08 May 2012

kisah annoying petang semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hujan lebat malam ahad lepas, saya terjaga dari tidur bila terasa tempias hujan dari luar. bangun dengan pantasnya semata mata nak selamatkan selipar barney saya dari kelemasan, tapi bukak je pintu tengok barney tue dah tergapai-gapai dalam air.. hukhukhuk. selipar barney tue material dia kain pasal tue la yang saya over eksaited jaga keselamatan dia. mesti awak awak semua rasa macam apa jer saya nie kan barney tue pulak yang dirisaukan, oihh mestilah saya kalau dah sayang memang akan jaga sebaik mungkin. 

disebabkan dapur dah naik air, air tue pulak dah mula merayap masuk dalam bilik saya yang bersebelahan dengan dapur maka saya pun dengan senang hatinya tutup pintu bilik dan naik atas katil nak sambung tidur, xde keja pulak saya nak mengemas semuanya tengah pukul 2 pagi tue. tapi tempias hujan dari luar pulak masuk dalam bilik, ada tingkap untuk aliran udara dekat atas bilik saya nie tempias tue masuk ikut situ la.. saya dah letih nak fikir semuanya, selubung badan dengan selimut, tutup muka dengan bantal, dan saya tidur....

bagi saya insiden nie ada hikmahnya sebab owner rumah tue kata nak datang jumpa saya semalam. ohh kena pada masanya lah, saya pun memang teringin sangat nak tengok sape dia dan sangat teringin nak dengar apa yang keluar dari mulut dia.. petang semalam macam dijanjikan dia pun sampai dekat depan rumah. apa yang menjadi tanda tanya saya tujuan dia datang. saya jemput dia masuk dia tak nak, nak kata segan tak mungkin sebab masa tue ada saya, osmate dan makcik jiran sebelah. lagi pun dia datang dengan abang dia.

saya : masuk la pakcik tengok rumah pakcik nie (kali kedua ajak)
dia : xpe la dekat sini pun boleh (tercegat depan slinding door)
saya : masuk la pakcik tengok dapur tue ha masuk air (saya dah nak marah time nie, cuba kawal suara sebaik mungkin)

akhirnya abang dia melangkah masuk dulu, baru dia. lepas tue dia boleh tanya saya macam mana boleh jadi macam tue, saya jawab tatau jer. dah diorang tengok-tengok keadaan rumah tue katanya nak panggil orang yang boleh repair rumah tue. bila osmate mintak service loji kumbahan tue dia kata nak panggil orang repair tue jugak. saya diam je time nie sebab saya tahu hati saya tengah panas. dah banyak kali dapur dan bilik kami masuk air, dan saya benci bila dia masih nak salahkan penyewa lain sedangkan dia yang tak service rumah tue sebelum sewakan pada penyewa baru.

paling annoying bila dia arahkan saya bank in duit sewa rumah ke akaun bank dia dan maklumkan pada tiga orang yang berlainan bila dah selesai urusan tue. bila saya tanya kenapa, jawapan nya 

"mesej pi jela, 1 sen je kan satu sms" 

saya diam, peluk tubuh dan biarkan dia dan abang dia membebel itu dan ini. doa saya moga Allah bantu saya dapatkan rumah sewa lain dengan kadar segera. saya benci berurusan dengan manusia macam tue... 

10 comments:

  1. eh jap! apasal selama ni aku tak perasan yang kau ni jenis panas dalam ea? ingatkan ko garang je. hihi.. tape, pns dlm pendam sendiri kan?

    apapun, banyakkan bersabar ye kira. kdg2 mg ada penyewa spesis mcm ni. ha, amik kau! spesis aku bagi.hahaha

    ReplyDelete
  2. Hurmm adik sama cam akak klu dah marah x mampu nk ckp apa sbb geram sgt. Moga dpt cpt bilik sewa ye. Adik nk area mana nnt pm akak mana tau ada kwn duk sana ke. Thn sket eh.. Nnt nk dpt almari baru kan? Huhu. Owner kita sama.. Grrr

    ReplyDelete
  3. kalau ade golongan camtu, memang kne maki gak r.. sendiri salah, salahkan orang lain. hmm, moga cepat r ko dapat cari umah sewa baru ye.

    psst: tak pun, kawin dok ngan husband, lagi selamat =P

    ReplyDelete
  4. isssssssssh kena la ambik tanggungjawab....rumah nak disewa..bulan2 nak suruh bayar cepat...tp rumah tak memuaskan...sabar ye kira...moga dapat rumah lain dengan cepat

    ReplyDelete
  5. Mmg grm. Cpt2 cr rumah lain la. Sbb tu kmi ske homesty.bayar mahal tp slese

    ReplyDelete
  6. sabar2 akak, insyaAllah nanti dpt rumah yg bru :)

    ReplyDelete
  7. hm macam2 hal kalau duk umah sewe ni. kalau tak salah rumah, salah osmet.. macam2 hal!

    semoga awak jumpa rumah yang lebih baik :)

    ReplyDelete
  8. cian kak kira selalu je rumah masuk air..lepas ni kena cari rumah lain..moga2 dipermudahkan..

    ReplyDelete
  9. dah dapat dah rumah sewa baru dear ??? apapun sabar bebanyak ea..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D