27 June 2012

Wordless Wednesday #28

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Afiq Danial, saya rindu dia ;(

25 June 2012

Kelambu

Assalamualaikum dan salam sejahtera



saje belek-belek album dalam Kelab Anak Jati Perak Darul Ridzuan tadi jumpa gambo nie. gambo ape tue? tue la kelambu. pasang sebelum tido. dulu masa kecik-kecik tido pun dengan Along and kakak lagi, selagi deme tak pasang kelambu selagi tue la tak tido. saya kan adik perempuan paling kecik mestilah kena layan bagaikan puteri.. hihihi

kalau dulu balik kampung pun papa mama selalu je usung kelambu nie sebab tak nak anak-anak die kene cium dek nyamuk tue. pernah la jugak sesat, tatau nak masuk kelambu ikut mana nak-nak lagi kalau tengah mamai.. hihihi.. alahaiii syahdu pulak bila ingat kenangan lama nie..

kelambu pesyen orang kawen sekarang nie semua yang pesyen sekerat tue. bukan boleh pakei pun buat rugi je beli. dah le mahei pastu tak boleh gune.. haaa saye le tue yang suke beno membebel ghupe tue.. hihihi

**saje gune bahasa perak ;) 

Nak yang tue jugak!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

satu tabiat yang saya tak boleh kikis dari dulu, kalau nak pape tue mesti nak time tue jugak. kalau papa dia sebut "nak jap tue jugak". macam kemarin terfikir nak beli beg goodies. agaknya kalau mydin tue 24 hours time tue jugak saya pegi. hihihi.. malam semalam pegi dengan osmate cari paper bag tue, jumpa je benda yang dicari terus sengeh sampai telinga, osmate bising kata macam la tak boleh cari time weekend, bukannya abis pun satu mydin benda alah tue. saya gelak je kuat-kuat.. dah memang perangai cengini mane nak buatnye.. hihihi

saya jadi tak tenteram selagi tak dapat apa yang ada dalam otak tue. kalau je dah dapat mesti rasa lega sebab otak tak dihujani benda yang sama lagi.. mama selalu je bengang dengan tabiat saya nie. selagi tak dapat selagi tue mulut saya tak reti diam mintak. tapi ada satu yang mama tak tunaikan, huhuhu.. sedihnyaaaaa~~~

saya gelak kuat-kuat je bila mama kata "aje nye gatei kamu tue" mama sebut macam tue lepas saya cakap "ya nak dia(pakcik imam) jugak, tak kira nak jugak" .. hihihihi :p   

24 June 2012

Satu Perjalanan #12 versi Makan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari tue masa saya lunch dengan abang kakak satu ofis nie. abang yang merupakan suami kakak itu cakap kat saya. "cari satu makanan yang paling dia suka, belajar masak apa yang paling dia suka tue". saya kata Pakcik Imam saya tolak batu dengan kayu jeeeee... abang tue kata "saya pun tolak batu dengan kayu je tapi tiap orang mesti ada satu yang paling dia suka.

abang tue bagi tips kat saya cara memikat perot suami. selalu jugak saya dengar kalau nak pikat suami jangan lupa pikat perot nya sekali. percayalah tak ada suami yang sanggup makan luar hari-hari. walau suami awak tue berpangkat tengku sekali pun duit sampai tak tau nak letak mana tapi percayalah dia lebih bahagia andai isterinya sendiri memasak untuk dia. tak percaya cuba tanya dan mintak dia jawab jujurrrrrr

saya pun tak pandai masak, mula belajar memasak umur 21 tahun gituuu, tue yang selalu cubaan pertama saya tak menjadi bila ngadu kat Pakcik Imam. "xpe la kalau tak salah kita tatau mana yang tak betoi, dah tau mana salah nanti xde la kita ulang salah tue lagi" katanyaa.. 

awak, percayalah pengalaman memasak tue sangat ohsem tau, nak-nak lagi kalau tengok orang yang kita sayang makan dengan berseleranya. kalau tak sedap dia xnak makan? yang jadi tak sedap tue maybe sebab jarang-jarang turun ke dapur kot, kalau dah selalu insyaAllah lepas nie awak main campak-campak pun jadi lebih sedap dari makan kat hotel 5 bintang tue. lepas nie biarlah jarang-jarang lepak di kedai pulak yang sebati dengan kita.

tak salah nak keluar makan kat kedai, tapi jangan lah sampai tak pernah langsung masak kat rumah. jangan sampai nanti suami keluar ayat "bayar mahal-mahal tapi still tak dapat rasa masakan isteri" haaa kan ke sentap tue. sebelum salahkan orang lain andai terjadi pape, improve kan diri sendiri dulu, ye tak? Pakcik Imam selalu tanya saya masak pe rini, saya jadi segan nak jawab kalau hari tue saya tak masak.. huhuhu.

Jom awak semua, kita sama-sama belajar dan improvekan skill memasak kita. saya pun bukanlah pandai sangat. kadang-kadang bukak buku, tanya mama, tanya kakak, tanya Pakcik Imam jugak nak masak benda yang tak tau tue.. hihihi. 

"tue pak mentua, laki kamu tue yg penting sekali" abang tue jegil mata kat saya bila saya kata pak mentua saya tau la, dia suka makan gulai tempoyakkkk.. hihihi     

21 June 2012

Satu Perjalanan #11 versi Dugaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya selalu dengar orang kata jangan bertunang lama-lama dugaan tue banyak. Ya! saya akui banyak dugaannya. biasanya dugaan antara dua bakal pengantin tue la kan.Alhamdulilah selama 6 bulan bape hari saya dan Pakcik Imam lalui perjalanan sebagai tunangan orang kami berdua tak diuji dengan perasaan prasangka yang boleh gugat hubungan kami. Alhamdulilah saya bersyukur sangat moga prasangka dan perasaan buruk tak berlingkar antara diri kami berdua. Amin.

Dugaan sama erti dengan ujian. ujian yang Allah turunkan untuk menguatkan hati dan diri awak semua dan saya sendiri. Dugaan yang sebenarnya makin mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta. Doa, berdoa dengan sungguh moga hati awak dan dia kuat hadapi dugaan yang datang tue.

kadang dugaan datang sebelum awak bertunang, kadang dugaan datang dalam perjalanan awak menjadi tunangan tue. macam saya dan Pakcik Imam, dugaan datang sebelum kami bertunang. bagi saya dugaan yang sangat mencabar diri saya.. Alhamdulilah dengan izin Allah akhirnya lagi 4 bulan insyaAllah kami bakal meneruskan perjalanan seterusnya. 

jangan ingat kami berdua tak diduga, banyak dugaan nya. terlalu banyak sampai saya tak terkata. cuma bila saya muhasabah balik tiap dugaan yang Allah turunkan untuk kuatkan hati saya dan dia. buat kami lebih matang selesaikan masalah dalam alam pertunangan seterusnya. jadinya bila ada dugaan waktu sekarang saya muhasabah, pelajaran untuk kami lebih matang bila dah melangkah ke alam perkahwinan nanti, insyaAllah. 

apa yang saya buat tiap kali saya kecil hati dengan dia. saya diamkan diri dulu, bayangkanlah kalau hati tengah panas, mesti jadi gaduh time tue lagi la syaitan menyucuk suruh kita buat benda bukan-bukan. api lawan nya air bukan angin. bila diri dah sejuk baru saya bagitau dia apa yang saya rasa. kalau salah,dia mengaku dan cuba cari jalan keluar yang baik. selesaikan cara orang matang. kawal baran dan emosi awak tue.

jauhkan sifak syak wasangka dan cemburu tak kena tempat. kalau ternampak sesuatu yang tak berkenan dimata cuba tanya dia elok-elok. selidik betul-betul. ingat jangan sesekali menghukum tanpa mengadili. kadang ramai informer yang datang bagitau kita macam-macam. kalau sesuatu tue tak elok didengar jangan cepat sangat melatah.

banyak sebenarnya yang saya nak tulis. tapi satu je. awak tahu siapa diri awak, awak lebih mengenali dia berbanding saya dan kami yang lain. bila dugaan datang kawal emosi, tenangkan diri, muhasabah kembali, cari jalan penyelesaian cara orang MATANG berfikir. 

semoga saya dan awak semua tak terjerumus dengan mainan syaitan yang menyesatkan hati. dugaan patutnya mendekatkan awak dengan pencipta bukan makin menjauhinya :) 

20 June 2012

Tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jumaat sabtu lepas memang extra letih, yela guna extra tenaga. kalau Pakcik Imam baca nie konfirm dia buat muka dengan saya. yela dah dia je yang drive dari Penang ke Ipoh ke Kl ke Ipoh semula . saya cuma cakap "sian awak letih" sian jela xde pun rasa nak take over stereng tue dari dia.. hihihihi

Sabtu tengahari sebelum gerak balik Ipoh dia tinggalkan saya tidur dalam Nurul Iman. kepala sangat berat rasanya, saya kata saya nak tido kejap. dia suruh lock pintu dan dia naik hotel hantar remote ekon yang terbawa balik sekali.

dalam pada saya tido saya dengar ada suara suruh bukak lock pintu, dia nak masuk. ok saya bangun, unlock dan bummmm tido balik. sedar je dah masuk highway. bukak mata je terus dengar mulut dia cerita kisah dia dengan orang hotel tue. terus saya centerkan kepala. 

sebenarnya kan saya mamai masa dia suruh lock pintu dan saya tak sedar yang rupanya saya bangun unlock pintu. nasib lah yang mintak masuk tue Pakcik Imam buatnya orang lain entah kemana-mana agaknya saya dengan Nurul Iman di kidnap.. huhuhu mintak jauh.

"lepas nie saya tak nak tinggalkan awak tido macam nie lagi, sanggup bawak kunci" saya sengeh je lepas kena bebel. saya kalau dah tido dalam keadaan penat teramat memang tak kan sedar ape dah. kalau ada sesape call time tue haa blh la dengar saya merepek itu ini. hihihi.. bahaya kan? 

19 June 2012

Kak Lydia Miza dan Adik saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulilah dapat jugak jumpa Kak Lydia Miza dengan Anak2 dia pagi sabtu lepas. konon nak jumpa malam sebelum tue tapi tak sempat. saya dan Pakcik terkejar-kejar masa. maaf kak, kalau buat akak tertunggu malam tue.. huhu.. sangat geram tengok Syafiq senyum macam tue, sangat geram tengok jari-jari tembam dia suap makanan masuk dalam mulut.. arghhh Syafiq achik dah mula rindu kamu =.="


pagi sabtu sebelum kami gerak balik Ipoh, sempat la bekpes  dengan Kak Miza dan family dia. trima kasih kak sudi jumpa kami, lepas ngidam nak jumpa akak depan-depan, peluk akak dengan baby Syafiq. geram je dengan Syafiq tue, nampak je ummi dia terus tak mau dekat saya... geget pipi tembam tue baru tau. ihihihi..

satu je lupa nak bawak turun jeruk buah dari dalam kereta. kejar kereta Kak Miza tengok dah jauh, call dia tak dengar.. hurm xpe la nanti mintak Pakcik hantarkan kat akak.. trima kasih ye kak sudi jumpa. saya sonok boleh jumpa akak dengan anak-anak sedara saya.. hihi


  
bila dah sampai sana rasa tak lengkap pulak kalau tak melawat adik sayang saya sorang nie. tapi maaf, dapat lepak kejap sangat jer akak kejar masa dik.. huhuhu.. sape adik saya tue? haaa meyh sini kalau nak tau sape dia ;)

apa yang saya buat sampai ke KL nun? saya dan Pakcik tue cari barang walimah kami nanti. ohh ye gambar atas tue saja saya pakaikan dia cermin mata macam tue, dengki dia reti pakai lens, saya yang tak lepas lagi.. hihihi.. :p

14 June 2012

Saya terkilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya jika sayangkan sesuatu benda. saya akan jaga sehabis baik. saya akan sayang sepenuh hati. kalau satu hari benda tue hilang dari saya. saya tahu saya akan menangis menahan pilu.

saya jika sayangkan seseorang, sahabat perempuan terutamanya. saya akan jaga hubungan kami seelok mungkin. sayang dia dan persahabatan kami sepenuh hati. sakitnya dia, peritnya dia, gelisahnya dia, kecewanya hati dia saya dapat rasa. sedangkan saya yang jauh dari dia tak dapat menahan rasa sedih dan sakit hati kecewa inikan pulak dia. saya nak capai bahu dia dan tenangkan dia dalam pelukan saya. saya nak buat macam tue tapi saya tak mampu. maafkan saya awak,  jauh saat awak memerlukan bahu untuk bersandar saya tiada. ketahuilah saya juga menangis disini. saya tak dapat tahan perasaan sedih. saya mendoakan awak dari jauh dari sini.  sungguh saya terkilan jauh dari awak saat nie.

Allah sayangkan awak dan dia dia. kerana itu Dia uji awak, ketahuilah awak, Dia sangat dekat dengan awak saat ini. ketahuilah awak, Dia sedang memeluk awak. ketahuilah awak Dia punya perancangan yang lebih hebat untuk awak semua. saya juga sayang awak, biarlah saya kirimkan angin sebagai ganti diri saya untuk awak... saya tau awak kuat!!!

13 June 2012

wordless wednesday #27

Assalamualaikum dan salam sejahtera


@gunung jerai.. kata mereka tempat nie bermistik

12 June 2012

Murabbi Cinta #9 : Saya Ditinggalkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera



tarikh mengikat dua hati lagi sebulan. tiba-tiba dia ubah fikiran kata awak dan dia tak sehaluan. dia kata lagi yang dia rasa dia tersalah buat keputusan. dan katanya yang dia perlukan ruang untuk dia bersendiri. alamak!! mesti awak cemas kan? mesti awak pun rasa tertekan tatau nak buat ape. dalam masa yang sama hati awak sangat sedih dan kecewa dengan keputusan dia. awak pun cuma menangis dan terima je takdir yang ditetapkan untuk awak tanpa bangun berusaha.

KEJAP!!!! betol awak kena redha dengan apa yang ditetapkan untuk awak tapi tak bermakna awak tak boleh berusaha capai apa yang awak hajat selagi apa yang awak impikan sejajar dengan kehendak islam. cumanya bila awak dah berusaha baru awak kena redha dengan apa yang Allah tetapkan. Allah sendiri lebih suka hambaNya yang berusaha, tawakal dan doa. bukan hanya berdoa dan tawakal tanpa berusaha.

awak tenang lah dulu, awak kena tanya diri awak dulu betul tak pilihan awak tue. kaji baik buruk kalau awak terus dan tinggalkan pilihan awak tue. Istikharah, mohon petunjuk dari Dia samada pilihan awak tepat atau tidak. hanya Dia yang punya jawapan terbaik walau awak servey 1000 pendapat dari orang lain sekalipun.

kalau awak dah dapat jawapan dari Dia, lepas awak istikharah dan hati awak tenang dengan pilihan tue. itu bermakna itulah pilihan Allah untuk awak. dia masih dengan keputusan dia mahu menjauh diri? sedangkan awak dah dapat jawapan dari Allah..

awak berikan dia ruang untuk dia cari apa yang hati dia mahu. dalam masa yang sama awak muhasabah diri kekurangan awak di pandangan dia. mungkin ada salah awak yang buat dia kecik hati. beri dia ruang tanpa ada gangguan dari awak. tapi saya nak suggest dalam masa awak memberi ruang awak tetap tunjukkan yang awak masih ambil berat pada dia. contohnya awak mesti tau time dia pergi kerja, time dia lunch, time dia dinner.. lemparkan kata-kata semangat untuk dia berkerja, titipkan kata-kata 'jangan lupa makan' pada dia. ataupun hantarkan kata-kata kekuatan untuk dia teruskan hubungan awak berdua. walau hanya melalui mesej percayalah yang pasti dia membaca. biarlah seolah awak bercakap sorang diri asalkan apa yang awak cuba katakan sampai pada dia.

tunjukkan kekuatan dan keceriaan awak pada dia. sekurangnya nanti dia sedar yang dia tak perlu terlalu terbuai dengan emosi dan ego diri sendiri. walau kadang awak rasa sangat hipokrit. pedulikan, sematkan dalam hati yang awak akan lebih sedih dan kecewa kalau awak menyerah sebelum kalah.

kalau dia masih mahu bersendiri. berikan ruang seluasnya untuk dia bersendiri. sepikan diri awak dari dia buat sementara waktu. awak dah berusaha kan? selebihnya berdoa dan redha dengan jalan yang Allah tetapkan...

tapi percayalah kalau Allah dah pilihkan dia untuk awak. insyaAllah dia akan datang kembali pada awak. masa tue jangan pulak awak nak jual mahal, nak balas apa yang dia buat, nak marah dia. terima dia dengan senyuman manis. lupakan segala kekalutan antara kalian dan berjuanglah meniti cinta dengan jalan Allah :)

-pesanan untuk saya sendiri dan awak semua-  

11 June 2012

Jom panjat gunung!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jumaat lepas setelah DIPAKSA dan DIJEMPUT oleh admin KBU menghadirkan diri ke Gunung Jerai makanya sabtu lepas saya ke sana menemani beliau.. kalau GK baca nie confirm dia muntah pepel... hahahahaha

dalam sejam jugak la tunggu putera dengan bidadari saya turun dari Penang. adik-adik GK dok tanya bila nak naik atas, diorang pulak gesa-gesa saya suh tanya putera puteri tue dah ada kat mana. kesian saya kena tekan. *ayat tak blh blah je kan petang nie?* hahahaha :p

senang kira RM10/person, naik van sampai atas. errr ok tak adalah sampai atas sangat. kitorang kena daki dalam 1 meter jugak kot untuk di pick up oleh van yang kedua sebab ada tanah runtuh. jadi pada sesiapa yang naik gunung jerai buat masa sekarang sila take noted pakai kasut flat kalau tidak siap la. ehhh ada orang terasa erk? hihihihihihi *jahat* :p

  
saya pun tatau amenda yang saya sembangkan dengan Kak Sunah sampai muncung panjang cenggitu =.=' Ehh ramai orang kata muka kami seiras, siap ada tanya adik badik ke lagi tue. paling tak boleh blah diorang kata saya kakak!! grrrrrrrr


cuaca kat atas wahhhhh sangat sejuk. angin dia syahdu jer, siap tak terkira berapa kali saya menguap. orang bizi minggu nie kan, bizi merayau.. kihkihkih chalet dia wahhhhhh sangat cantik. 




bila ntah boleh copy gambar kat adik, kat kamera desler dia banyak la gambar.. wahai kawan-kawan sekalian saya tak reti nak compress gambar dan email pada awak semua sebab tue tak email2 lagi.. huhuhuhu.. nanti la saya pk kan macam mana ye.. maaf tau kesalahan yang tak disengajakan..


port makan-makan kami.. ehhh silap tak snap time kita tengah makan. tak ada sape pun yang ingat sebab masing-masing lapar. nasib la ada jugak bawak makanan sikit-sikit. nak masak lebih tak sempat.. hihihihi

mungkin entry Part II bakal menyusul lepas dapat gambar dari adik saya.. ;)

10 June 2012

Aib kamu, saya simpan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


wahhh lama gila tak update entry. minggu nie sakan berjalan padahal mama dah pesan ritu minggu nie jangan kemana-mana!!! tapi bila saya memujuk buat ayat manja sikit mesti mama lepaskan jugak anak dia nie merayau.. hihihi.. kisah gunung jerai dan kembo dari johor nanti la saya ceritakan ;)

selalu je saya pesan kat diri sendiri dan sahabat yang rapat dengan saya. bila kita dah punya bakal suami/isteri jangan sesekali terlepas aib/kelaku dia yang buruk pada sesape pun terutamanye kat parents and family kita. walau buruk dan terok mana pun dia cukuplah hanya Allah, awak dan dia je yang tau.

kenapa? kalau terlepas aib dia saya yakin peratus keyakinan dan keselesaan parents dan family awak pada dia mesti menurun. tak banyak sikit. dan kesian pada dia mesti nanti dia pun malu nak berdepan dengan keluarga awak.  lagi pun awak sayangkan dia, saya pasti setiap kekurangan dari dia awak boleh terima dengan hati yang terbuka tapi awak tak boleh pastikan yang keluarga awak akan terima sama macam awak. jadinya nak elakkan jadi macam tue, awak simpan kemas-kemas segala aib dia ye?

saya pernah jumpa situasi dimana dengan lantang dia bercerita perihal kekurangan bakal suami ditelinga parents dan family. saya yang hanya mendengar dari jauh seboleh mungkin elakkan telinga saya dari berasap sama.

lagi satu. bukan ke sepatutnya kita berusaha menutup aib orang lain tak kisah la siapa pun sebab sekali kita bukak aib dan malukan dia, Allah pasti bukak aib kita walau dalam rumah kita sendiri.

terimalah pasangan seadanya, kekurangan nya diredhai, kelebihannya disyukuri. bukan ke Adam dan Hawa dijadikan untuk melengkapi bukan fighting sape yang lebih tinggi dari segala hal. sama-sama kita muhasabah diri ye.. ;)   

06 June 2012

Dear Diary :: Lemau

Assalamualaikum dan salam sejahtera

minggu nie tiap-tiap hari bulu mata masuk dalam mata, naik pedih dibuatnya. mata saya nie sensitif sikit sebab tue tak lepas-lepas nak pakai lens. mama kata kalau bulu mata masuk mata tandanya ada orang rindu.. wahhhhh sape pulak la yang nak rindu saya nie? :p

entah kenapa minggu nie terasa lemau semacam. pegi keja pun tak ada semangat, ngantok sokmo, lagi teruk time tengah makan nasi pun saya boleh ngadu ngantok kat ofismate. selalu je kakak dua orang tue bising membebel kat saya.. hihihi.. mungkin kepenatan melanda minggu nie.. penat badan, penat otak, penat segalanya.

ohh terima kasih pada Kak Sunah sudi tidur dibilik saya. maaflah kalau saya tersepak akak time tido tue. mama selalu kata saya buas time tido =.=" maaf jugak kurang layanan dari saya. wanita berkerjaya lah katakan hahahaha :p

entry pun lemau semacam kan? haishhh kan dah kata minggu nie semangat semacam je malasnya.. huhuhu

Khazreel Naim : tue gambar prosedur nikah lah, kan dah kata mamat nie mesti bising kalau letak gambo xde caption *memang saje cari pasal ngn die* kihkihkih :p

wordless wednesday #26

Assalamualaikum dan salam sejahtera


dah lama x join WW nie... :D

05 June 2012

Mohon Bantuan Untuk Membantu Ady Budika dan Keluarga

Assalamualaikum....


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Takziah kepada blogger Ady Budika dan keluarga kerana ujian dari Allah SWT yang menimpa mereka. Pada jam 11 malam semalam rumah mereka telah hangus dalam kebakaran di Kubur Panjang, Kedah.


Ady Budika juga merupakan salah seorang ahli group Kami Blogger Utagha (KBU). Dengan ini kami ingin memohon sumbangan kewangan anda untuk diserahkan kepada Ady Budika bagi membantu ady dan keluarga melalui wakil bendahari KBU.


Wang sumbangan akan diserahkan selewat-lewatnya pada hari Sabtu (9 Jun 2012). Sumbangan anda boleh bank-in kepada


Nama : Nur Syakira Binti Yaakub
akaun : Maybank
Number akaun : 158172923744



Bagi yang berada di Kedah dan sekitar Alor Star yang ingin membuat sumbangan berupa pakaian atau peralatan boleh juga berbuat demikian.bagi yang ingin turun membantu juga dialu-alukan.


Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban sahabat kita dan keluarganya. Bila bersahabat tak semestinya di saat gembira tetapi juga bila mereka mengalami saat-saat sukar.



SILA SEBARKAN
 
entry copy paste dari GKSB

04 June 2012

Pindah + jenjalan dengan kesayangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 
Alhamdulilah selesai dah proses pindah rumah. sangat penat sampai tak terkata penatnya. rumah tue bising dengan suara kami bertiga yang sibok cari barang yang duduk merata tempat. akhirnya tiga-tiga terlentang tidur sampai tak berbunyi. jalan nak masuk kerumah memang teruk berlubang sana sini, dalam hati abis la aligment Nurul Iman saya tapi rasa seronok duduk sini. rumah pun owner dia jaga elok siap tolong cuci sebelum kami masuk. Alhamdulilah moga keseronokan nie berpanjangan Amin.

petang jumaat Pakcik Imam saya datang, yeayyyy boleh buli dia. boleh buli mintak drill kat semua tempat yang saya nak drill. hihihi :p yang bestnya boleh sembang dengan kakak saya, conquer hp dia sembang dengan kakak saya tue akhirnya dia dengki pegi simbah saya dengan air. sabar jela pakcik sorang nie. thanks pakcik merajinkan diri mai sini, saya hargai ;) ohh ye tertunai hasrat osmate saya yang sorang tue nak sangat jumpa awak...


jumaat malam tue mama dan adik saya sampai sini, sabtu tengahari papa along dan anak-anak saya pula yang sampai.. wahhh syahdunye mereka mai semata-mata nak teman saya pindah rumah walaupun tak ada apa yang diorang boleh tolong sebab semua kami dah kemas tapi tolong teman pun boleh la.. saya hargai ;)


ahad saya decide bawak diorang jenjalan kat penang, berpicnic dan dah siap bawak dapur kecik saya tue lagi, akhirnya saya lupa bawak gas dia, nasib lah ada makanan yang dah siap masak. =.=' *gambar xde kena mengena dgn tong gas* :p


haaa yang tue anak saya yang sulong. dia bukan boleh tengok laut mesti dia sibuk nak mengutip kulit kerang siput tue. sampai je terus dia turun ke bawah.


apa-apa pun bahagia bila boleh tengok senyuman kegembiraan yang tersayang walaupun saya dalam keadaan yang letih teramat sangat ;) Alhamdulilah 

01 June 2012

Motivasi diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera


kadang bila kita jadi kekuatan pada orang lain sedikit sebanyak kita sedang menggandakan usaha untuk diri kita sendiri menjadi lebih kuat. bermotivasi hasil dari kita memberi motivasi pada mereka yang lain. insyaAllah ;)