22 November 2012

Bila Dah Kawen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

terima kasih pada semua yang wish dan mendoakan pada entry yang lepas. saya hargainya terima kasih sangat :) saya heran betol bila ramai yang mai datang cakap kat saya "buah baru lagi wangi la, tunggu lama sikit"

tau tak apa maksud dorang? maksudnya sekarang nie saya di awal perkahwinan, masih dalam mood bulan madu sebab tue tengok hp pun senyum. tengok gambar pun nanges sebab rindu. kata dorang "alah baru lagi memang macam tue nanti dah lama-lama tak jadi apa dah"

saya senyum je malas nak buang air liur bertekak dengan orang macam tue tapi cepat-cepat doa dalam hati biarlah wangi dan indahnya ikatan perkahwinan saya hari ini dan semalam berpanjangan hingga ke syurga. confress dengan Jusiza, betol jugak kata dia "dah tue ampa yang kata dah lama tak wangi tue maknanya rumah tangga ampa skang nie dah tak indah macam baru kawen ritu la ye?" kan? setuju tak apa yang dia kata. saya setuju.

bangun dah ubahlah mind set tue. setiap kata yang keluar dari hati dan bibir adalah satu doa. apa salahnya kalau doakan yang baik untuk kengkawan ini tak ada pulak ada kata macam tue. sebelum kawen disogokkan dengan banyaknya masalah dalam rumah tangga. dah kawen dihidangkan pulak dengan cerita yang menakutkan. dah ada anak pulak nanti sibuk dok cucuk itu ini. nasihat boleh tapi bukan meletakkan keputusan dan sebeban masalah lain pada si empunya diri.

sebab apa ramai budak muda takut nak mendirikan rumah tangga? sebab ditakutkan dengan pelbagai masalah rumah tangga yang membebankan. sebab apa banyak masalah tak dapat diketahui punca sebab ramai yang tolong buat keputusan, sebab apa banyak kes cerai yang berlaku salah satunya kerana doa dari mereka yang sekeliling kita.

bukan saya menolakkan hukum takdir Allah. tak sama sekali. tapi lupakah kita yang takdir kita boleh diubah melainkan ajal. kalau tidak tak kan Dia sebut "Aku takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri" jadi ubah cara bercakap dan berfikir. doakan yang baik, dedua dapat kebaikan kalau diizinkanNya. yang disana dapat rahmat Allah yang kita pun dapat rahmat Allah dengan beroleh pahala. wallahualam. 

lagi satu soklan yang paling benci saya nak dengar sekarang nie "dah ke belum?" paham paham jela bagi yang dah bernikah nie. jawapan saya "hal rumahtangga bukan boleh dijaja merata, tak kan nak cerita hal bilik tidur kat semua orang" lepas tue pakat semua orang buat muka kerang. sungguh meluat!!!!!


rini khamis boleh balik jumpa suami yeaayyyyy :p semoga indahnya hari kami, kukuhnya ikatan ini berpanjangan hingga ke syurga Amin. saya sayang suami saya dunia akhirat. #LapAyaqMata 

23 comments:

  1. Setiap kata-kata adalah doa..makanya kena la kita berkata2 yng baik dalam hal sebegini..InsyaAllah, Allah juga akan beri kebahgiaan pada mereka kmbali..

    ReplyDelete
  2. Kiera.... mereka semua tu bukan menakut-nakutkan..... cuma memberi gambaran... semoga Kiera yang masih mentah ni dapat bersedia dan mencegah segala bentuk kemungkinan.... tapi kena terima jugak tau pendapat org yang lagi dulu makan garam! he..he...

    Apa pun ...mereka ni suka mengusik pengantin baru....kalaulah Kiera ada depan mata....dah tentu teruk OKje kerjakan...ha...ha...

    ReplyDelete
  3. YEEE muluttt orgg tapi btul ape kiera bgtw sepatut nye mendoa kan yg baik2 kan..ni takk..
    sbb tu laa Na kekadang nyirap dgn mulut makcik2 yg kepochi sgt..
    klau belum kawen..tanye belum kawen ke? org lain smua da kawen?
    klau da kawen..beem beraknak ke? org lain smua dah beranak..abes kalau org lain smua da bercerai nk ckp belum cerai ke? kann???

    dyeorg ni smua kene ubah pemikiran dyeorg..Na rasa org dlu2 lagi bijak berfikir padahal zaman dlu2 lagi xde ape2 kan..?

    zaman ni makin maju makin cetak pemikiran mereka2 itu ;)

    ReplyDelete
  4. yeayyy!!! rini boleh balik jumpa suami. yeayy!!!

    eh, ko rodok je dgn lidi org yg cakap centu. ada ke cakap centu. macam doa plak. orang patutnya doalah biar wangiiii je walau dah beranak pinak ke hapa ke. cis!

    *semoga perkahwinan korang sentiasa kekal mewangi sampai ke syurga. InsyaAllah, aku yakin nadh mampu mekarkan ia sentiasa wangi.amin~

    ReplyDelete
  5. selamat menjalani hidup baru & belajar utk menerima lebih & kurangnyer sidie ye

    ReplyDelete
  6. chill dear , it maybe a common question and sayings yang some of the new marriage couple to take it or leave ja apa yang terpancur dari mulot org2 sekeliling. Tak mau stress2 , just go with the flow dan happy with ur marriage life now ok. Do take care always.

    ReplyDelete
  7. cakap terima kasih dan senyum je bila depa kata lagu tu. *bilalakamipulak.

    ReplyDelete
  8. ermm mmg mcm tu lah dugaan alam perkahwinan, tapi kita yang tentukan sama ada wangi atau busuk sesebuah ikatan tu, ingat kata-kata itu doa....bila kita sentiasa menyebut benda yang baik insyallah baik lah jadinya.....mulut orang, mmg boleh cakap apa saja, nanti bila dah sebulan kawen orang akan tanya lagi,"dah ada isi ker belum?"
    kalau belum selagi itu lah org akan bertanya.....

    ReplyDelete
  9. betul tu! hahaha..
    Eh, PJJ ke kak?
    Err..kakak ke ek? Ala, dah kahwin kira naik pangkat kakaklah kan? Ngeee...

    Semoga wanginya ikatan ini bukan pada permulaan tapi berterusan di pertengahan dan membawa sampai ke pintu syurga.. ^^,

    ReplyDelete
  10. huhu....takut nk kawen gk ni...

    banyak pk...mungkin keadaan sekeliling yg buat jd gitu...

    betul ckp ampa...apa yg kita ckp tu satu doa...

    ReplyDelete
  11. mulut orang memang takleh nak tutup.. so biar je r dorang nak cakap ape pun.. hope kekal sampai syurga ye.. err.. dah ke belum? =P

    ReplyDelete
  12. waaa....sm kes mcm k.zai la...x abes2 kata awai lg maneh la...dh lama2 apa pon xdak...

    ReplyDelete
  13. mulut org mmg cenggitu. selagi kite hidup bermasyarakat mmg xleh nak menidakkan mulut2 org camtu. anggap sbg rencah hidup, sbg cabaran utk kite tunjuk untuk caras balik ape yg org cakap. alhamdulillah akk da kawin. takmao nangis2 tau. selamat pengantin baru ;)

    ReplyDelete
  14. wak pon sukak tengok org kawen.. ehhHHe

    ReplyDelete
  15. Ada something utk Kiera dalam blog akak. Something I promised. Sorry tak dapat nak blogwalk. Akak tak sihat...dah dua hari MC.

    ReplyDelete
  16. amboiiii suwit ye dia dgn abg dia tu. kihkih.

    akak, org kan ada impian nk nikah sebelum habis deg ni tp mcm takut je. hihi.

    part yg "dah ke blm" tu kan, rasa mcm nk bg pelempang je org yg tnya tu. mcm takde soklan lain nk tnya. heee.

    ReplyDelete
  17. congrats..
    selamat melalui bahtera perkahwinan~

    ReplyDelete
  18. bia la mulut org nk kate pe kak

    y penting akak ngn nadh sndiri mewangikan kebahagiaan itu sampai ke jannah sana

    ReplyDelete
  19. usah peduli apa org nak kata...
    yg penting kita bahagiakan.. dan semoga sakura dan suami terus bahagia..

    ReplyDelete
  20. jangan takut untuk berkahwin.disebalik setiap perkahwinan ada rezeki yang Allah kurniakan

    ReplyDelete
  21. biasanya, apa yang orang tu kata biasanya orang tu yang buat atau terjadinya dekat orang tu...
    sabar jelah dengan orang2 yang macam tu...
    mungkin kadang diorang nak bergurau, tapi berpada2lah kan.. ada orang sangat sensitif, ada orang memang tak boleh terima gurauan macam tu...
    alahai...

    anyway, akak cantik... ^^

    ReplyDelete
  22. mcm2 org boleh ckp tapo asalkan kita pandai pertahankan takpelah kan.. =)

    ReplyDelete
  23. mulut org......walaupon kecik tp susah nk d tutup

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D