11 December 2011

Satu perjalanan #3

Assalamualaikum semua

Antara hukum dan adat,
Pastinya hukum yang dipilih.
Namun, ada kalanya pilihan sendiri tidak sejajar dengan kehendak keluarga dan mereka yang terdekat.

Disinilah payah yang menanti,
Perlu berjuang mempertahankan hukum,
Bertegang urat menjelaskan mengapa adat ditolak demi menegakkan hukum.

Payahnya Ya Allah,
Perlu menolak dan berdebat dengan insan yang tersayang demi mendekati diri-Mu,
Namun, jihad ini perlu diteruskan

Berkeras bukan jalan yang terbaik,
menolak tanpa sebab juga hanya memincangkan persaudaraan,
Islam itu indah, ditolak dengan bahasa yang lembut,
diterangkan mengapa dan kenapa tidak boleh menurut,
semoga kehendak tercapai dan Ilmu semakin kebal, persaudaraan makin kental.

insyaAllah…

hukum bersanding menurut islam





 **perlukan sokongan dan pinjamkan kekuatan

5 comments:

  1. tepung tawar tu tang syirik tu..betul tak?

    ReplyDelete
  2. ala...nak kawen jugak..mud gatai..hehehe

    ReplyDelete
  3. sabar ye dik..rasanya kita dah pernah bincang pasal ni dlm skype ramai2 dulu..cuba bincang baik2..bg mereka faham sebab dan kenapa..

    ReplyDelete
  4. HJ ::

    betul tue ustaz... :)

    Lynda ::

    hahahahaha... sume pown ade perasaan tue :p

    Iffah ::

    hihi :D

    kak Shida ::

    insyaAllah kak, mekasih ye :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D