13 September 2012

Sardin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

esok raya yeayyy, hihihi :p ntah pasal pe rini boleh pulak terjaga 5 lebih, nak bangun sahur malas, usaha pejam mata nak tido pun takmau jugak, laslty 7.40 dah terpacak kat opis rekod la tue selalunya lagi 2 minit ke 5 minit baru nak sampai opis. tue pun dah usaha bawak Nurul Iman tue slow yang mungkin. mama kata "amboi kemain awal kamu sampai opis rini mentang mentang la nak balik kampung" kihkihkih memang sindrom nie selalu datang kalau khamis tue adalah hari tuk balik ke kampung :p

sebut sardin teringat semalam dok mengadu kat mama sepanjang berbuka makanan tak berapa nak best, bila sebut berbuka dengan sardin mama kata "ok la tue kan ada kalsium kat situ" huuuu sampai hati mama. bukan tak rajin nak masak menda menda lain yang lebih protein cuma malas nak ke tesco beli barang basah. kalau penyakit malas lagi banyak memang susah nak tolerate lah.

pebret saya la tue, papa suka makan yang dalam tin bujur tue apa yang bestnya ntah nak try la nanti

dulu masa kecik kecik kalau mama masak sardin hari tue mesti kami adik badik kata hari nie makan lauk orang kaya sebab jarang dapat makan sardin. padahal  hari-hari selalu tue ada je ayam ke ikan yang mama masak cuma mama tak suka bagi kami makan sardin bukan sebab mahal ke ape. dasar bebudak betol =.='

tapi seyes saya amat suka kan sardin yang dalam tin tue. nak pulak kuah dia pekat cicah dengan roti perghhh boleh sampai 5 keping selamat masuk dalam perot. cicah roti jala ke kan, haishh meleleh pulak air liur. tapi tak suka masak laksa pakai ikan sardin, kecik susah nak korek isi dia walau ramai yang kata kalau pakai ikan sardin lagi sedap, saya kan pemalas banyak kihkihkih :p Pakcik sila jangan mintak laksa b'ikan kan sardin boleh? :p

#rini boleh berbukakan rendang udang mama kiera'sakura yeayyyy. 

16 comments:

  1. cik kira! saya memang peminat sardin yang tegar. memang gila bayang kan sardin neh huhuhu

    ReplyDelete
  2. Hahah tau xpe.. pelik plak dgr org mengeluh ckp hari ni kte makan lauk sardin je xD

    pdhal sardin ooo sardin nak2 yg dlm tin tu..

    Rendang udang woahh xpernah rasa lgi

    ReplyDelete
  3. eheh sini pun suka.. jangan taktau tambah cilipadi dan goreng ikan sardin tu + nasi panas. masya allah
    sedapnya!

    ReplyDelete
  4. lama tak masak sardin...sekali sekala sedap jugak...


    datang singgah di pagi khamis

    ReplyDelete
  5. sardin makanan orang kaya <-- teori baru.. rase 1st time aku makan sardin mase khemah pengakap time sekolah dulu.. tu pun terpakse..

    tapi sekarang memang suka r sardin

    ReplyDelete
  6. *baru perasan aku terlupa letak "sedap" dalam perenggan tadi

    pdhal sardin "sedap" ooo sardin nak2 yg dlm tin tu..

    ReplyDelete
  7. samelah kite... kalau dah malas, mesti nak masak pun malas. nak beli barang pun malas. semua malas dan akan berakhir dengan rela makan yang senang2 je.. hehe. ^^

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya...

    sardin time emergancy ok la.. kalau nak makan selalu x elok sgt... huhu

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya..

    lapar pulak bc entry sardin mlm2 nie..hihi..

    ReplyDelete
  10. bza ngn iffah

    iffah xske sngt

    makan pon snwich sardin je

    ReplyDelete
  11. sy suka sardin. tp kalau hari2 nk kena hadap sardin mcm msa zmn dok umh sewa dlu, muak jugak.. bleh sakit perut kdg2 tu.. heheh..

    p/s : laksa sardin ayah sy sedappp.. ;-p

    ReplyDelete
  12. kak kiera lamanya tak update bloggggggggggggggggggg......ehem,nasib baik ada wakil abg yg datang jumpak kami,banyak yg onie dapat ilmu dari dia ....

    ReplyDelete
  13. peminat sardin yang jenama ayam brand je..kalau makan brand lain , mau dapat aleegik tetibe...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D