30 November 2011

lepaskan kerinduan

Assalamualaikum semua

*******
kira :: mama, makcik ada kt rumah tak? ya rindu zaim la.. tgk nie rndu smpi buat gmbr die jadi wallpaper..

mama :: mama call dah, makcik ada kt rumah. jom la klu nak pergi..

siap-siap terus ke rumah makcik dgn mama..

siap sedia nak menggomol zaim!!!

tersandar kegirangan lepas kene gomol,, hihihi :p

kira :: mama tengok nie die buat perangai (zaim tundukkan badan and muka die x bagi kira gomol dah)
mama + makcik :: hahahahaha, tue la sape suruh kamu kire nak cium die jer..


walau dulu pernah terpalit satu titik hitam,
lupakanlah kesakitan dan kesedihan itu,
kerna memaafkan dan menerima kemaafan itu adalah
satu kegembiraan dan keindahan yang tak terluah dek kata-kata.
itulah nikmat Yang Maha Kuasa



 

Cinta Tak Salah

Assalamualaikum semua
Cerpen yang saya join contest tue saja saya panjangkan ceritanya sikit.

Makin teruja lepas Iffah pun panjangkan cerpen die kat sini dengan sini.. thanks Iffah ingatkan akak sambung cerpen nie.. ;)
…..

Hari Pertama : Spaghetti

Hari Kedua : Mee Hailam

Hari Ketiga : Laksa

Hari Keempat : Kek Coklat

Hari Kelima : Cheese Cake

Nadzri menggaru kepalanya yang tidak gatal.Sepanjang minggu nie ada saja bekalan yang “disediakan” di atas meja. Siap ada note yang terselit setiap hari.

“kalau takut saya letak yang tak elok, jangan lupa baca bismillah, doa makan, dan ayat Qursi sekali sebelum makan”

“rezeki dah ada depan mata membazir kalau aku tak makan” gumam Nadzri sambil tersenyum. Namun apa yang menjadi tanda tanyanya, kesemua bekalan tersebut adalah kegemarannya. Pelik.
…..

“class,please submit your assignment before next Sunday”

“dan awak sya, datang ke pejabat saya lepas lunch hari ni” tegas Nadzri sebelum berlalu keluar.

“dia tau ke aku yang selalu buat bekal untuk dia? Mati la aku kalau dia tau,mana aku nak sorok muka nanti?” ngomel Syakira dalam hati, terasa peluh turun macam baru lepas jogging 5km!
…..

Di dalam pejabat En.Nadzri

“Assalamualaikum,eh maafkan saya En.Nadzri,saya tak tau encik tengah lunch,saya keluar dulu la nanti saya datang balik” dan matanya terpandang sambal tumis udang diatas meja.

“eh tak pe, habis dah pun, salah saya terlewat lunch hari ni. Anyway saya nak mintak tolong awak sikit.” Pinta Nadzri.
…..

“fuhh selamat, Tapi kenapa dia suruh aku beli tepung, gula dan semua benda nak masak nie? Musykil dah aku nie” bebel syakira sendirian.
…..

“eh sejak bila pulak level atas nie diorang letak cermin bagai? heran”

“mana pulak En.Nadzri ni tadi beria-ria suruh aku beli cepat, ni dia pulak yang tak ada” peluh yang menitik dikesat perlahan dengan tisu. dalam masa yang sama tudung dibetulkan.

 “Assalamualaikum, ehem” Nadzri tersenyum kecil melihat telatah gadis yang dalam diam telah mencuri hatinya.

“eh waalaikumsalam, maaf saya tak perasan encik dah ada kat sini” terasa seperti muka baru disimbah minyak cap kapak, macam mana la boleh tak perasan yang lecturer nya dah ada dibelakang. Leter syakira pada dirinya sendiri.

“errr nie barang yang encik pesan tadi” hulur syakira sambil tunduk memandang lantai.

“lagi baik aku pandang lantai, sekurang-kurangnya lantai nie beku!! apsal la yang En. Nadzri nie tengok semacam nak menelan aku” omel syakira dalam diam.

“dari awak pandang lantai tue, baik awak lihat dalam cermin dihadapan awak dan katakan padanya yang saya dah jatuh hati pada dia” lancar Nadzri menuturkan isi hatinya. Tiada apa yang perlu disorokkan lagi bila dia sudah yakin pada hatinya sendiri.

Syakira terkebil-kebil melihat dirinya sendiri didalam cermin. Dalam tidak sedar dia tertampar pipinya sendiri.

“ehh jangan la tampar diri sendiri. mesti awak tertanya kan. sebenarnya saya dah tau semua bekalan tu datang dari awak sejak dari hari pertama saya ternampak bekalan awak sama seperti saya. Dan saya minta awak belikan semua tu,supaya awak bekalkan saya setiap hari selepas kita menikah nanti” ujar Nadzri dengan setulus hati. Dalam pada masa yang sama dia tercuit dengan telatah lurus gadis kesayangannya, selalu tewas dengan emosi sendiri. Tidak pandai menyimpan apa yang dirasainya.

Syakira terdiam. Termalu sendiri dengan tindakan spontannya.

“ishhh tangan nie suka tak reti nak cover tuan sendiri!!” bebel Syakira dalam hati.

Namun begitu dia bersyukur kerana Allah dah makbulkan doanya. Air matanya bukti die menerima Nadzri. Hanya itu yang mampu dilakukan sedang bibirnya terkunci rapat dari menuturkan walau sebarang kata.

“tapi satu yang menjadi tanda tanya saya, macam mana awak tau semua makanan kegemaran saya?” persoalan yang menjadi tanda tanya Nadzri sejak dari hari pertama bekalan diterimanya.

“errr dari belog Encik la” ujar Syakira sambil tersengeh.

“saya ada stalker rupanya?” Nadzri tertawa bahagia.
…..

TamaT

puas hati dapat buat panjang-panjang... hihihihi

29 November 2011

Keindahan mmg sukar untuk digapai

La tahzan sayang,
Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya,
Walau sehalus debu yang bertaburan Allah tidak menjadikan ia sia-sia,
Pasti terselit seribu keindahan dan kebaikan disebalik kesakitan dan kesedihan itu.

La tahzan sayang,
Kamu mampu bangun menempuh segala ujian dan cabaran,
Kerana pemilik dirimu arif apa yang mampu dan tidak kamu hadapinya,
Tidak sesekali Dia biarkan kamu terkapai dalam kelemasan,
Pasti dibentangkan jalan yang luas dihadapanmu,
Berusahalah, kerana yang terbaik itu pasti sukar untuk digapai bukan?

La tahzan sayang,
Siramlah wajahmu dengan wudhuk yang sempurna,
Tundukkanlah wajah dan diri menghadap penciptamu,
Menangis dan mengadulah pada Dia yang selalu ingin mendengar rintihanmu,
Tenangkanlah hatimu dengan Al-Quran yang dititipkanNya,
basahkan lah lidahmu dengan zikrullah,
Bermunajatlah pada Tuhanmu kerana Dia tak pernah mengecawakan kamu.

La tahzan sayang,
Kamu tidak sendiri,
Kamu punya Dia, mereka yang menyayangi kamu, juga aku,
Bangunlah dari kesedihan dan kekusutan itu..



28 November 2011

mereka

Assalamualaikum semua...

anak mama papa balik kg mcm2 ektibiti yg blh buat...

situasi 1

kira :: mama yg nie kenapa warna mcm nie? yg tue kenapa bentuk mcm tue? kenapa kena hancurkan dulu? kenapa tak telan terus jer? kenapa? kenapa? dan kenapa?

mama :: ishhh tercekik aku nak telan ubat dgn budak sorang nie...

situasi 2

kira :: papa cantik tak ya pakai baju nie? papa comey tak ya nie? (smbl kelip2 mata depan papa)

papa :: (smbil tergelak2) aku nak kire duit pown tak senang budak nie, (ntah dah kali ke bpe duit tue papa kire)

...........

entah la mungkin sebab kakak2 dah kawen, abg dengan adik selalu keluar tak da kt rumah, jadinya bila kira balik jadi manja terlebih..mungkin kerana ini Allah tak mengizinkan ianya terjadi..

mereka mahukan saya kembali ke sana, dekat dengan mereka. saya kuatlah mama papa!!! 

bila keinginan sendiri dihalang oleh kemahuan kedua orang tua yang sentiasa ada bersama kita apa lagi pilihan yang saya ada? hurmmm

23 November 2011

eqbalzack.com Writing Contest [2]

Assalamualaikum semua..

bw pagi nie ternampak pulak kene tag dgn pakcik nie.
hurm mulanya macam tak tau nak buat ke tak, tapi tak pe la. terai jela ye tak..

contest dari abg EQ.
syarat ada dekat sini

selamat mencuba bagi sesiapa yang teringin nak join, kira nak tag mikero memandangkan die dah mula berjinak-jinak dengan novel nie :D

yang nie dari kira :)

"Lecturer-student relationship, anything wrong?"
...........................................................................................................

 
hari pertama :spaghetti

hari kedua :mee hailam

hari ketiga :laksa

hari keempat :kek coklat

hari kelima :cheese cake

Nadzri menggaru kepalanya yang tidak gatal.Sepanjang minggu nie ada saja bekalan yang “disediakan” di atas meja.Siap ada note yang terselit setiap hari.

kalau takut saya letak yang tak elok, jangan lupa baca bismillah, doa makan, dan ayat Qursi sekali sebelum makan

“rezeki dah ada depan mata membazir kalau aku tak makan” gumam Nadzri sambil tersenyum.Namun apa yang menjadi tanda tanyanya,kesemua bekalan tersebut adalah kegemarannya.Pelik.
…………………………………………………………………………………………………………………………

“class,please submit your assignment before next Sunday”

“dan awak sya, datang ke pejabat saya lepas lunch hari ni”

“dia tau ke aku yang selalu buat bekal untuk dia?Mati la aku kalau dia tau,mana aku nak sorok muka nanti?”ngomel syakira dalam hati,terasa peluh turun macam baru lepas jogging 5km!
……………………………………………………………………………………………………………………………

Di dalam pejabat En.Nadzri

“Assalamualaikum,eh maafkan saya En.Nadzri,saya tak tau encik tengah lunch,saya keluar dulu la nanti saya datang balik”dan matanya terpandang sambal tumis udang.

“eh tak pe,habis dah pun,salah saya terlewat lunch hari ni.Anyway saya nak mintak tolong awak sikit.”Pinta Nadzri.
…………………………………………………………………………………………………………………………


“eh sejak bila pulak level atas nie diorang letak cermin?heran” 

“Tapi kenapa dia suruh aku beli tepung,gula dan semua benda nak masak nie?” 

“mana pulak En.Nadzri ni tadi beria-ria suruh aku beli cepat, ni dia pulak yang tak ada”

“Assalamualaikum,awak lihat dalam cermin dihadapan awak dan katakan padanya yang saya dah jatuh hati pada dia”Nadzri muncul dari belakang sambil tersenyum manis.

“mesti awak tertanya kan.sebenarnya saya dah tau semua bekalan tu datang dari awak sejak dari hari pertama saya ternampak bekalan awak sama seperti saya.Dan saya minta awak belikan semua tu,supaya awak bekalkan saya setiap hari selepas kita menikah nanti”ujar Nadzri dengan setulus hati.

Syakira terdiam.Namun dalam hati dia bersyukur kerana Allah dah makbulkan doanya.Air matanya bukti die menerima Nadzri.

(297 patah perkataan)

.................................................................................................................
saja guna "nama" tue tak da maksud tersirat ye kawan-kawan :)

Antara faktor belum mempunyai cahaya mata


Assalamualaikum semua

Perghh tajuk dah serupa dokte sakit puan je dah… tak macam nie, tadi ada akak ofismate nie kata anak die keguguran. Baru 3 bulan. Hari tue pulak ada sorang akak ofismate nie kehilangan anak dia yang masa tue dah pown berusia 6 bulan dalam rahim, kembar lagi tue perempuan dua²… Inalilah waina lilahirajiun

Sedih tue memang sedih, sape yang tak sedih bila anak yang kita harap kehadiran dia diambil semula oleh pemilikNya. Atau pown Allah belum beri kita peluang untuk mendengar tawa seorang bayi yang bergelar anak.

Tapi kita kena Redha dan sentiasa bersangka baik pada Allah. Mungkin Dia ambik anak kita atau belum beri kita rezeki sebab kita sendiri belum sediakan diri kita kearah itu. Menjadi seorang ibu atau ayah yang terbaik.

Contohnya kita sendiri belum punya cukup ilmu untuk mendidik anak kita dalam soal agama. Belum bersedia untuk berkorban masa dan tenaga buat seorang yang bergelar anak.

Dan sekiranya kita rasa diri kita tergolong dalam individu yang kira sebutkan tue, apa kata mulai saat nie kita mula mencari jalan dan belajar bagaimana untuk lebih dekat dengan Allah.

insyaAllah, kalau kita diberi peluang punya seorang anak nanti, sekurangnya kita dah boleh membentuk anak tue menjadi lebih baik dari ibu dan ayahnya. Yang mana islam bukan hanya pada ic, tapi islam yang padu didalam hati dan jiwanya.

Mungkin antara factor lain, anak yang kita kandung tue mungkin tidak sempurna fizikalnya sekiranya dia lahir nanti yang mana membuatkan ibu dan ayahnya tidak punya kekuatan menghadapi ujian itu kerana Allah itu Maha Mengetahui Maha Penyayang. Dan tidak akan memberi ujian diluar kemampuan umatNya.

Allah berfirman dalam surah Al Baqarah , ayat 286 ;

Allah tidak membebani seseorang melaikan sesuai dengan kesanggupannya…

Jadi Redha dengan ketentuanNya dan bersangka baiklah pada Allah, positifkan fikiran agar kita tidak dibebani dengan belenggu ;

“kenapa aku yang diuji sebegini, kenapa aku yang harus menerima semua ini”

 iklan kejap.. saya rindu die, rindu nak gomol ciom2 die T_T

Pesanan bukan hanya untuk mereka yang sudah berumah tangga, tapi juga untuk saya sendiri, kamu yang belum berkahwin atau sesiapa sahaja yang merasakan dia layak menerima ingatan ini.

Yang baik dari Allah s.w.t dan yang buruk dari saya, Nur Syakira Yaakub

22 November 2011

Mendesak dan Menunda


Assalamualaikum semua

“nanti bila aku dah habis SPM aku nak kerja elok-elok nak bali kereta mewah², renovate rumah mama papa bagi elok lagi”

“nanti bila aku dah kerja , dapat gaji aku nak beli Galaxy Note”

“nanti bila aku dah ada anak, aku nak buat satu bilik khas yg super comey untuk anak aku”

Mesti ada antara kita yang berangan macam contoh² kat atas kira bagi tue kan? Okeh kira ngaku kira tak terkecuali, kira kan suka berangan :p

Tapi betol x kalau kira cakap, ada yang kita angan² kan dari kecik tue tak kita miliki meskipun kita mampu memilikinya.

Antara sebabnya, nafsu kita yang berubah lebih tinggi bila kita dah punya kemampuan yang LEBIH lagi.

Kalau dulu masa kita bergaji 600 kita mengidam nak beli kancil sekiranya kita punya gaji 1k. alih² bila kita dah Berjaya memiliki 1k kita mula bertukar citarasa mengidam nak persona pulak. Sudahnya tak termiliki la apa yg kita impikan pada mulanya walaupown kita dah mampu memiliki.

Adat manusia kan? Nafsu melebihi kemampuan. Lastnya habuk pown tak dapat.



Antara sebab lain, bila kita dah berkemampuan memiliki tapi kita terfikir yang ada kepentingan lain yang perlu kita dahulukan. Terpaksa lah MENUNDA keinginana kita yg diawal²nya tadi.

Tapi simpan kemas dalam hati yang satu hari nanti akan dimiliki jua yang diidamkan tue. Sikit-sikit lama² jadi bukit, asalkan jangan kenal erti putus asa!!

Sabar yang dipupuk dalam diri tue akhirnya berbalas kita memiliki jua apa yang diangankan tue. Time nie bukan jer dapat habuk , sekali seketul-ketul kita dapat yg diingini tue..

Beza!! Memang berbeza!!!

Tahniah Harimau Muda

Assalamualaikum semua

Alhamdulilah kemenangan berpihak pada harimau muda malaysia. Defend yg sungguh-sungguh mempertahankan gawang dari diceroboh. kelemahan sikit pada striker. tapi Alhamdulilah Allah beri rezeki kat kita..

nak ulas lebih-lebih ramai yg dah ulas kowt.. cuma nak ucapkan tahniah pada jurulatih, pemain-pemain dan semua yang terlibat menaikkan harimau muda.. Tahniah!!!

21 November 2011

Hati nak Kawen, tapi....


Assalamualaikum semua
 
“calon dah ada, hati teringin nak kawen, tapi….”

“seronok nya tengok kawan² lain, bila pulak turn aku, hurmm..”

“keinginan nak kawen tue ada, tapi ekonomi pulak x mengizinkan…”

“dengan aku yang kerja tak menentu, gaji tak menentu sekarang nie mampu ke aku nak tanggung anak bini nanti..”

Selalu jer ayat² kat atas tue bermain² kat minda sesetengah orang yang punya keinginan berumah tangga tapi terhalang dengan berbagai masalah.

Antara yang lazim nya menghimpit fikiran golongan nie. Kerja tak menentu, kerja bukan dalam posisi TETAP, komitmen untuk sama² membantu ekonomi ibu dan ayah dalam membesarkan adik², dan macam² lagi la. belum masuk bab ilmu rumah tangga yang tak khatam lagi.

Tapi kita selalu lupa apa yang difirmankan Allah dalam surah Taahaa ayat 132

Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan salat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.


Rezeki Allah banyak atas muka bumi nie, tinggal usaha kita untuk mencari dan menggalinya sahaja.

Bersangka baik lah pada Allah, setiap perkara yang didahului dengan niat yang betul hanya keranaNya pasti akan dibantu Allah. insyaAllah.

“Alhamdulilah rezeki saya makin bertambah murah selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak”

Itulah Hikmah dan nikmat yang Allah berikan buat setiap hambaNya yang berniat melakukan kebaikan. Jangan takut memulakan langkah, memang payah, setiap jalan yang dilalui pasti akan terselit onak dan duri tapi percayalah itu semua akan mematangkan kita yang mana akan kita rasai indahnya bila berada dipenghujung jalan yang kita pilih tue..

Betol, saya tak kawen lagi, mana saya nak tau langkah² yang sewajarnya diambil. Tapi sedikit sebanyak pengalaman saya yang lalu menjadi bekalan saya menempuh hari yang mendatang. Dan pengalaman mereka yang disekeliling saya juga saya jadikan panduan dan sempadan..

La Tahzan sekiranya kamu ingin mendirikan rumah tangga tapi terhalang dek berbagai komitmen kerana nikmat Allah itu besar dan Allah tak pernah membebankan umatNya diluar kemampuan mereka sendiri. Berusahalah dan jangan sesekali menjauhi Allah. Kerana Dia Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Mengetahui Maha Kaya..