Assalamualaikum semua
“kau nie aku tengok macam tak ada perasaan jer Dif”
“haaaaa? Apa benda kau cakap nie Rul?” terkejut Hadif dengan pertanyaan Khairul. Entah apa saja yang bermain diminda sahabat nya itu.
“tak la, maksud aku kau nie tak ada perasaan dekat perempuan ke? Tak pernah aku tengok kau layan mana-mana awek, bukan jer tak bersembang, pandang pun tak” akhirnya terluah juga segala tanda tanya Khairul. Bukan niat untuk menghina temannya namun dia khuatir andai Hadif benar seperti apa yang disangkanya.
“engkau nia Rul. Aku nie sama macam kau, ada sekeping hati yang Allah kurniakan. dan takkan sesekali aku cuba menjeratkan diri aku sendiri ke lembah dosa dengan menolak ikatan pernikahan . Bukan kah manusia itu dicipta berpasang-pasangan. aku yakin akan ada pasangan aku satu hari nanti. Bila dan siapa hanya Allah yang mengetahui.” Panjang lebar penjelasan Hadif buat sahabatnya.
“Alhamdulilah, lega aku dengar kau cakap macam tue” dan keduanya serentak tertawa.
‘biarlah rahsia itu hanya aku, dia dan Allah saja yang tahu’ monolog Hadif.
*****
“kenapa awak selalu ignore kalau ada yang dekat dengan awak? Awak dah ada siapa-siapa ke?” Dahlia memecahkan sunyi dibilik mereka berdua.
“siapa apa nya? Kalau betul diorang tue ikhlas nak berhubungan dengan saya, diorang kenalah mintak izin dengan ibu dan ayah saya dulu. Biarpun orang akan memandang saya seperti kolot, nak berkawan pun kena mintak izin keluarga saya tak kisah janji saya tahu saya tak buat perkara yang salah.” Jelas Huda.
Dia mengakui ramai yang merisik-risik mahu berkawan rapat dengannya atau bahasa orang sekarang couple namun semua ditolak. Kerana dia punya prinsipnya sendiri.
“owh macam tue” ujar Dahlia yang menghentikan perbualan mereka petang itu. Biarpun mereka berdua telah bersahabat sejak disekolah menegah namun soal hati tidak pernah disentuh baik Dahlia mahupun Huda.
*****
“Assalamualaikum makcik, saya Hadif. Maaf kiranya saya menganggu makcik. Biarpun agak kurang manis saya hanya mengirim sms pada makcik namun saya rasa lebih tidak manis andai saya tidak meminta izin dari makcik terlebih dahulu. Saya mahu meminta izin untuk berkawan dengan Huda, dan insyaAllah andai ada jodoh kami saya mahu menyunting Huda nanti” dalam keadaan bergetar jari Hadif mengirimkan pesanan ringkas buat Ibu Huda yang jauh di Kuala Kangsar. Hajat dihati mahu meminta izin melalui telefon namun dia khuatir andai lidah kelu mahu berbicara nanti. Kurang manis kiranya dia memulakan perkenalan dengan gadis Ibu Bapa tersebut tanpa restu dan izin dari mereka yang melahirkannya.
Itu cerita tiga bulan yang lalu. Dan sebentar tadi, Alhamdulilah selamat sudah majlis pertunangan antara dirinya dan Huda. Sengaja mereka berdua memilih untuk menyembunyikan berita pertunangan antara keduanya. Apabila tiba masanya kelak baru diberitakan pada umum.
“sampai macam tue sekali Dif? Aku kagum” terkelu sebentar kata-kata Khairul mendengar cerita sahabatnya sebentar tadi.
*****
“aku sama macam kau dan orang lain. Ada perasaan ingin dicintai dan mencintai. Merindui dan dirindui. Tapi selagi akad belum diangkat aku takut nak pamerkan perasaan tue pada si dia. Bagi aku biarlah segala perasaan cinta rindu dendam yang ada dalam hati aku diluahkan pada isteri aku yang sah nanti. Saat tue bukan jer akan jadi saat manis antara aku dan dia tapi lebih manis kerana tiap kata dan renungan antara aku dan isteri akan menjadi ibadah yang mendekatkan kami pada Yang Maha Esa.” Panjang lebar penjelasan Hadif.
“aku betul kagum cara kau dan tunang kau” terkebil-kebil Khairul mendengar penjelasan Hadif.
“tak perlu kagum, bukan aku jer yang pertahankan kesucian cinta macam nie, ramai lagi kat luar tue yang pertahankan kehendak hukum agama.”
Teringat kembali Hadif pada perbualan antara dia dan sahabat nya minggu lalu. Baginya keindahan sesebuah perkahwinan itu lebih indah kiranya perasaan cinta disimpan hingga la kedua pasangan diijab kabulkan.
Biarlah perasaan itu dilafaz hanya pada yang halal memilikinya. Sungguh dia cinta pada tunangannya, Huda. Namun, dia lebih mencintai Yang Maha Esa. Hadif khuatir andai dosa dan kesilapan semasa era pra-perkahwinan mereka akan meracuni kebahagiaannya bersama isteri.
“saya hanya akan meluah hanya apabila awak sah menjadi isteri saya kelak, bersabarlah wahai hati, kuatlah wahai diri” Hadif lebih menasihati dirinya sendiri.
“awak percaya pada tunang awak? Macam mana awak nak tahu dia jujur atau tidak kalau awak sendiri tak tahu ke mana dia pergi, dan awak langsung tak berkomunikasi dengan dia?” sungguh, Dahlia ingin tahu.
Huda tersenyum Cuma.
“Alhamdulilah, hubungan kami berjalan dengan baik. Saya percaya pada dia dan selebihnya saya percaya pada jodoh yang dah ditetapkan oleh Allah. Buat apa saya susah-susah nak susah hati, jika benar dia jodoh saya pasti Allah mengizinkannya.”
“lagi pun saya dan dia bukan malaikat yang tak punya nafsu. Kami risau andai diri dan akal dikuasai nafsu, hilanglah malu hilanglah kesucian cinta kami.
Keduanya kembali mendiamkan diri.
*****
“masyaAllah” terduduk Huda mendengar suara bercampur tangisan dihujung talian. Baru sebentar tadi Ibu Hadif menelefonnya mengkhabarkan berita Hadif di tahan di wad, barah Hati peringkat ke tiga. Berjujuran air matanya.
“doctor, saya juga berdarah A+ , pasti saya boleh dermakan hati saya untuk dia. Tolong selamatkan dia doctor, masih ramai yang perlukan dia, masih ramai yang perlukan bimbingan dia untuk kembali ke pangkuan Ilahi.” Tersekat-sekat Huda menuturkan niat hatinya. Sebak bercampur tangisan. Niat nya Cuma satu biarlah insan bernama Hadif kembali kepangkuan mereka yang memerlukannya.
“baiklah ikut saya” baik ibu bapa Hadif mahupun Huda, mereka akur jika itu kehendak Huda. Kemahuan hati Huda tiada siapa yang mampu merubah kecuali Yang Maha Kuasa merubah dan membolak balikkan hati manusia.
Assalamualaikum wbt..
Maafkan saya atas keputusan yang saya ambil. Saya tahu masih ramai yang perlukan awak. Saya mungkin tak mampu berdakwah seperti mana awak, kerana itu biarlah saya korbankan sedikit nikmat Ilahi agar awak masih mampu meneruskan penggembaraan Cinta Ilahi. Doa saya moga Allah permudahkan jalan awak. Andai bukan jodoh kita didunia doa saya moga jodoh kita diakhirat kelak. Jaga diri awak. Wassalam
-HUDA_
“saya juga perlukan awak” perlahan Hadif menyeka air mata yang terbit. Tidak disangka gadis yang dicintai dalam diam mampu berkorban sejauh ini. tinggi benar cintanya pada Ilahi hingga sanggup menggadaikan nyawanya sendiri.
Pantas Hadif menyimpan surat yang acap kali dibacanya. Terus wajah isteri tersayang ditatap. Tersenyum saat mata mereka bertaut.
“terima kasih sudi berkongsi hati dengan abang”
“dah banyak kali abang cakap macam tue, cukup-cukup la tue” pantas dicuit hidung suami tercinta. Berkat kuasa Ilahi Hadif dan Huda mampu bernafas dengan berkongsi sekeping hati. Besar harapan keduanya biarlah rasa dan bahagia yang dikecapi berkekalan hingga ke taman-taman syurga.
“saya HATI kamu” pantas keduanya tertawa.
sori cik kiera..malas nak baca cerpen.lelaki kan..hehe.just tinggal komen je..
ReplyDeleteGEDIK la HJ ni
ReplyDeleteapepon mmg sedih kak
uwaaa mau nangs
HJ :: hahahha ngada jer :p
ReplyDeleteIffah :: sedih ke? hihi :p
saya HATI kamu. opss. ahahahaha :D
ReplyDeletenak jadi macam HJ gak..
ReplyDeleteerr..tapi sebab besarnye tulisan...
cite yang cukup sweet.. saling menjaga batas sampai ari pernikahan.. ade lagi ke manusia yang macam ni? bertuah jadi watak dalam cerpen ni..
ReplyDeleteNadzri :: :p
ReplyDeleteKak Sunah :: yeke? dah kecikkn..hihi
Kay :: ada kay percayalah.. :)
part ujung2 tu ingatkan Huda mati latadi..
ReplyDeletefuuhh.... :D
untungla dua2 dlm cerita nie......mesti skrg tgh tggu kelahiran khalifah kecik kn....lepas satu ujian d bagi satu hadiah dr Allah ~
ReplyDeletesweet sangat nih..
ReplyDelete