30 September 2012

Kistot : Maisara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maisara. Dia adik aku walau dasarnya kami bukan lahir dari rahim yang sama. bukan juga dari ayah yang sama. kami kawan satu universiti. Aku lambat setahun mendaftar disitu. Makanya aku dan Maisara satu sem walau berbeza umur. bersahabat tak kira umur bukan. 

"Mai minggu depan ada check up doktor kan?" Maisara mula membuat muka bosan. Aku cuma tersenyum. Sudah lali dengan perangai dia yang satu itu. 

"akak nie Mai tak nak pergi boleh tak? pergi pun tangan nie bukan boleh baik macam sebelum nie pun" Maisara mula menolak buku rujukannya. 

Dua tahun lalu Maisara terlibat dalam kemalangan jalan raya. keretanya terbakar mujur Allah masih sayangkannya, dia selamat dalam nahas tersebut walaupun jiwanya melayang sama pada hari kejadian. Akibat kemalangan itu jugak tangan kanannya melecur teruk. Kerana kecekalan dan ketabahan Maisara kini dia mampu berdikari dengan tangan kanannya itu. Aku kagum dengan semangatnya.

“majlis akak lagi sebulan kan?” Aku tahu dia cuba mengubah topic perbualan.

“kalau Mai nie sanggup ke suami Mai terima kekurangan Mai nie. Yela Mai kan cacat, auchhhh” Aku menepuk tangannya kasar, ye aku sengaja kerana aku benci dengar dia mengatakan dirinya cacat.

“insyaAllah dia akan terima Mai seadanya kalau betul dia cinta dan sayangkan Mai. Akak yakin Mai akan jumpa seseorang yang macam tue nanti. Akak doakan ye” Aku cuba meyakinkan dia. Dan itu juga doa yang selalu aku panjatkan buatnya.

“tapi kan akak, kalaupun dia sanggup terima Mai yang tetttttt nie” Aku dan dia sama tergelak bila melihat dia segera ‘menyimpan’ tanggannya.

“tapi sanggup ke keluarga dia terima Mai yang macam nie jugak kak? Itu yang Mai risaukan” Aku terdiam.

*****
“selamat pengantin baru sayang, moga Allah memberi barakah pada rumah tangga kalian” Aku tersenyum riang, hari ini hari bahagia Maisara dan suaminya. Ada air jernih yang lahir dari kelopak matanya, segera aku seka. Maisara memelukku. Erat.

“akak kenapa buat macam nie kat Mai. Kenapa paksa diri akak jadi madu Mai?” Suami kami berlalu meninggalkan aku dan Maisara.

Ya, kini aku dan Maisara berkongsi suami yang sama. Kerana aku yakin suamiku mampu menyintai dan menyayangi Maisara seadanya dia. Keluarga mentuaku juga melayan dan menerima Maisara dengan baik sebelum mereka bernikah lagi.

Orang kata madu itu pahit untuk ditelan. Bagiku tidak kerana madu ini mampu merawat kelukaan ku. Aku terluka kiranya Maisara tidak dihargai. Kerana aku terlalu sayang padanya.

Biarpun awalnya suamiku berat menerima cadangan ini. Namun berkat istikharah kami bertiga akhirnya segalanya dipermudahkan Allah. Biarpun ramai yang memandang serong ke arah kami namun aku yakin kerana ini adalah kebahagiaan yang Allah berikan pada kami.

*****
TAMAT

kistot : Kisah Kontot, bukan kisah sebenar :) 

7 comments:

  1. Terharunya baca, kalaulah betul kau buat mcm ni ^_^

    ReplyDelete
  2. huhuhu mampukah aku?? tak mampu kot!! huhuhu..

    p/s; eh, panjang betoi awak berdekah2 erk. huuhuhu . cer try senaman tu kat opis besok. huhuhu. kompom ramai teruja. huhuhu. trimas!sudi berkenalan dengan kita neh. huhuhu

    ReplyDelete
  3. takut membacanya..sebab aku takut madu :(

    takut jugak perkara yang aku takuti tu berlaku..

    ReplyDelete
  4. ade ke pompuan yang macam tu?? kalau ade memang kagum aku.. tapi nape awal2 cite ni macam cite pasal sesorang je.. hmm..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D