14 January 2013

Satu Perjalanan #32 versi Satu Walimah

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera

baca dalam entry Kak Sunah pasal adat dia kat sarawak yang tak sama dengan semenanjung. adat walimah. katanya kalau kat sarawak walimah ada satu je sebelah perempuan. nak tau ape lagi yang dia kata pegi baca sendiri kat belog dia :p

walimah saya dua bulan yang lalu pun kami buat sekali je. maksudnya takde walimah sambut menantu di sebelah suami saya. ada yang tanya saya tak terasa ke takde walimah sebelah suami tue untuk sambut saya. ada yang kata  suruh la suami buat sebab kawen sekali seumur hidup nanti dah tak boleh merasa lagi. dan macam-macam lagi yang dorang katakan. saya senyum dan cuba terangkan semampu yang boleh.

walimah sebelah suami memang dah ada perancangan yang dibuat. katering, dewan, baju dah ditempah tapi terpaksa dibatalkan. suami mulanya berat nak batalkan, saya pun berat nak batalkan bila tengok keluarga mentua sangat eksaited dalam buat persiapan walimah. sape la yang sanggup tengok orang tersayang ditarik kegembiraannya kan?

tapi ada faktor utama yang kami terpaksa batalkan. faktor kewangan itu yang utama, dan lagi satu faktor cuti yang terhad untuk kami berdua. cuti suami masa tue tidak dibayar. haa boleh bayang tak nanti hujung bulan tinggal berapa je dah kalau banyak hari cuti tanpa gaji. perancangan kami dah dibuat awal diatur dengan cukup elok oleh kami berdua dan memang yakin faktor kewangan sangat mencukupi tiba masanya untuk dua walimah. tapi siapa perancang yang lebih baik selain kami? Allah Yang Maha Esa, Dia sebaik-baik perancang. bila Dia tak izinkan siapa kita nak menolak segala yang diaturnya.

memang suami saya down sangat masa tue. saya pun rasa tak kuat. tapi kalau saya pun jatuh jugak di mana iman kami yang kata selayaknya kami diuji tue? saya dan dia sama-sama cari penyelesaian. dan jalan yang paling terbaik adalah dengan membatalkan walimah disebelah suami dan satukan walimah kedua keluarga sekali dirumah keluarga saya. memang perit nak membatalkan tapi kami lagi tak sanggup nak menyusahkan orang lain dengan menanggung kos walimah kami. ayah mentua ada cadangkan guna duit pencen dia untuk kos walimah disebelah dia. 

tapi saya dan suami tak setuju. itu penghargaan titik peluh dia selama nie. kami tak nak bebankan sesiapa pun. satu walimah sudah cukup untuk bagitau jiran, sedara mara, sahabat handai untuk memperhebahkan pernikahan kami. sebab menghebahkan ikatan pernikahan itu perlu dalam islam. perlu tapi tak sampai membebankan pasangan atau orang terdekat.

pendekkanlah cerita ye. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar sampai masanya kami disatukan. dengan satu walimah semua pun cukup makan, siap berlebih banyak lagi. Alhamdulilah memang terasa rezeki kami sangat murah masa walimah dulu. banyak rezeki yang datang dari banyak tempat. Papa Mama yang sangat banyak membantu, adik beradik ipar duai saya yang banyak sponser itu ini, kawan abang ipar saya yang sedekahkan ais batu, kawan abang saya yang sedekahkan dua kilo kerepek pisang, sedara mara yang banyak jugak menyumbang itu ini, suami yang tambah lagi duit hantaran sebab takut tak cukup bila dia jemput sedara mara dan kenalan sebelah keluarga mereka. dan keluarga mentua yang cukup banyak membantu kami jugak. Alhamdulilah syukur sangat dengan murahnya rezeki yang dipinjam Allah.

rezeki tue Allah yang pegang, Dia yang turunkan sebab tue dah diingatkan golongan muda jangan takut untuk bernikah kerana rezeki itu datang dari Dia asalkan awak mahu berusaha menggapainya, doa dan seterusnya tawakal insyaAllah awak akan dapat rasa kasih sayang yang datang dari Dia Yang Maha Kuasa. Allahuakbar!!!

bernikah dan rancanglah walimah mengikut yang Dia redhai sebab disitu adalah permulaan rumah tangga awak. kalau awalnya awak dah mulai dengan lagha dan murka Dia agaknya macam mana Dia nak redha rumah tangga awak? yang penting ukur baju dibadan sendiri jangan ikut measure orang lain takut nanti baru nak masuk ikut lengan dan terkoyak dekat ketiak. kalau mampu dipersilakan awak rancang walimah selayaknya mengikut garis islam. kalau tidak pandailah aturkan perjalanan awak dan dia yang tidak merumitkan keadaan. ingat! islam tue langsung tak memberatkan. Nabi pernah berpesan hebahkan walimah mu walau hanya dengan menjamu buah tamar. 

kehidupan selepas berkahwin lagi banyak jalannya yang memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi. jangan nanti lepas walimah pakat gigit tiang khemah sorang sikit. tapi khemah pun sewa dah tue boleh gigit apa je? :p

nak buat satu walimah berbincang sebaiknya dengan kedua keluarga jangan abaikan perasaan orang tua. sebab mereka nak tengok yang terbaik untuk anak-anak yang sangat disayang. jangan calarkan perasaan mereka. Bincang. itu jalan yang sebaiknya. Alhamdulilah kedua keluarga kami sama-sama faham keadaan kami. pernah je ada yang kata kat mama "terkilannya takde majlis sambut menantu tuk ira" tapi kata mama dia faham dan sangat faham kehidupan yang bakal anak dengan menantu dia lalui lepas selesai walimah nanti. dan sebab mama tau macam mana sayangnya mentua saya dengan saya sebab itu dia boleh tersenyum dan berlapang dada. Alhamdulilah :)

saya hadirkan entry ini bukan untuk membuka aib kami sendiri atau meninggi diri tapi mungkin jalan yang sama jugak boleh diambil untuk mereka yang membaca yang mana tau sedang berdepan dengan apa yang pernah kami lalui. itu tujuan saya yang sebenarnya :)



17 comments:

  1. terkejut jugak bila dapat tau tak de kenduri belah pihak nadh..tp alhamdulillah semua nya telah selesai kan

    ReplyDelete
  2. Tahniah...dtg blog sy...jd member

    ReplyDelete
  3. Allah is the best Planners.. :) Agreed dengan kata2 kak td..ukur baju dibadan sendiri..Allahuakbar...May Allah bless both of u..n semoga berbahagia till Jannah..amin

    ReplyDelete
  4. Kieraa Na dah bace..TQSM for sharing Kiera *terharu!!!

    Na dlm dilema Kiera ade org nak minang Na..tapi Na tak kenal mamat tu..dye suka Na..Na ade bf..tp non-muslim.. Na pun tataw nk buat keputusan mcmne Kiera..anywy tqsm!

    ehh cmmnt ni takde kaitan dgn entry kiera SORRY! na tataw mcmne nak luahkan kat kieraaaaaa SORRY again!

    ReplyDelete
  5. sis, tag u utk contest..kalo free join la ye..heee :)

    http://seneoritabaharin.blogspot.com/2013/01/contest-nak-skirt-dari-norzi.html

    ReplyDelete
  6. OKje pun tak de majlis menyambut menantu jugak Kiera.... Memanglah macam tak best gitu... tapi nak buat macamana...
    Jadinya semua adik beradik yg lelaki pun tak de jugaklah... sama rata sama adil.... barulah mak tak meroyan! ha..ha..

    ReplyDelete
  7. wak pon X tau nk komen apa2 jugakkk.,, Uhhuu

    ReplyDelete
  8. tq berkongsi ye dik ! sekurang2 boleh dijadikan iktibar dan panduan utk yg lain kan

    ReplyDelete
  9. xpe la xde majlis besar2 pn kan kak. jnji lps tu hidup bahagia.

    ReplyDelete
  10. semoga berbahagia selalu :)

    saya dah update...
    hope dapat tolong walaupun agak susah.... :(

    ReplyDelete
  11. terima kasih, perkogsian yang baik kiera especially untuk org bujang cam aku ni. hehe. besederhana itu lebih baik.

    ReplyDelete
  12. moga-moga walimah aku nanti pun takkan ada yg berbunyi negatif. hurmm. hurmm :(

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. series aku tak tau weh takde kenduri belah laki rupe nye.. tapi bagus r kalau kedua belah famili faham dan setuju satukan dua majlis tu jadi satu.. kadang2 yang buat famili nak 2 kenduri tu sebab takut orang cakap2 belakang tapi bagus r ko tak amek peduli pun pasal tu.. mulut orang lantak r nak kate ape kan? hmm..

    ReplyDelete
  15. tak per laaaa mana2 pun tak per. yang penting kan ijab dan qabul. huhuhu.

    ReplyDelete
  16. Perkongsian yg bagus lah kiera. Rujukan buat bakal2 pengantin di luar sana.

    Kita hanya merancang, tapi DIA adalah perancang terbaik kan.

    ReplyDelete
  17. owh, tade kenduri belah laki ei. asalkan dah nikah kan dan selesai semuanya kan.. baguslah kak tak kisah itu semua..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D