06 October 2010

perihal mereka


Tiba-tiba pulak terlintas kat kepala aku yang kosong sekarang nie nak kongsi peel kawan2 kelas aku satu masa dulu…
Ok.. kita mulakan dengan kawan2 sekolah aku… untuk pengetahuan anda semua kitorang dari since form 4 (tapi ada jugak yang since time sebelum tue lagi) sampai la detik nie kitorang memang saling keep in touch tak kira lah lepaking , mesej, calling, myspace, facebook hatta YM sekalipun.. dan untuk pengetahuan anda jugak berkawan dengan makhluk2 nie semua adalah satu anugerah buat aku.. mereka2 itulah yang menjadi tempat curahan kepala gila aku… antara perangai mereka dan aku yang tak dapat dipisahkan adalah ‘gila gambar’,gila gelak,gila mengusik (menyakat) dan macam2 lagi la yang boleh dibuat selagi tak menyalahi undang2 negara… sekarang nie masing2 susah nak lepaking same2 memandangkan masing2 sibuk mencari sesuap nasi untuk perut sendiri dan keluarga masing, ada jugak yang dah kahwen tapi walau pape pown aku harap persahabatan antara kite akan terus berkekalan sampai la masing2 dah ada berderet anak cucu…

Antara kenangan terindah yang paling terindah buat aku dan mereka semua masa sekolah time kitorang present story ‘the necklace’ mase form 5.. rase nye sape yang ambik spm tahun 2005 tau kowt cerita tue.. teramat best mase tue, hasil tunjuk ajar teacher rohana,, aku dan mereka yang duduk dalam kelas sains kejuruteraan sama2 bertungkus lumus menjayakan misi ‘the necklace’ tersebut,,, dan hasilnya walahah memang superb, gorgeous, terbaek semua2 lah….

Antara part kenakalan kitorang mase sekolah dulu,, bila time mata pelajaran sejarah dan bahasa melayu jer mula lah kitorang masing2 sibuk dengan mesyurat… untuk pengetahuan anda semua dalam kelas aku nie terkumpul nya AJK Tertinggi pengawas pusat sumber, pengawas sekolah , kelab majalah sekolah.. biasanya mesyuarat haruslah di attending oleh AJK tertinggi kan,, jadi disitu lah kami memainkan peranan masing2.. tapi sebenarnya tak ada pown mesyuarat, masing2 saje malas nak belajar jer yang betul nya.. sampai cekgu2 subjek tue naek pelik apsal time subjek diorang jer kitorang mesyuarat.. hampunkan kami cekgu…..

Ada lagi sekali pernah lah beberapa orang budak kelas kami(anda tau sape anda) yang dengan sengaja telah ‘mengebom’ sekolah… sambil tayang muka habis hensem dan campak mercun bola dalam kawasan sekolah.. dan cekgu disiplin a.k.a cekgu mohd noor datang sambil catwalk dengan sahabat karib beliau a.k.a rotan padu dan menyoal sorang2 budak2 kelas aku.. muka yang tayang hensem tadi dah bertukar cuak dan akhirnya piappppppp!!!... sekian…..
YANG BAEK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI SAYA SENDIRI......

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D