19 June 2011

Untukmu Papa

Assalamualaikum....

Waktu kecil, bila mama buat kuih masak nasi lemak nak menjual besoknya
Papa lah yang akan jaga kami adik beradik,
Papa lah yang akan memandikan hatta mencebok untuk kami,
Tak pernah sekelumit pown perasaan jijik papa pamerkan..

Waktu dulu, segala keperluan kami, papa lah yang akan sediakan
Walaupun permainan yang kami minta,
Papa tak pernah hampakan permintaan kami,
Papa sanggup mengayuh basikal dari rumah ke tempat kerja semata-mata untuk besarkan kami adik beradik

Waktu dulu, dikala kami mengeluh mengayuh basikal ke sekolah,
Papa pasti usaha hantar ke sekolah, walaupun masa tue papa akan lambat sampai tempat kerja,
Bila umur kami dah cukup untuk ambil lessen moto,
Papa tetap usaha hantar kami pergi ambil lessen,
Papa jugak tetap usaha belikan kami motosikal walaupun papa kena kerja lebih masa,
Kata papa, dulu papa susah, papa tak nak anak-anak papa susah macam papa dulu,

Kini, walaupun papa dah makin berusia,
Tapi papa tak pernah berhenti mencari rezeki buat kami,
Tak pernah sekalipun papa merungut, tak pernah sekalipun papa pamerkan penatnya papa mengerah keringat sehari-hari,

Dan kini, ya berjanji selagi nyawa dikandung badan ya akan cuba berbakti untuk papa..
Kalau selalu papa kata papa tak nak anak-anak papa susah macam papa,
Tapi sekarang biarlah ya susah asalkan ya tau papa ya bahagia dan senang..
Ya janji ya akan bahagia dan gembirakan papa, selagi boleh ya tak akan susahkan hati papa…
Ya sayangkan papa seluruh hati ya, lebih dari ya sayangkan nyawa ya….

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kau ampunilah dosa kedua mama dan papa kami,Kau kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka kepada kami sewaktu kami masih kecil. Kau tempatkanlah mereka disyurga-Mu yang tertinggi kelak, Kau murahkan lah rezeki mereka, Kau berikanlah kebahagiaan yang berpanjangan buat mereka hingga ke taman-taman Syurga-Mu yang hakiki. Kau Payungilah mama dan papa kami dengan keberkhatan dan keredhaan yang berpanjangan dari-Mu..Amin Ya Rabbal Alamin…

**berharap agar papa dapat membaca coretan ya nie.. ya sayang papa bukan saje hari nie, tapi setiap hari sampai ke Syurga kelak, insyaAllah….. selamat hari bapa buat papa ya yang tersayang Encik Yaakub Bin Abd. Talib…. Juga selamat hari bapa buat ayah, abah, abang edy, abang lang, juga buat semua bapa-bapa seluruh dunia, mendoakan yang terbaik buat kalian, semoga kalian dilimpahkan keberkhatan dan keredhaan yang berpanjangan…Amin Ya Rabbal Alamin.. sayangi dan luangkan masa bersama selagi mereka masih berada dihadapan kita…

***Al-Fatihah buat arwah ayah(bukan ayah kandung tapi dah sayang macam ayah sendiri) Encik Hassan… semoga arwah ayah diampunkan segala dosa, ditempatkan bersama hamba-hamba yang soleh, semoga arwah ayah tenang dan senang disana… ..Amin Ya Rabbal Alamin…



****rase rindu pulak nak baring atas riba papa .. papa miss u... =(

6 comments:

  1. Selamat hari bapa ^_^ nice post....

    ReplyDelete
  2. papa anda sgt HEBAT..:)
    hargailah jasa ayah kita..

    slamat hari bapa~

    ReplyDelete
  3. aah... kat langkawi.. nk pesan coklat apa?? ermmm....


    klo nk pesan..email sekarang... xpon bg msg kat FB.... klo boleh muat lagi la.... *sbb ramaai dah yg oder.. huhu

    ReplyDelete
  4. selamat hari papa semua

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D