29 March 2011

wanita syurga yang mendapat kiriman salam dari ALLAH S.W.T

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].


Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha.. wanita syurga yang amat dikagumi. isteri yang amat disayangi rasulullah S.A.W.. 


Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.  Dianugerahi reputasi yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur, perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening, nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) . 


“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]


aku terkedu, terharu dan termengalir air mata saat mendengar berita Allah S.W.T menyampaikan salam melalui malaikat jibril a.s kepada saidatina khadijah... mulia nya peribadi saidatina khadijah.... 


Ya Allah.. Engkau bantulah sucikan hati kami, minda kami, pertuturan kami, tingkah laku kami.. sesungguhnya kami tidak mahu terlepas dari mendiami syurga Mu yang indah disana.. ampunilah dosa-dosa kami juga dosa kedua ibu bapa kami Ya Allah... sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Mengasihani, Maha Mengetahui... Amin Ya Rabbal Alamin..


sumber : hizbut tahrir


4 comments:

  1. tingginya kedudukan dia di pandangan ALLAH. . moga kita turut dapat camtu.. amin..

    ReplyDelete
  2. tersentuh... :) anyway, salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. :)

    ReplyDelete
  3. wohoho.bagus tol n3 ni..leh cite kat student aku

    ReplyDelete
  4. nadh :: insyaallah.. amin

    jgazkitaro :: salam kenal kembali... insyaallah.. sye pasti akn ke sane =)

    jiji :: blh12.. ko nk print screen en3 aku pown aku kasi..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D