29 September 2016

Dua Puluh Lapan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Love all of u too hero bertiga. Semalam 28 September cukup lah seorang Ummi FatehFurqan dua puluh lapan tahun. hurmmm dah 28 pun. rasa macam baruuu je lagi habis SPM hahahahaha :p kalau dulu bila masuk tahun baru berlagak je lagi cakap saya 21 tahun ni. tapi sekarang awal tahun orang tanya umur berapa? 27 tahun. nanti bulan sembilan baru masuk 28 hahahahaha. sindrom sungguh!!!!

Alhamdulilah dua puluh lapan tahun Allah pinjamkan nikmat nyawa dan segala nikmat yang dah Dia pinjamkan untuk saya didunia ni. syukur, terima kasih Ya Allah!!! Dua puluh lapan tahun ni rasanya banyak yang dah dapat. ada family sendiri, family mentua, suami, anak2, sahabat kawan, kereta. rumah je takde lagi. insyaAllah masanya mungkin hampir tiba untuk rumah tu. hari2 doa huuuuu. moga Allah makbulkan amin amin

Untuk mama papa dan keluarga. terima kasih dah lahirkan seorang Nur Syakira dan membesarkan saya dalam keluarga yang cukup kasih sayang dan bahagia. segala kekurangan dan kelebihan yang lebih menguatkan ikatan antara kita semua. rindu nak pergi holiday. tapi sekarang kena hold dulu. insyaAllah one day ye. untuk mama terima kasih atas segala pengorbanan mula dari saya mula membenih dalam rahim mama hinggalah dah besar panjang ada anak2 sekarang ni. dah jadi mak mak baru lebih paham dan tau erti kasih dan cinta seorang ibu pada anaknya. 

Untuk keluarga mentua. terima kasih menerima diri ini seadanya. moga segala kelebihan menutupi segala kekurangan yang ada dalam diri saya. moga segala ujian dan cabaran lebih mematangkan kita dan menguatkan ikatan kekeluargaan antara kita. 

Untuk sahabat, teman, rakan dan kawan. terima kasih juga menerima diri saya seadanya. terima kasih sudi berkawan bersahabat dengan seorang Syakira Yaakub yang ada kalanya peramah dan ada masanya pendiam. biasa lah kalau baru mula kenal memang diam sikit. dah kenal lama baru syok nak sembang pung pang pung pang ekekekeke

Untuk anak-anak ummi Fateh Uwais, Furqan Uqbah. ummi bersyukur sangat Allah kurniakan ummi dengan anak-anak lelaki ummi ni. walau setiap hari pening rasa nak pitam dengan karenah dua hero tapi setiap saat setiap waktu jugak ummi bahagia dengan awak berdua. anugerah terindah untuk ummi. takde lain yang ummi doa. moga ummi diberi kudrat untuk membesarkan anak2 ummi depan mata ummi sendiri. maaf ummi tak banyak masa dengan awak. ummi kena kerja tolong abi nak membesarkan awak. ummi nak awak hidup dan membesar dengan selesa dan gembira. tapi insyaAllah bila ummi ada masa ummi akan luangkan masa yang berkualiti dengan awak berdua. awak doa la abi kaya cepat2 boleh ummi berhenti kerja (ke?) duduk rumah jaga awak berdua. lepas tu boleh kita bergaduh dan call abi dekat tempat kerja semata-mata nak mengadu. hahahahahaha

Untuk awak yang teristimewa wahai suami. hurmmmm... terima kasih terima diri ini seadanya jugak. terima kasih untuk segalanya  yang hampir empat tahun kita memadu kasih ni. ecehhhh hahahaha. terima kasih jaga saya, masakkan untuk saya bila saya merap "syg tak larat" , tolong basuh baju, sidai baju, lipat baju-baju, basuh pinggan, siang ikan ayam sebelum masuk peti, mop lantai sebab awak tak suka vacum rumah, salin pampers anak, bangun buat susu Fateh Uwais malam2, tukang kejut bila saya tido mati tapi baby menangis nak susu kat tepi (hahahaha), alaaaaa kalau nak list nanti panjang pulak entry ni. tapi terima kasih lah untuk semuanya. walau ada kala saya rasa saya macam monster tertukar emosi tapi awak masih bersabar dengan karenah saya. saya sayang awak tau. sayang sangat. awak ingat saya selalu pesan kalau awak berani sayang2 orang lain yang tak patut tu siapppppp awak saya kerjakan hahahaha. tapi insyaAllah saya tau sayang awak pada saya je kan? (asah parang :p)

ni saya nak pecah rahsia ni. ada masanya baju-baju yang awak lipat tu saya pejam mata je susun masuk almari. tapi ada masanya jugak saya bukak balik lipatan baju tu sebab tak sama dengan cara saya lipat. biasa la awak kan tau saya ni spesies mama zila tu. OCD hahahaha. tapi OCD yang light2 jeeewwwwww gituuuuu :p jangan pulak lepas ni serik nak tolong lipat kain lagi!!! :p terima kasih lah sudi bersabar dengan manusia suka berubah emosi macam saya ni. dan terima kasih hadiahkan saya benda alah yang saya duk berzikir dekat awak hari2 tu dan terima kasih belikan saya kek fevret saya tu.

hurm alkisahnya kek tu saya yang suruh dia beli. sebab tau kalau tak kabo karang hati ternanti2 nak suami balik bawak kek. tapi karang kalau impian yang disimpan tapi tak dapat jadi sedih. dari sedih sorang tak ketahuan hala baik bagitau siap2. orang laki ni bukannya paham bahasa badan ke bahasa merajuk orang pompuan ke. tapi tulisan atas tu lahir dari hati sanubari dia yang dalam lah!! bukan rekaan sang isteri jugak :p dua bulan lepas dah remind nanti 28.9 sila beli kek SR sebab BRIM masuk. BRIM masuk time besday saya. jadi sila tolong beli saya nak jugak2 hahahahahaha. perangai sungguh!! mujur tok laki iye kan je layan kepala bini dia. hurmm karang orang claim kita bini banyak songeh pulak tapi nak bagitau jugak. saya ni rasanya jarang la mintak benda2 cenggini dengan somi. sebab kita sendiri kerja ada duit sendiri boleh beli. tapi sebab entahnya lepas2 je bersalin dulu kena pantang makan kek. bila tau BRIM masuk 28.9 terus tergedik2 mintak somi beli kan kek SR jugak2. kek SR je. kek lain takmo!!!! hahahahahahahaha :p

terima kasih pada semua yang wish. moga semua yang mendoakan dikembalikan kebaikan dan rahmat itu kepada kalian semula. amin amin. wish list tahun ni. nak beli rumah sendiri dan nak ada geng baby girl buat kawan flip hair dan flip shawl. ehh yang geng baby girl tu bukan tahun ni. mungkin tiga ke empat tahun lagi la kot hahahaha kbai :p

27 September 2016

Traffik Cerpen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah hampir enam tahun pun dalam dunia blogging ni. dulu masa awal2 jadi blogger cuma suka-suka. bosan bosan dekat ofis time takde kerja ada jugak la benda nak ditengok, bosan bosan time weekend dekat rumah sewa ada jugak la nak dihadap. sekarang tak sempat nak bosan dah dekat rumah. rasa macam setiap saat tu ada je benda yang nak dibuat kihkihkih :p

dulu mana lah reti lagi traffic blog, seo ke, atau review2 segala ni. sejak tahun lepas je baru nak cerdik sikit. baru nak naik angka dekat nuffnag tu. sebelum ni nuffnag ada la dalam RM0.05 je hahahaha. sedih beno tengoknya pun!!! tapi dulu best!! walau sekadar kawan alam maya katanya tapi rasa rapattttt sangat. istilah iri hati pun tak banyak sangat. sekarang? bukan tak best. best jugak tapi aura dia tu ke arah lain pulaknya. masing-masing ada pro dan kontranya. cuma jujurnya memang banyak lagi kawan alam maya dari realiti ni haaa. kadang seronok lagi kawan dengan alam maya. bak kata orang jauh bau bunga dekat bau taik. cenggituuuuuuuu

Traffic blog sejak pandai (sikit) tulis cerpen memang traffic nya cerpen jela manjang. entah apa yang bestnya Cerpen Dendam Cinta tu entah. traffic dia tak pernah turun dari awal dulu. sentiasa duduk list paling atas. lepas dah kawen barulah entry lain masuk list. kalau tidak dulu cerpen je dari atas sampai bawah. kalau dulu takde cerpen takde la trafiic kot gamaknya ahahahaha.

dah lamaaaaaa sangat tak tulis cerpen. dulu sebelum ada anak memang rajin tulis cerpen. hormon baru nak stabil kot gamaknya hahahaha. boleh dikatakan ada jela idea nak mencerpen. tapi sekarang nak mula mengarang tu terus krik krik krik krik hahahaha. nak kata sekarang kurang bunga-bunga tak jugak. tapinya entah diri sendiri pun tatau nak fikir :p

atau mungkin sekarang 'kawan' nak mencerpen tu pun dah tak mencerpen jugak kot. aura nak 'berlawan' tu kurang sikit. kalau sekarang bawak naik entry cerpen pun ada yang komen "buang tebiat" hahahahaha sedih mak noksssss baru nak bunga2 terus layu kihkihkih :p

sekarang lebih pada life style, parenting dan review jela. cerita pasal anak-anak yang nak membesar tu. kunci syurga kami. khalifah kami. cerita pasal diri sendiri. tak payah susah payah nak fikir ending cerpen dah. tapi jujurnya dulu masa duk mengarang pun air mata tap tap jatuh. punya lah menjiwai sangat hahahahahaha

26 September 2016

Pusat Berdarah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Kejadian lepas pusat Furqan Uqbah dah jatuh. Pusat tertanggal masa hari ke-7 dulu Fateh Uwais hari ke-11 baruuu nak jatuh pusat. Masa dulu tu tatau yang rupanya air merah yang hospital bekalkan kena letak sehari sekali je. Yang ummi letak dua kali sehari. Padan la pusat anak tak kering2 dan lambat jatuh. Dengan anak kedua ni baruuuuu la nak PANDAI sikit(hahaha) letak sekali je sehari dan bagi tali pusat tu kering2 baru lah pusat tu cepat jatuh.

Bukan ape baby ni selagi pusat tak tertanggal selagi tula seriau nak uruskan dorang. Takut dorang sakit bila tali pusat yang tergantung2 tu terlanggar ke tersepit ke ape ke. Bila dah jatuh legaaaaaa. Nak pakaikan pampers pun tak seriau lagi dah.

Tapinya Furqan Uqbah ni bila dah jatuh pusat jadi berdarah pulak dalam pusat dia tu. Banyak hari la jugak. Kebetulan check up dekat klinik. Terus tanya pasal pusat yang berdarah tu. Kata nurse normal je sebab boleh jadi masa tertanggal tu pusat belum kering elok. Atau masa nurse LR potong terpotong jauh sangat dari pusat. Jadi nya luka dalam tu lambat sembuh tu yang jadi berdarah. Tapi baby takde rasa sakit.

Alhamdulilah legaaaa dengar. Info tambahan yang bidan urut kabo(bagitau) kalau orang dulu masa bersalin tali pusat tu bidan lurut dulu bagi keluar lendir baru dipotong. Tapi zaman sekarang tak. Keluar je baby terus gunting tali pusat, tak lurut keluarkan lendir dulu. Tu yang tali pusat lambat kering dan lambat proses nak tertanggal dengan sendirinya.

Lagi katanya. Sebab tu baby baru lahir ni kena tuam dekat area pusat tu. Takut lendir yang masih ada tu masuk dalam ari2. Kalau perempuan tu yang jadi punca keputihan dan kalau lelaki punca kena angin pasang. Wallahualam. Tapi orang tua ni kan lagi banyak pengalaman. Lagi banyak makan garam. Makanya kalau ada petua kita ikut jela selagi tak salah ;) katanya kalau nak tuam pusat anak yang belum jatuh lagi daun sireh tu layurkan atas api dah suam tuam2 ke perut anak dan pusat anak tu


hurm boleh jadi jugak la sebab Furqan Uqbah memang kuat nangis masa dalam pantang. yang tu nanti cerita lain la. abi dia pun perasan masa nangis tu pusat tutup bukak tutup bukak sama macam mulut baby yang tutup bukak masa nangis tu. sekarang alhamdulilah lepas pusat dah kering elok, dah tutup rapat takde dah isu pusat berdarah lagi. alhamdulilah :)
 

21 September 2016

Susu Tersumbat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bertabah la kawan2. Ummi FatehFurqan is sedang throwback cerita2 bersalin yang lepas. Lepas dendam tak dapat nak ngadap blog time cuti. Ngadap anak2 jewwwww hewhewhew :3

budak susu badan empat bulan sepenuhnya. moga murah rezeki dapat fully bf dua tahun ye adik baby. amin amin 

Pengalaman bagi susu awal dekat Furqan Uqbah. Anak kedua. Dekat wad alhamdulilah takde isu susu takde, susu tak keluar, mahupun nipple tenggelam. Elokkkk je baby Furqan Uqbah tido lena. Bangun menyusu sembang2 tido balik. Balik je rumah dari wad mula dah adegan menyusu serupa tak kenyang.

Dah nekad anak kedua ni kalau boleh nak fully breastfeed. Takmo bagi susu formula macam Fateh Uwais dulu. Nak belajar dari pengalaman lepas. Masa Fateh Uwais dulu menyusu badan sampai umur 2 tahun. Jadinya secara logic untuk anak kedua pun mesti ada susu badan. MESTI huhuhu.

Hari ketiga pantang baby tak kencing tak berak. Dah terdetik dalam hati. Cik B tersumbat ke yang takde keluar susu ni. Tapi tetap nak positif sobssss. Nak kata takde susu tak mungkin. Sebab saya masih boleh rasa bila susu tu merengkak. Alaaaa kalau mommy yang menyusu mesti tau. Boleh rasa bila susu tu mula mengalir masuk memenuhi ruang Cik B.

Call bidan mengurut nak pergi rumah dia urut susu. Ikutkan dia datang mengurut bila hari ke-7 nanti. Tapi tak mampu lah nak tunggu sampai hari ke-7 baru nak urut susu. Dia kata boleh datang rumah dia. Lepas zohor terus ajak suami. Memang betoi kata dia Cik B tersumbat. Bengkak dah pun. Masa bidan urut aduhaiiiii sakitnyaaaaaaaaaaa. Tarik2 seluar suami nak tahan sakit. Badan ke kiri kanan tahan sakit.

Tapiiiiii lepas pada tu memang legaaaaaa. Susu pun alhamdulilah keluar laju dan meriahhhh sangat. Lebih meriah dari Fateh Uwais dulu, baby pun minum sampai tersedak2. Setiap hari dalam pantang kena pam walaupun sekali. Kalau tak pam mula susu bengkak dan demam. Iye. Ummi is demam masa dalam pantang. Demam bengkak susu. Lepas pada tu memang beringat bangun je tido terus cari Medela kesayangan dulu. Sementara anak2 tido.


Kalau masa Fateh Uwais dulu setiap kali pam dapat la dalam 2oz je macam tu masa awal2. Dengan anak kedua. Dapat penuh botol pam tu. Syukur sangat. Perasaan yang tak tergambar bila tengok botol pam tu penuh dengan susu. Peti ais sampai tak muat. Memang syukur sangat2.

Jadinya kawan2 yang mungkin ada pengalaman susu kurang macam saya. Salah satu cara atau usaha banyakkan susu badan. Pergilah mengurut dengan bidan. Urut susu. Kadang memang boleh jadi susu tersumbat. Bukan tak meriah susu. Usaha je selagi terdaya. Faham sangat perasaan momies yang tak meriah susu. Macam saya masa Fateh Uwais dulu. Macam2 milk booster ambik. Supplement itu ini. usaha terdaya untuk anak tersayang. 

20 September 2016

Mak Anak Dua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Dah lama rasa tak cerita pasal anak-anak dekat blog. Asyik cerita pasal review bla bla bla je. Makin busy dengan dua budak ni haaaa. Pandai pulak tu bila ada abi masing2 merap. Bila takde abi elok je dedua bagi kerjasama. Kome pakat ke ape?

Fateh Uwais. Dah tiga tahun budak ni. Cepatnya masa berlalu. Sedar2 anak dah pandai jalan sendiri, dah pandai pilih barang, pilih baju cantik mana nak pakai, dah dah pandai lari dari tangkap gambar. Susahnya nak ajak dia selfie sekarang ni. “jgn tangkap gambar akhi!!” =..= dah makin besar, otak berkembang ke arah lain pulak. Dah masuk fasa kenapa kenapa dan kenapa

Bila jawapan berbalas KENAPA sesak dada nak mencari jawapan. Bila jawapan berbalas “ohhhh” baru boleh bernafas dengan tenang. Fuhhh mencabar betul kadang rasa. Paling mencabar bila kena jawab soalan yang sama berulang ulang ulang kali. Sampai satu tahap bila ummi stress dan ummi jerit arghhhhhhh “kenapa ummi jerit ni? Ummi tak pape pape?” hukhukhuk. Dah pandai membebel. Tambah bila adik baby buat perangai takmo tido. “bagi tidoq takmau, susu takmau, lena takmau. Nak ape lagi? Amboiiii” siap beramboi lagi tuuuuuuu



Furqan Uqbah. Bulan ni dah masuk 4 bulan. Dah membulat seketoi dah budak tu. Badan nampak kecik tapi hantap kemain. Tak larat la ummi nak dukung kalau berjalan kemana. Duduk la dalam carrier tu macam anak kanggaro kihkihkih. Peramah, suka senyum, suka goda, suka berdiri tapi tak suka baring lama2. Hahahahaha. Paling pantang dia kalau biar baring lama2 atas tilam tu haaa. Sakit hati gamaknya tengok akhi boleh main berlari sana sini. Bila nak menerap kalau dah asyik duduk atas orang je adik oiiiiii

Dah boleh pusing2 dah. Sedar2 dah jauh dari playgym, pusing 360 darjah. Tendang2 selimut, tendang bantal. Tapi tak lepas lagi lengan dia nak menerap. Kalau Fateh Uwais dulu jenis seorang yang gigih. Kalau nak tu dia buat sampai boleh. Tapi adik baby tak. Bila tak dapat, dia terlentang balik bawak masuk tangan dalam mulut dan sambung mengomel.

Haaa dan memang sekarang fasa dia ‘merasa’ semua jenis benda yang lalu depan mata, yang dapat dicapai jari kecik comel tu. Dah dapat, bawak masuk mulut. Sampai gam ummi pun nak bawak masuk mulut grrrr betoi!! Seronok bila tengok dah pandai tarik2 menan bergantung, main mainan. tetiba rasa jangan la besar cepat sangat. Hihihi.
 

14 September 2016

Anti Nyamuk | Pureen Rekito

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kecoh dekat fb pasal lotion Johnsons anti nyamuk tu. somi pun tag saya sama. tapi ikut info kawan2 wassap. lotion tu tak masuk Malaysia pun laginya hewhewhew. entah bila pulak nak masuknya ye tak.





tapi saya memang dah lama guna spray anti nyamuk Pureen ni. dari Fateh Uwais kecik dulu lagi. alhamdulilah berkesan jugak. kalau balik kampong memang spray baju dorang sesiap. lepas empat jam spray lagi. kampong kan banyak nyamuk tambah kalau dorang keluar main lagiii banyak. rumah tepi sungai banyak pokok2 pulak tu mana nyamuk tak membiak sakan.

spray je insyaAllah nyamuk, semut segala jenis serangga tu tak dekat dengan dorang. kalau sebelum spray dah kena ketit pun, picit sikit atas tangan kita dan sapu dekat dorang. tak boleh direct spray dekat kulit anak2. bahaya katanya. saya pun baca dekat direction dia je hihihihi. tapi kesannya alhamdulilah cepat hilang dari kesan kena 'cium' tu. kalau dulu saya pakai lotion bayi herbanika warna kuning tu tapi sekarang pakai yang ni je jugak. lagi cepat hilang kesan gigitan.

mana nak dapat? dekat kedai barangan bayi atau shopping mall terpilih je. macam saya beli ni dekat Kedai Baby Manjaku. dalam 15 ringgit lebih tak silap. kalau pegi shopping mall cari lah area barang pureen kot kot ada. tapi rasanya manjaku ni semua negeri ada cawangan dia ye tak?

08 September 2016

Cabaran Raja Kuah Knorr Tahun 2016 Peringkat Utara


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

The Raja Kuah Knorr Challenge – Northern Region @ Alor Setar



Sabtu, 3 september 2016 lepas berpeluang turut serta dalam satu pertandingan yang bagi saya cukup besar, hebat dan menarik. Terima kasih Team Projek Blogger Utara yang sudi menjemput saya bersama-sama dalam team media menyokong program ni.


Grrrrrr dah lama tak mengarang ayat mula la nak jadi skema. Tula cuti lama lagi =..= saya sampai perkarangan Aeon Big Alor Setar around 4.15pm. sampai-sampai terus daftar nama dulu. Rupanya waktu tu dah masuk second round pertandingannya. Awal tadi dalam pukul 1pm macam tu dah first round. Saya ingatkan second round macam peringkat saringan pemenang first round tadi. Rupanya peserta ada 10 orang. Tak boleh nak serentakkan semua memasak sekali makanya pihak Knorr buat dua kali saringan. Alaaa terus rasa macam rugi pulak tak join dari awal tadi kalau tidak boleh la tumpang rasa sedap ke tidak masakan candidate yang awal tu muahahahahaha :p



Elok saya sampai tengok kru knorr tengah set up meja masakan peserta. Tumpang berdebar sekali tengok diorang set up meja tu hihihi. Kami diberitahu yang syarat kelayakan adalah sangat ketat. First mesti sediakan resepi sendiri, bukan copy paste resepi orang. Dari resepi sendiri pihak Knorr akan tengok resepi mana yang kreatif dan lain daripada yang lain. Kedua mestilah anak jati kedah. Tapi disebabkan Knorr buat empat zon sahaja makanya peserta yang dari Perak,Penang,Perlis pun boleh turut serta asalkan dari Utara J Ketiga, WAJIB masak masakan berkuah. Jadi pilih lah samada nak masak kicap, masak lemak atau kari. . Nama lagi RAJA KUAH KNORR kan mestilah masakan berkuah hihihi. Pihak Knorr nak ketengahkan masakan melayu dalam pertandingan ni jadinya 3 menu utama tu yang wajib peserta pilih. Pilih satu je. Kalau layak masuk Grand Finale nanti baru kena masak dua hidangan pulak.






Tepat jam 5pm second round The Raja Kuah Knorr Challenge pun bermula. Tengok ketangkasan peserta2 tu pun teruja. Berpeluh sama tengok diorang masak. Yela juri orang hebat2 oiiii. Chef Selebriti Chef Jo ketua juri hari kejadian. Mau tak berpeluh sakan. Mengikut kata Chef Jo antara criteria yang diorang tengok off coz la sedap ke tidak, cukup masak ataupun tak masak, kebersihan dapur, presentation masakan, dan kreativiti peserta. Dalam syarat takde letak kreativiti tapi juri akan letakkan sebagai markah bonus kalau ada kreativiti dalam masakan peserta. Contohnya kalau masak ketam samada korek isi ketam keluar buat bebola atau selainnya. Cenggituuuu. Fuhhh berpeluh jugak dengar komen juri2 ni hihihi. Tumpang bangga tengok Blogger CP jadi juri jemputan sama. Boss beso Projek Blogger Utara. Tahniah2 moga2 nanti dijemput jadi juri jemputan lagi hihihi.




Harum semerbak dalam perkarangan Aeon Big Alor Setar sabtu lepas. Dan2 perut rasa lapar hahahaha. Memang sedappppppp sangat bau nya. Tentu2 lah sedap nak pulak pakai barangan Knorr kannn. Lagi bertambah tambah kesedapannya. Kalau sesiapa yang join sabtu lepas boleh jugak merasa makanan yang pihak Knorr sediakan. Dah rasa sedap tu boleh jugak beli produk2 yang diorang sedia jual dekat sana. Takpe jangan risau nanti November ada Grand Finale dekat KL tak silapnya. Boleh rasa dan boleh jugak beli. Jangan tatau pengguna yang beli terbanyak siap boleh dapat hadiah lagi. Sabtu lepas dua pembeli bertuah dah pun menang hadiah. Dah la sedap murah hati pulak lagi bagi hadiah.






Yang paling best penonton yang turut serta beri sokongan dalam pertandingan Raja Kuah Knorr sabtu lepas turut serta berpeluang merasa masakan yang para peserta sediakan lepas pihak juri merasa dan membuat penilaian. Kami2 pihak media pun tumpang la merasa sekali. Sedappp memang sedap tapi biasa lah kan ada yang liat dan terlebih masin tu adat bertanding. Tambah2 pulak bukan dalam dapur sendiri. Macam saya sendiri kalau masak selain dapur saya memang rasa tak kena. Mula rasa macam baru belajar masak balik ekekeke.




Tengok dengan mata sendiri memang sengit sabtu lepas. Tengok dari segi presentation lagi kagum. Dah macam presentation hotel2 taraf empat lima bintang lagi dah. Ohh ye untuk pengetahuan, kesemua peserta ni masing-masing ada perniagaan sendiri. Dan antara sebab yang diorang masuk bertanding untuk merebut hadiah lumayan yang pihak Knorr sediakan. RM144,000 tu engkooooo. Memang boleh bukak restoran dah haaaa. Tengok hadiah yang Knorr sediakan sabtu lepas pun dah teruja sama. Ini kan pulak untuk hadiah Raja Kuah Knorr nanti entah macam mana lah pulak banyaknya. Ok terus tak sabar :p



Antara hidangan para peserta sabtu lepas.

 Kari Rusuk Lembu Istimewa Bersama Rias Batang Pisang Ala Knorr
2nd Runner Up
Mohammad Iskandar Bin Ishak

 Masak Lemak Udang Dan Cendawan Sisir Knorr
1st Runner Up
Zainab Bin Mohd Hussain

 Daging Purba Kuah Karipoley Knorr
Winner
Budiman Bistari Bin Mohamed


 Kari Ayam Iman Nafis
Anas Bin Ahmad

Udang Galah Masak Lemak Marvelous
Norihan Binti Kadir

 Lemak Ketam Cendawan Tiram
Fauziah Binti Hamid

 Kari Ayam Labat
Zainab Binti Harun


Hirisan Itik Bersos Hitam Manis
Mohd Noriman Khairullah Bin Abdul Nasir


Kari Ayam Tumis Lemak Labu Knorr
Mohd Faizal Bin Mehat


Dan yang ini hidangan Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 peringkat utara. Sila lap ailio masing-masing ye hahahaha. Sayangnya saya tak sempat pun nak merasa hidangan sang juara ni. Daging Purba Kuah Karipoley Knorr. Haaa engko nama pun dah nampak sedap. Rasa memang la lagi sedap kan. Kalau tak sedap takkan juri angkat jadi juara hihihi.



Sepuluh orang peserta Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 peringkat utara bersama para juri. Chef Jo, Chef Hadzri dan Chef Ariffin (blogger CP) hihihi.



Juara En. Budiman Bistari Mohamed dengan hidangan Daging Purba Kuah Karipoley Knorr. Tempat kedua Zainab Bt Mohd Hussain, Masak Lemak Udang Dan Cendawan Sisir Knorr. Tempat ketiga Mohammad Iskandar Bin Ishak, Kari Rusuk Lembu Istimewa Ala Knorr Bersama Rias Batang Pisang. Kesemua peserta ni dari peringat pertama yang awal tadi. Dan sedihnya saya tak dapat nak turut rasa hasil masakan diorang. Sobsssss. Tahniah kepada semua para pemenang.



Yang pulang dengan saguhati jangan berkecil hati nanti lain tahun boleh cuba lagi ;)





Terima kasih pada Pihak Knorr dan Projek Blogger Utara yang sudi memberi peluang pada saya untuk sama turut serta dalam Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Peringkat Utara sabtu lepas. Tahniah untuk majlis yang cemerlang dan meriah. Tak sabar nak tengok kemeriahan masa grand finale November nanti. 



Terima kasih pihak Unilever Food  Solutions. Setahun tak habis makan ni oiiiii :p

07 September 2016

Kuning | Jaundis


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera



Dari lahir sampai la hari ke-9 takde kuning pun Furqan Uqbah nya. Dekat wad konon-konon dokte suspek kuning la tapi bila dorang tengok balik “hurmmm ni bukan kuning tapi kulit dia putih tu yang nampak macam kuning” sama la macam Fateh Uwais dulu. Anak sulung alhamdulilah tak kena kuning. Anak kedua ni dah hari ke-9 pulak tetiba nurse yang datang check dekat rumah suruh refer ke klinik. Sebab dorang sendiri tak sure samada baby ada kuning atau tak. Dorang pun macam was-was.



Hurm dah kena refer tu kita pergi jela. Sebab kalau kuning pun risau jugak. Antara effect yang dah pernah jadi depan mata disebabkan kuning dan tidak dipantau atau tak ikut arahan dokte. Bila besar otak dorang lembab sikit. Susah nak terima ilmu yang disampaikan. Itu yang pernah terjadi depan mata lah.



Bawak check KK memang ada sikit kuning dekat baby. Tapi memang lowwwww sangat sangat. Empat kali jugak la berulang check ke kk. Tiga kali cucuk ambik darah. Kemain lagi nangesnya anak kami tu huuu. Sedih. Sayu. Tapi apa boleh buat. demi masa depan dia gagahkan jugak la. Pekak kan aje telinga. Huuuu



Dokte dah kata nanti kalau sampai hari ke-14 check kulit baby takde kuning makanya dorang tak akan cucuk ambik darah dah. Ohhh selamat. Mujur la jugak baby detect kuning dah lewat. Sekurang2nya takde la nak berulang ke klinik tu banyak hari sangat. Hari ke-14 dokte check kulit Furqan Uqbah takde dah kuning “kulit mak dia pun kuning, ni sebab warna kulit je bukan dia ada jaundis pun” huuuuu dah kabo dah dari awal ritu tapi depa takmo percaya cakap ummi. sobsssss

antara petua yang mama amalkan untuk hilangkan kuning bayi. mandikan dengan air rendaman agar2 kering, air rendaman kucai. susu baby banyak2 dan jangan bagi baby banyak tido. baby yang suka tido memang boleh tinggi lagi kuningnya tu nanti. kejut dan bagi susu badan. momies yang menyusukan anak pulak kena elakkan makan jamu herba dan benda yang bersifat panas contohnya ikan bilis lada hitam yang sedap tu. lada hitam kan panas.



antara petua yang momies boleh amalkan dari hamil untuk elak baby dalam kandungan kena kuning. kurangkan makan fast food, jajan2. makan pati delima dan amalkan vco. virgin coconut oil. insyaAllah kalau dengan izin Allah takde anak tu kuning nanti.

06 September 2016

Pengalaman Bersalin Anak Kedua | Furqan Uqbah Bin Nadzri


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tiga bulan cuti kerja. Tiga bulan plus plus jugak cuti blog hewhewhew. Bukan pemalas tapi memang tak sempat pun nak bukak blog. Fateh Uwais tido Furqan Uqbah jaga. Furqan Uqbah tido Fateh Uwais jaga. dah tu mana masanya ummi nak ngadap blog pulak. nak ngadap entry pun kena ada mood yang tak terganggu. kalau tidak nanti jadi entry tak beremosi. tak syok diri sendiri nak baca kofkofkof :p



Alhamdulilah 13 Mei 2016 lepas hari Jumaat yang barokah selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah. Lelaki dengan berat 2.8kg dalam keadaan normal. Orang kata anak kedua ni mudah lagi dari anak sulung. hurmm mudah la sikit kot. kalau masa anak sulung dulu sakit sehari suntuk. anak kedua sakitnya setengah hari. nak kata kurang sakit, sama je sakitnya macam anak sulung dulu. lebih lagi pulak rasanya sobsss. cuma masa nak meneran tu sekejap. 10 minit dah keluar budaknya. kalau Fateh Uwais dulu 2 jam lebih proses meneran baru keluar.



11 Mei 2016, Rabu



Malam sebelum tido. Mula rasa macam baby dalam perut mengumpul ke ruang nak keluar rahim. Dekat serviks. Bergerak ke bawah dan ke bawah. Pergerakan tu rasa dalam empat kali. Terfikir jugak ni salah satu tanda ke cam mana nya? Masa Fateh Uwais dulu takde pulak rasa macam ni. Sakit pinggang sakit ari2 tu memang dah seminggu lebih rasa. Rupanya tanda yang saya rasa tu memang salah satu tanda dah nak bersalin. Doctor muda yang check dekat LR tu bagitau.



12 Mei 2016, Khamis



Pepagi tetiba mai mood rajin kemas almari adik baby. Kemas baju2 dia. Kemas beg bersalin yang entah berapa kali kemas tu entahnya. Sambil2 tu sembang2 la dengan baby dalam perut. Suruh keluar cepat sikit. Ummi is tazabarrrr. Yang betoinya ummi dah tak larat nak tahan sakit dekat Miss V tu huuu.



Tengah dok kemas dalam 8.30am rasa macam panassss je keluarnya. Ada lendir dengan darah!! Ohhh ok dah sampai masanya ni. Lagi pulak due date adik baby 14 Mei. Call suami yang masa tu ada dekat Alor Setar suruh balik ipoh cecepat. Saya dan anak sulung memang dah balik kampung awal sebelum tu. Yang bezanya masa anak sulung sakit dulu baru turun darah. Yang kedua ni turun darah tu. Sakit tak rasa lagi. Cuma ada la sikit2. Tapi tak heavy macam masa anak sulung dulu. Tak rasa pun nak ke hospital lagi sebab takde contraction.



Decide dengan somi lepas asar ke HRPB. Risau jugak kot serviks dah bukak ke ape. Kan orang kata anak kedua ni bukaan dia lagi cepat huhuhu. Check jantung baby semua pun ok. Cumanya baby banyak tido. Graf jantung tak cantik. Dahhh kena tambah masa penalti lagi. Sampai ke nak meneran dia boleh buat tido tak nak bangun. Pfffftttttttt

cucuk yang paling gerun untuk seorang Ummi FatehFurqan. Dokte siap kata lagi "sabar ye puan, cucuk ni memang sakit sikit" kofkofkof


Masa tu baru 2cm. ingatkan tak payah admit macam anak sulung dulu. Kena admit jugak, katanya anak kedua bukaan laju lagi dari anak sulung. Contraction pun makin kerap. Dannn wad kosong tak ramai orang maka marilah kita menjadi penghuni wad bersalin HRPB. Nanti dah 4cm baru nurse tolak masuk Labour Room.



13 Mei 2016, Jumaat



Dah admit baruuuu lah contraction makin kerap kerap dan kerap. Memang sakit sungguh lah. Sakit lebih dari anak sulung dulu. 2.30am tengah tido tetiba rasa ada benda panas keluar. Ingatkan darah tu jugak la, tapi heran awat makin lama makin banyak. Masuk toilet check tengok jernih. Tanya nurse rupanya air ketuban dah pecah!!! Ohh macam ni rasanya air ketuban pecah. Selama ni dok tengok dalam tv je orang leaking air ketuban hewhewhew. Anak sulung dulu nurse yang pecahkan air ketuban.



Dokte round malam check masih 2cm lagi walaupun contraction makin kerap makin lama dan air ketuban dah leaking. Start dari tu memang lansung tak boleh nak tido. Selang 5 minit bangun berjalan nak tahan sakit. Tak berjalan memang tak boleh. Serba tak kena. Campur stress sama kot. Serviks 2cm tak bergerak2.



Pagi sebelum sarapan nurse tanya sakit sangat tak? Mungkin tengok saya duk berguling guling sakan sangat kot. Siap pesan kalau rasa nak terberak macam sembelit tu bagitau. Sebab takut serviks dah bukak. Memang duk rasa pun nurse. Padahal dah buang air besar siap2 sebelum subuh. Nurse pun tolong check lagi sekali. Walaupun dia kata ikutkan tak boleh check. sebab tadi dalam setengah jam macam tu baru lepas dokte round pagi check. Takut jangkitan kuman sebab dah leaking ketuban. Nurse check dah 4cm!!!



Alhamdulilah syukur rasa sebab berjalan jugak bukaan serviks tu huhuhu. Lepas je breakfast terus tolak masuk LR. Suami dah tunggu dekat sana. Nak makan nasi dengan ayam masak kicap pun takdan. Ingatkan boleh la breakfast nasi dengan ayam masak kicap pagi tu. Kofkofkof :p nak breakfast roti keping pun tak lalu nak telan dah. ada hati makan ayam kicap hewhewhew



Macam biasa salam mintak ampun halalkan makan minum. Cium pipi kiri kanan usap2 kepala sebak2 sikit nurse pun tolak masuk LR. Masuk Suite 3, Fateh Uwais dulu Suite 5. Dokte india perempuan masuk nak pecahkan air ketuban tu sampai habis. Sakitnya Ya Rabbi!!! Bukan sakit sebab pecah air ketuban ye. Sakit kena seluk nak check jalan. Sebelum tu rasa ada la dalam tiga empat dokte tak campur entah berapa ramai nurse yang check jalan takde pun sakit macam tu!!!



Katanya jalan bukak dalam 3/4cm je jugak. Contraction selang 3 minit. Dan memang sakitttttt sangat. Lebih sakit dari anak sulung dulu. Memang langsung tak dapat tido walau sekejap dari start leaking air ketuban 2.30am tu tadi. 9.30am check serviks pun still takde progress jugak sobsss.



Dorang offer ambik epidural. Takut jugak nak ambik. Takut kesan sampingan huuuu. Tapi hasil dari temu ramah katanya takde kesan sampingan. Dan epidural hanya dapat waktu office hours sahaja. Hanya dokte pakar je boleh biuskan epidural. Ianya percuma kalau hospital yang offer. Kalau swasta confirm kena bayar hihihi.



Disebabkan badan dah lesu tak dapat rehat tak dapat tido. Ambik jugak la epidural nya. Yang bagusnya dokte pakar bagi saya masa. Time contraction datang dia bagi rileks dulu. Elok je contraction berhenti terus dia cucuk. 10.30am dan dapat lah ummi rehat dan tido dengan tenang tanpa rasa sakit hasil dari epidural ituuu.

tambahan aksesori :p

11.30 nurse datang check bukaan baru 5cm sobssss lagi sekali seorang ummi. Nurse kata nak drip induce air. Bagi jalan cepat sikit progress. Lepas dari drip induce tu baruuuu lah dapat rasa balik contraction. Sejam lepas cucuk epidural memang takde rasa langsung. Efektif lah kot untuk seorang ummi FatehFurqan hekhekhek.  Sebab kata nurse sebelum tu ada jugak patient yang walaupun cucuk epidural tapi still boleh rasa sakit. Tak rasi dengan dorang.



Lepas drip induce walau contraction kuat tapi still dapat tahan sebab ada EPIDURAL.



Somi yang setia tunggu dekat tempat menunggu mesej kata nak pergi masjid. Kan hari jumaat. Nak stand by solat jumaat la. Sambil2 tu boleh la jugak baca yassin dari sana. Nak masuk baca yassin dekat tepi saya mana boleh. Hospital kerajaan boleh masuk time dah betol2 nak bersalin je nanti. Redha dah masa tu. Kot kalau masa somi pergi masjid ni dah tiba masa nak bersalin redha je takde somi teman kat tepi macam Fateh Uwais dulu.



12.30pm dokte datang check jalan. Tanya saya “awak takde rasa nak teran ke?” terus tanya kenapa? Takde pulak rasa nak teran. Rasa best je boleh tido kohkohkoh :p “awak dah 10cm ni dah boleh teran” ehhh betoi ke? Cepat nya jalan dia bukak. Dalam sejam dari 5cm terus jadi 10cm. alhamdulilah. Tapi sebab takde rasa sakit sangat2 macam tadi. Dokte lagi sorang kondak sambil pegang perut bagitau kalau masa tu dah boleh teran ke tidak. yela rasa sakit contraction tu dah tak rasa sangat. dokte pegang perut nak rasa bila ada pergerakan baby dan terus bagitau bila dah boleh terannya. 



Nurse pun tanya kalau2 somi ada nak panggil masuk. Terus sedih kata somi dah pergi masjid nak solat. Rupanya nurse gigih jugak pergi panggil nama somi dekat tempat menunggu tu. Hampa. Somi takde. Elok lepas baby dah keluar tengok somi ada dekat pintu bilik. Rupanya somi pergi ambilkan air nak bagi dekat saya yang mengadu dahaga dahaga tadi. Lepas bagi air kononnya baru nak ke masjid. Tak sempat nak minum air dah bersalin. Somi pun terkejut masuk2 tengok dah ada baby atas dada ummi nak bagi susu.

Akhi Uwais dulu hari pertama keluar tido je kerjanya. nak tengok bukak mata memang payah. Baby Furqan kemain lagi mata celik nengok merata =..=



Proses teran alhamdulilah kejap je 12.40pm baby dah selamat dilahirkan. Yang lambatnya sebab terbelit tali pusat masa nak keluar tu. Tapi alhamdulilah semuanya selamat. Dengar je abi azan terus diam budak baby tu. Alhamdulilah semuanya selamat. Entry ni pun dah dekat 3 bulan baruuu selamat ditaip dan share hihihihi.

Discaj dah tapi sayang nak gunting buang tag nama :p

Kesan epidural ada tak? Ada…… dah beberapa jam lepas bersalin still rasa macam contraction tu. Sekejap2 rasa sekejap2 rasa. Dan selamat jugak muntah dengan jayanya atas katil wad disebabkan pening kepala yang amat sangat. Sampai nurse kena tolak naik wheelchair ke bilik air lepas selamat muntah huhuhuhu.