20 May 2012

Sayang perlu dilafaz? versi Kiera Sakura

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Iffah tanya perlu ke ungkapkan sayang?dan ada moral of the story dalam entry dia tue.. "..Akhirnya mereka tak jadi bercerai sebab si suami mengaku yang.." sambungan dekat sini...


bagi pandangan saya tetap saya pilih jawapan ya dan tidak. Tidak bagi yang belum ada ikatan sah kerana nak menjaga hati dari dihasut bisikan syaitan. menjaga kesucian perasaan, kesucian cinta seperti pecinta senyap Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. keduanya memilih mendiamkan rahsia hati kerana lebih memilih redha Allah. memilih mencintai Allah lebih dari dunia. tapi kerana mereka menjaga hubungan dengan Allah, Allah pelihara cinta suci mereka dari tercemar. akhirnya Allah satukan mereka dengan ikatan suci yang dipanggil pernikahan. indah kan bercinta sesudah halal.

sungguh saya dan awak semua bukanlah manusia yang lahir di zaman Rasulullah. tapi tak mustahil untuk kita jaga kemanisan cinta tue dari tercemar dan tidak melafazkan didepan orang yang kita sayang. kalau benar sayang, mohonlah pada Allah minta dipermudahkan urusan, bawalah keluarga awak berjumpa keluarga si dia, mintalah restu kedua orang tua, peliharalah keindahan cinta sebelum ikatan terbina. memang payah nak memelihara tapi tak mustahil untuk mencuba*nasihat untuk saya juga*

Perlu melafazkan macam contoh kat atas tue la lafazkan sayang dan cinta didepan Allah, didepan Keluarga. dan perlu lafazkan sayang dalam hubungan suami isteri. benar, awak memilih dia itu jer dah jadi bukti yang awak sayangkan dia. tapi lebih indah lebih manis kalau setiap hari awak baja ikatan itu dengan perkataan sayang cinta atau perkataan yang romantik. bukan kah berkasih sayang dengan pasangan dikira ibadah. pandang mata je pun dah dapat pahala. bukan minta awak dukung dia tiap hari *sekali sekala apa salahnya kan* hihihi..

tapi orang kata kalau sayang luahkan, kalau kena reject pun tak pe janji kita dah usahakan. tapi kalau tak kena reject jangan pulak melambatkan proses ikatan tue. Tak boleh ke nak lafazkan sayang walau sedikit? bagi hint sudahlah jangan pulak terlampau kerap.... ;)

7 comments:

  1. Kadangkala Cinta Syang Kasih dan Rindu tak perlu dilafaz, cukup sekadar body language sj. Bagi yg dah berumah tangga, ianya mudah dilakukan. Pasangan pasti faham....

    Tp yg tak faham2 bahasa tue, cakap pun tak guna, sampai bebuih mulut kita cakap syg pun dia buat derkkkk jer. Yg tu sengaL!

    ReplyDelete
  2. Jgn bg hint tlalu kerap

    haha ai like

    maksud tu lebih mndalam dlm entry matang dr akak ipar sy

    sile bace smua

    ReplyDelete
  3. usah terlalu mudah mengungkap sayang...dan usah tersilap mengungkap sayang... :)

    ReplyDelete
  4. bila berkahwin pasti kena ada komunikasi

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum..salam perkenalan ya sakura.. :)

    Lana suka jawapan tu..ya dan tidak..

    Dan, ayat terakhir tu..macam simple, tpi nak buat tu..hehe, nak bagi hint, tpi jgn terlalu kerap..kdg2 bg hint skit, org sblh sana tak reti2 bahasa,hehe. Kena cari cara lain pula..

    Lana pulak, kdg2 main bedal ja ckp..saya sayang awak..baik kat lelaki or perempuan..entah, bagi lana..rasa sayang boleh dipecah2kan..sayang sbg kawan, sahabat, sesama manusia.. :)

    ReplyDelete
  6. terase jap.. huu.. pengaruh media r tu.. drama sume nak main sayang2 sebelum kawin.. so orang pun ikut.. termasuk aku.. -_- tapi dulu r.. sekarang tidak lagi ^^ cinta pas kawin macam best gile <-- jeles kat dena bahrin

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D