Assalamualaikum semua
Sebagai seorang yg bergelar perempuan adakalanya persoalan² kat bawah nie mengintai² lubuk hati dan fikiran sekiranya diri sudah disunting untuk dijadikan permaisuri..
Sesudah berumah tangga. Apabila disahkan mengandung dan mengalami alahan yang teruk. Mungkin alah pada bau suami, membuatkan membenci suami. Mungkin membenci selama 3 bulan 4 bulan atau 8 bulan lamanya. Mungkin anak kedua ketiga dan seterusnya tetap diuji dengan alahan yg sama.
-sabarkah engkau wahai suami dgn karenahku? Masihkah aku ini cintamu dikala itu?
Emosi semasa mengandung berubah, mengeluh sakit itu dan ini. Resah dan tak selesa selalu menghimpit si isteri yang mengandung.
-sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?
Semasa mengandung upaya melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa, sering hambar tiada penariknya. sehebat² mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sbg isterimu.
-masihkah aku buah hatimu?
Tahun awal berumah tangga diserikan dgn cahaya mata pertama pasti saat itu masih indah. Cahaya mata makin bertambah, kerjaya semakin b’kembang. Pendapatan b’tambah sesuai dgn bebanan juga yg makin b’tambah. Dalam suasana yg byk tekanan.
-apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dgn karenah anak² dan mama mereka? Mampukah engkau terus tersenyum menawarkan bahagia?
Atau mungkin setelah sekian lama aku masih belum mampu memberi zuriat padamu.
-masihkah aku ada tempat dilubuk cintamu?
Andai kita masih diuji, andai aku disahkan tak boleh merahimkan cahaya mata impian kita.
-apakah aku masih kekasih hatimu?
Andai Allah menguji dengan ujian yg lebih hebat, andai diujinya aku dgn barah payudara yg t’paksa mengorbankan salah satu atau keduanya. Kimoterapi yg meluruhkan rambutku yg dulunya menjadi belaianmu. Tubuh ini sentiasa lemah dlm pelukanmu, berak kencingku didalam kain batik pemberianmu.
-masihkah engkau mencintaiku?
Terkedu terkaku terkelu.. punya jawapan kah kita akan semua persoalan ini?
**Incik Imam punya jawapan tak?
SUMBER
muahaa..mati2 aku ingtkan ko dah ngndong
ReplyDeletehurmm...jawablah wahai bakal suamiku..
ReplyDeleteJIJI ::
ReplyDeletehohoho.. kau mmg :p
Kak Sunah ::
sama2 la kte menanti jawapan.. =)