Assalamualaikum
Seperti yang kita semua maklum, akhlak Rasulluah s.a.w sangat terpuji. Rasulluah selalu berusaha memaafkan kesalahan orang lain walaupun ade sedikit perasaan marah dalam hatinya.
Pernah satu ketika Rasulluah berjalan dan melintasi rumah yahudi. Seseorang dari atas rumah tue selalu meludah baginda.sesudah meludah orang tersebut pasti akan menyembunyikan diri. Setiap kali Rasulluah melintasi rumah tersebut pasti baginda akan diludah.
Sampai la satu hari, masa Rasulluah melintas rumah tue, baginda tidak lagi diludah. Baginda pown bertanya pada para sahabatnya. Rupa-rupanya orang yang selalu meludah baginda tue sakit. Rasulluah pown dengan segera melawat orang tue.
Orang yahudi yang sakit tue terkejut dan tak sangka, Rasulluah yang selalu diludahnya adalah orang pertama yang datang menziarahnya masa dia tengah sakit. Akhirnya dia pown meminta maaf pada Rasulluah dan berikrar untuk masuk islam.
Sifat pemaaf Rasulluah s.a.w nie mencerminkan betapa mulianya akhlak baginda. Sifat baginda merupakan pantulan dari sifat Allah s.w.t yang Al-Afuwwu. Memaafkan kesalahan orang lain memang sesuatu yang amat berat kerana kita harus melapangkan dada untuk melupakan kesalahan orang tersebut. Jadi jom sama-sama kita teladani sifat Rasulluah.
Tapi ingat prinsip Rasulluah dalam memaafkan.. jika yang dihina adalah peribadinya, baginda xde masalah untuk memaafkan, tapi kalau agama Allah yang dihina, baginda akan mencabut pedang untuk menghapuskan orang tersebut..
Dan ingat Allah s.w.t akan memafkan segenap kesalahan umat-Nya walau sebesar mana kesalahan yang dilakukan. Walau sebanyak buih dilautan kesalahan yang kita lakukan, seluas lautan pengampunan yang dijanjikan Allah kepada kita. Itu kalau kita buat salah dengan Allah…
Tapi kalau kita buat salah dengan manusia, kita kena mintak maaf dengan manusia dulu, baru kita bertaubat kepada Allah atas segala kesalahan kita…
Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
[surah an-Nisa’ ayat 149]
AL-AFFUWWU (Maha Pemaaf)
Allah S.W.T akan mengampunkan dosa mereka yang banyak menyebut asma ini. InsyaAllah.
Peringatan untuk kira sendiri dan semua.
Yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari kira sendiri…
kemaafan yg sejati adalah memaafkan seseorang yg dirasakan tak patut dimaafkan...
ReplyDeletebelum raya lagi ni, tapi akak nak mintak maaf kat ko ek, hehehehe! :)
ReplyDeleteMataHati @ MH :: setuju,, walaupown nak memaafkan tue sgt susah.. tapi kita ttp kene usaha.. =)
ReplyDeleteIeda Al-Habsyi :: hihihi.. saya pown mntk maaf ngn akak erk... =)