15 August 2012

Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tak lama lagi je raya means ramadhan pun dah nak berakhir. perasan tak langit menangis selalunya bila penghujung ramadhan. tapi manusia selalunya gembira sebab nak meninggalkannya. itulah kita, manusia yang selalu lupa diri, termasuk la saya sendiri.

sampai hari nie saya tak rasa ada semangat nak raya, beli kain pasang ritu mama yang paksa suh beli kalau tidak makcik tue tak nak ambik oder dah. mungkin memikirkan yang ramadhan taun nie banyak yang saya miss dengan keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan banyak masa yang saya habiskan dengan tido awal lepas isyak. seyes rasa tak cukup lagi taun depan ntah dapat jumpa ramadhan ke tak. yela saya nie bukan lah baik sangat time ramadhan la nak cuba kumpul bebanyak pahala. kalau sibok mengeluh tapi tak gandakan usaha baik duduk diam diam la Syakira Yaakub!!!

sebelum saya merantau dulu selalu la jugak mengeluh bila la saya nak dapat perasaan seronok gedik gedik nak balik kampung. lepas je arwah tok meninggal perasaan nak balik kampung hilang terus. kalau balik kampung belah papa pulak jadi tak best bila sepupu mereng dua orang tue tak balik sama. tapi kampung papa yang bestnya sungai depan rumah arwah tok, pastu bunyik cengkerik memalam, menggigil tido malam sebab rumah papan, air kolah pun memang super sejuk, panjat pokok jambu kat kebun kecik arwah tok tue. kampung kan. awak yang dihati nanti saya bawak lalu kat depan rumah arwah tok ye, kat situ banyak kenangan saya masa kecik.

kalau raya belah kampung mama kat Batu Gajah sonok sebab arwah tok rajin melayan. duit raya pun dapat banyak dari arwah. masa kecik duit raya jela pun yang melayang dalam kepala. menda lain mana nak pandang dah. bila dah petang sikit pegi kedai beli bunga api. nak mintak duit kat papa nak beli bunga api takut di api nya jari pulak. beli la senyap-senyap. =.='

kat sana la dulu kitorang bakar lemang sesama, buat rendang tok. pagi raya berebut bilik air nak mandi awal kalau tidak nanti orang lain sibuk bersalam kita hegeh hegeh dalam bilik air lagi. jenis saya jadi panic kalau saya kena tinggal. kalau kuar bilik air tengok orang lain semua dah selamat salam mesti rasa nak nangis.

bila balik kampung papa kat Kuala Kangsar jadi tak best sebab takde kawan kalau sepupu saya sorang tue takde. memang la papa ada anak sedara lain, ramai!! tapi semua perangai macam apa je lagi. haishh malas la cite.. kami adik badik memang rapat dengan anak-anak maksu je. saya dengan sepupu sorang tue tua setahun sebab tue kami rapat terlebih. beraya belah sana selalu la dapat duit raya berat. duit syiling pastu mula muka monyok, pangai tak elok sungguh =.='

sekarang saya pulak take over bawak mama papa balik kampung. first raya memang kat Kg Klebang jela yela anak mama papa semua dah besar, ada yang duduk jauh. kalau time tue turn kakak dengan along beraya umah papa riuh la rumah tue dengan adik badik kami 5 orang menantu 2 orang cucu 4 orang. memang jenuh la kemas umah dengan prangai anak-anak sedara yang rajin mengemas tue. tetiap tahun lepas solat raya balik batu gajah, besoknya tue pulak balik kuala kangsar. seterusnya tertakluk la kat mama papa saya nak beraya ke mana.. saya kan driver kehormat maka ikut la mama papa nak kemana pun. ohh taun depan sape la pulak nak bawakkan mama dengan papa beraya kalau time tue saya kat umah mentua kan.. sayu pulak perasaan.. huuu ;(

   bunyi macam ramai je adik badik 5 orang dengan menantu dengan cucu tapi bila berkumpul, laaa banyak nie je? takde dah yang tertinggal? kata cucu 4 orang, mana lagi sorang? tue dalam perghot kakak saya tue la dia.. hihihi :p

11 comments:

  1. takkan tak de mood nak beraya? fikirkan si dia ye.huhu

    ReplyDelete
  2. neway selamat hari raya dari KA sekeluarga, maaf zahir & batin ye

    ReplyDelete
  3. tapiii bestnyaaaa beraya ramai2. saya setiap kali raya bertiga jerrr huhuhu

    ReplyDelete
  4. mood raya takda thun ni, thn dpn mesti raya sakan kan? hehe

    ReplyDelete
  5. untunglahh anak 5 menantu 2 cucu 4. ahahahahahhahahaha :P

    ReplyDelete
  6. batu gajah kt melaka eh, ehehe..dkt dgn parit gantong k? emiey pnah prktikal kt sek situ..

    Selamat Hari Raya =)

    ReplyDelete
  7. tak penat ke kejap balik sini kejap balik sana.tak sempat rehat.dah l;a raya jem

    ReplyDelete
  8. akak yg kecik molek. lawa la dia :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D