29 May 2011

Tolong Jangan Abaikan Mereka!!

“Rumah Orang-Orang Tua Seri Kenangan”

“Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua”

Assalamualaikum…

Kadang-kadang korang terfikir tak kenapa wujudnya tempat2/rumah2 kebajikan nie? Perlu ke rumah nie ditubuhkan? Mana perginya anak-anak yang sepatutnya menjaga kebajikan ibu dan bapa yang dah berkorban nyawa dan harta hanya untuk membesarkan insan bergelar anak?

“dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapakmu, hanya kepada-Ku lah kembalimu.”
[Luqman:14]

Kira bukan nak hentam sape2.. Cuma ingin mengingatkan diri sendiri juga kepada sesiapa yang terkadang terlupa,yang lalai dengan duniawi.. dari siapa kita datang? Siapa yang melahirkan kita? Adakah kita datang dari langit,yang dibawa oleh angsa macam gambar bawah nie? Setiap makhluk Allah pasti ada ibu dan bapa masing2..

Bagi mereka yang kenal orang tua masing2 tolong jangan sesekali tinggalkan mereka sendirian meniti hari tua mereka.. bukan harta yang mereka mahukan dari kita. Cukuplah sekadar doa, ingatan dan penghargaan dari kita buat mereka. Sekiranya mereka ditimpa penyakit seperti nyanyuk atau sewaktu denganya.. ingatlah itu ujian dari Allah, Dia sayangkan kita, Dia mahu mendengar rintihan hamba-Nya, Dia mahu hambanya lebih dekat dengan-Nya, Dia mahu memberi peluang buat hamba-Nya mencari peluang menuju ke pintu syurga.. dan ingat! Allah itu Al Muntaqim(Maha Pembalas Dosa).. kalau sekarang korang sakitkan hati kedua orang tua korang, jangan salahkan sesiapa kalau bila hari tua korang nanti anak-anak korang buat benda yang sama dengan korang..

“(ingatlah) hari (ketiaka) kami menghentam mereka dengan hentaman yang keras. Sesungguhnya kami adalah pemberi balasan”
[Ad Dukhaan:16]

Ambil la peluang berbakti kepada ibu bapa. Tak kira lah kalau ibu bapa korang pernah berbuat dosa dan salah. Doa kan lah kebaikan buat mereka, doalah supaya dosa mereka diampunkan Allah. Dan jangan sesekali kita berbuat dosa kepada kedua orang tua kita. Kerana redha nya Allah pabila redha kedua ibu bapa kita.. syurga dibawah telapak kaki ibu..buat yang jauh dari keluarga sama macam kira, sama2 kita cari peluang untuk kita luangkan bersama kedua orang tua kita, selagi mereka masih bersama kita..Kalaupown masa tue amatlah terhad,, ambik phone call la parents kita.. tak susah kan..

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".
[Al Israa’ :23&24]

Semoga sama-sama kita mendapat manfaat..
Yang baik itu dari Allah , yang buruk tue dari kira sendiri…

Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahim ampunilah dosa ku dan dosa kedua mama dan papaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani sewaktu ku masih kecil. Berilah kesihatan yang baik buat mereka,  tetapkanlah iman mereka hanya untuk-Mu, lingkarilah mereka dengan keberkhatan dan redha-Mu. Tempatkan mereka disyurga-Mu yang tertinggi kelak. Tempat kan mereka di taman Firdausi-Mu..Amin Ya Rabbal Alamin..

ya sayang dan rindukan mama papa sangat T.T

8 comments:

  1. alhamdulillah... jom sama2 berbakti kepada ibu bapa selagi mereka masih ada...

    ReplyDelete
  2. bior la angah jaga umi n abh angah 2...jnji depa happy gan angah...heeeh

    ReplyDelete
  3. tak terbalas rasanya jasa mak bapak kita. tapi jangan dilupa mereka. jagalah mereka sebaik2nya.

    ReplyDelete
  4. saya sayang mama dan abah saya! terima kasih!

    ReplyDelete
  5. semoga ibu bapa kita ditempatkan disyurga yang tertinggi kelak.. amin ya rabbal alamin...

    ReplyDelete
  6. Inilah dia Kiera eh....manis, putih melepak orangnya... selalu kenal kartun je..he...he...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D