31 January 2012

Selamat Hari Lahir Sayang

Assalamualaikum semua


satu ketika saat aku mencari dan mendambakan
kau hadir menemani
mengisi tiap ruang yang terluang
mengisi tiap sunyi yang menjelma

Selamat Hari Lahir Sayang, Kami Blogger Utagha
semoga setiap inci ukhwah yang terbina antara kita segar mewangi hingga ke taman-taman syurga.
sungguh, kira akui kira teramat sayang kan KBU dan ukhwah yang terjalin diantara kita semua,
kerana itu ada kalanya bila ada yang melakukan salah kira tegur,
bukan niat untuk mencela, tapi hanya kerana sayang.
bila kita sayangkan sesuatu atau seseorang kita pasti menegur jika dia terlupa atau terlalai sebentar bukan?

hanya satu kerana SAYANG!!!

sungguh, pernah satu ketika kira melafazkan "Alhamdulilah aku bersyukur dan bangga dengan KBU, kerana ukhwah yang dibina berlandaskan niat kerana Allah, aku bangga kerana KBU tidak sesekali melupakanNya walau ke mana jua yang dituju, semoga ingatan kami pada Mu Ya Allah tidak akan sesekali pudar dan malap, Engkau campakkanlah rasa takut dan gerun kami padaMu agar kami tidak terlalai mahupun terlupa pada suruhan dan laranganMu, Amin" 


terlalu banyak kenangan antara kira dan KBU dalam Kiera'sakura
kerana kira tak mahu terlupa walau sedikit pun kenangan bersama KBU
KBU, keluarga kira "WE ARE FAMILY"

terima kasih kepada semua kerana menjadi sebahagian keluarga buat kira
kira sayang semua!!!!

30 January 2012

Mencari Disebalik Kesempurnaan

Assalamualaikum

kita selalu mencari kesempurnaan,
mengharapkan akan ada yang menyempurnakan setiap dari kekurangan kita,
tapi kita pula sering lupa, sempurna itu bermula dari kita.

kita sering menolak andai diminta menampal 'lompang'
namun, kita tidak sedar yang diri sendiri punya banyak 'lubang'
kita sering meminta agar dilengkapkan apa yang kurang,
namun tidak pula kita ingat yang kita juga banyak kurang.

mengapa sering meminta tanpa terlebih dahulu memberi?
bukankah yang kurang itu akan menjadi sempurna jika kita sama membajanya?
jangan hanya meminta tanpa berfikir untuk memberi....





26 January 2012

Cerpen :: Istikharah Cinta


“Arghhhhhhh” bergema ruang bilik pagi itu dengan jeritan Farah Aliya.
“awak siapa? Kenapa awak tidur sebelah saya? Baik awak cakap cepat apa awak dah buat dengan saya?” 

Terpisat-pisat Amir Hazwan disergah oleh wanita dihadapannya.

“Assalamualaikum Puan Isteri, selamat pagi. Saya suami awak, semalam jer kita baru menikah, awak lupa ke apa yang jadi semalam? Saya mana ada buat apa-apa kat awak” seraya Amir Hazwan mengangkat ke sepuluh jarinya membuktikan apa yang dikatakannya sebentar tadi.

“semalam?”
 
*****

“awak… betul ke awak xnak tidur kat atas? Saya rasa tambah berdosa kalau biarkan awak tidur kat bawah tue” hati Farah dipaut rasa bersalah apabila suaminya terus membentangkan comforter diatas karpet selepas dia bertekak mahu tidur berasingan tadi.

“awak, redhaNya Allah bila saya redha. Saya yang memilih untuk tidur dibawah kan? Jgn la awak risau” lembut Amir memujuk isteri yang baru dimilikinya kini.

“laaa nangis pulak dah? Saya ada salah cakap ke? Maaf la kalau saya tersalah cakap” kalut Amir bila melihat isterinya mula mengalirkan air mata.

“awak naik la tidur kat atas nie, dah la saya bersalah tak cintakan awak, saya bertambah berdosa bila tengok awak tergolek-golek kat bawah tue”

Tersenyum Amir mendengar kata-kata Farah. Tidak sampai hatinya membiarkan isteri tercinta terus menangis hanya kerana rasa bersalah.

“awak tak takut ke kalau saya terpeluk awak masa tidur nanti? Saya mana boleh nak kawal kelakuan saya kalau dah hanyut dibuai mimpi. Nak-nak pulak kalau awak yang masuk dalam mimpi saya” usik Amir, selebihnya dia bahagia melihat pipi merah isterinya.

“ishhh mengada pulak dia nie kan, dah la saya nak tidur selagi awak belum terlelap awak jangan sesekali melangkah sempadan nie tau?!” ugut Farah sambil meletakkan bantal panjang sebagai sempadan antara mereka.

“kalau dah terlelap, kira tak bersalah la kalau saya terlepas sempadan nie kan?” usik Amir lagi.

Lantas Farah Aliya terus menarik selimut membungkus dirinya.

*****

“Ya Allah aku berdoa padaMu izinkan aku terus melihat senyumannya biarpun hanya ketika isteriku sedang tidur” kudus doa Amir Hazwan, jauh disudut hatinya biarlah senyuman isterinya ketika itu kerana mimpikannya. 

Entah bila dia tertidur pun tidak diketahuinya hanya tersedar bila terdengarkan jeritan isterinya. Bukan isterinya sahaja malahan dirinya sendiri pun terkejut. Mana tidaknya elok sahaja Farah Aliya tidur berbantalkan lengannya, tangannya pun elok saja mendakap si isteri tidur.

“agaknya awak mimpikan saya kut malam tadi, tue yang awak tak sedar terpelukkan saya” tak habis lagi Amir Hazwan mengusik Farah Aliya.
“ada ke?” soalan yang sebenarnya diajukan pada dirinya sendri. Namun jauh disudut akalnya yang waras memang Farah Aliya mengaku yang dia sedang mimpikan suaminya ketika itu, sedar-sedar memang mimpi menjadi kenyataan!!
*****
“mama, papa kenapa mesti nak kena kahwinkan Farah dengan mamat tue? Entah sape-sape pandai-pandai jer mama dengan papa terima. Asal usul pun kita tak tau.” Bentak Farah Aliya.

“bekas tunang kamu tue kita tau asal usulnya, keluarganya kita kenal malah dah rapat, putus jugak kan. Semua tue bukan alasan Farah. Dah memang jodoh kamu dengan Amir tue terima jela” ibu Farah Aliya masih mahu memujuk anaknya.

Dan memang betul Amir Hazwan jodohnya bila akad dimeterai pada malam akad nikah yang lalu. Bukan mahu membenci insan bernama Amir Hazwan namun langkah yang diambil oleh lelaki itu terlalu drastik. Padahal baru dua bulan dia putus dengan bekas tunangannya. Sakitnya ditinggalkan oleh tunangannya, opss!! Bekas tunang masih berbekas sudah ada yang mahu mengisi kekosongan dihati.

“kut ye pun ngorat la aku nie dulu, nie tak terus masuk minang. Dia pun aku tak kenal siapa, alih-alih dah kena terima” omel Farah Aliya.

“bercinta lepas kahwin tue yang sebaiknya Farah Aliya, tak perlu nak tunang-tunang lagi. Nikah jer terus. Senang, nak bercinta, nak kemana-mana pun dah halal” sampuk ayahnya.

Lantas pantas sahaja kakinya mendaki tangga masuk ke dalam bilik, fikirnya tadi dia hanya bermonolog didalam hati namun tidak sangka bibir lebih pantas mengeluarkan bicara. Malu pula pada mama dan papanya tadi.

*****

“maaf saya terpaksa berterus terang yang saya masih sayangkan bekas kekasih saya. Saya tak dapat lupakan segala-galanya mengenai dia. Saya mengaku saya tersilap langkah dengan mengikat diri saya sebagai tunang awak” lesu suara Faizal. Tidak sanggup lagi dia terus bersikap hipokrit dihadapan tunangnya padahal hakikat yang sebenar dia masih sayangkan bekas kekasih yang lalu.

“habis tue masa kau buat keputusan nak bertunang dulu tue, kau saja nak buat eksperimen samada kau masih sayangkan bekas kekasih kau? Dan aku hanya menjadi bahan uji kaji kau? Dan bila kau dah tahu keputusannya baru kau tahu yang kau dah tersilap?” perlahan namun cukup tegas diperkatakan oleh Farah Aliya. Cukup pantang jika ada yang memainkan perasaannya.

“saya minta maaf. “ hanya itu yang mampu diluahkan Faizal, dia tahu memang dia yang menjadi puncanya.

“aku maafkan kau, dan tolong jangan cari aku lagi. Terima kasih kerana memberi aku pelajaran yang cukup bermakna” pedas apa yang dikatakan Farah Aliya. Ternyata pengorbanannya untuk memahami seorang lelaki yang bernama Faizal hanya sia-sia. Segala kesabaran hanya menjadi buih yang perlahan dibawa arus air. Segala pengorbanan hilang disapu debu angin. Dia pasrah, pasti ada hikmah.

“jika Allah belum memakbulkan doamu bererti Dia punya perancangan yang lebih baik buat kamu. Dia mengerti apa yang terbaik buat hamba yang diciptakanNya” hati Farah Aliya lebih tenang apabila mengingati semua kata-kata yang menjadi semangatnya selama ini.

*****

Dan benar, lelaki yang bergelar suaminya kini lebih baik dari bekas tunangannya. Sabar melayan setiap karenahnya. Tersenyum saat dia mula membuat perangai yang pelik-pelik. Menenangkan saat jiwanya gundah dilanda masalah.

“Ya Allah aku mohon padaMu. Izinkan aku untuk terus menatap senyuman isteriku walau hanya ketika dia sedang tidur. Izinkan aku terus menatap wajah berang isteriku walau aku menjadi mangsanya melepaskan amarah. Izinkan aku untuk terus menatap  rajuk isteriku walau hanya panjang muncung nya yang bisa aku lihat. Itu sudah cukup bermakna buatku Ya Allah. Kerana sesaat aku kehilangannya terasa seluruh jantungku berhenti berdenyut. Aku amat mencintainya Ya Allah, jadikan aku kecintaanya juga. Aku amat merinduinya Ya Allah, jadikanlah aku kerinduannya pula .ku mohon padaMu yang memegang setiap hati kami Engkau lembutkanlah hati isteriku menerima diriku dan juga mahligai kami, berkhatilah rumah tangga kami Ya Rabb. Hanya padaMu aku bermohon. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Lencun air mata Farah Aliya saat terdengar doa kudus suaminya. Baru dia tahu bahawa selama ini suaminya bangun sepertiga malam, memohon kecintaan Ilahi. Berdoa untuk rumah tangga mereka. Teringat insiden dimana mereka keluar bersiar-siar tempoh hari.

“sayang jangan buat abang macam nie lagi, kalau pun Aliya tak suka abang tolong la jangan buat hati abang risau macam nie, abang rela Aliya buat perangai macam selalu dari Aliya tiba-tiba menghilang macam tadi. Janji dengan abang jangan buat macam nie lagi sayang?” pinta Amir Hazwan bersungguh-sungguh.

Sedangkan Farah Aliya terus enak menikmati aiskrim yang dibelinya tadi, namun manis langsung tidak terasa kerana hatinya sebak melihat risaunya Amir sewaktu dia ‘hilang’ tadi. Bertambah sebak hatinya mendengar permintaan suaminya. Namun, air mata tetap juga ditahan.

“sory, orang lupa nak bagitau awak, orang nak beli nie tadi. Awak makanlah” dihulurnya aiskrim itu pada Amir Hazwan, tidak terasa mahu menyambung kenikmatan aiskrim itu lagi, hatinya kini menangis, kerana ego nya sendiri.

Farah Aliya kembali tersedar dari lamunannya apabila terasa dahinya panas dikucup suami.

‘nak buat ke tak? Nak ke tak? Patut ke kalau aku buat? Tapi.. hai hati dah macam nie kau boleh main teka-teki lagi’ marah Farah Aliya pada hatinya sendiri.

“abang”

“Ya Allah Aliya, nasib tak jatuh jantung abang nie, kenapa tak tidur lagi? Abang yang buatkan ALiya terjaga? Abang minta maaf sayang.” Sikap lembut dan prihatin suaminya inilah yang sedikit sebanyak mencairkan hati kerasnya.

“kalau jantung awak jatuh saya tolong lah kutip” sempat lagi Farah Aliya membalas tiap kata suaminya seperti selalu.

Tersenyum Amir Hazwan mendengar celoteh isterinya. Syukur dipanjatkan pada Ilahi kerana kini Farah Aliya mula mahu berlembut dengannya, mahu bergurau dengannya jika sebelum ini mahu mendengar sepatah dari mulut Farah Aliya pun bagai menunggu penyu bertelur!! Namun, ada sesuatu yang aneh pada pendengarannya malam ini.

“apa Aliya panggil abang tadi? Cuba ulang balik.” 

“mula la tue, tak boleh orang nak buat baik sikit, mula la nak membuli.”

“rugilah kalau tak dapat buli sayang abang bila ada peluang” pantas cubitan Farah ALiya singgah dipaha Amir Hazwan. 

“errrr saya nak minta maaf atas kelakuan saya selama nie, saya tau banyak salah saya. Saya selalu sakitkan hati awak. Saya letakkan ego saya ditempat yang teratas. Maafkan saya” sayu Farah Aliya menuturkan kata-katanya, serentak dengan itu air mata gugur jua tanpa mampu ditahan lagi.

Erat Farah Aliya didalam dakapan Amir Hazwan. Tinggi ucap syukur Amir pada Yang Maha Kuasa membalikkan hati isterinya untuk sama mencintai seperti mana dia. Tiada kata yang mampu diucap hanya air mata bahagia yang membalas setiap kata isteri tercinta.

“macam mana awak boleh tekad nak memperisterikan saya?” soalan lama yang berada dalam benak Farah Aliya akhirnya terkeluar jua.

“kerana Farah Aliya hadir dalam istikharah cinta abang” tersenyum bahagia keduanya.

*****
line tenet susah nak dapat, sgt susah nak bw T_T

Spontaneous Thursday #3

Assalamualaikum semua

Hati berbisik sakit
bibir terus dipaksa senyum walau terasa sumbing manisnya 
Hati dipaut pilu
bibir pula dipaksa ketawa walau ngilu untuk didengar
biarlah bibir terus mengalunkan kata bahagia
walau hati terasa derita
pasti bahagia kan terbina andai masa diizinkanNya..

25 January 2012

wordless wednesday #21

Assalamualaikum semua


setelah 6 tahun masing-masing hilang tanpa bicara Alhamdulilah hari nie Allah pertemukan kembali aku dan dia...
dia sahabat menangis dan ketawa, duka dan gembira

Cerpen :: Kau dan dia berbeza


“Aku sendiri terkejut bila dapat tau, tapi aku hepy untuk korang, kenapa kau rahsiakan pasal tue?” soal Fikri bila kami berpeluang berjumpa petang tadi.

“aku tak rahsiakan, Cuma aku tak menghebohkan, bila berjumpa ada yang bertanya aku akan berterus terang. Aku takut akan datang andai bukan jodoh kami, bukan berdoa sebab ajal maut jodoh pertemuan semua ketentuanNya, sebab tue aku dan dia memilih untuk tak menghebohkan berita nie lagipun dalam islam tak galakkan menghebohkan berita tue kan” jawapan yang sama aku berikan andai ada yang bertanya.

Banyak yang aku dan Fikri bualkan petang tue, dari kisah nya satu masa dahulu yang jalan ceritanya hampir sama seperti aku hinggalah kisahnya sekarang ini. benarlah, tak kira lelaki mahupun perempuan sedikit sebanyak kenangan lalu pasti menghukum, andai diri sendiri tidak memberi peluang untuk merasa bahagia dengan masa kini dan melupakan kesakitan masa lalu.

“kau panggil dia ape? Abang?” usik Fikri sambil tertawa dan seterusnya mematikan perbualan kami petang tue.

*****

“sakit hati aku , bila aku tau dari mulut orang lain, dia keluar dengan kawan perempuan dia. Aku tak menghalang andai dia nak keluar dengan sesiapa, tapi biarlah aku tau dari mulut dia sendiri.” Adu Elly pada aku sewaktu kami sama-sama duduk melepaskan lelah setelah selesainya kenduri sahabat baik kami tempoh hari.

Aku hanya terdiam kerana prinsip Elly juga sama seperti aku. Dalam hati bersyukur kerana dia selalu jujur andai dia ingin berjumpa dengan rakan perempuannya. Tak pernah terlintas dihati untuk memutuskan persahabatan antara dia dan rakan perempuannya hanya kerana aku menjadi salah seorang yang istimewa dihatinya. 

Kerana aku juga perlukan ikatan persahabatan, menjadi sahabat yang setia meminjamkan telinga untuk mendengar dan meminjamkan bahu untuk bersandar andai sahabat yang lain memerlukan aku. Sama seperti dia. Alhamdulilah kami punya pandangan dan prinsip yang sama.

*****

“dia seorang yang mengambil berat hal insan sekelilingnya, hadir tika dirinya diperlukan, menghulur bantuan walaupun hanya berupa nasihat tanpa mengira siapa insan itu, namun aku bersyukur kerana dia memasang tembok antara dia dan mereka yang lain. Kerana dia takut kiranya tiada tembok yang dibina akan ada hati lain yang menaruh perasaan istimewa pada dia” 

“owh patutlah dia panggil semua yang ada dengan panggilan ‘adik’ bila ada yang memanggil dia ‘abang’. Aku hanya menggangguk mengiakan jawapan Elly.

“Dan juga kerana aku tahu, walaupun dia berada bersama dengan rakan perempuannya, sedikit sebanyak cerita mengenai aku pasti akan keluar dari mulutnya.” Celah aku.

“itu tandanya dia memberitahu pada rakannya yang dia punya seseorang yang istimewa, agar tiada yang menaruh hati padanya. Hati perempuan sangat lembut andai ada seorang lelaki yang selalu mengambil berat.” Tambah Elly.

“tapi tidak seperti Rizal, Rizal juga mengambil berat perihal insan sekelilingnya sehingga ada yang menaruh harapan pada dia. Sehingga ada yang bergantung harap padanya. Sehingga kadang kala aku keliru siapa yang menjadi kekasih nya? Dan terkadang aku keliru siapa pula aku dihatinya.” Luah Elly dengan nada kecewa.

Sekali lagi syukur aku panjatkan kerana dia pandai menjaga batas diantara dia dan insan-insan sekelilingnya. Membina tembok agar tiada yang salah faham pada kebaikan dan bantuan yang dihulur kerana dia juga tahu bagaimana lembutnya hati seorang yang bergelar perempuan.

Kerana sikapnya itulah aku tidak pernah sempat merasa cemburu, tidak sayangkah bila tiada perasaan cemburu? Bukan begitu, kerana aku tahu siapa aku dihatinya. Jika tidak, mana mungkin dia berani dan mahu mengambil keputusan menganjakkan hubungan kami ke peringkat yang lebih serius.

*****

Melalui pemerhatian dan yang aku dengar hari ini dan tempoh hari, banyak yang aku perolehi. semoga yang buruk itu sentiasa aku ingat agar menjadi sempadan dan semoga yang baik akan menjadi darah daging aku hingga ke akhirat nanti. insyaAllah.

“tapi aku masih lagi mencari seperti firman Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." –harapan si dia-

Teringat aku pencarian dia satu masa lalu, sudah berjayakah aku menjadi pandangan yang menyenangkan hatinya? Yakin kah dia pada kesetiaan aku, menurut perintahnya selagi tidak bertentangan dengan syarak? Percayakah dia pada aku yang akan menjaga harta dan aib nya nanti? Walaahualam.

Namun. Satu yang aku pasti. Dia dan aku sama mahu mencari redha dan kecintaan dari Yang Maha Esa. Semoga usaha kami untuk dicintai oleh Ilahi dan “Nampak elok” dipandanganNya akan mencambahkan rasa cinta berlandaskan iman dihati kami seterusnya menyemaikan rasa senang dan bahagia pabila pandangan kami bersatu kelak. 

Semoga usaha aku dan dia untuk patuh dan akur pada tiap suruhan dan larangan Allah swt akan membenihkan perasaan setia dan taat pada diri kami serta hubungan yang dibina.

Dan semoga usaha kami untuk menutup aib diri sendiri dan sesiapa jua, berkongsi rezeki yang dikurniakan Maha Kuasa pada yang memerlukan akan membuat kami sentiasa beringat untuk sama menjaga aib dan rezeki yang dikurniakan pada kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah rasa takut dan gentar dalam hati kami padaMu agar kami sentiasa menjaga perasaan suci yang Engkau kirimkan ini dari dinoda oleh nafsu kami sendiri dan dari digoda oleh syaitan yang menyesatkan. Engkau permudahkan urusan kami agar cinta yang mula mencambah dapat dibaja dengan akad yang diangkat. Dengarlah rintihan kami ini Ya Allah kerana hanya padaMu kami bermohon dan bergantung. Kiranya Engkau ingin mengambil kembali perasaan ini peliharalah hati dan diri kami dari menjadi musuh dan benihkanlah dihati kami redha pada ketentuanMu, kerana Engkau lebih mengerti apa yang terbaik buat semua ciptaanMu.  Amin Ya Rabbal Alamin.  

 *****

melalui pemerhatian, penelitian dan penambah perasa menyedapkan bicara digarap menjadi sebuah cerita.
moga ada yang bermanfaat

*maaf tak sempat blogwalking lagi, masih berada dikampung :)

19 January 2012

Spontaneous Thursday #2

Assalamualaikum semua

dia dulu dan kini sangat berbeza...
yang dulu pun saya suka tapi saya lebih suka kan dia yang kini kerana perasaan dia disimpan dan diluahkan pada yang benar-benar berhak untuk mendengarnya...

siapa dia? :)

Spontaneous Thursday #1

Assalamualaikum semua

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi;
lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka.

18 January 2012

wordless wednesday #20

Assalamualaikum semua


rindu kenangan suatu masa dulu

17 January 2012

Ohhh mama, saya mau kawen.....


Assalamualaikum

Aku sangat yakin dan pasti ramai pasangan yang kat luar sana terpaksa menunda niat membina rumah tangga kerana factor kewangan. Yela kan macam mana nak meminang anak dara orang kalau duit gaji yang ada pun cukup nak tampung diri sendiri jer.

ada jugak tue para Ibu yang risau kiranya anak teruna mengajukan niat mahu menghantar rombongan meminang. Mula la keluar ayat mcm nie,

“diri kau sendiri pun mak ayah yang tolong tampung kat sana sini sikit-sikit, dah ada hati nak tanggung anak orang. Besok-besok kau dah kawen ayah kau jugak yang tolong bagi makan anak bini kau tue” –errrrrrrr

“baru jer dapat kerja tetap dah mula nak kawen, kau tue baru nak merasa pegang duit, bagi la peluang kat diri sendiri tue merasa enjoy dulu” –lepas kawen pun blh enjoy mak :p



Tapi kita selalu lupa dengan firman Allah swt yang satu nie…

Surah An-Nuur, ayat 32

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

Surah Taaha, ayat 132 ;

“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan salat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”

Memang kalau nak diikutkan kita terlalu banyak meminta padaNya sampai ada ketika rasa malu sangat terlalu banyak meminta. Sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa sentiasa menanti permintaan hamba-hambaNya, sentiasa merindui gemersik suara pengharapan hambaNya. 

Surah Al-Mu’min, ayat 60 ;

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina".”

Tak ada alasan lagi kan? Menyokong pendapat Nadzri dalam entry die yang ini

"kalau ambil langkah sekarang, dari matlamat, akan datangnya cara, dari cara wujud usaha, dan akhirnya akan ada juga simpanan untuk ke arah itu. Ingat kalau abg tak fikir sekarang, bila umur abg dah 50, abg rasa abg akan fikir tak bab tu? KONPEM TAK sebab masa tu abg akan bagi alasan yang sama 'aku tak ada simpanan juga'. "

Kalau kita tak berusaha dari sekarang, sampai bila pun resultnya tak kan kita dapat kan? Apa-apa pun semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Tapi janganlah hendak berumah tangga sampai melupakan tanggungjawab pada keluarga. Mereka juga perlukan perhatian dan kasih sayang kita.

Pesanan untuk aku sendiri dan semua….