15 May 2011

kekurangan....

Makin hari aku mengenal dirimu
Aku makin takut untuk bersamamu…
Bukan kerana kekurangan kamu
Bukan juga kerana khilafnya kamu
Tapi kerana aku sendiri merasa kerdil nya aku untuk berdiri disisi kamu
Terasa diri ini tidak pantas untuk bergandingan bersama kamu
Kekurangan yang melingkari diriku membuat aku terasa tidak layak…
Sungguh….

Mampukah aku untuk membuat kamu bahagia
Mampukah aku menjadi yang terbaek untuk diri kamu
Dan mampukah aku menyempurkan diri dan hidup kamu?

Akan aku cuba memperbaiki apa yang lemah
Akan aku cuba menampal setiap kekurangan yang terpamer
Aku mohon, bantulah aku…
Sekiranya aku masih tidak dapat menjadi yang terbaek, masih tidak menjadi yang terindah untuk kamu, masih terpamer cela-cela disetiap langkahku
selautan kemaafan aku pohon dan,,,,
Terpulang pada kamu untuk terus meletak kan aku sebaris dengan kamu atau sebaliknya….


1 comment:

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D