06 December 2011

Kerana sebuah Novel, part I

Assalamualaikum semua
cerpen : kedua dah kowt... Alhamdulilah Allah bg idea, thanks to him also.
selamat membaca, maaf kiranya isi tak berapa nak best, saya budak baru belajar :)

*****
“Eh!!!!! Awak buat apa tue? Nak kemana tue?” bagai siren umum banjir tingginya suara Qisya menyoal lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya itu.

“ape lagi la minah sorang nie nak?dari tadi tak habis-habis lagi” rendah Khairi mengumam. Kalau sebentar tadi Qisya menghalau dia turun mandi ditingkat bawah, kini ntah ape lagi la yang dikehendaki isterinya.

“mentang-mentang nie rumah parents dia” gumam Khairi dalam hati.

Perkahwinan tanpa cinta, Khairi dan Qisya dipaksa untuk menerima ikatan ini demi setianya mereka pada kedua orang tua masing-masing. Bimbang dipanggil anak derhaka, keduanya memilih menurut saja kemahuan mereka. Mujurlah keduanya belum punya yang istimewa, jika tidak makan lampung berulam pegaga la jawabnya.

“ada apa wahai isteriku sayang? Adakah isteriku tersayang nie mahu bermanja-manja disisi suaminya yang dicintai?” sengaja Khairi mengusik isterinya, sungguh dia teramat penat mahu melayan karenah Qisya malam nie, bukan dia tak tahu yang Qisya mahu menghalau dia tidur dibawah.

“grrrrrr benci la dengan dia nie” terus saja diletakkan bantal panjang ditengah sebagai sempadan dia dan suaminya. Tidak terlintas untuk dia menghalau Khairi tidur dibawah, bimbang hari pertama dia bergelar isteri sudah menjadi peserta pertama mendaftar diri dibuku pendaftran ahli neraka. Mintak dijauhkan.

“jaga-jaga sayang, takut benci nanti lama-lama rindu pulak” tak habis lagi Khairi menggiat isterinya. Namun dalam hati dia bersyukur tidur malam nya hari ini tidak diatas karpet dibawah sana. Sungguh, dia dah target karpet sebagai tempat tidurnya malam nie, sengaja mahu menggiat isterinya dengan berbaring diatas katil.

Akhirnya keduanya terlena dengan kepala yang sarat dengan berbagai perkara.

*****

“apekehalnya kome berdua nie?diam tak berkutik.” Binggung Mak Wiyah dengan karenah anak perempuan dan menantunya itu. Qisya sejak turun lepas subuh tadi tak bersuara walaupun tangannya lincah menyediakan sarapan. Khairi selepas memberi salam, terus senyap bagai ada butir emas dalam mulutnya.

Saat mata keduanya terpandang antara satu sama lain, pantas keduanya menundukkan kepala. Terasa muka seperti disimbah ais batu berkadar  3 darjah celcius!!

Mak wiyah dan Pak Irsyad hanya mampu menggelengkan kepala dengan karenah keduanya. Dalam hati masing-masing berdoa agar perkahwinan yang diatur oleh mereka ini disimbah keberkhatan Ilahi agar bepanjangan hingga ke taman-taman syurga.

*****

“awak ada buat apa-apa tak kat saya?” kalut Khairi bertanya pada isterinya.

“eh apsal saya pulak yang nak buat apa-apa kat awak? Ke awak yang ambik kesempatan pada saya?bkn blh percaya awk nie” statik Qisya menyoal kembali.

Dinginnya tidur malam membuat Qisya lena dipangkuan suami. Dan Khairi makin dibuai mimpi indah berbantalkan isterinya buat kali pertama.

Masing-masing kalut membersihkan diri sebelum berjemaah solat subuh. Usai bersalaman dengan suaminya pantas Qisya turun menyediakan sarapan. Tak sanggup bertentang mata dengan suaminya. Malu. Khairi juga begitu, dalam kata tak hendak itu juga yang dicapai bila terasa dinginnya malam tadi.

*****

5 bulan sudah berlalu. Segala tanggungjawab sebagai suami dan isteri dilakukan dengan sempurna oleh keduanya. Khairi tidak pantas melepaskan tanggungjawab dalam membimbing seorang isteri, bimbang gagal dalam memegang amanah sebagai imam dalam jemaahnya. Qisya pula khuatir andai lalai dalam melunaskan tanggungjawab nya dalam menjaga keperluan suaminya.

Biarpun perkahwinan mereka tanpa cinta. Namun kerana cinta pada Ilahi, cinta akan keredhaan dan takut pada murkaNya. Keduanya memilih jalan selamat, menggalas amanah dengan sebaik yang mungkin. Hanya satu tanggungjawab itu yang belum mampu terlaksana oleh keduanya. Andai cinta sudah terbit dalam hati barulah mampu menunaikannya.

Tingggggg!!!!

Keduanya terpempan bila mana kedua mata mereka bertaut, seakan magnet yang menarik dua pasang mata untuk saling bertaut bagai tidak mampu dipisahkan lagi.

“ish kenapa la time nie jugak dia nak tengok aku, kenapa tak tunggu 10 minit lepas nie ke, setengah jam lagi ke” pantas Qisya menurunkan bola matanya meneliti tiap baris isi novel cinta 3 suku yang dibacanya sebentar tadi.

“adehh kantoi pulak, eh dia pun stalker aku jugak ke?” ngomel Khairi lantas satu senyuman terukir dibibirnya, Sutera Bidadari tulisan Ramli Awang Mursyid yang tertangguh akibat aktivitinya sebentar tadi disambung semula.
*****

ini bahagian pertama, bahagian kedua akan diauto publish,
panjang sangat pulak kalau nak letak xda part-part nie... 
sendiri yang malas bila nak membaca panjang-panjang nie
terima kasih sudi membaca :)


11 comments:

  1. mikero ::

    tgh2 ade idea nie..hihihi

    kak sunah ::

    yup2, dua2 suka bce novel.. hihihi :D

    Nadzri ::

    werkkssss, pndai kte kt org

    Kak Shida ::

    hahaahah,, sje2 terai2 :D

    ReplyDelete
  2. pandai kira tulis cerpen....

    nak baca sambungannya lagi hehe

    ReplyDelete
  3. GKSB ::

    hahahaha, xde la.. x sehebat blogger2 lain :)

    Iffah ::

    hihi, thanks dear :)

    ReplyDelete
  4. jelesnya..teruskan dik..

    *walau ah kak kornag ni x tau nulis..terselit bangga adik-(adik) dia boleh tulis novel/cerpen..

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak baca sambungan pulak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D