Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
entry lepas Kak Sha ada sebut pasal sakura kat saya. ekceli saya ada kisahkan kenapa Sakura kat entry sebelum sebelum nie. tapi sebab saya sendiri malas nak cari link dia mana satu. makanya saya merajinkan diri create the new one for my Kak Sha sayang ;) and Kak Sha janji nak share sesuatu pasal sakura kat saya, Kak Sha saya tunggu ;)
this is for my lovely sister, Kak Sha suka sangat kaler pepel ;)
kenapa Sakura? seyes masa mula saya create belog kesayangan saya nie perkataan pertama yang terlintas dalam kepala saya adalah Sakura. dan macam mana boleh datangnya Sakura dalam diri saya sebabnya mama panggil saya dengan panggilan Sakura. entah la mama lebih suka panggil saya macam tue banding nama saya sendiri walaupun nama Syakira tue mama dengan papa yang pilih. Syakira dan Sakura hurmm mungkin bila sebut tue dah dekat-dekat kot. agaknya lah hihi yang sebenarnya mama sendiri suka bunga Sakura ;)
dan saya seorang gegel yang tak minat apa pun jenis bunga kecuali Sakura. sebab tue bila mama suruh cari bunga untuk pelamin nanti saya pusing satu kedai pun yang ada kat tangan saya tetap sakura. entah la kalau orang lain minat rose, tulip tapi saya lebih suka Sakura. mengimpikan sakura akan berada dalam tapak tangan saya, yela nak ke jepun tue macam tak dapat je dapat mimpi sakura pun jadi la kan. hihihi
untuk walimah saya nanti memang saya ada letakkan elemen sakura. dekat mana? haaa kena datang kenduri lah hihihihi :p rasa saya bunga sakura sejenis bunga yang tak kan boleh dipetik kecuali dia gugur sendiri. betulkan kalau saya silap. dan sakura mula mekar dari awal april hingga hujung april. sebagaimana kuatnya sakura didahan pokok, dan tak lerai kelopaknya ditiup angin sebegitu la saya ekpresikan diri saya menjadi kuat seperti dia. insyaAllah :) jangan tatau saya juga ada kakak sakura, dia lah Sunah Suka Sakura doa saya moga samurainya bisa menjaga kakak sakura saya sebaiknya amin ;)
ini dari Samurai saya untuk Sakuranya ;)
dekat2 lah jugak syakira dan sakura kan.. comel je..
ReplyDeleteteringin jugak tgk bunga ni live.. hmm..
syakira...sakura...ah...mmg mcm sm ja klau sekali dgr...btl x?
ReplyDeletesakura mmg cantik
ReplyDeletesyakira sakura...kiera kura2 eh eh kiera kira2...
ReplyDeletetatau la bila dapat tengok bunga sakura real kan
suka bunga sakura juga hehehe
ReplyDeletewak pon sukak bunga sakura tuuu.. uuuhhhu, wak kok jadik rindu kat nippon pulakkks
ReplyDeleteHanami :)
ReplyDeleteSenyum lebar diri ini membaca. Yes, memang ada sesuatu nak diceritakan pada adik sakura, tak sabar pulak rasanya. Tunggu mood itu sampai, insyaAllah - ku reblog kan semula atau ku tulis semula khas utk Syakira Sakura nieh.
Jgn tak tau...bunga sakura di Canada tak sama dengan yang di jepun. Ada yg cherry blossom ada yg peach blossom ada juga yg apple blossom.
Itu hasil carian seorang yg minat sakura juga. Yg pernah ada cita2 dan cinta :)
Whatever it is...sebenarnya, Kak Sha suka pada org yg ada identiti sendiri. Yg berani berpegang pada itu juga dan belajar mengenai apa yang dipegangnya.
Kalau tak masakan hari-hari...ada peluang datang melawat adik Sakura kan?
singgah kiera lg di sini..hehe
ReplyDelete2 tahun lepas nana ke bogor,indonesia ada site visit kat botanical park kat sana. tmpt tu ala2 mcm cameron gitu sejukk. jalan2 behenti kat 1 pokok lepastu lecturer ckp tu pokok sakura. ohh terus feeling2 macam kat jepun gitu. hihi. tapi masa tu bunga nye tgh putik2 x kembang.
ReplyDeleteSamurai, Sakura dan Shakiera.....3 S tapi berlainan......
ReplyDeletesakura x silap na bunga ni lambang bunga mulia untuk pahlawan2 kat jepun x silap na laa..sbb tu kat sane ramai yg pakai bunga sakura! ;D
ReplyDeletesweetnya! :)
ReplyDeletewah, cerita sakura dia betul2 mengkagumkan
ReplyDeleteaku ingat terpengaruh tengok cite anime cardcaptor sakura tu.. hmm.. yang kat bawah tu bakal husben yang tulis eh? sweet gile bakal husben ko.. semoga kekal.. amin..
ReplyDeletecantik dan cute nama tu.. :)
ReplyDeletemcm ade makna apabila dikatakan sakura itu takkan boleh dipetik kecuali dia gugur sendiri.... i loike it.. :)
cantik bunga sakura ni..akak pun suka,
ReplyDeletesaya tak pernah tengok bunga sakura lagi secara live..ehe
ReplyDeletesakura. teringat movie cina. para para sakura. masa kecik2 memang suka layan cite cina. sebut je nama pelakon cina, memang kenal, masa tue laa. dan masa tengok movie ni, memang tak leh lupa scene dorang menari bawah pokok sakura. bunga2 sakura pulak masa tue tengah gugur. siyes indah sangat pemandangan. sebab tue kot sampai sekarang terlekat lagi scene tue.
ReplyDeletebunga sakura does leave a good impression kan? ;)
Saya suka bunga ni.. Cantik..
ReplyDeletedekat2 dah tu sakura dgn kiera. hee. act, sy tak tahu pn apa bunga sakura tu kak. hihi.
ReplyDeletekata2 tu abg ipar bg ke kak? sweet nya!
huhuhu sib bek nama cik kira bukan sakura kan??? kalau tak kena panggil cik kura pulak! huhuhu
ReplyDeletehmm..
ReplyDeletesakura mmg boleh dikatakan bunga kebangsaan Jpon dan mmg cantik bila dia berbunga lebat :)
berdasarkan pengalaman saya..
bunga sakura boleh je dipetik sendiri.. tiada masalah pun ;)
hmm, part mula mekar tu bergantung kepada tempat dan jenis sakura itu sendiri.. ada tempat yg dah mula mekar awal bln 12 lagi.. bunga sakura ini juga ada pelbagai jenis, kalau x silap lebih 50++ jenis :p
ciri yg membuatkan sakura ini hit pada saya ialah dia TAK TAHAN LAMA.. waktu dia mekar dan gugur singkat giler.. x sampai 2 minggu kot dah habis gugur semua daun.. tp part berjalan waktu daun2 sakura berguguran tu memang syahdu aa.. haha~
salah satu part yg membuatkan dia gugur cepat giler ialah faktor angin yang kuat.. FYI, Jpon ada 4 musim, dan musim bunga (Spring) senang citer April~June kan.. Setiap kali pertukaran musim akan ada angin kuat dan hujan lebat..
Kalau kat area Tokyo, biasanya sampai 10hb April je kot Sakura tu dapat bertahan.. tapi ape2 pun bergantung kepada tempat dan jenis pokok sakura :)