24 June 2015

Setinggan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

iye, saya dulu duduk setinggan je. setinggan tu bermaksud kita duduk menumpang di tanah kerajaan. itu bahasa sopan. kalau bahasa kasarnya kita menceroboh tanah kerajaan gituuuuu hewhewhew. tapi kalau dulu-dulu takde orang nak kacau sangat. saya dengan family duduk setinggan sampai umur saya 12 tahun kalau tak silap. berpuluh tahun rasanya duduk setinggan. alhamdulilah Allah pelihara sepanjang menumpang dibumi nya ini :)

rumah masa tu rumah papan, depan rumah ada lombong besar. dekat situ lah kami mandi, basuh baju. tapi lombong dulu bersih yakmat. kain napkin putih adik beradik kami tetap kekal putih berseri walau basuh dengan air lombong sahaja. takde kuning2 berkarat ke ape ke pun.



dalam rumah ada perigi. kalau nak guna air kena pam dulu. nak mencedok memang idok la dah perigi pun dalam kemainnnn. sumber letrik memang takde. hari2 guna bateri jana kuasa. makanya tv hanya dapat ditengok bila balik kampung mama. malam2 pakai pelita minyak tanah. nak iron baju pakai seterika letak arang. susah? ye memang kami orang susah dulu tapi alhamdulilah masih kekal bahagia sampai sekarang ;)

dekat tepi rumah papa bela macam2. ayam kampung, rabbit. bercucuk tanam itu ini. tapi binatang semua tu kadang takdan pun kami nak sembelih makan. duduk tepi sungai. ular sawa rajin naik makan dorang semua >.<

toilet buang air papa buat atas sungai. pakai papan je. meniti atas jambatan kecik dan duduk la dalam bilik air tu. takde flush kawan2 sebab lubang nya terusssss dalam sungai ituuuu hewhewhew. kalau air sungai naik deras alamatnya hanyut lah sekali jamban titewwwwww hahahahaha.

sampai la saya darjah 6 masa tu dah ada tanah milik sendiri. papa bawak keluar duit kwsp dia. buat rumah kami yang ada sampai sekarang ni. barulah masuk sumber air paip, letrik. kenangan betoi. banyak kenangan kami adik beradik situ. kalau pergi balik kawasan setinggan kami tu dah hutan dekat situ. lalang naik kemain tinggi. rumah papan kami pun dah tak wujud gamaknya :D

susah, senang, ombak duri semua tu mengajar erti kehidupan yang sebenar. cuma beza kuat atau tidak, sabar atau tak je. alah bisa tegal biasa kata orang. moga anak2 kami nanti pun mampu jadi kebal dengan erti kepayahan hidup. walau rumah kecik, hidup susah tapi alhamdulilah family tetap bahagia tetap berkasih sayang setiap hari.

Love all of you family ;')


post signature

23 June 2015

Gua Kelam Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera



cerita bulan bila entah la ni hahahaha. on the way nak ke wang kelian hari tu dulu terrrnampak sign board sungai kaki bukit, makanya dah decide dengan suami balik dari makan pulut ayam kita pergi mandi sungai ek. lama beno rasanya kaki ni tak merasa air sungai, lah konon :p

tapi simpang yang kami masuk adalah simpang gua kelam, sebab macam nampak ada perkataan sungai jugakkk. pestime masuk area gua kelam. gua nya kita tak masuk pasal ummi uwais is seorang yang takut nak masuk dalam gua ni hahahaha very bad :p




sungai dia bersih ada banyak part2 nak main. maksudnya tempat dia besar lah. siap ada gelongsor air dekat bahagian paling atas. tapi sebab kita bawak budak kecik main dekat bawah-bawah aje la. air dia jernihhhh sangat. ikan berenang2 pun boleh nampak walau kita cuma jenguk gitu-gitu aje. 




masuk RM1. selain sungai mandi manda, masuk dalam gua kelam ada jugak laluan kereta api ke gua kelam tapi masa kami pegi tu dalam proses ubah suai. jambatan gantung pun ada dekat sana. rasanyalah. ingat ingat lupa dah pun hahahahah. jadinya kalau ke wang kelian atau padang besar tu singgahlah ke gua kelam. alang-alang jalan kan, nak pulak kalau dah datang dari jauh :)

pada yang bertanya dah boleh masuk ke wang kelian ke tidak sekarang ni.. saya sendiri tiada jawapan lagi. andai pihak berkuasa tegaskan tak boleh maka janganlah membantah, nanti diri sendiri yang binasa. andai mereka bagi keizinan berfikir lah jugak dulu banyak2 kali. tunggu sampai isu rohingya tu selesai dulu ke. atau boleh jugak riki2 dengan kengkawan yang duduk area sana. mintak kepastian. saya duduk alor setar jauhhhhhhh dari wang kelian tu :D

post signature

22 June 2015

Padang Besar atau Wang Kelian?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

syurga tempat membeli belah tu hihihihi. ok ok sebelum tu nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dan selamat berpuasa pada semua kengkawan yang membaca. lambat bersiaran lambat jugak la wish ekekekek.

ihsan google

sambung balik cerita. kadang orang buat lekeh bila kita beli baju seluar dari belah siam ni. elehhhhh engkorang tatau yang duk jual kat kl tu pun yang dekat kiosk shopping mall tu banyakkkkk datang dari siam. memandai je saya buat cerita? idakkk. ini orang jual kasut aritu yang ngaku sendiri. katanya dekat wang kelian boleh la dapat kasut tu harga RM25, dia jual dekat kl katanya RM50!! kahkahkah :p kadang nampak orang jual online skirt mermaid ke skirt orang pregnant selalu pakai tu kemain mahal mencanak sehelai RM40 sampai RM60 pun ada. dekat padang besar sana baruuu RM20 kalau pandai tawar lagi dapat harga murah. mihmihmih

tapi tula macam kitorang yang memang duduk utara ni dekat lah nak lajak ke padang besar atau wang kelian tu kalau yang jejauh tu duit minyak duit tol lagi kan. kecuali lah kalau nak mai berjalan. kalau saje datang semata nak beli skirt RM20 tu memang cari penyakit lah ekekeke :p

ihsan google

jadinya padang besar ke wang kelian lagi berbaloi? dari pemerhatian kami yang ada la beberapa kali sampai ke dua tempat ni. 

padang besar. kalau nak soping baju, seluar, jersi, hand bag, makanan sila lah kesana. kalau nak beli periuk belanga, tikar, mainan anak, beras pulut, pulut ayam, teh ais siam sila lah ke wang kelian.dekat wang kelian tak banyak sangat baju atau jersi yang elok-elok. padang besar lebih berkualiti kalau bab kain baju. 

tapinya nak ke wang kelian tu kalau pestime memang berpinar lah mata, memanjat kaki buki nun haaaa tapi dengan kereta lah hihihihi. cumanya pesan saya kalau ke dua tempat ini sila sediakan peruntukkan yang banyak sikit sebab mata ni meliarrrrrr je rasa nak itu nak ini hahahaha. dan sila pandai tawar menawar dan servey. sebab harga mereka kadang banyak lari tapi kualiti barang sama je. kalau ke wang kelian yang meriah hari sabtu dan ahad. hari biasa tak meriah sangat. tapi kalau ke padang besar sila lah pergi hari bekerja. lagiiii dapat tawar harga murah2 dan tak berhimpit2 dengan orang ramai :)




post signature

16 June 2015

Border's Tea Seberang Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




demam border's tea pulak dahhhhh. kalau sesiapa yang pernah atau biasa masuk siam @ wang kelian mesti tau teh ais belah sana kaw dan sedap dia macam mana. pernah merasa masa masuk wang kelian dulu. nampak orang ramai duk minum teh ais dia macam sedapppppp je haaaa. kaler dia pun lain dari kaler teh ais kita biasa minum dekat sini. rasa dia????? memang takkan dapat dilupakan sampai ke hari ini mihmihmih :p




pada pemahaman saya, mungkin lah. Border's tea ni maksudnya teh sempadan @ teh dekat siam tu. itulah maksudnya kot. kot.... kohkohkoh. yela kan kalau nak ke siam kita kena pakai border's. kalau ummi uwais salah mohon ampunkan ye :p




sebelum ni tengok ramai yang post kata Border's tea tu dekat sungai petani tapi ada kawan yang kata dekat seberang jaya pun adaaaa. makanya minggu lepas masa balik seberang jaya marilah kita mencari border's tea yang dikatakan sedap ituuuu. lokasi berdepan dengan petron market seberang jaya. nak lagi senang betul2 berhadapan dengan Klinik Singapore. kalau orang penang ni kebanyakkan tau kot klinik singapore seberang jaya ni dekat mana kan? 




yang kami beli aritu perasa green tea dengan milk tea. green tea memang sedapppppppp. recommanded!! harga cup besar RM4.50 cup kecik RM4. cup besar tu kami satu family 3 orang ni memang cukup lah. rasa dia? untuk milk tea tu memang tak boleh lawan lagi la teh dekat wang kelian sana hihihi. tapi hampir sama tu ada. ohhh tetiba rindu teh ais dengan pulut ayam dekat wang kelian sana. onomnomnom



post signature

14 June 2015

Tido Lasak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




makin besar ni makin macam-macam kelaku Fateh Uwais tu keluar. kalau tido malam ada abi mesti kejap-kejap merengek nanges. kejap-kejap mengingau. kejap-kejap tangan merewang panggil abi -..-

tido lasak yang amat. tempat tido dia kena sebelah dinding. dinding tu pulak dah disandarkan tilam. kalau tidak tengah malam ada budak yang menagis terhantuk dinding atau panjat dinding. hewhewhew

kalau letak tempat dia sendiri, tido sensorang dia. setengah jam akan datang try skodeng. mesti dah ketengah katil atau hujung katil. 20 minit lagi berubah tempat lain pulak. paling best aritu dia tergolek jatuh bawah, mujur masa tu abi tertido dekat bawah. dia jatuh atas abi "ya Allah baby!!!" abi terkejut dengan ummi sekali bangun terduduk terkejut tengah malam. "adoiiii shakittttt" katanya hahahahahaha. adehhhh jenuh dengan dia sorang. 

kalau tido dengan dia memang sedar2 sesak nafas lah, ada budak elok landing atas dada lah, atas perot lah, celah kaki pun dia boleh tido. paling fevret dia tido kat kaki tu style macam nurse selalu letak baby dekat hujung kaki kita masa baru lepas bersalin nak tolak masuk dalam wad dulu. memang dia suka tido kat celah kaki ummi. lena pulak tu!!!! bertuah sungguh.

kalau dulu takde lasak macam ni sangat. sekarang kemain lagi. jangan bangun mengingau tengah malam je udah la anak oiiiiii. abi memang selalu dapat tempat ciputtttttt je. kalau tido ngereng jangan harap lah nak dapat tido telentang balik. budak kecik kawasan tu dah konker katil kat dia sorang =..="

kami bertiga memang tido satu katil. kalau dulu masa PJJ kan tido berdua je dengan anak, takmo la tergedik2 beli katil khas untuk anak pulak. baik tido peluk baby bear tu dari peluk bantal hihihi. tapi pernah baca yang anak bawah 3 tahun tak silap kalau kita tido dengan dia. sel otak dia lagi cepat berkembang bercambah. wallahualam. saya pun tak ingat saya baca dekat mana dulu. 


post signature

10 June 2015

Cara Atasi Bengkak Susu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

alhamdulilah setahun sembilan bulan masih ada rezeki dan peluang menyusukan budak kecik ni

memang boleh demam menggigil satu badan bila kena bengkak susu ni. meleper tu usah cakap. dengan sakit badannya lagi. selalu jadi bengkak susu ni kalau kita "tak sengaja" termakan milk booster tanpa kita sedar. saya pestime kena masa pantang dulu, nanges oiiiiiii

Bantal Panas

ini cara yang paling berkesan, paling cepat untuk seorang ummi uwais. peluk bantal panas dan tido. atau tuam dekat tempat bengkak tu. insyaAllah berkesan sangat-sangat. selain tido boleh jugak sementara peluk atau tuam tu pam dengan breast pump. lagi cepat susu keluar lagi cepat bengkak surut. dengan ais tak pernah cuba lagi.

Sikat

ini tukang urut yang ajar. guna sikat gigi jarang dan sikat dari atas ke bawah dekat tempat bengkak dan keseluruhannya. sambil sikat tu cuba bayangkan susu tu pecah dan mengalir ikut saluran dia. kata tukang urut tu. sambil sikat sambil bagi anak susu atau pam. insyaAllah berkesan. saya buat alhamdulilah berkesan.

Kerap susukan anak

lagi kerap anak menyusu, lagi kerap pam insyaAllah lagi cepat bengkak tu surut. tapi kadang tak keluar banyak pun susu tu bila kita pam kan? sebab utamanya susu tu dah jadi macam ketul2 kat dalam tu agaknya. saya agak aje la sebab bila kita pegang macam2 ada ketulan tu kan hihihi. memandai je ummi uwais :p sebab tu kena pecahkan ketulan tu dulu baru susu mengalir lancar. ok itu teori ummi uwais. kesahihan nya tidak dapat dipastikan hihihihihi :p

....

tiga tu jela yang selalu saya buat bila kena bengkak susu. ada yang bagi petua pakai kobis daun. balut dengan kobis. tapi saya tak pernah buat sebab macam pernah baca kobis atau benda sejuk ni boleh keringkan susu badan. wallahualam... 

ada jugak yang ambik ubat untuk pecahkan bengkak dekat klinik. terpulang pada masing2 punya cara, kaedah dan kepercayaan ;)))))


post signature

09 June 2015

Sedekah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

eh bukan bukan. bukan nak cerita pasal viral duit seribu atas cermin tu. tapi ni nak share apa yang jadi dekat diri saya sendiri. bukan nak bangga riak ke apa ke ek. cuma nak share benda baik. benda baik kita kena sebarkan, benda tak baik simpan kunyah dan hadam lah sendiri2 hihihihi

alhamdulilah bisnes kecil-kecilan saya si #SyakiraHomemade tu dah makin berjalan diatas landasannya alhamdulilah rezeki Allah yang bagi kannnn. hikmahnya bersedekah pada kawan-kawan kek yang tak menepati piawaian saya sendiri, Allah gandakan ganjarannya dengan rezeki yang lain. alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah.


Gambar sekadar hiasan
Dark Choco Brownies 'kedut'
by #SyakiraHomemade

ada kala macam nak mark up harga sikit dekat kek memandangkan ada kek yang rumit nak buat, bahan sekarang dah mahal. tapi selalu hati tak sampai hati. selalu hati macam kata. macam mana kalau saya sendiri tak berapa nak mampu dari kewangan dan teringinnnn nak makan kek tu tapi sebab mahal terpaksa lupakan air liur yang dah meleleh tu. aduhaiiii memang seorang ummi banyakkkkk sangat drama dia =,=

Caramel Cake Chocolate
by #SyakiraHomemade

akhirnya bincang dengan suami dan kami anggap sebagai sedekah mana yang terlebih terkurang tu. makanan ni jadi darah daging. mana tau berkat zikrullah kita masa buat kek tadi tu, cust dapat manfaatnya sekali dah berganda-ganda pahala kita dapat kan. yakinlah dengan janjiNya, insyaAllah mesti banyak ganjarannya. kadang dalam kita tak sedar, dalam pada kita tak mintak pun. Allah bagi :)

tapinya rezeki tu tak datang bergolek golek turun dari langit tau. kena usaha dulu, usaha usaha usaha dan berdoalah insyaAllah Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan mencari redhaNya. janji kena usaha. ulat dalam batu pun boleh hidup sebab dia usaha jugak okes, bukan duduk menunggu makanan jatuh dalam mulut :)

sedekah yang paling baik adalah ketika kita sendiri susah. jangan takut untuk bersedekah dan kalau rasa annoying tiap kali orang yang sama datang mintak sedekah dekat kedai makan yang selalu kita pegi jangan maki hamun dia. jangan mengutuk dia. diam je dan cuma geleng kepala. sebab ada masanya kita macam was-was samada itu sindiket ataupun betul-betul dia susah kan. jadi diam adalah lebih baik :)  


post signature

08 June 2015

Doraemon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau awal dulu ingat Fateh Uwais minat upin ipin sebab dia suka tengok lagu2 dari cerita tu. lagu aje la bila habis lagu dia pun pusing main benda lain. ada jugak ummi try bagi tengok boboi boy. hurmmm tak nak nya dia. sikit pun dia tak pandang, ummi abi pulak yang ralit tengok dari zaman bujang dulu tu mihmihmih :p

kalau robocar poli tu dia memang suka tengok. boleh ralit lah jugak nengok benda tu. mungkin sebab Fateh Uwais suka kenderaan besar macam lori, keretapi, kereta bomba, ambulans bla bla bla yang spesies sama dengan tu. tak pernah lah lagi beli kan menda alah robocop poli yang dah ada jual tu. risau beli arini lusa dah kena hempuk. nanges ummi abi dah la mahal kohkohkoh




rupanya anak ummi abi ni old school punya budak. dia minat Doraemon!!!!! adehhhhh menda tu jugak dia minat walau banyak kartun lain yang up to date sekarang ni hewhewhew. kalau dapat tengok cerita doraemon kemain melekat depan tv tak berganjak. duduk depan tv pun atas pelampung doraemon!! ewah sangat kannn




tapi baju doraemon dia ada sehelai je. tiap kali lepas mandi mesti nak baju mon. "baju mon" parahhhhh mujur la reti bahasa jugak bila orang kata baju mon basuh. pakai baju lain. kalau buat dia pegi selongkar bakul kain pulak. garu kepala lah ummi hahahahahaha




disebabkan tengok anak suka sangat doraemon tu abi pun belanja kasut doraemon. sebab keterujaan kasut mon dia gamaknya. terus reti sarung kasut sendiri. kemain kan awak Fateh Uwais. geget baru tau. 


post signature