30 May 2012

Murabbi Cinta #8 : Pilihan Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera


kadang bila pilihan sendiri tak diretui parents sakit kepala jugak kan? lepas tue parents mintak kita terima pilihan diorang.. adoiii pening, nak bangkang kang jadi anak derhaka, x pasal je tergelincir dari syurga sebab melawan kata parents..

ehhh kejap awak, jangan la serabut lagi.. Islam memang menyuruh kita taat pada perintah kedua ibu bapa. wajib lagi tue hukumnya selagi tak bertentangan dengan syarak. tapi islam jugak bagi hak pada bakal mempelai pilih pasangan hidup mereka sendiri. ingat! islam tak memberatkan umatNya.tenang lah dulu. kalau awak dah ada calon sendiri cuba bandingkan calon parents dan calon awak mana yang lebih baik. 

siapa keturunannya, yang mana lebih menjurus pada agama. paras rupanya yang menjadi sejuk mata awak memandang, tak sejuk mata orang lain pun xpe asalkan dimata Allah dan awak dialah yang paling cantik dan sempurna. hartanya pulak kemana perginya, zakat ditunai atau tidak, yang kurang dibantu atau tak. dan paling utama agamanya, bukan ustaz ustazah xpe asalkan solat 5 waktu tak tinggal, hubungan dengan Allah dipelihara, hubungan dengan ibu bapa dijaga, ingat awak, kalau hubungan dengan Allah dia jaga insyaAllah yang lain-lain pun akan dia jaga dengan baik. kat situlah indahnya orang yang beragama.

jadi janganlah terus nak melenting dan muka cekodok basi kalau parents suruh pilih calon pilihan diorang. bila awak dah buat perbandingan ikut 4 ciri yang islam tetapkan awak jangan lupa mintak bantuan dari Allah. janganlah pulak belakangkan Dia.. pilihan Dia adalah pilihan yang paling tepat dan terbaik untuk awak... ;) 

7 comments:

  1. xmlenting sbb calon pon xde lg kikiki

    ReplyDelete
  2. semoga sy pilihan yg lebih baik.. klu x, berdosalah sy :(

    ReplyDelete
  3. hmmm..sedey kalau kene tolak pilihan sindri..

    tp...mesti ade yg terbaik kan...

    ReplyDelete
  4. belum masuk fasa nak melenting lagi.. nak membanding pun tak buleh lagi..heee

    ReplyDelete
  5. kata org pilihan family ni yg terbaik. tp xtahu la macam mane sbb xmerasinya lg. hiks.

    ReplyDelete
  6. dena bahrin pilihan family die gak.. tapi bahagia gak sampai sekarang kan.. so tak semesti nye tak hepi ngan pilihan keluarga kan? hmm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D