Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
gambar bukan sekadar hiasan :p
auwwww malu makcik letak gambar tunang makcik kat situ.. hahaha :p ok tak nak mula mengarut. prinsip saya nak dapat yang luar biasa awak kena mula jadi luar biasa. tak la luar biasa buat menda pelik yang bertentangan dengan syariat. lepas je saya dipurpose secara unofficial oleh Pakcik Imam, saya kata pada dia bagi saya masa. saya tak kan buat keputusan selagi keputusan saya tue tak datang dari Yang Maha Esa. Maaf kiranya apa yang bakal awak semua baca semacam saya meninggi diri, bukan bermaksud cuma saya hanya berkongsi pengalaman apa yang dah saya alami.
dulu saya pernah silap. menerima lamaran bekas tunang tanpa memohon petunjuk Allah. bukan kah Dia sebaik-baik tempat memohon petunjuk, Dia Yang Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. hanya Dia yang punya jawapan untuk segala soalan. Istikharah kiranya awak berada dipersimpangan jalan, istikharah kiranya awak perlu membuat sesuatu yang bakal mempengaruhi masa depan awak. Istikharah membuktikan awak sebagai hamba yang lemah, hanya padaNya selayaknya awak berpaut.
kerana takmau ulang kesilapan dulu, saya berniat istikharah yang saya buat biarlah lebih dari 45 hari. saya tak kan puas hati selagi tak cukup qota yang saya tetapkan. saya kan cerewet. bagaimana saya tahu dah cukup qota? saya tandakan pada kalendar tiap hari. pernah saya dengar lepas awak beristikharah tak tentu petunjuk yang awak dapat hanya dalam bentuk mimpi. kadang lepas awak istikharah dengan sesungguhnya hati awak lebih tenang buat keputusan. hati awak lebih terarah ke dia. itu pun satu petunjuk. percayalah awak lebih yakin lepas awak istikharah. saya tak mampu nak tulis yakin yang sebagaimana, hanya yang sudah alami akan tahu. dan ingat jawapan istikharah tak tentu datang selepas 3 hari bermunajat.
Istikharah saya disertai solat taubat atau hajat atau keduanya sekali, ayat suci Al-Quran dilagukan semampu saya. kadang satu muka surat, kadang lebih. kan awalnya lagi saya kata kalau nak dapat yang luar biasa saya kena jadi luar biasa. nak dapat yang terbaik saya kena usaha dengan sehabis baik. percaturan memilih dia sebagai suami keputusan terbesar saya dalam hidup kerana itu saya tak mahu membelakangkan Dia lagi.
lepas 5 hari baru saya mendapat petunjuk. dan hari-hari berikutnya bermacam lagi petunjuk yang Dia berikan. subhanallah indahnya saat tue, saya menangis tiap kali petunjuk tue hadir pada saya. saya menangis kerana kasih sayangNya pada saya. benar, tiap langkah saya selepas istikharah saya lebih yakin. tiap masalah dan dugaan yang datang saya berani tempuhi dan lepasi. Alhamdulilah tiap dugaan yang datang pada saya dipermudahkan olehNya.
saya tak mampu nak gambarkan bagaimana indahnya perasaan tue. cuma pesan saya tiap kali punya tanda tanya pada hati, bersoal jawablah dengan Dia Maha Pencipta Maha Mengetahui. Dia sangat sayangkan awak semua, Mohonlah pada Dia. menangislah di depanNya. lepaskan perasaan awak pada Dia. insyaAllah awak akan rasa pelukan kasih sayangNya nanti..
#saya rindukan saya yang dulu, saya yang berada dalam situasi di atas. ampunkan dosa kedua mama papa dan dosa saya Ya Allah T.T
#salah sorang adik blogger KBU eksiden, tolong doakan keselamatan dia.. terima kasih
#salah sorang adik blogger KBU eksiden, tolong doakan keselamatan dia.. terima kasih
done! tapi apa bezanya?...akak tgk sama jer...:(
ReplyDeletenak pegi mana tu haaaaaaaaaaa....hehehehe
ReplyDeleteindahnya perasaan bila Allah berikan petunjuk kan kak?
ReplyDeletesy pernah rasainya T_T
Ya mrkasih perkongsian ni
ReplyDeleteakk tunang akk tu sbok bwak baby die
:)
ReplyDeleteakhirnya mak cik xdak nama letak gambar pakcik takdak nama...
ReplyDeleteterimakasih atas perkongsian kisah anda...
EVERYDAY is a gift from Allah
ReplyDeleteSo,lets appreciate it
How?
Do anything for His Love ♥
^^ .. syukran atas pengkongsian kisah kiera.. nice!
akhirnya...nmpk muka dlm kesamaran :)
ReplyDeletememang betul r tu.. aku pun tak dapat bayangkan maksud petunjuk yang ko cakap tu.. mungkin ko je faham kot.. ape pun, bagus r sebab dapat wat pilihan yang terbaik kan =)
ReplyDeleteakhirnya ada gmbq jugak..dah letak dalam KBU..haha
ReplyDeleteWah..siapakah itu?..sayu plak baca entri ni..
ReplyDeletewah... rasa cam kenal je tunang kira... hahahha
ReplyDeletetahniah!
Dah baca poem bersambung2 kiera & Nadh rasa best.. ermm.. insyaALLAH jangan risau dengan petunjuk dariNYA.. sy pun tengah memohon petunjuk dariNYA...
ReplyDeleteCongratz kiera..
sayu je baca entri akak.. :(
ReplyDeleteerm..kita pn nak buat solat istikharah jgk la..sbb salu je dlm dilema..huhu~
smga kak kiera ngn along nadh kekal selamanya..InsyaAllah :)
thx for this sharinggg Kieraaa ;)
ReplyDeletealhamdulillah..lepas baca entry nie satu masa dulu akk jugak amik keputusan yg sama...sebelum apa2 ikatan akk berniat nk mohon petunjuk dr DIA....alhamdulillah....hanya DIA yg memahami apa yg kita kehendaki & d bagi juga yg terbaek buat kita...time kaseh kira sebab buat entry nie.... ( nann=ges...sob sobb sobbb )
ReplyDelete