21 September 2011

Sombong lah lagi


Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.
[An-Nahl,16 : 78]

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.
[Al-Hasyr,59 : 19]



Assalamualaikum semua

Jangan sesekali sombong dan bongkak pada tuntutan/suruhan Allah.. siapa kita jika nak dibandingkan dengan kebesaran Allah yang Maha Agung Maha Mengetahui.. kalau gunung-ganang, haiwan-haiwan dan serata isi dibumi nie tunjuk bersujud pada Ya Aziz. kenapa kita yang manusia yang diberi akal oleh Allah terlalu sombong nak sujud menghadap Maha Pencipta? Terlalu angkuh dan rasa besar diri nak tunduk pada suruhanNya…

Jangan sampai Allah uji kita dengan kehilangan kesayangan kita, baru kita nak ingat pada Dia.. –selalunya memang mcm tue la manusia akhir zaman sekarang kan? - :(

Ya Azim Ya Rahman Ya Rahim … ampukanlah dosa-dosa kami, kami lalai dengan suruhanMu.. Kami sering terlupa akan kebesaranMu melebihi kebesaran nafsu kami sendiri. Engkau ujilah kami wahai pemilik nyawa kami, agar kami tidak lalai dalam mengejar kebahagiaan akhiratMu.. Amin Ya Rabbal Alamin

Peringatan dah tentu untuk diri saya, Nur Syakira Yaakub dan juga anda semua
Yang baik dari Dia yang Maha Besar, dan yang buruk itu dari khilaf hamba yang kerdil nie…

::sekian::

4 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D