mengata menu jiran hidang tue x sedap, x grand.. tapi mkn jugak. Siap mintak tapau bawak balik rumah lagi. Mengata souvenir yang jiran kasi tue old school, tapi orang tue bagi ambik jugak. Kalau ade tetamu yang tertinggal souvenir tue cepat² kidnap masuk dalam beg.

Manusia spesies nie kita nak kategori kan macam mane? Sombong, tak tau berterima kasih, x reti bersyukur kan?

……………………………………………………………………………………………………

Itu contoh hubungan sesame manusia. Tapi mcm mana hubungan dengan Allah s.w.t

picture by adik

Kita dah pakai nikmat yang Dia bagi secara percuma. Matahari yang menerangi hidup kita. Udara yang membolehkan kita menyedut dan melepaskan angin tue. Anggota tubuh badan yang kita gunakan sepanjang hari untuk kegunaan seharian kita. Segala rezeki yang Allah kurniakan buat kita.. semua tue kita dapat free dari Yang Maha Pencipta Maha Memberi.

Tapi kita lupa pada Dia. Lupa nak sujud, selalu buat² lupa nak mengucapkan syukur alhamdulilah.

Dah la tido tak solat isyak. Boleh pulak buat² terlepas subuh, dah tue dengan muka tak malunya mengadap bekpes dengan lahapnya.. bekpes tue datang dari mana? Bukan dari rezeki Allah?

Dah pakai nikmat Allah tapi sombong angkuh bongkak nak sujud pada Allah. Bukan nya lama pown.. kalau boleh duduk 8 jam kerja kat ofis. Tengok tibi 30 minit . Mengadap laptop tak terkira jam. Tak kan tak boleh luangkan masa barang beberapa minit untuk Allah yang memberi segala nikmat kurnia dan rezeki buat kita?

Allah tak mintak kita bayar setiap pancaran matahari yang kita guna, setiap helaan nafas yang kita sedut. Susah ke kita sebagai hamba nie nak melakukan amal ibadat, mengucapkan syukur pada Allah?

Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
[surah al baqarah ayat 110]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
[surah al baqarah ayat 277]

Segerakan sebelum kita kehilangan peluang tue. Peringatan untuk kira sendiri dan semua..

Jom muhasabah diri!!!

sumber :: usrah(rezeki)

22 July 2011

Kurangkan...

Assalamualaikum...


baru setengah jam ngadap lappy hari nie.. update entry pown belum sempat tapi sakit kepala dah menyerang dulu.. apsal erk?


maaf cik lappy saya kene jarakkan diri dengan awak...


kepada cik fb kita xleh selalu bersama lagi...


cik belog tersayang kita xleh selalu deting lagi lepas nie...


nampak gayanye kene selalu luangkan masa dengan kakak katil bersama gudik2 bantalnya lah nie.. hohohohoho...


**entry sengal2 diwaktu kesengalan menghimpit hati dan sanubari...  :p

21 July 2011

Jangan Mengeluh

Assalamualaikum


Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.

[Surah Ar-Ruum Ayat 21]

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
[Surah An-Nisaa’ Ayat 34]

Allah s.w.t mencipta setiap manusia punya kelebihan dan kelemahan masing²…setiap manusia tidak sempurna kerana itu Adam dan Hawa dicipta untuk saling melengkapi antara satu sama lain..

Jadi, lengkapkan lah apa yang kurang pada pasangan anda.Jangan hanya mengeluh, Jangan hanya mencari kelemahan juga kekurangan tanpa anda cuba menampal kekurangan tersebut dengan kelebihan anda..

Tepuk dada, jangan tanya hati kerana dikhuatiri hati dikawal nafsu. Sebaliknya tanyalah pada iman…

peringatan untuk kira dan semua sahabat....

yang baek dari Allah dan yang buruk dari kira sendiri

wasalam~~

20 July 2011

wordless wednesday #9

Assalamualaikum


impian busana pernikahan

jubah untuk Cik Wife dan Mr.Hubby....

errrrrr :p

wordless wednesday #8

Assalamualaikum


hawa dicipta dari rusuk Adam

  • jauh dari kepala bukan untuk menguguli kudrat lelaki
  • jauh dari kaki supaya tidak dihina dan dipijak oleh lelaki
  • bukan dari tangan supaya tak dipukul, disepak, dan disakiti sebaliknya dekat dengan tangan untuk dilindungi
  • dekat dihati untuk disayangi

perempuan itu seperti tulang rusuk. jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya
[hadis riwayat Al- Bukhari]


18 July 2011

Dunia kan Bulat

Assalamualaikum

Selamat pagi semua… hari nie nak buat sesi meluah perasaan boleh? By hook or by crook korang kena kata boleh jugak!!! Hihihihi :p

Tadi terbaca pasal nie, kat blog pakcik nie… lepas tue terfikir balik, mungkin sikap kira yang satu nie mengajar kira jadi lebih sabar. Sikap apa? “Sikap buat tak tau dengan orang sekeliling dan tak suka nak memanjangkan perkara yang remeh temeh”… dulu kira memang tak ambik port apa yang jadi dengan orang sekeliling boleh dikatakan kira hanya dengan dunia kira.

Masa duduk kat umah sewa sebelum nie. Kira jarang keluar bilik, keluar time nak masak, makan, mandi, pegi kerja.. jarang² sekali kira dok tengok tibi sambil bergurau senda sesame hosmate lain sampaikan akak hosmate tue kata kira xde perasaan. Xde perasaan sebab diorang perli² kira pown, kira buat xtau jer.. hosmate dok bising²itu ini kira buat derk jer..

Macam mana kira boleh jadi mcm tue? Entah la myb dari kecik lagi kira seorang yang pendiam, suka simpan semua benda sendiri. Kalau tak tertanggung perasaan tue kira menangis sorang², and kira akan luahkan pada seseorang yang kira percaya boleh simpan rahsia tue dan boleh tolong nasihat kira. kadang² kalau orang tue xdapat nak nasihat pown tolong dengar jadi lah asalkan bebanan perasaan tue boleh berkurang..selalu nye kat mama la..

Sampailah sekarang nie. Ada jer yang cari pasal dengan kira. Tiap kali nak bagi statement pape mesti nak babit nama kira. Nak perli itu ini petik nama kira. Kira pown tak faham kenapa.. kira xtau pe benda yang buat dia sakit hati sgt dengan kira. Nak kata kira rampas boypren dia xde koje aihh nak buat cm gitu. Simpang malaikat 44.. jawapan yang kira bagi kat kengkawan lain senang jer..

“tue nak tumpang glamer ira la yang dok petik² nama ira tue”

Bukan kira x boleh nak tibai balik orang macam tue. Bukan kira x boleh nak marah orang mcm tue. Boleh kalau kira nk buat tapi untuk apa kalau benda tue Cuma akan mengeruhkan lagi keadaan. Sebab kira tau takat mana kemampuan mulut kira. Sebab Rasulluah sendiri pernah bersabda..

sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau. dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu sekalian khalifah di dunia, lalu Allah mengawasi bagaimana kelakuanmu. maka jagalah dirimu tentang dunia dan jagalah dirimu tentang wanita. maka sesungguhnya bencana/fitnah Bani Israel adalah dalam hal wanita" [HR Muslim]


"Aku tidak meninggalkan fitnah mahupun bencana yang lebih berbahaya atas kaum lelaki (selain bahaya fitnah) daripada perempuan." [HR Muslim)

Jadinya kira xnak terlalu membiasakan mulut kira dengan perkara² macam nie. Sebab kalau dah terbiasa ia akan menjadi kebiasaan kita nanti.bila dah terbiasa dengan perkara macam tue sedikit sebanyak kita akan terhasut dengan bisikan syaitan tuk buat lebih dari tue. Dalam masa yang sama bila benda tue terjadi banyakkan beristghfar, doa dalam hati mintak Allah sabarkan hati kita dan mintak Allah bantu kita dalam menghadapi masalah nie. Itu cara kira sebab kira sendiri takut dengan mulut kira bila kira dah marah. Jadi mencegah lebih baik dari merawat kan?

Apa yang kira dapat bila kira buat macam tue? Bila ada pape pertanyaan dia tue akan datang cari kira. Mintak nasihat kira. Rujuk dengan kira..

Dunia sekarang kan bulat..setiap apa yang kita buat pasti Allah akan balas balik samada cepat atau lambat, baik atau buruk.

……………………………………………………………………………………………………

**berhati² lah wahai sahabat wanita yang kira kasihi, berhati² lah kerana kita tak nak tergolong dalam golongan yang diwarning oleh Rasulluah tue..

**masa untuk menjadi transformers.. :D

**terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca sampai habis.. =)

Yang baik kita ambik, yang buruk kita tinggalkan..

Sesungguhnya semua yang baik hanya dari Allah dan yang buruk kesilapan kira sendiri. Tegurlah andai ada keburukan kira…



ayaq kepala?

Ayaq kepala?

Apa tue?

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Sama dengan

Kepala paip…

Agagagagagaga…

Aku dengar Chinese kt supermarket tue tanya tadi.. :p


16 July 2011

Sotong dan Manusia .. apa persamaannye?

Assalamualaikum

Semalam langsung tak sempat nak hupdate kiera’sakura nie. Sebok uruskan umah tangga, weekend² la baru nak sempat pown.aku yang bujang nie pown ade umah tangga gak? umah tangga dengan bebudak hosmate nie haa. Tue pown still macam² prob, tak² aku bukan nak cerita pasal umah tangga aku dalam nie…

Semalam sedang² aku dengan ain menyetelkan semua barang yang baru beli kat pasar. Terkeluar la dialog bawah nie..

Aku :: ain² agak² nye kan mase pencandat tengah candat sotong nie, sotong nie berusaha mempertahankan diri kowt. Tengok nie banyak gila dakwat die (dah macam tangan pomen motor je jari aku semalam)

Ain :: ish ira nie, dengan sotong pown jadi buat skrip. ada-ada jer…

Aku :: sengih jela ;D

Dalam aku menyiat kulit sotong tue, aku terfikir. Sedangkan sotong nie pown cuba pertahankan diri dia dari dicandat. Seseorang yang bergelar islam macam kita nie pown kena la sedaya upaya mempertahankan agama kita walaupun kita bakal dibunuh sekalipown.

Rasulluah s.a.w terkenal dengan akhlaknya yang pekerti , baginda selalu bertolak ansur dengan semua orang tidak kira latar belakang seseorang itu. Namun tidak pada prinsipnya yang satu. Baginda tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa yang cuba menghina agama Allah, walaupun baginda terpaksa menyelesaikannya dengan hujung pedang..

**entry tiada kaitan dengan BERSIH…

**sotong goreng tepung menjadi santapan hari nie.. weeeee :D

sama² kita muhasabah diri mencari redha Allah

yang baik dari Allah dan yang buruk dari aku sendiri..

Review | Nothing is Ordinary

Assalamualaikum...

setelah mendapat kerja sekolah dari ustad jiji,
maka aku pown memulakan tugasan kerja sekolah tue..




setelah segala buku rujukan disemak, maka kerja sekolah boleh dimulakan.

nama : Zalifa Abdullah

blog kepunyaan cik zalifa nie agak kemas and ada domoku comey setiap kali tikuih nie di gerakkan ke kiri ke kanan depan dan belakang..

cik zalifa nie rajin post tutorial antara nya energy saving mode nie...
ermmm mungkin satu hari nanti aku pown akan buat saving mode nie..
sama2 kita menjaga kesihatan udara di malaysia nie..

ade lagi antaranya kisah skandal doktor dengan haiwan, ade jugak yang berkisarkan agama, dan zalifa nie rajin join contest.. mendoakan cik zalifa nie dimurahkan rezeki menang contest tue.. =)

nak tau lebih lanjut? jom explore sendiri kat sini...

nak anta kerja sekolah kat ustad jiji dah.. 
terima kasih ustad x denda aku sebab lambat submit.. hahahaha :p

14 July 2011

Curang | lelaki atau perempuan?

Assalamualaikum

Selamat pagi semua!!! Hamboi bukan main bersemangat lagi kira rini.. suara dah agak menampakkan kegarauan akibat menjerit tengok bola Malaysia lawan arsenal semalam. Sampaikan hosmate ingat kira kena hysteria menjerit sorang² dalam bilik.. hahaha.. ok xmo cite pasal bola, dah ramai yg dok ulas pasal tue..

Semalam sembang dengan hosmate pasal kes curang dalam perkahwinan. Yang si suami curang pada isteri tak kurang jugak ade segelintir isteri yang buat benda yang sama pada suami.

Persoalan yang berlegar² dalam kepala kira nie

·         Kerja pasangan dia jauh lebih baik dari kerja skandal die. Contoh :- skandal Cuma executive sesuatu jabatan, tapi pasangan dia pensyarah. Tak cukup hebat lagi ke dapat suami seorang pensyarah?
·         Skang diorang dah ada dua orang anak. Kalau nak kata suami dia x bagi dia zuriat.
·         Suami dia siap bagi duit, tolong jaga anak² kat rumah time isteri pergi straight kan rambut kat salon.

Apa yang kira soalkan kan tue sebab benda tue yang kira Nampak. Ape lagi yang jadi dalam rumah tangga diorang kira x ambik port.

Itu contoh bagi kes curang bagi pihak isteri, yang lelaki jangan pulak nak tuding jari kt perempuan kata perempuan je salah. Ade jer kes lelaki miang yang jadi depan mata kira.

·         Dalam tepon bersayang² dengan isteri. “yang balik nanti masak ape?abg lapar”. Tapi bila belakang isteri abis semua no contact staff pmpuan yang muda² dia ambik. Kalau staff tue xnk bagi, siap suruh orang laen tolong mintak lagi.. haiii no makcik cleaner tue kau xnk mintak pulak!! Ape kes?
·         Sibok dok jadi paparazzi tangkap gambar pompuan lain, lepas tue bila disoalkan bini kat rumah x marah ke.. jawapan die “orang rumah saya dah tau” kira senang jer nak membalas “memang la orang umah kau tau kau tue gatal!!” … kira kalau dengan orang² macam nie mulut memang insurance terus expired immediately !!!
·         Sibok layan video lucah!! Hei kau kawen dengan isteri kau dengan cara yang halal. Allah dah menghalalkan antara kau dengan isteri kau ape lagi yang kau sibok nak tengok kat pompuan lain? Serius kira x paham dengan orang macam nie.

Cukup lah kowt contoh² tue.. banyak lagi isu yang kita semua sendiri sedia maklum. Kira tak salahkan sebelah pihak.. salah si lelaki kerana sibok menggoda perempuan lain dan salah si perempuan kerana melayan orang macam tue..  sebab tue ade peringatan “kalau tak cukup ilmu agama di dada jangan berani nak kawen!” dan pokok tak bergoyang sendiri kalau xda angin atau monyet atau sape² yang tolong goyangkan pokok tue..

Kira beristighfar panjang kalau tau ade segelintir manusia macam nie yang keluar sambil pegang tangan dengan bukan muhrim dia. Sungguhpun tangan pasangan anda tue kasar mengalahkan kertas pasir tapi yang kertas pasir tue lah saham anda nak masuk syurga jika diizinkan Allah s.w.t ….dan tangan yang lembut macam obor² tue lah saham anda nak pegang bara api kat neraka nanti!!!

Rasulluah dah tinggalkan kita teladan yang baik. Al-Quran dan As-Sunah sebagai panduan dan ikutan. Kenapa mesti menghalalkan apa yang haram?

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.
[surah Ar Ruum ayat 21]

Ayat Al-Quran tue sendiri menunjukkan betapa Allah sayangkan hamba-Nya. Memberikan jalan untuk hamba-Nya lebih dekat dengan-Nya. Kenapa mesti memilih jalan yang salah? Tepuk dada tanya iman.

Bukan niat kira nak bukak aib sesiapa tapi kira nak ingatkan diri kira sendiri dan semua yang membaca kehidupan kita didunia nie hanya sementara. Yang abadi tue di akhirat. Kira sendiri dah banyak buat dosa, jom kita muhasabah diri balik.. yang baik kita ambik, yang buruk kita jadikan sempadan.

Ya Allah aku tak layak masuk ke syurga-Mu namun aku juga tidak ingin ke neraka-Mu.. Kau berikanlah petunjuk dan hidayah ke dalam hati² kami.. kami hanya hamba-Mu yang sering melakukan dosa kepada-Mu… Amin Ya Rabbal Alamin.

Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kira sendiri…

Wasalam~~


13 July 2011

GILER BOLA ! MALAYSIA vs ARSENAL !!

Assalamualaikum....

nak melangsaikan segmen anjuran bro ben... =)


meyh tengok kat sini


NAMA PASUKAN : ARSENAL

Pengurus : burasa hangus
Jurulatih : D'informationz
Senarai pemain :
  1. Fadzli
  2. Beloggies Ehan
  3. Munnafendy
  4. Qisah Belog Saya
  5. Aku Dan realiti
  6. pilihan hati
  7. niena
  8. faradyana azman
  9. cik fa pun boleyyy
  10. hijau dedaunan
  11. cik purple
  12. dari hatie ke hatie
  13. sebuah pernantian
  14. stanza blog
  15. coretan harapan
  16. celoteh cik bee
  17. tiada yang sempurna
  18. izyan malik
  19. azumie
  20. miezzmira
  21. cp hidayah
Dan lawan mereka adalah .....
NAMA PASUKAN : MALAYSIA ( HARIMAU MALAYA )

Pengurus : afiq
Jurulatih : syamen
Senarai pemain :
  1. dunia blog dan pemotoran
  2. cik hanis
  3. darwisy
  4. khairunnisa atikah
  5. nurhasliza
  6. Nadzri
  7. oh oeya
  8. hairie
  9. harrazdani
  10. arena kehidupanku
  11. song 'bout life
  12. laman ayah su
  13. nak tau cerita
  14. hanya aku tahu siapa aku
  15. mr baiz
  16. diari hati seorang gadis
  17. aku eddie
  18. amirul haizad
  19. cik emma
  20. blog kuning
  21. cik gugu

kembali berlangsungnya perlawanan Malaysia menentang Arsenal setelah berehat seketika sambil makan rendang tok buatan pemain mr baiz untuk menjayakan kemenangan gol yang telah diledakkan oleh kapten pasukan malaysia Nadzri dan juga rembatan sopan santun oleh pemain bernombor khairunnisa atikah hasil dari arena kehidupanku yang telah mencurik bola dari aku dan realiti… walaupown rembatan tersebut berbentuk sopan santun ayu² tapi masih x dapat ditangkap oleh gol keeper lawan Fadzil… haish sabo aje ler…

eh eh dari kejauhan ternampak haire dan faradyana azman jurulatih pasukan Malaysia, syamen seperti sedang berbincang sesuatu ditepi pandang,, ohhh setelah disiasat oleh cik gugu dan cp hidayah yela kan kang klu sebelah pihak jer siasat berat sebelah lak katanya.. ok sambung balik, setelah disiasat oleh mereka berdua, rupanya haire, faradyana azman dan syamen ingin pulang ke kampung halaman sekali. Jimat duit minyak katanya. Yela faradyna azman telah menjadi adik ipar kepada hairie.. haruslah pulang sekali. Woooiiiittttt hal rumah tangga sembang kat tepi padang la.. aiyooo

dan darwisy  blog kuning pilihan hati celoteh cik bee azumie berkerumun tengah padang tue? Ohhh Aku Dan Realiti telah dengan sengaja mencabut bulu kaki aku eddie kerana telah terburuk sangka dengan memikirkan aku eddie ingin mengorat awek dia yang berada di kerusi penonton. Macam tue pown boleh ker? Dan azumie telah dilayankan kad kuning kerana telah berlaku kurang ajar kepada pengadil semasa pengadil cuba meleraikan perbalahan tersebut.. padan muka kau azumie !!!!

Hoittttt izyan malik apsal kau jatuhkan nurhasliza  dalam kotak penalty? Free jer depa dapat sepakan penalty adoiiiii marah pengurus dan jurulatih pasukan arsenal. Terlihat raut kekecewaan diwajah Munnafendy coretan harapan serta miezzmira.. namun tidak diwajah nak tau cerita cik hanis dan laman ayah su kerana team mereka xkan sia² peluang keemasan nie.
 Dari kejauhan terlihat cik emma telah mengambil posisi, di akui cik emma memang terer bab² meledakkan sepakan penalty ini.

Peluh jantan telah terlihat diwajah Fadzli selaku  gol keeper team Arsenal.cik emma  menadah tangan bermunajat pada Yang Maha Esa mengharapkan pintu itu dapat ditembusi olehnya. 1……. 2……… 3…… yeahhhhhhhh berkat bantuan Ilahi pintu gol lawan Berjaya ditembusi. Dan tak dapat diselamatkan oleh 1 selaku gol keeper… kelihatan pasukan Malaysia sedang membuat lompat bintang ditengah padang sebagai meraikan kejayaan tersebut.

Dilihat team arsenal sedang menggandakan usaha mereka untuk meledakkan pintu gol lawan. dari hatie ke hatie memberi kepada stanza blog dan sempat diambil oleh hijau dedaunan dari dicuri oleh amirul haizad… wahhhhh arsenal sedang melakukan asakan disitu. Bola sedang berada dikaki cik fa pun boleyyyy dan gollllllllllll!!!!!!!!!! Yang pertama untuk pasukan arsenal. Riak-riak kekecewaan pula terlakar di wajah pemain team Malaysia. terutamanya diwajah penjaga gol team malaysia , dunia blog dan pemotoran

Sedang Bellogies Ehan Qisah Belog Saya dan Niena berusaha meledakkan satu lagi gol bagi pasukan arsenal. Datang song 'bout life dan diari hati seorang gadis membuat rampasan kuasa eh silap rampasan bola. Sungguh menarik lecekkan yang dilakukan oleh kapten pasukan Malaysia, nadzri lagaknya seperti Nur Shahrul Idlan Talaha semasa pasukan Malaysia menentang Indonesia tempoh hari. Nadzri telah memberikan bola tersebut kepada harrazdani, dihantar pada hanya aku tahu siapa aku. Ohhh kelihatan tiada yang sempurna cik purple dan sebuah pernantian sedang membuat asakan menyelamatkan pintu gol mereka tetapi usaha itu ternyata sia² kerana oh oeya telah menjaringkan gol yang ketiga bagi team Malaysia… horeyyyyyyyyyyyyyy!!!

Pengurus pasukan Malaysia, jurulatih sedang berpelukkan ditepi padang dan mereka bersama² anak didik mereka sedang bermunajat mengucapkan syukur pada Ilahi kerana telah meminjamkan kekuatan buat mereka menumpaskan pasukan lawan iaitu arsenal.

Malaysia 4 arsenal 1….

Tahniah kepada Malaysia!!!

Sekian dari saya melaporkan , kiera’sakura.. saya memohon maaf diatas terlanjur bahasa yang telah saya gunakan…. 

**main petik jer nama sape2... hohoho...