21 October 2012

Pesan Ustazah : Kawalan Minda dan Doa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pesan Ustazah jika mahukan kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau apa-apa juga, jangan gunakan perkataan 'kalau dia tak berjaya bagaimana kehidupannya kelak' sebaliknya tukar kepada 'anak saya mampu berjaya dengan usaha dan doa berterusan dari dia dan jugak kami ibu bapanya'.

Pesan Ustazah lagi pada student yang masih study dan pada semua. jangan gunakan perkataan kalau. sebaliknya positifkan minda yang awak mampu berjaya dalam apa-apa jugak bidang yang awak ceburi.

dan Pesan Ustazah lagi tetapkan niat melakukan sesuatu kerana Allah semata. berkahwin kerana mencari redha Allah bukan kerana lari dari cengkaman keluarga yang mengongkong contohnya. memasak hidangan keluarga kerana Allah semata bukan kerana terpaksa masak kerana suami sudah keluar mencari nafkah contohnya. tapi lakukan segalanya kerana Allah semata, insyaAllah kejayaan dan ketenangan bakal mengikuti tiap langkah yang awak lalui. 

Positifkan minda kerana sebenarnya itu kawalan utama untuk kita berjaya. jika selalu menyatakan 'saya takut melangkah kerana saya takut jatuh dipertengahan jalan' sampai bila-bila pun awak tetap berada di tempat yang sama. dan ingat tiap perkataan yang keluar dari mulut kita adalah doa. jangan mendoakan kegagalan sebaliknya selalu lah mendoakan kejayaan. Dan paksikan Allah semata-mata dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. walaupun hanya menanam sebatang pokok cili ditepi dapur.

Pesanan Ustazah untuk saya dan awak semua :)

saya menambah. dalam berblog pun kena tetapkan niat kerana Allah. dengan harapan blog menjadi salah satu saham akhirat kita. bukan hanya mengira berapa followers yang datang. ingat saham tue ;)  

12 comments:

  1. bakal pengantin tajuk pun dah typo..apa pun pesanan yg nak dipesan sampai...insyaAllah..sama2 la kita beringat dan berpesan kan

    ReplyDelete
  2. wak pon syukur syukur jugakk.. UuuhhUU

    ReplyDelete
  3. Oit!!! dah balik!!! he...he...Memang sangat -sangat bersetuju Kiera....kena selalu positifkan minda ni.... cuma yelah..... bila badan dah terasa penat, otak dah tak dapat berfikir dengan waras.... mulalah nafsu menguasai diri.... ha..ha... jadi tak ikhlas!!! he..he...

    ReplyDelete
  4. KIERA NICE SHARING..MMG SESUAI SGT UTK JNA ENTRY NI..SBB XPERNAH ADE KEYAKINAN DIRI..SELALU JE ADE KALAU ,TAPI N NEGATIVE THINKING. TQ FOR SHARING THIS.

    ReplyDelete
  5. dan 'kalau' tu masih ade, semua benda takkan jd. hee.

    ReplyDelete
  6. terima kasih perkongsian ini akak. Tak boleh guna kalau kan. Guna insyallah atau lain-lain yang sesuai. Selalu kene PK positif.

    ReplyDelete
  7. isnyaAllah..terima kasih atas pesanan ustazah yer. :-)

    ReplyDelete
  8. gd one, tq share ye

    ReplyDelete
  9. senang cite.. be positive je r.. jangan belum try pape dah rase akan gagal kan?

    ReplyDelete
  10. teori REBT yg di asaskan oleh Ellis pun berkata perkara yang sama. tukarkan perkataan kalau tuh! huhuhu. eh tetiba akademik sangat lak aku neh huhuhu

    ReplyDelete
  11. Positifkan minda kerana sebenarnya itu kawalan utama untuk kita berjaya.^_^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D