Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Rasa nya ramai yang dah tau kot cara menabung terbaru yang berkesan dan dijamin boleh guna pakai. dan saya salah sorang yang dah mula menabung dengan cara tu sejak awal tahun lepas lagi. tapi tengah tahun terberhenti atas sebab musabab yang tersendiri. special thanks dekat Married Group whatsapp saya yang tak henti henti bagi semangat dan bagi idea menabung ni dulu. love u all muah muah sangat tau hihihihi. ohhh Married Group saya ni semua wife wife orang je. jadi boleh la muah muah sebab takde laki orang dalam tu :p
Yang ini baru mula balik awal tahun ni aritu. gambar yang tahun lepas penuh tong kopok ni tapi tatau mana pergi hard disk sobssss
mula dengan note RM5. saya menabung dengan suami sekali. jadi setiap kali kami dapat duit RM5 bila pecah duit maka duit RM5 wajib asing dan simpan. dalam erti kata lain setiap kali dapat RM5 tak boleh guna, kena simpan. tak kira la by hook atau by crook sekalipun. mula bulan pertengahan Januari sampai awal March. saya tak ingat ada berapa. tapi tak silap amount dia mencecah hampir RM400 untuk tiga bulan tu. yang ni share berdua dengan suami.
Dengan duit tabung RM5 tu dapatlah kami beli sebijik basikal baru untuk Fateh Uwais kami tu. basikal dia pun dalam RM150 kalau tak silap. jadi rasa macam ehh berbaloi nya simpan RM5 dapat beli segedebuk untuk anak. balance simpanan RM5 kami yang lain kami pakai masa bercuti dekat Terengganu Kelantan bulan March hari tu. dan simpanan RM5 kami habis pakai masa bersalinkan Furqan Uqbah dulu. sekarang baru mula nak menabung RM5 balik ;)
selain simpanan RM5 kami ada lagi tabung. Tabung makan lunch. since suami dah kerja dan duduk dekat sini. saya dan suami memang lunch berdua hari hari. ohhh bukan hari hari. hari dia kena outstation melangut la mak jemah duduk ofis tak keluar makan sebab malas takde kawan kofkofkof :p
Dapat gaji terus tarik RM300
jadinya kami buat kira kira makan lunch sehari dalam RM15 untuk dua orang. duduk Alor Setar alhamdulilah masih laku lagi RM15 untuk dua orang makan. duduk tempat lain mungkin lebih lagi lah. jadinya bila dapat gaji tarik sesiap RM150 sorang untuk duit makan lunch sebulan. campur dua orang sebulan ada dalam RM300 untuk makan lunch hari kerja dua orang laki bini.
katalah dalam hari ahad makan lunch cuma RM12 jadinya balance RM3 simpan masuk tabung. hari selasa kalau makan RM15.80 makanya 80 sen tu ambik dari duit makan hari rabu (mihmihmih). andai kata rabu khamis seorang Kiera Sakura rajin masak dan bawak bekal makanya untuk dua hari tu boleh la simpan dalam tabung RM30 dan begitulah seterusnya.
Balance yang tinggal bila dah hujung bulan sebelum masuk gaji baru
cara ni alhamdulilah effective la jugak. boleh penuhkan tabung. kadang tu dapat dalam RM160 sebulan daripada RM300 yang kitorang peruntukkan tu. boleh la buat tabung pergi holiday ke. tabung beli barang basah sebulan ke. atau tabung penuhkan keinginan anak anak. kadang tu bila Fateh Uwais mintak nak makan KFC. ummi abi kena lah pandai pandai jimatkan belanja makan RM15 tu. puasa dua hari atau bawak bekal dua hari dan dapatlah makan KFC. hahahahaha. sedih betoi hidup kan? tapi itu lah fakta kehidupan. kadang orang nampak kita macam kaya takde masalah. tapi semua dugaan dan ujian tu kita telan dan pendam laki bini je. janji anak anak masih gembira dan boleh menikmati apa yang dorang inginkan. itu pun dah cukup bersyukur alhamdulilah. sedangkan orang lain ada lagi yang lebih daif kehidupan dari kami ni.
ok dah bukan nak cerita pasal cerita sedih dekat sini tapi cerita macam mana nak menabung yang berkesan dan terkesan. korang kalau nak menabung dan tak boleh menabung secara disiplin macam saya (har har har) sila lah cuba cara di atas ni. insyaAllah korang akan lebih seronok menabung dan gembira tengok hasil tabungan tu bila tengok hasilnya hujung bulan. so good luck gais!!!
wah..banyak tabungan tu..kita belum start lagi menabung untuk tahun ni
ReplyDeleteMenabung sama sama dengan suami 3 bulan je dah dapat rm400
ReplyDelete.
Tak rasa pun kan susahnya menyimpan tu kalau buat sama sama.
.
Mesti seronok hati anak bila dapat basikal baru tu 😂
.
Mak ayah yang bagi
.
Lepas ni tiap kali nampak basikal ni mesti teringat tabung rm5
.
Hehe. Betul tak kiera
nice tips ... semoga istiqomah .. bkn senang nk kerah hati dan diri menabung ni
ReplyDeleteTahun ni nak istiqomah menabung. Sebelum2 ni asyik korek tabung jer ☺
ReplyDeleteGood job kiera...kami masih consisten dgn tabung oren..tp tabung rm15 tu bgus...
ReplyDeletewaa.. best nih.. saya pun menabung jugak tapi RM 5.00 + RM 20.00.. hee~ alhamdulillah.. tahun lepas dapat la nak 2k.. tapi dah belanja.. hahaha~ boros.. pantang tengok duit !!
ReplyDeleteSamalah dik kadang nak makan 1 hari tu pun nak kene buat kira2 :(
ReplyDeletesalam kenal dr mama jue.. mama jue ada buat jugak tabung.. tp buat tabung 52 minggu jer.. heheheh
ReplyDeletesmoga istiqamah..
ReplyDeletetgh menabung RM5 jugak...kena kuat..walau apa pun terjadi kena kuat hahaha
ReplyDeleteCara saya menabung lain sikit.
ReplyDelete1. Bila dapat gaji saya awal2 ketepikan ygg hendak ditabung.
2. Potongan gaji untuk saving by bank.
Selepas tu memang perit berbelanja but menghasilkan.
bagusnya kak,, boleh tiru lah cara ni.. lelagi student klagilah kene banyak menabung sebab belum habis belajar lagi hutang dah menunggu.. :3
ReplyDeletefollow sini #571
teringat iklan asb dulu2., bijak dulu bijak sekarang, hehe2
ReplyDeletekami laki bini pun de wat tabung tp bnyk duit syiling je tu pun duit lebihan shopping lgpun syilingkn berat,huhuu...;-)
ReplyDeletewow menabung ka kak?..lelama jd bukit ehehe
ReplyDeletebagus sebenarnya buat macam ni, akak pun dah buat, cuma tahun ni je tak buat2 lagi sebab keadaan kewangan yang betoi2 tak boleh nak bajet lagi...sedihhh, moga2 lepas ni boleh buat balik
ReplyDeletekak ekin simpan duit lebihan beli barang dapur.. banyak gak dapat siap dah guna aritu masa balik kelantan 2 kali...
ReplyDeleteeyda ada tabung duit gaji, tabung yang ikut minggu tu dan tabung syiling.. tak tahu lagi tahun ni nak jadi macam mana..
ReplyDeletetapi selalu bila dapat gaji dah asing tabung duit gaji, belanja sekolah anak-anak, perbelanjaan tetap tiap bulan dan duit minyak keta + tol..
alhamdulillah setakat sekarang ok laa.. cuma tabung rm5 tu tak dapat buat dah sebab belanja sekolah anak-anak guna duit rm5 dan rm1..
Barulah boleh enjoy makan makan hujung minggu dengan anak anak hahah....
ReplyDeleteSebenarnya apa yg Kiera buat tu bagus tau. Sekarang nikan musim menabung. Barulah senang hidup kita di kemudian hari.