16 December 2012

Jangan Sombong Untuk Berdoa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


saya tak ingat mana saya dengar ceramah nie. samada Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Kazim yang sampaikan. kisahnya. orang dulu-dulu nie suka bernazar yang merepek-merepek. alaaa orang sekarang pun sama. contohnya kalau mesia menang bola nak kerat anu. memang sesape baca pun kata orang tue takde akal. dah memang bernazar tak guna akal itu la hasilnya. 

ok malas nak cakap pasal tue. dulu ada lah dikalangan orang zaman dulu yang bernazar kalau yang dihajati tercapai dia nak makan dengan syaitan. sekali Allah makbulkan doa dia. haaa dah terkulat-kulat nak bayar nazar. bayar tetap  kena bayar sebab itu dah kira janji.

dalam dia bersusah hati tue dia pun datang berjumpa Rasulluah s.a.w. dan jawapan baginda nabi. "pergilah lah kamu ke masjid dan tunggu sehingga para jemaah selesai bersolat. perhatikan orang yang pertama keluar dari masjid tanpa mengaminkan doa imam. maka ajak lah orang itu makan bersama kamu"

maksudnya. sesiapa yang bersolat tapi tidak mengakhirinya dengan doa bermaksud dia sombong dan bongkak. tujuan berdoa adalah memohon pertolongan dari Allah s.w.t Yang Maha Tinggi dan Terpuji dan membuktikan bahawa awak hanyalah seorang hamba. bila awak solat tanpa berdoa bukankah itu menunjukkan yang awak sombong tak mau mintak tolong dengan Allah. dan salah satu sifat syaitan adalah SOMBONG. maka samalah orang yang tidak berdoa dengan sifat syaitan itu.

atau bahasa kasarnya. awak itu syaitan. haaaa takut kan bila kena gelar syaitan. sape yang nak dirinya dipanggil syaitan? haruslah sape pun tak nak. orang gila pun tak nak ni kan pulak orang yang sihat akal.

saya mengaku saya pun kekadang bila nak cepat macam nak je skip berdoa. pernah buat dulu. moga Allah ampunkan dosa yang dulu T_T tapi bila teringat apa yang ustaz cakap. duduk diam-diam dan habiskan berdoa dalam tenang. alaaaa sebenarnya tak lama pun nak doa. kalau tak dapat doa panjang-panjang. cukup doa yang ringkas. sebab doa tue salah satu cara kita berinteraksi dengan Allah.

wallahualam. betolkan kalau saya silap. entry ditulis untuk mengingatkan saya yang selalu lupa dan awak semua.

11 comments:

  1. oh... lepas nie mesti doa lepas solat... thanks share... ^^

    ReplyDelete
  2. kadang2 kita lupa...dalam diam tak diam kita berdoa. tapi sama ada kita berdoa di waktu terdesak atau benar kita berdoa kerana mengingati.

    ReplyDelete
  3. selalu mmg Na akan berdoa lepas solat..tapi Kiera org kata kalau kita meminta dlm hati pun dah kira 1 doa kan?

    ReplyDelete
  4. Betul tu KIera... bukan susah pun doa tu kan.... sebab allah berjanji tuk makbulkan doa kita, cuma bila kita tau...so jangan lepaskan peluang ini...

    ReplyDelete
  5. memang tak pernah dengar cite ni weh.. memang first time! series ke? aku baru tau.. kadang2 bile nak cepat memang aku doa sendiri je.. pasni kne lebih ati2 r.. ape pun thanx sharing.

    ReplyDelete
  6. rasa macam batu kena hempap kepala. rasa macam baca kisah diri sendiri je. terasa ni woiii! sobsobss :'(

    ReplyDelete
  7. malas doa bile gmbira

    rjin doa bile da sedih

    ReplyDelete
  8. komen iffah pun rasa macam hempap batu atas kepala aku gak. hahaha

    ReplyDelete
  9. kdg2 cpat je bgun lepas solat.. tima kasih ingtkan kak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D