20 April 2011

Aku Ingin Berubah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


alhamdulilah akhirnya datang jugak idea nak join contest aima

bismilahirahmanirahim...

Jika dulu,
Aku dipanggil “sutun”
Dipandang hina oleh mereka
Ibu selalu menangis mengenangkan nasib aku
Salahkah aku lahir ke dunia?
Salahkah ibu dengan hadirnya aku
Bukan pintaku untuk menjadi lembut sebegini

Aku masih lelaki
Masih mampu membantu ibu membanting tulang
Juga punya sekeping hati yang rapuh
Mahu memberi kebahagiaan buat ibu
Meskipun sejuta cacian dilemparkan padaku aku tahu Allah sentiasa bersama denganku

Aku ingin berubah
Ingin memberi sedikit senyuman buat ibu
Mahu mereka mengubah pandangan padaku
Ye, aku perlu berubah

Kini ,
Aku berdiri tegap bersama iman dan kejayaan yang Allah berikan untukku
Ibu tersenyum bahagia denganku
Kalian mengapa tunduk pabila berjalan dihadapanku?
Dongaklah untuk melihat aku yang kalian hinakan dulu
Pandanglah aku kelak aku akan menghulur ukhwah buat kalian
Kita manusia yang sama hina di pandangan-Nya
Berubah lah, berusaha berdoa dan bertawakal padanya
Sesungguhnya Dia tetap bersama kita walau duka mahupun bahagia…

sekian.... bagi sesiapa yang berminat nak join contest nie sila kunjungi laman muslimah optimis... 


8 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D