20 December 2011

Dizalimi masa silam

Assalamualaikum semua 

*****
Dizalimi masa silam

kekadang seseorang tue akan bertindak buat satu² keputusan berdasarkan pengalaman masa silam die. Contohnya ;

jika dulu dia pernah ditinggalkan kekasih, kekasih nya curang. Bermain kayu tiga. Meninggalkan dia tanpa kata. Sudah memberikan harapan dihancurkan pula harapan itu.

Kerana sakitnya masa silam dulu, dia memilih untuk tidak mempercayai kata-kata kekasih barunya. Mampu bertahan ke sesuatu hubungan tanpa kepercayaan?

Ada ketika akal menolak putik cinta yang baru nak berputik kerana masih dibayangi gelapnya masa silam. Tapi andai tidak diberi peluang si hati menerima cinta baru, sampai bila hati harus dizalimi?

Masa silam adalah kenangan, kenangan yang mengajar kita satu perkara yang baru. Yang selalunya mengajar kita untuk lebih matang berfikir. Yang lebih pandai menghargai agar tiada insan laen yang akan merasa seperti mana sakitnya kita satu masa dulu.

One Step Closer


Benar, perlu lebih berhati-hati tapi jangan sampai menzalimi. Hargailah masa depan. Jangan menzalimi masa depan kerana kesalahan masa silam.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D